Sesuci Kasih Seorang Isteri

171
Dzie Tyea 1 P ERMINTAAN mama bagiku bukanlah sesuatu yang berat. Bagiku ia cuma jalan untukku mencapai misi yang pernah terkabus oleh pelbagai cubaan sebelum ini. “Dia sangat baik, Zik.” Begitu pujuk mama padaku. Alah, kami belajar dalam kelas yang sama sejak tadika hinggalah universiti. Tak percaya? Betul. Tentulah aku yang lebih mengenalinya. Memang dia baik pun. Rasanyalah... sebab aku tidak pernah dengar dia punya rekod disiplin yang buruk. Mungkin dia bukan popular maka tidak ramai orang yang bercerita soal dirinya. Alishah.... Dia tercantik. Terpandai. Tertinggi. Segala-galanya pun ‘ter’ bagiku. Tetapi aku tidak ada la hendak mengenali dirinya lebih daripada sekadar rakan sekelas. Dia pun tidak ‘menyerlah’ macam Nurin, Faizah dan Cat. Bab 1

description

atanya yang galak itu ku renung. Indahnya ciptaan Tuhan yang satu ini. Pasti aku akan merinduinya di sana nanti. Sungguh aneh ikatan perasaan kami. Tidak pernah bercinta, tetapi dengan mudahnya saling menyayangi.Dia bukan lelaki yang terbaik, dia sendiri mengakuin...ya namun entah mengapa Dia Yang Maha Kuasa sudi juga mengan...ugerahkannya isteri semulia dan sesempurna Alishah. Sungguh dia bahagia didampingi bidadari dunia itu. Cintanya mendalam bersama janji setia hanya mahu bersama si dia hingga hujung nyawa namun takdir Tuhan siapalah yang tahu. Cintanya diuji dengan kehadiran insan ketiga yang langsung tidak pernah mendapat cintanya. Ya Allah Ya Rabb, dugaan apakah ini?Isha,Walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah menentukan segalanya.Sofea,Hadirmu bukan pintaku. Tolonglah, jelaskanlah segalanya padaku, mengapa kau sanggup memburu cintaku walau kita tidak pernah saling mengenal. Siapa aku sebenarnya padamu?---------------------------------Dahulu aku pernah juga bercinta dengan beberapa orang teman seuniversiti tetapi ketika itu aku hanya memikirkan soal seronok. Keluar berdua dan ada orang yang akan menelefon saban malam sebelum tifur. Juga menyambut hari kekasih dengan bertuakr-tukar hadiah dengan si dia yang kini membuat aku termalu dendiri apabila mendengar bicara Alishah, 14 februari lepas"Isha sayangkan abang walaupun apa pun yang jadi.. tapi janganlah sebab abang nak tunjuk sayang abang tu, abang korbankan maruah agama kita. Valentine's Day bukan hari kita. Cukup dah macam-macam perayaan yang ada dalam islam.-------------------------------"Kita makan dulu, then solat sama-sama ya, sayang. Isha dah boleh solat..." bisiknya lembut"Really?" Dan senyumanku terus menguntum sehinggalah aku teringat, aku perlu meninggalkannya untuk beberapa ari ini. "Alah, melepaslah abang macam ni."Ketawa manjanya pecah. "Nakalnya suami isha ni. Apa-apa pun kita makan dulu. Nanti lambat pula.---------------------------------Penulis : Dzie TyeaPenerbit : Kaki NovelSem. Malaysia: RM19Sabah / Sarawak: RM22

Transcript of Sesuci Kasih Seorang Isteri

Page 1: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

1

PERMINTAAN mama bagiku bukanlah sesuatu yang berat. Bagiku ia cuma jalan untukku

mencapai misi yang pernah terkabus oleh pelbagai cubaan sebelum ini.

“Dia sangat baik, Zik.”

Begitu pujuk mama padaku.

Alah, kami belajar dalam kelas yang sama sejak tadika hinggalah universiti.

Tak percaya? Betul. Tentulah aku yang lebih mengenalinya. Memang dia baik pun. Rasanyalah... sebab aku tidak pernah dengar dia punya rekod disiplin yang buruk. Mungkin dia bukan popular maka tidak ramai orang yang bercerita soal dirinya.

Alishah....

Dia tercantik. Terpandai. Tertinggi. Segala-galanya pun ‘ter’ bagiku. Tetapi aku tidak ada la hendak mengenali dirinya lebih daripada sekadar rakan sekelas. Dia pun tidak ‘menyerlah’ macam Nurin, Faizah dan Cat.

Bab 1

Page 2: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

2

“Zik tak kisahlah mama,” jawabku dan mama hampir sahaja hendak melompat suka.

“Sebelum Zik jumpa yang lain, baik mama uruskan cepat-cepat. Zik ni diam-diam pun, selalu buat hal.”

Aku tersengih walaupun agak terkejut dengan komen negatif mama itu. Aku mana pernah buat hal macam along. Selain pergi sekolah, aku jarang keluar rumah. Kawan-kawan saja yang selalu datang ke rumah aku.

Lainlah along. Dia paling jarang lekat di rumah. Bila dia lapar dan pokai, barulah muncul. Pujuk papa, cium mama, gertak aku… dan lepas tu dia lesap lagi. Entah di mana dia tinggal sepanjang tidak pulang ke rumah.

Maka pada hari jadiku yang kedua puluh lima, kami sekeluarga pun berkunjunglah ke rumah Alishah.

Kata sepakat telah diambil, kami pun dinikahkan dua bulan selepas itu, iaitu pada hari jadinya. Nama pun mama yang uruskan, apalagi mengalahkan majlis pertabalan sultan saja lagaknya majlis kami.

Alishah yang sediakala jelita, bertambah-tambahlah jelitanya.

Page 3: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

3

BELUM pun pukul empat petang, aku terus pulang ke rumah. Ada sesuatu benar-

benar mengganggu fikiran.

Terlupa pula Alishah ada di kedainya, aku terus memecut kereta pergi mencarinya. Dia rupa-rupanya sedang bermesyuarat dengan para pekerjanya semasa aku muncul. Melihatku, dia terus keluar menemuiku.

“Tunggu kejap ya, bang. Isha habiskan dulu. Sikit aje lagi.”

Dan sebuah kucupan hangat melekat di pipiku.Tidak sampai lima minit menanti, Alishah selesai bermesyuarat dengan para pekerjanya. Aku membantu mengangkat fail-failnya ke sebuah bilik yang agak luas.

“Sayang....”

Alishah datang menghampiri dan terus duduk di atas ribaanku. Memang aku sedikit segan tetapi suka juga. Kami suami isteri. Buat apa pun tidak berdosa.

“Cakaplah. I’m waiting.”

Bab 2

Page 4: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

4

“Hmmm… actually this is a bad news for both of us. Especially for me,” kataku cuba mencari-cari ayat yang tepat.

Alishah melingkarkan tangannya ke leherku. Alahai... manja dan menggodanya dia!

Aku memeluk tubuhnya erat-erat. Mujur saja biliknya ini punya privacy. Semua tingkap ditutupi langsir dan pintunya sentiasa berkunci. Dan setiausahanya pula memang berdedikasi. Tiada siapa dibenarkan masuk ke pejabat Alishah kecuali aku.

“Honeymoon tu terpaksa postpone, sayang.”

Dia angguk.

Aku tahu dia kecewa sebenarnya.

“But why?”

“Abang kena fly ke Turki lusa. Along needs my help over there. So, nak tak nak pun abang memang kena pergi.”

Walaupun bidang perniagaan kami sama sekali berbeza tetapi kerana aku mengambil jurusan undang-undang di universiti maka along meminta aku membantunya. Tidak pula dia memberitahu apa masalahnya.

“Berapa lama pula tu?” Alishah bangun. Dia membelek-belek telefon bimbitku.

“Katanya dua hari... tapi tak pasti lagi.”

Matanya yang galak itu kurenung. Indahnya ciptaan Tuhan yang satu ini. Pasti aku akan merinduinya di sana nanti. Sungguh aneh ikatan perasaan kami ini. Tidak pernah bercinta tetapi dengan mudahnya saling menyayangi.

Setahuku Alishah tidak pernah berpacaran dengan mana-mana lelaki. Pemujanya ramai tetapi tidak seorang pun yang sangkut. Alishah seorang yang pendiam dan apa yang

Page 5: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

5

membuat para pemujanya menghormatinya, dia gadis yang sangat warak.

Bayangkan sajalah, pertama kali aku melihat rambutnya hanya pada malam pernikahan kami. Dari tadika lagi dia sudah memakai tudung dan sarung kaki. Seinci pun kakinya tidak pernah terdedah. Alangkah hebatnya cara didikan arwah ayah dan uminya.

“Bosannya duduk rumah sorang-sorang. Mak Kiah pun bukannya nak berbual dengan Isha. Asyik buat kerja aje.” Alishah merungut-rungut kecil.

Aku senyum. Pertama kali mendengar komen dan rungutan terhadap Mak Kiah keluar dari bibir comelnya.

“I promise that I’ll call you every morning,” janjiku.

“No need. Just call me at night. I want to hear you say you love me and you pray for me before I sleep.”

Aku bangun merapatinya. “Abang memang sayangkan Isha.”

SELESAI menunaikan solat isyak, aku terus turun ke dapur. Niat di hati hendak membantu serba sedikit namun melihat meja yang sudah penuh dengan makanan, aku membelok ke ruang tamu.

Alishah sedang menonton televisyen. Buletin Utama di TV3, rancangan wajib tontonannya.

“Assalamualaikum!”

Alishah tersentak.

Melihat aku, dia terus bangun. Aku faham

Page 6: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

6

isyaratnya. Dia tidak akan duduk selagi suaminya ini belum melabuhkan punggung ke kerusi. Betapa dia begitu memuliakan suami.

“Ada perkembangan tak kes budak hilang tu, sayang?”

“Alhamdulillah. Setakat ni, polis dah jumpa beberapa orang saksi kejadian. Semuanya pun bagi kerjasama.”

Bibirnya yang bagai disirami minyak zaitun itu bergerak pantas. Aku lebih berminat merenung bibirnya setiap kali dia berbicara daripada mendengar isi bicaranya. Mungkin itulah kelebihan pemberian Ilahi pada hamba-Nya yang membasahkan bibir dengan zikir dan selawat.

“Kalau semuanya okey, insya-Allah tak lama lagi mesti jumpa budak tu. Abang doakan dia selamat.” Pehanya kutepuk lembut.

Perlahan-lahan kepalanya mendarat jatuh ke bahuku. “Insya-Allah. Kalau kita semua pray for her, insya-Allah, Allah SWT will help us.”

Aduh, aku benar-benar bertuah memperolehi seorang pendamping sesempurna Alishah. Lihatlah dirinya yang begitu taat pada agama, menghormati suami, lemah lembut, cantik malah penyayang pula.

Tapi dia? Bertuahkah dia menyetujui permintaan mama untuk menjadikan aku sebagai suaminya? Gembirakah dia dengan layananku?

MEMANDANGKAN jadual penerbanganku ke Turki pada pukul tiga petang nanti, maka aku ke pejabat terlebih dahulu.

Page 7: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

7

Aku perlu menemui seorang ahli lembaga pengarah syarikat untuk berbincang sesuatu.

Alishah, selepas melayani sarapanku dengan begitu mesra terus meminta diri ke kedainya dengan janji akan pulang semula ke rumah sebelum pukul dua belas untuk mengemaskan pakaianku.

Banyak kelebihan kahwin, kan? Nak kata jadi raja pun ada... ya la dengan layanan first class Alishah ni. Oh, how I love her!

Nasib baik aku yang mama jodohkan dengan Alishah ni. Entah di mana dia orang kenal sampai mama berani pergi pinang dia pun aku tidak tahu. Waktu sekolah dulu, mama bukannya ada masa hendak kenal dengan classmates aku. Tambah-tambah kalau Alishah yang pendiam dan jarang keluar rumah tanpa sebab mustahak.

Aku buat open house waktu raya pun, jangan harap hendak nampak muka dia yang ala-ala pan-Asia tu. Susah sangat nak nampak. Tetapi Safwan Hafiz, anak bongsu pengetua sekolah yang syok gila dengan Alishah sanggup pergi sembahyang di masjid dekat rumah Alishah sebab dia orang cakap, isteri aku ni dulu lebih mudah ditemui di masjid.

“ASSALAMUALAIKUM, sayang.” Pipinya kucium penuh ikhlas sebaik sahaja masuk ke ruang tamu.

Tengok, walau macam mana sibuk pun, dia akan selalu berusaha supaya sampai dulu di rumah dan menyambutku di muka pintu dengan senyuman paling menawan di bibir.

Page 8: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

8

Alishah senyum lagi. Kali ini dia memelukku erat-erat bagaikan anak kecil yang manja sekali.

Mak Kiah yang muncul dari tingkat atas tersenyum penuh erti memandang kami.

“Kita makan dulu, then solat sama-sama ya, sayang. Isha dah boleh solat...” bisiknya lembut.

“Really?” Dan senyumanku terus menguntum sehinggalah aku teringat aku perlu meninggalkannya untuk beberapa hari ini. “Alah, melepaslah abang macam ni.”

Ketawa manjanya pecah. “Nakalnya suami Isha ni. Apa-apa pun kita makan dulu. Nanti lambat pula.”

IKAN keli masak lemak cili api masakan Alishah benar-benar menambat selera. Jangankan aku yang memang selalu makan bertambah ini, Mak Kiah pun turut menambah dibuatnya.

“Sedapnya Isha masak ni,” puji Mak Kiah sebaik sahaja kami bertiga selesai makan.

Aku lantas memeluk pinggangnya. “Mak Kiah ni, kan ke Isha memang selalu masak lauk tu. Mak Kiah lupa ya itu lauk favourite umi?”

“Ops!!!”

Dan wanita hampir sebaya mama itu terus menepuk dahi. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Mesti dia dah lupa. Maklumlah sudah lebih sepuluh tahun ayah dan umi pergi.

KAMI bersolat jemaah di dalam bilik. Selepas itu aku terus membantu Alishah mengemaskan beberapa helai pakaian

Page 9: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

9

yang akan kubawa sebelum mencapai tuala berniat ke bilik air.

Alishah tiba-tiba menarik tanganku sebelum tubuhku dipeluknya dari arah belakang. Aku yang terkejut pada mulanya terus tersenyum.

“It’s okay, love. Let me have shower first, then I’ll help you finish this. Okay?”

Dia diam. Saat aku cuba berpaling hendak memujuk dirinya yang kusangka bersedih, dia terus mengeratkan pelukannya.

“Lambat lagikan flight sayang?”

“TAKE CARE, honey. Assalamualaikum.”

Alishah angguk selepas melepaskan pelukan eratnya. Berbaur rasa di dalam hati ini. Melihat dia ketawa dalam sedih begini sebenarnya menghantar rasa bahagia pula ke dalam hatiku.

Inilah pertama kali aku merasakan bagaimana dirindui dan disayangi dengan sebenar-benarnya. Hatinya terlalu berat hendak melepaskan aku pergi. Sementelah pula kami belum puas berdampingan dengan usia perkahwinan seawal satu bulan setengah ini.

Sehinggalah aku masuk ke dalam bahagian pemeriksaan tiket, Alishah masih setia di situ bersama senyuman yang diukir semanis mungkin.

Mulanya aku bertanya mengapa dia tidak sedikit pun mengeluarkan air mata melepaskan kesedihannya namun aku terus terdiam apabila mendengar jawapannya.

Page 10: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

10

“Takkan Isha nak hantar suami Isha dengan air mata? Nanti dah tak cantik pula abang tengok. Sedangkan abang nak pergi jauh. Bukankah manusia selalu mudah lupa kepada sesuatu yang tak menarik untuk dikenang?”

Aku terangguk-angguk. Benar pendapatnya itu. Mengapa harus menangis? Mungkinkah itu sebabnya ada pasangan yang curang selama berpergian?

Tetapi entah kenapa, seakan sudah menjadi lumrah pula untuk manusia mengalirkan air mata sebelum berpisah. Ah, apa-apalah tetapi bagiku sama ada aku dihantar dengan iringan air mata atau senyuman oleh Alishah, insya-Allah hati dan cinta yang ada di dalam diri ini sudah kusimpan khas buat dirinya seorang.

KETIBAANKU di Lapangan Terbang Atartuk, Istanbul tidak bersambut. Kehairanan mula menjengah ke dalam diri. Walaupun ini bukanlah kali pertama aku ke luar negara bersendirian tetapi along sudah berjanji akan menungguku.

Lama aku duduk menanti kalau-kalau along muncul terlewat daripada janjinya sehinggalah akhirnya masuk waktu zohor. Aku mencari-cari tempat untuk melunaskan tanggungjawabku namun tidak menemuinya.

Akhirnya aku menelefon along. Anaknya yang menyambut. Memang susah berkomunikasi apabila Irene Putri yang sudah terpengaruh dengan bahasa orang Turki. Bahasa Inggerisnya sukar difahami.

“Where’s your daddy, Irene?” soalku berkali-kali sehinggalah ada satu suara garau merampas telefon daripada si kecil.

Page 11: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

11

“Yes, may I help you?”

Ah, nasib baik ada Irman Khalis di rumah. “Irman, I’m pak su. Where’s your daddy?”

Tanpa menjawab pertanyaanku, Irman Khalis berjanji akan datang menjemputku di sini. Syukur alhamdulillah. Kalau tidak entah sampai bila harus aku menanti bagaikan orang bodoh di sini.

Mungkin sudah lama tidak bertemu, aku benar-benar hampir tidak dapat mengecam wajah Irman Khalis. Dia sudah semakin tinggi dengan wajah campuran Melayu, Cina dan Jawa. Memang cukup kacak pada pandanganku.

Kami saling bertanya khabar sebelum dia membantu mengangkat bagasiku ke dalam kereta. Rupa-rupanya dia datang bersama pemandu mereka. Semakin maju business along nampaknya.

Macam-macam yang kami bualkan sepanjang perjalanan namun nama daddynya masih tidak keluar walau sekali. Di mana along sebenarnya?

SAMPAI ke malam, hanya Irman Khalis, Ilyah Hanna dengan Irene Putri yang melayan aku di rumah. Along dan Kak Mia entah ke mana pula.

Dan sesuatu yang lebih mengejutkan, rumah mewah yang baru sahaja mereka diami ini, berdasarkan rupa dan kedudukannya, aku menganggarkan harganya tentulah bukan calang-calang. Kaya benar along ya.

Dalam sibuk berfikir itu, aku akhirnya meminta diri masuk tidur awal. Sebenarnya aku teringatkan wanita kesayanganku yang entah sudah tidur atau tidak di bumi

Page 12: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

12

Malaysia sana. Rindu benar aku padanya. Tambah-tambah pula dengan kesejukan yang mencengkam hingga ke tulang hitam ini. Aku rindu pada pelukan manja dan memikat Alishah.

LEPAS bersarapan, aku terus mencapai telefon di atas meja. Mendail nombor telefon Alishah dengan perasaan rindu tidak bertepi.

“Assalamualaikum, sayang. How are you?” sapaku sebaik mendengar ada suara di hujung talian. Mungkin dia baru hendak bersiap ke kedai atau baru hendak memulakan sarapan.

“Alhamdulillah. Sayang apa khabar? Dah breakfast? Tidur semalam lena tak?” Bertalu-talu soalannya membayangkan betapa prihatinnya dia akan suaminya ini.

Kami berbual sepuas-puasnya, melepaskan rindu di dalam diri masing-masing. Sempat juga aku mengadu makanan di sini agak kurang sesuai dengan seleraku. Dan Alishah terus memujukku tak ubah bagaikan memujuk anak-anak kecil. Ah, semakin aku rindukan isteriku ini!

“WHERE’S actually your daddy and mama, Irman?” Aku sudah bosan meneka di mana satu-satunya abangku itu.

Sudah semalaman aku berada di rumah sebagai tetamu tetapi dia sendiri tidak ada. Malah aku ke mari pun atas permintaannya sendiri. Dia benar-benar suka memeningkan orang.

Page 13: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

13

“They’re having a vacation at Miami. I guess,” teka Ilyah Hanna selamba.

“You guess? Not knowing the truth?”

Takkan begitu sekali lalainya mereka. Sudahlah hilang entah ke mana meninggalkan anak-anak di rumah, rupa-rupanya lokasi pun mereka tidak tahu. Bagaimana kalau ada kecemasan berlaku?

RINDU pada Alishah ditambah pula dengan ketiadaan along di sini, maka seawal pagi aku terus berkemas untuk pulang. Menghubungi pihak MAS, menempah tiket pulang ke Malaysia lewat tengah hari nanti.

Namun tidak disangka sama sekali, along tiba-tiba muncul di rumahnya sebelum jam melewati pukul sebelas.

Aku terping-pinga melihat keadaan dirinya yang langsung tidak terurus. Wajah dipenuhi jambang dan terlalu sayu dengan tubuh semakin susut.

“Kenapa dengan along ni?” Soalku selepas kami bersalaman. Tangannya lemah tidak berdaya.

Along terus meminta pengawal mengunci pintu rumahnya yang sememangnya senantiasa berkunci itu. Kami duduk bertentangan. Aku merenung lagi dirinya. Dia diam. Berdehem sebentar dan tiba-tiba berjuraian air matanya menuruni pipi. Semakin panik aku dibuatnya.

YA ALLAH!!! Sampai begini sekali along bertindak semata-mata untuk beroleh kekayaan? Sampai menggadai nyawa?

Page 14: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

14

Aku terkesima sekali lagi. Terkaku tanpa suara. Jiwa ini sudah mati dibuatnya. Tidak habis-habis suka menyusahkan orang. Dan sekarang aku pula yang menjadi taruhan perniagaan bodoh along? Masya-Allah!!!

“Takkan saya nak kecewakan isteri saya pula, long? Saya sayang dia sorang aje,” luahku benar-benar tidak puas hati.

Aku bukan anak patung. Alishah bukan anak kucing. Dia manusia. Manusia punya perasaan. Nanti apa pula katanya sekiranya dapat tahu aku ke Turki dan terus menikah lagi?

Aku dirayu untuk mengahwini anak bussines partner along yang entah siapa orangnya. Entah baik atau tidak orangnya. Entah dari mana latar belakangnya. Tapi walau bagaimana baik pun dia, dalam hatiku cuma ada Alishah seorang.

“Tolonglah along, ngah. Angah nak ke tengok anak-anak along hilang mama dia orang? Irene? Dia kecil lagi....”

“Tapi long....”

“Tak apa. Hal ni antara kita bertiga aje. Along takkan cakap kat sesiapa pun. Percayalah cakap along.” Pujuknya bersungguh-sungguh sambil menggenggam erat kedua-dua belah tanganku. Ah, Tuhanku....

AKU tidak tahu apakah betul tindakanku ini? Sumpah, aku tersepit di antara dua orang yang sangat penting di dalam hidupku.

Dengan lafaz bismillah, aku terus mendirikan solat istikharah.

Page 15: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

15

Melalui solatku itu, akhirnya aku bernikah dengan Zarith Sofea Abdullah Khaleed. Kami bernikah secara kecil-kecilan di rumah mewah Mr. Khaleed. Di hadapan kak long yang terlantar lemah di dalam penjara berjeriji besi. Badannya berlumuran darah dan ada banyak kesan pukulan. Hanya selepas pernikahan ini berjalan dengan lancar, Mr. Khaleed berjanji akan melepaskannya.

Tidak mengapalah. Aku berharap pertolonganku ini akan dibalas dengan sesuatu yang lebih baik pada masa depan. Niatku cuma satu, aku cuma ingin membantu. Walaupun aku tidak serapat mana dengan isteri along ini, namun aku masih tidak sampai hati melihat dia menderita di hadapan mata. Lagipun anak-anak mereka masih memerlukan mama untuk mendapatkan kasih sayang.

Alishah, maafkan abang ya sayang. Abang tak pernah terlintas nak menduakan sayang....

Page 16: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

16

PERTAMA kali berkunjung ke rumah mewah keluarga Zarith Sofea, aku mendiamkan diri di

dalam bilik. Merenung masa depan. Bagaimana kalau Alishah tahu? Marahkah dia?

“Abang tak nak makan?”

Aku berpaling mendengar suaranya. Manja tetapi tidak bisa menggetarkan jiwaku seperti lazimnya saat aku bersama Alishah.

“Tak ada selera nak makan. Sofea makanlah dulu.”

“Sofea memang tak makan malam, bang.”

Dan dia terus duduk rapat di sisiku. Aku pula yang berengsot menjauh. Sumpah, aku tidak boleh menerima kehadiran wanita ini di dalam hidupku.

Sepanjang dua hari kami di rumah keluarga mentua, aku tidak banyak bicara. Mr. Khaleed memang berkecil hati namun dia tidak punya kuasa hendak marahkan aku. Mungkin dia boleh mengugut, tetapi dia sendiri sudah melepaskan kak long.

Bab 3

Page 17: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

17

Cukuplah aku sudah dipaksa mendampingi anak tunggal perempuannya. Aku tidak mungkin mahu membiarkan diriku terus bergelumang dengan tekanan perasaan.

Sofea pula seakan hendak terus mencuba nasib. Dia mahu memiliki cinta dan diriku sekali gus. Entah kenapa, aku langsung tidak berkeinginan untuk bertanya. Biarlah dia dengan perasaannya sendiri. Hatiku cuma sekeping dan yang sekeping itu telah aku serahkan kepada Alishah. Tiada lagi ruang untuk insan lain.

“Cinta abang cuma untuk isteri abang, Sofea.” Itu keputusanku sebelum kami berpisah katil semalam.

“SAYA kena balik ke Malaysia. Saya ada kerja dan tanggungjawab terhadap isteri saya di sana,” kataku setegas-tegasnya sebaik sahaja selesai menghadap sarapan.

Sofea terkesima.

Mr. Khaleed merengus.

Madam Zaharah mengeluh.

Abang-abang iparku semuanya bangun mahu menyerangku namun ditegah oleh Sofea. Buat pertama kalinya aku berterima kasih padanya.

“Habis, Sofea bukan isteri kamu?” soal Hatheem. Matanya tajam sekali merenungku.

“Dia memang isteri saya, tapi dia perlu hormat kedudukan isteri pertama saya. Saya tak nak kecewakan isteri saya lagi. Saya cintakan dia.”

“Tak apa, bang.” Sofea mencelah.

Page 18: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

18

Aku memandangnya dengan sejuta kesyukuran. Mudah-mudahan dia ikhlas dengan kata-katanya ini.

“Sofea tak marah kalau abang kena layan dia lebih. Asalkan abang tak lupakan saya.”

Lupa? Hmmm.... entahlah.

Page 19: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

19

KETIBAANKU disambut oleh Alishah dengan wajah yang cukup berseri. Seakan pertama

kali kami bertemu dibuatnya. Kami berpelukan erat sebaik sahaja aku selesai mengambil bagasi.

“Rindunya kat sayang.” Pipinya kukucup lama.

Tersipu-sipu, dia menarik tanganku menuju ke kereta.

Melihat sinar matanya, tiba-tiba terasa kosong pula hati ini. Timbul rasa bersalah yang amat. Aku telah menduakan kedudukannya. Kasihan Alishah tertipu olehku.

Argh, aku benci along! Aku teramat sangat bencikan along!!!

MALAM Jumaat, selepas menunaikan solat maghrib berjemaah, kami bertiga bersiap ke Bukit Antarabangsa.

Mama mahu menjamu kami sekeluarga makan

Bab 4

Page 20: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

20

malam. Kebetulan mama tahu aku baru pulang dari Turki. Walaupun sebenarnya tiada satu benda pun dikirimkan oleh along buat mereka di sini. Mujur aku ada membeli satu dua buah tangan semasa di lapangan terbang dulu.

“Wah, berseri betul menantu mama ni! Ada apa-apakah?” usik mama sebaik sahaja kami tiba.

Mak Kiah sudah menghilang ke dapur.

Aku terus memeluk Alishah yang senyum memanjang. Sangkaku hanya aku yang perasankan hal ini. Papa yang baru turun juga menegur perkara yang sama sehinggakan Alishah terus menyembamkan wajah ke dadaku.

“Mudah-mudahan ada good news untuk mama dengan papa. Mama pun dah tak sabar nak timang cucu baru ni.”

Aku mengangguk. “Mudah-mudahanlah, ma. Mesti handsome macam Zik, kan?”

“Isy... Zik bukannya handsome pun.”

“Handsome. Kalau tak, mana wife Zik yang cantik ni nakkan Zik.”

Dan Alishah bersungguh-sungguh ketawa, ditahan tapak tangannya yang tertutup-tutup di mulut.

Page 21: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

21

URUSAN kerja di pejabat benar-benar menuntut seluruh perhatianku. Sejak beberapa

hari ini aku cuma muncul di rumah setelah malam menjelang tiba. Dengan keletihan yang teramat, aku sudah tidak larat hendak berbuat apa-apa sehinggakan makan malam juga terpaksa aku tinggalkan.

Syukur saja Alishah sangat memahami. Dia tidak akan tidur selagi aku tidak ada di dalam bilik. Malah kadang-kadang apabila aku terpaksa berjaga malam, dia akan turut sama duduk di sisiku.

“Abang rasa baik sayang tidur dulu. Nanti esok penat pula kat kedai,” saranku apabila dia masih sudi menemaniku hingga ke dinihari.

Alishah senyum.

“Insya-Allah, tak. Lagipun kalau Isha mengantuk sangat esok, Isha baliklah kejap. Tak ada orang nak marah,” balasnya.

Ya. Dia pemilik kedai. Dia bos. Masakan pekerja-

Bab 5

Page 22: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

22

pekerjanya hendak memarahinya pula kalau dia tidak datang ke pejabat.

“Wah, mentang-mentang....” Sengaja aku mahu mengusik.

“Astaghfirullah... nak mentang-mentang apa pula?”

“Mentang-mentang....”

