Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

23
ا اصدها ق م ب ور م لأ

Transcript of Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

Page 1: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

بمقاصدها ا ألمور

Page 2: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

Kaedah ini bermaksud tiap-tiap perkara itu menurut kepada tujuannya atau setiap perkara diambil kira berdasarkan niatnya. Oleh yang demikian, setiap amalan yang dilakukan oleh mukallaf itu bergantung kepada niatnya.

Setiap perbuatan manusia samada dalam ibadah, muamalah dan sebagainya bergantung pada niat untuk mendapatkan ganjaran dan untuk diambilkira

DEFINISI : 

Page 3: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

Maksud Kaedah

Al Umur ( ألمورا ) : Iaitu lafaz  umum yang merangkumi semua tindakan yang terhasil dari seorang manusia sama ada melakukankan  atau meninggalkan. Ia juga meliputi  perbuatan, kata –kata atau pun niat. Oleh itu setiap tindakan atau sesuatu yang keluar dari seseorang manusia adalah terikat dengan apa yang diniatkan untuk diberi pahala atau dosa.

Page 4: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

Niat itu membawa maksud

Bahasa : Kehendak hati atau tujuan hati.

Istilah : Gerak hati melaksanakan sesuatu

perkejaan dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH

s.w.t

Page 5: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

Seseorang mencuri alat muzik yang melalaikan tujuan merosakkannya, ia tidak dikenakan hukuman hudud, namun jika ia mencuri dengan tujuan menjualnya, ia dihukum

Seseorang yang memerah anggur dengan niat membuat cuka, harus hukumnya. Jika ia berniat membuat arak, haram hukumnya

Seseorang yang meminum air mutlak dengan berniat minum arak, haram hukumnya 

Page 6: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

a. Al-Bayyinah : 5 `Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid’

b. Ali Imran : 145 `Dan sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu

Page 7: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

الخطاب بن عمر حفص أبي المؤمنين أمير عنقال عنه تعالى الله رضي

وعلى : عليه تعالى الله صلى الله رسول سمعتيقول وسلم :آله

  نNوNى ا Nم PئRرSام TلVكRل ا NمXنR إ Nو ، RاتXيTالنRب VالNمSعNاأل ا NمXنR ، إا NهVيب RصVي دVنSيNا RلNى إ VهVت Nر Sج Rه SتNانNك SنNم Nف

RهSيNلR إ Nر Nاج Nه ا Nم RلNى إ VهVت Nر Sج Rه Nف ا Nه VحRكSنNي PةNأ Nر Sام RلNى إ SوNأ

Sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasaran niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau sesiapa yang berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwaninya. Maka hijrahnya itu berdasarkan apa yang ia hijrahkannya. Hadis Riwayat Muslim

Page 8: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

Sesungguhnya tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat. Hadis riwayat al-

Baihaqi dlm Sunan al-Baihaqi.

Vول Vس Nر Nال Nق Nال Nق Nة NرSي Nر Vه بRىNأ SنNع

« : - وسلم - عليه الله صلى RهXالل.» Sم RهRاتXيRن عNلNى VاسXالن VثNعSبVي ا NمXنR إ

 Sesungguhnya manusia akan dibangkitkan berdasarkan niatnya. Hadis riwayat Ibn

Majah

VهNل NةXيRن Nال SنNمRل NلNمNع Nال VهXنR إ

Page 9: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

“ Oleh itu, niat menjadi syarat utama sah atau batal sesuatu perkara itu atau diberi pahala atau dosa. Untuk itu, amalan yang tidak disertai niat tidak mendatangkan apa-apa kesan. ”

Page 10: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

a. IbadatBerwuduk, mandi wajib dan sunat, khuf, tayammum, solat, puasa, iktikaf, haji, umrah dll

b. Akad dan KontrakHukum berkaitan akad dan keluarga seperti pinjaman, jaminan, pindahan hutang, pelupusan hutang, pembatalan jualbeli, perwakilan, ikrar, rujuk, talak dll

c. QisasMembezakan antara perbuatan pembunuhan sengaja, separuh sengaja dan tidak sengaja

Page 11: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

d. Segala amalan TaqarrubNiat mendekatkan diri kepada Allah i.e. menyebarkan ilmu, mengajar, fatwa, menulis, menghukum, menegakkan kebenaran, berkaitan dengan kehakiman dan tugasnya

e. Segala amalan harus bertujuan ibadat Contohnya : makan, minum, bekerja dan mencari nafkah, berkahwin serta hubungan keluarga juga menjaga diri daripada zina dan maksiat

Page 12: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

Kepentingan niat Tujuan  utama disyariatkan niat ialah untuk membezakan perbuatan yang dilakukan sama ada ianya kerana ibadah ataupun  adat.

