Seyyed Hossein Nasr

download Seyyed Hossein Nasr

of 7

description

seyyed husain nasr

Transcript of Seyyed Hossein Nasr

BIOGRAFI SEYYED HOSSEIN NASR

Seyyed Hossein Nasr dilahirkan pada 7 april tahun 1933 di Tehran dalam sebuah keluarga ulama yang pakar di dalam bidang perubatan pakar sarjana terkemuka. Bapa beliau adalah Seyyed Valiallah. Seorang yang hebat di dalam pelbagai ilmu dan bertakwa. Ayah beliau juga adalah seorang doktor kepada keluarga diraja Iran. Nama "Nasr" yang bermaksud "kemenangan" telah diberikan kepada datuk kepada Profesor Seyyed Hossein Nasr oleh Raja Parsi. Nasr juga datang dari keluarga Sufi. Salah satu daripada nenek moyangnya adalah Mulla Seyyed Muhammad Taqi Poshtmashhad yang merupakan seorang wali terkenal Kashan dan makam beliau yang terletak bersebelahan makam raja Shah Abbas Safavid masih dikunjungi oleh orang ramai sehingga ke hari ini.

Latar belakang keagamaan keluarga Nasr adalah penganut aliran Syiah tradisional yang memang menjadi aliran teologi Islam yang banyak dianuti oleh penduduk Iran. Dominasi aliran Syiah di Iran bertahan sampai sekarang walaupun telah terjadi revolusi di sana. Hal ini disebabkan adalah kerana aliran Syiah telah lama hidup di sana yang disokong oleh ramai ulama terkenal dan berpengaruh.

Sebelum berpindah ke Amerika untuk belajar secara formal ilmu moden pada umur 13 tahun, Nasr memperoleh pendidikan tradisional di Iran. Pendidikan tradisional ini diperoleh secara informal dan formal. Pendidikan informalnya dia dapat dari keluarganya terutama dari ayahnya sedangkan pendidikan tradisional formalnya diperoleh dimadrasah Teheran. Selain itu, oleh ayahnya dia juga dikirim untuk belajar di lembaga atau madrasah pendidikan di Qum yang diasuh Allamah Thabathabai untuk belajar falsafah, teologi dan tasawuf. Beliau juga diberi pelajaran tentang hafalan al-Quran dan pendidikan tentang seni persia klasik.

Keinginan Valiallah Nasr iaitu ayah kepada Seyyed Hossein Nasr agar beliau menjadi seorang yang memperjuangkan kaum tradisional dan nilai-nilai ketimuran dimulai dengan memasukkkan beliau ke Peddie School di Hightstown, New Jersey dan beliau lulus pada tahun 1950. Kemudian melanjutkan ke Massacheusetts Institute of Technology (MIT). Di institusi pendidikan ini, beliau memperoleh pendidikan tentang ilmu-ilmu fizik dan matematik di bawah bimbingan Bertrand Russel yang dikenal sebagai seorang ahli falsafah moden. Nasr banyakmemperoleh pengetahuan tentang falsafah moden.

Selain bertemu dengan Bertrand Russel, beliau juga bertemu dengan seorang ahli metafisik yang bernama Geogio De Santillana. Apabila belajar dengan Geogio De Santillana, Nasr banyak mendapat informasi dan ilmu pengetahuan tentang falsafah timur khususnya yang ada hubungan metafizik[footnoteRef:1] [1: Seyyed Hossein Nasr, Islamic Life and Thought, State University of New York Press, 1981.]

Beliau diperkenalkan dengan tradisi keagamaan di timur misalnya tentang Hinduisme. Selain itu Nasr juga diperkenalkan dengan pemikiran-pemikiran para peneliti Timur. Diantaranya yang sangat berpengaruh adalah pemikiran Frithjof Schuon tentang perenialisme. Selain itu juga berkenalan dengan pemikiran Rene Guenon, A. K.Coomaraswamy, Titus Burchardt, Luis Massignon dan Martin Lings.

