Sentuhan Bandar Tun Razak Bil.3
-
Upload
syed-mohammed-naquib-alhabshi -
Category
Documents
-
view
280 -
download
4
description
Transcript of Sentuhan Bandar Tun Razak Bil.3
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 01
buletin
edaran Percuma untuk Ahli-ahli Badan Gabungan NGO SAHAJA
BIL 3Dis 2011Bandar Tun Razak
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu
02 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Dilahirkan pada 8 haribulan Mei tahun 1952, Yang
Berbahagia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi
memulakan hidupnya di dunia ini hanya lima
tahun sebelum lahirnya negara Malaysia. Maka
bermulalah perjalanan Datuk Syed Abdul Rahman
Alhabshi pada zaman di mana negara kita yang
mulia ini ditubuhkan. Berkelulusan Ijazah Sarjana
Pentadbiran dan Kewangan dari West London
College dan juga Diploma Pentadbiran Pejabat dari
Royal Society of Arts, London.
Dalam bidang kerjaya, Datuk Syed Abdul Rahman
Alhabshi telah mendapat pengiktirafan sebagai
Ahli Kanan English Association of Estate Agent
& Valuers dan English Association of Accountants
and Auditors. Pada tahun 1997, Datuk Syed Abdul
Rahman Alhabshi dilantik sebagai Konsul Besar
Mongolia di Malaysia.
Yang Berbahagia Datuk Syed Abdul Rahman
Alhabshi juga sangat aktif dalam pelbagai kegiatan
amal yang melibatkan aspek-aspek pendidikan,
sosial, ekonomi, agama, rekreasi serta peningkatan
taraf kehidupan bagi penduduk Bandar Tun
Razak semenjak tahun 2000 lagi. Pada tahun 2009,
beliau menubuhkan Badan Gabungan Persatuan-
Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga dan NGO,
Parlimen Bandar Tun Razak di mana beliau merupakan pengerusinya.
Misi badan tersebut adalah untuk menggalakkan kerjasama antara penduduk dan
persatuan-persatuan di Bandar Tun Razak untuk membina satu sistem pentadbiran
yang teratur dan cekap supaya memudahkan proses kegiatan amal dan juga
untuk menangani isu-isu lain yang dihadapi oleh penduduk Bandar Tun Razak
dengan cepat dan efisyen. Jesteru itu, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi telah
menganjurkan dan menghulurkan pelbagai bentuk sumbangan kepada berbagai jenis
acara dan kegiatan amal dan beliau merupakan suara terkuat yang menyeru untuk
kemajuan yang berterusan di Bandar Tun Razak. Jelasnya perkara ini terbukti apabila
ramai pemimpin termasuk Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Sri Mohd Najib
Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Md
Yassin melawat Bandar Tun Razak untuk memberi jaminan bahawa kepentingan dan
kemajuan Bandar Tun Razak tidak dilupai kerajaan pusat. Beliau juga merupakan
pengerusi Pusat Perkhidmatan Rakyat 1Malaysia Bandar Tun Razak, serta penaung
YG. BHG. DATUK SYED ABDUL RAHMAN ALHABSHIPengerusi Pusat Perkhidmatan Rakyat 1Malaysia, Parlimen Bandar Tun Razak
kepada beberapa masjid, surau dan
sekolah-sekolah.
Sebagai seorang yang telah membina
kerjaya atas usahanya sendiri, Yang
Berbahagia Datuk Syed Abdul Rahman
Alhabshi dapat memahami cerita
dan sejarah Bandar Tun Razak yang
bermula dari sebuah kampung di pinggir
Kuala Lumpur yang kini telah berubah
menjadi sebuah bandar kecil yang
majmuk. Visi beliau untuk Bandar Tun
Razak adalah satu yang berdasarkan
pencapaian dan kejayaan tanpa mengira
kaum atau agama. Datuk Syed Abdul
Rahman Alhabshi sesungguhnya
percaya bahawa peningkatan taraf
hidup penduduk bukan sahaja patut
dikekalkan, malah patut diperkuatkan
melalui representasi. Harapan beliau
bukan sekadar menjadi muka semua
penduduk Bandar Tun Razak tetapi
suara dan hati serta jiwanya sekali.
Harapan Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi ini telah dan akan terus diusahakan olehnya melalui satu-satunya cara yang diketahui beliau iaitu:
“Kesanggupan untuk mendengar dan bekerjasama dengan seluruh masyarakat Bandar Tun Razak serta keteguhan hati dalam usaha untuk memastikan kemajuan mereka pada masa depan dan selamanya”.
B i o d a t a
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 03
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam 1Malaysia.
Bersyukur saya kedahrat ALLAH
S.W.T. di atas segala limpah rahmat
dan hidayahNya dalam hidup saya
selama ini, dan terutama sekali bagi
peluang untuk berkhidmat dan berkongsi
pahalaNya dengan penduduk-penduduk
Bandar Tun Razak yang disayangi.
INGIN SAYADENGAN SEPENUH HATI MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENDUDUK BANDAR TUN RAZAK terhadap SEMUA SOKONGAN DAN DORONGAN YANG DIBERI SELAMA BEBERAPA TAHUN KITA BEKERJASAMA MEMBANGUNKAN BANDAR KITA YANG SEJAHTERA INI.
