SENYUM - trg.icu.gov.mytrg.icu.gov.my/official/edoc/senyum.pdf · DEFINISI SENYUM •Senyum adalah...

11
SENYUM

Transcript of SENYUM - trg.icu.gov.mytrg.icu.gov.my/official/edoc/senyum.pdf · DEFINISI SENYUM •Senyum adalah...

Page 1: SENYUM - trg.icu.gov.mytrg.icu.gov.my/official/edoc/senyum.pdf · DEFINISI SENYUM •Senyum adalah riak ... hormon-hormon. 2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan

SENYUM SENYUM

Page 2: SENYUM - trg.icu.gov.mytrg.icu.gov.my/official/edoc/senyum.pdf · DEFINISI SENYUM •Senyum adalah riak ... hormon-hormon. 2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan

DEFINISI SENYUM

• Senyum adalah riak wajah yang ditunjukkan manusia biasanya ketika gembira. Senyum ditunjukkan dengan mulut, dan boleh juga dengan mata.

• Orang tersenyum kerana banyak sebab, misalnya kerana jenaka atau tersenyum ketika gambar diambil. Namun, kadang-kadang orang tersenyum untuk menutup perasaan yang memalukan. Senyum sering boleh digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan. Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata bahawa "Senyum kepada saudaramu adalah sedekah".[1]

Page 3: SENYUM - trg.icu.gov.mytrg.icu.gov.my/official/edoc/senyum.pdf · DEFINISI SENYUM •Senyum adalah riak ... hormon-hormon. 2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan

KAJIAN SAINS • Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding

43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).[2]

• Senyum mampu mengubah mood kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklumbalas wajah' (facial feedback). Hipotesis ini menegaskan bahawa 'pergerakan wajah secara sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan pengalaman emosi'. Menurut Davis dan Palladino, ia bermaksud maklumbalas dari ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan dengan senyuman. [3]

• Guillaume Duchenne (1806-1875), ahli neurologi Perancis merupakan seorang pakar dalam elektro-diagnosis dan elektro-terapi telah membuat kajian berkaitan senyuman. Beliau telah membuat perbandingan anatomi terhadap senyuman asli dan senyuman palsu. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, beliau mendapati bahawa senyuman sebenar yang terhasil daripada rasa gembira dan bahagia bukan sahaja menggerakkan otot-otot di bahagian mulut, malahan juga otot di bahagian pipi dan mata. Berbanding senyuman palsu yang hanya melibatkan otot sekitar mulut. Senyuman Duchenne (Duchenne smile) telah diambil bersempena nama beliau.[4]

• Satu lagi kajian berkaitan senyuman telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik di Wayne State University, Michigan terhadap 230 orang pemain besbol yang tercetak gambar mereka di majalah Baseball Register pada tahun 1950an. Penyelidik membahagikan mereka kepada tiga kumpulan iaitu tidak senyum, senyum separuh iaitu hanya otot mulut sahaja yang terlibat dan tersenyum lebar iaitu dengan mengangkat otot pipi dan sekitar mata. Kemudian para penyelidik membandingkan gambar dengan jangka hayat pemain. Didapati bahawa bagi kategori 'tidak senyum' secara puratanya hidup sehingga 72.9 tahun, kategori 'senyum separuh' purata hidupnya 75 tahun sedangkan mereka yang dalam kategori 'tersenyum lebar' hidup sehingga umur 79.9 tahun secara puratanya. Tujuh tahun lebih lama berbanding rakan-rakan mereka yang tidak senyum. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psycological Science ini menegaskan bahawa senyuman palsu tidak menyumbang kepada kesan yang sama.[5]

Page 4: SENYUM - trg.icu.gov.mytrg.icu.gov.my/official/edoc/senyum.pdf · DEFINISI SENYUM •Senyum adalah riak ... hormon-hormon. 2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. 3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. 4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. 5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. 6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan. 7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

14 FAKTA MENARIK

Page 5: SENYUM - trg.icu.gov.mytrg.icu.gov.my/official/edoc/senyum.pdf · DEFINISI SENYUM •Senyum adalah riak ... hormon-hormon. 2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit). 10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. 11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat. 12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit. 14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Samb…

Page 6: SENYUM - trg.icu.gov.mytrg.icu.gov.my/official/edoc/senyum.pdf · DEFINISI SENYUM •Senyum adalah riak ... hormon-hormon. 2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan

MEMANTAPKAN AMALAN SENYUMAN DALAM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

SEKTOR AWAM Tujuan:

1. Pelanggan berpuashati terhadap setiap perkhidmatan yang diberi.

2. Terap nilai-nilai murni dalam amalan harian penjawat awam.

3. Tingkat imej sektor awam ke arah perkhimatan bertaraf dunia; dan

4. Tingkat persepsi positif rakyat dan pelanggan ke atas perkhidmatan yang disampaikan.

Page 7: SENYUM - trg.icu.gov.mytrg.icu.gov.my/official/edoc/senyum.pdf · DEFINISI SENYUM •Senyum adalah riak ... hormon-hormon. 2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan

Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan. Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri. ___________________________________________ Senyum biarlah pada tempatnya. _____________________________________________ Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas, senyum rekaan ialah senyuman pura-pura dan kejahatan. Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah. Orang yang sedang menghadapi tekanan jiwa sukar melahirkan senyuman, senyumannya kelihatan kurang indah dan tawar serta kurang menarik. Senyumlah selalu bila bertemu kawan, senyum tidak menggunakan banyak tenaga tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan, disenangi anak isteri, rakan taulan, jiran tetangga dan sudah tentulah yang paling istimewa dikasihi Allah

Page 8: SENYUM - trg.icu.gov.mytrg.icu.gov.my/official/edoc/senyum.pdf · DEFINISI SENYUM •Senyum adalah riak ... hormon-hormon. 2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan

Senyum senyum senyum

Senyum senyum

Verse Kacak luar Kacak dalam Kacak dengar sini Kalau saya senyum Awak mesti senyum sekali Kalau kita senyum Semua orang berjangkit Bila semua orang senyum Dunia tiada penyakit

Chorus Senyum Tak perlu kata apa-apa Senyum Tak perlu kata apa-apa Senyum Tak perlu kata apa-apa Senyum tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka Kalau habis abjad aku rap dengan angka Satu dua tiga anugerah diterima Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza Ditertawakan oleh anakku Inca Medina Oh Inca Medina orang secantik nama Cantik luar cantik dalam cantik macam mama Hati macam grandmanya anginnya macam papa Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama Wanita hari ini jaga sensitiviti Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan Aku bukan rupawan aku bukan jutawan Tapi aku punya satu senyuman yang menawan Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan Dengar kata hati perasaan jangan dilawan Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian Tu boleh pun senyum cantiknya gigi Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri Wanita hari ini harus pepandai puji Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

SENYUM

Page 9: SENYUM - trg.icu.gov.mytrg.icu.gov.my/official/edoc/senyum.pdf · DEFINISI SENYUM •Senyum adalah riak ... hormon-hormon. 2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan

SEKIAN,TERIMA KASIH

Page 10: SENYUM - trg.icu.gov.mytrg.icu.gov.my/official/edoc/senyum.pdf · DEFINISI SENYUM •Senyum adalah riak ... hormon-hormon. 2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan