SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul...
Transcript of SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul...
TAHAP AMALAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR
BAHRU.
SHAFINAZ BT KAMARUDDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2008
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP AMALAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU.
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya SHAFINAZ BINTI KAMARUDDIN mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
_________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap:
Tarikh: APRIL 2008 Tarikh: APRIL 2008
LOT 12308, LORONG BERLIAN 5, PEKAN BARU, 36000 TELUK INTAN, PERAK.
TUAN HAJI HASSAN HUSHIN Nama Penyelia
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .............................................
Nama Penulis : SHAFINAZ BINTI KAMARUDDIN
Tarikh : APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Buat Ayah dan Mak
Tanpa mu, maka tiadalah aku didunia ini
Syukur dan terima kasih atas segala penat lelah dan
Doa yang tidak pernah mengenal erti jemu demi kejayaan ku,
Akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku
Buat Kakak dan Adikku
Dengan dorongan, bantuan dan juga semangat yang kalian berikan kepada ku
Akhirnya ku dapat membawa pulang segulung ijazah yang selama ini dinanti-nantikan
Buat yang Teristimewa
Terima kasih atas bantuan dan semangat yang dicurahkan
Sesungguhnya, tidak terbalas jasamu buat selamanya
Buat Rakan-rakan Seperjuangan
Jasa kalian amat ku hargai
Terima kasih atas segalanya
Akan ku kenang hingga akhir hayat ini
Hanya Dapat Kudoakan, Semoga ALLAH Memberkati Kalian Semua......
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, saya dapat menyiapkan kajian ini.
Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia
projek sarjana muda, Tn Hj Hassan bin Hushin di atas bimbingan dan dorongan
yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang tidak
terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang
sangat besar ini.
Kerjasama daripada pihak pentadbir dan guru-guru Sekolah Menengah Islam
Hidayah (SMIH) sepanjang tempoh pengedaran borang soal selidik serta membantu
dalam menyediakan penulisan ilmiah ini amatlah dihargai.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea
dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan
dirahmati Allah S.W.T.
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif untuk mengenalpasti
tahap amalan pengurusan peperiksaan dan pengurusan kokurikulum di Sekolah
Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Seramai 49 orang guru dari Sekolah
Menengah Islam Hidayah telah dipilih sebagai responden kajian ini. Kajian ini
dijalankan dengan mengedarkan satu set soal selidik kepada responden yang
mempunyai 59 item. Data telah dianalisis secara statistik deskriptif dengan
menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) 13.0 for
Windows. Tahap kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) yang diperolehi melalui kajian
rintis ialah 0.832. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
amalan pengurusan peperiksaan dan kokurikulum di SMIH berada pada tahap tinggi.
Cadangan untuk kajian lanjutan disertakan untuk tujuan penambahbaikan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study was to identify the level of exam management and
co-curriculum management practices at Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor
Bahru. 49 teachers from the school were selected as the respondents. This research
was conducted by giving a set of questionnaire to the respondents that consist of 59
items. The data gathered were analyzed using Statistical Package for Social Science
(SPSS) 13.0 for Windows. The value of alpha for the pilot test conducted was 0.832.
The findings of the research showed that the level of exam management and co-
curriculum management practices in Sekolah Menengah Islam Hidayah was high.
Ideas for further research have been proposed for continuous improvement
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan. 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.2.1 Pengurusan Peperiksaan 4
1.2.2 Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh 5
1.2.3 Pengurusan Kokurikulum 6
1.2.4 Pergerakan Syabab Fatayat Malaysia 8
1.3 Pernyataan Masalah 9
viii
1.4. Objektif Kajian 9
1.5. Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian. 10
1.7 Batasan Kajian. 11
1.8 Definisi Operasional 12
1.8.1 Kualiti 12
1.8.2 Pengurusan 12
1.8.3 Pihak Pentadbir 12
1.8.4 Pihak Sekolah 12
1.8.5 Kokurikulum 13
1.8.6 Peperiksaan 13
1.8.7 Sekolah Menengah Islam Hidayah 13
1.9 Kesimpulan 14
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Pengurusan 15
2.3 Pendekatan Pengurusan 16
2.3.1 Teori Pengurusan Klasik 17
2.3.2 Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan ISO 18
2.3.3 Asas utama pelaksanaan ISO di sekolah 19
2.3.4 Total Quality Management (TQM) 22
2.3.5 Management by Objective (MBO) 24
2.3.6 Pengurusan Strategik 26
2.4 Kualiti dan Pendidikan 28
2.4.1 Pengelolaan Sekolah Berkesan 28
2.4.2 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 30
2.5 Peperiksaan 33
2.6 Kokurikulum 33
2.7 Kajian di Malaysia 35
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kesedaran masyarakat tentang pentingnya pendidikan dapat dilihat melalui
keperihatinan ibu bapa yang mendaftarkan anak mereka sama ada sekolah rendah atau
menengah. Jelasnya ibu bapa akan memilih sekolah yang berkesan kerana beranggapan
jika anaknya belajar di sekolah yang baik maka adalah mungkin anak mereka mendapat
keputusan yang cemerlang. Blau dan Scot (1962) berpendapat sebagai sebuah
organisasi pendidikan, sekolah merupakan sistem sosial yang amat peka dengan hasrat
dan cita-cita masyarakat.
Senario pengurusan sekolah telah banyak berubah kebelakangan ini. Segala
perubahan dan pembaharuan yang dirancang dan dilaksanakan adalah bertujuan untuk
meningkatkan keupayaan dan keberkesanan sekolah. Ini adalah sebagai cabaran dalam
pendidikan bagi mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan pelajar
yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek sebagai asas kepada insan
kamil.
Untuk itu sistem pengurusan sekolah perlu dijalankan sebaik mungkin bagi
memastikan segala aset yang ada di sekolah seperti guru, pelajar, pusat sumber, PIBG
dan masyarakat dapat mencapai matlamat kecemerlangan melalui pengurusan dan
2
strategi-strategi yang sesuai. Ini secara tidak langsung menjadi faktor kepada
pengwujudan pengurusan yang berkesan dan seterusnya membentuk sekolah yang
berkesan.
Sistem pengurusan ialah siri prosedur, kawalan, sikap dan budaya sesebuah
agensi yang dapat menjamin secara berterusan setiap produk sama ada dalam bentuk
barangan ataupun perkhidmatan menepati ataupun melebihi mutu yang digariskan.
Melalui sistem ini setiap individu mestilah memahami apa yang diharapkan, bagaimana
untuk mencapainya di samping memilih yang mencukupi untuk mencapainya. (Omardin
Ashaari, 2002)
Secara khususnya, fungsi utama pengurusan sekolah ialah untuk menguruskan
polisi kualiti, pembelajaran, manusia dan sumber. Kefahaman tentang tujuan
pengurusan dalam konteks sekolah merupakan satu asas penting. Sekarang, secara
amnya, pemimpin sekolah mengembangkan penyataan visi dan misi (matlamat dan
objektif sekolah) yang mengenal pasti tujuan dan hala tujuan sekolah itu. Spinks (1990)
mengenalpasti pengurangan bidang kuasa dan penyeliaan prosedur sekolah telah
menekankan keberkesanan persekolahan dan dengan itu menentukan kejayaan dan
kegagalan sekolah.
Dalam usaha mencapai dasar dan wawasan pendidikan, sesebuah sekolah perlu
mengatur dan mengawal faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti perkhidmatannya
seperti pentadbiran dan kemanusiaan. Kawalan ini perlu berorientasikan pengurangan,
pembasmian dan pencegahan kecacatan yang akan wujud iaitu ’zero defect’.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan penting dalam
mengubah kehidupan masyarakat. Sekolah juga memainkan peranan untuk mengubah
minda dan sekolah juga merupakan penunjuk arah kepada budaya dan pembangunan
sahsiah sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat
kita membina bangsa kita. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika isu pendidikan tetap
menjadi buah mulut masyarakat, walau apa bentuk dan taraf sesuatu masyarkat itu
berbeza. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang efektif. Jika sistem dan
carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya yang tidak cekap, maka
cita-cita negara dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang
begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) hanya tinggal
hiasan di pejabat atau di bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-
mata. Oleh yang demikian demi merealisasikan wawasan pendidikan negara, setiap
pihak perlulah memikul tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah dan ikhlas.
Terutama sekali sebagai seorang pengetua yang bertanggung jawab untuk memastikan
sistem pengurusan di sekolahnya berjalan dengan lancar tanpa ada cacat celanya.
