September - Bulan Bahasa dan Sastera Negara B u d ayawa n · PDF fileSayembara Cerpen Remaja...

1
Halaman Sembilan BERITA HARIAN Isnin, 15 Ogos 2005 Sayembara Cerpen Remaja Timur 2005 PENGUMUMAN September - Bulan Bahasa dan Sastera Negara D EWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur me- nganjurkan Sayembara Menulis Cerpen Remaja Timur 2005 mulai 1 Julai 2005. Selain menyediakan ruang kepada remaja berbakat mengetengahkan karya, sayem- bara ini juga meningkatkan daya cipta dan kreativiti remaja dalam penulisan kreatif agar dapat di- serap mengikuti program Penulis Muda DBP Wilayah Timur. Sayembara ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang ber- umur antara 15 hingga 25 tahun yang berasal dan bermastautin di negeri Kelantan dan Terengganu. Tema cerpen adalah bebas dan tidak boleh mengandungi unsur lucah atau perkara yang akan men- jadi pertikaian. Syarat-syarat lain penyertaan sayembara ini terdapat dalam bo- rang penyertaan yang boleh di- peroleh daripada Urus Setia, Sa- yembara Menulis Cerpen Remaja Timur 2005, DBP Wilayah Timur, Lot 107-109, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelan- tan Darul Naim atau sila hubungi Pn. Hjh. Mahani Che Ibrahim di talian 09-7414909; 09-7414908; 09-7414908 atau kirimkan sampul surat beralamat sendiri berserta setem ke alamat tersebut. Pemenang pertama akan me- nerima hadiah berupa wang tunai RM 1000.00, kedua (RM 700.00), ketiga (RM 500.00) manakala lima hadiah sagu hati RM 300.00 setiap satu dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Ogos ini. Penguasaan Bahasa Baku Wacana Minda To ko h B u d ayawa n M e l ay u " TUAN Haji Abdul Aziz Tapa dan Datuk Wira Borhan Md. Yaman merupakan dua orang tokoh sosiobudaya Melayu yang dapat diibaratkan sebagai 'tiang seri' dalam kehi- dupan masyarakat di negeri warisan Laksamana Hang Tuah." Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Abdullah, ketika berucap pada majlis perasmian Wacana Minda Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa dan Datuk Wira Borhan Md. Yaman yang diadakan di Hotel Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka pada 7 Julai lalu. Kedua-dua orang tokoh ialah anak jati Melaka yang terkenal sebagai pejuang kemerdekaan, tokoh veteran poli- tik tanah air, pen- didik, ahli sejarah, serta penulis yang banyak berjasa. Antara jasa besar Tan Sri Datuk Wira Haji Abdul Aziz Tapa dalam bidang buda- ya ialah menganjur- kan Kongres Kebu- dayaan Melayu Per- tama pada Disem- ber 1957 yang mempertemukan 53 buah badan ke- budayaan dan per- suratan di seluruh Tanah Melayu, Si- ngapura dan Kali- mantan Utara. Beliau juga terli- bat dalam memper- juangkan bahasa Melayu sebagai ba- hasa rasmi negara, dengan menganjur- kan pelbagai kem- pen Minggu Bahasa Kebangsaan dan Festival Bahasa Melayu. Sementara itu, Datuk Wira Borhan Md. Yaman turut memainkan peranan dalam memarta- batkan bahasa Melayu sebagai bahasa pe- ngantar di sekolah-sekolah seperti yang ter- maktub dalam Penyata Pelajaran Razak 1956 dan Penyata Pelajaran A. Rahman Talib 1960 yang disempurnakan pada 1971 apabila ter- laksananya Dasar Pendidikan Kebangsaan se- hingga tertubuhnya Universiti Kebangsaan Ma- laysia (UKM) dan pelaksanaan pengajaran se- luruh mata pelajaran melalui bahasa pengantar bahasa kebangsaan di peringkat universiti mu- lai tahun 1983. Antara jasa besar beliau adalah apabila ber- jaya memperjuangkan perubahan nama-nama jalan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Me- layu. Nama beliau juga tidak asing dalam dunia persuratan Melayu kerana rencana dan sajak beliau yang membangkitkan semangat nasio- nalisme dan cinta akan tanah air sering di- siarkan dalam majalah Guru dan akhbar Mer- deka . Wacana Minda Tan Sri Aziz Tapa dan Datuk Wira Borhan Md. Yaman yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) ini telah berjaya mengimbau sejarah perjuangan tokoh budayawan Melayu. Oleh Normala Mohamad Yusof dan Rusdi Abdul Rahman Oleh Rossilawaty Sheriff, Aminah Awang Basar dan Nor Hamuni Ibrahim B AGI memupuk semangat cinta dan megah akan bahasa kebangsaan, Kerajaan Malaysia telah mengisy- tiharkan bulan September sebagai Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) pada tahun 1999. BBSN merupakan kesinambungan kem- pen Bulan Bahasa Kebangsaan (1960 hing- ga 1966), Gerakan Cintailah Bahasa Kita (1987 hingga 1998), Gerakan Bahasa Ke- bangsaan Sektor Swasta (1996 hingga 2005) dan Minggu Sastera (1987 hingga 1998). BBSN peringkat kebangsaan pada tahun ini akan berlangsung di Kuantan, Pahang pada 10 hingga 12 September ini yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Men- teri Malaysia, Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Bersempena sambutan BBSN kali ini, Ekspo BBSN yang merupakan program terbesar dan kemuncak sambutan akan diadakan pada 9 hingga 11 September ini bertempat di Kompleks Beli-belah Berjaya Mega Mall, Kuantan, Pahang. Sempena BBSN kali ini juga, program Kembara Bahasa 2005 secara berkonvoi digantikan dengan “Majlis Teguh Bahasa” yang akan diadakan di Kuantan, Pahang, dari 10 hingga 12 September ini. Seramai 275 orang peserta akan dipilih untuk menyertai “Majlis Teguh Bahasa”. Antara program Majlis Teguh Bahasa Pe- ringkat Kebangsaan 2005 ialah ceramah bertajuk “Peranan Bahasa Kebangsaan da- lam Pembangunan Industri Telekomuni- kasi dan Multimedia” yang akan disam- paikan oleh Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Puan Adelina Is- kandar. Di samping itu, “Kegiatan Bersama-sa- ma Khalayak” akan diadakan di empat lokasi terpilih. Acara kemuncaknya ialah “Malam Teguh Bahasa” dan “Pelancaran Laman Komuniti Kembara Bahasa” pada 11 September yang akan disempurnakan oleh tetamu kehormat, iaitu Menteri Pe- lajaran, Y.B. Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein merangkap Penaung Program Majlis Teguh Bahasa 2005. Acara Penang- guhan dan Penilaian Program Teguh Ba- hasa 2005 akan diadakan pada 12 Sep- tember ini. Sementara itu, program “Perkampu- ngan Penulis BBSN 2005” pula, akan di- adakan di Pusat Rekreasi Air Balok, Kuan- tan pada 8 hingga 10 September ini. Prog- ram yang mengaplikasikan pendekatan berbengkel sambil berkhemah ini bertu- juan untuk membina jati diri dan sema- ngat negara bangsa melalui apresiasi sas- tera kebangsaan. Penyertaan dipelawa ke- pada warganegara Malaysia yang berumur antara 20 hingga 30 tahun yang dikehen- daki mengemukakan sekurang-kurangnya sebuah karya asli berbahasa Melayu (puisi atau cerpen). Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang asal dan dihantar kepada penganjur sebelum 20 Ogos ini. Selain itu, pelbagai kegiatan bahasa dan sastera seperti “Debat Perdana”, “Khemah Bahasa”, Pameran Klik DBP dan pelbagai kegiatan lain di peringkat negeri akan turut memeriahkan sambutan BBSN 2005. Diharapkan program BBSN kali ini akan dapat menyemarakkan semula pe- ranan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara demi melahirkan rakyat Ma- laysia yang berbudi luhur sesuai dengan tema BBSN 2005 “Bahasa Disanjung, Budi Dijunjung.” Untuk pertanyaan dan penyertaan prog- ram BBSN, sila hubungi Puan Rossilawaty Sheriff di talian 03-21486767 atau e-mel : [email protected] atau layari laman web DBP : www.dbp.gov.my. M enteri Besar Perlis, Y.A.B. Dato' Se- ri Shahidan Kassim, yang menyem- purnakan majlis perasmian per- tandingan Forum Remaja Peringkat Kebang- saan 2005 menyatakan harapannya agar per- tandingan berbentuk forum diteruskan ke- rana program ini berjaya mengasah bakat berhujah dan berkomunikasi secara formal dalam kalangan remaja. Forum ini juga berjaya melahirkan satu model pengguna bahasa baku yang sempur- na dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya. Kolej Islam Sultan Alam Shah yang men- juarai pertandingan kali ini telah mengupas tajuk “Tekanan dan Stres”. Johari Md. Salim muncul sebagai Ahli Forum Terbaik, semen- tara Siti Aishah Abas muncul sebagai Pe- ngerusi Terbaik. Pasukan mereka membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM600.00 setiap seorang, piala iringan dan plak, buku terbitan DBP serta sijil. Sementara itu, Sekolah Menengah Kian Kok, Sabah membuktikan keunggulan me- reka dengan menjuarai Pertandingan Forum Pelajar peringkat kebangsaan buat kali ke- lima sejak memenanginya pada tahun 1993, 1999, 2000 dan 2004. Kepetahan mereka mengupas perbinca- ngan yang bertajuk “Kosmetik dan Pem- bedahan Plastik: Mempercantik atau Memu- daratkan” terbukti, apabila salah seorang pesertanya, Noranizah Mohd. Shakir dipilih sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Manakala hadiah Ahli Forum Terbaik pula, dimenangi oleh Edwin Lim Kia Yang daripada Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Bahru. Pertan- dingan peringkat kebangsaan kali ke-14 itu telah berlangsung pada 14 Julai lalu di Alor Star, Kedah dengan kerjasama Kerajaan Ne- geri Kedah. Sejajar dengan pertandingan itu, DBP te- lah membina laman web Pertandingan Fo- rum Remaja dan Forum Pelajar yang boleh dicapai melalui http://www.dbp.gov.my. Aziz Tapa Borhan Md. Yaman Oleh Normala Mohamad Yusof dan Shahrun Nizal Mohd. Nor SYABAS: Juara pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2005.