Sepertimana yang diketahui ramai,
Bandar Tun Razak adalah sebuah
Bandar yang baru di mana asal usulnya
bermula dari sebuah kampung tidak
begitu lama dahulu. Alhamdullilah,
melalui berkatNya hari ini kita boleh
mengatakan dengan bangga bahawa
Bandar Tun Razak kita ini telah
mencapai kemajuan dan pembangunan
yang pesat dalam jangka masa yang
pendek berbanding dengan tempat-
tempat lain. Ini menunjukkan kegigihan
dan keteguhan penduduk-penduduk
Bandar Tun Razak yang berbilang kaum
dan agama sebagai satu masyarakat yang
harmoni dan bersatu demi kebaikan dan
kemakmuran bersama.
Namun begitu, kita tidak boleh
lupa bahawa masih ada banyak lagi
perkembangan untuk dicapai serta
kebaikan untuk diraih oleh komuniti
kita yang tersayang ini. Sesungguhnya,
itulah harapan utama saya bagi
Bandar Tun Razak yang disayangi
and disanjungi kita semua ini, iaitu
ia akan terus menerokai prestasi dan
potensinya yang tidak terhad. Walaupun
sudah hampir sebelas tahun sejak saya
pertama kali menjejak kaki di Bandar
Tun Razak untuk memberi apa-apa
sumbangan dan sokongan yang boleh,
demi meningkatkan taraf hidup
penduduk-penduduknya, setiap kali saya
memasuki Bandar Tun Razak terdapat
lagi satu misi baru untuk ditunaikan.
Sememangnya, tugas untuk berkhidmat
bagi masyarakat dan komuniti Bandar
Tun Razak adalah satu tanggungjawab
yang tidak kehabisan, di mana saya
harap dengan sepenuh hati supaya
diberi peluang untuk memberi sebanyak
sumbangan yang saya boleh, selagi di
alam yang fana ini. Sememangnya,
masyarakat Bandar Tun Razak adalah
permata yang tidak terhingga nilainya
dan saya akan terus berusaha demi
manjadikan Bandar kesayangan kita
semua ini, lebih terserlah di kemudian
hari. Rezeki penduduk-penduduk
Bandar Tun Razak bukan sahaja patut
dipelihara, malah dipergandakan dan
diperbanyakkan lagi agar kebajikan
masyarakat dijaga dengan baik.
InsyaAllah, Bandar yang disayangi kita
semua ini akan terus berkembang dalam
era baru di abad ke-21 ini. Dengan itu,
saya ingin menyeru semua penduduk-
peududuk Bandar Tun Razak supaya
memberi apa-apa sumbangan yang
boleh, bukan demi diri saya tetapi demi
kebaikan setiap orang penduduk dan
demi manfaat masyarakat Bandar Tun
Razak secara keseluruhannya.
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu.
YG. BHG. DATUK SYED ABDUL RAHMAN ALHABSHI
Pengerusi Pusat Perkhidmatan Rakyat 1MalaysiaParlimen Bandar Tun Razak
kata-kata aluan pengerusi
Talian PejabaT-PejabaT dan agensi Kerajaan di bandar Tun razaK
Pejabat Cawangan DBKL › 03 9130 2035
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) › 03 9171 4000
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) › 03 9172 7460
Jabatan Bomba & Penyelamat › 03 9131 2440
HUKM › 03 9145 5555
Klinik Kerajaan › 03 9171 3333
POS Malaysia Bhd › 03 9171 5555
Balai Polis Sungai Besi › 03 9058 5277
Talian Kecemasan
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) › 999
Bomba & Penyelamat › 994
Telekom Direktori › 103
04 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Terlebih dahulu, ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih atas penghormatan besar yang diberi oleh Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi dan penduduk-penduduk Bandar Tun Razak menerusi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata-kata aluan di sini.
Memang tidak boleh dinafikan lagi
bahawa Bandar Tun Razak adalah satu
kawasan yang unik dan penting dari segi
pembangunan bukan sahaja di daerah
Wilayah Persekutuan dan sekelilingnya
tetapi juga di Malaysia ini secara
keseluruhan. Dalam pengalaman saya
sebagai seorang menteri yang menjaga
satu kementerian yang baru digubal
oleh Perdana Menteri kita YAB Dato Sri
Mohd Najib Tun Abd Razak, telah saya
perhatikan dan ketahui bahawa keperluan
dan kepentingan untuk menjaga serta
memupuk satu visi yang baru adalah amat
penting untuk memastikan visi itu maju
dan berjaya di kemudian hari. Pada masa
yang sama, asas dan dasar visi itu mestilah
disambut dan diterima oleh semua orang
yang akan dipengaruhi visi tersebut tak
kira apa jua kaum atau agama.
Pendek kata, seorang pemimpin
yang ingin memangku dan
mengurus peningkatan taraf hidup
penduduk-penduduk yang menjadi
tanggungjawabnya mestilah prihatin
kepada keinginan dan keperluan
penduduk tersebut. Untuk memiliki
pengiktirafan dan kelayakan tesebut,
seorang pemimpin itu bukan sahaja mesti
dikenali dengan rapat oleh sesebuah
masyarakat itu, tetapi mestilah sendiri
mengenali dengan rapat masyarakat
tersebut, barulah boleh pemimpin itu
menerajui pencapaian yang baru yang
seiras dengan keperluan dan keinginan
penduduk-penduduk di bawah jagaannya.
Dalam pendapat dan penilaian saya,
bagi Bandar Tun Razak yang gemilang
ini pemimpin tersebut yang paling
sesuai untuk memajukan Bandar Tun
Razak tidak lain dan tidak bukan dari
Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi.
Terbuktinya perkara ini adalah bila
diperhatikan pelbagai kerja-kerja amal
dan usaha beliau yang tidak keletihan
untuk meningkatkan taraf hidup setiap
ahli masyarakat Bandar Tun Razak.
Sumbangan beliau bukan sahaja terhad
kepada penduduk-penduduk yang
memerlukan pertolongan tetapi juga
ahli-ahli masyarakat yang berniaga,
berumah dan bekerja di Bandar Tun
Razak ini. Beliau juga amatlah aktif
dalam perjuangan untuk menguatkan
semangat dan menyatukan komuniti
Bandar Tun Razak ini. Sumbangan
beliau yang telah banyak mengorbankan
masa dan tenaganya selama lebih satu
dekad boleh dikatakan sebagai contoh
seorang pemimpin yang mempunyai
kualifikasi yang tertinggi untuk
memimpin sesebuah masyarakat.
Sebagai seorang menteri dan wakil raykat
yang juga berhasrat untuk berkhidmat
dengan sebaik dan sebanyak yang boleh,
saya boleh mengatakan dengan hati
terbuka bahawa saya cukup kagum
dengan beliau dan ingin menggunakan
peluang ini untuk menggalakkan beliau
supaya meneruskan usaha maju jayanya
bagi Bandar Tun Razak ini. Terima kasih
sekali lagi atas peluang untuk memberi
kata-kata aluan ini, dan saya berharap
dengan sepenuh hati agar Bandar Tun
Razak sejahtera dan makmur selalu.
Sekian.
DATO SERI PETER CHIN fAH KUI
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air merangkap Presiden Parti SUPP
kata-kata aluan
PENGERUSI / PENASIHAT:Yg. Bhg. Datuk SYeD aBDulRahman alhaBShi
KETUA PENGARANG / SETIAUSAHA EKSEKUTIf:mohD. ghazali YahYa, PJK (013 690 2986)
TIMBALAN KETUA PENGARANG 1SYeD mohammeD naQuiB alhaBShi Bac. Film and Television (Swinburne Uni, AUS)Dip. Mass Communications (Uni of Herts, UK)
TIMBALAN KETUA PENGARANG 2(PENYUNTING/PENULIS)Jonathan tan kWan nYan(LLB) Hons, Barrister-at-Law, Gray’s Inn, (LLM) Law & Development (Uni of Manchester, UK)
SIDANG PENGARANG:PengeRuSi-PengeRuSi ngoBanDaR tun Razak
EDARAN PENERBITAN:RohaYa Sulaiman 012 374 1705
JURUGAMBAR:iShak Sulaiman 017 688 4502
DITERBITKAN OLEH:PuSat PeRkhiDmatan RakYat 1malaYSia Badan Gabungan Persatuan-Persatuan Penduduk Rukun Tetangga dan NGO Parlimen Bandar Tun Razak
PuSat PeRniagaan Danau lumaYan 1No. B32-2, Off Jalan Tasik Permaisuri 1Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala LumpurTel: 03 9172 5133 | fax: 03 9172 5233
GRAfIK, REKA LETAK & PERCETAKAN:tg zulfikaR tg izham (zuldirect resources) 332, PJU 1A/48, 47200 Petaling Jaya, Selangor
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 05
Dalam terbitan terbaru Sentuhan, buat pertama kalinya beberapa orang penduduk Bandar Tun Razak ditemu ramah untuk mendapatkan komen dan pendapat serta harapan mereka untuk masa depan bandar kita yang diberkati ini.
06-09
hari Keluarga Dan KeSihatanRukun Tetangga Taman Ikan Emas
10-13
Program gotong-royong megadi Pangsapuri Permai, Sungai Besi
14-17
majliS Sambutan hari raya aiDilfitriPeringkat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak
18-25
Sumbangan ramaDhan 1432huntuk anak-anak yatim, fakir miskin dan orang kurang upaya (OKU)
26-29
majliS rumah terbuKa DeePavali
30-33
forum Pembangunan malaySia2011, di Melbourne, Australia
34-37
hari SuKan SeKolah renDahKebangSaan, Bandar Sri Permaisuri
38-43
maKmal Pilihanraya umnoWilayah Persekutuan di Janda Baik
44-47
KebaKaran rumah PangSadi Sri Pulau Pinang
48-51
ucaPan Penghargaan “eDitorial team” Sentuhan, Bandar Tun Razak
51
1) Perasmian Kedai Rakyat 1Malaysia di
Pusat Komersial Komuniti DBKL, BTR oleh
YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak,
Perdana Menteri Malaysia (Ogos / 2011).
2) Lawatan YAB Tan Sri Muhyiddin Md
Yassin TPM / Timbalan Presiden UMNO
ke UMNO bahagian Bandar Tun Razak
(1/11/2011).