Pengurusan merupakan komponen terpenting bagi menjayakan sesebuah sekolah
selain daripada teknik pengajaran-pembelajaran yang berkesan ialah stail dan strategi
pengurusan yang dinamik, cekap dan efisyen supaya tercapai matlamat sekolah.
(Kamaruddin Hj Kachar, 1999).
Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) adalah satu dokumen
yang menyatakan pengurusan kualiti yang perlu ada pada setiap sekolah swasta di
Malaysia. Dalam SKIPS terdapat enam elemen yang dilihat iaitu pengurusan dan
pentadbiran umum, pengurusan kurikulum, pengurusan penilaian peperiksaan,
pengurusan kesihatan dan keselamatan sekolah, pengurusan disiplin dan pengurusan ko-
kurikulum. Dalam kajian ini, institusi pendidikan swasta yang akan dikaji ialah Sekolah
Menengah Islam Hidayah
4
1.2.1 Pengurusan Peperiksaan
Dalam proses pengurusan, sesebuah organisasi akan mengagih-agihkan input
sumber tenaga manusia dan peralatan. Pengagihan ini dilakukan melalui aktiviti
perancangan yang teliti, kawalan dan penilaian untuk tujuan mengeluarkan hasil. Secara
umumnya pengurusan merupakan suatu usaha untuk mencapai produk yang berkualiti
tinggi.
Di sekolah-sekolah sama ada peringkat rendah atau menengah, terdapat dua kategori
peperiksaan iaitu peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam. Peperiksaan dalaman
merupakan peperiksaan di peringkat sekolah. Pihak sekolah menyediakan soalan-
soalan, pemeriksa-pemeriksa, menentukan tarikh, waktu dan jenis peperiksaan yang
hendak dijalankan itu.
Manakala peperiksaan awam, adalah peperiksaan yang dijalankan di peringkat
kebangsaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) bagi sekolah menengah. Bagaimanapun calon-calon bagi peperiksaan awam ini
adalah terdiri daripada semua pelajar yang mengikuti tahap pengajian peperiksaan itu.
Peperiksaan ini juga dijalankan serentak dalam waktu yang sama di seluruh negara. Ini
adalah dikenali sebagai perperiksaan tertutup dan bermakna segala maklumat soalan
adalah sulit sehingga selepas peperiksaan.
Peperiksaan dapat mengukur kebolehan, bakat dan tahap pencapaian dan kemajuan
pelajar dalam bidang akademik pada sesuatu peringkat pengajian berasaskan kurikulum
yang disediakan itu. Jika perlu, rancangan pengajaran pemulihan dapat disusun untuk
mengatasi kekurangan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam menuju ke arah
kecemerlangan dalam bidang akademik.
5
Peperiksaan dalaman merupakan perintis jalan dan menjurus kepada peperiksaan
awam, penyelenggaraanya juga hendaklah teratur dengan kemas dan teliti untuk
memastikan kelancaran pengurusannya.
Di dalam elemen pengurusan peperiksaan di Sekolah Menengah Islam Hidayah
(SMIH), terdapat beberapa aspek yang akan dikaji iaitu:
i. Perancangan
ii. Pengurusan peperiksaan dalaman
iii. Pengurusan peperiksaan luar
Elemen pengurusan peperiksaan adalah di bawah pecahan organisasi kurikulum
SMIH yang dikenali sebagai Unit Penilaian dan Peperiksaan (PEP). Unit ini diketuai
Pn. Nafizah Khairiah Bt. Kamaruddin dan Pn. Rafidah Bt. Mad Jusah. Unit ini adalah
penggerak utama dalam mengelola sesuatu peperiksaan. Menurut Morphet, John dan
Reller (1982), matlamat sesebuah organisasi itu bukan untuk mengadakan keadaan yang
memperingkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran tetapi mengadakan keadaan
yang dapat mempertingkatkan kecekapan organisasi bagi mencapai matlamat.
1.2.2 Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh (SPPM)
Sistem Pentaksiran Murid Musleh ialah pendekatan pentaksiran yang
mengambil kira manusia secara keseluruhan. SPMM mengintegrasikan penilaian
kognitif dengan pentaksiran aspek-aspek penghayatan Islam. Murid ditaksirkan
mengenai aspek ilmu, iman, akhlak , kemampuan dan ibadat khusus yang dihayati
dalam kehidupan seharian. Pentaksiran dibuat dengan menggunakan pelbagai instrumen
yang merangkumi senarai semak, amali dan perbincangan. Proses menghasilkan
perlbagai instrumen itu melibatkan murid, guru dan pentadbir. Keberkesanan
6
pentaksiaran holistik seperti ini sudah tentu memerlukan pemantauaan dan pembaikan
dari masa ke semasa dan memerlukan komitmen yang tinggi serta keikhlasan guru ,
ibubapa dan murid.
