Set 2 : Soalan 2

9
Set 2 : Soalan 2 Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2) Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk memartabatkan batik Malaysia dan kepentingannya kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Seni batik merupakan salah satu akar budaya yang menjadi identiti bangsa Malaysia dan bidang kraf tangan yang unggul di Malaysia. Sejak dulu lagi, fungsi batik tidak pernah berubah sebagai busana kaum Hawa. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri telah berusaha menghidupkan seni batik ini semula dengan mengarahkan kakitangan awam memakai baju batik pada setiap hari Khamis. Arahan pemakaian batik selaras dengan usaha kerajaan menyokong usaha untuk mengembangkan industri batik di negara ini, sekali gus mempopularkan semula pakaian yang semakin dilupakan itu. Sesungguhnya, langkah mewajibkan pemakaian batik telah memberi nafas baru kepada perkembangan industri batik negara untuk terus berkembang maju. Industri batik kini semakin berkembang pesat dan generasi Malaysia telah mula mencintai batik. Golongan remaja juga sudah tidak berasa segan mengenakan batik dengan gaya kasual. Selain itu, batik juga telah mendapat penghargaan sebagai budaya seni yang begitu tinggi nilainya dan boleh dijadikan cenderamata kepada sesiapa sahaja sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kita harus berterima kasih kepada Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood yang telah mengilhamkan serta melancarkan Batik Malaysia: Ciptaan Untuk Dunia. Sejak dilancarkan, program tersebut telah mendapat sambutan hebat, walaupun pada mulanya hanya bertujuan untuk menimbulkan kesedaran orang ramai untuk mempertahankan seni batik. Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan Budi Penyayang Malaysia telah berusaha mengadakan Minggu Batik Malaysia 2005 bertujuan untuk berkongsi kegemilangan dan keistimewaan batik Malaysia bersama-sama masyarakat tempatan dan dunia. Buat julung-julung kalinya juga, Konvensyen Batik Antarabangsa Kuala Lumpur 2005 telah diadakan di negara ini. Konvensyen tersebut telah menampilkan 14 orang pembentang kertas kerja dari luar negara termasuk dari Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Indonesia, Jepun dan Australia telah menyentuh pelbagai aspek perkembangan batik seperti sejarah batik, rekaan batik, pemasaran batik serta kejayaan industri itu. Perdana Menteri juga telah memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memberi komitmen dalam menggerakkan industri batik negara. Komitmen kerajaan ini disebabkan industri batik berpotensi menarik kedatangan pelancong ke Malaysia sekali gus menyumbang kepada kemajuan industri pelancongan negara. Oleh itu, pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia perlulah bekerja keras untuk mempromosikan batik agar produk ini mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan dan pelancong asing. Bagi memastikan industri batik terus berkembang, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah berusaha meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Transcript of Set 2 : Soalan 2

Page 1: Set 2 : Soalan 2

Set 2 : Soalan 2Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

Soalan 1 : Rumusan[30 markah]

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk memartabatkan batik Malaysia dan kepentingannya kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Seni batik merupakan salah satu akar budaya yang menjadi identiti bangsa Malaysia dan bidang kraf tangan yang unggul di Malaysia. Sejak dulu lagi, fungsi batik tidak pernah berubah sebagai busana kaum Hawa. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri telah berusaha menghidupkan seni batik ini semula dengan mengarahkan kakitangan awam memakai baju batik pada setiap hari Khamis. Arahan pemakaian batik selaras dengan usaha kerajaan menyokong usaha untuk mengembangkan industri batik di negara ini, sekali gus mempopularkan semula pakaian yang semakin dilupakan itu. Sesungguhnya, langkah mewajibkan pemakaian batik telah memberi nafas baru kepada perkembangan industri batik negara untuk terus berkembang maju.

Industri batik kini semakin berkembang pesat dan generasi Malaysia telah mula mencintai batik. Golongan remaja juga sudah tidak berasa segan mengenakan batik dengan gaya kasual. Selain itu, batik juga telah mendapat penghargaan sebagai budaya seni yang begitu tinggi nilainya dan boleh dijadikan cenderamata kepada sesiapa sahaja sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kita harus berterima kasih kepada Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood yang telah mengilhamkan serta melancarkan Batik Malaysia: Ciptaan Untuk Dunia. Sejak dilancarkan, program tersebut telah mendapat sambutan hebat, walaupun pada mulanya hanya bertujuan untuk menimbulkan kesedaran orang ramai untuk mempertahankan seni batik. Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan Budi Penyayang Malaysia telah berusaha mengadakan Minggu Batik Malaysia 2005 bertujuan untuk berkongsi kegemilangan dan keistimewaan batik Malaysia bersama-sama masyarakat tempatan dan dunia.

