Seni Pertahanan Diri

3
Seni Pertahanan Diri Mempelajari seni pertahanan diri banyak membawa kebaikan. Jelaskan faedah-faedah mempelajari seni pertahanan diri. Kebelakangan ini aktiviti seni pertahanan diri kian mendapat tempat dalam kalangan orang ramai. Antara aktiviti seni pertahanan diri yang popular ialah silat, tae kwan do, judo, karate-do dan sebagainya.Aktiviti ini juga disertai oleh orang ramai yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan jantina.Terdapat pelbagai faedah sekiranya seseorang itu menceburi sukan lasak ini. Antara faedah yang boleh diperoleh melalui kegiatan ini ialah kita dapat menyihatkan tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana badan kita akan berpeluh semasa melakukan pelbagai pergerakan dalam aktiviti ini.Lantaran itu, toksik-toksik dalam tubuh badan kita akan keluar bersama-sama peluh yang mengalir di tubuh kita. Sebagai contoh, pergerakan yang pantas dan tangkas akan menguatkan otot tubuh badan kita. Sememangnya aktiviti seperti ini menyumbang kepada kesihatan tubuh badan kita. Selain itu, kita juga boleh mempertahankan diri daripada serangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini terjadi kerana kita telah diajar cara-cara untuk mengelakkan serangan dan menyelamatkan diri dalam seni pertahanan diri ini.Justeru, kita akan dapat bertindak dengan pantas sekiranya menghadapi saat-saat yang mencemaskan itu. Tamsilnya, sekiranya terdapat

description

seni

Transcript of Seni Pertahanan Diri

Page 1: Seni Pertahanan Diri

Seni Pertahanan DiriMempelajari seni pertahanan diri banyak membawa kebaikan. Jelaskan faedah-

faedah mempelajari seni pertahanan diri.

Kebelakangan ini aktiviti seni pertahanan diri kian mendapat tempat dalam kalangan

orang ramai. Antara aktiviti seni pertahanan diri yang popular ialah silat, tae kwan

do, judo, karate-do dan sebagainya.Aktiviti ini juga disertai oleh orang ramai yang

terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan jantina.Terdapat pelbagai faedah

sekiranya seseorang itu menceburi sukan lasak ini.

Antara faedah yang boleh diperoleh melalui kegiatan ini ialah kita dapat menyihatkan

tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana badan kita akan berpeluh semasa

melakukan pelbagai pergerakan dalam aktiviti ini.Lantaran itu, toksik-toksik dalam

tubuh badan kita akan keluar bersama-sama peluh yang mengalir di tubuh kita.

Sebagai contoh, pergerakan yang pantas dan tangkas akan menguatkan otot tubuh

badan kita. Sememangnya aktiviti seperti ini menyumbang kepada kesihatan tubuh

badan kita.

Selain itu, kita juga boleh mempertahankan diri daripada serangan pihak yang tidak

bertanggungjawab. Hal ini terjadi kerana kita telah diajar cara-cara untuk

mengelakkan serangan dan menyelamatkan diri dalam seni pertahanan diri

ini.Justeru, kita akan dapat bertindak dengan pantas sekiranya menghadapi saat-

saat yang mencemaskan itu. Tamsilnya, sekiranya terdapat perogol yang ingin

melakukan perbuatan keji itu kepada seseorang perempuan yang mempunyai

kepakaran dalam seni pertahan diri, sudah tentu perogol tersebut akan teruk

dibelasah oleh perempuan tersebut.Oleh itu, kepakaran dalam bidang ini

sememangnya boleh menyelamatkan maruah seseorang dalam keadaan tertentu.

Di samping itu, kita juga boleh mewakili sekolah dalam pertandingan seni

pertahanan diri. Hal ini demikian kerana terdapat sekolah-sekolah yang menjadikan

seni pertahanan diri sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah mereka. Oleh

itu, pihak sekolah akan menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di

kawasan mereka hinggalah ke peringkat kebangsaan. Sebagai contoh seni

Page 2: Seni Pertahanan Diri

pertahanan diri seperti silat dan tae kwan do telah dipertandingkan hingga ke

peringkat dunia.Sesungguhnya,penglibatan dalam seni pertahanan diri telah

memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk mencipta nama dalam bidang

kokurikulum sehingga ke peringkat antarabangsa.

Konklusinya, terdapat pelbagai faedah positif yang dapat dirasai sekiranya

seseorang itu melibatkan diri dalam kegiatan ini.Oleh itu, kita janganlah membuang

masa yang ada sebaliknya mengambil peluang yang ada untuk mempelajarinya agar

kita mempunyai keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai situasi yang kritikal

sebagaimana yang telah diajar dalam seni pertahanan diri ini.Sememangnya aktiviti

ini menjadi wadah untuk kita meneruskan budaya yang kian pupus ditelan zaman

seperti yang berlaku kepada seni silat tanah air kita.