3) Majlis Penyampaian Sumbangan
Ramadhan bersama Yg. Bhg. Dato
Mohmad Salleh, Ketua Polis KL di
perumahan Polis Desa Tasik (20/8/2011).
4) Majlis Korban di Masjid Al-Najihin (1432H/2011).
5) Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran KRT Sri
Kota (2011).
kata-kata aluan
Kandungan
2
3
5
4
AktivitiSemasaMesra Rakyat
1
06 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Dalam terbitan terbaru Sentuhan, buat pertama kalinya beberapa orang penduduk Bandar tun Razak ditemu ramah untuk mendapatkan komen dan pendapat serta harapan mereka untuk masa depan bandar kita yang diberkati ini.
Tuan Mohd Khir bin Abdullah selaku
Pengerusi Persatuan Penduduk PDRM
menyifatkan Datuk Syed Abdul
Rahman Alhabshi sebagai seorang
tokoh yang mempunyai banyak
nilai-nilai positif di mana masyarakat
BTR berasa amat mesra dan rapat
dengannya. Beliau juga mengatakan
bahawa Datuk Syed amat dikenali
dan disenangi masyarakat di sini.
Tuan Mohd Khir yang mewakili
persatuannya berkata juga bahawa
Datuk Syed adalah seorang pemimpin
yang boleh dibawa ke tengah tanpa
ragu-ragu lagi dan akan disokong
bukan sahaja oleh beliau sendiri
tetapi juga oleh setiap ahli Persatuan
Penduduk PDRM Desa Tasik yang
berjumlah 5,000 orang dalam semua
usahanya. Harapan beliau untuk
masa depan adalah untuk Datuk Syed
meneruskan sumbangannya yang
tidak berbelah bahagi ini
demi kemajuan masyarakat
Bandar Tun Razak yang majmuk
dan tersayang ini.
mohD khiR Bin aBDullahPengerusi Persatuan Penduduk Polis Diraja Malaysia
(PDRM) Desa Tasik
“Kemesraan yang dirasai oleh masyarakat kita terhadap Datuk Syed,lahirnya dari asal usul perjalanan beliau di Bandar Tun Razak yang mula dari bawah sehinggalah ke tahapnya hariini di mana beliau mengetuai NGOnya sendiri” katanya lagi.
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 07
Komen utama Tuan Ustaz Abd
Aziz berkenaan Datuk Syed Abdul
Rahman Alhabshi ialah “Beliau
merupakan seorang pemimpin yang
mendukung jiwa masyarakat BTR.
Datuk Syed selalu turun padang
untuk merapatkan dirinya dengan
para penduduk di sini yang berbilang
kaum, sekaligus mengenal hati budi
mereka secara berterusan, tanpa
mengenal penat dan lelah.” Beliau
juga memuji sifat Datuk Syed yang
amat bermurah hati berkongsi
kurniaan dan rahmat ALLAH S.W.T
kepadanya dengan seluruh penduduk
Bandar Tun Razak tanpa mengira
kaum atau agama.
Ciri utama Datuk Syed yang paling
disukai beliau adalah cara Datuk
Syed membahagikan sumbangannya
atas dasar keperluan dan kemudahan
para penduduk BTR. Sistem Datuk
Syed ini bukan sahaja membolehkan
beliau menolong penduduk yang
paling memerlukan sumbangannya
tetapi juga memastikan supaya setiap
ahli masyarakat Bandar Tun Razak
dijaga dengan baik, daripada warga-
warga emas dan anak yatim piatu
yang termasuk dalam golongan miskin
tegar, hinggalah kepada para peniaga
yang tidak mengenal erti
letih dalam usaha mencari rezeki
membela keluarga.
uStaz mohD aBDul aziz Bin mohameDImam Masjid Al-Najihin
“Keprihatinan Datuk Syed adalah amat mengharukan setiap kali dikenang semula. Ia adalah contoh nilai murni yang dimiliki oleh seseorang umat Islam yang penuh kesyukuran, dan ianya patut diteladani. Oleh itu, Datuk Syed adalah orang yang paling layak mendapat sokongan sepenuh hati setiap penduduk Bandar Tun Razak”.
08 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Dalam terbitan terbaru Sentuhan, buat pertama kalinya beberapa orang penduduk Bandar tun Razak ditemu ramah untuk mendapatkan komen dan pendapat serta harapan mereka untuk masa depan bandar kita yang diberkati ini.
Selaku Pengerusi Yayasan Pendidikan
Kawasan BTR, fokus Encik Chew
kuat tertumpu kepada program-
program pendidikan seperti
kelas tuisyen percuma dan geran
pendidikan untuk keluarga miskin,
Anugerah Kecermelangan Pelajaran,
seminar motivasi dan sebagainya.
Beliau telah banyak berkerjasama
dengan Datuk Syed Abdul Rahman
Alhabshi dan mengutarakan
penghargaannya terhadap Datuk
Syed atas segala sumbangan dan
sokongannya selama ini.
Beliau sesungguhnya percaya bahawa
sokongan penduduk
Bandar Tun Razak kepada Datuk
Syed akan terus meningkat pada masa
akan datang dan berhasrat supaya
kerjasama antara semua pihak bukan
sahaja akan dikekalkan, malah akan
dipergandakan lagi pada masa
depan.
