Sepintas Lalu Mengenai Abu Al-Maududi

13
Al-Maududi Dalam Dakwah & Siasah Sepintas Lalu Mengenai Abu al-A’la al-Maududi Al-Maududi dilahirkan pada 3 Rejab 1321 Hijrah bersamaan 1903 Masihi, di Aurangabad sebuah bandar di Hyderabad dan sekarang dikenali sebagai Andhra Pradesh, India. Beliau berasal dari keluarga yang terpelajar dan terhormat. Ayah beliau, Ahmad Hassan adalah merupakan seorang yang pentingkan pendidikan agama terhadap anak-anak. Hal ini membolehkan al-Maududi mendapat pendidikan awal bermula dari rumah lagi daripada ayah dan ibunya. Selain itu beliau turut melanjutkan pelajaran di institut pendidikan formal, namun tidak lama. Bakat dan kebolehan beliau mula terserlah apabila beliau telah menjadi seorang editor pada sebuah akhar harian tempatan, seawal usia 15 tahun. Beliau juga telah bergabung dengan pergerakan untuk mempertahankan sistem khilafah ketika berusia 16 tahun. Di dalam akhbar harian At-Taj pula, al-Maududi telah menulis artikel-artikel yang jelas

description

al-maududi

Transcript of Sepintas Lalu Mengenai Abu Al-Maududi

Page 1: Sepintas Lalu Mengenai Abu Al-Maududi

Al-Maududi Dalam Dakwah & Siasah

Sepintas Lalu Mengenai Abu al-A’la al-Maududi

Al-Maududi dilahirkan pada 3 Rejab 1321 Hijrah bersamaan 1903 Masihi, di Aurangabad sebuah bandar di Hyderabad dan sekarang dikenali sebagai Andhra Pradesh, India. Beliau berasal dari keluarga yang terpelajar dan terhormat. Ayah beliau, Ahmad Hassan adalah merupakan seorang yang pentingkan pendidikan agama terhadap anak-anak. Hal ini membolehkan al-Maududi mendapat pendidikan awal bermula dari rumah lagi daripada ayah dan ibunya. Selain itu beliau turut melanjutkan pelajaran di institut pendidikan formal, namun tidak lama.

Bakat dan kebolehan beliau mula terserlah apabila beliau telah menjadi seorang editor pada sebuah akhar harian tempatan, seawal usia 15 tahun. Beliau juga telah bergabung dengan pergerakan untuk mempertahankan sistem khilafah ketika berusia 16 tahun. Di dalam akhbar harian At-Taj pula, al-Maududi telah menulis artikel-artikel yang jelas menunjukkan kegigihan beliau dalam membela gagasan mempertahankan sistem khalifah. Hal ini menyebabkan akhbar tersebut ditutup, dan al-Maududi mengambil keputusan berpindah ke Delhi. Di Delhi, beliau telah bergabung bersama ketua Himpunan Ulama’ India dalam penerbitan akhbar harian Al-Muslim dari tahun 1921-1923 dan kemudian Al-Jam’iyat dari tahun 1925-1928. Dalam tempoh ini beliau berpeluang untuk terus belajar dan menumbuhkan minat intelektualnya.

Page 2: Sepintas Lalu Mengenai Abu Al-Maududi

Selepas meninggalkan Al-Jam’iyat pada tahun 1928, al-Maududi telah berangkat ke Hyderabad. Di sini beliau menghabiskan masa membuat penyelidikan dan menulis. Beliau telah menyiapkan beberapa terjemahan buku tafsir dan falsafah dari bahasa arab, menulis sejarah Hyderabad dan menyiapkan teks pengajian Islam untuk pemerintah Nizam.

Pada tahun 1932, beliau menjadi editor bagi majalah Tarjuman al-Quran. Beliau banyak menulis tentang beberapa perkara asas dalam Islam. Beliau juga mengambil perhatian dalam permasalahan umat. Hasil penulisan beliau menunjukkan tahap keilmuan beliau dalam memahami al-Quran dan as-Sunnah bagi mendepani pemikiran barat yang menjadi arus perdana pada waktu tersebut.

Pada tahun 1937 pula al-Maududi mendapat jemputan daripada penyair yang tersohor iaitu Muhammad Iqbal untuk membantu beliau mendirikan pusat akademik dan penyelidikan di Panthankot. Kemudiannya beliau berpindah lagi ke Lahore, dan di sana beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Usuluddin di Islamiah College. Setelah itu beliau meletakkan jawatan dan kembali bergiat di dalam dakwah dan penulisan. Selain daripada menulis dan berkarya. Beliau turut menjalankan kegiatan ceramah dan syarahan di beberapa bandar di benua kecil India.

Akhirnya pada tahun 1941, Al-Maududi telah mendirikan sebuah gerakan Islam yang diberi nama Jama’at Islami, yang diketuai oleh beliau sendiri. Gerakan ini sepertimana Ikhwan al-Muslimin, yang bergerak bagi mengkader dan membentuk peribadi umat terutama di kalangan pemuda. Ketika mana negara Pakistan mula

Page 3: Sepintas Lalu Mengenai Abu Al-Maududi

terbentuk, beliau telah meneruskan perjuangan di sana. Beliau telah menginfaqkan diri di dalam gerakan ini hinggalah beliau meninggal dunia setelah meninggalkan banyak jasa yang begitu besar.

Al-Maududi Dan Gerakan Islam

“Gerakan ini adalah tujuan hidupku. Hidup dan matiku bergantung pada gerakan ini. Apabila ada yang ragu-ragu untuk maju ke hadapan, maka aku akan maju, jika tidak ada yang sefahaman denganku maka aku akan berjalan sendirian. Seandainya seluruh dunia bersatu dan tinggal aku sendiri, maka aku tidak akan mundur selangkah pun.”

Kenyataan yang disampaikan oleh Al-Maududi ini kepada teman-temannya jelas menggambarkan betapa penting dan seriusnya beliau dalam melibatkan diri untuk menegak dan mempertahankan Islam.

Al-Maududi juga telah meletakka tiga teras dasar di dalam pembinaan harakahnya :

1. Pendukung hendaklah terdiri daripada mereka yang kuat imannya, jelas pendiriannya serta jelas sirahnya. Kualiti hendaklah lebih penting dari kuantiti.

2. Peraturan harakah hendaklah kukuh dan kuat. Ia mesti dielakkan daripada sebarang bentuk kecuaian dan kealpaan. Anggota mestilah beriltizam dan menjauhkan dosa, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram.

Page 4: Sepintas Lalu Mengenai Abu Al-Maududi

Inilah syarat minimum bagi seorang muslimin. Tanpa iltizam tidak ada tempat bagi mereka di dalam harakah.

3. Harakah mestilah mengandungi dua unsur di dalam satu masa, mereka yang berpendidikan agama dan moden. Mereka hendaklah bekerjasama dan bersatu dalam menggerakkan harakah menuju sistem Islam yang menyeluruh. Kedua-dua golongan ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing yang amat berguna. Secara berasingan mereka tidak akan dapat mencapat cita-cita Islam. Mereka mestilah menyatukan tenaga, ilmu dan pendidikan mereka untuk bergerak pada zaman moden ini.

Hal ini dijelaskan lagi di dalam bukunya Syahadatul Haq atau terjemahannya Pengakuan Sebenar Seorang Muslim, beliau mengatakan :

“Seterusnya saya akan nyatakan pula apakah yang perlu dilaksanakan oleh mereka yang menyertai jamaah kami ini, mereka yang turut sama dalam barisan kami, setelah mereka benar-benar memahami dakwah ini, setelah mereka bersetuju menerima prinsip dan cara kerja kami. Apa yang kami tuntut daripada ahli kami dan daripada mereka yang menyatakan kesediaan mereka untuk turut sama bersama kami dalam melaksanakan tugas ini sebenarnya sama sahaja dengan apa yang dituntut oleh Islam daripada setiap muslim dan muslimat. Kami tidak akan menambah atau mengurangkan segala yang dituntut oleh Islam itu sendiri. Kami akan bentangkan Islam ini sepenuhnya kepada mereka dan kami akan katakan kepada mereka, hendaklah kamu terima agama ini dengan merasakan

Page 5: Sepintas Lalu Mengenai Abu Al-Maududi

segala tanggungjawab dan bebanan berat yang ada bersamanya. Hendaklah kamu tunaikan segala haknya dengan sempurna dengan memahami segala sasaran dan objektif agungnya hingga kamu mampu menampilkan kepada seluruh manusia akan kebaikan dan keindahan agama ini, kamu tonjolkan kepada mereka keberkatan dan keistimewaannya. Hendaklah kamu bersihkan fikiran kamu, akhlak kamu dan amalan kamu daripada segala yang tidak bertepatan dengan nilai dan elemen agama ini sehingga seluruh cara hidup kamu menjadi contoh kepada kemuliaan dan keindahan Islam. Inilah syarat dan peraturan jamaah kami. Jika kamu mahu kamu boleh katakan inilah yuran yang perlu dibayar oleh mereka yang ingin menjadi ahli jamaah kami dan orang yang mahu membantu tugas kami. Ini adalah undang-undang asas jamaah ini, inilah sistem dan cara bekerja jamaah ini, inilah dakwah kami, semuanya ada di hadapan kamu…”

Namun begitu, Al-Maududi juga bersikap terbuka terhadap sesiapa saja yang secara ikhlas ingin membaiki sudut-sudut kelemahan yang terdapat di dalam gerakannya.

“Sesiapa sahaja boleh melihat dan membuat penilaian sendiri. Apakah ada sesuatu yang bercanggah dengan asas Islam? Apakah kami ada menambah atau mengurangkan ajaran Islam yang sebenar? Apa yang kami maksudkan dengan Islam yang sebenar ialah apa yang dinyatakan oleh Kitab Allah dan sunnah Rasul Nya. Jika ada sesiapa yang boleh menunjukkan kepada kami mana-mana kandungan perlembagaan kami atau cara kami yang boleh dianggap sebagai menokok tambah kandungan Kitab Allah serta sunnah dan dapat membuktikan

Page 6: Sepintas Lalu Mengenai Abu Al-Maududi

kepada kami dengan dalil yang boleh diterima,, kami akan mansuhkan dan gugurkan kandungan tersebut terus daripada undang-undang kami. Begitu juga jika ada sesiapa yang menasihatkan kami bahawa ada mana-mana asas agama yang telah kami abaikan atau kami tidak masukkan dalam manhaj dan perlembagaan kami, nescaya kami akan masukkan perkara tersebut dalam undang-undang dan perlembagaan kami tanpa sebarang rasa bongkak dan sombong. Ini adalah kerana apa yang kami lakukan ini dan kesediaan kami untuk berada di kedudukan yang getir ini adalah semata-mata untuk memartabatkan agama ini sepenuhnya dan menyokong kebenaran yang sejati. Kami sebenarnya menzalimi diri dan prinsip kami sendiri jika kami tidak benar-benar ikhlas dalam mencapai matlamat kami dan kami hanya akan menyemai sifat munafik dan hipokrit dalam menjalankan tugas ini…”

Pandangan Al-Maududi Mengenai Dakwah

“Tugasku kepada kaum muslimin adalah untuk memahamkan tanggungjawab terhadap tugas-tugas itu, iaitu tanggungjawab yang dikenakan terhadap mereka sebagai umat Islam. Tidaklah cukup hanya sekadar mengatakan kami umat Islam. Tetapi ketika percaya kepada Allah sebagai yang disembah dan Islam sebagai agama, maka yang demikian itu harus ada dalam perasaan dan memikirkan bagaimana pelaksanaannya. Jika tidak bangkit untuk melaksanakan tanggungjawab ini bererti tidak mungkin bebas dari tanggungjawab pengabaian di dunia ataupun di akhirat…”

Page 7: Sepintas Lalu Mengenai Abu Al-Maududi

Al-Maududi sangat berpegang dengan prinsip ini kerana beliau memahami akan hakikat sebenar syahadah. Menurut beliau, syahadah yang benar itu terbahagi kepada dua, iaitu syahadah qauliyyah dan syahadah ‘amaliyyah. Syahadah qauliyyah maksudnya kesaksian dengan lisan. Manakala syahadah ‘amaliyyah maksudnya kesaksian amal perbuatan. Hal ini dijelaskan lagi oleh beliau bahawa ;

“Syahadah dalam bentuk perkataan ialah kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang telah disampaikan kepada kita melalui perantaraan para Nabi dan para Rasul.”

“Syahadah dalam bentuk perbuatan pula bermaksud kehidupan seharian kita mestilah menjadi cermin yang membiaskan dasar dan prinsip yang kita yakini dan kita laungkan.”

Al-Maududi mengajak kepada umat supaya sedar akan hal ini. Supaya umat tidak leka dengan pelbagai situasi semasa yang berlaku. Walaubagaimanapun, Al-Maududi turut mengingatkan bahawa ;

“Sebenarnya syahadah ini tidak akan lengkap dan tidak akan terhasil melainkan setelah terbentuknya sebuah negara yang tertegak berlandaskan prinsip yang abadi seperti yang dinyatakan secara jelas oleh agama ini…”

Al-Maududi mengajak supaya umat sedar, selagi tidak wujudnya negara yang tertegak atas dasar dan undang-undang Islam, maka selagi itu kesaksian seseorang tidak lengkap. Ini

Page 8: Sepintas Lalu Mengenai Abu Al-Maududi

menunjuk betapa seriusnya Al-Maududi dalam mengajak umat untuk mengembalikan kegemilangan Islam.

Al-Maududi juga menjelaskan bahawa dakwah itu dari segi matlamat dan tujuannya boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :

1. Da’wah kita adalah untuk seluruh manusia umumnya dan umat Islam secara khusus, menyeru mereka supaya memberikan sepenuh peng’abdian kepada Allah Yang Esa, tidak menyekutukan Nya dengan sesuatu dan tidak menjadikan sembahan lain sebagai Tuhan.

2. Da’wah kita adalah untuk manusia yang mempunyai persediaan untuk menerima Islam sebagai Deen dan pegangan hidup, mengikhlaskan keyakinan sebulatnya kepada Allah membersihkan jiwanya dari segala penyakit nifaq dalam setiap amalan, supaya tidak bertentangan dengan Islam.

3. Da’wah kita adalah untuk ‘alam sejagat, menyeru mereka membangkitkan suatu revolusi dan perubahan menyeluruh terhadap sistem pemerintahan kini kerana pemerintahan hari ini dikuasai oleh taghut dan perosak-perosak yang hidup bermaharajalela di permukaan bumi dengan berbagai kemusnahan. Kekuasaan dari kepimpinan ideologi yang zalim ini mesti dihentikan, diserahkan kepada orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, beriman dengan agama yang haq, tiada keinginan kepada kemegahan, kemaharajalelaan dan kemusnahan di muka bumi.

Page 9: Sepintas Lalu Mengenai Abu Al-Maududi

Berdasarkan matlamat dan tujuan yang digariskan oleh Al-Maududi dapat kita simpulkan bahawa dakwah ada yang disampaikan kepada orang bukan Islam, dan ada kepada orang Islam sendiri. Mengapa berlaku perkara seperti ini? Hal ini kerana Al-Maududi melihat terdapat dikalangan umat Islam sendiri masih ramai yang belum memahami agama ini dengan sebenar-benarnya. Kefahaman mereka telah dicampur aduk dengan pelbagai pemikiran luar yang mempengaruhi bukan saja pemikiran malah gaya hidup mereka.

Kita juga dapat simpulkan bahawa matlamat utama dalam dakwah adalah semata-mata untuk pengabdian kepada Allah SWT. Bukan kerana yang lain. Kerana itu, Allah sentiasa menjadi matlamat utama, dan keredhaan Nya lah yang perlu dicari. Tanpa keredhaan Nya, tiada nilailah segala penat lelah yang dicurahkan. Sepertimana yang dijelaskan oleh Jum’ah Amin di dalam At-Tsawabit Wal Mutaghayyirat, bahawa redha Allah adalah tsawabit dalam dakwah yang tidak boleh diubah lagi.