Pada tahun 1956, Seyyed Hossein Nasr akhirnya berhasil meraih ijazah sarjana di Massacheusetts Institute of Technology (MIT) dalam bidang geologi yang fokus pada geofisik[footnoteRef:2]. Belum berpuas hati dengan hasil karyanya, beliau merancang untuk menulis kajian ilmiah tentang sejarah ilmu pengetahuan dengan melanjutkan pelajarannya di Harvard University [2: Seyyed Hossein Nasr, Knowledge and The Sacred, State University of New York Press, 1989.]

Dalam menyusun kajian ilmiah beliau, Nasr dibimbing oleh George Sarton. Akan tetapi sebelum kajian ilmiah ini selesai ditulisnya, George Sarton meninggal dunia sehingga Nasr mendapatkan bimbingan berikutnya oleh tiga orang profesor iaitu Bernard Cohen, Hammilton Gibb dan Harry Wolfson. Kajian ilmiah ini selesai dengan judul Conceptions of Nature in Islamic Thought yang kemudian diterbitkan oleh Harvard University Press pada tahun 1964 dengan judul An Introduction to Islamic Cosmological Doctrines. Dengan selesainya kajian ilmiah ini, Nasr mendapat gelar Philosophy of Doctor (Ph.D) dalam usia yang cukup muda iaitu ketika berusia 25 tahun.

PENGARUH PEMIKIRAN SEYYED HOSSEIN NASRSemasa belajar di Barat, Seyyed Hossein Nasr bertemu dengan banyak pemikir Barat yang mengkaji Islam dari berbagai macam perspektif. Selain ia belajar tentang ilmu sains di Barat, Nasr juga kemudian tertarik kembali mempelajari ilmu-ilmu metafisik khususnya metafisik timur yang banyak beliau dapatkan di perpustakaan-perpustakaan Barat. Minat beliau yang tinggi terhadap disiplin keilmuan ini tidak lepas dari latar belakang kehidupannya sebagai seorang Iran yang kental dengan budaya mistik kesufian dan didukung oleh pengetahuan mistik dari ajaran Syiah. Pemikiran yang sangat mempengaruhi Nasr adalah pandangan falsafah perennial. Diantara para tokohnya yang paling berpengaruh atasnya adalah Frithjof Schuon seorang perenialis sebagai pengasas dasar pemahaman eksoterik dan esoterik Islam[footnoteRef:3]. Nasr sangat memuji karya Schuon yang berjudul Islam and Perennial Philoshopy sehingga Nasr memberikan gelaran kepadanya sebagai My Master. [3: Schuon, Frithjof,Islam and the Pernnial Philosophy, World of Islam Festival Publising tahun 1976.]

Salah satu tokoh yang juga banyak mempengaruhi Nasr adalah Rene Guenon. Rene Guenon merupakan salah satu tokoh yang banyak mempengaruhi orientasi tradisionalisme Nasr secara khususnya meletakkan pandangan bahawa metafisik hermetisme sebagai bahagian yang penting dalam kerangka besar pemikiran perennial.

PENGLIBATAN DALAM SOSIAL DAN POLITIK

Seyyed Hossein Nasr kembali ke Iran tahun 1958 setelah menyelesaikan program ijazah kedoktorannya di Harvard University. Sekembalinya ke Iran, beliau segera bergabung dengan kegiatan-kegiatan akademik di sana. Kedalaman ilmunya memberikan satu tempat khusus baginya sebagai seorang tokoh baru di Iran. Nasr aktif dalam kegiatan akademik dan keagamaan seperti keterlibatannya dalam persidangan munaqasyah dengan para tokoh Syiah di sana seperti Thabathabai, Muhammad Kazim Assar dan Abu Hasana RafiI Wazwini.

