SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah...

18
SERVIS ASAS KERETA http://servisasaskereta.com/ Rafez Hamzah

Transcript of SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah...

Page 1: SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah servisradiatorcoolant 12 ... Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberiperingatan terlebih

SERVIS ASAS KERETA

http://servisasaskereta.com/Rafez Hamzah

Page 2: SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah servisradiatorcoolant 12 ... Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberiperingatan terlebih

DISCLAIMER

Untuk makluman anda, E-book ini dihasilkan berdasarkan pengalaman,pengetahuan dan kajian penulis sendiri. Anda dilarang sama sekaliuntuk mengeluar ulang mana-mana bahagian di dalam E-book inidengan apa cara sekalipun. E-book ini khas buat anda yang berminatuntuk mempelajari langkah bagi melakukan servis asas sebuah kereta.E-book ini juga amat sesuai bagi anda yang masih baru menggunakankereta dan tidak ada pengetahuan asas yang mencukupi mengenaikereta. Isi kandungan E-book ini lebih memfokuskan servis paling asasdimana langkah kerja yang disediakan adalah tersusun rapi dan mudahdifahami oleh semua lapisan usia. Objektif utama penghasilan E-bookini adalah untuk memberi pengenalan dan langkah servis yang perludilakukan dari semasa ke semasa untuk kereta anda. Kesemua langkahservis yang disediakan di dalam E-book asas ini amat penting bagimemastikan perjalanan anda lebih selamat dan meyakinkan.

AMARAN

1. E-book ini adalah hak cipta terpeliharahttp://servisasaskereta.com/ .

2. Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah mana-manabahagian pada E-book ini, mengedar atau menjual E-book inikepada pihak lain.

3. Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan bolehdikenakan tindakan undang-undang.

4. Oleh itu, menjadi tanggungjawab anda untuk melaporkankepada pihak adminhttp://servisasaskereta.com/ jika menerima E-book ini tanpamelalui laman web http://servisasaskereta.com/ .

5. Sikap tanggungjawab dan tindakan anda amatlah dihargai bagimembanteras segala bentuk kegiatan sebegini. E-book ini hanyakhas buat mereka yang membelinya secara sah daripada lamanweb http://servisasaskereta.com/ .

6. Jika anda memilikinya secara tidak sah, saya akan mengenakantindakan undang-undang dan ilmu yang saya sampaikan tidakakan saya halalkan di dunia mahupun akhirat.Ditulis oleh :

(Rafez Hamzah)http://servisasaskereta.com/

http://servisasaskereta.com/Rafez Hamzah

lenovo G470
Highlight
Page 3: SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah servisradiatorcoolant 12 ... Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberiperingatan terlebih

MENGENAI PENULIS

Rafez atau nama sebenar Muhamad Rafez adalahseorang private research assistant bagi seorang jurutera di syarikatswasta dan memiliki kelulusan di dalam bidang elektrik kuasa,teknologi automasi dan robotik. Beliau memulakan penulisan E-booksetelah menyedari akan kepentingan ilmu sebagai panduan asaskepada mereka yang baru menggunakan kereta. Beliau dibimbing olehbeberapa orang jurutera dan penulis untuk menyiapkan E-book iniagar ia bersesuaian dengan tahap intelek kesemua pengguna kereta diluar sana. Beliau menulis E-book “Servis Asas Kereta Sendiri” ini keranaterdapat golongan yang amat memerlukan bimbingan dan informasiseperti ini di dalam website. Kekurangan bahan rujukan dalam bahasamelayu turut mendorong penulis untuk mengambil inisiatif bagimenghasilkan satu bahan rujukan buat pemandu yangmemerlukannya. Setelah menilai beberapa faktor ini, akhirnya beliauberusaha menulis E-book berkenaan dengan gaya sendiri yang samasekali tidak membosankan para pembaca. Segala informasi dan teknikservis yang dikongsikan di dalam E-book ini adalah khas buat andabaru menggunakan kereta dan ingin mengenali bahagian-bahagianasas pada sebuah kereta. Jaminan dari beliau adalah “anda tidak akanmenyesal”.

http://servisasaskereta.com/Rafez Hamzah

lenovo G470
Highlight
Page 4: SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah servisradiatorcoolant 12 ... Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberiperingatan terlebih