 

Page 13: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )
Page 14: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

تكون) ال عبادة فى النية اشتراط عدمتلتبس ال أو   )عادة

Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana jenis ibadat yang ia bukan jenis adat,atau ia tidak akan kesamaran dengan yang lain.

Contohnya :seperti beriman kepada Allah, takut dan mengharap kepada-Nya, membaca al-Qur’an, dan berzikir. Hal ini kerana bentuk amalan itu sudah pun berbeza dengan yang lain, tetapi diwajibkan niat pada membaca al-Qur’an apabila dinazarkannya bagi membezakan fardhu dengan yang lainnya.

Page 15: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

غيره) دون يلتبس فيما التعيين ) اشتراطDisyaratkan ta’yin(menentu) dalam mana-mana

amalan yang mempunyai persamaan, tetapi tidak disyaratkan ta’yin pada amalan yang tidak kesamaran dengan yang lain.

 Contohnya yang disyaratkan ta’yin ialah seperti solat, 

yang tidak diperlukan ta’yin adalah seperti taharah, haji dan umrah.

Page 16: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

Sesuatu amalan yang tidak disyratkan ta’arrudh baginya sama ada secara ringkas mahupun terperinci, apabila dita’yinkan dan tersalah ta’yin itu maka ia tidak memudaratkan (tidak batal). 

Contohnya, seperti ta’yin tempat solat dan waktunya,ta’yin imam akan makmun dibelakangnya, tiba-tiba tersalah maka tidak batal solat tersebut.

اذا )  وتفصيال جماة له التعرض يشترط مااليضر لم وأخطأ (عينه

Page 17: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

فيه       . فالخطأ التعيين فيها يشترط ما مبطل

Amalan-amalan yang disyratkan ta’yin, jika tersalah ta’yin maka ia membatalkan amalan itu.

Contohnya, tersalah niat puasa kepada niat solat atau sebaliknya, dan dari solat zohor kepada asar.

Page 18: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

 Amalan-amalan yang wajib dita’arrudh baginya secara ringkas dan tidak disyaratkan ta’yinnya secara terperinci apabila dita’yinkan dan tersalah maka ia menjadi mudarat(batal) .

تعيينه يشترط وال جملة له التعرض يجب ماعينه اذا تفصيال

ضر وأخطأ

Contohnya, seseorang yang sembahyang jenazah dengan berniat si Zaid, kemudian ternyata  yang disembahyangkan itu Umar, atau ditentukan lelaki yang sebenarnya perempuan, maka terbatal sembahyang jenazah itu jika tidak disebutkan mayat itu.

Page 19: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

Iaitu niat seseorang yang dilakukan dalam sumpah boleh mentakhsiskan atau mengkhususkan ucapan dan perkataan yang am, tetapi dia tidak boleh mengumunkan lafaz yang khas.

Contohnya, seseorang yang berkata demi Allah aku tidak akan bercakap dengan satu orang dan dia niatkan orang itu Umar.

   الخاص تعم وال العام اللفظ تخصص اليمين فى النية

Page 20: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

Tujuan dan matlamat lafaz adalah dirujukkepada  niat orang yang berlafaz kecuali satu masalah sahaja iaitu sumpah dihadapan hakim.Ini kerana sumpah dihadapan hakim adalah berdasarkan kepada niat hakim bukan dikira mengikut niat orang yang bersumpah.

فى اال الالفظ نية على اللفظ مقاصد موضععندالقاضى اليمين وهو واحد

Page 21: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )

Yang diambil kira dalam masalah ‘akad atau kontrak ialah tujuan dan matlamatnya, bukan berdasarkan kepada lafaz dan kalimah-kalimah sahaja.

Contohnya, apabila seseorang berkata “aku beli dari engkau sehelai baju yang sifatnya sekian-sekian dengan harga ini”. Lalu dijawab oleh penjual, “ya, aku jualkannya kepada engkau”

والمعاني لاللفاظ ال والمعاني صد للمقا العقود فى    العبرة

Page 22: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )
Page 23: Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )