Setiap tamadun mempunyai nilai

2
TITAS AHLI KUMPULAN : PRESHANT,SANTHISKUMAR,SANTHEKUMAR,THIPHANATH Setiap tamadun mempunyai nilai-nilai sejagat dengan tamadun-tamadun lain. Bincangkan apakah sebab berlakunya pertembungan antara tamadun mengakibatkan peperangan dan krisis. Interaksi antara tamadun boleh dinyatakan kepada dua. Iaitu, interaksi positif dan juga interaksi negatif. Interaksi positif menimbulkan hubungan yang baik dan silaturahim manakala interaksi negatif pula menimbulkan peperangan antara satu sama lain. Terdapat beberapa sebab berlakunya peperangan dan krisis. Sebab utama berlaku peperangan dan krisis antara tamadun adalah kepentingan menguasai negara-negara jiran, sumber-sumber alam, tenaga manusia atau kawasan- kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis atau dikatakan sebagai imperialisme iaitu memperluaskan kuasa penjajahan mereka. Peperangan juga dilakukan untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan negara daripada diceroboh oleh musuh-musuh. Fenomena ini selalunya berpunca daripada ketiadaan sempadan yang tetap tetapi sentiasa berubah-ubah akibat perkembangan atau pengecutan kuasa sesuatu kerajaan. Oleh sebab sempadan-sempadan tidak didasarkan persetujuan politik tetapi ditentukan oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit politik, maka perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan peperangan. Contohnya ialah tamadun Mesopotamia di mana peperangan berlaku di kalangan negara kota yang disebabkan ketiadaan sempadan yang jelas. Peperangan juga atas sebab sesetengah tamadun memperoleh sumber-sumber ekonomi yang penting untuk kepentingan rakyat dan asas kekuasaan kerajaan. Persaingan selalu tercetus untuk merampas atau menguasai sumber-sumber bahan mentah seperti logam mendapatkan tanah-tanah yang subur untuk pertanian, mendapatkan tenaga perburuhan; tenaga hamba untuk mengerjakan ladangladang besar yang dikenali Latifundia di Semenanjung Itali dan Afrika Utara. Di Mesopotamia, negara-kota sering berperang untuk mengawal sumber air daripada sungai Tigris dan Euphrates. Kadangkala peperangan juga dilancarkan untuk membendung semangat memberontak demi kepentingan mengekalkan kestabilan politik. Sparta, misalnya, menakluk negara kota jirannya iaitu Messenia dan penduduk- penduduknya dipaksa mengusahakan tanah pertanian untuk rakyat Sparta yang hanya berperanan sebagai askar. Tentera Sparta biasanya melakukan kekerasan untuk menghambakan orang-orang Messenia dan memecahkan semangat penentangan. Kekerasan dan peperangan ini untuk melindungi ekonomi perniagaan di dalam negara/empayar dan juga di luar negara. Perdagangan antarabangsa dan jalan perdagangan biasanya meliputi beberapa kawasan yang luas dan perlu dilindungi untuk menjamin eksport dan import. Rom, misalnya berperang dengan Carthage untuk mengekalkan monopoli perdagangan di seluruh Lautan Meditteranean. Selain itu, faktor keagamaan juga menyebabkan peperangan dan krisis antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Dari segi agama, Kepercayaan yang berbeza dan amalan atau pendapat yang berlainan menyebabkan pertembungan begini dalam satu tamadun dengan yang lain. Perselisihan faham dan ketidakfahaman konsep agama

Transcript of Setiap tamadun mempunyai nilai

Page 1: Setiap tamadun mempunyai nilai

TITAS AHLI KUMPULAN : PRESHANT,SANTHISKUMAR,SANTHEKUMAR,THIPHANATH

Setiap tamadun mempunyai nilai-nilai sejagat dengan tamadun-tamadun lain.

Bincangkan apakah sebab berlakunya pertembungan antara tamadun

mengakibatkan peperangan dan krisis.

Interaksi antara tamadun boleh dinyatakan kepada dua. Iaitu, interaksi positif dan

juga interaksi negatif. Interaksi positif menimbulkan hubungan yang baik dan silaturahim

manakala interaksi negatif pula menimbulkan peperangan antara satu sama lain. Terdapat

beberapa sebab berlakunya peperangan dan krisis.

Sebab utama berlaku peperangan dan krisis antara tamadun adalah kepentingan

menguasai negara-negara jiran, sumber-sumber alam, tenaga manusia atau kawasan-

kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis atau dikatakan sebagai imperialisme iaitu

memperluaskan kuasa penjajahan mereka.

Peperangan juga dilakukan untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan negara

daripada diceroboh oleh musuh-musuh. Fenomena ini selalunya berpunca daripada

ketiadaan sempadan yang tetap tetapi sentiasa berubah-ubah akibat perkembangan atau

pengecutan kuasa sesuatu kerajaan. Oleh sebab sempadan-sempadan tidak didasarkan

persetujuan politik tetapi ditentukan oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit

politik, maka perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan peperangan.

Contohnya ialah tamadun Mesopotamia di mana peperangan berlaku di kalangan negara

kota yang disebabkan ketiadaan sempadan yang jelas.

Peperangan juga atas sebab sesetengah tamadun memperoleh sumber-sumber

ekonomi yang penting untuk kepentingan rakyat dan asas kekuasaan kerajaan. Persaingan

selalu tercetus untuk merampas atau menguasai sumber-sumber bahan mentah seperti

logam mendapatkan tanah-tanah yang subur untuk pertanian, mendapatkan tenaga

perburuhan; tenaga hamba untuk mengerjakan ladangladang besar yang dikenali Latifundia

di Semenanjung Itali dan Afrika Utara. Di Mesopotamia, negara-kota sering berperang untuk

mengawal sumber air daripada sungai Tigris dan Euphrates.

Kadangkala peperangan juga dilancarkan untuk membendung semangat

memberontak demi kepentingan mengekalkan kestabilan politik. Sparta, misalnya, menakluk

negara kota jirannya iaitu Messenia dan penduduk- penduduknya dipaksa mengusahakan

tanah pertanian untuk rakyat Sparta yang hanya berperanan sebagai askar. Tentera Sparta

biasanya melakukan kekerasan untuk menghambakan orang-orang Messenia dan

memecahkan semangat penentangan.

Kekerasan dan peperangan ini untuk melindungi ekonomi perniagaan di dalam

negara/empayar dan juga di luar negara. Perdagangan antarabangsa dan jalan

perdagangan biasanya meliputi beberapa kawasan yang luas dan perlu dilindungi untuk

menjamin eksport dan import. Rom, misalnya berperang dengan Carthage untuk

mengekalkan monopoli perdagangan di seluruh Lautan Meditteranean.

Selain itu, faktor keagamaan juga menyebabkan peperangan dan krisis antara satu

tamadun dengan tamadun yang lain. Dari segi agama, Kepercayaan yang berbeza dan

amalan atau pendapat yang berlainan menyebabkan pertembungan begini dalam satu

tamadun dengan yang lain. Perselisihan faham dan ketidakfahaman konsep agama

Page 2: Setiap tamadun mempunyai nilai

TITAS AHLI KUMPULAN : PRESHANT,SANTHISKUMAR,SANTHEKUMAR,THIPHANATH

menyebabkan keadaan yang berhuru hara dan menjadi punca utama berlaku keganasan

dalam kalangan rakyatnya. Seterusnya, penyebaran agama yang tidak dapat diterima oleh

sesekumpulan masyarakat yang setimpan di kawasan-kawasan berikut juga menyebabkan

krisis dan peperangan antara masyarakat. Seperti contohnya, di makkah, orang quraisy tidak

dapat menerima ajaran islam dan mereka menentang agama islam disebabkan oleh

kepercayaan yang berbeza dari segi agama mereka dan mereka ingin menghapuskan

agama tersebut. Inilah menjadi salah satu punca utama berlaku perang badar dan juga

perang perang yang berterusan. Contoh yang seterusnya di India. Pendapat yang berlainan

antara satu suku kaum yang menganuti agama islam dan satu lagi suku kaum yang

menganuti agama hindu menjadi pergaduhan antara satu sama lain. Orang beragama hindu

membunuh umat islam dan membakar masjid dan juga orang islam membunuh orang

beragama hindu dan menghapuskan tapak-tapak kuil di india.

Akhir kata, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri etika dan pendapat yang berbeza dengan

tamadun-tamadun yang lain. Inilah menjadi punca-punca berlaku peperangan dan krisis

antara satu tamadun dengan yang lain walaupun mempunyai banyak persamaan dari segi

nilai-nilai murninya. Jadi peperangan dan krisis ini bukan berlaku disebabkan oleh memiliki

tamadun yang berlainan malahanya ia berlaku disebabkan oleh pegangan dan pendapat

rakyat yang berbeza antara rakyat di satu tamadun dengan rakyat di tamadun yang lain.