Alishah ketawa. Sopan. “Mentang-mentang nak bentang kentang.”

Aduh, ada-ada saja idea di kepalanya mahu mengusik sama. Tetapi Alishah memang punya great sense of humor. Dan inilah yang tambah menyenangkan hatiku setiap kali berdamping dengan dirinya.

Insya-Allah, selepas projek besar ini selesai nanti aku akan menumpukan lebih perhatian buat rumah tangga kami ini. Mungkin dia kelihatan tidak kisah kerana tidak menerima layanan mesraku tetapi hatinya lama-kelamaan pasti akan luka. Itu aku tidak mahu.

Cukuplah selama ini dia saja yang begitu banyak menggembirakan diriku. Berbuat itu dan ini untuk diriku.

Page 23: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

23

“ASSALAMUALAIKUM!”

Tengkuknya yang masih terdedah belum

ditutupi tudung, kukucup. Lama. Dia tersenyum senang.

“Hari ini, last day abang balik lambat.” Bibirku beralih pula ke seluruh wajahnya yang belum disapu bedak. Licin benar kulitnya. “Sayang abang masih boleh tunggu, kan?”

Sebuah senyuman mekar di bibirnya. Dia tidak mengenakan gincu namun bibirnya masih merah menyerlah. Bulu matanya yang melentik cantik itu pula dikerdipkan sekali.

“Insya-Allah. Seminggu lebih Isha sanggup tunggu, takkan satu hari tak boleh pula?”

“SAYA nak tengok semua ni esok pagi. Atas meja saya first thing in the morning.”

Bab 6

Page 24: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

24

Peringatku lagi buat kesekian kalinya.

Hannah terangguk-angguk bersama pembantunya.

“And you, Siti...”

“Yes, sir?”

“Please make sure I get what I want. Kamu bertiga bertanggungjawab dengan benda ni. Ini masa depan kompeni. Masa depan all of us.”

Mereka mengangguk serentak.

Aku segera mengemaskan briefcase sebaik sahaja mereka beredar. Aku sudah berjanji tidak mahu membiarkan Alishah ternanti-nanti diriku lagi. Ini malam terakhir.

Belum sempat aku mencapai kunci kereta, telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi. Panggilan asing. Siapa? “Helo?”

Diam.

Aku menanti beberapa saat sebelum mendengar deheman seseorang di hujung talian. Macam kenal. Tapi siapa ya? “Helo?”

“Abang?”

Abang? Adakah ini.... Lama aku terdiam sebelum mengucap salam dengan suara yang paling berat. Lemah semangatku menerima panggilan ini. Sekian lama tidak berhubung, dari mana pula dia mendapat nomborku? Oh, aku sendiri yang meninggalkan kad perniagaan lama padanya sebelum kami berpisah dulu. Tetapi apa yang dimahukannya lagi? Mudah-mudahan dia tidak meminta apa-apa.

“Sofea rindukan abang. Sebab itu Sofea telefon. Kat sana malamkah?”

Rindu? Aduh, aku tidak pernah sesaat pun terfikirkan dirinya sejak aku meninggalkan negara asing itu.

Page 25: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

25

Berdosakah aku sebagai suami? Tetapi ini semua adalah paksaan. Bukan kerelaanku maka aku berhak menentukan hala tuju perkahwinan ini.

Errr… memang dah malam... jadi janganlah call. Tapi aku cuma berbisik di dalam hati.

“Dah lama abang balik sana. Bila pula giliran Sofea?”

Dia masih ingin melanjutkan bicara.

Aku terkedu di atas kerusi. Bercakap tentang giliran, hendak saja aku menyemburkan seluruh kekecewaan dan kemarahan ini pada dirinya. Betapa sedikit pun dirinya tidak ada di dalam hatiku hatta fikiranku.

“Abang?”

Aku berdehem, pura-pura membetulkan suara sebelum menjawab, “abang minta maaf, tapi abang sibuk sangat kat sini. Tengoklah nanti kalau ada masa, abang pergi sana.”

Sofea ketawa kecil namun aku masih tidak merasai kesopanan dari tawanya itu. Dia memang berbeza dengan Alishah.

Hal ini juga belum menjengah telinga Alishah. Apa beranikah aku hendak menyatakan bahawa aku punya isteri kedua padanya? Bagaimana agaknya reaksinya? Marah sudah pasti. Kecewa. Sedih. Apa lagi ya?

Ah, masanya belum tiba. Aku belum puas membahagiakannya. Biarlah masa yang menentukannya.

“Okeylah, Sofea.”

Jam sudah menunjukkan angka sembilan. Sudah hampir sejam kami bersoal jawab. Alishah di rumah pasti tertunggu-tunggu. Kasihan dia nanti.

Page 26: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

26

“Abang simpan phone number ni ya. Kalau ada masa, telefonlah Sofea. Sekali sebulan pun tak apa. Asalkan ayah tak marah.”

“Ya, insya-Allah.”

“Assalamualaikum, bang.”

Salamnya berjawab di dalam hati cuma. Berat benar mulutku hendak menuturkannya.

BUAT pertama kalinya aku balik tidak disambut oleh Alishah. Hati diterpa rasa hairan namun kemunculan Mak Kiah merungkai segala-galanya. Dia cuma memberitahu isteriku sakit dan sedang tidur di atas.

Aku bingkas naik ke bilik. Salamku tidak bersambut namun pintu tidak pula sampai berkunci. Sakit apa dia?

“Sayang.” Dahinya kukucup lama. Panas sedikit.

Lama juga aku menanti dia terjaga sehinggakan aku sempat ke bilik air membersihkan diri dan solat isyak. Hanya setelah aku membuat keputusan untuk membiarkannya terus tidur, Alishah tiba-tiba menyeru namaku.

“Sayang sakit ya? Esok pagi abang call Doktor Maisarah.” Pipinya aku usap perlahan.

Dia senyum. “Tak payahlah, bang.”

“Why not? Sakit ni tak boleh dibiarkan. Kita yang tak berapa tahu soal perubatan ni susah. Mana tahu ada apa-apa yang tak kena,” bebelku panjang, risau sebenarnya.

Alishah tiba-tiba ketawa. Perlahan dan sentiasa sopan. Jari-jemarinya menjalar ke seluruh wajahku. Lama

Page 27: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

27

kami bertentangan mata. “Sakit ni bukan semuanya menyakitkan.”

Itu pula komennya.

Aku pantas mengerutkan dahi. Ada apa sebenarnya isteriku ini? “What’re you trying to say, dear? Just tell me.”

Tubuhku dipeluknya erat. Senyuman manis tidak pernah lekang dari bibirnya. Dia benar-benar cantik malam ini.

“Tak apalah. Esok lepas jemaah subuh, Isha bisik dengan abang ya. Isha minta maaf tak dapat cakap malam ni. Kita kan dah terlepas solat isyak berjemaah?”

KEBIASAANNYA aku akan bangun hanya setelah dikejutkan oleh Alishah namun hari ini aku terjaga sendiri. Malah jauh lebih awal daripada waktu kami biasa bersolat. Mungkin rahsia Alishah itulah yang mendorongku tidak lena tidur.

Sementara menanti masuk waktu, aku mencapai kitab suci al-Quran. Sudah lama aku tidak membacanya bersendirian di kala subuh begini. Selama ini, kami membaca al-Quran bersama-sama. Itu pun selepas solat maghrib. Alishah kadang-kadang bersendirian membacanya apabila dia sudah terlalu letih memikirkan kerja-kerja di kedai.

Aku semasa masih bujang dulu, solat pun boleh dikira dengan jari kerapnya. Inikan pula hendak mengaji. Aku terlalu sibuk dengan tugasan di pejabat. Syukurlah melalui perkahwinan ini aku semakin dapat memperbaiki diri.

“Sayang....”

Azan sudah kedengaran dari masjid. Walaupun hanya sayup-sayup kedengaran namun tetap menyentuh hati.

Page 28: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

28

“Sayang, bangun ya. Dah azan tu.”

Alishah terpisat-pisat memandangku bagaikan tidak percaya. Yalah, kali pertama aku yang bangun awal. Senyumanku melebar melihat matanya dipejam celik memandang jam di sisi katil.

“Alhamdulillah. I’m happy that you woke up earlier than me. Dah lama abang bangun?” sapanya mesra.

Aku tersenyum senang mendengar sapaannya.

Aku menanti hampir sepuluh minit untuk Alishah menyiapkan diri sementara aku menyediakan telekungnya bersama sejadah. Lambat pula dia hari ini. Selalunya tidak sampai pun tujuh minit dia berada di dalam bilik air.

Surah-surah kegemaran isteriku yang aku baca untuk solat kami yang dua rakaat ini. Terasa tenang seluruh jiwa dapat menunaikan solat bersama-sama. Dan hakikatnya aku terganggu juga menantikan apa juga yang bakal dikhabarkan oleh Alishah sebentar lagi.

Doaku pendek sedikit namun masih mengharapkan rumah tangga yang kubina atas dasar pilihan keluarga dan akhirnya mencambahkan cinta ini akan terus kekal bahagia. Moga keluarga ini bertambah serinya dengan kehadiran anak-anak yang soleh dan solehah.

“Okey, abang dah tak sabar ni, sayang.”

Tanganku yang dikucupnya kudaratkan ke pehanya. Dia senyum sedikit.

“Hmmm… tak sabarkan apa?”

“Sayang....” Ini pasti angin nakalnya datang lagi. “Last night, you promised me that you will tell me something. After solat subuh. And now we’ve finished solat, mana dia ceritanya?”

Page 29: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

29

Sengaja aku masamkan muka dan akhirnya dia ketawa perlahan. Diletakkannya kedua-dua belah tangannya di bahuku. Mesra. Matanya melurut jatuh menghala ke perutnya.

“Alhamdulillah sebab kita bertiga dah solat subuh berjemaah. Isha tak pasti dah berapa kali abang imamkan kami solat, tapi subuh kali ni memang special.”

Bertiga? Kami? Apa sebenarnya yang dimaksudkan Alishah? Adakah dia… Ya Allah...!

“Am I going to be a father?” soalku mula teruja.

Gembiranya hati bukan kepalang. Ya Allah… ini rezeki yang tak terduga, rezeki yang saban saat kami nantikan kehadirannya.

“Eh, siapa cakap macam tu?”

“Hah?” Sedikit rasa kecewa menerpa jiwa.

“Tak apalah kalau Isha tak pregnant pun. Belum rezeki kita, sayang.”

Anehnya dia masih juga mengukir senyuman. Aik, dia tak sedihkah? Setahu aku, Alishah paling suka akan budak-budak. Selama ini pun dia selalu saja menderma ke rumah anak-anak yatim.

“Siapa cakap Isha tak pregnant?”

“Aduh, dear. Janganlah mainkan abang macam ni. Cakaplah betul-betul. Kejap cakap tak, kejap cakap ya,” marahku pura-pura.

Mungkin dia mula perasan akan kekeruhan di wajahku, akhirnya dia memintaku memeluknya. Saat yang sama, dia benar-benar membisikkan ke telinga bahawa sudah dua bulan aku bergelar papa.

Yahuuu…!!! Alhamdulillah.

Page 30: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

30

TUJUH bulan berikutnya, perhatianku cuma pada Alishah. Dia tidak sesekali aku tinggalkan

keseorangan di rumah. Pantang jam berbunyi, aku bergegas meninggalkan pejabat.

Dan akhirnya saat bayi pertama kami, zuriat dan pewarisku menjengah dunia, aku mengambil cuti selama seminggu. Walaupun mama datang setiap hari namun aku tetap mahu bersama dua orang puteri hidupku.

Ifti Asha Alishah. Sengaja aku masukkan nama isteriku biar mereka berdua menjadi dekat sentiasa.

“Zik cuti lama ke?” soal mama apabila sudah masuk hari kedua dia datang melawat cucu dan menantunya, aku tetap ada di rumah.

“Seminggu aje, ma. Mana lama.”

“Abang tu kalau boleh nak cuti sampai Isha habis pantang, mama,” sampuk Alishah yang sudah aktif bergerak ke sana ke mari. Mujur dia mahu mendengar cakap mama. Kalau tidak dia pasti mahu turun naik tangga juga.

Bab 7

Page 31: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

31

Mak Kiah pun sampai berbuih mulut menyuruhnya berehat tetapi ada-ada saja yang hendak dilakukannya. Isha... Isha....

Dan antara semua, akulah yang paling bimbang sekali. Menurut mama, wanita lepas bersalin jika bergerak tidak henti-henti, contohnya turun naik tangga seperti yang dilakukan oleh Alishah sekarang, boleh menyebabkan wanita tersebut menjadi bentan dan tidak mustahil menjadi gila.

Nauzubillahiminzalik... jauhkanlah dia daripada sesuatu seperti itu, Tuhanku.

SELESAI bersarapan, aku membantu menyediakan air mandian untuk Alishah dan Asha sementara Mak Kiah menjemur pakaian. Mama selalunya selepas pukul sembilan barulah dia sampai.

“Abang, ada call dari ofis,” panggil Alishah.

Aku bergegas masuk ke bilik. Menerpa ke arah telefon bimbit yang aku tinggalkan di atas meja solek Alishah.

Alishah sudah berkemban, duduk di atas katil menanggalkan pakaian bayi kecil kami, Asha.

“Helo.”

“Tuan, someone nak jumpa tuan sekarang. Dia tengah tunggu kat ofis tuan.” Suara Siti menerpa jelas.

“Errr... siapa? Awak tak cakap saya cuti?”

Siapa pula yang beria-ia benar hendak berjumpa denganku? Setahuku semua tender projek-projek penting sudah aku serahkan kepada Marlia.

Page 32: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

32

“Anak pemegang saham syarikat. Dia ada hal nak bincang.”

Bertambah pelik aku dibuatnya. “Pemegang saham mana pula? Tak ada appointment pun. Sesuka hati aje nak jumpa.”

Alishah sesekali memandangku dengan wajah berkerut namun segera aku balas dengan senyuman. Mungkin dia hairan dengan nada suaraku yang menahan marah. Siapa agaknya ya?

“Hmmm... dia cakap dia anak Mr. Khaleed. Tuan tak kenalkah?”

Argh... matilah aku begini!

Tanpa menukar pakaian, aku bergegas memecut ke pejabat. Alishah yang terpinga-pinga tidak sempat bersuara.

“MANA dia? Lelaki ke perempuan?”

Siti terpinga-pinga melihat diriku yang pastinya agak asing pada pandangannya. Aku cuma memakai seluar panjang berwarna coklat dipadankan dengan sehelai kemeja kotak-kotak. Aku selalu memastikan penampilan diriku sentiasa kemas dan berdaya tarikan di pejabat.

“Orang yang nak jumpa saya tu?”

“Oh!” Dia menepuk dahi. “ Ada dalam tu. Dah lama dia tunggu.”

Seraya jari telunjuknya mengarahkan ke bilik pejabatku.

Dalam debar yang amat, aku membuka pintu perlahan-lahan.

Page 33: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

33

Ya Allah!!!

“Sofea?” tegurku lemah. Terasa lemah sendi lututku dibuatnya. Hampir lima bulan aku tidak menghubunginya dan tiba-tiba hari ini dia muncul di sini? Apa yang dibuatnya di Malaysia? Ya Allah... harap-harap janganlah dia datang ke Malaysia semata-mata hendak menjejaki suaminya ini.

SUDAH dua kali panggilan daripada Alishah terpaksa aku abaikan. Masakan aku hendak menjawabnya dalam keadaan Mr. Khaleed dan isterinya sibuk hendak berbual denganku. Bertanyakan itu ini termasuk hal rumah tangga aku.

Aku tidak menyangka mereka punya beberapa buah rumah di seluruh Malaysia ini. Salah satunya kondominium mewah ini yang dimiliki oleh Mr. Khaleed. Sebuah penthouse kepunyaan Sofea pula aku tidak tahu di mana. Tidak berdaya aku hendak membuka mulut.

“Business saya kat Sabah tu dah makin okey. Kamu nak tolong tengokkan tak, Zikri?” Mr. Khaleed tiba-tiba bersuara. Tegas. Dalam maksudnya, tetapi dapatlah aku simpulkan itu bukan sekadar pertanyaan. Ia lebih berupa sebuah arahan.

“Hmmm... tak tahulah, ayah. Sebab saya dah selesa dengan karier saya sekarang.”

Mr. Khaleed terangguk-angguk.

Sofea yang baru muncul dari dapur membawakan minuman terus menjadi perhatianku. Wanita ini kaya, cantik, berpelajaran tinggi malah bersopan pula tetapi kenapa dia tidak menemui mana-mana lelaki lain yang sekufu dengannya?

Page 34: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

34

Aku hanya mahu menjadi suami kepada Alishah, mahu bergelar papa hanya kepada anak-anakku yang mendiami rahimnya. Bukan Sofea. Bukan anak-anak lewat kandungan Sofea.

“Malam ni tidur kat sini ya, bang.” Sofea sudah datang ke sisiku.

“Errr....”

Mr. Khaleed memandang. Tajam. Tetapi aku tidak akan membiarkan diriku rasa terancam. Dia bukan sesiapa.

“Saya tak boleh. Isteri saya duduk sorang-sorang kat rumah dengan baby kecil. Takkan nak biarkan.”

Alishah belum kuat mahu bangun menukarkan lampin si kecil. Cukuplah sekadar dia menyusukan anak kami. Tetapi hakikatnya aku tidak punya hati langsung hendak bermalam di sini. Baru beberapa jam di rumah ini pun sudah terasa panas punggung.

“Tak upah maid ke? Kan senang.”

Aku senyum sendiri. “Isteri saya tak suka upah maid. Dia suka buat semua kerja sendiri dengan saya.”

Mak Kiah di rumah tu siapa?

“La, dia tak kerja ke? Full time housewife? Boring.”

Entah, tetapi aku dapat mengesan nada sombong dalam setiap patah kata bapa mentuaku ini.

“Kerja sendiri. Buat bussines tapi kecil-kecilan aje. Tak apa... dia ada banyak duit.”

Orang dah berlagak, kita balas balik. Lagipun memang Alishah memiliki begitu banyak harta pusaka daripada arwah ayah dan umi. Mungkin sebab itu dia jarang mahu meminta-minta daripadaku.

Page 35: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

35

Beberapa jam seterusnya, aku lebih banyak mendiamkan diri. Sekadar menadah telinga mendengar perbualan keluarga Sofea perihal kewangan syarikat masing-masing. Lewat pukul enam, akhirnya berjaya juga aku meloloskan diri daripada cengkaman derita bergaul dengan mereka.

Alishah!!!

“MARI makan, bang.”

Aku angguk. Menanggalkan kopiah di kepala sebelum memeluk tubuh Alishah. Malam ini aku bersendirian solat.

Semasa aku sampai tadi, Alishah baru selesai mandi. Dia langsung tidak menunjukkan reaksi marah dengan kehilanganku hampir sehari suntuk. Dengan panggilannya yang langsung tidak berjawab. Malah dia senyum manis-manis, mengambilkan tuala dan menemankan aku sampai ke pintu bilik mandi.

“Sayang masak ke? Sedap aje bau.”

“Tak laratlah, bang. Baby menangis aje nak dekat sejam. Meragam. Sakit perut. Lepas bawa jumpa doktor baru okey.”

“Sakit perut?”

Ya Allah, patutlah semua panggilan masuk tadi cuma daripada isteriku. Sedangkan aku bersenang-lenang makan di rumah Sofea.

“Abang minta maaf. Naik teksi ke?”

Alishah tersenyum meleret. “Sebab tu Isha call

Page 36: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

36

abang. Nak tanya mana kunci kereta Isha. Syukurlah jumpa juga dalam laci tu.”

“Isha? Sayang? Kenapa drive sendiri?” Hampir terlepas pinggan di tangan dibuatnya. Baru berapa hari lepas bersalin, dia sudah berani bawa kereta? Astaghfirullah....

Wajahnya berubah keruh. Aku bukan hendak marah tetapi risau. Siapa tidak marah kalau isteri sendiri kena drive jauh-jauh sedangkan baru seminggu lebih bersalin?

“Isha minta maaf... tapi abang pun sibuk tadi. Isha tak suka naik teksi, kan? Abang dah lupa?”

Oh ya, astaghfirullah... ya, aku lupa. Ini yang buat aku termalu sendiri. Ya, Alishah tidak suka naik teksi dan sebenarnya tidak pernah naik pun. Dia punya kenangan tersendiri menyebabkan dia tidak akan sesekali mendapatkan perkhidmatan kenderaan awam itu.

“I’m so sorry, dear.”

DISEBABKAN rasa bersalah semalam, hari ini aku mengambil cuti sekali lagi. Siap dengan amaran, no phone call, no message and no guest. Mak Kiah aku hantar pergi ke rumah mama di Bukit Antarabangsa. Riuh juga Alishah dengan tindakanku.

“Siapa nak handle baby kalau dia meragam nanti, abang?” Walaupun marah, suaranya masih lembut. Masih lunak dan masih mampu menggoda hati lelakiku. Alishah memang istimewa.

“Abangkan ada.” Bangga dan yakin, aku mengangkat tubuh kecil Asha dari katil. Menggeliat dia dibuatnya.

Tidak pernah terfikir di kepala ini, aku akhirnya

Page 37: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

37

akan menjadi seorang papa. Menjadi suami kepada Alishah. Memberikannya zuriat untuk mendiami rahimnya selama sembilan bulan dan kini menyaksikan anak kami membesar sedikit demi sedikit. Semua ini memang nikmat. Alhamdulillah.

Dahulu aku pernah juga bercinta dengan beberapa orang teman seuniversiti tetapi ketika itu aku hanya memikirkan soal seronok. Keluar berdua dan ada orang yang akan menelefon saban malam sebelum tidur. Juga menyambut hari kekasih dengan bertukar-tukar hadiah dengan si dia yang kini membuat aku termalu sendiri apabila mendengar bicara Alishah, 14 Februari lepas.

“Isha sayangkan abang walau apa pun yang jadi... tapi janganlah sebab abang nak tunjuk sayang abang tu, abang korbankan maruah agama kita. Valentine’s Day bukan hari kita. Cukup dah macam-macam perayaan yang ada dalam Islam.”

Kata-kata itu tidak mungkin aku lupa. Tebal rasanya kulit pipi ditegur isteri sendiri tetapi akhirnya Alishah menerima hadiahku dengan niat sebagai tanda menghargai perkahwinan kami, tanda syukur kepada Yang Maha Esa.

“Isha bagi kat Mak Kiah ya, bang. Boleh?”

“Errr….” Berat hati ni sebenarnya. Punyalah mahal aku membeli jubah itu dari butik kawan baik mama. Aku bukannya hendak kedekut tetapi...

“Abang, kalau abang tak ikhlas, sayang hadiah ni. Baik ikhlaskan aje hati tu. Mudah-mudahan dengan sedekah ni, Allah panjangkan usia kita, berkati lagi our marriage. Tak nak macam tu?” Alishah masih cuba memujuk.

“Of course abang nak.” Dan dengan sendirinya aku keluar mencari kelibat Mak Kiah di dapur. Menyerahkan

Page 38: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

38

sendiri kotak segi empat berbalut cantik itu dengan hati lapang. Ikhlas tentunya. Mudah-mudahan Allah selalu dekat dengan perkahwinan kami.

“Abang?”

“Hah?” Aduh! Lamanya aku melamun.

Ketawa manja Alishah menarik perhatianku untuk mendekatinya. “Kenapa, yang? Abang terlepas apa-apa ke?”

Tangannya melingkar ke bahu. Mesra. Seperti selalu. Sebuah ciuman penuh sayang hinggap di pipi mungil Asha dan satu ciuman hangat, hanya untuk aku, suaminya.

“Selagi abang ada dekat hati Isha, insya-Allah abang takkan terlepas apa-apa.”

“Macam mana kalau Isha dah tak nak abang duduk dalam hati Isha?” Sengaja aku menyakat. Melagakan hidungku di hidungnya yang kecil molek itu. Dia ketawa senang.

“Astaghfirullah... nauzubillahiminzalik... buat apa tanya something yang tak positif untuk masa depan sendiri ni, dear?” Wajahnya bertukar serius dalam sekelip mata. Pun matanya masih bersinar bening menentang pandangan suaminya ini.

Malas mahu memanjangkan bicara, aku segera melepaskan tawa. Mengalihkan pandangan pada anak kami yang sudah mula mahu meragam. Merah padam mukanya yang lebih banyak mewarisi riak mamanya sebelum suara tangisnya meletus kuat. Kelam-kabut aku menenangkannya.

“Macam manalah papa sayang ni, sayang nangis pun papa takut erk?”

Sedar-sedar sahaja, Alishah sudah mengambil Asha dari dukunganku. Serta-merta tangis si kecil lenyap. Aik?

Page 39: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

39

“Diam dah?”

Alishah senyum sendiri. Didekatkannya pipi Asha padaku untuk dikucup. “Tengoklah siapa yang pegang dia. Kan sayang mama, kan?”

“TUAN, meeting petang nanti dengan Radzin kena awalkan. Dia call tadi.”

“Kenapa pula? Dia tak mention dengan saya pun?”

Memang aku tidak puas hati. Pukul satu nanti aku mahu balik ke rumah. Jemput Alishah dan Asha, nak bawa si kecil yang makin montel itu ke klinik. Dia sudah terlewat sehari dari tarikh temu janji sebenar. Disebabkan terlalu sibuk semalam, aku terpaksa beralah kepada semua urusan kerja. Mujur Alishah faham.

“Dia call office awal-awal pagi lagi, tuan. Before tuan masuk tadi. Dia cakap dia ada hal lain nak diurus. Tak dapat elak dah. Tuan free kan?” Siti mengekorku dari pantri hingga masuk semula ke dalam bilik.

Bekerja dengan orang memang satu masalah. Sebab itulah aku berhenti daripada syarikat papa dan membuka syarikat aku sendiri. Tetapi nampaknya masalah tetap masalah. Walaupun sudah mempunyai syarikat sendiri, aku tetap perlu berurusan dengan orang lain yang mahu tidak mahu tetap akan mempengaruhi pendapatan syarikat.

“Hal dia aje yang dia utamakan. Tak pula dia tanya saya ni free sangat ke!” Berapi-api marahku. Tidak padan dengan jantina langsung!

“Sorry, tuan... tapi saya sampaikan pesan dia aje. Boleh saya keluar sekarang?”

Page 40: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

40

“Oh!” Aku membebel, patutlah dia hendak keluar. “Okay! Thanks, Siti.”

Sebaik sahaja pintu tertutup, aku terus mencapai telefon bimbit. Menunggu beberapa saat sebelum mendengar suara manja dan halus Alishah di hujung talian.

“Sayang, abang minta maaf,” kataku.

Nampaknya hari ini tertangguh lagi temu janji kami dengan Doktor Suraya.

“Kenapa nak minta maaf ni, bang? Abang busy lagi ke?”

Ketawaku pecah sendiri dengan jangkaannya yang benar-benar tepat mengenai sasaran itu. Tahu aje dia. “Ya, sayang. Abang ada appointment dengan Radzin. Jurutera SkyWay Creative tu. Sayang kenal dia, kan?”

“Radzin. Bekas boyfriend Kak Tanya tu ya? Isha, kenal.”

“Hmmm... dialah tu. Sebelum ni appointment kita orang jam empat... tapi Siti cakap dengan abang, Radzin nak awalkan ke jam dua. Dia ada hal yang tak dapat nak dielak.”

“Oh! Hal penting tu... tak apalah, bang. Esok kita cuba lagi ya? Abang jangan marah Radzin pula. Dia tak sengaja tu.”

Ah! Tahu-tahu saja Alishah dengan emosiku!

“Insya-Allah tak marah.”

Kedengaran suara tawanya.

“Alhamdulillah... macam itulah jadi hamba Allah yang baik. Tak mudah marah. Tak simpan dendam. Allah sayang, Isha dengan Asha lagi sayang.”

Page 41: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

41

SELEPAS selesai makan tengah hari bersama akauntan baru syarikat, aku bergegas pula kembali ke pejabat. Siti baru sahaja menghantar SMS mengatakan Radzin sudah sampai di pejabat.

“Sorry, bro. Lambat.”

Termengah-mengah aku dibuatnya. Jalan jammed dan menunggu pula lif tak turun-turun.

Radzin tersengih memandangku. Kami segera masuk ke bilikku dengan pesanan agar menghantarkan minuman kepada Siti.

“Macam letih sangat aku tengok kau sejak ada baby ni. Kau kena stay up ke malam-malam kalau baby nangis?”

Aku segera tepuk dahi. Malu sebenarnya. Mana pernah aku yang berjaga malam kalau anak kami terjaga. Alishah juga yang menjenguknya. Dia mendodoi Asha dengan selawat dan zikir sehingga si kecil tertidur semula.

“Tak adalah. Kenapa, kau rasa aku nampak tak bertenaga lagi ke?”

Setahu aku, setiap hari ke pejabat hatiku lapang. Senang. Kecuali dua hari ini, banyak benda perlu diurus setelah beberapa kali mengambil cuti. Dengan urusan temu janji Asha lagi.

Kehadiran Siti bersama dua cawan teh menutup mulut kami serentak. Menunggu sehingga dia keluar semula namun sesuatu yang pelik bagiku apabila menyedari mata Radzin tidak henti-henti merenung wajah setiausahaku ini.

“Minat ke?”

“Hah?”

Pecah ketawaku dibuatnya. Radzin… Radzin....

“Kalau minat, janganlah pura-pura. Orang cantik ni

Page 42: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

42

bukan boleh biar lama-lama. Sedar-sedar nanti dah ada yang rebut.”

Sudah dua tahun Radzin dan Tanya berpisah. Sudah besar pun anak tunggal mereka. Memendam rasa. Tanya ego, tidak mahu menambah anak sedangkan Radzin yang sudah bosan bergelar anak tunggal, sudah tentulah menginginkan keluarga yang lebih besar.