Pendidikan yang kita perlu fahami adalah proses membentuk hati, jiwa , akal
dan peribadi. Matlamatnya adalah untuk mengihsankan qalbu insan,
memperkembangkan mindanya. Memuliakan akhlaknya dan tahan lasak jasadnya.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk memantapkan kemahirannya. Pendedahan dan segala
potensi yang sedia ada mengikut minat sehingga menjadikannya insan yang paling
bermanfaat kepada agama , negara dan ummat sejagat.
1.2.3 Pengurusan Kokurikulum
Gerak kerja kokurikulum dianggap sebagai salah satu komponen yang penting
dalam proses pembentukan pelajar sama ada di peringkat rendah ataupun di tahap yang
lebih tinggi dalam konteks pendidikan kebangsaan berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). FPK yang dibentuk bertujuan menentukan hala tuju, asas dan
sumber inspirasi kepada semuausaha dan rancangan dalam bidang pendidikan pada
masa hadapan (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 1988).
Program kokurikulum pada dasarnya bukanlah satu konsep yang terpisah daripada
kurikulum kerana program ini merupakan lanjutan kepada matapelajaran yang diajar
dalam kelas. Apa yang membezakan konsep kokurikulum dan kurikulum ini sebenarnya
ialah tanggapan masyarakat sekeliling yang melibatkan pelajar, guru, institusi
pendidikan dan komuniti masyarakat. Menurut Sharifah Alwiah Alsagof (1986),
”Kurikulum difahamkan sebagai rancangan yang merangkumi aktiviti akademik seperti
matapelajaran ataupun kursus dan kegiatan luar bilik darjah seperti kelab dan persatuan,
unit pakaian seragam serta sukan dan permainan. Kurikulum hendaklah mengandungi
7
aktiviti-aktiviti sama ada akademik ataupun bukan akademik yang dapat membantu
murid-murid mencapai perkembangan daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Pengalaman-pengalaman itu hendaklah secocok dengan umur, kebolehan, minat dan
kematangan.” Oleh yang demikian, pelbagai pelaksanaan telah dijalankan oleh pihak-
pihak tertentu agar aktiviti kokurikulum tidak dipandang remeh atau dijalankan secara
sambil lewa oleh sekolah. Pelaksanaan ini menekankan tujuan dan kepentingan aktiviti
serta usaha dalam mempertingkatkan penglibatan pelajar dan guru selain cara-cara
mengatasi masalah yang berkaitan dengannya.
Bagi memastikan sesuatu program kokurikulum berjalan dengan baik dan lancar,
pihak pentadbir sekolah mesti memberi penekanan terhadap konsep yang diutarakan
oleh beberapa ahli pengurusan. Antara empat aktiviti pengurusan utama yang
ditekankan dalam amalan pentadbiran adalah perancangan, pengelolaan dan penyeliaan
program, arahan dan pelaporan dalam pengurusan.
Gerak kerja kokurikulum adalah aktiviti dan pengalaman melalui pembelajaran
yang bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, berasaskan
dan lanjutan daripada pembelajaran di dalam bilik darjah. Ia bertujuan untuk
pengukuhan dan pengkayaan pembelajaran, penerapan Rohani Islam, sifat-sifat
mahmudah, sifat-sifat kepimpinan, sifat-sifat bekerjasama, berkhidmat dan lain-lain
sifat yang mulia.
Matlamat gerak kerja kokurikulum adalah bagi mempersiapkan murid-murid dengan
kefahaman Islam yang mantap, mendidik mereka dengan kecintaan kepada Deen,
meningkatkan daya pemikiran, ketrampilan dan kecergasan fizikal dan menyediakan
diri mereka tubuh badan yang sihat. Semua ini bertujuan bagi melahirkan generasi
pelajar yang akan mampu membina menyumbang dan memimpin ummah pada masa
hadapan
8
1.2.4 Pergerakan Syabab & Fatayat Malaysia
Pergerakan Syabab & Fatayat Malaysia (PSFM) bermula dengan gabungan
aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang dijalankan secara berasingan seperti kawad,
pertolongan cemas, ikhtiar hidup, pengurusan diri, dan sebagainya. Pada ketika itu,
nama program ini adalah Syabab Lil Bina dan Fatatul Muslimah.
