seni lukis pelbagai tamadun

download seni lukis pelbagai tamadun

of 42

  • date post

    11-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    12.184
  • download

    6

Embed Size (px)

description

sejarah dan sedikit input mengenai seni lukis pelbagai tamadun, seperti tamandun barat, islam, china, jepun, india, dan melayu..

Transcript of seni lukis pelbagai tamadun

1.0 LUKISAN 1.1 Pengenalan Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus. Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang. Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual. Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia. Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia. Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu. Media Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan. Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan warna air. Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.

Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan. Tujuan Penghasilan

Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk yang dilukis.

Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir. Contohnya, lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan.

Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya, lukisan kartun yang menyindir sistem sosial dalam sesebuah masyarakat.

Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui tema yang disampaikan melalui imej-mej tertentu.

Jenis Lukisan i. Lukisan Figuratif

Lukisan figuratif adalah sejenis lukisan yang memberi penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia.

ii.

Lukisan Fantasi

Lukisan imaginasi di alam nyata atau khayalan.

iii.

Lukisan Ilustrasi

Lukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang ingin disampaikan kepada audiens.

iv.

Lukisan Kajian

Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji. Contoh,memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci.

v.

Lukisan Kontour

vi.

Lukisan Gesture a.Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan tangan. b.Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik. c.Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda dan tangan pada objek yang dilukis.

vii.

Lukisan Teknikal

Menggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan dan kadar banding yang tepat.

viii.

Lukisan Kartun

a. Menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk menggambarkan watak-watak kartun b. b. Digambarkan melalui tema jenaka

Bahan dan Media Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Tetapi ini tidak bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan lukisan yang bermutu dan menarik. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yang mahal dan berkualiti merupakan satu rangsangan dalam penghasilkan lukisan. Bahan dan media yang digunakan untuk menghasilkan sebuah lukisan ; i. ii. iii. iv. v. vi. pensel pen dakwat pen mata bola arang pastel krayon

1.2 Lukisan Tamadun Melayu

Seni tampak atau seni visual telah lama berkembang di Malaysia. Adalah dipercayai lebih dari 200 tahun dulu. Namun kewujudan seni ini hanya menjadi satu kepentingan pada negara mulai tahun 1930-an saja.

Dunia Seni Lukis di Malaysia Di negara ini terdapat sekolah senilukis peringkat tinggi yang menawarkan ijazah seni halus kepada sesiapa yang layak untuk mengikuti pengajarannya. Melalui institusi inilah ramai pelukis berkelulusan tinggi dihasilkan dari tahun ke setahun. Ianya menyumbang kepada perkembangan dunia senilukis Malaysia. Di samping itu ramai juga pelukis yang tidak mempunyai pendidikan formal. Mereka ini samada belajar sendiri ataupun belajar melalui individu yang

berpengalaman. Kelompok ini juga turut sama menyumbang kepada perkembangan dunia senilukis Malaysia. Dalam aliran senilukis formal di Malaysia, kita mengambil sukatan pelajaran daripada barat kerana kita tidak mempunyai sukatan pelajaran sendiri. Oleh kerana itu aliran senilukis formal di Malaysia dianggap sebagai ranting daripada aliran dari barat. Walaupun terdapat aliran daripada Asia seperti aliran senilukis Cina, India dan Islam, biasanya ia hanya diamalkan oleh kelompok etnik tertentu atau pengamal sesuatu fahaman. Tiada pendidikan formal untuk aliran sebegini yang diiktiraf berbanding aliran senilukis barat. Bagi kelompok pelukis tanpa pendidikan formal pula pendidikan senilukis mereka lebih kepada pemerhatian, minat mendalam dan bakat semulajadi. Terdapat juga individu yang berpengalaman menurunkan pengalaman dan kebolehan mereka kepada generasi baru yang belajar daripadanya. Maka kebanyakkan pelukis tanpa pendidikan formal berkarya tanpa dibelengu oleh mana-mana aliran dan penghasilan karya mereka bercampur-baur dengan pelbagai gaya dan aliran. Kepelbagaian etnik di Malaysia juga telah memecahkan dunia senilukis Malaysia kepada beberapa kelompok: Kelompok pertama adalah senilukis aliran dunia yang diiktiraf yang mana kebanyakkan pengamalnya terdiri daripada mereka yang diiktiraf oleh sekolah-sekolah senilukis kebangsaan dan mempunyai jaringan dengan pendidikan tinggi peringkat antarabangsa. Pengamalnya terdiri daripada semua etnik di Malaysia. Kelompok kedua ialah senilukis aliran Asia, antaranya aliran Cina yang mana mereka mempunyai system pendidikan sendiri dan diamalkan oleh kaum Cina sahaja. Namun begitu terdapat juga kaum-kaum lain yang belajar seterusnya menjadi pengamal. Bagi kaum India terdapat juga pengamal aliran senilukis kuno mereka tetapi jumlahnya terlalu sedikit dan biasanya tertumpu kepada senilukis yang bersifat ritual.