ISI KANDUNGAN

Tajuk m/s

Pesanan ringkas 1

Peralatan yang anda perlukan 2

Peralatan asas servis kereta 3

Informasi dan servis bahagian asas sebuah kereta

Bateri 7

Langkah servis bateri 9

Radiator coolant 10

Langkah servis radiator coolant 12

Expansion tank 13

Langkah servis expansion tank 14

Brek reservoir 15

Langkah servis brek reservoir 16

Wiper 17

Langkah servis wiper tank 18

Langkah servis wiper blade 19

Minyak pelincir enjin 20

Langkah servis minyak pelincir enjin 21

Penapis udara (air filter) 23

Langkah servis penapis udara (air filter) 24

Tayar 25

Langkah servis tayar 26

Lampu 27

Langkah servis lampu 28

http://servisasaskereta.com/Rafez Hamzah

lenovo G470
Highlight
Page 5: SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah servisradiatorcoolant 12 ... Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberiperingatan terlebih

PESANAN RINGKASSalam sejahtera semua, diharapkan hari ini adalah hari yang indah buat anda. Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda telah berjayamendapatkan e-book ini secara sah di pasaran. Sebelum anda memulakan misiservis, ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh. Perkara tersebut adalah:1. Keselamatan2. Servis asas yang dijalankanKeselamatan :Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberi peringatan terlebihdahulu. Maka ia menjadi tanggungjawab anda untuk mematuhinya. Pihak kamitidak akan bertanggungjawab sekiranya anda menerima kecederaan akibatkelalaian anda sendiri.Servis asas yang dijalankan :Kesemua servis yang disediakan adalah berbentuk umum. Ini bermakna iabukanlah mewakili model kereta anda secara spesifik. Namun begitu, konsepdan design enjin adalah serupa di dalam industri automotif, tidak perlu risau.Anda dinasihatkan untuk membuat sedikit kajian mengenai enjin kereta anda dipusat servis bagi mendapatkan teknik terbaik untuk mengservis kereta anda.Dalam bahasa mudahnya, ada baiknya jika anda bertanya sedikit denganmekanik sewaktu di pusat servis. Ini bagi mengelakkan kekeliruan danmenjadikan anda selangkah lebih advance dalam menguruskan servis asaskereta anda. Di pusat servis nanti, jangan lupa tengok mekanik bekerja supayaskill anda menjadi lebih power!

http://servisasaskereta.com/ 1Rafez Hamzah

lenovo G470
Highlight
Page 6: SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah servisradiatorcoolant 12 ... Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberiperingatan terlebih

http://servisasaskereta.com/ 2Rafez Hamzah

Page 7: SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah servisradiatorcoolant 12 ... Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberiperingatan terlebih

No. Item Harga

1 Sarung tangan kanvas RM 10

2 Lebihan minyak enjin sewaktu servis terakhir RM -

3 Pam angin RM 50

4 Air bateri RM 2

5 Air paip RM -

6 Safety glasses (Goggle) RM 10

7 Corong plastik RM 17

8 Pemadam api untuk kebakaran kecil (jenis ABC) RM 60

9 Pembuka bolt tayar RM 22

10 Kabel jumper RM 30

11 Lampu suluh RM 20

12 Tyre pressure gauge (alat pengukur tekanan tayar) RM 35

13 Minyak brek (belilah daripada pusat servis) RM 20

14 Kain lap RM 2

15 Kon amaran (kon kecil) RM 20

16 Segi tiga kecemasan RM 30

17 Jack kereta RM 50

Jumlah Keseluruhan RM 378

Relaks ye,• Sila beli peralatan di atas secara berperingkat,takut nanti budget lari.•Harga bagi peralatan diatas mungkin berbeza antara satu kedai dengan

kedai yang lain, jadi survey dahulu sebelum membeli.

Senarai Peralatan Yang Diperlukan

http://servisasaskereta.com/ 3Rafez Hamzah

lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
Page 8: SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah servisradiatorcoolant 12 ... Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberiperingatan terlebih

Peralatan Asas Servis Kereta

Sarung tangan kanvas Pam anginAir bateriPam angin

Safety glasses (Goggle) Pembuka bolt tayarCorong plastikPemadam api

Kabel jumper Minyak brekTyre pressure gauge Lampu suluh

Kain lap Segi tiga kecemasan Kon amaran Jack kereta

http://servisasaskereta.com/ 4Rafez Hamzah

Page 9: SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah servisradiatorcoolant 12 ... Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberiperingatan terlebih

http://servisasaskereta.com/ 5Rafez Hamzah

Page 10: SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah servisradiatorcoolant 12 ... Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberiperingatan terlebih