“Isy, mana kau tau aku minat kat secretary kau tu? Pandai-pandai aje nak serkap jarang orang.”

“Aku tak cakap minat... aku cakap kalau minat.”

“Ada-ada ajelah kalau dengan kau ni. Dah, kita straight to the point. Discussion ni jauh lebih penting daripada gosip kau tu.”

Merah mukanya mencapai briefcase. Radzin… Radzin….

Page 43: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

43

“ASSALAMUALAIKUM, bang!”

Aduh! Sudah hampir ke jam lapan. Isha

mesti tengah risau ni. Ini semua gara-gara mahu menyiapkan kerja yang memang tidak reti hendak habis. “Ya, sayang. Kejap lagi abang balik. Sayang ada nak apa-apa?”

Jadual pergi ke pasar setiap hari Rabu untuk sementara ini sudah pindah ke bahuku. Alishah memang aku tidak izinkan langsung membawa kereta keluar pergi ke mana-mana semasa masih dalam pantang ini. Jika ada apa-apa urusan, aku sendiri yang akan melakukannya.

“Nak abang balik aje. Tak nak benda lain. Dua-dua Alishah kat sini dah rindu kat abang.”

Ya. Dua-duanya Alishah. Dua-duanya pun milikku. Dua-duanya aku sayang sepenuh hati. Dua-duanya menyintaiku.

“Sekejap ya, sayang. Give me an hour. Lepas siap semua, abang terus balik.”

“Mudah-mudahan. Amin....”

Bab 8

Page 44: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

44

Amin? Mudah-mudahan? Apa maksudnya? “What do you mean, dear? Amin? Mudah-mudahan?”

Apakah dia menyangka aku melencong ke mana-mana? Ah, tetapi isteriku yang berhati suci ini tidak pernah meraguiku walau sedikit pun. Tidak pernah dia bersangka yang bukan-bukan.

“Tak, bang. I didn’t mean anything. It’s just a pray for you. Mudah-mudahan Allah izinkan abang balik rumah bila dah habis kerja. Abang marah? Isha minta maaf....”

Aku pula yang terasa bersalah. “No, dear. Abang tak marah. Abang curious aje. Tak faham maksud sayang abang ni. Sekarang dah faham.”

Barulah aku mendengar helaan nafasnya yang benar-benar kelegaan. Alishah... taat benar dia padaku.

“Thanks, abang. Isha letak dulu ya. Abang kerja baik-baik. Hati-hati duduk sorang-sorang dalam ofis tu. Both of us here love you. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. I love you two more, dear.”

TIDAK aku sangka sama sekali kerjaku hanya berakhir pada saat jarum jam sudah merangkak ke angka sepuluh. Suasana di sepanjang jalan raya sedikit sunyi namun gemerlapan lampu neon masih memeriahkan suasana.

Semasa sudah hampir sampai ke simpang masuk ke taman perumahan kami, telefonku sekali lagi berbunyi. Alishah ke?

Setahuku dia tidak akan menelefon berkali-kali jika dia tahu aku sedang bekerja. Apatah lagi tadi kami sudah berbual panjang. Seboleh mungkin dia memang tidak mahu

Page 45: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

45

mengganggu kerana dia tahu aku tidak gemar diganggu. Tambahan pula, sekiranya diganggu, akan semakin lambatlah kerjaku selesai.

“Helo, sayang?” Terus sahaja aku menerjah.

“Abang?”

“Sofea?”

Tanpa sengaja aku tertekan pedal brek. Berdesing bunyi tayar dibuatnya. Mujurlah cuma aku seorang menggunakan jalan raya ini sekarang. Ada apa lagi perempuan seorang ini? Mahu diapakannya lagi diriku?

“Abang di rumah ke?”

“Hmmm... errr... ya. Kat rumah. Kenapa?”

Belasah ajelah. Nanti kalau aku mengaku aku bukan berada di rumah, disuruhnya aku datang ke rumahnya pula. Aku tak mahu. Aku benar-benar sedang kepenatan sekarang ini. Aku cuma mahu pulang untuk makan malam, solat dan tidur.

Sofea sudah memutuskan untuk menguruskan perniagaannya yang bercawangan di Malaysia ini, yang mana bermaksud dia akan berpindah ke mari. Menetap di sini. Ah, semakin sesak fikiran dibuatnya mengenangkan wanita korporat sorang ini.

Lama dia menyepi. Sesekali kedengaran bunyi batuk, entah siapa. Dia masih kat Malaysia ke? Ya Allah….

“Hmmm... abang boleh tolong Sofea tak?” Suaranya kedengaran lemah. Entah benar-benar lemah atau cuma dibuat-buat untuk menarik perhatianku.

“Tolong? Tolong apa?”

“Sofea demam. Dah dua hari. Boleh tolong belikan ubat? Sofea tak larat nak keluar rumah.”

Page 46: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

46

Belikan ubat? Demam? Maknanya….

“Sofea masih ada urusan business kat Malaysia. Lambat lagi baru balik Turki. Abang boleh tolong Sofea?”

“I’M sorry, my baby. Papa lambat balik.” Pipi mungilnya aku kucup. Lama. Terasa seluruh kasih sayangku tumpah hanya pada dirinya. Anak pertama kami. Entah ada lagi adik untuknya yang dikirimkan Yang Maha Esa buat aku dan Alishah atau tidak.

Alishah masih di dapur. Tadi semasa aku sampai, dia sedang tertidur di sofa. Walaupun sudah dilarang, dia bertegas juga mahu memanaskan lauk. Aku memang lapar, tetapi kalau sampai perlu menyusahkan isteri sendiri, aku masih boleh bertahan sampai pagi esok.

“Tak apalah, bang,” pujuknya pula. Dirangkulnya leherku. Manja.

“Ini pun dah kurang. Patutnya masak lauk baru. Bukan setakat panaskan.”

Dan seperti selalu, aku cepat mengalah dalam hal-hal begini. Aku mandi dan menemani Asha tidur di bilik kecilnya yang aku hias indah dengan segala macam aksesori. Malah kalau boleh, hendak aku letakkan sebuah televisyen di bilik anak kami untuk dipasangkan video-video berunsurkan keagamaan.

“Abang? Dah siap?”

Aku tersengih mendekatinya. Mendaratkan sebuah kucupan di pipinya sebelum mengambil tempat di meja makan. “Banyaknya lauk.”

Takkanlah aku nak habiskan semuanya ni?

Page 47: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

47

Alishah duduk selepas menyendukkan nasi untukku dan… satu lagi? Alishah tak makan lagi ke? Astaghfirullah….

“Sayang belum makan?” Dagunya aku cuit. Senyuman memekar di dua ulas bibirnya. Dia diam dahulu. Sibuk membasuhkan tangan suaminya ini.

“Sayang tak makan lagi? Kenapa tak makan? Sayangkan masih dalam pantang? Lain kali tak payah tunggu abang. Macam mana kalau abang tak balik tadi? Sayang abang ni tak nak makan sampai esok?”

Berapi marahku namun cuba aku kawal sedaya-upaya. Aku kalau boleh tidak mahu bermasam muka apatah lagi mahu bertekak di hadapan rezeki seperti sekarang... tetapi memang tidak tertahan rasa bimbang ni. Alishah kadangkala terlalu mementingkan orang lain sehingga terabaikan kebajikan diri sendiri. Aku tahu dia mahu menjadi isteri terbaik buatku, tetapi kalau sampai begini jadinya, hati suami mana yang akan senang?

“Cuba lain kali fikirkan kesihatan diri sayang sendiri? Tak boleh ke? Tak tunggu makan dengan suami doesn’t mean you’re not a good wife, Isha. Please, take care of your own health.”

Dia diam. Makin berapi marahku. Malah masih ada senyumannya semasa dia mengangkat muka apabila mulutku berhenti membebel. Eh, tak ada perasaan ke isteri aku ni? Tak tahu marah?

“Sayang? Isha? Are you okay? Are you listening to me? Do I make myself clear?”

“Yes, I’ve got it, dear.” Itu saja jawapannya. Dengan lunak suaranya. Bukan dengan mata yang merah bengkak. Tidak ada air mata langsung.

Aku diam. Dia diam. Kami diam.

Page 48: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

48

Suasana menjadi semakin sunyi. Asha di atas sudah lena benar tidurnya. Dia tidak tahu dan aku tidak mahu dia tahu ada perselisihan faham di antara kedua-dua orang tuanya di tingkat bawah sini.

Alishah tiba-tiba bangun. Nak ke mana pula dia ?

Mataku mengikut setiap pergerakannya dan tiba-tiba sahaja pipiku terasa hangat. Bukan lagi kerana api marah di dalam dada, tetapi dengan kucupannya yang begitu intim. Hangatnya terasa hingga ke hati.

Di sisi kananku, Alishah mengukir senyumnya yang cukup menggoda. Diusapnya keseluruhan wajahku. Entah ayat suci al-Quran bahagian mana yang dibacanya, hatiku terasa tenang tiba-tiba. Damai. Lega.

“Kita ambil wuduk. Kemudian makan. Okey?” Selamba dia mengajak.

Aku segera mengangguk. Marah itu api. Wuduk itu air. Dan tidak ada benda lain boleh memadamkan api melainkan air.

Page 49: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

49

SELEPAS membawa Alishah dan Asha bertemu Doktor Suraya, kami singgah sebentar di KLCC

sebelum singgah pula ke rumah mama. Mahu melepaskan hajat Alishah yang sudah hampir dua minggu tidak bertemu mama dan mahu menjemput Mak Kiah sekali.

Melihat betapa gembiranya mama dan papa melayan cucu baru mereka ini, tiba-tiba aku terasa bersalah yang amat pada Alishah. Dia anak yatim. Kenapa aku tidak lebih kerap menemukannya dengan kedua-dua orang tuaku ini dan seterusnya mendapatkan sedikit sebanyak kasih sayang ibu bapa daripada mereka.

Benar hati seorang isteri lebih kepada suami. Tetapi itu jika dia dinilai sebagai seorang isteri. Bagaimana jika seorang isteri dinilai sebagai seorang anak? Walaupun mungkin bukan kesemua isteri begitu, tetapi aku yakin sebenarnya ada ramai isteri masih rindukan belai manja orang tua sendiri.

Tambah-tambah pula Alishah yang sudah sekian

Bab 9

Page 50: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

50

lama ditinggalkan ibu bapa. Hatinya sebagai seorang anak pasti kosong. Sepi.

Adakah hatinya sebagai seorang isteri tidak kosong? Tidak sepi? Cukupkah kasih cintaku untuknya selama ini? Atau hanya aku yang berbahagia berada di sisinya sedangkan dia tidak? Apakah?

“Abang? Telefon tu, bang.”

Bahuku tiba-tiba terasa berat.

Alishah. Dia tersenyum manis sambil mengarahkan jari telunjuk ke arah saku kemeja yang aku pakai.

“Hah? Ada apa?” Terpinga-pinga aku sebentar sehinggalah gegaran telefon sekali lagi terasa. Buru-buru aku menyambut.

“Kau dekat mana sekarang?”

Along?

“Jangan sebut nama along kalau kau kat rumah sekarang.”

Aik? Baru saja aku hendak menyebut, dia lebih awal memberi amaran. Ada sesuatu terjadi lagi? Siapa pula yang hendak aku nikahi kali ini?

Selepas memberi isyarat, aku meminta izin menjawab panggilan di luar rumah. Pandangan mama yang sedikit pelik memang meresahkan namun aku yakin panggilan along kali ini pasti disebabkan sesuatu.

AKU sudah kebuntuan fikiran. Hendak mengelak bagaimana lagi? Hendak lari ke mana lagi aku? Hendak bertemu siapa aku kali ini untuk bertenang?

Page 51: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

51

Along!!!

Berdosa membunuh. Ya, berdosa membunuh. Boleh dihukum gantung kalau mengikut undang-undang sivil. Undang-undang Allah SWT? Neraka jahanamlah jawabnya. No compromise, seperti kata along tadi.

“Pleaselah... tolonglah aku. Kau kena layan dia jugak kalau kau masih nak tengok kami sekeluarga kat sini hidup.”

“Kenapa lagi? Angah dah kahwin dengan dia. Dia nak apa lagi?” Along marah, aku lagi marah. Aku yang lebih layak marah di sini.

“Kepala Irman dah bengkak teruk kena pukul. Dah semalaman ni dia duduk wad. Ilyah hampir-hampir diperkosa. Tolonglah aku....”

“Apa lagi salah angah, long? Angah pun ada kehidupan sendiri. Angah pun nak bahagia.”

“Sofea demam panas kau tak tau, kan? Dia masuk ICU semalam kau pun tak tau, kan? Dia dah terbiar demam dekat lima hari kau memang tak ambil tau, kan?”

Hampir saja aku jatuh pengsan di atas hamparan bunga tanaman mama. Bukan aku terkejut bimbang. Asalkan urusan berkaitan perempuan bodoh itu, tiada lain yang aku rasa melainkan mahu mengamuk. Mahu marah sepuas hati.

Bodoh! Ya, memang dia bodoh! Di mana otaknya? Dia kaya, pastilah punya doktor keluarga. Kenapa perlu aku yang datang ke sana baru dia boleh berfikir? Lembap benarkah otaknya yang begitu hebat merancang kewangan syarikat itu?

Dua malam lalu, dia memang ada menelefon. Sangkaku dia cuma mahu menagih perhatianku untuk ke

Page 52: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

52

rumahnya. Mana aku tahu dia demam. Dan aku memang tak nak ambil tahu pun!

Tetapi along sering kali jadi penyebab. Sekarang, aku memang tak ada pilihan lain. Aku perlu menjaga Sofea!!!

Passport along sekeluarga sudah dirampas oleh konco-konco lelaki jahanam itu. Kalaulah along berniat mahu lari keluar meninggalkan negara Turki itu. Dan yang paling menyakitkan hati, Irene Putri dan Ilyah Hanna sudah berada di dalam cengkaman mereka.

Apa lagi pilihan yang aku ada? Bayangkan kalau Asha yang diperbuat begitu. Dan sememangnya Mr. Khaleed sudah mengugut akan memusnahkan segala yang aku ada, segala yang menghalang Sofea daripada memilikiku. Siapa lagi yang menjadi penghalang kepada Sofea untuk memilikiku kalau bukan mereka berdua? Alishah. Asha. Tidak!!!

“DON’T leave her, sir. She really needs support.”

Angguk tetapi masih diam. Fikiranku bukan di sini. Mindaku sudah jauh meneroka ke lubuk hati Alishah yang terpinga-pinga melihat aku pergi begitu sahaja. Menerusi pesanan ringkas, aku meminta pemandu papa menghantarkan Alishah dan Asha pulang semula ke rumah. Sekali lagi aku terpaksa mengetepikan isteri dan anakku sendiri.

Melihat wajah pucat Sofea, hatiku terasa kosong tiba-tiba. Menyampah mungkin. Tapi bukan... entahlah... simpati? Yang ini aku setuju. Sebenarnya aku simpati tetapi disebabkan ayahnya yang tidak berperikemanusiaan itu, aku tiba-tiba jadi menyampah sedikit. Marah itu memang pasti.

Page 53: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

53

SEMALAMAN aku menunggu di sisi katilnya barulah Mr. Khaleed dan Madam Zaharah sampai. Mereka terpa tubuh Sofea yang masih lemah tidak sedarkan diri.

“Macam mana boleh jadi sampai macam ni sekali, Zikri? Apa yang kau buat dengan Sofea?” marah Madam Zaharah.

Aku diam membeku di kerusi. Apa yang aku buat? Aku langsung tidak buat apa-apa pun dengan perempuan ini. Buat tak peduli itu, ya ada. Mengapa? Sebab aku memang membencinya sejak dia menjadi punca aku perlu menjadi suaminya. Ah, aku malas nak berfikir kalau berkaitan hal Sofea!

Aku segera memandang jam. Sudah pukul sepuluh malam. Aku perlu pulang kepada Alishah. Tidak cukup dengan meninggalkannya begitu saja, aku mematikan telefon sekali. Bukan kerana tidak mahu diganggu, tetapi aku takut hendak menjawab apa sekiranya Alishah bertanya aku di mana. Aku tidak pandai menipu kepada orang yang aku sayangi.

“Saya nak balik dulu!” kataku tegas. Ya, lelaki perlu tegas. Walaupun setiap pergerakanku dipandang penuh benci, aku malas mahu ambil tahu.

Tiada sebab dan alasan lagi untuk aku terus berada di sini. Ibu bapanya sudah sampai. Itu sudah cukup. Mereka tidak lagi boleh mengugut mahu mengapa-apakan keluarga along kerana aku sudah melunaskan tanggungjawabku.

“Kau kena balik malam nanti. Sofea tak perlukan kami. Dia nak suami dia.”

“Saya tak boleh!” Laju aku menoleh. Terlalu banyak benda perlu aku urus dalam satu masa. Ofis sudah dua hari kena tinggal. Alishah dan Asha? Boleh mati aku kalau begini.

Page 54: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

54

“Kau nak sangat keluarga abang kau mati?”

“Pleaselah, saya penat sangat. Apa tuan dengan puan tak sanggup nak jaga anak sendiri? Kalau betul dia nakkan saya, dia tengah tak sedar tu. Mana dia tahu kalau saya yang jaga dia?”

Perkara semudah itu pun takkan tidak boleh nak difikirkan?

Mr. Khaleed merengus marah. Ditatapnya wajah Sofea seketika sebelum matanya beralih kepadaku.

“Tak apa. Aku bagi kau peluang sekali ni. Esok kau tak ada alasan tak nak datang. Kalau tak, dengan isteri kau sekali aku bunuh.”

Isteri? Alishah?

“Tuan jangan sesekali pasang niat nak sentuh keluarga saya. Kalau tidak, saya pun boleh buat Sofea menderita.”

Selepas itu aku terus angkat kaki keluar dari wad kelas pertama yang begitu menghangatkan hati aku.

Lepas ni aku kena mereka alasan pula untuk Alishah. Ya Allah…!

MAK KIAH sedang sibuk menyiram bunga di halaman semasa aku mematikan enjin kereta. Sangkaku hanya dia sendiri tetapi semasa hendak membawa keluar barangan dapur dari tempat duduk belakang, aku terpaku seketika. Alishah sedang bersenda gurau dengan si kecil Asha di taman.

“Baru balik, Zik?” tegur Mak Kiah.

Aku segera mengeluh keletihan. Menarik keluar tali

Page 55: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

55

leher yang tergesa-gesa aku sarung sebelum keluar dari hospital tadi. Alishah masih seronok mengacah-acah Asha di dalam buaian.

“Tinggalkan aje kat situ, Zik. Nanti kemudian Mak Kiah bawa masuk barang-barang ni.”

“Yalah....”

Aku faham isyaratnya lalu segera menghampiri dua orang puteri hatiku. Mengucap salam dengan harapan lembut hatinya menerimaku.

“Ya Allah, abang?”

Itu reaksinya. Tanganku dicapai lalu disalam dan diciumnya penuh hormat. Kami berpelukan erat sebelum aku mencium pipinya. Gembira.

“Sayang mama, ni papa sayang dah balik.” Diagahnya Asha sekali lagi.

Bagaikan mengerti patah bicara Alishah, Asha mengukir senyuman dengan dua ulas bibirnya yang memerah. Sebiji bibir mamanya. Aku segera mendukungnya. Bertalu-tali pipinya aku cium. Rindu. Dua hari tak balik, mestilah rindu.

“Anak kita dah makin pandai senyum. Makin comel,” pujiku riang. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan ini.

“Alhamdulillah. Dua malam ni dia suka berjaga. Just to give her mama a company. Papa tak ada, baby ada. Kan sayang, kan?”

Sebuah keluhan terlepas dari bibirnya tanpa sengaja. Perlahan-lahan tubuh Asha aku letakkan semula ke dalam buaian. Marahkah Alishah? Menyindirkah dia saat ini? Tetapi ini bukan peribadinya. Makan sebelum aku pun dia tidak berani, masakan dia tega mahu menyindir?

Page 56: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

56

“Sayang marah abang tak balik ke?”

Matanya aku tenung. Dia tetap tenang seperti selalu.

“To be honest, Isha bukan marah. Isha tak pernah marah abang. Isha tertanya-tanya, bang....” Sendu suaranya.

Semakin lemah lututku. Kenapa aku sering begini apabila berhadapan dengan Alishah? Marah berapi pun boleh padam apabila berada di sisinya.

Tanpa menghiraukan pandangan asing Mak Kiah, aku menarik tubuh Alishah sekali lagi ke dalam pelukanku. Lebih erat daripada tadi. Lebih kasih dan lebih cinta daripada sebelum ini. “I’m sorry, honey.”

“Any explanation?”

Wajahku dirabanya. Pun tiada riak memaksa di dalam nada suaranya.

Apa hendak aku jawab? Menerangkan yang sebenar atau terus berperang dengan keinginan untuk menipu? Aku tidak mungkin mahu berterus terang. Aku takut pada reaksi dan penerimaannya.

Bagaimana kalau dia meminta perpisahan? Tetapi bukankah isteri yang sanggup dimadukan itu akan menerima payung emas di akhirat kelak? Tidak mahukah Alishah? Malah aku berkahwin dengan Sofea pun bukan kerana cinta, jauh lagi kasih sayang daripada dalam hati.

“ABANG nak makan apa malam nanti? Isha masakkan untuk abang.”

Aku meneliti wajah ceria Alishah yang memeluk

Page 57: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

57

bahuku erat. Dia baru sahaja selesai memberi makan Asha di ruang tamu.

“Hmmm… abang makan apa aje yang sayang masak.”

Ikhlas. Aku memang jadi begitu, mudah menerima apa saja kalau dengan Alishah. Kalau dulu masakan mama, itu ini yang aku kritik tetapi apabila Alishah yang memasaknya, seleraku menjadi-jadi pula. Tidak cukup sepinggan nasi dibuatnya.

“Tak nak minta yang special sikit?”

“Special? Yang macam mana tu, yang?”

“Yalah, yang special. Kut nak minta Asha masakkan tom yam ke.”

Sengaja aku kerutkan dahi lama-lama. Dia yang mula kehairanan segera mengangkat kening.

“Itu aje ke paling special?”

Dia ketawa perlahan.

“Then, abang cakaplah. Isha cuba sediakan.” Dipicitnya hidungku dengan gaya manjanya. Sebenarnya manja lagi lelaki yang menjadi suaminya ini. Aku memang sediakala manja dan semakin manja apabila didampingi oleh wanita semulia isteriku.

“HMMM... sedap. Five stars for my beloved wife,” pujiku sebaik sahaja Alishah mengangkat pingganku yang sudah licin. Lauk ikan bakar cecah air asam memang menyelerakan.

“Terima kasih.”

“Mari abang kiss sikit.”

Page 58: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

58

Disuakannya pipinya dengan lagak manja sekali. Aduh, semakin cantik dia di mataku.

“Sikit aje?”

“Aik? Dah nakal dah sayang abang ni erk?”

Terukir senyuman di bibirnya. Lehernya yang jenjang begitu menarik perhatian. Putih kulitnya, serupa Asha.

Kami bersama-sama membersihkan dapur kemudiannya. Seronok. Bekerja dengan santai dan lebih-lebih lagi ditemani oleh orang tersayang. Dia membasuh pinggan, aku mengemas meja dan menyapu lantai.

Macam-macam yang kami bualkan sehinggalah akhirnya kami berkejaran di ruang tamu apabila Alishah ketakutan disimbah air.

“Abang. Jangan. Tak nak!” jeritnya manja.

Semakin galak aku mengusik.

Dari ruang tamu, dia berlari pula naik ke atas dan terus menerpa masuk ke dalam bilik. Entah riuhnya suara kami mengejutkan Mak Kiah atau tidak.

“Abang!!!”

“Hah, kena!” jeritku pula. Seronok melihat bajunya yang terkena beberapa titis air. Terpaksalah dia bertukar baju.

“Jangan!”

Begitu seronok berkejaran, akhirnya Alishah terjatuh di atas tilam. Termengah-mengah dia menarik nafas. Kesian pula aku dibuatnya.

“Sorry, dear. Penat erk?”

Syukurlah dia masih boleh tersenyum. Memikat sekali.

Page 59: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

59

“Penat. Nak tarik nafas pun susah tau.”

“La, ya ke?”

Cemas. Aku segera mendekatinya. Mengurut perlahan belakangnya. Teruknya aku kalau sampai dia sukar menarik nafas. Maknanya dia benar-benar kepenatan.

Seketika tanganku di situ, kedudukan kami yang terlalu dekat dengan hembusan nafasnya mengenai wajahku membuatkan sesuatu tiba-tiba terlintas di fikiran lelakiku. Nafasku sendiri mengencang tiba-tiba.

“ABANG, ada call.”

Aku terpisat-pisat sendiri. Mengerdipkan mata beberapa kali sebelum mencapai telefon bimbit di tangan Alishah. Siapa pula yang suka sangat mengganggu tak kenal waktu ni?

“Zikri!”

“Siapa ni?”

Dengusan di hujung talian menyentak lamunanku.

“Hei, Zikri! Kau kena datang hospital sekarang. Anak aku makin kritikal. Cepat!”

Hospital? Aku mengisyaratkan kepada Alisyah yang masih setia menanti aku selesai berbicara bertanyakan waktu.

Alisyah akur. Memandang jam di sisi katil. Tiga jarinya diangkat dengan senyuman manis di bibir.

“Sekarang ke?” tanyaku pula.

“Hei, kau ni dengar aku cakap ke tak? Datang sekarang. Kalau ada apa-apa berlaku pada Sofea, kau tengoklah isteri kau tu pun akan terima nasib yang sama.”

Page 60: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

60

Ini secara automatiknya membuat aku tegak berdiri. Selimut yang terkuis mengena wajah Alishah tidak aku sedari. Tidak pun aku perhati.

TERBURU-BURU aku memandu. Mujurlah jalan sunyi. Itu pun kalut juga apabila terpaksa berhenti hampir lima belas minit menunggu pemeriksaan polis.

“Mana kau pergi hah? Lambat bukan main.”

Aku diam. Entah ini Khusyairi atau Khuzaimy, aku pun kurang pasti. Mereka kembar seiras dan ini baru kali kedua kami bertemu secara berdepan. Semasa kami bernikah dulu, salah seorang daripada mereka sedang berkursus di Korea.

“Sorry. Mana Sofea?”

“Ada kat dalam. Ayah dah mengamuk tunggu kau.”

Hah? Apa penting sangatkah aku sampaikan dia perlu mengamuk di premis awam seperti ini?

“Hah, ada pun kau. Cepat masuk!”

Perlahan-lahan aku menutup pintu. Terasa semangatku melayang entah ke mana.

“Abang?”

Hah? Dah sedar?

“Abang?”

“Errr….”

Bingung. Nak dekat ke tak? Tapi melihat jelingan tajam Mr. Khaleed, aku mengambil tempat di sisi katil. Dengan berat hati, aku membiarkan tanganku diusap oleh Sofea. Eee… geli, geram, menyampah!!!

Page 61: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

61

“Abang dari mana tadi? Balik rumah isteri lagi satu ke?”

“Errr….”

“Dia sihat?”

Angguk. Kelu lidah, beku otak. Sudahlah aku janggal dipegang begini, dua pasang mata orang tua Sofea menambahkan rasa tidak selesaku. Takkan tak faham? Keluarlah!!!

“Hmmm… ayah dengan mama boleh tinggalkan kami sekejap?”

Argh… Sofea, faham juga dia akhirnya.

Lama juga aku menanti barulah pasangan suami isteri ini akhirnya setuju untuk beredar. Apa dia menyangka aku akan mengapa-apakan Sofea kalau kami hanya tinggal berdua?

“Abang stay hospital ke semalam?”

Geleng. “Balik rumah. Dah berapa hari duduk sini jaga Sofea.”

Dia senyum. Mungkin manis bagi orang lain tetapi tidak pada aku. Senyumannya ini senyuman biasa sahaja. Macam senyum Mak Kiah bila kena usik.

Tangannya masih berlegar-legar di lenganku. Bila nak stop ni?

TIADA sebab lain, aku memang mengantuk. Melayan Sofea berbual dengan berat hati selama beberapa minit, akhirnya aku meminta izin untuk melelapkan mata. Mujur dia tidak membantah.

Page 62: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

62

Sedar-sedar sahaja, Siti menelefon. Terkejut bukan main. Tambah terkejut apabila melihat Sofea sedang merenungku.

“Tuan bila masuk ofis? Sejam lagi tuan ada meeting dengan Haji Mahmud. Tuan lupa?”

“Errr... nanti dulu, Siti. Haji Mahmud confirm nak datang ke? Call dia dulu. Kalau dia confirm, kamu call saya lagi. Okey?” Sengaja aku kuatkan suara. Biar Sofea dengar.

“Okey, tuan.”

Huh… memanglah dia akan datang. Projek besar, siapa nak tolak?

“Banyak kerja ke, bang?” soalnya bodoh. Memang bodoh.

“Nak cari duit, memanglah banyak kerja.”

Diam seketika. Aku sudah mula bingung hendak berbuat apa lagi. Memang sepatutnya aku sudah berada di pejabat sekarang.

Alishah?

“Kejap, nak call my wife.”

Belum pun dia menunjukkan reaksi, aku sudah keluar. Tergesa-gesa mendail nombor telefon rumah.

“Helo?”

Eh, suara Mak Kiah?

“Mak Kiah, Zik ni. Alishah ada tak?”

“Alishah? Zik ni mimpi ke apa? Alishah mana ada kat rumah.”

“Tak ada? Dia pergi mana pula?”

“Ya Allah, isteri kamu tak cakap atau kamu yang lupa ni?”

Page 63: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

63

Aduh! Mak Kiah ni... cakap ajelah yang betul-betul. Ini nak buat teka-teki pulak. Orang dahlah cemas.

“Alishahkan pergi kerja. Dia dah habis pantanglah.”

Pantang? Memanglah dia dah habis pantang. Aku tahu. Aku kira dalam kalendar. Minggu lalu lagi dia dah habis. Tetapi kenapa dia tak cakap dengan aku dia dah nak masuk ofis semalam?

SELEPAS menunggu Sofea menikmati sarapan, telefonku berbunyi sekali lagi. Siti!

“Tuan, Haji Mahmud dalam perjalanan.”

“Hah? Kenapa tak cakap dia jadi datang? Siti... Siti…” keluhku dengan suara yang boleh didengar satu bilik.

Sofea terkebil-kebil di atas katil. Perlahan-lahan mangkuk bubur ditolak ke tepi.

“Okey, saya datang dalam masa fifteen minutes. Awak layan dia dulu. Bagi minum ke....”

“Baik, tuan.”

Aku bergegas ke bilik air. Membasahkan muka dan terus keluar. Sofea masih tidak melepaskan aku daripada pandangannya. “Saya nak masuk pejabat. Ada meeting. Important.”

“Tak boleh postpone?” tanyanya.

Aku menggeleng. Lekas.

“Benda ni melibatkan masa depan syarikat saya. Masa depan saya, masa depan isteri dan anak saya. Sofea duduk diam-diam kat sini. Kalau sempat, nanti saya datang lagi. Tapi tak janji.”

Page 64: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

64

“Abang?”

Pintu yang sudah terbuka, aku tutup semula. Apa agaknya dia nak cakap? “Kenapa?”

“Saya teringin nak makan kebab ayam. Boleh carikan tak?”

Hah?

“What? Kebab ayam?”

Biar betul dengan perempuan seorang ni. Nak makan kebab ayam yang pedas tu?

“Jangan mengarutlah, Sofea. Dah tahu sakit, nak makan kebab ayam pula. Tunggulah baik sikit. Nak makan cili sekali pun saya tak kisah.”

“Betul boleh makan bila dah okey? Abang belikan?”

Eh, mengada-adalah pula! Malas mahu bertekak, aku anggukkan kepala. Apa-apa ajelah. Yang penting sekarang aku nak masuk ofis.

“ISHA dah ada?”

Tidak sabar, aku terus menerpa Mak Kiah yang sibuk menyapu daun-daun kering di halaman.

“Isha balik makan tengah hari tadi. Dia tengok Zik tak ada, dia bawa Asha balik ofis sekali. Tak banyak kerja dia cakap. Sebab tu bawa baby.”

Pelik. Masuk pejabat dia tak cakap, balik makan tengah hari dia tak ajak, ini bawa baby masuk ofis pun aku tak tahu?

“Ada dia cakap jam berapa nak balik?”

Page 65: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

65

“Jam lima nanti adalah tu. Isha mana pernah balik malam.”

“Hmmm… tak apalah. Saya naik dulu. Nak solat.”

Aku bergegas masuk ke rumah. Buntu fikiran, rusuh perasaan dibuatnya. Semuanya serba tidak kena. Solatku entah khusyuk entah tak. Isha saja yang berlegar di dalam kepala.

“ABANG?”

Dahiku terasa hangat. Perlahan-lahan aku membuka mata. Isha? “Sayang? Dah lama sampai?”

“Baru nak buka tudung. Abang balik awal?”

Pipiku diusapnya sebentar sebelum dia bergerak ke meja solek. Menanggalkan tudung di kepala. Cantiknya dia….

“Abang ingat nak minum petang dengan sayang. Tapi Mak Kiah cakap Isha tak balik lagi.”

Dia senyum memandangku melalui cermin. “Isha dah masuk ofis. Abang lupa?”

Lupa? Bila masa dia cakap nak masuk ofis semula?

Mungkin perasankan kerutan di dahiku, Alishah datang mendekat. Kesegaran tubuhnya tidak menampakkan dia terlalu sibuk di pejabat. Mungkin tadi dia cuma perlu memeriksa beberapa dokumen sahaja.

“Hmmm… ini mesti papa Asha dah lupa, kan? Isha ada cakaplah.”

“Ada ke? Bila?”

“Waktu kita kemas dapur malam semalam. Isha cakap waktu cuti Isha dah habis. Abang cakap okey, kan?”

Page 66: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

66

“Ada ke?” Kenapa aku tak ingat langsung? Tapi takkan Isha pandai menipu? Itu bukan peribadinya.

SEJAK dua hari lalu aku tidak lagi menjenguk Sofea di hospital. Aku memang mahu singgah sebentar petang semalam, tetapi kerana terlalu penat, akhirnya aku memecut kereta ke rumah.

Malam ini pula mama menjemput kami ke rumah. Ada kenduri untuk arwah nenek. Rutin mama setiap tahun. Sempena pemergian ibunya.

Sepanjang masa aku lebih banyak berada di sisi papa apabila kenalan-kenalan perniagaannya mengajak berbual sama. Membuat rundingan, mencari ruang dan peluang untuk memperbesar perniagaan masing-masing.

Alishah pula sekejap-sekejap naik ke bilik menjenguk si kecil yang sudah keletihan. Baru sahaja aku hendak mengetuai bacaan doa tadi, Asha sudah mula meragam. Menangis tidak henti-henti.

Kesian juga dengan Alishah yang masih kepenatan kerana semasa aku sampai tadi, dia baru bertolak dari rumah kliennya berbincang tentang rekaan rumah yang sesuai.

“Datanglah parti I nanti. I send invitation card kemudian.”

Aku angguk saja. Parti? Membosankan... tetapi kalau aku tidak ke sana, aku akan menyepi daripada mana-mana projek. Sepi jugalah poket dibuatnya nanti.

“Jangan lupa bawa wife you tu. Nanti masam muka wife I kalau kawan baik dia tu tak datang sama. Complaint kata I tak jemputlah. Macam-macam!”

Page 67: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

67

“Insya-Allah, saya pun tak janji... tapi kalau dah ada kesempatan, kenapa tak memenuhi jemputan orang, kan?”

Terangguk-angguk Datuk Munir. Senyumannya makin lebar. Tahu pula dia bercakap tentang wife, tetapi yang dikepitnya sekarang entah anak dara dari mana pun aku tak pasti. Datin Hanni tak tau ke? Tak jealous?

“Zik, tak payah baliklah. Dah lewat ni. Apa salahnya spend time satu malam kat rumah ni?”

“Bukan Zik tak nak, ma. Tapi Zik nak kena keluar awal pergi ofis esok. Isha pun sama. Isha mana ada baju kat sini.” Mama kalau tidak memaksa orang bermalam, macam tidak sah.

“Isha pun tak nak bermalam kat sini?”

Alishah memandangku serba salah. “Isha boleh masuk lambat, ma... tapi abang dah nak balik?”

Mama senyum.

“Tak boleh, ma.” Aku bukan apa, kalau nanti aku dipanggil oleh Sofea tengah-tengah orang lain tidur, hah... siapa nak jawab? Mama dengan papa mesti tidak duduk diam. Semua benda dia orang nak tahu.

“Zik, tidur ajelah kat sini. Kalau tak malam ni, entah bila pula baru kau nak bawa Isha dengan Asha nak bermalam kat rumah kami ni.”

Papa pula sudah masuk campur. Karang melawan, malu dengan Alishah. Akhirnya aku decide untuk tidur satu malam di sini. Mama bukan main happy terus membawa Alishah naik ke bilik. Memunggah semula pakaian Asha yang sudah dikemas.

Begitu pun, aku meminta diri juga balik ke rumah mengambil pakaian mana yang perlu. Lagipun kena juga

Page 68: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

68

cakap kat Mak Kiah yang dia kena tidur sorang-sorang di rumah malam ini.

SAMA macam yang aku sangkakan, papa mengajakku berjaga sambil minum kopi di beranda. Walaupun kepenatan tetapi aku tetap melayan ceritanya. Kesian... dia rindukan along sekeluarga. Terutamanya cucu-cucunya yang sudah hampir setahun tidak balik Malaysia.

“Papa kira macam nak tunai umrah lagi sekali.” Menyimpang ceritanya tiba-tiba.

“Eh, dulukan dah pergi? Nak kena pergi lagi ke?”

Papa ketawa. Dihirupnya kopi di cawan dengan penuh nikmat. Sedaplah kut buatan mak. Aku memang tidak berapa berkenan dengan kopi.

“Dah lama tu. Sebelum kau kahwin dengan Isha. Sekarang kau dah ada anak pun. Dah dekat tiga tahun tu.”

“Bila papa nak pergi?”

“Tengok dululah. Mama kau pun dah lama tak ke mana-mana... jadi lepas umrah nanti ingat nak lawat along kau terus.”

“Along?” Hampir tersembur keluar kopi pahit yang baru melepasi lidah.

“Kenapa dengan along?” Papa pula yang terkejut.

“Tak adalah....”

Beberapa kali pula aku berdehem sambil pura-pura membelek majalah di tangan.

Bukankah anak-anak along masih dalam genggaman si pengecut tu? Habis, kalau papa dengan mama

Page 69: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

69

datang sana tidak jumpa dia orang, mestilah dia orang tanya macam-macam. Isy!

Hendak kelentong boleh... tetapi papa selalunya akan tetap syak apabila ada benda-benda pelik macam ni. Nak kata dia orang pergi summer camp kat Kanada, aku tak tahu pula kalau-kalau papa dengan mama nak pergi bukan waktu summer.

SYUKURLAH... semalam telefon bimbit aku langsung tidak berbunyi. Maksudnya, Sofea tidak mengada-ada hendakkan aku macam selalu. Lena aku tidur sambil memeluk erat tubuh Alisyah.

Awal-awal pagi pula, kami terpaksa pulang ke rumah. Bergegas sebab aku baru dapat tahu yang aku kena jumpa board of directors, pukul sembilan nanti.

Asha pula terpaksa kena tinggal. Bukan terpaksa apa, mama paksa Isha tinggalkan Asha. Konon hendak bagi kami peluang rehat. Tetapi aku tahu mama sebenarnya saja hendak bermain dengan cucu dia.

“Tak apalah, bang. Isha tak kisah.”

“Hmmm... nanti penatlah Isha nak pergi sini lagi ambil Asha. Jam pula tu.”

Mama sudah memasamkan muka. Mama tak faham ke? Dari ofis Alishah ke rumah kami sudah hampir sejam. Lain pula ceritanya kalau jalan sesak. Tambah lagi dua puluh minit ke sini. Pukul berapa dia nak sampai rumah?

“Ma, bagi kami bawa Asha baliklah. Nanti weekend, kami datang lagi.”

“Abang….”

Page 70: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

70

“Ma?”

“Tak apalah, bang. Nanti Isha cuba keluar awal sikit. Hari ni pun bukannya banyak kerja.”

“Tengok tu, Zik. Sayang lagi menantu dengan mama daripada anak sendiri. Dengan mama pun nak berkira sangat.”

“Bukanlah, ma.”

“Mama tahulah kamu tu macam mana. Dahlah nak cucu yang ramai tu, jauh sangat, tak reti-reti nak balik. Ada sorang ni pun, takkan tak bagi kat mama sekejap kut?”

Aduh… mama ni…. Alishah tersenyum-senyum mengelus belakang Asha yang lena sangat tidur. Kesiannya isteriku.

DUA PULUH minit sebelum waktu wajib aku sampai di rumah, aku menggagahkan kaki menekan pedal minyak menuju ke hospital. Berat rasanya hati hendak singgah, tetapi takut pula nanti Alishah dan Asha diapa-apakan. Biarlah aku berkorban sedikit.

“Hai, baru sampai encik?”

“Eh, ya. Baru balik dari ofis. Sofea macam mana, doktor?”

“Dia okey. Cuma kesianlah... sebab hari ni tak ada lagi orang datang melawat. Dia sunyi, and now not in a good mood.”

Aku ketawa dalam hati. Kesian? Aku tak kesianlah! Mana orang tua dia pergi? Dah balik Turki ke? Ingat aku nak jagalah tu anak dia kat sini.

Page 71: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

71

Waktu aku masuk, Sofea berbaring di atas katil dengan mata terpejam. Tidur ke ni?

Menyangka yang dia memang benar-benar tidur, aku mengambil tempat di sofa berdekatan tingkap. Mencapai surat khabar berbahasa Inggeris yang disediakan di atas meja.

“Abang?”

Hah? Cepat aku mendongak. “Eh, dah bangun ke?”

“Saya tak tidur pun.”

Yalah sangat tak tidur. Aku buka pintu tadi takkan dia tak dengar bunyi?

“Saya mengelamun.”

Dia tahu pula apa aku fikir. Hebat juga Sofea ni.

“So, macam mana sekarang? Dah rasa okey?”

Lima hari lesap, datang tanya khabar macam tu aje. Ah, suka hati akulah. Kita layan orang yang kita sayang dengan yang kita tak sayang memang lain. Berat sebelah? Betul....

“Doktor dah bagi saya discharge petang esok. Abang boleh ambil saya tak?” Muka dia sudah berubah lagak manja.

Lama aku berfikir. Esok petang? Esokkan hari Sabtu. Hari sepatutnya aku habiskan masa dengan Alishah dan Asha. Especially Asha yang dah jarang aku layan main.

“Hmmm... papa dengan mama awak tak datang?” Maksud tersiratnya, aku malas nak buang masa datang ambil dia di wad dan hantar pula ke rumah. Aduh, menyampahnya.

“Abang busy ke?”

“Eh, tak… saya tanya aje.” Aduh, kantoi!

Sofea senyum. Dialihkannya rambut yang menutup pipi ke belakang.

Page 72: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

72

“Saya faham. Kalau abang tak dapat jemput saya, saya boleh panggil driver saya datang ambil.”

“Oh... baguslah cadangan awak tu.”

Tahu pula dia berfikir mencari jalan penyelesaian sendiri. Kalau dari awal macam ni, kan senang hidup orang dibuatnya?

“Abang, hari Jumaat minggu depan saya nak balik Turki sekejap. Uruskan something. Boleh, kan?”

“Eh, pergi ajelah. Saya tak kisah.”

Hah, mulut suami jahat betul aku sekarang. Adui, tak berlapis langsung!

Akhirnya, apabila aku hanya buat selamba dengan semua bual bicaranya, Sofea menutup mulut. Diam. Aku meneruskan pembacaan. Sekejap lagi aku akan beredar pulang. Dah nak maghrib.

Page 73: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

73

ALISHAH belum ada di rumah semasa aku sampai. Mungkin jalan jam. Maklum saja hari

Jumaat petang. Mungkin ramai yang hendak balik kampung.

Aku habiskan masa melamun di atas katil. Asha pula dibawa oleh Isha ke pejabat. Selalu pula dia membawa anak kami ke pejabat. Dia tak sibukkah?

“Zikri?”

“Ya, Mak Kiah?”

“Jom, turun minum petang. Mak Kiah buatkan kek pisang yang Zik suka tu. Marilah.”

Kek pisang? “Boleh juga. Nanti saya turun. Mak Kiah turunlah dulu.”

“Jangan tak turun pula.”

Aku senyum sendiri. Kek pisang. Kek yang paling aku suka sejak dari kecil sampai sudah jadi bapa budak.

Sampailah kami siap minum petang berdua barulah kedengaran bunyi enjin kereta dimatikan di luar rumah. Aku

Bab 10

Page 74: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

74

bergegas ke muka pintu. Bersedia untuk keluar mengambil Asha.

“Assalamualaikum, bang.”

Melihat mukanya yang menampakkan benar kepenatannya, aku mengukir senyum simpati. Memeluknya sekejap dan terus mengambil Asha yang lena tertidur di back seat.

“Sayang masuklah dulu. Abang angkatkan baby.”

“Tak apa, bang. Ada barang dapur kat belakang tu.”

“It’s okay. Isha masuklah dulu. Abang hantarkan baby baru ambilkan barang-barang tu.”

Akhirnya dia mengalah juga. Sekejap nanti dia sudah nak kena memasak makan malam pula. Beratnya tugas seorang isteri.

“PENAT?” Tengkuknya aku kucup. Kasihan betul tengok Alishah berpenat lelah menjalankan tugas seharian. Jadi isteri, ibu dan bos di pejabat.

“Nak abang urut tak?”

“Boleh juga. Nak juga rasa suami Isha ni mengurut macam mana.” Reaksinya. Pandai dia hendak mengusik.

Sambil-sambil mengurut, aku mengambil kesempatan sepenuhnya merenung seluruh wajah dan tubuh isteriku. Mendamaikan sesiapa saja yang memandangnya, insya-Allah.

“Abang tau tak, mama dengan papa dah tentukan tarikh nak pergi umrah tu. Abang tau, kan?”

Suara halusnya tiba-tiba keluar.

Page 75: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

75

“Umrah? Bila?”

“Kalau tak silap Isha, insya-Allah awal minggu depan. Hari Selasa kut.”

“Oh....” Dan aku masih meneruskan urutan sampailah Isha meneruskan bicara tentang keberangkatan papa dan mama ke Mekah.

“Mama dengan papa nak lawat along sekali lepas umrah.”

“Lawat along?”

Automatik. Berhenti tanganku bergerak. Walaupun ini kali kedua aku mendengar mengenainya tetapi aku masih tetap terkejut. Terkejut yang amat.

“Kenapa, abang?”

“Hmmm... nothing. Abang masuk bilik dulu ya.”

SEAWAL-AWAL pagi, aku keluar ke pejabat sebelum sempat menikmati sarapan. Alishah tidak banyak soal malah dia tetap membawa sama si kecil untuk aku cium di muka pintu. Senang sedikit hatiku dengan caranya.

“Helo, along.”

“Kenapa, ngah?”

“Mama dengan papa ada call along tak?”

Pejabat masih sunyi. Mungkin aku seorang yang baru sampai. Jam pun baru pukul tujuh.

“Tak ada pula. Apa hal? Angah cakap pasal Irman kena culik ke?”

“Mana ada. Semalam isteri saya cakap, mama

Page 76: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

76

dengan papa nak buat umrah minggu depan. Bertolak Tuesday nanti.”

“Hah? Don’t tell me...”

“Ya, dia orang memang nak melawat along sekali. So, nak buat apa ni? Dia orang mesti hairan kalau Irman tak ada kat rumah. Sekarang bukan summer.”

Along terdiam. Papa memang tidak cukup percaya dengan anak sulung dia ini. Waktu remaja nakal bukan main, pelajaran entah ke mana… dah jadi bapa orang pun, keluarga pula tidak keruan.

“Along kena jumpa ‘syaitan’ tu. Mesti!”

“Saya pun fikir macam tu juga. Kalau along tak bertindak sekarang, pecah rahsia kita. Yang kena nanti saya juga. Saya tak nak kehilangan isteri dan anak saya.”

“Alishah tukan baik. Dia tak terima ke kalau dia dimadukan?”

Provokasi along yang satu ini hampir-hampir membuatkan aku terjatuh dari kerusi. Dah menyusahkan aku, dia boleh tanya soalan bodoh macam tu! “Sekali lagi along cakap macam tu, saya tak teragak-agak ceraikan Sofea dan korbankan along sekeluarga.”

Titik. Aku terus menghempas telefon. Bosan. Letih dengan kerenah satu-satunya saudara yang aku ada. Mungkin selama ini aku nampak lembut sangat, jadi along ambil kesempatan. Tetapi dalam hal ini, Alishah sentiasa yang utama di dalam hatiku. Malah aku kadang-kadang jauh lebih sayangkan Alishah berbanding kedua orang tuaku yang sepatutnya wajib aku taati.

Mungkin adat orang beristeri memang begini. Tidak dapat aku bayangkan kalau aku perlu berpisah dengan

Page 77: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

77

Alishah. Tidak mungkin! Aku mungkin boleh mati dibuatnya.Aura Alishah terlalu kuat menyelebungi seluruh hidupku. Aku tidak pasti kenapa. Sedangkan kami bercinta cuma selepas akad nikah. Baru setahun lebih kami bersama tetapi sayangku sudah benar-benar menggila.

SEDANG aku elok bermesyuarat, telefon pula bergegar tanda ada panggilan masuk. Segan, aku biarkan. Dua minit menjerit akhirnya dia diam semula. Huh!

“Tuan, saya...”

Suara Hei Wan terpintas. Bunyi gegaran telefonku sekali lagi mengganggu. Kali ini semua orang memfokuskan pandangan kurang senang padaku. Terpaksalah juga aku keluar dari bilik mesyuarat.

“Angah!!!”

“Janganlah jerit, long,” kataku tidak selesa.

“Along minta maaf. Kau kena buat sesuatu kalau tak nak rahsia kita pecah.”

Adakah itu ugutan? Terdiam aku menyandar di dinding. “Apa lagi?”

HANCUR. Musnah. Ya Allah….

Sejak mendengar ugutan ayah Sofea, aku rasa terlalu tertekan. Silap sikit, aku mungkin boleh menjadi gila. Ya, perasaanku jadi tidak keruan. Emosiku memuncak. Selera hilang. Semuanya jadi serba tidak kena di mataku.

Di pejabat, PA dan secretary jadi mangsa paling

Page 78: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

78

kerap. Di rumah… Mak Kiah yang aku hormat pun sudah aku kuatkan suara. Tercengang orang tua itu dibuatnya. Nasib baik aku belum pernah menyakiti Alishah dan Asha.

Rasanya aku boleh membunuh orang saat ini dan orangnya ialah abang kandungku sendiri. Silapnya... kebodohannya... kenapa sampai aku yang jadi mangsa? Kenapa? Itu yang buat aku terasa terlalu bodoh dan kecewa.

Kenapa aku ditakdirkan punya saudara sebodoh along? Kenapa tidak dia dilahirkan di dalam keluarga lain? Atau kenapa tidak dia jadi cacat saja waktu kecil, jadi dia tidak berpeluang menyusahkan dan mendera aku sampai begini sekali?

“Kau kena bersama Sofea.”

Arahan tu bodoh!!! Memperbodohkan. Mungkin kalau lelaki lain tidak kisah malah tak perlu sampai diugut untuk menerpa ikan segar di depan mata seperti Sofea... tapi aku bukan lelaki begitu.

Aku ada harga diri. Alishah padaku ada kedudukannya tersendiri yang tidak akan terserah kepada orang lain lagi. Walaupun siapa... walaupun sampai bila... cintaku, diriku, batinku, semuanya hanya untuk Alishah seorang.

Arghhh!!!

Page 79: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

79

KELIBAT kereta BMW warna biru berkilat papa di garaj tiba-tiba menghantar debar yang bukan

kepalang di dalam dada. Buat apa mama dan papa datang?

Semakin aku hampir ke ruang tamu, semakin lemah rasanya lututku. Kedengaran suara ketawa mama yang pastinya bermain dengan Asha.

“Abang?”

“Ah?”

Alishah. Dia sudah siap berpakaian dengan wajah yang segar turun dari tangga. Spontan aku memandang jam. Pukul enam. Dia mesti baru sampai.

“Assalamualaikum,” ucapnya lembut sambil menghadiahkan satu ciuman mesra ke pipiku. Beg kerjaku diambilnya seperti selalu.

“Mama dengan papa dah lama sampai ke?”

“Mama aje. Papa nanti baru datang.”

Tali leherku dilonggarkan.

Bab 11

Page 80: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

80

“Mama sampai lepas asar tadi Mak Kiah cakap. Rindu dengan cuculah tu....”

Segaris senyumku terukir juga akhirnya. Kami sama-sama bergerak ke dapur. Suara mama mengagah Asha semakin jelas.

“Assalamualaikum, ma!”

“Eh, lambatnya kamu balik rumah Zik. Dah pukul enam.”

“Abang banyak kerja kat pejabatlah tu, ma.” Alishah menjawab.

Jawapan Alishah itu melegakanku. Sebenarnya kerjaku habis pukul lima lagi tapi aku habiskan sejam di masjid. Bertafakur. Cuba mencari ketenangan dalam diri.

Alishah maju ke kabinet. Mencapai cawan, diletakkan satu uncang teh, sedikit gula, sehiris lemon segar dan dituangkan air panas. Walau cuma minuman secawan, diletak juga dalam dulang. Disertakan sepiring kuih koci sebelum dihidangkan padaku.

“Sayang tak minum sekali?”

“Tak apa. Abang cerita-ceritalah dengan mama. Isha nak tolong Mak Kiah siapkan makan malam. Nanti papa sampai, kita boleh makan jemaah.”

Satu rancangan yang sangat baik. Dia penat tetapi lebih mengutamakan suami dan keluarga mertua. Mulianya isteriku.

“Mama datang ni nak khabarkan yang kami dah confirm nak fly ke Mekah hari Selasa depan. Nak melawat along sekali.”

Mujur sekali ini aku tak terkejut. Kalau tak, mahu tersembur teh panas ke muka mama. Nahas aku nanti.

Page 81: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

81

“Kamu tak nak ikut sekali ke?”

“Hah?” Tidak sempat tertahan, terlepas juga air teh dari mulut ke muka mama.

“Zikri!”

Kelam-kabut aku mengambil tisu.

Tetapi Alishah lebih pantas. Dilapnya muka mama dengan tisu, perlahan. Lembut. Kemudian diambilnya sehelai lagi tisu buat mengelap sekitar mulutku yang sudah bersememeh.

“Thanks, dear.” Sempat aku kucup pipinya.

Tersipu-sipu dia.

“Entah apa hal anak mama ni, Isha. Terkejut sampai sembur air kat muka mama.”

Kecoh mama menjelingku. Yalah, anaknya yang dah dua puluh lapan tahun boleh minum sampai tersembur.

“Abang ingat kat siapa ni? Dreaming?” Sempat pula dia mengusik.

“Ingat kat siapa lagi. Kat angel depan mata nilah.”

“Thanks.”

Dilayannya juga gurauanku sebelum dia meminta diri ke dapur semula. Lenggangnya menjadi tatapan mataku sampai dia menghilang di balik pintu. Sedar-sedar mama menyiku lenganku dengan jelingan nakal.

Page 82: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

82

HARI ini hari minggu. Dua hari lagi mama dan papa akan memulakan perjalanan ke

Mekah menunaikan umrah. Mama mengadakan kenduri doa selamat. Sekali lagi aku dan Alishah dijemput bermalam di Bukit Antarabangsa.

Memandangkan begitu ramai saudara-mara kami yang datang, maka kali ini mama atau papa tidak bercadang pun mahu menggunakan khidmat katerer. Sebaliknya, mama membahagi-bahagikan kerja kepada semua orang kecuali jiran-jiran terdekat yang kebanyakannya orang kenamaan.

Aku bersama sepupu-sepupu yang lain bertugas memasang khemah di halaman, menyusun atur meja kerusi dan memasang lampu kalimantang.

Saudara-mara perempuan pula seperti lazimnya bertugas di bahagian dapur. Mama tidak menggalakkan Alishah ikut sama kerana Asha masih kecil, tetapi dua orang puteriku itu bagaikan dapat kata sepakat.

Asha ditinggalkan pada mama dan Mak Kiah yang

Bab 12

Page 83: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

83

menjaga bergilir-gilir manakala Alishah ke belakang rumah meringankan tangan membantu memasak. Asha pula tidak meragam langsung walaupun mamanya tiada di depan mata.

Usaha kami yang bermula pada pukul tiga petang berakhir jam tujuh malam. Tetamu mula berkerumun datang mengambil tempat. Lelaki di khemah, perempuan di dalam rumah.

Rakan-rakan papa datang mengucapkan selamat jalan dan selamat beribadah. Begitu juga untuk mama.

Seketika aku terlupa yang aku punya bebanan paling berat yang perlu aku pikul berkait rapat dengan perjalanan mama dan papa sehinggalah telefonku bergegar di dalam poket.

Sofea!

Cepat-cepat aku meminta diri masuk ke dalam rumah. Naik ke bilik dan terus menguncinya. Harap-harap Alishah tidak perasan.

“Assalamualaikum, abang.”

“Kenapa, Sofea?” Salamnya terbiar. Aku masuk pula ke bilik air dan memasang pili. Membiarkan air mencurah-curah dan menimbulkan kebisingan.

“Ayah ada cakap apa-apa tak dengan abang?”

“Nak cakap pasal apa pula?”

Kedengaran keluhannya di hujung sana. “Saya baru sampai Malaysia. Seminggu saya kat Turki uruskan pasal passport saya. Abang apa khabar?”

“Sihat. Tapi just cakap apa yang ayah Sofea dah cakap.”

“Hmmm…ayah ada balik sini dengan saya. Tapi duduk rumah dia sendiri.”

Page 84: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

84

Balik sini? Ya Allah! “Jadi kenapa? Cakaplah cepat.”

“Saya segan nak sampaikan, bang.”

Pulak? “Is it something that may embarrass you or me?”

“Saya bagi phone number abang kat ayah. He will give you a call tomorrow. Saya memang tak berani nak sampaikan.”

“Dah tu, apehal call?” Sabarku sentiasa ada hadnya.

Diam. Sesaat dua kedengaran pula dehemannya. Mungkin soalanku terlalu pedih membelah hatinya. Ya, aku memang punya lidah belati apabila berhadapan dengan sesuatu yang tidak menyenangkan hatiku.

“Tak apalah, bang. Nanti saya call lagi kalau ada apa-apa. Itu saja saya nak cakap. Assalamualaikum.”

“Hmmm... sorry!” Sekali lagi salamnya terbiar begitu sahaja dan hanya selepas aku memasukkan telefon ke dalam poket, bibirku ringan pula menyambutnya.

HARI Isnin aku bekerja, sumpah aku tidak senang hati. Berbakul zikir aku baca tetapi mungkin fikiranku sendiri yang menidakkan ketenangan itu.

Begitu lama aku menunggu telefonku berbunyi tetapi sekali pun tiada. Takkan lelaki tua tu dah lupa pulak?

Akhirnya aku mengangkat gagang mendail nombor Sofea sendiri.

“Mana ayah Sofea ni? Tak call pun?”

“Ayah janji nak call abang hari ni tapi mungkin dia busy. Hold on, saya call ayah kejap.”

Page 85: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

85

“Okey.”

Menunggu seminit dua sambil menggigit jari. Terasa bodohnya aku sejak kebelakangan ini. Along yang membuat aku menderita, Sofea yang menyeksaku dalam diam, Alishah yang aku permainkan kedudukannya.

“Abang?”

“So?”

“Ayah ada kat airport sekarang. Nak balik Turki. Ayah cakap abang dah tahu apa benda yang dia nak cakap? Betulkah?” Perlahan benar suaranya.

“How do I know, Sofea?”

“Maaf. Nanti saya call ayah lagi. Biar dia cakap betul-betul dengan abang.”

Tiada salam, aku meletak gagang dengan kasar tentunya. Sesaat kemudian, along pula menggegarkan telefon bimbitku.

“Ngah, kau ingat tak apa aku cakap hari tu?”

“Cakap apa? Pasal Sofea?”

“Kau kena sentuh dia malam Sabtu ni. Kalau kamu dah bersama, dia akan lepaskan Irman. Bagi passport kami dan kami akan balik Malaysia secepat mungkin. Please, ngah. Kau ajelah yang boleh lepaskan kami.”

Bisu aku dibuatnya. Senangkan mengaturkan orang begitu? Detail hari dan waktunya bila aku perlu merasmikan isteri keduaku. Bodoh!!! Ya Allah!!!

RALIT aku merenung Alishah yang sedang bersiap di hadapan cermin. Menyapu sedikit bedak ke muka dan mengenakan

Page 86: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

86

lapisan nipis gincu berwarna natural sebelum mengenakan tudung.

“Abang?”

“Hah?”

Senyum dia melihat aku masih lagi berbaring lengkap berseluar panjang tetapi belum memakai baju sedangkan setengah jam lagi kami mesti sampai ke rumah mama. Mengiringi mereka ke lapangan terbang.

“Nak Isha tolong pakaikan baju atau nak Isha siapkan baby dulu?”

Rambutku diusap-usap.

“Mak Kiah dah siapkan baby kut?”

“Taklah. Mak Kiah dah kena jemput lagi awal oleh pak long tadi. Nak tolong mama kat rumah.”

“Bila masa? Abang tak tahu pun.”

Sekali lagi senyumannya melebar. “Waktu abang pergi isi minyak kereta tadi. Isha lupa nak cakap.”

Aduh, aku boleh tak perasan? “Hmmm... kalau macam tu, sayang siapkan baby dulu. Abang siap sendiri.”

Pipinya yang mulus aku kucup sebelum dia mengenyit mata nakal.

“Thanks.”

“What for?”

“Thanks for the kiss.”

Aik, bukankah ciuman begitu memang selalu aku berikan padanya? Kenapa nak berterima kasih pula? Ada apa-apa lagikah yang aku tak perasan?

“You didn’t give me any kiss since yesterday. Now you had kissed me, it really makes my day. Thanks again.”

Page 87: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

87

Sekali lagi aku terbisu di atas katil dengan mata terkebil-kebil. Yakah?

Page 88: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

88

MALAM Khamis. Kami berempat ke rumah mama di Bukit Antarabangsa, meramaikan

majlis doa selamat untuk papa dan mama yang sudah selamat mengerjakan umrah. Aku kepenatan baru pulang dari Kuantan bertemu client, tetapi tiada pilihan. Kalau bukan aku, siapa lagi?

Tumpuanku semakin hilang pada semua perkara sehinggakan saat pak imam dari masjid meminta aku mengetuai bacaan doa, aku terkapar dengan mata buntang. Satu doa pun tidak terlintas dalam otak.

“Zikri?”

Pak long memandangku hairan. Selama ini aku boleh mengendalikan solat jemaah siap dengan doanya sekali tetapi malam ini aku betul-betul hilang punca.

“Ammar Zikri?”

“Saya minta maaf, semua. Saya sakit kepala. Silakan pak imam saja yang bacakan doanya. Lebih berkat... insya-Allah.”

Bab 13

Page 89: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

89

Pak imam terangguk-angguk.

Tebal mukaku. Bapa orang tetapi tidak reti membaca doa selamat? Mungkin itulah yang terlintas di benak mereka.

Hingga waktunya menjamu selera, aku betul-betul tidak berdaya lagi. Rasanya mahu sahaja aku naik ke bilik dan menutup mata. Sepuluh patah orang bertanya, satu dua saja jawapanku. Hendak tidur, tidak sopan pula rasanya. Walaupun ada pak long, tetap tidak sama.

“Abang nak makan sekarang?”

“Tak seleralah, sayang. Sayang makanlah dulu.”

“It’s okay. Kalau abang nak makan, cakap aje kat Isha. Biar Isha sediakan. Isha nak makan dengan abang.” Asha di dalam pelukannya mengekeh ketawa apabila hidungnya yang comel itu aku cuit.

“Kalau abang tak makan?”

“Isteri abang pun tak nak makan jugalah.”

“Kenapa pula, sayang?”

“Rindu sangat nak makan dengan abang. Dah satu hari semalam kita tak makan sama.”

Ya, sehari semalam. Aku ke Kuantan hari Rabu pagi. Hari ini sudah Khamis. Maknanya hanya tinggal sehari semalam sebelum hari itu. Argh... aku tak mahu… tolonglah hambaMu ini, Tuhanku. Aku tidak sanggup menduakan Alishah, aku tidak sudi menyemai cinta dengan Sofea.

Apa yang patut aku buat? Ikut arahan bodoh itu dan melukakan hati Alishah? Atau ingkar dan mengorbankan along sekeluarga? Tetapi kalau pun aku ingkar, akhirnya papa dan mama akan tahu dan secara tidak langsung, Alishah juga akan tahu.

Page 90: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

90

Oh, Tuhan… sebanyak-banyak hambaMu, kenapa aku yang Kau pilih untuk menerima beban seberat ini? Mengapa?

Aku tak kuat, ya Allah… hatiku tidak sekudus hati kekasihMu Nabi Muhammad SAW. Tolonglah aku menghadapi semua ini.

Berikan aku seluruh rahmatMu. Berikan aku selurus-lurus petunjukMu. Langkah yang bagaimana harus aku atur… jalan yang mana harus aku tempuh!

SITI menyambut kemunculanku dengan pandangan ceria. Aku pula yang terasa pelik semacam. Ada lagikah berita gembira untuk aku seawal-awal pagi begini selain daripada mendengar Asha menyebut ‘ma’ di depanku tadi?

“Assalamualaikum, tuan.”

“Waalaikumsalam. Tolong buatkan saya satu surat untuk jemput board meeting next Monday.”

“Ya, tuan.”

Aku terus memulas tombol pintu tetapi akhirnya berpaling semula kepada Siti apabila terperasan sesuatu. “Kamu tak kunci ke pintu ni semalam?”

Setahu aku, tidak pernah sekali pun Siti lupa untuk mengunci pintu bilik ini kalau aku tiada di pejabat. Apatah lagi semasa aku ke Kuantan dua hari lepas.

“Errr….”

“Kenapa ni, Siti?”

Siti menggaru kepalanya yang berbalut tudung.

Ada sesiapa memecah masuk ke?

Page 91: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

91

Tanpa sabar, aku meneruskan membuka pintu dan akhirnya mengeluh lega apabila menyedari kelibat Radzin yang ada di dalam pejabat. Walaupun sesuatu terdetak di hati, namun aku masih terasa lega yang amat. Lebih baik daripada terpaksa menatap muka Sofea pula pagi-pagi begini.

“Hei, awalnya kau dah ada kat ofis aku ni? Ada apa-apa ke?”

“Eh, apa-apa apa pula. Orang nak jenguk dia.”

“Nak jenguk aku? Duduk ofis aku sebelum aku sampai, kata nak jenguk aku? Kau ni biar betul. Ke nak jenguk….”

Sengaja aku menaikkan kening. Melirik ke pintu. Siti dengan muka cerianya. Radzin dengan kunjungan tiba-tibanya. Semacam ada sesuatu di antara mereka.

“Apa pula kau ni?”

“Ek eleh… kalau dah berkenan tu, cakap ajelah. Mana tahu aku boleh arrangekan date korang. Half day untuk Siti mungkin. Whatever you want, buddy.”

Radzin buat muka selamba. Diletakkannya surat khabar ke atas meja dan terus meneliti telefon bimbit.

Menyedari yang gurauanku seakan tidak mengena masanya, akhirnya terlepas pula satu keluhan dari mulutku. Dan ini berjaya menarik pandangan Radzin kembali tepat kepadaku.

“What’s wrong?” soalnya pula agak prihatin. Telefon bimbit Black Shine disimpan di dalam saku kot.

“Tak ada apalah... benda biasa.”

Radzin mengerutkan dahi. “Aku tak tahu benda biasa apa yang kau fikir sampai mengeluh macam tadi, Zik.”

Aku ketawa cuma. Mana mungkin berita ini aku

Page 92: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

92

sampaikan kepada orang lain? Sedangkan papa dan mama pun tidak tahu, takkanlah aku nak buka mulut dengan Radzin pula? Kawan baik aku dari sekolah menengah ni?

“Kalau ada problem tu, cakaplah. Mana tahu aku boleh tolong. Kalau tak tolong settle, tolong dengar pun kira okeylah, kan?”

“Kalau setakat tolong dengar, baik aku cakap dengan baby aku kat rumah tu aje.”

“Eleh, orang offer baik-baik….”

“Isy, thanks ajelah. Aku malaslah nak kongsi-kongsi problem ni. Macam perempuan. Nak mengadu sana sini.” Selamba aku membalas sambil menghidupkan komputer. Nampaknya sudah lebih daripada menjenguk Si Radzin ni.

“Macam perempuan?”

“Yalah. Kalau perempuan, asal ada problem aje mesti nak cari kawan. Nak mengadu. Cerita semua benda.”

“Alishah macam tu ke? Dia mengadu kat siapa?” soalnya pula.

“Ops… excluding my wife. Dia takkan cerita apa-apa pada sesiapa,” belaku tegas.

Betullah. Alishah nak bercerita pada siapa? Nak bercerita tentang apa? Dia yang aku kenal bukan jenis perempuan yang suka menabur cerita. Sedangkan dengan aku sendiri pun dia tidak pernah bercerita tentang sesiapa. Melainkan sedikit cerita mengenai arwah ayah dan umi.

“Untung betul kau dapat Alishah tu, Zik.” Radzin meraup muka. “Kau tau tak, aku sebenarnya jealous dengan nasib kau.”

“What?” Pandanganku serta-merta mengecil. Komputer aku tolak ke sisi.

Page 93: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

93

“Yalah. Kau dengan dia elok aje.”

“Alhamdulillah... we work hard to make it real, okay.”

“Tak macam aku ni hah. Ada bini tak nak beranak. Sekarang dah bercerai, anak pula tak suka tinggal dengan aku.”

“Hah? Ilyas tak nak tinggal dengan kau? Apehal?”

Dia ketawa. Pandangannya dihalakan ke dinding. Bergerak ke kiri, ke kanan. Bola matanya menunjukkan dia sememangnya tidak tenang sekarang.

“Dia kata papa dia ni tak pandai masak. Tak pandai nak bacakan dia buku cerita. Tak teman dia melukis dan tak nak main control car.”

Kali ini, tanpa berfikir-fikir aku meletuskan tawa di luar sedar sehinggalah Radzin menunjukkan reaksi sakit hati dengan responsku. Rasa lucu mengisi seluruh ruang di dalam bilikku namun akhirnya aku cuba bertahan untuk mempamerkan wajah serius.

“Alah, come onlah. Budak-budak memanglah macam tu. Dia tahu dia aje. Mana nak fikir perasaan kita. Relaks ajelah.”

“Cakap senanglah.” Radzin mengeluh tidak puas hati.

“Memanglah senang. Aku buka mulut aje.”

BELUM sempat aku keluar dari kereta, telefonku bergegar minta perhatian. Penat mencengkam diri tetapi aku tetap mencapainya.

Page 94: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

94

“Angah.”

Argh… along!!!

Dalam malas, aku mengucap salam. Pintu rumah yang terbuka lebih menarik perhatian. Alishah dan Asha melambai-lambai padaku dengan senyuman ceria.

“Aku nak ingatkan aje. Tolong buat apa yang kau kena buat.”

“Apa yang saya kena buat? Hidup saya hanya untuk Alishah dan Asha!”

“Eh, aku abang kau. Kalau bukan kau tolong aku, siapa lagi, ngah? Kita dua beradik aje dalam dunia ni.”

Dia berkeras, aku semakin lemah. Lemah dengan semua ujian yang datang bertimpa-timpa ini.

Alishah di muka pintu bergerak keluar. Mungkin baru perasan yang aku sedang bercakap di telefon, dia akhirnya bermain-main dengan puteri kecil kami. Jari telunjuknya dihalakan ke arah pokok bunga orkid sambil bercakap sesuatu pada Asha.

“Angah, aku betul-betul harap ini kali terakhir aku kena tebalkan muka minta tolong dengan kau.” Suara kesal along kedengaran.

Aku mengeluh malas. Kita hanya mampu merancang sedangkan Allah SWT jualah yang menentukan semuanya.

“Sudahlah, long. Saya malas nak fikir pasal benda yang belum jadi ni.”

“Aku minta maaf....”

“Tak ada guna pun nak minta maaf. Hidup saya ni pun dah tak tentu arah sekarang. Semua benda dah kacau.” Putus asa? Ya, mungkin....

Page 95: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

95

“Angah....”

Aku menarik nafas panjang sebelum membuka pintu kereta. Menarik kunci dan mencapai briefcase di tempat duduk belakang.

“Okeylah, long. Saya nak masuk rumah ni. Bagilah saya peluang rasa happy kejap dengan Alishah dan Asha.”

“Angah, aku...”

Tanpa salam, aku segera memutuskan talian dan mendapatkan kedua orang puteri penyeri hidupku. Tubuh Alishah aku peluk sebelum mengucup seluruh wajah Asha.

Mengekeh dia ketawa.

“Happynya anak papa.” Pipinya yang gebu aku kucup sekali. Lekas saja tangannya menggagau minta diambil.

“Mestilah happy kalau jumpa papa, kan sayang?” Alishah pula mengucup pipi anak kami. Bertambah lebar senyuman Asha dengan mata yang tertutup-tutup.

“Jom masuk, both of you. Kita minum petang.”

“Hmmm… how about having hi-tea over here? Kat beranda ni angin dia fresher. Anak papa setuju tak?”

Bagai mengerti, Asha menganggukkan kepala. Rambut ikalnya terjuntai-juntai ke dahi. Semakin comel dia di mataku. Dengan matanya yang galak, bibir yang merah macam ceri, hidung yang kecil walaupun tidak mancung…dia bagaikan bidadari padaku.

Alishah tertawa kecil dengan telatah anaknya. Sebelum dia bergerak ke dapur, sempat lagi dia mendaratkan sebuah ciuman untuk aku dan Asha.

“Anak papa ni makin cantiklah. Tapi promise dengan papa, jangan kalahkan mama tau. Papa nak mama aje

Page 96: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

96

yang paling cantik. Anak papa kedua cantik.” Usikku pada Asha. Anak kecil kami ini tetap mengekeh ketawa. Entah mengerti entah tidak.

“WAH, kuih kegemaran abanglah!” Melihat sepinggan kuih karipap di atas dulang, aku terus bangun mencapai sebiji.

“Tak sabar-sabar ya.”

“Karipap buatan isteri abang ni paling sedap, so abang tak nak lambat-lambat. Nak cepat rasa.”

Sekali lagi Alishah ketawa. Diambilnya Asha setelah dia menuangkan teh panas ke dalam cawanku. Aku yang sememangnya hantu karipap, mengambil peluang menikmati kelazatan air tangan Alishah.

“Perlahan-lahan, sayang...” tegurnya apabila aku sudah menghabiskan dua biji karipap dengan pantas.

Entah apa yang merasukku, semakin pantas aku menyuap. Sebiji demi sebiji sehinggalah akhirnya aku tersedak apabila Alishah memasang televisyen dan muncul wajah seorang perempuan.

“Sofea Jane pula....” Tegur Alishah perlahan dan karipapku sudah tersangkut di tekak.

Page 97: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

97

MASA semakin pantas berlalu sejak aku menyedari adanya beban maha berat sedang

menantiku pada malam ini. Sepanjang masa aku cuma berkeluh-kesah. Buat apa pun terasa ada saja yang tidak kena.

Kerana mahu mengelak daripada ditanya oleh Alishah mahupun Mak Kiah, aku mengambil keputusan keluar bersama Asha ke taman permainan yang terletak beberapa blok dari rumah.

Kawasan taman sunyi sepi kerana jam sudah menunjukkan angka mahu memasuki zon tengah hari. Terlalu lewat untuk kanak-kanak keluar bermain atau orang dewasa bersenam. Kalau tadi sekitar jam lapan, sembilan, memang taman ini riuh dengan gelak tawa mereka.

Asha aku letakkan di dalam stroller yang aku pasangkan penutup agar dia terlindung daripada pancar matahari yang menyusup-nyusup di celahan dedaunan pokok.

Bab 14

Page 98: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

98

Kami berjalan perlahan-lahan mengelilingi taman, di atas trek konkrit yang dikemaskan dengan jubin sambil aku bercakap itu ini sehinggalah akhirnya aku sendiri yang kepenatan.

“Aduh, anak papa masih senyum lagi. Tak penat erk?” usikku melihat cerianya wajah Asha.

Tentu sekalilah dia tidak terasa penat walaupun sedikit kerana dia cuma perlu duduk-duduk di dalam stroller dan aku pula menolaknya. Aku bercakap, dia pula cuma perlu mendengar.

“Kita rest kat sini ya, cute.” Tubuhnya aku angkat tinggi sambil pipinya aku kucup dua kali.

Asha ketawa manja.

“Hmmm… penat betul ya hidup ni. Papa rasa macam nak berhenti bernafas aje. There are so many things to do. To face. Memang penat sangat-sangat.”

Ya, macam-macam masalah melanda hidupku sejak kebelakangan ini. Kalau dulu semasa di sekolah rendah, aku cuma perlu belajar sungguh-sungguh dan selebihnya ada orang yang memikirkannya untukku.

Papa sedia menguruskan semua perbelanjaan persekolahanku, melibatkan yuran sekolah, yuran tuisyen, gaji pemandu untuk menghantar dan menjemputku dari sekolah, perbelanjaan hidupku meliputi makan minum dan pakaian.

Mama pula sedia mencurahkan seluruh kasih sayangnya kepadaku walaupun hakikatnya aku kadang-kadang perlu menjadi lebih daripada sekadar terbaik untuk merebut perhatiannya daripada along.

“Hmmm… but I’ve got you and mama. That’s more

Page 99: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

99

than enough for me. Allah SWT suruh kita bersyukur dengan apa yang kita ada.”

Asha angguk. Geleng kepala. Suka dia begitu. Berkali-kali dia ketawa sambil mengangguk dan menggeleng.

“Do you agree with me? Hah, dear?”

Terkebil-kebil matanya memandangku. Alis matanya yang lebat dan lentik itu kena benar dengan warna kulitnya yang cerah. Asha mengikut paras mamanya, agaknya kalau Asha punya adik-adik, akan adakah yang menurut parasku dengan lebih dominan?

Agrh… terlalu awal pula mahu merancang menambah bilangan ahli keluarga dalam keadaan yang kucar-kacir begini.

“Asha nak adik tak?” soalku sengaja ingin bergurau sambil meletakkannya kembali ke dalam stroller.

Sebuah keluhan paling berat aku lepaskan sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan langkah kembali ke rumah. Telefon bimbit pun aku matikan. Terbiar tidak bernyawa di dalam laci.

“Sayang, let’s go home. Nanti mama risaulah pula.”

Entah-entah Alishah sudah siap menyediakan makan tengah hari di rumah. Walaupun perut terasa ‘kenyang’, aku fikirkan lebih baik kami pulang saja.

Page 100: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

100

“JEMPUT makan, bang.”

Aku mengangguk dan melebarkan senyuman.

Sayur campur cendawan melepaskan asap berkepul-kepul ke udara. Memang menyelerakan.

“Isha nak jalan-jalan tak malam nanti?” Tiba-tiba akal jahatku melintas datang ke dalam kepala.

“Nak jalan-jalan?” Keningnya bertaut.

“Hmmm... jalan-jalan. Mungkin boleh carikan baby baju-baju baru. Dah lama tak shopping, kan?”

Alishah menguntum senyuman. “Insya-Allah. Isha ikut abanglah. Boleh juga cari barang-barang dapur sekali.”

“Eh, apa yang dah habis?”

“Nanti lepas makan kita check sama-sama. Okey?”

Terlepas ketawaku dengan jawapannya. Aku meneruskan suapan. Apa pun yang cuba merampas kebahagiaan sementara aku ini, tidak akan aku biarkan ia menguasaiku. Aku mahu bergembira sebelum sengsara.

Bab 15

Page 101: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

101

NEKAD. Aku mahu menguji benarkah apa yang diugut oleh ayah Sofea akan dilakukannya. Aku sedang duduk di dalam kereta menunggu enjin panas sementara Alishah menyiapkan Asha dengan segala kelengkapan.

Telefon bimbit sudah sengaja aku matikan. Sejak semalam lagi. Hari ini hari Sabtu. Malam ini malam penentu. Tetapi aku sungguh-sungguh tidak mahu membantu.

Menjelang pukul lapan, kami sudah bersedia mahu bergerak keluar meninggalkan halaman rumah apabila tiba-tiba telefon bimbit Alishah yang aku pegang berdering dengan lagu selawat.

“Incoming call. Who would that be?” tanya Alishah dalam nada gurauan. Dia jarang menerima panggilan di telefon bimbit.

“Nak abang yang jawab atau sayang?”

Aku sudah bersedia mahu menekan pedal minyak selepas melepaskan brek tangan. Menanti Alishah menjawab panggilan.

“Eh, your along. You better answer him.”

“Along?” Dan serta-merta aku tertekan pedal brek. Berdecit bunyi tayar. Mujurlah… ya, mujurlah Alishah tidak terdorong Asha ke depan. Kalau tidak, sudah tentu Asha akan terhantuk ke dashboard.

“It’s okay. Answer the phone first,” pujuknya sebelum sempat aku menuturkan perkataan ‘sorry’.

Aku segera membawa telefon keluar dari kereta. Ini sudah tentu berkaitan Sofea. Janganlah Alishah mengesyakiku. “Helo, long.”

“Ng... ngah....”

Terketar-ketar suara along di hujung talian.

Page 102: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

102

Ada apa? Aku kepitkan telefon di bahu sambil mengerling ke dalam kereta. Alishah sedang memujuk-mujuk Asha yang menangis terkejut.

“Tolonglah aku, ngah. Irman dah ada dengan dia orang sekarang. Depan aku.”

“Apa dia orang nak buat?”

“Tolonglah aku. Kalau Irman kena bunuh, apa aku nak kata kat papa dan mama? Dia orang akan sampai sini esok petang.”

Diam aku dibuatnya. Bukan mendengar, menumpukan perhatian apatah lagi hendak menyelami perasaan along sekarang. Di kepalaku cuma ada Alishah dan Asha.

Along tiba-tiba memutuskan talian. Merajuk? Ke putus asa?

Belum sempat aku berfikir lebih jauh, along sekali lagi menelefon. Kali ini video call pula. Mahu tidak mahu, aku menekan punat answer.

“Tolonglah... kau tengoklah sendiri keadaan Irman.” Sayup-sayup suara along dengan mukanya yang basah dengan air mata.

Telefon Alishah aku kejap erat. Melihat Irman yang sudah cengkung dengan kepala berdarah. Tubuhnya yang hanya bersarung seluar pendek menampakkan lebam di sana sini.

Alishah? Asha? Along? Irman? Papa? Mama?

Seseorang tiba-tiba menghayunkan kayu ke tubuh Irman. Aku terkaku sendiri mengetap bibir. Sejurus kemudian, ayah Sofea muncul dengan pisau tajam berkilat di tangan. Didekatkannya dengan batang leher Irman.

Page 103: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

103

“Sayang, kita jalan lain kali?”

Dahinya berkerut tetapi dia tetap menurut. Aku mengundurkan kereta masuk ke garaj semula. Aku tidak akan menggunakan kereta Alishah untuk pergi menduakannya.

SOFEA berdiri di muka pintu dengan senyuman melebar di bibir.

Aku sendiri yang terkaku. Berat kaki hendak melangkah, berat lagi hati hendak mengalah.

“Jemputlah masuk, bang.”

Suaranya yang lembut terdampar di hadapan pintu hatiku semata, tidak aku bukakan langsung pintunya.

Inilah rumahnya. Rumahnya sendiri. Semasa dalam perjalanan tadi baru aku menelefon meminta alamat. Sofea tidak marah malah menunjukkan perasaan teruja tanpa berkias.

“Duduk seorang aje, memanglah sunyi,” komennya lagi sambil merenungku.

Rumah yang aku kira sebagai terlalu mewah dan luas untuk didiami oleh hanya seorang manusia. Hampir menyamai dua buah rumah biasa.

Kami bergerak ke ruang tamu yang dihias dengan gaya moden ala Inggeris. Terdapat tiga set sofa berasingan yang masing-masing aku kira melambangkan tetamu yang berbeza.

Secara keseluruhannya, rumah ini memang layak untuk wanita korporat sepertinya. Cuma kurang sesuai kerana dia tinggal bersendirian.

Page 104: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

104

“Abang duduklah dulu. Biar saya ambilkan minuman di dapur.”

“Tak ada maid ke?”

Sofea segera mengukir senyum. Lebih manis daripada tadi namun seperti tadi, aku tidak tergugah sama sekali. Jiwaku yang rusuh menidakkan semua perkara yang dilakukannya.

Baru sahaja aku mahu menjangkaukan tangan mencapai surat khabar di bawah meja, Sofea sudah kembali bersama dulang berisi cawan di tangan. Aku lekas-lekas menegakkan tubuh.

“Saya harap abang suka minum kopi.”

“Hmmm....”

“Ini the finest coffee from Turki. Ayah told me that any corporate man will drink it till the last drop.”

“He told you that?” soalku dalam nada separa mengejek.

Sofea terangguk-angguk. “As far as I know, my hubby is a corporate man, I hope he was right.”

“Hmmm... rasanya saya bukan lelaki korporat.”

Keningnya bertaut dua. “What does that mean?”

Naif!!!

“You know what, Sofea? I never drink coffee for all my life. I really hate coffee,” tegasku penuh emosi. Aku mahu dia tahu banyak benda yang tidak diketahuinya tentang diriku. Lelaki yang diingininya sungguh-sungguh ini.

“Abang tak suka? Tak apa, saya buatkan abang minuman yang lain.”

Dia bingkas berdiri.

Page 105: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

105

“Sofea, kamu tahu ke abang suka minum apa?”

Provokasiku menghentikan langkahnya yang diatur kemas tetapi laju itu.

“Abang, if you don’t mind, please tell me what is it.”

“Hot chocolate.”

Sekejapan, wajahnya bertambah ceria. Aku senyum di dalam hati. Hanya Alishah dan mama yang tahu apa yang aku mahu sebagai minumanku selain Mak Kiah.

MENJELANG pukul sebelas, kami masih lagi menonton televisyen saluran Astro. Fikiranku tidak tenteram mengenangkan ‘misi’ yang perlu aku langsaikan malam ini juga.

Tidak pernah aku merasa seperti menjadi pembunuh upahan begini. Tugas yang mesti diselesaikan dan ada orang menantikan keputusan tindakanku. Lulus atau gagal. Bukan hidup atau mati.

“Abang....” Sofea tiba-tiba menyandarkan kepala ke bahuku.

Kerana terlalu tersentap, aku terkaku di sisinya.

Tangannya tiba-tiba menjalar ke tanganku. Diusap-usapnya.

“Errr… I want to call my wife first. She must be worried,” dalihku lantas bergerak menjauh.

Aku memilih untuk keluar ke beranda. Membiarkan diriku disapa angin malam yang sejuk tetapi masih menenangkan. Lama aku berdiri di situ sambil menimbang-

Page 106: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

106

nimbangkan kewajaran untuk menelefon Alishah di lewat malam begini.

Apa pula yang nak aku cakap kalau dia bertanya aku di mana sekarang? Ofis? Ish, kurang logik pula. Hospital? Siapa yang sakit?

“Abang?”

Dalam terkejut, aku segera mendail nombor telefon bimbit Alishah. Membuatkan Sofea berundur dan masuk semula ke dalam ruang menonton.

“Assalamualaikum, bang.”

“Errr... errr... waalaikumsalam. Sayang dah tidur ke?”

Kedengaran hembusan nafasnya yang teratur. Terasa begitu dekat kami saat ini namun hakikatnya aku bersama orang lain. Aku cuba membayangkan raut wajahnya setiap kali aku merenungnya sebelum tidur. Dia akan mengerdipkan mata dengan perlahan, senyuman di bibirnya tidak terlalu mekar tetapi paling menggoda dan hembusan nafasnya yang mengenai wajahku begitu mendamaikan.

“Abang okey, kan? Tak apa-apa, kan?”

“Ya, abang okey… cuma ada sesuatu yang nak diselesaikan kat sini.” Tidak tersebut aku hendak menyelesaikan apa.

“Syukurlah abang okey.” Alishah menarik nafas. “Isha harap abang dapat selesaikan kerja abang tu. Kalau dah sudah nanti, abang baliklah rumah. Isha tunggu abang.”

“Errr... tak… tak payah tunggu abang, dear. I’ll be late for sure. Nanti sayang penat pula tunggu abang. It’s okay. I’ve got the key. Bila siap nanti, abang akan balik rumah kita.”

Page 107: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

107

“Alhamdulillah…. Eh, abang niat nak balik rumah mama ke kalau tak sempat balik rumah kita?”

Aduh, kantoi….

“Hmmm… cadangnya aje.”