Terdapat juga kaum Melayu yang beragama Islam mempelajari aliran senilukis Islam. Walaupun mendapat sokongan penuh pemerintah, perkembangannya amat perlahan dan agak terpencil. Kekurangan pengamal dan popularity menjadikan aliran ini tidak berkembang dengan pesat serta tidak banyak perubahan yang ketara sejak dahulu lagi. Akibatnya aliran ini terkurung dalam lingkungan agama dan kepercayaan sahaja. Kelompok ketiga adalah pengamal yang tidak melalui pendidikan formal. Kelompok ini biasanya menumpukan kepada penguasaan kemahiran sematamata. Kebanyakkan daripada mereka menumpukan kepada perkhidmatan senilukis seperti melukis potret atau tempahan lukisan hiasan. Mereka tidak ghairah mengambil tahu perkembangan dan gaya semasa senilukis antarabangsa. Ada juga yang kekal dalam gaya senilukis yang tipikal untuk satu tempoh yang panjang. Kesemua kelompok pengiat ini telah mewujudkan dunia senilukis di Malaysia dan berkembang dengan pesat mengikut arus dunia. Walaupun masih dalam proses pembinaan dan perubahan senilukis di Malaysia telah menempatkan dirinya sebagai salah satu ikon budaya negara. Penglibatan pemerintah dalam menyediakan infrastruktur, sokongan dan galakkan banyak membantu pertumbuhan bidang ini.

Perkembangan Seni Halus di malaysia Perkembangan Seni Lukis Tahun 1930-an Minat pelukis dipengaruhi oleh aliran naturalis dari barat dengan cara mengamati alam sekeliling melalui karya-karya landskap, alam benda dan potret. Pada peringkat awal, karya-karya yang dihasilkan lebih condong kepada gambaran bersifat sentimental terhadap perkara yang indah dan permai. Pendidikan seni mula dimasukkan dalam kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Maktab ini melatih guru-guru sekolah rendah yang mengajar lukisan dan kerja tangan. Pelukis semasa seperti

Abdullah Ariff dan Yong Mun Seng yang dikaitkan dengan seni halus menumpukan pada karya bertemakan tempatan. Perkembangan Seni Lukis Tahun 1950-an Peter Harris menubuhkan Wednesday Art Group pada tahun 1952 dengan ahli yang terdiri daripada berbilang kaum dan berpendidikan Inggeris. Aktiviti kumpulan ini dijalankan pada hari rabu dan sabtu. Antara ahlinya ialah Patrick Ng, Cheong Lai Tong dan Ho Kai Peng. Penang Art Teachers Council ditubuhkan pada tahun 1952 oleh Tay Hooi Keat. Antara ahlinya ialah Tan Tin Kok, Abdullah Ariff dan Chee Wee Sun. majlis kesenian Melayu diasaskan oleh Mohd Hoessein Enas dan Idris Salam pada tahun 1956, tetapi kemudian diubah namanya kepada Angkatan Pelukis semenanjung pada tahun 1957. kumpulan ini dikaitkan dengan identiti dan imej figura melayu. Thursday Art Group ditubuhkan pada tahun 1957 di Pulau Pinang dan menhjalankan aktiviti pada hari khamis. Ahli-ahlinya terdiri daripada Abdullah Ariff, Tay Hooi Keat, Lee Joo For dan Willian K.K. Lau. Pada tahun 1958, Balai Seni Lukis Negara ditubuhkan sebagai pengiktirafan rasmi pihak kerajaan terhadap bidang seni lukis. Dua orang pelukis iaitu Tay Hooi Keat dan Syed Ahmad Jamal telah mendapat latihan formal di London. Mereka p