Transcript of September - Bulan Bahasa dan Sastera Negara B u d ayawa n · PDF fileSayembara Cerpen Remaja...

Page 1: September - Bulan Bahasa dan Sastera Negara B u d ayawa n · PDF fileSayembara Cerpen Remaja Timur 2005 PENGUMUMAN ... Kedua-dua orang tokoh ialah anak jati Melaka ... nalisme dan

Halaman S embilanBERITA HARIAN Isnin, 15 Ogos 2005

Sayembara CerpenRemaja Timur 2005

PENGUMUMAN

September - Bulan Bahasadan Sastera Negara

DEWAN Bahasa dan Pustaka(DBP) Wilayah Timur me-

nganjurkan Sayembara MenulisCerpen Remaja Timur 2005 mulai1 Julai 2005. Selain menyediakanruang kepada remaja berbakatmengetengahkan karya, sayem-bara ini juga meningkatkan dayacipta dan kreativiti remaja dalampenulisan kreatif agar dapat di-serap mengikuti program PenulisMuda DBP Wilayah Timur.

Sayembara ini terbuka kepadawarganegara Malaysia yang ber-umur antara 15 hingga 25 tahunyang berasal dan bermastautin dinegeri Kelantan dan Terengganu.Tema cerpen adalah bebas dantidak boleh mengandungi unsurlucah atau perkara yang akan men-jadi pertikaian.

Syarat-syarat lain penyertaansayembara ini terdapat dalam bo-rang penyertaan yang boleh di-peroleh daripada Urus Setia, Sa-yembara Menulis Cerpen RemajaTimur 2005, DBP Wilayah Timur,Lot 107-109, Jalan Abdul KadirAdabi, 15200 Kota Bharu, Kelan-tan Darul Naim atau sila hubungiPn. Hjh. Mahani Che Ibrahim ditalian 09-7414909; 09-7414908;09-7414908 atau kirimkan sampulsurat beralamat sendiri bersertasetem ke alamat tersebut.

Pemenang pertama akan me-nerima hadiah berupa wang tunaiRM 1000.00, kedua (RM 700.00),ketiga (RM 500.00) manakala limahadiah sagu hati RM 300.00 setiapsatu dan tarikh tutup penyertaanialah pada 31 Ogos ini.

Penguasaan Bahasa Baku

Wacana MindaTo ko h

B u d ayawa nM e l ay u

"TUAN Haji Abdul Aziz Tapa dan Datuk WiraBorhan Md. Yaman merupakan dua orangtokoh sosiobudaya Melayu yang dapat

diibaratkan sebagai 'tiang seri' dalam kehi-dupan masyarakat di negeri warisan LaksamanaHang Tuah."

Demikian dinyatakan oleh Ketua PengarahDewan Bahasa dan Pustaka, Y. Bhg. Dato' Dr.Firdaus Abdullah, ketika berucap pada majlisperasmian Wacana Minda Tan Sri Haji AbdulAziz Tapa dan Datuk Wira Borhan Md. Yamanyang diadakan di Hotel Puteri Resort, AyerKeroh, Melaka pada 7 Julai lalu.

Kedua-dua orang tokoh ialah anak jati Melakayang terkenal sebagai pejuang kemerdekaan,

tokoh veteran poli-tik tanah air, pen-didik, ahli sejarah,serta penulis yangbanyak berjasa.

Antara jasa besarTan Sri Datuk WiraHaji Abdul Aziz Tapadalam bidang buda-ya ialah menganjur-kan Kongres Kebu-dayaan Melayu Per-tama pada Disem-ber 1957 yangmemper temukan53 buah badan ke-budayaan dan per-suratan di seluruhTanah Melayu, Si-ngapura dan Kali-mantan Utara.

Beliau juga terli-bat dalam memper-juangkan bahasaMelayu sebagai ba-hasa rasmi negara,dengan menganjur-kan pelbagai kem-pen Minggu Bahasa

Kebangsaan dan Festival Bahasa Melayu.Sementara itu, Datuk Wira Borhan Md. Yaman

turut memainkan peranan dalam memarta-batkan bahasa Melayu sebagai bahasa pe-ngantar di sekolah-sekolah seperti yang ter-maktub dalam Penyata Pelajaran Razak 1956dan Penyata Pelajaran A. Rahman Talib 1960yang disempurnakan pada 1971 apabila ter-laksananya Dasar Pendidikan Kebangsaan se-hingga tertubuhnya Universiti Kebangsaan Ma-laysia (UKM) dan pelaksanaan pengajaran se-luruh mata pelajaran melalui bahasa pengantarbahasa kebangsaan di peringkat universiti mu-lai tahun 1983.

Antara jasa besar beliau adalah apabila ber-jaya memperjuangkan perubahan nama-namajalan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Me-layu. Nama beliau juga tidak asing dalam duniapersuratan Melayu kerana rencana dan sajakbeliau yang membangkitkan semangat nasio-nalisme dan cinta akan tanah air sering di-siarkan dalam majalah Guru dan akhbar Mer-d e ka .

Wacana Minda Tan Sri Aziz Tapa dan DatukWira Borhan Md. Yaman yang dianjurkan olehKerajaan Negeri Melaka, Dewan Bahasa danPustaka Wilayah Selatan dan Institut KajianSejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) initelah berjaya mengimbau sejarah perjuangantokoh budayawan Melayu.

Oleh Normala Mohamad Yusof dan Rusdi Abdul Rahman

Oleh Rossilawaty Sheriff,Aminah Awang Basardan Nor Hamuni Ibrahim

BAGI memupuk semangat cinta danmegah akan bahasa kebangsaan,Kerajaan Malaysia telah mengisy-

tiharkan bulan September sebagai BulanBahasa dan Sastera Negara (BBSN) padatahun 1999.

BBSN merupakan kesinambungan kem-pen Bulan Bahasa Kebangsaan (1960 hing-ga 1966), Gerakan Cintailah Bahasa Kita(1987 hingga 1998), Gerakan Bahasa Ke-bangsaan Sektor Swasta (1996 hingga 2005)dan Minggu Sastera (1987 hingga 1998).

BBSN peringkat kebangsaan pada tahunini akan berlangsung di Kuantan, Pahangpada 10 hingga 12 September ini yang akandirasmikan oleh Timbalan Perdana Men-teri Malaysia, Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najibbin Tun Haji Abdul Razak.

Bersempena sambutan BBSN kali ini,Ekspo BBSN yang merupakan programterbesar dan kemuncak sambutan akandiadakan pada 9 hingga 11 September inibertempat di Kompleks Beli-belah BerjayaMega Mall, Kuantan, Pahang.

Sempena BBSN kali ini juga, programKembara Bahasa 2005 secara berkonvoi

digantikan dengan “Majlis Teguh Bahasa”yang akan diadakan di Kuantan, Pahang,dari 10 hingga 12 September ini.

Seramai 275 orang peserta akan dipilihuntuk menyertai “Majlis Teguh Bahasa”.Antara program Majlis Teguh Bahasa Pe-ringkat Kebangsaan 2005 ialah ceramahbertajuk “Peranan Bahasa Kebangsaan da-lam Pembangunan Industri Telekomuni-kasi dan Multimedia” yang akan disam-paikan oleh Ketua Jabatan KomunikasiKorporat, Suruhanjaya Komunikasi danMultimedia Malaysia, Puan Adelina Is-k a n d a r.