Buat julung-julung kalinya juga, Konvensyen Batik Antarabangsa Kuala Lumpur 2005 telah diadakan di negara ini. Konvensyen tersebut telah menampilkan 14 orang pembentang kertas kerja dari luar negara termasuk dari Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Indonesia, Jepun dan Australia telah menyentuh pelbagai aspek perkembangan batik seperti sejarah batik, rekaan batik, pemasaran batik serta kejayaan industri itu. Perdana Menteri juga telah memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memberi komitmen dalam menggerakkan industri batik negara. Komitmen kerajaan ini disebabkan industri batik berpotensi menarik kedatangan pelancong ke Malaysia sekali gus menyumbang kepada kemajuan industri pelancongan negara. Oleh itu, pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia perlulah bekerja keras untuk mempromosikan batik agar produk ini mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan dan pelancong asing.

Bagi memastikan industri batik terus berkembang, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah berusaha meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Page 2: Set 2 : Soalan 2

Set 2 : Soalan 2Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

merangkumi pelbagai aspek batik seperti penggunaan kain baru, penggunaan warna asli, ketahanan basuhan dan lain-lain. Melalui Program Pembangunan Usahawan pula, latihan kemahiran tenaga kerja dilaksanakan dengan matlamat untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri batik ini. Di samping itu juga, teknologi baru seperti penggunaan mesin dan bantuan komputer untuk menghasilkan batik yang lebih menarik dan berkualiti diperkenalkan.

Secara tuntas, apa-apa yang selama ini menjadi identiti bangsa sebagai warisan tradisi yang wajar dipertahankan terutama yang membabitkan seni budaya tempatan seperti seni batik ini. Sudah tiba masanya seni batik Malaysia yang diusahakan secara turun-temurun, kembali berdaya maju seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini dan terus bertapak di hati generasi demi generasi sebagai khazanah bangsa yang dibanggakan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Memartabatkan Batik Malaysia oleh Haji Samat Buang, Dewan Siswa, April 2006)

[35 markah]

2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata warisan tradisi yang wajar dipertahankan.

[2 markah]

(ii) Nyatakan kesan-kesan apabila kerajaan mewajibkan kakitangan awam memakai baju batik setiap hari Khamis.

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kekangan yang dihadapi dalam usaha memajukan industri batik?

[4 markah]

Page 3: Set 2 : Soalan 2

Set 2 : Soalan 2Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

2 (b) – Petikan Drama-Tiang Cengal Dinding Sayung

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Nyatakan dua pengorbanan Jimah terhadap anak-anaknya?

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang anak dapat membalas jasa dan pengorbanan ibunya?

[3 markah]

(iii) Jelaskan satu persoalan daripada petikan drama di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan drama tersebut.

[4 markah]

Sani terkedu. Suasana menjadi sepi seketika. PAK MAN memerhatikan SANI mengesat air matanya yang bergenang.

PAK MAN : Oh, ya! Kakak kamu tak balik lagi, Sani?SANI : (Tenang) Kak Ngah, susah rasanya. Maklumlah tinggal jauh. London! Bukan macam dari sini ke Alor Setar, Pak Man. Kak Teh tidak balik mungkin sebab susah hendak tinggalkan kedainya. Maklumlah orang berniaga.PAK MAN : Sani, waktu seperti ini, kita tidak boleh berikan alasan. Apa cara sekalipun kita kena

balik. Yang malang itu, bapa kamu. Yang sedang menderita itu, emak kamu. Inilah masanya kamu hendak balas budi orang tua kamu.

SANI : Betul cakap Pak Man. Saya pun ingat macam tu, tetapi apabila fikir fasal pekerjaan abang dan kakak, saya rasa mereka terikat. Jadi serba salah dibuatnya.

PAK MAN : Sani, pernah atau tidak kamu terfikir bagaimana seksanya seorang emak membesarkan anak-anaknya? Sakit peningnya? Tak tidur malamnya? Pakaiannya? Makan dan minumnya? Belanja sekolahnya? Pada fikiran kamu, ada atau tidak emak kamu itu lari daripada tanggungjawabnya? Aku rasa tidak. Tidak ada, Sani. (Berhenti seketika untuk menyalakan rokoknya yang sudah padam)Emak, ketika dia sakit, demam, atau dalam keadaan apa sekalipun, akan terus bertugas, bertugas tanpa henti kerana kasihnya tidak pernah putus. Tidak terbuka mulut emak kita untuk minta cuti, hendak minta dikecualikan daripada menjaga anak-anaknya. Inilah sifat mulia seorang ibu. Ingat Sani, daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga. Kalau emak sanggup berkorban, kenapa anak-anak tidak?

SANI : (Tersentuh hati) Saya faham, Pak Man.

(Dipetik daripada drama “Tiang Cengal Dinding Sayung” oleh Suriani Mohd. Yusof, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Page 4: Set 2 : Soalan 2

Set 2 : Soalan 2Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

2 (c) - Petikan Prosa Tradisional-Hikayat Khoja Maimun

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta berapa lamanya Khoja Maimun belayar itu, maka datanglah cubaan Allah Taala atas hambanya, dengan demikian dicetera akan orang yang empunya cetera ini. Selama peninggalan Khoja Maimun belayar itu,sebermula ada pada suatu hari maka Bibi Zainab pun bercintalah akan suaminya. Maka ia pun pergilah duduk di tingkap mahligainya berangan-angan serta memandang pada jalan seraya itu maka pada ketika itu terpandanglah kepada anak raja di dalam negeri itu lalu berkuda hampir dengan mahligai isteri Khoja Maimun. Pada tatkala Bibi Zainab pun memandang ke bawah, maka terpandanglah kepada muka anak raja itu, pemandangan Bibi Zainab terlalu elok rupanya anak raja itu. Sebermula anak raja pun memandang kepada isteri Khoja Maimun, terlalu baik parasnya sama berjumpa matanya lalu dibawanya tersenyum oleh anak raja itu. Dengan takdir Allah Taala maka anak raja itu pun berahilah akan Bibi Zainab itu. Adapun akan Bibi Zainab itu pun tersangkutlah hatinya akan anak raja itu.

Setelah sudah maka anak raja itu pun menyimpang ke rumah seorang perempuan. Setelah sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu,”Hai ibuku, pergi sampaikan kepada perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang itu, katakan aku berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini!”

(Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Khoja Maimun” dalam antologi Harga Remaja, hal.72 – 74,Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan frasa berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya?

[2 markah]

(ii) Nyatakan tiga kelebihan anak raja itu sehingga Bibi Zainab terpikat kepadanya.

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Bibi Zainab tidak wajar jatuh cinta kepada anak raja dan kemudian berhasrat hendak menemuinya pula?

[3 markah]

Page 5: Set 2 : Soalan 2

Set 2 : Soalan 2Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

2 (d) Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dirgahayu BahasakuAhmad Sarju

Tempatmu di singgahsanahati nurani bangsakuwarga yang berbudisetia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsayang mesti dipelihara martabatnya

agar tetap kukuh dan ampuhmelayari lautan bijaksana

salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangkuhak bangsaku memilikimu

hak bangsaku mendaulatkanmudi bumi bertuah ini

merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilanganke barat dan ke timur menjalin persaudaraan

gagah pelautku membelah lautanke utara dan ke selatan bahasaku mencengkamdari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasakudi arena antarabangsa suaramu tumbuh

menusuk kalbu lagu bahasamubahasamu bahasa minda

mudah akrab dan bertatasusiladaripada bangsa yang bernama Melayu

menempa kejayaan di alaf baru.

(September 2000)

Manuskrip Luka Bangsa, 2006Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

Page 6: Set 2 : Soalan 2

Set 2 : Soalan 2Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

(i) Berikan maksud hak bangsaku mendaulatkanmudi bumi bertuah ini

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah bahasa Melayu perlu didaulatkan?

[3 markah]

(iii) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

Page 7: Set 2 : Soalan 2

Set 2 : Soalan 3Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya. Anda boleh menambahkan imbuhantetapi tidak boleh menambahkan perkataan itu sebagai kata nama khas.

(i) kebarat(ii) jadi(iii) kehijau(iv) kemalu-maluan(v) besar-besaran(vi) kekuning-kuningan

[6 markah]

(b) Tukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah

(i) “ Kampung Pantai Besar di Batu Kurau banyak durian,” kata Hasanah

(ii) “Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara.” Jelas ketua kampung kepada anak buahnya.

(iii) “Pihak kami akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajar yang bermasalah.” Janji pegawai polis kepada pengetua sekolah.

[6 markah]

(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Saya bependapat bahawa cadangan itu boleh diterima kerana idea yang diberi rilevan dengan kehendak soalan.

(ii) Hang Jebat datang pertanyaan khabar sultan yang sedang gereng itu.

(iii) Mereka membuat pilihan dari segi kepasihan pertuturan semasa membentangkan kertas kerja.

[6 markah]

Page 8: Set 2 : Soalan 2

Set 2 : Soalan 3Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Perjanjian di antara kedua-dua buah negara itu sudah dicatat sejak 15 tahun lalu.

(ii) Burung belatuk memang suka mencari makan pada pundak kayu yang sudah buruk dan yang menanti masa untuk tumbang tersungkur menyembah bumi.

(iii) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai sebuah agensi kerajaan bukan ketinggalan dalam proses pengdataan maklumat ini.

[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan tersebut.

Semangat kejiranan masih diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Mereka saling membantu menyelesaikan masalah. Mereka akan menghadapi situasi susah dan senang bersama-sama. Amalan ini sudah sebati dalam diri mereka kerana diwarisi sejak turun temurun.

[6 markah]

Page 9: Set 2 : Soalan 2

Set 2 : Soalan 4Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah(ii) Kembara Amira karya Amer Hamzah B.L. Kadir

(a) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan seorang watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

(b) Huraikan tiga latar tempat berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT