Seni Dalam Pendidikan

12
Pengenalan Seni Dalam Pendidikan Peranan Seni dalam Pendidikan Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual. Kita lihat dahulu pandangan para sarjana, mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai “3R” iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, “R” adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan “R” keempat atau literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara peranan-peranan Seni dalam Pendidikan ialah: a) Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya

description

konsep, SDP, Seni dalam Pendidikan

Transcript of Seni Dalam Pendidikan

Page 1: Seni Dalam Pendidikan

Pengenalan

Seni Dalam Pendidikan

Peranan Seni dalam Pendidikan

Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan

tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga

seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan

melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada

interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang

penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna.

Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan

dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna

memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi.

dan maksud dalam karya seni visual.

Kita lihat dahulu pandangan para sarjana, mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri

(2006), asas pendidikan di rujuk sebagai “3R” iaitu membaca, menulis dan mengira.

Penggunaan huruf, “R” adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa

Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan “R” keempat atau

literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses

pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni

Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara peranan-peranan Seni dalam Pendidikan

ialah:

a) Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza

dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis

sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih

seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami

sesuatu tajuk yang diajar.

b) Memupuk nilai kerjasama

Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan

murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang beransur kerjasama. Aktiviti berkelompok

menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai

kejayaan bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Penidikan merangkumi

Page 2: Seni Dalam Pendidikan

aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi social yang terjalin

melalui deria sentuh.

c) Memenuhi keperluan sosial yang asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti –aktiviti yang sesuai dengan minat dan

kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua

matlamat social iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok.

Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada

masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan,

keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang

diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik.

Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang

harmoni dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin

terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

d) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran

dan pembelajaran Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan

sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui.

Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini

memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu

situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan

mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga

kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

e) Luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia

bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber

manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mendapat tahu perasaan sebenar

murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti

permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan

membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai

keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang

mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan

perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

Page 3: Seni Dalam Pendidikan

PENGENALAN KONSEP SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui

peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan

individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa

kreatif,inovatif,inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang

terdiri seni visual,seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang

holistik.

Terdapat beberapa tokoh yang member pandangan yang menyokong bahawa Seni

Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan

pandangan daripada tokoh-tokoh :

Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam

Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan

idea secara bebas dan kreatif.

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan

yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburandapat menangani masalah

penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid

dengan lebih menyeluruh.

Howard Gardener (1983) pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan

memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.

Hermann (1991) didalam “Quadrant Concept” yang menkaji perkembangan otak kanan dan

kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.

Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami

deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai

penidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti

kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan

intrapersonal,praktik dan estetika, holistic dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual.

Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau

adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-

bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan.

Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di

sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri

sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek

Page 4: Seni Dalam Pendidikan

menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif,

inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia

juga membantu perkembangan insane secara seimbang dan menyeluruh.

MATLAMAT SENI DALAM PENDIDIKAN

Matlamat mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi

Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis,

kreatif, inovatif dan inventif.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,

menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat

menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Seni dalam penidikan ini juga mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu melengkapkan

pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah

perkembangan menyeuruh dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

DEFINISI

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti

yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.Jean Piaget, berasal dari Switzeland, ialah

seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan. Dari kajian dan

pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah

berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget

membahagikan empat peringkat ini sebagai Peringkat Deria Motor ( 0-2 tahun ), Peringkat

Pra Operasi ( 2-7 tahun ), Peringkat Operasi Konkrit ( 7-12 tahun ), dan Peringkat Operasi

Formal ( selepas 12 tahun ). Setiap peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak

merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, sama ada konkrit atau

abstrak.

Menurut Piaget, proses berfikir akan berkembang secara berperingkat-peringkat

sehingga kita berfikir secara logik. Berikut ialah keempat-empat peringkat perkembangan

kognitif tersebut.

• Peringkat Sensorimotor ( Sejak lahir – 2 tahun ):

Page 5: Seni Dalam Pendidikan

Mengikut kebiasaan, bayi dan kanak-kanak kecil akan menggunakan deria dan

kebolehan motor untuk menimba pengalaman daripada persekitaran mereka. Oleh itu,

jikalau mereka tidak boleh lihat atau sentuh sesuatu objek, mereka tidak akan mencari objek

tersebut.