Pada tahun 1995, Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGB SIM)
menganjurkan hari Syabab Semalaysia. Semua sekolah yang mendaftar dengan MGB
SIM menghantar wakiil dalam pertemuan ini. Hasil pertemuan ini beberapa resolusi
telah dibuat. Antaranya termasuklah pertukaran nama persatuan ini menjadi Pergerakan
Syabab Fatayat Malaysia (PSFM).
Selain itu, semua pelajar di tahap 2 Sekolah Rendah Islam (SRI) dan pelajar
Sekolah Menengah Islam (SMI) diwajibkan mengikuti semua aktiviti PSFM sebagai
salah satu sukatan pelajaran dalam kurikulum MGB SIM. Kurikulum MGB SIM
dibahagikan kepada 3 bidang utama iaitu pakaian seragam, persatuan, kelab dan sukan
permainan. PSFM di letakkan dalam bidang pakai seragam.
Semua guru yang mengajar di SRI dan SMI adalah pemimpin Syabab manakala
Guru Besar dan Pengetua adalah Ahli Kehormat Syabab Fatayat. Bagi mereka yang
telah meninggalkan bangku persekolahan, adalah digalakkan terlibat dalam
perlaksanaan aktiviti PSFM di SRI dan SMI. Mereka yang berkelayakan akan dilantik
sebagai Ahli Bersekutu Syabab Fatayat Malaysia.
Pada tahun 2000, satu pasukan khas telah ditubuhkan dibawah Lujnah Tarbiyah
MGB SIM atas nama E-Team yang bertanggungjawab untuk merancang, memantau dan
melaksanakan aktiviti-aktiviti dan latihan kemahiran, pengurusan, pemeringkatan ahli
Syabab Fatayat termasuklah pelajar dan guru pada peringkat pusat. Didalam Pergerakan
9
Syabab & Fatayat, terdapat 3 peringkat yang dikenali sebagai peringkat Muayyid, Amil
dan Mujahid.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah yang dihadapi di sekolah swasta ialah tiada suatu standard piawaian
yang dikhaskan kepada sekolah-sekolah ini untuk digunapakai sebagai garis panduan
dalam penilaian tahap pengurusan sekolah berkaitan dengan pengurusan peperiksaan
dan pengurusan kokurikulum. Penyelidik ingin menjalankan satu kajian untuk
mengenalpasti tahap amalan pihak sekolah bagi setiap aspek dalam elemen pengurusan
peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di Sekolah Menengah Islam Hidayah,
Johor Bahru.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap amalan pengurusan di
Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) dalam pengurusan peperiksaan dan
kokurikulum. Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1) Mengenalpasti tahap amalan pengurusan bagi setiap aspek dalam elemen
pengurusan peperiksaan Sekolah Menengah Islam Hidayah.
2) Mengenalpasti aspek yang mana diberi penekanan oleh pihak sekolah dalam
elemen pengurusan peperiksaan Sekolah Menengah Islam Hidayah.
3) Mengenalpasti tahap amalan pengurusan bagi setiap aspek dalam elemen
pengurusan kokurikulum Sekolah Menengah Islam Hidayah.
4) Mengenalpasti aspek yang mana diberi penekanan oleh pihak sekolah dalam
elemen pengurusan peperiksaan Sekolah Menengah Islam Hidayah.
10
1.5 Persoalan Kajian
1) Apakah tahap amalan pengurusan bagi setiap aspek dalam elemen pengurusan
peperiksaan Sekolah Menengah Islam Hidayah?
2) Apakah aspek yang diberi penekanan oleh pihak sekolah dalam elemen
pengurusan peperiksaan Sekolah Menengah Islam Hidayah?
3) Apakah tahap amalan pengurusan bagi setiap aspek dalam elemen pengurusan
kokurikulum Sekolah Menengah Islam Hidayah?
4) Apakah aspek yang diberi penekanan oleh pihak sekolah dalam elemen
pengurusan kokurikulum Sekolah Menengah Islam Hidayah?
ix
2.8 Kajian Luar Negara 37
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN.
