Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

45

description

Bangkitlah Anak Melayu !!!

Transcript of Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Page 1: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir
Page 2: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

ARTIKEL KALI INI SAYA MEMEBAWA PEMBACA KEPADA SATU KEBENARAN

YANG TIDAK ADA DI DALAM BUKU SEJARAH. KEBANYAKAN ORANG

MELAYU SEKARANG FIKIR BAHAWASANYA SENJATA SENJATA ORANG

MELAYU DAHULU HANYA KERIS, LEMBING DAN BUKAN PISTOL

SENAPANG DAN MERIAM. SEKIRANYA ORANG MELAYU HANYA

BERSENJATAKAN KERIS MUSTAHIL UNTUK KESULTANAN MELAYU MELAKA

MENJADI KUASA BESAR DI ASIA TENGGGARA. SEBELUM ITU SAYA INGIN

BERITAHU YANG ARTIKEL INI AGAK PANJANG TAPI SARAT DENGAN

RAHSIA SENJATA 2 ORANG MELAYU. JADI GAGAH 2 KAN LA DIRI ANDA

UNTUK MEMBACANYA…

PRAKATA

Page 3: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

BERIBU-RIBU TAHUN DAHULU…DI LEMBAH BUJANG, TERDAPAT SATU

PERADABAN YANG MAKMUR.KOTA-KOTA YANG BESAR DAN ISTANA-ISTANA

YANG MENGAGUMKAN.DI SATU KAWASAN,TERDAPAT KILANG-KILANG

MEMBUAT PERALATAN LOGAM;KILANG MELEBUR BESI.

ZAMAN BERGANTI ZAMAN.TAHUN BERGANTI TAHUN.PEPERANGAN DEMI

PEPERANGAN.HASAD DENGKI,KHIANAT,KEKEJAMAN DAN PENIPUAN

MENGHIASI TABIR.JATUH DAN BANGUN.BINA KEMBALI

PERADABAN.BERPERANG LAGI…HANCUR SEMUANYA….BANGKIT KEMBALI

MEMBINA EMPAYAR…PERANG SAUDARA…KEDATANGAN BANGSA EROPAH

YANG TAMAK….DIJAJAH…DIJAJAH…DIJARAH…

Page 4: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Bangkit kembali…tentang penjajah…akhirnya merdeka.Kemudian bina

negara…bina peradaban kembali. Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?

Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus

keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?

Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu

menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan

pancang-pancang kayu dan batang pisang Gambar askar Melayu mati

ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil

meriam.Selak lagi….gambar gabenor British bercekak pinggang dengan

orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Page 5: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Selak lagi…selak lagi…gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan

yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang

berpendidikan.Membosankan.

Page 6: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Dalam artikel ini,penulis akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang

disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara

(Indonesia). Penulis akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu

pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata

api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu

“hendak buat sebatang jarum pun tak mampu”

Benarkah begitu?

Apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia

berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan

Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki

uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak

ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah

merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Page 7: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING

KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN

PERKEMBANGAN INI?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain

dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?

Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut ‘kemelayuan’

mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya

berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar

(musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka

yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung

malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing

Page 8: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka

ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-

KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN

DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN

PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN

ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja

menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris

dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan

beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.

Page 9: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka

menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam

dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan

sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk

mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari

mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah

mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted dan Swettenham

Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa

Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:

Page 10: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Cannon=Meriam,Lela

Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka

Flintlock Musket=Istinggar

Blunderbuss=Pemuras

Pistol=Terakol

Page 11: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Antara senjata-senjata ‘terahsia’ Melayu ini:

Page 12: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh

orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang

Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang

Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga

Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan

tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga

berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo

khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang

selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa

Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan

dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai

muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang

(funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru

timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu

digunakan oleh pasukan berkuda

(Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan

Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih

Page 14: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

*Terakol

Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau

Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari

ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama

sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat

Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular

berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah

lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu

berbanding istinggar atau Flintlock Musket.Mengapa?

Page 15: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan

pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah

amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini

kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan

berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang

musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60

cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya

melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber

menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan

abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing

roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding

41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.

Page 16: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang

Pemuras berkilat seperti in

Page 17: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan

pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya

menggunakan teknologi ‘wheel lock’ (kancing roda) di mana

kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil

secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’.Terakol berbentuk seperti

pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang

dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan

Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei

menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga

senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju

dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak

itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

Page 19: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

*Istinggar

Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis

senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel

lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang

menggunakan teknologi flintlock (kancing batu

api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan

dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula

diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar

dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api

lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock)

dan kancing roda (wheel lock).

Page 20: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama

seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat

Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan

bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang

yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban

dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala

jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.

Page 21: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban

dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut

kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota

Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga

digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika

membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga

digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang

Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.

Page 23: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil

dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut

Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah

senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang

menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan

Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka

adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu

yang terkenal di dunia Barat.Rentaka inilah yang saya lihat

di dalam filem tahun 80-an itu.

Page 24: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi

dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang

berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil

Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana

mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor

Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan

rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai

arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam

mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka

kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan

cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan

lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

Page 26: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah

meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka

mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-

pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan

dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu.

Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di

ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri

mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih

mudah untuk kena pada sasaran.

Page 27: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu

yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik .

Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api

utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka

menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol

dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana

diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu

senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar

bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan

Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan

penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik

di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di

Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari

Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan

Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama

setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Page 28: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah

mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis,

Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru

teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan

persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan

penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan

malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan

terbanyak adalah negara Belanda.

Page 29: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand

Page 30: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan

digelapkan dalam sejarah Melayu.Meriam digunakan di

tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa

peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam

digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora

melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah

cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei

dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah

alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam

paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Page 31: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri

atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang

Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki

Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang

menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian

pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah

Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri

Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di

Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat

dan memilikinya,tetapi orang Melayu juga!

Page 32: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak

balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas

Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu

Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki

Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk

mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah

meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan

Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang

sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya

sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah

berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani

iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Page 33: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di

bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah

cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang

telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun,

pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan

Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani.

Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah

diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri

Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa

hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula

telah hilang tanpa dapat dikesan.

Page 34: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di

bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah

cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang

telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun,

pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan

Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani.

Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah

diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri

Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa

hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula

telah hilang tanpa dapat dikesan.

Page 35: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

*petikan gambar filem langkasuka, dalam filem ini bukti yang menunjukkan senjata api  sudah digunakan oleh ora

ng melayu sejak zaman kesultanan lagi. Dalam filem ini juga menunjukkan yang putera pahang yang pakar dal

am menembak menggunakan terakol atau lebih dikenali sebagai pistol. Di sini amatlah sedih sekali kerana orang melayu pa

da zaman kini tidak dapat mengunkapkan sejarah2 hebat orang melayu ini ke layar perak m

alah diambil kesempatan oleh pembikin filem da

ri thailand. jika dilihat pada babak2 filem itu prob2 dan ketamadun yang ditonjolkan dala

m filem itu sudah dikaji dengan lebih terperinci dan apa yang ditunjukkan adalah ketamadunan sebenar orang

melayu bukan hanya keris dan lembing.

Page 37: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

*putera pahang yang menembak menggunakan terakol.

jangan berpandukan filem ini jika mahu mengkaji SECARA

MENDALAM sejarah Patani.Ini filem Thai dan nama

‘Langkasuka’ itu pun tidak tepat.Asalnya penerbit mahu

meletakkan nama ‘Queen of Patani’ namun dibantah oleh

pihak berkaitan kerana tidak mahu mencetuskan sensitiviti

dengan apa yang berlaku di Selatan Thai.Jadi diletakkan

‘Langkasuka’ padahal Langkasuka dan Patani adalah dua

kerajaan berbeza.’Lanun’ dalam cerita ini hanyalah fantasi

kerana dalam sejarah ketika pemerintahan Ratu

Biru,kerajaan Patani diserang oleh Thai,bukannya lanun-

lanun Melayu,Jawa dan Jepun seperti dalam filem ini.Dan

tiada pula kerabat diraja yang membelot sebenarnya,ia

cuma ‘rempah-ratus’ dalam membuat filem itu lebih sensasi.

Page 38: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Fakta sejarah sebenarnya,ketika itu Patani berperang

dengan Thai dan seorang Cina Muslim,Lim To Khiam

diarahkan oleh Ratu Patani untuk mengetuai tukang-

tukang meriam Patani menyiapkan meriam

besar.Penglibatan orang Belanda itu hanyalah sensasi

sahaja padahal Thai pernah bekerjasama dengan

orang-orang Eropah yang tamak ini untuk menjajah

Patani.

Page 39: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari

pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek

moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan

keris?JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-

senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di

Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti

Australia.SEbab orang-orang Melayu mempunyai senjata-

senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta

raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak

tanduk penjajah yang ganas dan tamak.Bayangkan betapa

gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka,membawa

Pemuras di samping parang dan

Page 40: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.Jika

nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang

mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan

menjadi seperti Red Indian atau aborigine

Australia.Inggeris walaupun buas dan kejam,namun

masih menjaga ‘standard’ mereka cuba menghormati

perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan

warisan.Mereka cuba mengawal alter amuk

para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli

meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para

residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri

Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa

balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja

Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana

mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan

Maharaja Moghul di India.

Page 41: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,namun

yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di

Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan

pengganti Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris

melantik sahaja Hugh Low menjadi ‘Rajah Perak’ sebagaimana

James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja

Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan

dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukan

sahaja orang Melayu,malah ‘Mat Salleh’ pun berdegil

‘mempertahankan’ takhta raja-raja Melayu.Lucu dan

aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan

warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan

hormat pada kita.Seperti juga hari ini,jika kita acuh tak acuh

dengan warisan kita sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina

Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi

dari papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha

mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi hendak diharapkan

menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama

kita sendiri??Orang asing??

Page 42: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Sebagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah

kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa

yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak

sahaja malah pandai menggunakan meriam dan

membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa

menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).

 

Page 43: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Akhir kata…

Page 44: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir
Page 45: Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir

Sekian..

Disunting oleh: Laksamana Zahir

Smkdpb the best !!!