Serunai Malam
-
Upload
abdul-manaf-bin-mohd-yasir -
Category
Education
-
view
2.832 -
download
9
description
Transcript of Serunai Malam
DRAMA : SERUNAI MALAM
KARYA :USMAN AWANG
PERSOALAN
Semangat cinta akan tanah air dan bangsa
Kasih sayang
Mentaliti orangg Melayu – menganggap negara lain jauh lebih baik daripada tanah air sendiri
PLOT
PLOTSafiah sedang menunggu Umar yang ingin
menjemputnya ke majlis konvokesyen Umar
Umar sampai lewat. Safiah bersangka buruk – Umar lewat sebab jumpa kawan perempuan
PLOT
Umar hendak mengambil diploma pendidikan menjadi guru. Safiah membantah – mencadangkan Umar bekerja sebagai pegawai kerajaan atau kementerian luar negeri
Umar tetap dengan pendirian - dia berminat utk menjadi guru & negara mengalami kekurangan jumlah guru. Safiah terus memujuk Umar agar bekerja di Kementerian Luar Negeri supaya dia dapat tinggal di London/Paris
PLOTAyah Umar, Majid datang ke rumah Safiah.
Majid terkejut memandang Safiah, bakal menantunya memakai seluar ketat
Selepas majlis konvokesyen, Safiah memujuk Umar supaya bekerja di Kementerian Luar Negeri
Umar tetap hendak menjadi guru sebab kerjaya itu kurang diminati para graduan - kerjaya itu juga dapat membangunkan masyarakat
PLOTAkhirnya, Safiah mengalah. Umar gembira
lalu mengenang semula peristiwa Safiah berjanji utk mengubah perangainya ketika mereka bersiar-siar di Selat Tebrau. Dia teringat juga akan lirik lagu “Serunai Malam” yang menjadi kegemaran mereka.
WATAK & PERWATAKAN
UMAR - watak utama - tunang Safiah - berasal dari kampung, baru selesai belajar - seorang nasionalis ( tinggi semangat patriotiknya) - tegas, tetap pendirian - tidak mudah lupa daratan - pandai memujuk
SAFIAH
- tunang Umar
- anak pegawai kerajaan
- mudah merajuk
- mudah buruk sangka
- suka kehidupan ala Barat
- manja
IBU
- emak Safiah
- penyayang
- prihatin
- hormat tetamu
MAJID
- ayah Umar
- pemurah
- berpegang teguh pada adat ketimuran
LATAR
LATAR TEMPAT
- ruang tamu- rumah pegawai tinggi kerajaan
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat bandar moden & masyarakat kampung
Masyarakat Melayu beragama Islam
Masyarakat yang menghormati tetamu
Masyarakat yang suka mengamalkan cara hidup moden
Masyarakat yang rajin & gigih
GAYA BAHASA
BHS INGGERIS : cth : childish, Foreign Service,
father, I, sorry, you
GAYA BAHASA
SINKOF : cth : tu, kak, tak
AYAT-AYAT PENDEK : cth : Ayah tengok apa? Piah….
GAYA BAHASA
SIMILE : cth : Ya, airnya berkocak seperti
hati kita
PERIBAHASA : cth : anak buah
NILAI
1. kasih sayang2. hormat-menghormati3. menepati janji4. cinta akan tanah air5. pemurah6. bertolak ansur7. sabar
PENGAJARAN
1. Golongan muda yang berpelajaran hendaklah bersedia berbakti untuk agama, bangsa, dan negara
2. Kita haruslah melayan tetamu dengan baik3. Kita mestilah sanggup bertolak ansur
dalam apa-apa perkara4. Kita perlu rajin belajar untuk kesejahteraan
hidup yang sempurna5. Masalah yang dihadapi perlu diselesaikan
dengan bijak dan tidak terburu-buru