CheW Yin keenPengerusi Yayasan Pendidikan Kawasan BTR
“Datuk Syed adalah seorang pemimpin yang amat senang didekati, kuat prinsip dan luas pengetahuannya, dan tidak pernah luntur usahanya demi kebajikan masyarakat BTR ini. Daya dan kesanggupan beliau adalah modal terbaik seorang ketua yang berwibawa” katanya apabila ditemu ramah tempoh hari.
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 09
Encik Joseph yang telah menjadi
ahli MIC selama 30 tahun dan telah
bermastautin di Bandar Tun Razak
yang damai ini selama 40 tahun
berpendapat bahawa Datuk Syed
Abdul Rahman Alhabshi adalah
tokoh yang paling tinggi nilainya
kepada masyarakat di sini dan orang
yang paling sesuai untuk mengetuai
usaha untuk membangunkan dan
memajukan lagi Bandar
kesayangan kita ini.
Beliau juga berhasrat supaya Datuk
Syed terus memapah harapan seluruh
masyarakat Bandar Tun Razak
dan mempunyai peluang untuk
mempergiatkan lagi usahanya
pada masa depan.
JoSePh a/l SamualKetua Cawangan MIC Pekan Sungai Besi Bandar Tun Razak
“Datuk Syed mempunyai personaliti yang amat jarang dijumpai dalam seorang pemimpin iaitu beliau dengan sukarela dan sukacita memberi bantuan kepada penduduk-penduduk Bandar Tun Razak tanpa mengharapkan apa-apa balasan” katanya dengan senyuman lebar. Sebagai salah seorang ketua yang mewakili komuniti orang India di Bandar Tun Razak ini, saya boleh berkata dengan penuh keyakinan bahawa Datuk Syed mempunyai sokongan sepenuh hati kami untuk terus menjadi suara dan wajah BTR.
10 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Hari Keluarga dan KesihatanRukun tetangga taman Ikan Emas
Usaha memupuk semangat kekeluargaan dan kesihatan haruslah sentiasa disokong supaya kebahagiaan dan kesejahteraan masyarakat dipelihara selalu.
Apabila usaha tersebut dilaksanakan
secara beramai-ramai, maka lebih
banyak lagilah manfaatnya berkat
kekukuhan persefahaman dan
perpaduan sesebuah komuniti yang
berbilang kaum dan agama seperti
yang ada di Bandar Tun Razak
(BTR) ini.
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 11
17julai2011
Usaha seperti yang digambarkan di
atas wujud dan sahih di BTR apabila
dikenang semula Hari Keluarga dan
Kesihatan Rukun Tetangga Taman Ikan
Emas pada 17 haribulan Julai 2011 di
Padang Bola Sepak Sri Johor.
Acara tersebut telah dirasmikan oleh
Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi
selaku Pengerusi Badan Gabungan
Persatuan-persatuan Penduduk,
Rukun Tetangga dan NGO Parlimen
Bandar Tun Razak. Selain merasmikan
acara tersebut, beliau juga memberi
hadiah sumbangan NGOnya kepada
peserta-peserta yang memasuki
pertandingan dan permainan yang
dilangsungkan.
“Usaha seperti yang digambarkan di atas wujud dan sahih di BTR apabila dikenang semula Hari Keluarga dan Kesihatan Rukun Tetangga Taman Ikan Emas
pada 17 haribulan Julai 2011 di Padang Bola Sepak Sri Johor”
12 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Hari Keluarga dan KesihatanRukun tetangga taman Ikan Emas
“Tepukan gemuruh dan sorakan persetujuan dengan kuatnya kedengaran menyambut
seruan beliau dalam ucapannya untuk menyatukan dan memajukan lagi
BTR di kemudian hari.”
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 13
Tepukan gemuruh dan sorakan
persetujuan dengan kuatnya
kedengaran menyambut seruan beliau
dalam ucapannya untuk menyatukan
dan memajukan lagi BTR di kemudian
hari.
Kejayaan Hari Keluarga dan Kesihatan
Rukun Tetangga Taman Ikan Emas
menonjolkan semangat harmoni dan
kerjasama penduduk-penduduk BTR
ketika menghadiri acara tersebut pada
hari itu merupakan kenangan manis
yang diharapkan akan berulang pada
masa akan datang.
14 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Program Gotong-Royong Megadi pangsapuri Permai, sungai besi
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 15
Maklumlah penggalakkan dan
penguatan semangat kejiranan
masyarakat adalah tanggungjawab
bersama setiap ahli sesebuah
masyarakat itu dan patut diamalkan
pada setiap masa. Mesej inilah yang
menjadi tumpuan utama Gotong-
Royong Mega di Pangsapuri Permai,
Sungai Besi pada 19hb Jun 2011.
Sokongan orang ramai dari setiap
pelusuk masyarakat Bandar Tun
Razak (BTR) yang hadir untuk
menjayakan program tersebut adalah
amat membanggakan. Di samping
anggota-anggota bomba yang
meluangkan masa menyumbangkan
tenaga pada hari itu, kelihatan orang
kurang upaya juga yang datang
memberi sokongan.
19jun2011
“Sokongan orang ramai dari setiap pelusuk masyarakat Bandar Tun Razak (BTR) yang hadir untuk menjayakan program
tersebut adalah amat membanggakan.”
16 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Program Gotong -Royong Megadi pangsapuri Permai, sungai besi
Selepas memberi sumbangan hadiah dari NGO yang diketuainya kepada penduduk-penduduk pangsapuri Permai yang menghadiri program tersebut, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi turut memberi sumbangan peribadi apabila menyertai aktiviti gotong-royong itu sendiri.
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 17
18 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitriperingkat umno bahagian bandar tun razak
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat UMNO bahagian Bandar Tun Razak (BTR) pada 27 haribulan September 2011 mendapat sambutan hangat bukan sahaja dari ahli-ahli parti di Bandar Tun Razak tetapi juga dari golongan kepimpinan UMNO. Jelasnya perkara ini dilihat dari kehadiran Datuk Ahmad Maslan yang memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO di peringkat persekutuan.
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 19
27september2011
20 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Majlis tersebut disambut dengan meriah dan gemilangnya oleh ramai ahli UMNO yang menunjukkan kesetiaan dan solidariti kepada parti yang dikasihi. Ucapan turut diberi oleh Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi pada malam itu dimana semangat perpaduan dirasai oleh setiap ahli yang hadir.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitriperingkat umno bahagian bandar tun razak
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 21
22 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitriperingkat umno bahagian bandar tun razak
Dengan adanya majlis-majlis seperti ini, dapatlah ahli-ahli parti dari semua peringkat berkongsi pendapat atas dasar matlamat umum iaitu memperkuatkan dan meningkatkan lagi prestasi parti bukan sahaja di kalangan ahli-ahli tetapi juga di kalangan masyarakat. Sesungguhnya, majlis ini telah membuktikan betapa pentingnya BTR ini kepada kerajaan pusat.
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 23
24 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitriperingkat umno bahagian bandar tun razak
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 25
26 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Ketika menyambut Ramadhan di
mana kita berterima kasih atas segala
rahmat dan hidayah yang dikurniai
ALLAH S.W.T, umat Islam yang fasih
dengan ajaran agama tidak terlupa
memberi bantuan kepada golongan
yang lebih memerlukan pertolongan
dari kita yang lebih bernasib baik ini.
Ajaran tersebut bukan sekadar
menjadi niat di hati, tetapi diluahkan
di tangan melalui perlaksanaan
program untuk memberi sumbangan
Ramadhan untuk anak-anak yatim,
fakir miskin dan OKU ini.
Pada masa yang suci ini, tinggi rendah pangkat seseorang itu tidak diambil kira. Hanya ketulusan dan keikhlasan hati yang menentukan nilai insan dan jiwa kita di mataNya.
Sumbangan Ramadhan 1432Huntuk anak-anak yatim, fakir miskin dan orang kurang upaya (OKU) di surau muhamadiyah sri pulau pinang
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 27
29november2011
28 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Dengan adanya program seperti ini,
dapatlah warga-warga miskin, anak-
anak yatim dan OKU mengecapi
kebahagiaan dan merasai kemesraan
oleh masyarakat kita terhadap mereka.
Ketika memberi sumbangan dari
NGO nya, Datuk Syed Abdul Rahman
Alhabshi sempat mengingatkan
kita bahawa kerja kebajikan perlu
diamalkan dengan sekerap yang boleh
mengikut keupayaan seseorang itu,
dan bukan sahaja pada masa yang
tertentu. InsyaAllah, teladan beliau
akan diikuti dan usahanya akan
disokong oleh penduduk-penduduk
BTR kita ini.
Sumbangan Ramadhan 1432Huntuk untuk anak-anak yatim, fakir miskin dan orang kurang upaya (OKU) di surau muhamadiyah sri pulau pinang
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 29
30 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Majlis Rumah Terbuka Deepavalianjuran yayasan pendidikan btr di kompleks belia bandaraya
Bandar Tun Razak (BTR) memang dikenali sebagai sebuah bandar di mana penduduk-penduduknya yang berbilang kaum dan agama saling hormat-menghormati serta amat mesra dengan satu sama lain. Punca wujudnya semangat harmoni sejagat di BTR adalah kesanggupan dan keinginan ahli-ahli masyarakat mempelajari dan menghargai pelbagai keunikan tradisi yang ada di sini.
Contohnya Majlis Rumah Terbuka
Deepavali di mana Datuk Syed
Abdul Rahman Alhabshi hadir
sebagai tetamu kehormat. Di
majlis tersebut, beliau dijemput
menyalakan ‘Pelita Cahaya’ yang
menjadi simbol harapan bersama
penduduk-penduduk BTR supaya
dapat terus hidup dengan aman
dan berpeluang mencari rezeki
yang secukupnya. Harapan inilah
yang mula-mula mendorong
beliau menubuhkan NGO nya
bagi meningkatkan lagi taraf
hidup masyarakat BTR.
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 31
29november2011
32 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Selain upacara menyalakan ‘pelita cahaya’, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi juga turut memberi sumbangan sebagai wakil Badan Gabungan Persatuan-persatuan Penduduk, Rukun Tetangga dan NGO Parlimen Bandar Tun Razak di mana beliau adalah pengerusinya.
Majlis Rumah Terbuka Deepavalianjuran yayasan pendidikan btr di kompleks belia bandaraya
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 33
34 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Pada 24hb September 2011, Badan
Gabungan Persatuan-persatuan
Penduduk, Rukun Tetangga
dan NGO Parlimen Bandar Tun
Razak yang diketuai Datuk Syed
Abdul Rahman Alhabshi buat kali
pertamanya menjadi penaung bagi
acara di peringkat antarabangsa
di Melbourne, Australia iaitu forum
Pembangunan Malaysia yang
dianjurkan oleh Kelab Umno Australia
Melbourne.
Forum Pembangunan Malaysia2011, di melbourne, australia
24september2011
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 35
“Tujuan forum tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan pemimpin-pemimpin muda di kalangan pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Australia supaya terlibat dalam proses pembangunan negara.”
36 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Tujuan forum tersebut diadakan
adalah untuk menggalakkan
pemimpin-pemimpin muda di
kalangan pelajar-pelajar Malaysia yang
berada di Australia supaya terlibat
dalam proses pembangunan negara.
Berkat penglibatan Datuk Syed Abdul
Rahman Alhabshi dan NGO nya, Kelab
Umno Australia Melbourne berjaya
menjemput Menteri Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air Dato Seri Peter Chin fah
Kui dan Datuk Bandar Melaka Tuan
Zainal Abu sebagai wakil Datuk Seri
Mohd Ali bin Mohd Rustam selaku
Ketua Menteri Melaka.
Dalam ucapannya, Dato
Seri Peter Chin menekankan
pentingnya penglibatan pemimpin-
pemimpin masa akan datang
dalam pembangunan negara
kita, terutamanya dalam proses
merealisasikan potensi yang ada.
Tidak boleh dinafikan bahawa terdapat
banyak potensi di BTR kita ini, dan
adalah harapan kita semua supaya
potensi tersebut akan dipergandakan
oleh orang-orang muda apabila tiba
masa mereka meneruskan usaha yang
dimulakan oleh pemimpin-pemimpin
hari ini seperti Datuk Syed Abdul
Rahman Alhabshi. Harapan kita untuk
mereka adalah sama juga dengan
harapan kita terhadap BTR kita
yang disayangi ini.
Forum Pembangunan Malaysia2011, di melbourne, australia
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 37
“Dalam ucapannya, Dato Seri Peter Chin menekankan pentingnya penglibatan pemimpin-pemimpin masa akan datang dalam pembangunan negara kita, terutamanya dalam proses merealisasikan potensi yang ada. “
38 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Hari Sukan Sekolah Rendah KebangsaanBandar Sri Permaisuri
Sempena Hari Sukan
Sekolah Rendah
Kebangsaan Bandar
Sri Permaisuri, Datuk
Syed Abdul Rahman
Alhabshi turun ke padang
merasmikan acara tersebut
dan memberi sorakan
penggalakkan kepada
peserta-peserta supaya
mencuba sedaya-upaya
mencapai kecemerlangan.
“Detik-detik kenangan manis di acara tersebut termasuk peserta-peserta menabik beliau apabila berbaris dan senyuman pemenang-pemenang apabila dikalungkan pingat oleh Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi.”
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 39
Hari Sukan Sekolah Rendah KebangsaanBandar Sri Permaisuri
Detik-detik kenangan manis
di acara tersebut termasuk
peserta-peserta menabik beliau
apabila berbaris dan senyuman
pemenang-pemenang apabila
dikalungkan pingat oleh Datuk
Syed Abdul Rahman Alhabshi.
18JUN2011
40 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Hari Sukan Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Sri Permaisuri
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 41
42 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Hari Sukan Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Sri Permaisuri
“Anak-anak muda mengejar pencapaian dan kecemerlangan, mendukung harapan bandar tun razak tersayang”
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 43
44 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Selain menggerakkan
jentera-jentera NGO bagi
kegiatan amal di Bandar Tun
Razak (BTR), terdapat juga
usaha Datuk Syed Abdul
Rahman Alhabshi dan NGO
nya dalam menyokong
kegiatan awam seperti Makmal
Pilihanraya UMNO Wilayah
Persekutuan di Janda Baik
pada 11-13 November 2011
yang bertujuan memastikan
proses pengundian pada masa
pilihanraya dijalankan secara
baik dan lancar.
makmal Pilihanraya umnoWilayah Persekutuan di Janda Baik
“Pentingnya kursus ini dilihat dengan lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia Datuk Raja Nong Chik Dato Raja Zainal Abidin untuk memberi sokongan peribadi untuk usaha ini. “
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 45
11november2011
-13
46 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Pentingnya kursus ini dilihat dengan
lawatan Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
Menteri Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar Malaysia
Datuk Raja Nong Chik Dato Raja
Zainal Abidin untuk memberi
sokongan peribadi untuk usaha ini.
Lawatan mereka disambut dengan
bangganya oleh Datuk Syed
Abdul Rahman Alhabshi yang
menguruskan makmal pilihanraya
tersebut.
Makmal Pilihanraya UMNO, Wilayah Persekutuan di Janda Baik
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 47
48 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
kebakaran Rumah Pangsadi Sri Pulau Pinang
“Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi segerabergegas ke tempat kejadian di mana kebakaran
berlaku pada malam itu juga untuk memberi sokongan moral kepada anggota-anggota bomba yang bertungkus
lumus memadamkan api dan ahli masyarakat BandarTun Razak yang ditimpa kemalangan.”
Pada malam 29 haribulan November 2011 tragedi dengan
malangnya menimpa 10 unit rumah pangsa di Sri Pulau
Pinang apabila berlakunya peristiwa kebakaran. Berkat prihatin
penduduk-penduduk tempatan, tiada mangsa yang tercedera
atau hilang nyawa. Alhamdulillah, semua penduduk terselamat
pada malam yang berhujan itu.
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 49
Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi
segera bergegas ke tempat kejadian
di mana kebakaran berlaku pada
malam itu juga untuk memberi
sokongan moral kepada anggota-
anggota bomba yang bertungkus
lumus memadamkan api dan ahli
masyarakat Bandar Tun Razak yang
ditimpa kemalangan ini. Selepas
memastikan penduduk rumah
pangsa Sri Pulau Pinang selamat,
beliau segera membuat persediaan
untuk memberi pertolongan yang
sepatutnya.
29november2011
50 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
Pada keesokan paginya, beliau
menyambut lawatan Menteri Wilayah
Persekutuan dan Kesejahteraan
Bandar Malaysia, Datuk Raja Nong
Chik Dato Raja Zainal Abidin yang
menjenguk keadaan di Sri Pulau
Pinang. Apabila diberitahu bahawa
terdapat dua murid yang kehilangan
semua harta akibat kebakaran yang
masih bakal menduduki peperiksaan
pada keesokan hari, Datuk Syed
Abdul Rahman Alhabshi tanpa
ragu-ragu menggerakkan jentera
NGO untuk membekalkan keperluan
asas sekolah seperti beg, kasut dan
sebagainya. Beliau juga mengambil
kesempatan itu untuk membeli
bekalan makanan bagi penduduk-
penduduk Sri Pulau Pinang yang
ditimpa kebakaran itu.
kebakaran Rumah Pangsa di Sri Pulau Pinang
“Apabila diberitahu bahawa terdapat dua
murid yang kehilangan semua harta akibat
kebakaran yang masih bakal menduduki
peperiksaan pada keesokan hari, Datuk
Syed Abdul Rahman Alhabshi tanpa ragu-ragu
menggerakkan jentera NGO untuk membekalkan keperluan asas sekolah
seperti beg, kasut dan sebagainya.”
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu | Sentuhan | 51
Kami berharap edisi ketiga ini telah memenuhi
fungsinya untuk menyebarkan khabar tentang
kerja-kerja yang diamalkan oleh Badan
Gabungan Persatuan-Persatuan Penduduk,
Rukun Tetangga dan NGO Parlimen Bandar
Tun Razak yang diketuai oleh Datuk Syed
Abdul Rahman Alhabshi.
Adalah satu kepastian bahawa sesebuah
masyarakat hanya boleh melangkah ke depan
dan menerokai kemajuan apabila disatukan
dan dipimpin dengan sebetulnya, di mana
setiap ahli masyarakat tersebut dijaga secara
tersendiri oleh pemimpin tersebut. Oleh itu,
kami juga ingin merakamkan dengan sepenuh
hati jutaan terima kasih kepada Datuk Syed
Abdul Rahman Alhabshi atas sumbangannya
terhadap kebajikan dan peningkatan taraf
hidup penduduk-penduduk BTR kita ini.
Harapan kami adalah supaya sumbangan
beliau berkekalan dan berganda pada masa
depan demi manfaat ahli-ahli masyarakat kita.
Terima kasih sekali lagi kepada penduduk-
penduduk BTR, di mana setiap usaha
adalah berbaloi demi kemakmuran dan
kesejahteraan bersama.
Bandar Maju, Masyarakat Bersekutu.
Sekian.
Kami dari pihak “Editorial Team” Sentuhan Bandar Tun Razak ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kerana sanggup meluangkan masa merangkap edisi ketiga Sentuhan Bandar Tun Razak ini. Sesungguhnya, adalah menjadi kebanggaan kami kerana dapat berkhidmat demi kemajuan dan kesejahteraan Bandar Tun Razak (BTR) yang disayangi oleh kami semua.
uCaPan PenghaRgaan “eDitoRial team” Sentuhan BanDaR tun Razak
KETUA PENGARANG /SETIAUSAHA EKSEKUTIf:mohD. ghazali YahYaPJK
TIMBALAN KETUA PENGARANG 2Jonathan tan kWan nYan(LLB) Hons, Barrister-at-Law, Gray’s Inn, (LLM) Law & Development (Uni of Manchester, UK)
TIMBALAN KETUA PENGARANG 1SYeD mohammeD naQuiB alhaBShi Bac. Film and Television (Swinburne Uni, AUS)Dip. Mass Communications (Uni of Herts, UK)
GRAfIK, REKA LETAK & PERCETAKAN:tg zulfikaR tg izham zuldirect resources
52 | Sentuhan | Bandar Tun Razak
PusaT PerKhidmaTan raKyaT 1malaysia
Badan gabungan Persatuan-Persatuan Penduduk, Rukun tetangga dan ngo, Parlimen Bandar tun Razak
No. B32-2, Pusat Perniagaan Danau Lumayan 1, Off Jalan Tasik Permaisuri 1 Tel: 03 9172 5133
Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur fax: 03 9172 5233
››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››››