3.1 Pengenalan. 38
3.2 Rekabentuk Kajian 39
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 39
3.4 Tempat Kajian 40
3.5 Kaedah Pengumpulan Data 40
3.5.1 Data Primer 41
3.5.2 Data Sekunder 41
3.6 Instrumen Kajian 42
3.6.1 Bahagian A 43
3.6.2 Bahagian B 43
3.6.3 Bahagian C 44
3.7 Kajian Rintis 46
3.8 Kesahan Instrumen Kajian 47
3.9 Prosedur Kajian 48
3.10 Kaedah Menganalisis Data 49
3.11 Kesimpulan 51
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 52
4.2 Dapatan Kajian 52
4.3 Analisis Bahagian A 53
4.2.1 Jantina 54
4.2.2 Umur 54
4.2.3 Taraf Pendidikan 54
4.2.4 Tempoh Perkhidmatan 55
x
4.4 Analisis Bahagian B: Pengurusan Peperiksaan 56
4.4.1 Perancangan 57
4.4.2 Pengurusan Peperiksaan Dalaman 60
4.4.3 Pengurusan Peperiksaan Luar 62
4.5 Ringkasan Dapatan Kajian 64
4.6 Analisis Bahagian C: Pengurusan Kokurikulum 65
4.6.1 Perancangan 66
4.6.2 Pemantauan dan Penyeliaan Aktiviti 71
4.6.3 Pengurusan Kawalan Khas 74
4.7 Ringkasan Dapatan Kajian 78
4.8 Kesimpulan 79
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 80
5.2 Ringkasan Dapatan Kajian 80
5.3 Rumusan 81
5.3.1 Bahagian A 82
5.3.2 Bahagian B 82
5.3.3 Bahagian C 83
5.4 Perbincangan Kajian 84
5.4.1 Persoalan Kajian 1 85
5.4.2 Persoalan Kajian 2 87
5.4.3 Persoalan Kajian 3 87
5.4.4 Persoalan Kajian 4 88
5.5 Cadangan Tindakan 89
5.5.1 Pihak MUSLEH 90
5.5.2 Pihak Sekolah 90
5.5.3 Pihak Guru 91
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 92
5.7 Penutup 93
xi
BIBLIOGRAFI 94
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Fasa perlaksanaan Management By Objective 25
3.1 Panduan Penentuan Skor Item 44
3.2 Pecahan Item Soal Selidik 45
3.3 Alpha Cronbach 47
3.4 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 50
4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut
jantina
53
4.2 Kekerapan dan peratusan responden mengikut
umur
54
4.3 Kekerapan dan peratusan responden mengikut
taraf pendidikan
54
4.4 Kekerapan dan peratusan responden mengikut
tempoh perkhidmatan
55
4.5 Kekerapan, peratusan dan min responden
mengenai aspek perancangan
57
4.6 Kekerapan, peratusan dan min mengenai aspek
pengurusan peperiksaan dalaman.
60
4.7 Kekerapan, peratusan dan min mengenai aspek
pengurusan peperiksaan luar.
62
xiii
4.8 Rumusan Dapatan Kajian Mengikut Aspek Kajian 64
4.9 Kekerapan, peratusan dan min mengenai aspek
perancangan
66
4.10 Kekerapan, peratusan dan min mengenai aspek
pemantauan dan penyeliaan aktiviti.
71
4.11 Kekerapan, peratusan dan min mengenai aspek
pengurusan kawalan khas.
74
4.12 Rumusan Dapatan Kajian Mengikut Aspek Kajian 78
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Konsep ISO 9000 19
xv
SENARAI SINGKATAN
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ISO - International Organization for Standardization
JNS - Jemaah Nazir Sekolah
JERI - Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual
MBO - Management by Objective
MGB SIM - Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia
SIH - Sekolah Islam Hidayah
SKIPS - Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta
SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
PSFM - Persatuan Syabab Fatayat Malaysia
PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SMIH - Sekolah Menengah Islam Hidayah
PEP - Penilaian dan Peperiksaan
SPPM - Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh
SRI - Sekolah Rendah Islam
SMI - Sekolah Menengah Islam
SPSS - Statistical Package for Social Science
TQM - Total Quality Management
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Pengesahan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
B Pengesahan Soal Selidik
C Soal Selidik
D Surat Pengesahan Pelajar Menjalankan Kajian di Sekolah
Menengah Islam Hidayah (SMIH)