• Peringkat Pra operasional ( 2- 7 tahun ):

Pada peringkat ini, kanak-kanak yang berada di prasekolah akan menggunakan

simbol seperti bahasa untuk mewakili objek sebenar. Contohnya, jika guru prasekolah

menunjukkan gambar sebiji epal, kanak-kanak tersebut akan faham apa yang diwakili dalam

gambar tersebut walaupun epal sebenar tidak ditunjukkan.

• Peringkat Operasional Konkrit ( 7- 12 tahun ):

Kanak-kanak yang berada di peringkat sekolah rendah mula berfikir secara logik.

Mereka boleh menyelesaikan tugas berkaitan dengan pengabadian. Walaupun objek diubah

kedudukan atau disusun semula, mereka faham bahawa tiada perubahan telah berlaku.

• Peringkat Operasional Formal ( 12 tahun ke atas ):

Kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi satu-satu

masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh

menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi

abstrak.

Pembelajaran Yang Optimum, Bersepadu dan Menyeronokkan

Pembelajaran Optimum ini ialah suatu sistem pembelajaran berasaskan

penggabungan rangsangan dengan proses untuk menghasilkan sistem pembelajaran yang

pantas dan berkesan. Melalui sistem ini keupayaan untuk menerima pengetahuan akan

menjadi lebih terbuka dan menyeronokkan. Sistem ini sama sekali tidaklah bertentangan

dengan teori-teori yang ada untuk mewujudkan suatu sistem yang optimum dalam

pembelajaran. Banyak kajian terkini telah menunjukkan iaitu kebanyakan pembelajaran yang

produktif dan optimum boleh berlaku bila fungsi otak kiri dan otak kanan dipertingkatkan

secara keseluruhan dan berbagai-bagai gelombang otak turut dipujuk.Kajian-kajian juga

telah menunjukkan bahawa kemampuan individu untuk belajar boleh dipertingkatkan ke

tahap cemerlang jika keseluruhan otaknya digerak dan dikejutkan supaya bekerjasama

Page 6: Seni Dalam Pendidikan

secara harmoni. Semua bakat dan potensi itu boleh diperkembangkan melalui kesepaduan

gerak kerja otak dan minda yang menyeluruh.

Pembelajaran adalah merupakan sebagai suatu kemahiran. Kemahiran ini boleh dilatih

sama juga seperti kemahiran berenang, menembak, melukis atau berfikir. Sehubungan

dengan ini pelajar juga mestilah jelas tentang misi dan visinya supaya boleh merancangkan

program-program pembelajaran dengan cara yang lebih sistematik untuk tindakan dari masa

ke semasa. Pelajar mestilah bersikap positif dan yakin tentang fakta dan potensi diri dan

otaknya. Dengan mengetahui potensi diri dan otak, para murid akan merasakan aktiviti

belajar itu adalah senang dan menyeronokkan, daya ingatan meningkat, stres dan emosi

akan dapat dikawal dan seterusnya kemahiran berfikir akan menjadi lebih kreatif.

Selain daripada itu, teknik dan strategi yang guru gunakan juga mempengaruhi

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan sedikit

strategi pengajaran berpusatkan guru dan memperbanyakkan strategi pengajaran

berpusatkan murid, bahan dan aktiviti. Pembelajaran secara bersepadu ini dapatmenambah

minat murid untuk belajar kerana proses pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan.

Guru juga boleh menyelitkan strategi lain seperti bercerita, perbincangan dan permainan.

Iklim bilik darjah termasuklah kelas yang kondusif, ceria dan bersih selain daripada

suasana yang menyeronokkan dapat menarik minat murid untuk belajar.Guru juga boleh

menyelitkan unsur-unsur jenaka atau kecindan bagi mewujudkan suasana yang

menyeronokkan di dalam kelas.Selain itu, aktiviti seperti permainan dan kuiz juga boleh

diperbanyakkan untuk menambah minat murid.

1.4. Aktiviti Seni Visual,Muzik dan pergerakan untuk meningkatkan kepekaan deria.

Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga ke

peringkat kematangan .Faktor-faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka

dan persekitaran yang berada disekeliling mereka. Untuk itu perkembangan kematangan

deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu.

Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deria semasa

ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0 – 2 tahun .Ketika ini kanak-kanak telah mula

memperolehi kordinasi dan kawalan otot.mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui

organ deria dan tangan.Penglihatan dan pendengaran mula berkembang secara perlahan-

lahan dan mula matang ketika berumur 6 – 12 tahun. Ketika inilah pelajar mula mendapat

perkembangan kepekaan derianya.

Page 7: Seni Dalam Pendidikan

Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini

merupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat membantu naluri ingin

tahu seseorang melalui ekplorasi dan ekperimentasi dengan menggunakan deria.

Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan

persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan

yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.

1.4.1.Sentuhan

Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari.Ini merupakan aspek

perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak sebelum kanak-

kanak ini mula untuk berbahasa. Melalui sentuhan pelajar akan dapat membuat pelbagai

aktiviti contoh dalam aktiviti seni visual, pelajar akan menggunakan jarinya untuk melukis

gambar di atas kertas, atau kanvas. Manakala di dalam muzik pelajar akan cuba untuk

mencipta satu corak irama yang berbeza, apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah

disebabkan kerana pelajar terutamanya kanak-kanak suka membuat improvisasi atau

mmengubahsuaikan satu-satu perkara baru.Manakala di dalam pergerakan pula mereka

akan dapat mengetahui aras ,atau ruang samada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau

jauh.

Perkembangan deria sentuh ini mula berkembangan ketika masih bayi lagi. Melalui

sentuhan ibu kanak-kanak itu akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak-

kanak akan berasa selamat.

1.4.2 Dengar

Mendengar melibatkan deria telinga. Untuk aktiviti yang dijalankan pada deria ini

lebih menumpukkan kepada persoalan apa yang mereka dengar.Contoh dalam aktiviti

ekspresi melalui seni.Aktiviti seni visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah

didengarnya ketika dia melukiskan. Begitulah juga dalam aktiviti muzik contohnya, mereka

akan cuba mencipta bunyi tentang apa yang didengarnya. Dalam bidang pergerakan pelajar

akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat.

1.4.3 Lihat

Melihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian.

Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata itu seseorang akan dapat

mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala bagi orang buta ia

Page 8: Seni Dalam Pendidikan

hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat penafsiran dengan berdasarkan

kepada pengalaman seni tampak yang telah dialaminya.

Pemahaman tentang warna membolehkkan pelajar mengetahui ciri-cirinya dan

seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni visual. Dengan

melihat juga pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melihat dunia ‘visual

spatial’ dengan lebih tepat.

1.4.4 Rasa

Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan deria ini

pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud

seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima

oleh derianya. Seterusnya apabila maklumat itu dirasakan penting individu akan membentuk

konsep daripadanya. Ahli psikologi Gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia

akan cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian

yang menjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukan adalah mengikut pengalaman

ekspresinya.Di dalam seni visual pelajar akan dapat meluahkan perasaan melalui

pengalaman yang telah diperolehi apabila membuat sesuatu aktiviti seni.Apabila mendengar

muzik, secara tidak langsung kakinya akan bergoyang ini adallah disebabkan oleh

rangsangan daripada jenis mud muzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan,

terdapat rangsangan apabila mendengar muzik secara tanpa disedari kita akan melakukan

pergerakan.

Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini :

1. Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti

pembelajaran.

2. Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif

pelajar harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.

1.4.5 Hidu

Hidu lebih menekankan kepada aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku

secara semulajadi sebaliknya guru harus merancang strategi untuk menyerapkan unsur ini

dalam pengajarannya ini boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:

a) Kebolehan mental pelajar

Page 9: Seni Dalam Pendidikan

Faktor ini penting untuk mempastikan setiap pelajar mendapat pem belajaran optimum

mengenai konsep yang diajar oleh guru.

b) Pendekatan Pengajaran

Guru perlu merancang strategi ppengajaran yang hendak digunakan olehnya untuk

membentuk penanggapan yang baik. Antaranya ialah:

i) Pendekatan Inkuiri Penemuan

Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah.

Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan organ deria untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi.Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan

sebagai pemberi jawapan yang sebenar.

ii) Pendekatan Resepsi

Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung

kepada pelajar.

iii) Pendekatan Deduktif

Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti

contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.