Senyum Dan Sains

8
Senyumlah ^_^ Message: Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan. Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar. Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana

description

Senyum Dan Sains

Transcript of Senyum Dan Sains

Page 1: Senyum Dan Sains

Senyumlah ^_^

Message:

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda

dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat

demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang

akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu

saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan

bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria

dan wajah orang yang sentiasa murung dan

perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan

mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk

senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda

dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria,

sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan

berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan

nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana

dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia

marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum.

Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum

ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah

begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian

anda adalah satu dalam sejuta.

Page 2: Senyum Dan Sains

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah

misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah

putus ditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali

wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak

tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh

kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh

tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih

menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya.

Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda

berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda

perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan

hidup sememangnya ada masalah lalu menerima

keadaan sedemikian dengan tenang dan masih mampu

tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih

baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa

nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman

di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu

memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak

dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan

memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja

berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi

banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita

tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap

Page 3: Senyum Dan Sains

kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman

memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke

otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke

hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan

emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain

itu, apabila kita tersenyum, kita hanya

menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka,

tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan

endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan

fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa

lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100

kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat

kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal

ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan

darah dan kadar dengupan

jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini

akan turun iaitu lebih rendah daripada paras

sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih

banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak

berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400

kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di

kalangan orang

dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa

Page 4: Senyum Dan Sains

lebih mudah diserang penyakit serta mengalami

masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari

Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan

terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik

dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa

dikategorikan

sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik

akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa

telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan

pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala

kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa

berbuat apa-apa.

Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas

kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah

tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan

hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins'

dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap

hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan

virus semulajadi dalam badan akan bertambah

selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon

(protein melawan penyakit), sel T (yang penting

untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang

menghasilkan antibodi melawan penyakit).

Page 5: Senyum Dan Sains

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah,

menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini

secara tidak langsung merangsang proses

penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan

emosi seperti

kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai

kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa

mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung

merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah

tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan

Universiti Maryland

menjalankan kajian ke atas 300 responden dan

mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit

jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik

kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem

pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.

Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan

menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua

belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk

belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan

psikologi; membuatkan otak lebih peka serta

bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi

usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan

penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang

percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita

Page 6: Senyum Dan Sains

bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh,

dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu

satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada

penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu

modal, cuma

sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan

senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu

menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu

menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga

untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK.

KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Jadi kawan-kawan jangan lupa untuk senyum, sekerat

atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah

lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan

keterlaluan pula cukup sekedar nya sahaja ok.

* Sumber - majalah MIDI edisi Mei 2006