Nasr lebih melibatkan di dunia akademik diawal-awalnya. Ia banyak mempengaruhi falsafah Islam moden di Iran melalui karya-karyanya dengan melakukan pelbagai persidangan dan mendirikan pusat kajian falsafah Islam pada tahun 1960-an sampai 1970-an. Dalam catatan Aminrazavi Nasr telah mempelopori berdirinya Imperial Iranian Academy of Philosophy dengan daya usahanya telah menerbitkan jurnal ilmiah yang bertajuk Javidan Khirad (Sophia Perennis) dan juga telah banyak menggunakan teks-teks tradisional dengan jumlah besar.

EPISTIMOLOGI ILMU DAN PEMIKIRAN SEYYED HOSSEIN NASR

PENGERTIAN EPISTIMOLOGI ILMU

Epistemologi secara etimologis berasal dari dua suku kata, yakni: epistem (Yunani) yang bermaksud pengetahuan atau ilmu (pengetahuan) dan logos yang bererti disiplin atau teori. Dalam Kamusdisebutkan bahwa epistemologi merupakan Teori ilmu pengetahuan (science) yang melakukan siasatan mengenai asal-usul, dasar, metod, dan batas-batas ilmu pengetahuan.

Mengapa sesuatu disebut ilmu? Apakah batasan-batasan di dalam ilmu pengetahuan? dan bagaimana prosedur untuk memperoleh pengetahuan yang bersifat ilmiah? Pertanyaan-pertanyaan itu agaknya yang dapat dijawab dari pengertian epistemologi yang sudah disebutkan. Epistemologi merupakan bahagian dari falsafah pengetahuan yang membahas tentang cara-cara dan alat untuk mengetahui, tulis Hollingdale. Ia mendefinisikan epistemologi secara sederhana sebagai Teori mengenai asal usul pengetahuan dan merupakan alat untuk mengetahui14Kata-kata to know (untuk mengetahui) dan means (alat-alat) menjadi kata kunci dalam poses epistemologi. Bagaimana kita dapat mengetahui sesuatu serta metode (teknik, instrumen dan prosedur) apa yang kita gunakan untuk mencapai pengetahuan yang bersifat ilmiah? Inilah inti pembahasan yang menjadi perhatian epistemologi.

Epistemologi atau teori ilmu pengetahuan juga sering diertikan sebagai cabang falsafah yang mencurahkan perhatian terhadap dasar, lingkup, dugaan-dugaan serta ketentuan umum yang terandal untuk mendakwa sebagai ilmu pengetahuan.

PEMIKIRAN SEYYED HOSSEIN NASR

1. SainsKaum modenisme Islam umumnya mempunyai kecenderungan ingin menunjukkan kesesuaian antara Islam dengan sains moden. Diantara bukti yang mendukungya adalah kenyataan bahawa sains pernah berkembang di bumi Islam dan dapat mempertahankan kecemerlangannya selama hampir lima abad. Maka sering dijumpai kesimpulan kaum modenisme bahawa Islam pasti mendukung sains moden. Penghujahan kaum Islam modenisme ini ditanggapi oleh para pemikir Islam ortodoks dan diantaranya adalah Seyyed Hossein Nasr iaitu seorang tokoh yang paling berpengaruh di kalangan ini.

Seyyed Hossein Nasr tidak sepakat dengan hujah umum kaum modenisme tentang kesesuaian Islam dengan sains tersebut. Menurutnya mereka secara sewenang-wenangnya mengubah agama Islam agar sesuai dengan tujuan akhir mereka sendiri. Dia dengan keras mencela:

tulisan-tulisan apologetik kaum modenisme Islam yang ingin berdamai dengan modenisme dan mahu melakukan apa saja untuk menunjukkan bahwa Islam bagaimanapun juga adalah agama 'moden' dan berbeza dengan Kristian sama sekali tidak bertentangan dengan sains.

Menurut Nasr tulisan-tulisan kaum Islam modenisme yang mengatakan Islam sesuai dengan sains moden iaitu sains yang dianggap dipelopori oleh Galileo dan Newton secara jelas mengandungi kesesatan. Kesalahan mereka menurut Nasr, adalah bahwailmdalam bahasa Arab yang bererti menuntut ilmu sesuai dengan kewajiban agama, sengaja diubah agar menjadi sains dan pengetahuan sekular. Nasr menganggap keliru kerana termilm tidak hanya berkaitan dengan masalah duniawi tetapi juga berkaitan dengan pengetahuan tentang Tuhan dan lain- lain hal ghaib lainnya. Jika mengikuti pandangan kaum Islam modenisme, menurut Nasr, bererti menggerogoti tauhid.

Menurut Nasr seorang ilmuwan yang secara konsisten menggunakan peralatan dan teknik-teknik sains moden, jika tidak hati-hati akan menghancurkan struktur agama Islam. Masalahnya, sains moden hanya mengandalkan akal dan pengamatan sebagai pengadil bagi penentu kebenaran. Bagi ortodoksi Islam, sejenis Nasr, ini sama sekali tidak dapat diterima. Hal ini sangat berbeza dengan sains zaman dulu.

Mengenai sains zaman dulu Nasr mempunyai pendapat yang baik:

tidak pernah menjadi tentangan bagi Islam seperti halnya sains moden. Para pelajar Islam di madrasah-madrasah tradisional tidak berhenti melaksanakan solat waktu mereka mempelajari aljabar Khayyam atau risalat al-kimia dari Jabir ibn Hayyan. Tidak seperti pelajar-pelajar zaman sekarang yang begitu banyak kehilangan semangat beragama mereka setelah mempelajari matematik dan kimia moden.

Jika kita ingat asas perbezaan kerangka konseptual sains abad pertengahan dan abad moden, sesungguhnya pemikiran Seyyed Hossein Nasr tersebut tidaklah sukar untuk difahami. Ilmuwan abad pertengahan, baik yang Islam mahupun Kristian, bekerja dalam batas-batas, paradigma teologi. Sains harus menemukan perintah ketuhanan dari alam semesta yang ciri-cirinya sudah ditetapkan oleh apa yang diyakini sebagai wahyu. Secara umum, sains secara prinsip dipandang sebagai cara untuk menggambarkan kebenaran teologi. Maka sains sebagai kaki tangan teologiharus membuktikan bahwa iman didukung oleh alasan dan fakta-fakta fizik.Sains moden dalam pandangan Nasr terutama yang berkembang di Barat, sejak Renaissance telah menciptakan bentuk dan paradigma baru yang merupakan manifesasi corak pemikiran rasionalistis dan antroposentris serta sekularisasi kosmos. Ilmu dalam konsepsi Barat seperti inilah yang disebut oleh Nasr telah menempati mode khusus iaitu sama sekali tidak berhubungan dengan Kesucian.

2.Tasawuf

Pemikiran Nasr boleh dimasukan ke dalam beberapa model berfikir iaitu posmodernis, neo-modernis, atauneo-sufisme.Dikatakan posmodernis kerana ia banyak mengkritik pemikir- pemikir modenisme Islam seperti Abduh, Al-Afgani, Amir Ali dan Ahmad Khan sebagaipengembang budaya Barat dan sekularismenya.

Neo-modernis adalah pengkritik Barat dengan segala aspeknya dan menampilkan kembali warisan pemikiran Islam sebagai solusi atas modernitas yang dimotori Barat tersebut. Juga sebagaineo-sufismedengan bukti sebagai seorang pemikir sufi yang menerima pluralisme dan perenialisme (kekekalan) sebagai wujud nyata pemikiran sufinya disamping sebagai sufi yang sebenarnya yang selalu menginginkan penggalian yang sedalam-dalamnya atas spiritual dan makna batin Islam.

Nasr adalah salah seorang anti modenisme Islam yang ada di Barat yang juga seorang ahli sains moden yang berpendidikan Barat. Dari Timur ia mewarisi akar tradisi mistik dari Persia sebagai salah satu pusat tradisional Islam, diajari bagaimana memahami Islam dari lahir hingga batin berdasarkan akar pemikiran Syiah. Disisi lain beliau juga adalah seorang ahli ilmu terapan yang dipelajarinya dari Barat moden. Seorang ahli fizik yang kemudian melintasi sektornya hingga metafizik. Dia termasuk orang yang kecewa dengan ilmu sains moden yang tidak mampu memberikan jawaban atas pertanyaan yang radikal tentang Wujud Abadi atau Realitas Universal. Hal itu yang membuat ia menjadi seorang yang anti modenisme dengan segala hal yang ada di dalamnya. Sehingga juga tepat jika ia sebenarnya adalah seorang neo-tradisionalis yang cuba mengetengahkan rekonstruksi pemikiran Islam tradisional di tengah dunia moden ini.Tentunya dengan sufisme sebagai solusi yang beliau berikan sebagai sebuah keilmuan yang harus difahami dan menjadi roh dari keilmuan moden yang lain agar manusia moden kembali kepada penciptaNya sebagai makhluk Tuhan.

Armahedi Mahzar mengkategorikan model pemikiran Seyyed Hossein Nasrcenderung masuk dalam kategori model monadic yang memandang memandang bahawa agama adalah keseluruhan yang mengandungi semua cabang ilmu dan kebudayaan. Bagi Nasr, agama yang diwakili oleh teologi adalah segala-galanya. sains dan ilmu-ilmu lain tidak boleh keluar dari kerangka dan dalam rangka membela teologi.

3. Sosial PolitikSeyyed Hossein Nasr memiliki banyak sekali pemikiran, dengan pemikiran itu di periodisasi menjadi empat peringkat iaitu peringkat 1960-an, 1970-an, 1980-an dan 90-an.

Pada peringkat pertama pemikiran Nasr dapat dilihat pada karyanya yang pertama iaitu tradisionalis yang memaparkan tentang pandangan dari pemikir klasik seperti Ikhwan al-Shafa, Ibn Sina dan al-Biruni. Three Muslim Sages (1964) yang memaparkan pemikiran tiga tokoh muslim klasik iaitu Ibnu Sina dengan falsafah Paripatetiknya (masysyaiyyah), Suhrawardi dengan falsafah Illuminasionisme (isyraqiyyah) dan Ibn Arabi dengan pemikiran Irfaniyahnya (marifah). Dan di akhir 1960-an, Nasr melontarkan kritiknya terhadap Barat. Ia mengkritik atas realiti kemanusiaan moden dalam karyanya Man and Nature: the Spiritual Crisis of Modern Man (1968) yang berbicara tentang krisis spiritual manusia moden dengan salah satu buktinya iaitu manusia moden telah memperlakukan alam sekitarnya dengan semena-mena. Hal ini sekaligus peringatan kepada negara berkembang yang telah terancam modenisasi dan globalisasi.

Pada peringkat kedua, kritik Nasr terhadap dunia moden semakin dipertajam dengan menawarkan alternatif keluar dari krisis modenisme dengan memperkenalkan tasawuf yang merupakan bentuk jelas dan tepat dari pemikirannya. Hal ini dipaparkannya dalam bukunya Sufi Essay (1972). Islam and the Plight Modern Man (1976) juga tulisan Nasr merupakan buku yang propokatif dan penuh keprihatinan yang membicarakan masalah yang dihadapi oleh para muslim moden dan peringkat ini pada tahun (1970-an).

Memasuki peringkat ketiga, beliau banyak melontarkan gagasannya secara tepat sebagai alternatif hidup di dunia moden. Ia banyak mengkritik para Muslim modenisme yang dinilai sebagai pengembang kepada pemikiran moden Barat yang sekular. Seperti contoh Muhammad Abduh, Al-Afghani, Amir Ali dan Ahmad Khan. Dan menurut Nasr, selain mereka itu ada gerakan-gerakan puritanis rasionalistik yang membunuh tasawuf seperti halnya gerakan Wahabiyah yang dituduh sebagai punca kemunduran umat Islam. Hal ini dijelaskan dalam bukunya Islamic Life and Thought (1981).