Di samping itu, “Kegiatan Bersama-sa-ma Khalayak” akan diadakan di empatlokasi terpilih. Acara kemuncaknya ialah“Malam Teguh Bahasa” dan “PelancaranLaman Komuniti Kembara Bahasa” pada11 September yang akan disempurnakanoleh tetamu kehormat, iaitu Menteri Pe-lajaran, Y.B. Dato' Sri Hishammuddin TunHussein merangkap Penaung ProgramMajlis Teguh Bahasa 2005. Acara Penang-guhan dan Penilaian Program Teguh Ba-hasa 2005 akan diadakan pada 12 Sep-tember ini.

Sementara itu, program “Perkampu-ngan Penulis BBSN 2005” pula, akan di-adakan di Pusat Rekreasi Air Balok, Kuan-

tan pada 8 hingga 10 September ini. Prog-ram yang mengaplikasikan pendekatanberbengkel sambil berkhemah ini bertu-juan untuk membina jati diri dan sema-ngat negara bangsa melalui apresiasi sas-tera kebangsaan. Penyertaan dipelawa ke-pada warganegara Malaysia yang berumurantara 20 hingga 30 tahun yang dikehen-daki mengemukakan sekurang-kurangnyasebuah karya asli berbahasa Melayu (puisiatau cerpen). Setiap penyertaan hendaklahmenggunakan borang asal dan dihantarkepada penganjur sebelum 20 Ogos ini.

Selain itu, pelbagai kegiatan bahasa dansastera seperti “Debat Perdana”, “KhemahBahasa”, Pameran Klik DBP dan pelbagaikegiatan lain di peringkat negeri akanturut memeriahkan sambutan BBSN 2005.

Diharapkan program BBSN kali iniakan dapat menyemarakkan semula pe-ranan bahasa kebangsaan sebagai bahasarasmi negara demi melahirkan rakyat Ma-laysia yang berbudi luhur sesuai dengantema BBSN 2005 “Bahasa Disanjung, BudiDijunjung.”

Untuk pertanyaan dan penyertaan prog-ram BBSN, sila hubungi Puan RossilawatySheriff di talian 03-21486767 atau e-mel :[email protected] atau layari laman webDBP : www.dbp.gov.my.

Menteri Besar Perlis, Y.A.B. Dato' Se-ri Shahidan Kassim, yang menyem-purnakan majlis perasmian per-

tandingan Forum Remaja Peringkat Kebang-saan 2005 menyatakan harapannya agar per-tandingan berbentuk forum diteruskan ke-rana program ini berjaya mengasah bakatberhujah dan berkomunikasi secara formaldalam kalangan remaja.

Forum ini juga berjaya melahirkan satumodel pengguna bahasa baku yang sempur-na dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya.

Kolej Islam Sultan Alam Shah yang men-juarai pertandingan kali ini telah mengupastajuk “Tekanan dan Stres”. Johari Md. Salimmuncul sebagai Ahli Forum Terbaik, semen-tara Siti Aishah Abas muncul sebagai Pe-ngerusi Terbaik. Pasukan mereka membawapulang piala pusingan, wang tunai RM600.00setiap seorang, piala iringan dan plak, bukuterbitan DBP serta sijil.

Sementara itu, Sekolah Menengah KianKok, Sabah membuktikan keunggulan me-

reka dengan menjuarai Pertandingan ForumPelajar peringkat kebangsaan buat kali ke-lima sejak memenanginya pada tahun 1993,1999, 2000 dan 2004.

Kepetahan mereka mengupas perbinca-ngan yang bertajuk “Kosmetik dan Pem-bedahan Plastik: Mempercantik atau Memu-daratkan” terbukti, apabila salah seorangpesertanya, Noranizah Mohd. Shakir dipilihsebagai Pengerusi Forum Terbaik. Manakalahadiah Ahli Forum Terbaik pula, dimenangioleh Edwin Lim Kia Yang daripada SekolahMenengah Foon Yew, Johor Bahru. Pertan-dingan peringkat kebangsaan kali ke-14 itutelah berlangsung pada 14 Julai lalu di AlorStar, Kedah dengan kerjasama Kerajaan Ne-geri Kedah.

Sejajar dengan pertandingan itu, DBP te-lah membina laman web Pertandingan Fo-rum Remaja dan Forum Pelajar yang bolehdicapai melalui http://www.dbp.gov.my.

Aziz Tapa

Borhan Md. Yaman

Oleh Normala Mohamad Yusof dan Shahrun Nizal Mohd. Nor

SYABAS: Juara pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2005.