“Oh, macam tu. If you feel like want to stay there, we’ll just be fine right here. Mak Kiah ada. Cuma abang tolong inform Ishalah kalau abang jadi nak stay kat Bukit Antarabangsa.”

Urusan paling sukar, akan menjadi paling mudah apabila berhadapan dengan Alishah. Dia senantiasa membukakan peluang dan ruang untuk aku melakukan apa saja yang akan memudahkan diriku.

Alishah tidak suka membantah-bantah keputusanku, bahkan cadanganku pun dia tidak akan pertikaikan. Dia suka memudahkan orang lain. Ah, aku memang yang paling beruntung sekali bisa menjadi suaminya.

“Thanks, dear. Sayang tidurlah. Nanti mengantuk pula tak cukup tidur. Salam sayang for my cute baby. Salam cinta untuk isteri abang, Alishah,” usikku dan dia tertawa manja di hujung talian. Aku menahan debaran di dalam dada.

“Assalamualaikum, bang. Good night. Sleep tight.”

“Waalaikumsalam. I love my wife. I love my baby. I love Alishah with all my heart.”

Dapat aku bayangkan senyumannya mendengarkan madah rayuku namun apalah gunanya kalau aku akan menduakan cintanya sebentar lagi?

Seketika aku berteleku di kerusi kayu yang tersedia di beranda. Duduk diam sambil merenung kelam malam. Malam yang hitam pekat, gelap-gelita dan menakutkan.

Page 108: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

108

Tetapi apakan daya. Malam ini jadi penentu. Kalau aku mengambil tindakan bodoh dengan meninggalkan Sofea, anak saudaraku akan mati dan kedua-dua orang tuaku akan kecewa, seterusnya memecahkan rahsia kepada Alishah. Itu yang aku paling takuti. Melihat wajah kecewa Alishah.

“Abang?”

Ya Allah… berikan aku petunjukMu. Berikan aku kekuatanMu….

Sofea datang mendekat. Dia sudah bertukar pakaian. Aku cuba merenungnya dalam pakaian tidur yang begitu tipis lagi jarang. Senyuman berkembang mekar di kelopak bibirnya.

“Jangan keluar. Saya akan masuk!” tegahku apabila kakinya mengorak langkah hendak memunculkan diri di beranda.

Walau dirinya bukan kecintaanku, dia tetap isteri… tanggungjawab seorang suami… dan aku tidak ingin berkongsi dengan mana-mana lelaki lain melihat tubuhnya begini.

SAAT terjaga seawal jam lima pagi, aku terus keluar ke beranda. Sekali lagi. Sebelum dan selepas melukakan hati Alishah, aku tetap di sini. Sofea masih lena diulit mimpi.

Lama aku memerhatikan dirinya yang begitu menggoda semalam. Aku berdosa kerana membayangkan Alishah dalam penyatuan kami semalam. Sama sekali aku tidak boleh bernafas setiap kali menyedari wanita manja di sisiku semalam adalah Sofea, isteri keduaku.

Aku jadi kaku dan termangu walaupun dipujuk rayu

Page 109: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

109

dengan penuh manja oleh Sofea. Fikiranku cuba menghadirkan Alishah dan aku akhirnya jadi sama seperti sepatutnya.

Mujur aku ada membawa sebotol minyak wangi Christian Dior milik Alishah. Dalam Sofea erat memelukku, aku mencapai botol kecil itu dan mencalitkan sedikit wangian ke tubuhnya. Dan dengan itu, aku membayangkan dialah Alishah.

“Maafkan aku....”

Tanpa sedar... ada air mata yang mengalir menuruni pipi. Entahlah, aku benar-benar merasakan diriku terlalu lemah ibarat perempuan kali ini. Macam anak dara kahwin paksa.

Duduk beberapa minit sambil menenangkan diri, aku mengambil keputusan untuk segera pulang ke rumah. Bukankah Alishah menyangka aku di pejabat?

“ABANG?”

“Sayang?”

Dia terus bangun selepas meletakkan kitab suci al-Quran di hujung katil. Masih lengkap bertelekung, dia datang kepadaku dengan wajah berseri-seri.

“Isha rindu dengan abang. Syukurlah abang dah balik,” ucapnya sebaik tubuhnya aku raih ke dalam pelukan. Aku terkesan ada sisa air mata di pipinya.

“Kerja abang baru selesai. Sayang tunggu abang balik ke?”

“Hmmm… tunggu dalam hati.”

Page 110: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

110

“Janganlah menyusahkan diri lain kali. Sayang pun kena tidur cukup. Nanti sakit, susah pula.” Bukan niat untuk memarahinya tetapi sekadar mempamerkan rasa menyayangi.

Alishah terangguk-angguk. Batal wuduknya apabila aku tanpa tertahan lagi mendaratkan bibir ke seluruh mukanya.

“Sayang?” Keinginanku yang satu datang menyapa.

“Isha tanggalkan telekung dulu ya.”

“Alah….”

“Tak apa. Tak lama mana.”

Dia ketawa manja. Apabila dia sudah bersedia, tiba-tiba sahaja mataku tertancap pada pintu bilik mandi. Mandi?

“Are you sure you are okay, honey?” sapanya apabila tiba-tiba sahaja aku menghentikan langkah.

“Abang nak mandi dululah. Wait for me, dear.” Aku bingkas bangun mencapai tuala di dalam almari pakaian sebelum meluru masuk ke bilik mandi. Sempat aku kenyitkan mata kiri pada Alishah yang masih membisu di atas katil.

Ya, aku perlu membersihkan segala kekotoran yang sudah terlekat di tubuhku semalam. Aku tidak ingin kekotoran itu menyentuh walau sedikit pun tubuh isteri kecintaanku satu-satunya.

“LAMANYA mandi? Suka main air ke?”

Usikan Alishah menyambutku di muka pintu. Dia tersenyum-senyum sendiri sambil membawaku duduk di birai katil. Sebelah tangannya menggosok-gosok rambutku dengan sehelai tuala putih.

Page 111: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

111

Putih warna kegemaran Alishah. Putih melambangkan kesucian. Sama seperti dirinya juga. Suci daripada sebarang kekotoran. Aku sebaliknya lebih gemar pada warna hitam dan merah.

“Saja nak rendam lama-lama dalam tub tu. Rasa sejuk airnya. Best.”

“Ya, sejuk. Dingin.”

“Semalam sayang rindu abang tak?”

Sengaja aku mengalih tajuk perbualan.

“Rindu pun nak buat macam mana? Isha rindu dalam hati ajelah.”

Spontan lidahku terkelu. Aku yang terasa atau Isha memang sengaja? Ah, mustahil dia tahu rahsiaku.

“Hmmm… kalau rindu kan boleh call. Suruh abang balik cepat-cepat,” ujiku sedangkan dalam hati, akulah yang bodoh.

“Tak apalah... Isha tak nak mengganggu abang buat kerja. Nanti tambah lambat abang siap, tambah lambat abang sampai rumah.”

“Bijak,” pujiku dan dia melebarkan senyuman manisnya.

“So, is everything clear by now?”

“Alhamdulillah, I have finished all of them. Harap-harap lepas ni abang dapat rehat lebih dengan sayang. Dengan baby.”

Aku bergerak ke almari pakaian. Mengenakan deodorant sebelum menyarung baju Melayu cekak musang berwarna biru muda serta kain pelikat. Sebentar sahaja lagi akan masuk waktu solat subuh.

Page 112: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

112

“Abang nampak makin handsome pakai baju Melayu ni.”

Mataku terus terarah ke cermin. Meneliti diriku dalam pakaian solatku. Kemas. Handsome? Mestilah....

“Thanks for the compliment, honey. I know I am, and that’s the reason why I married to the most beautiful woman in the world.”

“Alhamdulillah... tapi Isha tak adalah secantik mana.” Alishah sudah bangun dari katil. Rambutnya sudah diikat kemas-kemas.

“Cantik sangat sampai abang rasa macam tak segandingan dengan sayang.”

Bahuku dielus-elusnya.

“Isha mungkin cantik. Syukurlah, tapi Isha cuma secantik-cantik manusia. Tak ada sebab untuk abang rasa tak segandingan dengan Isha.”

Senyuman di bibirnya meleret lagi. Pantas aku mendaratkan sebuah kucupan paling hangat di kedua-dua belah pipinya. Apabila aku meliarkan pandangan, Alishah mengekeh ketawa sebelum akhirnya dia meminta diri masuk ke bilik mandi untuk mengambil wuduk.

“Nakal...” bisikku sendiri bersama senyuman lucu.

Selepas Alishah keluar, aku pula menyusul masuk mengambil wuduk sementara isteriku keluar memanggil Mak Kiah untuk solat berjemaah di bilik Asha.

Kami ada dua sebab mengapa tidak solat di mini surau kami tetapi memilih solat di dalam bilik si kecil kami.

Pertama, kami mahu Asha melihat perbuatan kami solat secara berjemaah sebagai sesuatu yang sangat murni dan mengeratkan silaturahim.

Page 113: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

113

Kedua, jika kami solat di mini surau, Asha yang tidak menentu jaga dan tidur akan ketinggalan bersendirian di biliknya semasa kami bertiga solat. Bukan mengutamakan anak semata-mata tetapi bukankah menjaga keselamatan itu juga dituntut dalam Islam?

Ketiga, biliknya cukup luas untuk sepuluh orang menunaikan solat jemaah dan keempat, bilik beradu kami hanya kami berdua yang memasukinya kecuali pada masa-masa gawat yang membenarkan orang lain seperti Mak Kiah dan mama atau papa untuk memasukinya.

“ANGAH!!!”

Niatku untuk duduk terbatal sama sekali. Aku mengisyaratkan agar Siti keluar sebentar meninggalkan aku di sini. Dia akur.

“Terima kasih banyak-banyak, ngah. Aku hutang banyak dengan kau.”

“Ya, memang banyak.”

Aku yakin Irman sudah dilepaskan dan sebaik sahaja papa dan mama sampai di rumah along, mereka akan segera berlepas pulang kembali ke tanah air. Mudah-mudahan along sedar yang tiada apa diperolehnya setelah bertahun-tahun mengabaikan papa dan mama.

“Saya berdoa ini yang terakhir sekali, long. Saya dah tak sanggup. Perempuan tu sekarang dah bukan anak dara lagi sedangkan saya sikit pun tak ada perasaan kat dia.”

“Aku betul-betul minta maaf. Aku akan jelaskan hal ni dengan papa dan mama.”

“Eh, gila ke apa?”

Page 114: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

114

Memberitahu mama dan papa maknanya memberitahu Alishah sekali.

“Tak. Aku cuma nak minta ampun dengan dia orang. Rahsia ni tetap akan jadi rahsia kita berdua.”

Tahu tak apa….

“Pesan dengan kak long dan anak-anak along tu. Kalau rahsia ni pecah, bukan lagi orang lain tapi saya sendiri yang akan musnahkan keluarga along,” ugutku penuh emosi. Aku akan melakukan apa saja kalau rahsia ini bocor.

Sudahlah aku berkorban begini besar, andai kata pecah juga… masya-Allah… kuatkanlah hatiku untuk bersabar.

“Aku berjanji, ngah. Aku dah banyak menyusahkan kau. Aku minta maaf.”

“Jadi bila along nak balik ni? Passport dah dapat ke belum?” Dalam risau, aku masih mampu memikirkan kebajikan mereka.

“Passport dah dapat lepas Sofea telefon ayah dia... tapi kami kena tunggu papa dan mama sampai dulu. Kalau tak nanti dia orang syak pula.”

“Tiket dah beli ke?”

“Dah. Along dah uruskan. Sekali flight dengan papa dan mama. Ini pun aku dah risau sebab muka Irman bengkak sangat.”

“Alah, cakap ajelah dia bergaduh dengan budak-budak samseng kat situ. Insya-Allah papa dan mama mesti percaya punya.”

Dari mula along menyatakan hasrat mahu berpindah meluaskan perniagaan di Turki empat tahun lalu, papa dan mama berkeras tidak setuju. Kebetulan masa itu

Page 115: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

115

negara Turki sedang dalam proses pertukaran kuasa pentadbir Kristian sepenuhnya.

Dari dulu lagi negara itu tidak stabil. Entah angkara siapa sampaikan masjid-masjid kini menjadi gereja mereka. Turki memang tidak sesuai untuk rakyat beragama Islam.

“Ngah, aku janji akan balas jasa-jasa kau dengan kami sekeluarga. Aku janji. Sumpah!”

“Jangan nak sumpahlah, long. Entah terlaksana entah tak nanti.”

Along mengeluh berat. Dalam nafasnya ditahan-tahan.

“Saya bukan nak sombong tapi cukuplah kata insya-Allah. Kalau ada, ada la. Tapi saya lebih senang kalau along setakat tolong jaga mulut along sekeluarga jangan sampai rahsia ni pecah.”

Page 116: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

116

AKU tiba lebih awal di tempat yang sudah dijanjikan. Sebuah restoran makanan barat yang

agak sederhana. Dan yang pastinya bukan restoran kesukaan Alishah. Dia kurang gemar western food.

“Abang dah sampai?”

Aku lekas angguk dan tiba-tiba sedar kami cuma berbual di telefon. Macam mana dia nak nampak apa yang aku buat?

“Ya. Dah duduk pun.”

“Sekejap ya, bang. Sofea nak park kereta lagi.”

“It’s okay. Take your time.”

Dan talian segera aku putuskan. Kenapa aku tiba-tiba setuju keluar makan tengah hari dengan Sofea hari ini? Selepas peristiwa dua hari lalu itu?

Sementara menanti dia sampai, aku membelek-belek gambar-gambar Alishah dan Asha di dalam telefon bimbit. Gambar Alishah tiada yang tidak lengkap bertutup

Bab 16

Page 117: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

117

aurat. Katanya dia takut ada orang lain melihat atau terlihat dirinya kalau dia membuka tudung di hadapan kamera.

“Assalamualaikum.”

Seseorang berbisik betul-betul di telinga.

Sofea!

“Waalaikumsalam.”

Tanganku beberapa kali mengurut dada. Walaupun kata-kata baik yang dihulur oleh Sofea tetapi dengan cara yang begitu, sungguh aku terkejut.

Dia menarik kerusi di sisiku dan terus duduk. Senyumannya melebar di bibir. Pastilah dia berbahagia kerana aku sudi menemaninya keluar makan tengah hari. ‘Temu janji’ pertama kami selepas bergelar suami isteri.

Seketika muncul seorang pelayan lelaki menghulurkan buku menu. Dia berfikir-fikir memilih makanan hinggakan pelayan tadi mengalihkan perhatian beberapa kali.

“Kata favorite food ada kat restoran ni.” Perlahan aku memberi isyarat yang aku juga sudah bosan menunggu tanpa ditanya apa yang hendak aku makan.

“Hmmm... confused. Tak tahu nak makan apa bila dah duduk sama dengan abang ni. I used to be with my colleague.”

Terharu? Sedikitlah. Dari aksinya, senyumnya… dapat aku lihat betapa terujanya dia dapat bersama diriku. Mengapa ya? Di mana sebenarnya dia mengenaliku sehingga dia begini suka padaku?

Selama hidupnya, dia membesar di Turki dan hanya sesekali datang ke Malaysia mengikut ibu bapanya. Baru tiga tahun kebelakangan ini dia semakin kerap ke sini. Sendiri.

Page 118: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

118

Menguruskan businessnya. Itupun setahuku, dia menjalin hubungan perniagaan dengan syarikat perkapalan antarabangsa sahaja.

Syarikatku yang tidak semegah mana itu? Belum pernah berurusan dengan Top World Shipping Company miliknya.

“May I have your order now, madam?”

Mungkin sudah tidak tertahan lagi tertunggu-tunggu, pelayan itu akhirnya bersuara juga.

Soalannya disambut senyuman dan anggukan padu Sofea. Sempat lagi matanya melirik padaku sebelum bersuara.

“I’d prefer to eat beef stick with chicken sauce. How about that, abang?”

“Saya terasa nak makan fish and chips. Terpulanglah pada Sofea nak makan apa.”

Sungguh, respons yang sangat mematikan selera seorang isteri.

“Oh, abang suka fish and chips rupa-rupanya.”

“I think so.”

Sofea menyentuh tanganku di atas meja. Diusapnya sebentar dan aku pula yang bergegar sendiri. Mujurlah akal warasku sempat menghalang daripada melakukan tindakan refleks yang dengan pastinya akan menjadikan maruah Sofea jatuh diinjak kaki pelayan ini.

“Okay.”

Pelayan tadi senyum mesra. “So, what would be your final order?”

“I’ll decide,” putusnya. Walaupun suaranya lembut.

Page 119: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

119

Aku cuma terangguk-angguk. Sepanjang perkahwinanku dengan Alishah, dia tidak pernah memutuskan apa sahaja seperti ini. Dia akan bersungguh-sungguh memastikan aku jugalah yang akan paling berpuas hati terhadap apa saja yang ingin aku lakukan.

“We’ll take fish and chips but please put some chicken sauce on mine. About the drinks, we’ll take fresh orange. That’s all for now.”

Lidahku cuma terkelu. Aku tidak minum fresh orange dan aku tidak suka fish and chips.

Dari langkah pertama yang diambil oleh pelayan itu hinggalah pertemuan kami berakhir di muka pintu restoran tidak sampai sejam kemudian, aku menilai dirinya saja dan rumusanku: membosankan!

“TUAN ada meeting dengan Radzin jam empat petang nanti.” Ketibaanku disambut jadual daripada Siti.

“Radzin? Ada hal yang tak selesai lagi ke?”

“Eh, Radzin kata nak bincang something. Tak cakap apa.” Siti menegakkan tubuh. Mungkin dia belum lagi keluar makan tengah hari apabila melihat fail yang berlambak di atas mejanya.

“Did he call?”

“He called, of course. Kenapa, tuan? Tuan tak nak jumpa dengan dia ke? Saya boleh batalkan kalau tuan nak.”

Aku menonong masuk ke pejabat. Menyedari soalannya tidak berjawab, dia lekas-lekas bangun mengekoriku sehingga ke dalam, siap dengan organizer, reminder dan sebatang pen kesukaannya.

Page 120: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

120

“Tuan?”

“Hmmm… jangan batalkan. I wonder what is not done between us. Mungkin pasal kamu tak, Siti?”

“Saya? Kenapa dengan saya, tuan?” Dahinya berkerut seribu, keningnya bercantum menjadi satu.

“Kamu tak rasa sesuatu ke dengan Radzin tu?”

“There’s nothing between us, sir. So, apa yang sepatutnya saya rasa pula?”

Aku berjeda seketika. Membiarkan perasaan ingin tahu membuak-buak di dalam dirinya. Saja aku mahu bergurau pada saat-saat begini. Saat perasaanku tika makan tengah hari tadi sudah terganggu.

“Tuan? Would you please explain it to me?” desaknya di luar sedar. Nampak benar dia seakan-akan terasa sesuatu.

Bukankah Radzin juga menunjukkan tanda seolah-seolah dia berminat dengan setiausahaku seorang ini? Dia melihat Siti seperti melihat Siti Nurhaliza. Sedangkan Siti di hadapanku ini cuma Siti Nuralya. Cuma manisnya tetap ada.

“Tak apalah kalau tak ada apa-apa. Mungkin sayalah yang silap tengok tu.” Putusku akhirnya.

“Huh....” Siti mengeluh lega.

Aku memandangnya dengan sengaja menjegilkan mata dan dia sudah cepat-cepat keluar. Siti… Siti….

MAK KIAH sedang sibuk memandikan Asha semasa aku sampai di rumah. Senang hatiku melihat pengasuhku kini sedang mengasuh anakku dengan penuh kasih sayang tentunya.

Page 121: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

121

“Assalamualaikum, anak papa.”

Asha mengukir senyuman. Benar-benarkah dia memahami apa yang aku katakan atau dia sudah terbiasa mendengar ucapan salam daripada mamanya. Sejak dia mula disahkan mengandung lagi.

“Biar saya pakaikan Asha baju, Mak Kiah.” Aku menawarkan diri dengan penuh senang hati.

“Serius ke nak tolong Mak Kiah ni?”

“Eh, Mak Kiah ni. Saya jarang dapat tolong Isha atau Mak Kiah.” Selama ini aku hanya tahu sampai di rumah untuk berehat. Jarang sekali aku dapat membantu mereka menguruskan rumah tangga.

“Tak penat ke?”

Senyumanku bertambah lebar. Tubuh Asha yang sudah dibaluti tuala berwarna putih bersih aku letakkan di atas katil.

“Tak apa, Mak Kiah. Saya betul-betul nak tolong.”

“Kalau kamu dah cakap macam tu, biar Mak Kiah siapkan minuman petanglah.”

“Ya. Okey.”

Kami ditinggalkan berdua sahaja. Tubuhnya aku keringkan sebelum aku letakkan bedak bayi Johnson’s Baby.

“Baby papa nak baju warna apa malam ni?” Pipinya aku kucup berkali-kali. Sungguh Allah SWT sayangkan aku dengan menganugerahkan diriku dua orang puteri yang sangat menyenangkan diriku.

Memilih hampir seminit dua, akhirnya aku mencapai baju tidur yang kelihatan comel benar berwarna ungu bercampur merah jambu. Hadiah daripada papa sempena kelahiran bayi kami.

Page 122: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

122

“Assalamualaikum.”

Kelembutan suara itu lebih menarik perhatianku untuk terus menoleh ke muka pintu.

“Sayang?”

Manis dan sangat menyegarkan senyuman di bibirnya walaupun selepas seharian dia berada di pejabat. Menguruskan itu ini hal perniagaannya. Ke sana ke sini bertemu pelanggan yang inginkan perkhidmatan kreatifnya sebagai pereka dalaman yang agak popular.

“Cantiknya anak mama. Papa tolong pilihkan baju ke?” Dia sudah meluru memeluk Asha selepas menyalami tanganku.

Asha ketawa mengekeh. Mereka berdua: puteri hatiku, memang rapat. Harap-harapnya mereka akan kekal rapat begini sampai bila-bila.

“Sayang dah solat ke?”

“Dah, bang. Lepas jumpa client tadi Isha ajak dia solat sekali kat masjid.”

“Ajak sekali? Lelaki ke perempuan?” soalku sedikit bernada cemburu.

Alishah mengerutkan dahi memandangku. Sesekali dia cuba menahan ketawa.

“Masya-Allah. Abang fikir banyak sangat ke lately ni? Banyak benda yang abang tersasul.” Rambutku diramas-ramas lembut. Sejuk sedikit rasa marah yang baru hendak bertapak.

“What do you mean tersasul?”

Dari berdiri, Alishah membawa Asha duduk rapat di sisiku. Pun begitu dia tidak sesekali mengalihkan anaknya kepadaku. Tentu saja dia tidak mahu aku kepenatan.

Page 123: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

123

“Abang.”

Tanganku digenggam erat sebelum dibawa ke bibirnya.

Aku terdiam saat dia mencium hangat kedua tanganku.

“Isha tak pernah berurusan dengan client lelaki selama ini sorang diri. Kalau Isha jumpa client, it’s a woman for sure. Kalau kena jumpa juga client lelaki, Isha akan serahkan pada designer lain. Or else, Isha ajak PA Isha keluar sekali.”

Kami berpandangan lama.

Aku yang bersalah. Alishah yang sangat setia. Mengapa aku tidak terfikir soal ini selama ini? Apa yang aku sibuk sangat fikirkan sampai cara kerja isteri sendiri pun aku lupa?

“I’m so sorry if I made you jealous.”

Tanganku dikucup sekali lagi. Lebih intim. Lebih mendamaikan.

“Sayang, abang yang sepatutnya minta maaf. Jealous tak tentu pasal, kan?”

Dia senyum dan kemudiannya menggeleng. Asha diletakkan pula di atas katilnya sendiri sebelum dia kembali kepadaku.

“Syukurlah abang cemburu. Maksudnya abang sayang lagi kat kami.”

Sekali ini aku pula yang mengerutkan dahi, mencantumkan kening. Kenapa semakin hari aku merasakan yang Alishah mengetahui sesuatu yang aku sendiri tidak dapat pastikan kebenarannya?

“Maksudnya abang sayang lagi kat kami….”

Page 124: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

124

Alishah dah tahu ke? Kalau ya, bagaimana dia tahu? Membelek telefonku bukan kerja Alishah. Dia tidak akan menyentuhnya di belakangku. Sekadar untuk mengambil gambar Asha… itu saja.

Page 125: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

125

AKHIRNYA… ya, akhirnya setelah aku berkorban dan menjadi korban, malam ini papa dan

mama akan dapat membawa bersama anak sulung mereka bersama keluarganya sekali.

Mereka dijangka tiba di KLIA pada pukul sepuluh malam nanti. Aku bercadang mahu mengajak Alishah dan Asha ke rumah mama dan papa petang ini. Membantu apa yang patut untuk kenduri kesyukuran menyambut kepulangan mereka.

Selama seminggu lebih mereka menunaikan umrah dan seterusnya melawat keluarga along, tidak sekali pun aku ke sana selepas kenduri dulu.

Bukannya malas tetapi tiada masa. Tambahan pula hanya ada keluarga pak long sahaja di sana sedangkan aku bukannya rapat benar dengan isteri dan anak-anak pak long. Hanya kenal biasa-biasa sahaja.

Keluarga pak long dulu menetap di Singapura hampir dua puluh tahun, maka kami memang jarang

Bab 17

Page 126: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

126

bertemu. Kalau pun ada majlis keluarga, aku si pendiam yang jarang mahu bersosial dengan mereka.

Riezman, tua sepuluh tahun daripada along. Sudah punya seorang cucu perempuan. Puteri Yasmine, tua tujuh tahun daripada along. Anak sulungnya baru sahaja melaporkan diri bertugas di sebuah hospital di Sarawak. Puteri Hidyah, tua tiga tahun daripada along, sudah mempunyai anak teruna berumur lapan belas tahun manakala Puteri Julainah, sebaya dengan aku, baru sahaja melahirkan anak ketiganya bulan lepas.

“Tuan!”

“Siti!”

Berdegup kencang jantungku dibuatnya. Terkejut bukan kepalang. Orang tengah asyik melamun, interkom pula tiba-tiba berbunyi.

“Tuan ada meeting dengan akauntan syarikat jam lima petang nanti. Lepas meeting dengan Datuk Yazid. Boleh ke, tuan?”

“Eh, meeting jam lima?”

“Tuan dah lupa ke? Kan saya ada arrangekan dua hari lepas.”

“Alamak! Saya sepatutnya balik awal hari ini. Ada kenduri kat Bukit Antarabangsa. Tolong cancel dulu meeting tu. Postpone esok atau lusa.” Takkanlah aku datang waktu rombongan papa dan mama sampai? Siapa nak tolong uruskan persediaan kenduri?

“Errr... this is an important meeting, sir.”

Sebuah keluhan terlepas. Siti yang aku kenal, cekap orangnya. Apa sudah jadi dengan setiausahaku ini?

“Siti, would you please tell me siapa bos kat sini?

Page 127: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

127

You or me?” Bukan berlagak atau meninggi diri tetapi bosan. Arahanku selama ini tidak pernah dipersoalkan oleh sesiapa sahaja.

“I’m sorry, sir.”

“Kalau macam tu, listen to me. Cancel meeting tu. Saya ada hal lebih penting. Family matter.”

“I’m sorry, again. I will do as you command.”

“Syukurlah....”

Dengan pantasnya aku memutuskan talian. Beberapa saat kemudian, talian bersambung tetapi bukan lagi kepada Siti. Aku menghubungi pak long bertanyakan apa yang perlu disiapkan lagi. Terkesan juga hati apabila aku dikatakan kurang mengambil berat kebajikan papa dan mama.

Satu mesej aku hantar kepada Alishah. Memaklumkan rancanganku mahu mengajaknya pulang ke Bukit Antarabangsa dan dia perlu pulang lebih awal.

Message delivered to LoVe My WiFe... Alishah. Tetapi belum sempat aku menutup telefon, nama kekasih hatiku satu-satunya itu muncul di skrin.

“Assalamualaikum, sayang,” sapaku. Terkejut bercampur gembira. Senang hati berpeluang mendengar suaranya yang lunak manja.

“Waalaikumsalam. Abang kat ofis lagi ya?”

Aku pantas melihat jam di tangan. Pukul satu dua puluh tengah hari. Oh ya, waktu untuk makan tengah hari dan solat zuhur.

“Yalah, dear. Abang tak perasan pun jam ni dah sampai angka satu. Sayang abang dah makan ke?”

Kedengaran tawanya di hujung talian.

Page 128: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

128

“Isha baru habis meeting. Abang nak keluar makan tak?”

“Sayang nak makan apa? Kat mana?”

“You set the place and the menu. Isha menurut aje. Ke abang nak Isha pilihkan pula untuk kali ini?”

Sebuah restoran Melayu yang menyajikan masakan kampung melintas di fikiran. Terbayang-bayang aku ikan keli goreng berlada bersama kerabu jantung pisang dimakan bersama nasi panas.

“Sayang get ready. I’ll be there in thirty minutes. Kita makan masakan kampung hari ni.” Putusku pantas.

MAKANAN yang tersaji di hadapan mata begitu menyelerakan sekali. Aku benar-benar rindu masakan kampung begini.

Kami makan bersulam cerita. Alishah lebih banyak diam kerana bukan sifatnya makan sambil berbual. Bukan aku tidak tahu tetapi entah kenapa macam-macam perkara melintas di fikiran untuk dibualkan.

Saat aku makan bersama Sofea dulu, terasa kebas punggung hendak duduk lama-lama. Tetapi bersama Alishah, hampir dua jam kami di sini.

“Abang masih berselera makan... tapi dah nampak kurus sangat,” komen Alishah selepas aku menghabiskan suapan nasi berlaukkan ikan keli goreng berlada. Nasi tambahan untuk kali ketiga. Benar-benar bagai dirasuk syaitan seleraku hari ini.