“Malas lah nak bukak hood kereta, lagipun kereta baru, mestisemuanya ok je, hantar servis 3 bulan sekali dah cukup, lagipun aku nibukan tau pape sal kereta, bawak kereta aku tau la”….Pemandu Yang Tak Sayang Kereta

Dari 10 orang yang memiliki kereta, hanya 2 orang yang akan tahumengenai kereta yang mereka beli. 3 orang hanya tahu bagaimanauntuk buka “hood” kereta mereka. Lagi 5 hanya buka hood bila beradadi pusat servis, itupun mekanik yang buka. Kita menghabiskan purataRM50,000 untuk sebuah kereta. Anda tak sayang ke kereta anda?.Mestilah sayang kan, oleh itu, luangkanlah sedikit masa untukmelakukan “basic service” untuk kereta anda. Hanya dengan,meluangkan masa selama 1 jam bersama enjin kereta anda, andadapat memanjangkan jangka hayat kereta anda. Lagipun seperti manayang anda tahu, kalau kereta anda dalam keadaan baik, nak “trade in”pun senang. Kalau anda nak mengelak daripada sebarang kerosakanyang serius pada enjin kereta anda, mari kita ke muka surat seterusnyadimana saya akan sediakan info dan bimbingan untuk anda melakukanservis asas sebuah kereta. Senang sahaja, marilah .

http://servisasaskereta.com/ 6Rafez Hamzah

Page 11: SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah servisradiatorcoolant 12 ... Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberiperingatan terlebih

I N F O A S A S : BATERI

Salam sejahtera semua, mari kita mulakan misi servis ini

dengan sedikit info mengenai bateri kereta. Bateri kereta

adalah salah satu bahagian untuk menghidupkan dan

mengecas sistem enjin. Voltan bagi sebuah bateri kereta adalah

12 volt. Terdapat 2 jenis bateri kereta di pasaran:

1. Bateri sel kering

2. Bateri sel basah.

Kedua-duanya memainkan peranan yang sama,

cuma harga dan penjagaan yang agak berbeza sedikit. Pendek

kata, kedua-dua bateri ini “sama, tetapi tidak serupa” . Harga

bagi bateri sel kering agak tinggi sedikit berbanding harga

bateri sel basah kerana bateri sel kering tidak memerlukan

penjagaan yang teliti daripada pemandu. Baiklah, fungsi sebuah

bateri kereta adalah untuk menyimpan tenaga elektrik. Tenaga

elektrik tersebut akan digunakan sewaktu kita ingin

menghidupkan enjin kereta. Bateri hanya akan memberi

percikan api bagi pembakaran awal campuran bahan api dan

oksigen di dalam silinder.

Bateri Sel Kering. Bateri Sel Basah.

http://servisasaskereta.com/ 7Rafez Hamzah

lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
Page 12: SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah servisradiatorcoolant 12 ... Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberiperingatan terlebih

I N F O A S A S : BATERI

Jika penjagaan bateri tidak sempurna, anda akan

mengalami kesukaran untuk menghidupkan enjin kerana bateri

tidak mempunyai cas yang secukupnya bagi menghasilkan

percikan api. Setelah enijn dihidupkan, alternator pula akan

menghasilkan tenaga elektrik disamping mengecas semula

bateri kereta. Di dalam buku ini, saya akan sampaikan teknik

untuk servis bateri sel basah sahaja memandangkan bateri sel

kering tidak memerlukan penjagaan rapi. Kedudukan bateri

mungkin sedikit berbeza antara satu kereta dengan kereta yang

lain. Namun begitu, asalkan anda tahu rupa bentuk bateri, anda

tidak mempunyai masalah lagi untuk mencarinya. Di bawah,

saya sediakan 2 contoh kedudukan bateri di dalam sistem enjin

anda:

Baiklah, di muka surat seterusnya kita akan lihat

langkah-langkah servis bateri kereta, mari .

Contoh Kedudukan Bateri Di Dalam Sistem Enjin Anda.

http://servisasaskereta.com/ 8Rafez Hamzah

lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
Page 13: SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah servisradiatorcoolant 12 ... Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberiperingatan terlebih

- L a n g k a h S e r v i s : Bateri -

Servis paras air bateri:

1. Kenalpasti dahulu di manakah letaknya bateri kereta

anda.

2. Cuba lihat tanda “MAX” pada bateri kereta anda.

3. Jikalau paras air bateri di bawah tanda “MAX” ,

tambahkan air bateri.

4. Sewaktu menambah air bateri, pastikan anda tidak

tergesa-gesa, ini kerana air bateri perlu ditambah

sehingga tanda “MAX” sahaja.

5. Menambah lebih daripada tanda “MAX” tidak akan

membawa maksud bateri kereta akan lebih bertenaga.

Jadi cukuplah sekadar di tanda “MAX”.

6. Jika anda terlebih sedikit daripada takat “MAX” , ia

adalah normal, sebagai manusia biasa, ralat boleh

berlaku.

7. Mungkin anda akan tertumpah sedikit air bateri pada

bahagian enjin sewaktu mengisi semula air bateri tadi.

Air bateri tersebut bersifat menghakis, jadi jangan lupa

untuk jiruskan dengan air paip dan lapkan ia dengan kain

bersih.

8. INGAT! Gunakan “ safety glasses ” sebagai langkah

keselamatan kerana sedikit gas akan terbebas sewaktu

anda membuka penutup bateri.

9. Elakkan daripada merokok kerana gas yang terbebas

semasa membuka penutup bateri boleh terbakar.

Air Paip.

http://servisasaskereta.com/ 9Rafez Hamzah

lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
Page 14: SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah servisradiatorcoolant 12 ... Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberiperingatan terlebih

I N F O A S A S : RADIATOR COOLANT

Kini kita beralih pula ke radiator. Ramai yang tahu mengenai

radiator, akan tetapi masih was-was tentang fungsi utama, dan

betapa pentingnya penjagaan radiator. Mari kita hayati info

ringkas yang saya sediakan agar anda dapat fahami,

mengapakah radiator amat penting untuk sistem enjin kereta.

Begini, radiator berfungsi untuk menyebarkan haba yang

terhasil sewaktu enjin sedang beroperasi. Ini adalah penting

bagi mencegah enjin dari “overheating” dan ia tercapai melalui

reka bentuk radiator itu sendiri. Berikut adalah 2 contoh

sebuah radiator:

Di dalam sebuah radiator terdapat cecair yang

dipanggil sebatian coolant (50% coolant fluid dan 50% air).

Sewaktu enjin beroperasi, coolant akan mengalir dari enjin ke

radiator. Seterusnya radiator akan menyejukkan coolant dan

mengalirkannya semula ke enjin. Untuk pengetahuan anda,

coolant ada berbagai warna yer. Dibawah adalah salah satu

contoh radiator coolant:

Contoh Radiator.

Contoh Radiator Coolant (Berwarna Hijau).

http://servisasaskereta.com/ 10Rafez Hamzah

lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
Page 15: SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah servisradiatorcoolant 12 ... Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberiperingatan terlebih

I N F O A S A S : RADIATOR COOLANT

Proses penyejukan enjin ini akan berulang di

dalam sistem enjin kereta anda. Anda sepatutnya memantau

kandungan coolant di dalam radiator sekurang-kurangnya sekali

pada setiap minggu. Ia tidak susah, tetapi jika diabaikan,

kerosakan daripada enjin “overheat” boleh mengakibatkan

kerugian beribu-ribu ringgit. Disamping itu juga, anda akan

mengganggu trafik yang sedang berjalan lancar, gara-gara

kereta anda “overheat” dan tersadai di tengah-tengah jalan

Ingin saya memberi amaran kepada anda

mengenai radiator. INGAT! Jangan sesekali membuka

penutup/cap radiator sewaktu enjin sedang panas, stim yang

sangat panas akan keluar dari radiator anda, lihat gambar

sebelah. Jika enjin masih panas, biarkanlah ia menyejuk

secukupnya. Elakkan kemalangan, anda mampu mengubahnya

. Berikut saya sediakan gambar contoh nota amaran yang

terdapat pada penutup / cap radiator dan tangan yang melecur

disebabkan terkena wap panas yang keluar daripada radiator:

Tentang penjagaan radiator ni, kita tidak boleh

nak tangguhkan pemeriksaannya ye. Kalau kandungan coolant

tidak mencukupi, enjin akan “overheated” dan perjalanan anda

akan bertukar menjadi penderitaan. Tetapi jika anda prihatin

dengan kandungan coolant di dalam radiator, tidak ada apa nak

dirisaukan, nak memecut pun lebih “confident”. Baiklah, di

muka surat seterusnya kita akan lihat langkah-langkah servis

radiator kereta, mari .

AWAS !

http://servisasaskereta.com/ 11Rafez Hamzah

lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
Page 16: SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah servisradiatorcoolant 12 ... Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberiperingatan terlebih

- L a n g k a h S e r v i s : Radia tor Coo lant -

Pemeriksaan paras air “ radiator coolant ” :

1. Mula-mula, tekankan penutup radiator ke bawah dan

pusingkan ia arah lawan jam.

2. Perhatikan paras “ coolant ”.

3. Tambahkan air sehingga ia menjadi hampir penuh.

Jangan tergesa-gesa yer, lakukanlah secara “slow and

steady”.

4. Jika daripada pemerhatian anda terdapat karat, bawa

kereta anda ke bengkel kereta. Terangkan mengenai karat

berkenaan dan minta mekanik “flush” radiator kereta

anda.

5. AWAS! Pemeriksaan kandungan coolant di dalam

radiator mesti dilakukan sewaktu enjin sejuk. Termasuk

kali ni, dah 2 kali saya bagi amaran, kalau tak ikut jugak,

haih, tak tau la nak kata ape . Jika enjin panas, beri

masa untuk enjin menyejuk kerana stim yang sangat

panas akan keluar dari cap/penutup radiator. Mencegah

adalah lebih baik daripada mengubati kerana ia tidak

menyakitkan.

6. Berikut adalah 2 contoh kedudukan penutup/cap radiator

pada enjin:

Contoh Kedudukan Penutup/Cap Radiator Pada Enjin.

http://servisasaskereta.com/ 12Rafez Hamzah

lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
Page 17: SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah servisradiatorcoolant 12 ... Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberiperingatan terlebih

I N F O A S A S : EXPANSION TANK

Kini kita ke bahagian “expansion tank”. Saya rasa, mungkin

anda belum mengetahui mengenai expansion tank, tidak

mengapa. Masih belum terlambat lagi untuk anda

mengubahnya. Baiklah, mari kita lihat apakah yang dilakukan

oleh expansion tank. Begini, expansion tank diibaratkan seperti

adik kepada radiator. Tugasnya adalah untuk mengekalkan

kandungan coolant di dalam radiator. Sewaktu anda memandu

kereta, tekanan enjin akan sentiasa meningkat, dan ini secara

tidak lansung meningkatkan suhu sistem penyejuk.

Apabila tekanan di dalam sistem penyejuk

terlalu tinggi, penutup radiator akan mengalirkan stim dari

radiator ke expansion tank melalui satu tiub kecil bewarna

hitam. Kebanyakan coolant akan kembali semula daripada

expansion tank ke coolant reservoir (radiator) setelah enjin

menyejuk. Tanpa expansion tank, coolant yang dilepaskan

sewaktu tekanan tinggi akan jatuh ke jalan. Jika anda harus

menambah air ke dalam expansion tank atau radiator setiap

hari, ada kemungkinan terdapat kebocoran(getah pada

penutup telah mengeras) pada penutup expansion tank atau

radiator. Anda dinasihatkan ke pusat servis berdekatan untuk

membeli penutup expansion tank atau radiator yang baru.

Sama seperti radiator, INGAT! Anda mesti elakkan daripada

membuka penutup expansion tank sewaktu enjin masih panas.

Baiklah, di muka surat seterusnya kita akan lihat langkah-

langkah servis expansion tank kereta, mari .

http://servisasaskereta.com/ 13Rafez Hamzah

lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
Page 18: SERVIS ASAS KERETA fileBateri 7 Langkah servisbateri 9 Radiatorcoolant 10 Langkah servisradiatorcoolant 12 ... Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberiperingatan terlebih

- L a n g k a h S e r v i s : Expans ion Tank -

Pemeriksaan paras air “expansion tank”:

1. Tekankan penutup “expansion tank” ke bawah dan

pusingkan ia arah lawan jam.

2. Lihat takat coolant, Ia sepatutnya berada pada takat

“MAX” atau ¾ daripada takat penuh expansion tank.

3. Jika ia kurang, tambahkan air sehingga ke takat “MAX”.

4. INGAT! Jangan sesekali melakukan aktiviti ini sewaktu

enjin masih panas untuk mengelakkan kemalangan.

5. Berikut saya sediakan gambar untuk membantu anda

mengenal dengan lebih jelas, rupa bentuk expansion tank

dan kedudukannya:

Contoh Posisi Radiator Yang Bersambung Dengan Expansion Tank.

Contoh Expansion Tank.

http://servisasaskereta.com/ 14Rafez Hamzah

lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight
lenovo G470
Highlight