“Kurus sangat?” persoalku.

Dia mengangguk perlahan. Jari-jemarinya

Page 129: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

129

menjangkau mengusap tangan kiriku di atas meja. “Abang banyak fikirlah tu.”

Aku tersengih saja. Memang aku banyak berfikir. Tentang along… tentang Sofea... tentang bussines... tentang bila masanya paling sesuai untuk aku menjelaskan pada Alishah hal sebenar… semuanya!

“Tengok tu… fikirkan apa tu? Sampai melayang fikiran,” tegurnya serentak menepuk lembut tanganku.

“Tak ada apalah... biasalah, manusia kena banyak berfikir. Abang fikir kenapa abang bertuah sangat dapat wife sebaik Isha.”

Buat pertama kalinya aku melihat wajah tersipu-sipu malu isteriku sendiri. Darah merah menyerbu naik ke muka namun tetap menambahkan kecantikannya. Dia kelihatan begitu menawan sekali.

“Malu ke?” usikku sengaja sambil meramas tangannya di bawah meja.

Dia membalas erat. “Tak… tak malu... cuma segan. Isha tak adalah sebaik mana pun. Kalau pun baik, sebaik-baik manusia.”

“Ini yang buat abang hormat sangat dengan sayang.”

Matanya merenung ingin tahu. Sengaja aku membalas renungannya tetapi dengan maksud yang lain hinggalah dia menutup mulut menahan ketawa.

“Kenapa pula?”

“Sebab….”

Belum sempat menyambung gurauan, telefon bimbit di atas meja bergegar menandakan ada panggilan masuk.

Page 130: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

130

Mulanya aku hanya mahu membiarkannya berhenti berdering tetapi sekilas aku ternampak namanya.

“Ujian daripada Allah... calling. Emmm… abang nak jawab call ni kat luar sekejap ya, dear.”

Buru-buru aku bangun dan apabila melihat anggukan penuh yakin Alishah, aku terus menerpa ke pintu keluar. “Assalamualaikum.”

Aku merebut peluang mencari pahala dengan menghulurkan salam terlebih dahulu.

Sofea menjawab perlahan sebelum berdehem beberapa ketika. Ada apa lagi ya?

“Abang dah makan ke?”

Aku mengiakan saja. Melihat jarum jam yang menghampiri angka tiga petang, aku terus memasang niat terus pulang ke rumah bersama Alishah supaya kami dapat berehat sebentar berdua. Pukul lima nanti perlu ke Bukit Antarabangsa pula.

“Kenapa call ni? Ada apa-apa ke?” Tidak tertunggu aku rasanya.

“Tak ada apa tapi…”

“Teruskan.”

“Sofea rindu kat abang.”

Dia malu-malu, aku pula sudah terpaku. Rindu katanya? Rindukan abang… rindu kat aku?

Sudah hampir seminggu selepas hal itu berlaku. Aku baru hendak merasakan detik-detik gembira menjalani hidup berumah tangga bersama Alishah dan Asha dan kini semuanya seakan-akan terusik oleh kehadiran Sofea.

“Malam ni abang boleh balik rumah Sofea?”

Page 131: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

131

“Ummm… abang ada hal penting. Mungkin lain kali kut.”

“Hal penting?”

Aku cuba untuk tidak merengus. “Ya, ada hal dengan famili abang. Lain kali kalau ada masa, abang cuba.”

“Oh, tak mengapalah kalau macam tu. Abang selesaikan dulu hal abang tu.”

“Ya, insya-Allah.”

SEMASA kami tiba di halaman rumah papa dan mama, kawasan sekitar sudah dipenuhi dengan kerusi dan meja. Saudara-mara papa dan mama juga kelihatan duduk-duduk sambil bersembang di bawah khemah.

Pak long dan mak long menyambut kami sebaik sahaja aku membuka pintu kereta. Terasa segan sebenarnya kerana lambat datang.

“Pak long guna catering separuh. Itu yang cepat siap semua ni,” komen pak long semasa kami bersalaman.

Mak long membawa Alishah, Asha dan Mak Kiah ke kawasan khemah wanita yang menempatkan hampir sepuluh orang kaum keluarga mama.

“Saya minta maaf sebab tak sempat tolong, pak long. Banyak kerja dekat ofis tu.”

Pak long terangguk-angguk.

Sementara pak long kembali kepada kumpulannya tadi, aku mengangkat beg pakaian ke dalam rumah.

“Zikri tidur sini, kan malam ni?” sapa mak lang yang baru keluar dari bilik air di hujung tangga.

Page 132: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

132

“Ya, mak lang. Semalam ajelah kut yang boleh.”

“Baguslah macam tu. Kerja banyak pun, jangan sesekali lupakan tanggungjawab.”

Aku mengangguk setuju. Tanggungjawab jangan dilupakan. Setakat ini aku masih menunaikan semua tanggungjawabku dengan baik. Kepada papa dan mama. Kepada Alishah. Kepada Asha. Kepada Allah SWT... malah kepada syarikatku.

Tetapi bagaimana hukumnya tentang tanggungjawabku terhadap Sofea? Dia aku nikahi bukan atas kehendakku.…

“Mak lang turun dululah ya, Zik. Nak jenguk masakan kat laman belakang tu macam mana. Dah siap ke belum.”

“Eh, bukan pak long kata guna catering ke, mak lang?”

“Yalah... tapi kerja orang diupah ni kena dipantau. Penting. Nak lagi kalau budak-budak remaja lelaki aje yang selesaikan,” ujar mak lang dengan mulut yang terjuih-juih seakan dia sama sekali tidak mempercayai kredibiliti pekerja catering tersebut.

“Kalau macam tu, Zik masuk dululah. Lepas ni Zik turun. Tolong apa-apa yang tak siap lagi tu.”

Mak lang senyum. Walaupun aku jarang bertemu adik mama ini, tetapi sikapnya yang mudah mesra itu menghalau rasa kekok jauh daripadaku apabila berbicara dengannya.

SELEPAS solat maghrib berjemaah di ruang tamu yang sudah

Page 133: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

133

dikosongkan segala perabotnya, kami terus bersedia mahu bertolak ke lapangan terbang. Menurut papa, penerbangan mereka akan mendarat jam lapan lima puluh malam ini.

Aku mengajak Alishah dan Asha sama tetapi Alishah memberi alasan mahu membantu menghidangkan makanan untuk para tetamu. Sementelah pula Asha pasti akan merengek tidak selesa kerana mengantuk.

Akhirnya, sepuluh buah kereta bergerak ke lapangan terbang. Aku bersama pak lang, Izham dan Carmine. Pemandu papa berseorangan untuk membawa papa dan mama. Pak long memandu Toyota Alphardnya, khas untuk membawa along sekeluarga. Diikuti oleh sepupu-sepupuku yang lain dan kawan-kawan rapat orang tuaku.

Jam menunjukkan lagi sepuluh minit menuju ke pukul lapan lima puluh semasa kami masuk ke ruangan ketibaan. Aku mengambil keputusan duduk di kerusi yang tersedia sahaja. Carmine, anak bongsu pak lang merengek minta diambil gambarnya di salah satu sudut menarik KLIA.

Sementara itu, aku membelek-belek telefon di tangan. Gambar-gambar comel dan keletah Asha menjadi tatapan. Sudah besar anakku.

“Amru dah nak pindah Malaysia terus ke?”

Satu suara tiba-tiba menyapa. Aku menoleh ke belakang. Razif, anak menantu Datuk Munir yang sebaya dengan along. Entah bila dia duduk di situ.

“Ya, macam itulah nampaknya. Papa dengan mama pun sokong kalau dia balik menetap di sini.”

Razif terangguk-angguk. “Bolehlah tolong business uncle.”

“That’s the main reason why papa asked him to

Page 134: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

134

come back and live here. Business papa tu dah tak larat papa nak handle.”

Bukan aku tidak mahu membantu tetapi aku lebih senang membuka langkah sendiri.

“Awak kenapa tak join sekali business tu? Business macam itu punya bagus. Ada masa depan, rugi kalau tak join.”

Sebuah senyuman terukir di bibir. Padaku, lebih elok berjalan sendiri daripada mengikut jejak orang. Nanti jika jejaknya hilang, kita yang terbiasa mengikut sahaja pasti akan tercari-cari.

“Saya rasa business yang saya usahakan sekarang pun dah makin stabil. Kira okeylah untuk usahawan muda.”

Bukan niat mahu mendabik dada tetapi aku tidak rela diriku dipandang sebelah mata begini.

PAPA dan mama dikerumuni oleh semua yang hadir menyambut mereka di lapangan terbang. Aku terpaksa duduk menanti keadaan reda sedikit sebelum berpeluang meraih pelukan papa dan mama.

“Mana....”

Belum sempat menghabiskan ayat, kelihatan along berjalan mendampingi Irman Khalis yang duduk di kerusi roda. Wajahnya hampir penuh dibalut kain pembalut berwarna putih. Di belakang mereka, kak long berpegangan tangan dengan Irene Putri yang memeluk teddy bear yang hampir sama besarnya dengan kanak-kanak lima tahun.

“Ilyah?” Mama tercari-cari.

Page 135: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

135

Semua orang kini mengerumuni keluarga along yang sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Malaysia.

“Dia ke toilet, ma,” perjelas kak long.

Mama menarik kak long ke sisinya untuk diperkenalkan kepada semua. Aku merapati along dan Irman.

“Irman dah okey ke?” sapaku sambil membelek-belek lebam di lengannya.

Dia cuma mampu mengerdipkan matanya beberapa kali. Along sama sekali tidak membuka mulut. Entah dia terharu atau segan denganku.

“Along?”

“Aku sihat. Terima kasih sebab tolong aku, ngah. Kau ajelah adik aku dunia akhirat. Aku hutang nyawa dengan kau.”

“Biarlah....”

Aku berniat mahu menolak kerusi roda Irman, namun tubuhku tiba-tiba ditarik ke dalam pelukan along. Terpempan aku dibuatnya. Selama ini mana pernah kami serapat ini. Aku dan along, jiwa kami berbeza sama sekali.

Dari kecil sehinggalah masing-masing meningkat dewasa. Along selalu mentertawakan aku yang suka memerap di rumah. Berdamping dengan papa dan mama. Katanya aku hampir-hampir menjadi ‘sotong’.

Setiap kali digelar ‘sotong’, mahu atau tidak aku akan mengalirkan air mata. Mengadu kepada mama. Aku sesungguhnya bukan lembut. Cuma naluriku saja yang bencikan kebebasan, kekasaran dan keganasan.

Tidak seperti along. Masuk tingkatan satu, dia sudah berani memukul rakan sekelasnya gara-gara berebutkan seorang guru perempuan yang cantik.

Page 136: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

136

Along pernah dihukum gantung sekolah selama sebulan atas kesalahan meraba tubuh rakan sekelasnya. Berbirat jugalah belakangnya dirotan papa. Waktu itu aku tiba-tiba berasa terlalu bersyukur aku tidak mengikut jejaknya.

“Papa, tunggu!”

Satu suara manja tiba-tiba melaung. Kami serentak menoleh ke belakang. Seorang gadis berkulit cerah dengan pipi yang agak kemerah-merahan berlari-lari mendapatkan kami.

“Ilyah, salam dengan pak ngah.”

“Okey.”

Dia menghulurkan tangan kanan. Tiada ciuman seperti lazimnya anak-anak Melayu apabila menyalami tangan bapa saudaranya sendiri.

“Kenapa along biarkan Ilyah ke toilet sendiri? Dia baru sampai ke sini, banyak benda dia tak tahu lagi,” marahku selepas itu. Di telinga along.

“Kami dah biasa macam ini. Bebas.”

Aku merengus benci. “Ya, sebab dah biasa sangat bebaslah along paksa saya berkorban sampai macam ini.”

Sekali ini dia terkunci mulut.

Aku bergerak menolak Irman ke arah kumpulan saudara-mara dan rakan-rakan papa dan mama yang masih mahu beramah-mesra dengan orang jauh ini.

“Zik, apa hal kamu tak ajak menantu dengan cucu kesayangan mama ke mari?” soal mama dengan wajah yang masam mencuka.

Pak lang dan beberapa orang yang terdengar mengulum senyuman di bibir masing-masing. Mungkin

Page 137: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

137

mama terlalu excited sebentar tadi hinggakan baru sekarang dia perasan Alishah dan Asha tiada bersama.

“Isha tolong sediakan makanan kat rumah. Dia tunggu mama dengan papa kat rumah aje.”

Mendengar jawapanku, mama terus tersenyum. “Rajin benar menantu mama sorang tu. Tambah sayang mama dibuatnya.”

“Tengoklah siapa husband dia, ma,” usikku.

“Yalah... syukurlah... lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Mama gembira kalau anak-anak mama gembira.”

“Kut ya pun, takkan kita tak nak bergerak ke rumah pula ni? Abang dah penat. Nak jumpa saudara-mara kita kat rumah tu.” Papa menolak troli yang penuh berisi pakaian sebelum pak lang menawarkan bantuan membantunya.

SATU pertemuan yang sangat mengharukan. Kak long memeluk tubuh Alishah dengan erat sekali. Mereka berbiras. Sama-sama menjadi menantu kepada papa dan mama selepas sudah dua tahun tetapi baru kini berpeluang untuk bertemu.

Dan sesuatu yang juga serupa antara mereka ialah mereka berdua sama-sama anak yatim. Bezanya kak long kehilangan orang tua semasa dia sudah berusia dua puluhan.

“Syukurlah kalau semuanya dah elok sekarang. Harap-harap lepas ni, kita semua dapat hidup dengan tenang,” ucap papa mencelah kesuraman suasana.

Beberapa orang yang mendengar turut mengaminkannya.

Page 138: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

138

Selesai bertahlil dan berzikir, papa memulai bacaan doa selamat sebelum semua tetamu dijemput menjamu selera. Lauk-pauk yang terhidang di atas meja mula dikerumuni. Mak lang sedia berdiri di hujung meja memastikan semua makanan masih mencukupi.

Aku cuba mahu mendekati Alishah namun dia terlalu sibuk membantu menghidangkan buah kurma segar yang dibeli oleh mama. Dari satu sudut, aku begitu asyik memerhatikan dirinya.

Walaupun sibuk begitu, dia masih tetap kelihatan menawan. Bibirnya sepantas mungkin akan mengukir senyuman setiap kali dia berpapasan dengan tetamu wanita. Senyumannya mesra dan ikhlas. Beberapa kali pula mama memanggilnya untuk duduk bersama namun dia menolak dengan cara lembut.

Dulu semasa kami di tingkatan empat, Safwan sentiasa memerhatikannya. Ke mana sahaja Alishah melangkah, waima setiap kali Alishah melirik mata pun diperhatikannya. Safwan memang terlalu tergila-gilakan Alishah. Sedangkan aku waktu itu cuma terbuai dengan kecantikan dan kelincahan Cat dan Faizah.

Sekarang baru aku sedar hakikat ini. Alishah seorang wanita yang sentiasa mempesonakan. Mata siapa pun yang memandangnya, pasti akan tertawan.

“Dia memang cantik.”

Sekilas aku menoleh. Melihat along datang duduk di sisiku dengan membawa secawan kopi panas.

“Along tahu kenapa kau sayang sangat dengan dia,” katanya lagi cuba menarik perhatianku.

“Cinta pertama saya, long.”

Page 139: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

139

“Pandai angah cari. Cantik.”

“Jangan puji isteri saya macam tu. Tak selesa.”

Along ni lain sikit. Dari tadi asyik memuji Alishah cantik. Jangan dia berperasaan yang bukan-bukan, sudah.

Amaran halusku disambut ketawa kecil oleh along. Ditepuk-tepuknya pehaku beberapa kali. Padanya mungkin lucu namun tidak padaku. Sedangkan hal sebesar penjualan dadah pun dia boleh lakukan, apa mustahilnya kalau dia mencuba nasib mengganggu adik iparnya sendiri?

“Takkanlah aku nak kacau adik ipar sendiri. Don’t worry.” Jaminnya dengan suara yang cukup yakin.

“Lebih baik berjaga-jaga daripada terkena, kan?”

Along senyap. Ketawanya terhenti sendiri. Malas mahu memanjangkan kelahi, aku bingkas bangun menyertai kumpulan Razif dan sepupuku yang lain. Kebetulan kak long juga datang duduk di sebelah suaminya.

MALAM sudah semakin larut. Keadaan rumah yang tadinya riuh dengan bual bicara kini sunyi sepi tanpa suara. Semua tetamu sudah beransur pulang, begitu juga dengan saudara-mara papa dan mama.

Selepas berbual-bual dengan pak long, mak long dan papa, aku meminta diri masuk ke kamarku yang terletak di sebelah bilik papa dan mama. Terasa letih seluruh badan bergerak ke sana ke mari dari pagi sehingga malam.

“Assalamualaikum,” ucapku sebaik menutup semula pintu bilik.

“Waalaikumsalam.”

Page 140: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

140

Alishah masih ralit mendodoikan Isha di katilnya. Mungkin si kecil kami ini terjaga tadi.

Aku menapak ke katil. Melabuhkan punggung di situ sambil merenung gerak-geri penuh lembut Alishah yang sedang menepuk-nepuk tubuh Asha. Bibirnya terkumat-kamit membacakan ayat suci al-Quran.

“Come to me, dear,” pintaku sengaja mahu mengusik.

Alishah akur. Diselimutkannya tubuh Asha sebelum dia meleraikan ikatan rambutnya. Seketika keletihan yang merajai diri sebentar tadi pergi entah ke mana. Aku menunggu di atas katil.

“Penat betul abang hari ni,” keluhku.

Bukan tidak ikhlas namun sesungguhnya memang aku letih. Kalau aku yang cuma sedikit kerjanya pun sudah begini penat, entah bagaimanalah mereka yang tadinya bertungkus-lumus melakukan itu dan ini. Seperti juga Alishah. Tadi sudah letih di pejabat, datang ke mari sibuk pula membantu apa yang patut dan sekarang hendak menguruskan Asha pula.

“Abang baring. Biar Isha tolong urutkan.”

Senyumannya mekar di bibir. Namun aku terpaksa menolak. Aku tahu bukan hanya aku seorang yang letih.

Alishah juga di pejabat seperti aku. Apabila aku ke lapangan terbang tadi, dia juga sibuk membantu kerja-kerja dapur. Mana lagi dengan urusan si kecil yang pasti merengek sebelum tidur mahukan mamanya. Jika dibandingkan, Alishahlah sebenarnya yang lebih penat. Bukan aku.

“It’s okay. This time let me treat you. Biar abang yang urutkan Isha,” pelawaku pula dengan senang hati.

Page 141: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

141

“Tak naklah. Nanti esok rasa sakit satu badan. Ishakan tak suka berurut.”

“La, mana pula sakit?”

Daguku dicuitnya nakal.

“Bagi abang sedaplah. Isha tak selesa berurut.”

Bertolak-tolak, akhirnya kami sama-sama terdiam sambil berpandangan satu sama lain. Perlahan-lahan aku mengukirkan senyuman. Sesuatu tiba-tiba terlintas di kepala. Memandangkan kami sama-sama letih, ada baiknya kami melakukan sesuatu yang lebih menyenangkan.

“Jom berendam dalam tab mandi!”

TERASA ada sesuatu yang hangat singgah ke pipi, aku terus membuka mata. Berbalam-balam pandanganku dek rasa mengantuk yang tidak sudah-sudah. Semalam kami tidur pukul dua lebih.

Seronok benar bergurau senda sambil berendam di dalam air suam yang dititikkan dengan essential oil. Terasa terbang segala masalah menghadap wajah penuh kasih milik Alishah.

“Sayang, dah nak masuk waktu subuh. Bangun ya,” bisik Alishah.

Bersusah-payah mencelikkan mata, akhirnya aku terlihat Alishah sudah elok bertelekung duduk di sisi katil.

“Sayang dah lama bangun?”

Dia senyum dan menganggukkan kepala. “Bangun awal sebab baby menangis. Lepas dah lena semula, Isha mengaji.”

Page 142: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

142

“Baby menangis?”

Dan aku seperti bangkai yang tidak terdengar apa-apa. Mengapa aku begini? Seorang bapa tetapi tidak peka. Tidak prihatin. Dan seakan sudah menjadi lumrah seseorang suami akan bersikap begini.

Alishah mengelus perlahan rambutku. Mata yang masih mahu terpejam semakin lemah daya tahannya.

“Mengantuk lagi ke?”

Bersama soalan itu, sebuah kucupan sekali lagi mendarat ke pipi kananku.

“Hmmm... entah apa mata abang ni. Mengantuk lebih-lebih.”

“Banyak kerja mestilah penat. Mengantuk.”

Beberapa saat, mataku terpejam dan hanya tersedar tatkala Alishah mengucup lagi wajahku. Penatnya aku, Ya Allah…!

“Kalau abang nak tidur lagi, Isha tunggu abang sambung tidur sepuluh minit. Isha nak sambung baca al-Quran.” Mungkin letih menunggu suaminya ini bangun, Alishah akhirnya memberi cadangan.

Aku yang sememangnya mengantuk terus tersenyum suka. Orang mengantuk disorongkan bantal. Sesuai benarlah....

“Harap-harap abang masih hidup waktu tu,” gurauku dan disambut senyumannya yang manis.

Alishah paling risau jika terlambat menunaikan solat. Dia bimbang nyawanya diambil sebelum sempat dia menemui Allah SWT dalam solat. Alishah memang isteri yang sempurna bagiku.

Mataku tertutup tetapi aku tidak dapat tidur. Resah

Page 143: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

143

pula hati ini. Apatah lagi apabila mendengar alunan suara Alishah membacakan ayat-ayat suci al-Quran. “Sayang....”

Nyata dia terkejut menyedari kehadiranku di belakangnya. Namun bibirnya tetap dihiasi senyuman. Dia bingkas bangun menyimpan al-Quran di dalam laci almari dan menanggalkan telekungnya. Dia perlu mengambil wuduk sekali lagi.

“Tak boleh tidur ke?”

Aku menggeleng dengan memek muka yang sengaja dibuat-buat untuk mendapatkan simpatinya.

Seperti apa yang ada di dalam fikiranku, Alishah memelukku dengan erat. Kadang-kadang isteriku ini boleh berlagak bagaikan ibu kepadaku. Bagaikan memujuk anak kecilnya yang manja.

“Tak apa. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Lepas solat nanti, kalau mengantuk boleh sambung tidur. Nantikan nak masuk ofis,” pujuknya sambil membelai tubuhku.

“I really love you, dear,” ucapku penuh perasaan.

“We love you much more. Both of us.”

Dahiku dikucupnya seketika. Perasaan yang rusuh sekelip mata menjadi damai.

“Dah, abang pergi ambil wuduk dulu. I am after you.”

“Ya, dear.” Aku membuat aksi memberi tabik hormat kepadanya membuatkan dia ketawa kecil.

SELEPAS solat zuhur barulah aku masuk ke pejabat. Siti menyambutku dengan sebuah ucapan salam.

Page 144: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

144

“Anything for me?” soalku walaupun sudah terlihat beberapa dokumen tersusun elok di atas meja. Menanti untuk disemak dan diluluskan.

“Saya dah letak semua dokumen yang perlukan tandatangan tuan kat atas meja tu. Hari ini, appointment tuan dengan wakil dari Syarikat Melayu Jati, Cik Mumtaz. Pukul tiga petang kat Hotel Grand Blue Wave.”

“Okey. Pagi tadi macam mana? Saya cuti mendadak, tak ada yang kena cancel ke?”

Siti memandangku dengan serba salah. Ada sesiapa yang pentingkah aku telah kecewakan? Berkaitan projek atau usahasama? Atau sekadar melawat? “Hmmm…”

“Ya? Anybody?”

”Actually, Radzin yang singgah cari tuan. Dekat sejam dia duduk sini, ingat nak jumpa tuan.”

“Dekat sejam?”

Apa yang dilakukan oleh Radzin di pejabatku sampai sejam sedangkan aku tiada? Ini mesti nak mengayat Siti. Siti dan Radzin, sekali pandang nampak serasi bersama. Kulit sama-sama cerah. Tinggi lebih kurang. Siti ayu, Radzin kacak. Siti pun penyayang orangnya, jadi tak ada masalah nak tackle anak Radzin tu.

“Siti tak cakap ke saya tak masuk ofis sebelah pagi?” Besar juga langkah yang diambilnya kalau sampai sejam duduk mengayat perempuan di sini.

“Eh, saya dah cakap dah.”

Wajahnya tiba-tiba diserbu warna merah. “Dia kata ada benda nak bincang. Saya cakaplah tuan tak datang pagi tapi dia kata tak apa. Dia yang nak duduk sini.”

“Siti bagi dia minum tak?”

Page 145: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

145

Dengan lajunya dia menganggukkan kepala.

“Air apa? Tak ada kuih-muih ke?”

“Saya buatkan kopi. Kebetulan saya ada beli kuih pulut panggang, saya hidangkan sekali.”

“Hmmm.…” Sekilas aku tersenyum simpul tanpa dapat ditahan-tahan lagi.

“Apanya yang lucu, tuan? Tuan gelakkan saya ke?”

Wajahnya yang nampak panik tetapi sedikit kecil hati itu membuat aku terus merubah memek muka daripada menahan senyum kepada serius seratus peratus. Pun dalam hati, aku sebenarnya mahu ketawa. Bukan sekadar senyum.

“Tak adalah. Nak gelak apa pula. Baguslah awak pandai melayan tetamu-tetamu saya tu.”

“Tapi tuan senyum-senyum aje.”

“Isy... memandai ajelah awak ni.”

Sengaja mahu menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi di dalam dirinya, aku berpura-pura membelek sebuah fail. Projek di Kuala Langat di bawah kendalian Fairuz.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dululah tuan.”

“Okey.”

Siti melangkah keluar namun sebelum sempat dia merapatkan pintu, sempat aku bersuara. Kasihan juga melihat wajahnya yang keruh.

“Saya rasa awak sesuai sangat dengan Radzin. Dia ada hati kat awaklah tu yang dia sanggup duduk sini sampai sejam sedangkan saya tak ada.”

Page 146: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

146

HUJUNG minggu yang amat menggembirakan aku rasa. Rencanaku mahu membawa

Alishah dan Asha ke Genting Highlands menjadi malah berjaya menghapus pergi bayangan Sofea serta kerja-kerja yang bertimbun di pejabat.

Sehari semalam di sana, kami lebih banyak memberi keseronokan kepada Asha yang semakin kekurangan perhatian daripadaku.

Hari minggu pula kami singgah menginap di sebuah hotel. Entah kenapa isteriku setuju saja dengan rancangan tiba-tibaku ini. Sedangkan semalam aku sudah merancang mahu singgah di Bukit Antarabangsa melawat papa dan mama.

“Abang susah hati ke?” aju Alishah tiba-tiba saat kami sedang duduk berdua-duaan di balkoni bilik hotel yang menghadap ke pantai.

Aku terpinga-pinga dengan soalannya. “Maksud sayang? I don’t get it, sorry.”

Bab 18

Page 147: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

147

Alishah tersenyum lebar. Ditariknya kerusi yang didudukinya hingga kami menghadap di antara satu sama lain. Tanganku digenggam erat olehnya. Kalau orang lain, semakin tua usia perkahwinan, semakin renggang dan dingin namun syukurlah kerana kami berdua pula sebaliknya.

Dalam hatiku cuma ada perasaan cinta dan kasih buat Alishah. Dia sahajalah segala-galanya bagiku. Luka dia, lukalah aku.

“Isha tengok abang makin kurus pula. Abang ada masalah ke?” Begitu lembut tuturnya bertanya.

Seketika aku tersentap juga. Semakin lama semakin aku dapat merasakan yang isteri kesayanganku ini mengetahui sesuatu. Sesuatu perihal diriku. Tetapi benarkah begitu?

“Sayang agak-agak abang ada problem tak?” dugaku pula.

“Isha ada buat apa-apa yang abang tak senang ke, bang?” rayunya pula. Air mukanya berubah keruh serta-merta. Terasa genggaman tangannya semakin erat. “Abang tolong cakap kat Isha kalau ada yang abang tak berkenan dengan Isha.”

“Sayang....”

Suasana yang elok tadi tiba-tiba dibayangi air mata, sungguh aku tidak selesa. Menyesal pula aku menduga isteriku ini dengan soalan bodoh begitu. Alishah lain. Dia selalu menjangka perubahan pada diriku atas silapnya sebagai seorang isteri.

Aku terlupa yang Alishah terlalu risau tidak mendapat keredaan suami. Dia bimbang sekali aku berkecil hati dengannya walau sedikit pun. Sungguh aku cinta akan isteriku ini, Tuhanku….

Page 148: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

148

“Tak adalah. I’m sorry. I was just kidding. Abang makin kurus bukan sebab Isha.”

Sekelip mata saja tubuhnya sudah berada di dalam pelukanku. Belakang tubuhnya aku usap-usap cuba meredakan perasaannya.

“Dah tu?”

Hidungnya berubah kemerahan namun dia kelihatan semakin comel dan memikat di mataku. Mataku beralih ke matanya yang digenangi air hangat. Ke arah bibirnya yang bergetar perlahan dek menahan tangisan.

“Hmmm… manjanya sayang abang ni,” usikku membuatkan dia tersipu malu. Air mata yang baru mahu mengalir turun aku sapu dengan sehelai tisu.

“Abang tak nak cakap kenapa abang makin kurus?”

“Tak naklah. Nanti isteri abang nangis lagi.”

“Abang....”

“Ya, abang tak nak bincang benda yang boleh menyedihkan isteri abang. Biarlah benda tu. Yang penting hubungan kita masih elok macam sekarang.“

Matanya yang bersinar itu aku renung penuh kasih. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepala. Sesungguhnya apa lagi yang lebih bernilai daripada melihat serta merasai manisnya perhubungan yang semurni ini?

Hakikatnya aku sendiri tidak perasan perubahan pada fizikal diriku ini. Mungkin juga kerana terlalu tertekan memikirkan perihal Sofea dan along dulu.

“Sayang?”

Alishah segera mengangkat kepala memandangku. Sebuah senyuman kuukir hanya untuk dirinya sambil mengesat air mata yang membasahi pipinya.

Page 149: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

149

“Jom melancong lagi,” ujarku bersama kenyitan mata.

“Melancong? Ke mana, dear?”

“Melancong ke satu tempat yang paling indah. What do you think?”

Alishah masih kurang mengerti sedangkan senyumanku sudah makin melebar dibuatnya.

“Setahu Isha, tempat paling indah cuma syurga Allah SWT walaupun Isha tak pernah jejak kaki kat situ. Ayah dan umi yang ceritakan.”

Seketika aku terdiam. Termalu sendiri. Niatku mahukan yang lain... namun mungkin gambaran kata-kataku yang tidak sesuai tadi sehinggakan membawa kepada salah faham isteriku ini.

“Ya, for sure syurga Allah SWT yang paling indah.”

“Isha minta maaf... tapi abang maksudkan benda lain ke?”

Sebuah kucupan manja melekat ke dahiku.

“Honestly, yes I meant something else.”

“Oh!”

Dan dia tidak sempat menghabiskan kata-kata apabila aku sudah mengendongnya masuk ke dalam bilik. Sekilas terlihat anak kami sedang lena tidur di dalam katilnya, senyuman yang sudah lebar menjadi semakin mekar.

Page 150: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

150

“DATUK rasa, kan bila agaknya masa yang paling sesuai untuk kita adakan

majlis perasmian tu?”

Datuk Halim mengerut dahi. “Saya bercadang nak adakan dalam dua minggu lagi. Yalah saya ni sibuk sikit uruskan anak saya yang nak buat surgery tu.”

“Puspa?” soalku merujuk anak tunggalnya yang sudah beberapa kali aku temui dalam beberapa acara melibatkan syarikat papanya. Anak gadis yang peramah dan manis namun malangnya dia menghidap penyakit jantung.

“Kena ulang-alik ke Singapore every week. Doktor tu kena buat pemantauan kerap. Nak tengok perkembangan Puspa.”

“Saya doakan dia cepat sembuh.”

Kepala Datuk Halim terangguk-angguk. Dulu semasa mama mendapat tahu cerita anak Datuk Halim ini, mama dengan selambanya mengatakan inilah balasannya kalau lelaki menduakan isteri. Puspa itu kebetulannya anak

Bab 19

Page 151: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

151

beliau dengan seorang perempuan simpanannya namun dipelihara oleh isterinya, Datin Sharifah Yasmin.

“Saya bukan apa. Soal kebajikan anak bini ni memang tak boleh berkira... tapi sikit sebanyak impaknya tu, boleh tahan juga.” Dia seraya mengelus-elus janggutnya yang terurus rapi.

“Memang tak boleh nak nafikanlah, datuk... tapi apa boleh buat. Insya-Allah ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua kejadian ni.”

Sebuah senyuman berserta keluhan terlepas. Beberapa kali dia mengulanginya hinggakan aku pula yang kurang selesa memandangnya.

“Saya menyesal dengan apa yang saya dah buat dulu. Inilah kut akibatnya.”

Aku mengangguk namun langsung tidak memberi komen. Takut-takut tersalah bicara nanti ada pula yang terluka. Tidak menjadi projek dibuatnya nanti.

“Zikri, saya harap sangat kamu tak buat hal macam kebodohan saya dulu. Isteri dah ada kat rumah, gatal sangat mencari nasi tambah kat luar. Akibatnya, macam sekaranglah. Mengeluh tak habis-habis.”

Sayang sekali nasihatnya sudah terlambat... malah situasi kami sungguh jauh berbeza. Dia dengan sengajanya menduakan Datin Sharifah Yasmin sedangkan aku pula terperangkap dek kebodohan saudara sendiri.

“Hidup ni dah ditentukan, Datuk. Kita cuma boleh usaha dan berdoa. Kalau jadi juga, memang dah takdirlah namanya.” Sepenuh hati aku memberi pendapat. Benarlah, kan?

Aku juga sejak menjadi suami Alishah sudah puas

Page 152: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

152

berdoa agar hanya dia seorang sahajalah yang akan menjadi pendampingku di dunia ini. Biar hanya Alishah yang akan menjadi tanggungjawabku.

Tetapi akhirnya aku terpaksa pula menikahi seorang wanita lain yang sama sekali tidak terlintas di dalam fikiran ini akan menjadi isteriku… yang kedua.

Sama sekali aku tidak menyalahkan takdir tetapi sudah itu yang ditentukan untukku olehNya. Ya, hendak berbuat apa lagi? Terima sajalah. Terima? Benarkah aku sudah menerima Sofea di dalam hidupku?

Tidak! Tak mungkin sama sekali. Sungguh aku berharap semoga hatiku tidak berubah kepada Sofea. Aku cuma menyintai Alishah.

SELESAI perbincangan dengan unit kewangan syarikat, aku bergegas pulang ke rumah. Saja-saja mahu merehatkan diri namun melihat kereta Alishah masih tiada di garaj, aku mengambil keputusan untuk menyusulnya di pejabat.

Ternyata dia sedang sibuk dengan kerja-kerja rekaannya semasa aku sampai namun segera bangun mendapatkan aku tanpa berlengah dengan senyuman paling indah pernah aku lihat.

“Assalamualaikum, sayang....” Pipinya aku kucup sebaik sahaja kami masuk ke bilik pejabatnya.

“Waalaikumsalam.”

Kami sama-sama melabuhkan punggung di sofa yang tersusun kemas di satu sudut. Mataku tercari-cari kelibat Asha. Setahuku anakku itu diletakkan di dalam bilik mamanya ini.

Page 153: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

153

“Cari baby erk?”

Aku mengulum senyum. “Ya. Mana anak kita?”

“Hmmm… dia pergi meeting kut.”

“Hah?” Asha meeting?

Alishah ketawa suka dapat mempermainkan aku. Silapku juga kerana jarang datang ke pejabatnya ini. Kali terakhir aku ke sini, empat bulan yang lalu. Itu pun sekadar singgah sebentar.

“Oh, pandai nak main-mainkan abang erk? Nakalnya....”

Untuk kenakalannya itu tadi, sebuah kucupan hangat aku berikan di dahinya. Beralih ke matanya dan akhirnya tidak lain tidak bukan, ke kuntum bibirnya yang memerah itu.

“Nak kena denda lagi?” usikku dan dia menggeleng malu-malu.

Indahnya perasaanku saat ini. Seolah-olah berhadapan dengan seorang anak dara lagaknya.

“Anak abang ada dengan Kak Syifa. Dia tolong jagakan sekejap dengan rela hatinya. Isha tak paksa.”

“Ya? Sayang abang tak paksa?”

“Tak.”

“Betul?”

Dia mengangguk sungguh-sungguh sedangkan aku sudah mula melebarkan senyuman.

“Anak abang tak ada, kan?”

“Ya, dengan Kak Syifa.”

“Anak tak ada, boleh abang kacau mama kepada anak abang tak?”

Page 154: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

154

“Abang!!!”

SAMPAI sahaja di rumah, maghrib sudah menjelma. Aku memberi cadangan dan sekali gus keizinan buat Alishah untuk berehat dan memberi laluan kepada Mak Kiah sahaja menjalankan tugas menyediakan makan malam.

Aku tahu dia lebih daripada sekadar penat. Lagipun aku sudah punya rencana lain untuk kami berdua.

“Sayang mandilah dulu. Biar abang tengokkan Asha,” pelawaku menyedari masa semakin bergerak pantas.

“Isha mandi dulu ya.”

“Okey.”

Dan sebuah kucupan yang entah keberapa kalinya melekap di kedua-dua belah pipinya. Melihat lenggoknya yang berkemban tuala itu, aku terus memandang Asha yang ketawa sendiri bermain dengan anak patungnya.

Mandinya tidak sampai lima belas minit. Pun begitu dia tetap sentiasa bersih dan tubuhnya berbau harum.

Aku pula segera mengambil tempat di bilik air sebaik sahaja Alishah selesai menyarung pakaian. Kain labuh bercorak flora berwarna merah jambu dipadankannya bersama blaus warna senada.

“Tolong bentang sejadah ya. Nanti lambat kita.” Pesanku lagi sebelum menutup pintu dan mengenyitkan mata kepadanya.

“ABANG, somebody called you just now.”

Page 155: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

155

“Call?”

Aku yang sudah lengkap menyarung baju Melayu serta kain pelikat segera menerpa ke meja sisi. Mendapatkan telefon yang sentiasa tersimpan di situ.

“Isha tak sempat nak jawab. Tengah bancuhkan susu tadi.”

“Oh, tak apa. Kalau penting, mesti orang tu call semula.”

Ya, siapa pun dia, kalau memang benar dia ada perkara penting hendak disampaikan, sudah tentulah dia akan menghubungiku semula.

“Jom solat, sayang.”

“Kejap, dear. Nak panggil Mak Kiah dulu. Tadi lupa nak inform awal-awal. Dia mesti tengah tunggu tu.”

“Oh, ya....”

Dan aku segera menepuk dahi. Terlupa tentang wanita yang sangat penyayang itu seketika. Melihat Alishah masih belum mengambil wuduk, aku memanggil Mak Kiah di biliknya di tingkat bawah.

Ternyata memang wanita yang sudah kami anggap seperti ibu sendiri itu sedang asyik memasak di dapur saat aku turun ke bawah. Sempat juga aku mengerling ke dalam kuali.

“Wah, ada pucuk paku dengan black pepper beef la. Tak sabar nak makan malam ni.”

Dan Mak Kiah cuma ketawa mendengar bicaraku.

Kami terburu-buru ke bilik Asha, mahu menunaikan solat yang semakin hampir ke penghujungnya.

Dengan membacakan surah-surah kegemaran

Page 156: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

156

Alishah, solat kami bersambung sahaja ke isyak. Tidak seperti lazimnya kami akan membaca al-Quran sementara menanti masuk waktu solat isyak. Selesai menadah tangan membaca doa, kami bersalam-salaman.

Mak Kiah tidak lama bersama kami. Dia perlu segera menyediakan juadah makan malam kerana jadual kami memang tetap pada jam lapan empat puluh lima malam. Cuma nampaknya malam ini tersasar sedikit ke pukul sembilan.

“Ampunkan semua dosa-dosa Isha untuk hari ni, bang.”

“Abang pun sama. Maafkan abang kalau ada yang sayang tak senang dengan abang. Kita cuma manusia biasa.”

Pipi bertemu. Tubuh bersatu. Di dalam hatiku, Alishah sahajalah ratunya. Tiada yang lain, insya-Allah.

Saat bibirku sudah hampir menemui bibirnya, pintu bilik Asha tiba-tiba diketuk.

Alishah dengan pantas meminta izin bangun membukakan pintu. Ternyata Mak Kiah yang muncul mengatakan telefon di dalam bilik kami berbunyi beberapa kali.

“Yours kut. Orang yang called tadi tu.”

Aku terangguk-angguk kerana telefon Alishah jarang berbunyi. Siapa agaknya yang mencariku malam-malam begini? Papa? Ada hal apa? Tapi kalau papa atau mama, mesti mereka akan menyusulku melalui panggilan ke talian telefon rumah sahaja. Atau along dengan masalah baharunya? Atau…

Salahku.

Bukan salahku.

Page 157: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

157

Salahku kerana sudah hampir seminggu lebih langsung tidak mengambil tahu tentang dirinya.

Bukan salahku kerana dia sendiri tidak menghubungiku selama ini. Kalau dia mahu, dialah yang kena memaklumkan apa sahaja yang berlaku pada dirinya kepadaku. Bukan aku yang perlu mencarinya.

Tetapi benarkah aku lebih rela dia yang datang mencariku? Salah ke tak salah? Aduh, apa-apa pun halnya, aku sudah jenuh berfikir. Sofea… Sofea… Sofea….

Kerana mendengarkan rintihannya yang sangat mendesah itu, aku akhirnya meninggalkan makan malam kegemaranku dan lebih penting lagi Alishah dan Asha yang sepatutnya bersamaku malam ini.

“ABANG.”

Nyata dia terlalu gembira melihat kelibatku hadir di muka pintu rumahnya. Lama kami berpandangan sebelum aku tanpa sempat mengelak atau menahan sudah berada di dalam pelukannya. Terkesan juga di telingaku esak tangisnya membuatkan aku tertanya-tanya sendiri.

“Thank you for coming, abang. I really miss you,” ujarnya sambil tanganku disalaminya dengan penuh sopan.

“Saya tak tahu awak kurang sihat.” Aku juga sebenarnya rasa bersalah namun aku simpan rasa itu jauh-jauh dalam diriku.

“No... no... it’s okay. Lagipun bukan sakit sangat pun. Masih boleh berjalan.”

Melihat dia sudah boleh ketawa, sedikit lega rasanya. Nampaknya sakitnya benar-benar kerana rindukan

Page 158: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

158

suaminya. Memandangkan dia sudah boleh senyum dan ketawa, aku tahu sakitnya tidak akan berlarutan. Mudahlah untuk aku pulang nanti.

Aku mengambil tempat duduk di sofa berangkai sementara dia meminta diri ke dapur. Memandang ke seluruh rumah sekali lagi seperti kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini. Nyata suasananya masih serupa.

“Hot chocolate untuk abang. Minumlah.”

“Ah....”

Entah bila dia sudah sampai dan duduk di sisiku. Dapat aku rasakan dia begitu teringin merapatkan diri denganku namun mungkin rasa segan melihatkan reaksiku menghalang niatnya.

“Awak dah makan ke?”

“Tak ada selera nak makan, bang...” keluhnya.

Adakah untuk memancing simpati daripadaku?

“Sebab tu kut awak tak sihat. Tak makan.”

Dia senyum sahaja mendengar andaianku.

“Sofea memang jarang makan malam kalau sorang. Kecuali kalau ayah dan mama datang bermalam kat sini.”

Oh… padanlah badannya kurus. Alishah kurus juga tapi masih boleh tahan berbanding Sofea yang nampak keletihan dan bolehkah aku mengandaikan dirinya seperti seorang manusia yang sengsara?

“Abang pula dah makan?”

Pada mulanya aku mahu menggeleng dengan jujurnya namun tidak mahu terlalu lama menghabiskan masa di sini, kepalaku terangguk-angguk sendiri. Sungguh aku semakin pandai menipu sekarang.

Page 159: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

159

“Lepas maghrib dah makan. Biasanya lepas isyak baru makan tapi tadi semua orang dah lapar,” ujarku menambah-nambah.

“Abang suka makan apa ya? If you don’t mind, I want to know.”

Aku suka makan apa ya? Lama aku berfikir. Yang penting aku tidak mahu kegemaranku yang sebenar diketahuinya. Itu cuma untuk Alishah, Mak Kiah dan mama.

“Awak reti masak ke?” dugaku, sinis.

Dia menganggukkan kepala dengan yakin. “Tapi Sofea lebih pandai masak western food sebab Sofea tak berapa minat makan makanan Melayu.”

Jujurnya!

“Oh... kalau macam tu, nampaknya kempunanlah saya nak makan kat sini.”

“Kempunan? Kenapa pula?”

“Saya suka sangat makan makanan Melayu. Kampung style. Masak lemak semua tu. Western ke apa ke yang bukan Melayu ni, tak berapa nak minat.”

Memang aku kurang berminat dengan pasta, chicken chop, beef steak semua tu.

Kepalanya terangguk-angguk lagi. Harap-harap dia tidaklah memaksa diri belajar memasak masakan kampung pula semata-mata untuk diriku kelak. Aku sesungguhnya tidak mahu terlalu biasa dengan dirinya.

“Mungkin sebab saya dulu dipaksa study kat Malaysia kut jadi minda tak terbuka. Kalau kena hantar study kat oversea, insya-Allah pandai juga kut menelan pasta and so on tu,” gurauku selamba dan dia pula ketawa senang.

“Tak apalah. Itu selera masing-masing.”

Page 160: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

160

“Alishah pun tak suka western food walaupun lahir kat Kanada.”

Senyumannya kelihatan di bibir. Direnungnya mataku lama. Aku yang tidak perasan sudah tersebut nama Alishah mengerutkan dahi kurang mengerti.

“Nama dia Alishah ya, bang? Cantik nama tu. Mesti orangnya pun cantik, kan?”

Untuk soalan itu, mulutku terkunci sendiri dan saat terlihat ada air jernih bergenang di pelupuk matanya, mulutku semakin kukuh terkunci.

“Abang?”

Matanya tepat merenung ke dalam mataku.

“Boleh tak for these few seconds, Sofea peluk abang lagi?”

Page 161: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

161

DI DALAM perjalanan ke pejabat tadi, aku menerima panggilan telefon daripada Radzin

yang mahu menemuiku hari ini. Entah apa yang hendak disampaikannya, aku lalu meminta Siti memeriksa jadual untuk hari ini.

“Clear after lunch, sir.”

Aku hubungi pula dia sekali lagi. Sekadar mencari kesepakatan masa. Kalau aku free selepas makan tengah hari, mungkin dia pula sebaliknya.

“Aku free after lunch break. Kau macam mana?”

“Hmmm… aku pula free jam empat nanti. Banyak kerja tapi aku tetap nak jumpa kau. Aku nak minta tolong sebenarnya.”

“Tolong? Tolong apa ni?”

“Nanti kita cakap, okey? Nak jumpa kat mana?”

“Eh, nak jumpa kat mana lagi? Kau yang nak jumpa aku, kau kenalah datang ke ofis aku.”

Bab 20

Page 162: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

162

Jangan suruh aku ke Skyway Creative sudah. Jalan ke sana tu selalu sahaja sesak dan aku tidak mahu melibatkan diri di dalam kesesakan itu.

Kedengaran pula ketawanya. Radzin ni, tak nampak gaya seperti orang yang benar-benar perlukan pertolongan pun.

“Yalah, yalah... aku ke sana nanti. Jangan tak jadi pula. Hal penting ni.”

“Tahulah aku.”

Selepas saling mengucap salam, aku meletak semula telefon ke tempatnya. Tidak sangka pula ada panggilan seterusnya untukku. Daripada Datuk Halim.

“Zikri, boleh kita jumpa pukul tiga nanti?” soalnya tanpa berlengah langsung.

“Pukul tiga? Saya ada appointment jam empat nanti, Datuk.”

“Oh, saya rasa hal ni takkan ambil masa lama sangat. Dalam sejam setengah siaplah. Saya nak bincang tentang hal perasmian tu.”

Aku menggaru-garu kepala seketika. Menimbang-nimbangkan kewajaran di antara memenuhi permintaan Datuk Halim atau Radzin. Hal antara aku dan Radzin, mungkin cuma hal peribadi. Datuk Halim pula mempengaruhi nama syarikat.

“Hmmm… insya-Allah, bolehlah datuk.”

“Okey, kalau macam tu datang ke ofis saya jam tiga nanti ya, Zikri.”

“Ya, datuk.”

Hal penting. Kedua-duanya mengatakan ada hal penting yang perlu dibicarakan. Satu hal perniagaan, satu hal

Page 163: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

163

peribadi. Hal duniawi, semuanya pun dianggap penting oleh manusia. Apa-apa sajalah.

JANJINYA cuma sejam lebih tetapi akhirnya berlanjutan ke dua jam. Resahku sudah tidak terkira walaupun tumpuanku masih kepada segala macam yang diucapkan oleh Datuk Halim.

Persetujuan diperolehi. Majlis perasmian tersebut perlu diawalkan ke minggu hadapan dengan alasan Datuk Halim perlu ke Terengganu untuk bertemu ibu kandung Puspa, bekas perempuan simpanannya yang kini sedang menjalankan perniagaan tudung secara kecil-kecilan.

“Ini pertemuan kami yang pertama lepas lima belas tahun tak jumpa. She was mad and still mad at me for taking away her daughter. Saya harap dia boleh dibawa berbincang elok-elok,” luahnya dengan wajah cukup kesal.

“Selama hidup Puspa, dia tak kenal ibu kandungnya ke?” Dalam resah, sempat juga aku menyibuk.

Datuk Halim tergeleng-geleng. Di dalam hati aku sekadar mampu beristighfar. Sampai hatinya memisahkan anak dan ibu, malah langsung tidak memperkenalkan mereka selama ini.

KAMI berpisah tepat pukul lima petang. Aku bergegas kembali ke pejabat mendapatkan Radzin yang sudah berkali-kali menelefon.

“Sorry, Radzin. Aku ada meeting tadi.”

Page 164: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

164

Bahu Radzin aku tepuk beberapa kali. Nampaknya dia sudah lama menunggu, kala melihatkan kepenatan yang terpancar di wajahnya yang kelihatan lesu benar.

“It’s okay. Aku yang nak jumpa so, kenalah tunggu.”

“Sorry again.”

Kami berlalu masuk ke dalam bilik pejabatku selepas memesan minuman daripada Siti. Dia segera ke pantri dengan senang hati.

“So, direct to the point… cakaplah apa hal kau sungguh-sungguh nak jumpa aku ni.”

“Aku nak minta tolong dengan kau, Zik.”

“Kau ada masalah ke? Muka pun keruh semacam? Anak kau buat hal lagi?”

Biasanya Radzin berkeyakinan tinggi namun tadi aku melihatnya tidak ubah bagaikan lelaki baru kematian isteri yang dicintainya sepenuh hati.

“Memang aku in trouble sekarang ni. Double great trouble yang aku cipta sendiri.”

Suaranya berbaur kesal membuatkan aku terus menegakkan tubuh. Ingin mendengar penjelasan selanjutnya.

“Cakaplah, Radzin. Aku dengar.”

“Sebenarnya….”

MASALAH demi masalah datang menimpa benar-benar menyerabutkan kepala ini. Menginjak ke pukul enam petang, aku sudah berada di dalam kereta mahu pulang ke rumah namun tidak aku sangka pula mama menelefon menyuruh kami ke Bukit Antarabangsa.

Page 165: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

165

Dari pejabat, aku terus menghala ke rumah orang tuaku. Biarlah Alishah dan Asha tidak dapat ikut. Aku letih mahu berulang-alik ke pejabat Alishah dan berpusing semula untuk ke Bukit Antarabangsa.

Kehadiranku nyata memang dinantikan oleh papa dan mama. Di atas meja sudah tersedia juadah minum petang.

“Ada apa-apa ke ni, ma?” soalku tanpa dapat menahan diri daripada perasaan ingin tahu yang amat.

Mama tersenyum-senyum. Along tidak pula kelihatan di mana-mana. Hari jadi siapa? Atau wedding anniversary papa dan mama ke? Tapi sekarang bulan Julai. Anniversary papa dan mama bulan November.

“Hai, pak su!” tegur satu suara dari arah tangga.

“Irman? Sihat?”

“Sihat. Pak su datang seorang aje? Mana mak su?”

Matanya liar mencari-cari wajah Alishah. Ramah benar pula anak along hari ini. Mungkin juga kerana bahasa Melayunya yang semakin baik.

“Pak su datang sorang. Mak su dengan baby masih kat ofis. Mak su ada kerja sikit.”

Mama membeliakkan mata mendengar jawapanku. “Isha menantu mama tak balik lagi? Kenapa tak call dia suruh balik?”

“Errr....” Aku hanya mampu tersengih. “Hari ini aje, ma. Dia banyak kerja kat ofis. Kalau tak, biasanya pukul lima Isha dah ada kat rumah.”

Aku tidak kisah sangat kalau Alishah banyak kerja kerana aku tahu dia sudah meminta izin. Aku juga tahu dia bekerja dengan ditemani pembantu peribadinya yang juga

Page 166: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

166

menjaga agama itu. Alishah tidak bertemu sembarangan lelaki. Kalau pun dia perlu bertemu mana-mana lelaki, itu dengan seorang muhrim menemaninya serta pertemuannya diadakan di tempat umum.

“Habis tu, baby macam mana? Tak meragam ke dia duduk ofis lama-lama?”

“Alhamdulillah tak. Asha faham kedudukan mama dia.”

“Bukan Asha... kamu tu, Zikri,” marah mama sambil memuncungkan bibir memandangku.

Aku pula yang terpinga-pinga berpandangan dengan Irman Khalis. Anak muda itu tersengih mengangkat bahu. “Apa halnya pula dengan saya pula, ma?”

“Kamu tu yang tak faham kedudukan Isha. Dah dia banyak kerja, kenapa kamu tak pergi jemput baby tu balik awal? Atau pergi temankan isteri kamu tu kat ofis ke? Senanglah sikit hatinya kalau suami ambil berat.”

“La... itu ke halnya ma?” Tergeleng-geleng aku dibuatnya. Mama ni!

“Bukannya jadi suami maksudnya tak membantu isteri. Macam along kamu tu. Bangun lambat sampai kak long kamu yang kena hantar anak-anak pergi sekolah. Pergi ofis pun nak tak nak aje. Pergi jemput budak pun dia tak nak.”

Oh… panjang muncungku. Patutlah mama beria-ia menjemputku datang ke rumah. Rupa-rupanya dia mahu meluahkan perasaan sahaja. Mama… mama….

“Kejap lagi along balik, mama nak kamu cuba bawa dia bincang. Suruh dia ubah perangai sikit.”

“Hah? Saya, ma?”

Page 167: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

167

Ada ke patut aku yang dipilih mama untuk menasihati along. Tidak mungkin dia mahu mendengar kata adiknya ini.

“Kenapa bukan papa aje, ma? Saya ni pun bukannya baik sangat sebagai suami. Tengok tadi, mama pun merungut saya tak pandai tolong Isha. Nanti along tu bukannya nak dengar cakap saya. Digelakkannya ada la.”

Mama menjegilkan mata. Api kemarahan sudah kelihatan di matanya yang bersinar bening itu.

“Mama suruh kamu, disuruhnya pula papa. Bertuah betul...” rungutnya sambil berlalu ke dapur.

Aku mengekor langkahnya. “Yalah, ma. Kan ke papa ketua keluarga? Along kenalah dengar cakap papa.”

Aku mengambil tempat di kerusi yang menjadi kebiasaanku.

Kak long muncul menghidangkan minuman. Luka-luka di wajahnya saat aku dipaksa menikahi Sofea dulu langsung tidak kelihatan. Pandai dia merawatnya.

“Papa kamu ke Jakarta. Ada urusan dengan kawan lama dia. Nak tanyakan peluang business kayu jati untuk along.”

“Tanyakan peluang business untuk along?”

Mama mengangguk sekali lalu. Dalam hati, sudah muncul rasa iri sebentar. Papa sanggup ke Jakarta semata-mata untuk mencarikan peluang perniagaan untuk along? Mengapa aku dulu tidak mendapat layanan sebegini?

Aku dulu merencana sendiri untuk memulakan perniagaan. Berusaha sendiri. Tidak sesekali menggunakan pengaruh papa demi mendapatkan projek.

Tetapi along? Sekarang dia sudah memegang

Page 168: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sesuci Kasih Seorang Isteri

168

jawatan timbalan pengurus di syarikat papa sedangkan semua orang tahu along sekadar lulus tingkatan lima, dengan memperoleh pangkat dua.

Aku yang punya ijazah sarjana pengurusan perniagaan ini pun dulu sekadar menjadi ketua di Unit Pengurusan Sumber Manusia. Begitu sekali rupa-rupanya beza kami berdua di mata papa.

“Zikri, kenapa tak minum?”

Aku segera mengangkat muka dan menghadiahkan senyuman hambar untuk mama. Cuba untuk menepis perasaan negatif ini perlahan-lahan. “Tak apalah mama. Tak ada selera pula nak makan. Boleh saya balik sekarang?”

“La... apa hal nak balik tiba-tiba ni?”

Tali leher yang aku tinggalkan di sofa tadi segera aku masukkan ke dalam poket. Kalau aku tahu, aku cuma akan mendengar ini semua, sumpah aku tidak mahu datang ke sini tadi. Lebih baik aku berehat di rumah. “Saya balik dulu, ma.”

Mama mengangguk saja dengan secawan teh panas masih di tangannya. Belum sempat melintasi pintu utama, aku terdengar pesanan mama agar aku memberi nasihat buat along supaya mengubah sikap.

Along... along... along… semuanya along!

Page 169: Sesuci Kasih Seorang Isteri

No. ISBN: 978-967-5067-58-7

Jumlah muka surat: 608

Harga Runcit:

Semenanjung M'sia: RM19

Sabah/Sarawak: RM22

Harga Ahli KKN:

Semenanjung M'sia: RM15

Sabah/Sarawak: RM18

Sinopsis:

Dia bukan lelaki yang terbaik, dia sendiri mengakuinya namun entah mengapa Dia Yang Maha Kuasa

Page 170: Sesuci Kasih Seorang Isteri

sudi juga menganugerahkannya isteri semulia dan sesempurna Alishah. Sungguh dia bahagia didampingi bidadari dunia itu. Cintanya mendalam bersama janji setia hanya mahu bersama si dia hingga hujung nyawa namun takdir Tuhan siapalah yang tahu. Cintanya diuji dengan kehadiran insan ketiga yang langsung tidak pernah mendapat cintanya. Ya Allah Ya Rabb, dugaan apakah ini?

Isha, walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah menentukan segalanya.

Sofea, hadirmu bukan pintaku. Tolonglah, jelaskanlah segalanya padaku, mengapa kau sanggup memburu cintaku walau kita tidak pernah saling mengenal. Siapa aku sebenarnya padamu?

"Kita cuma mampu merancang, Dia jualah yang menentukan segala-galanya...."

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, dapatkan SESUCI KASIH SEORANG ISTERI di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan anda.

Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com.

Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-

Page 171: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Kaki Novel Enterprise

No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,

D’Wangsa, Wangsa Maju,

53000 Kuala Lumpur.

No. Telefon:- 03-4149 0096

No. Faks:- 03-4149 1196