Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang...

20

Transcript of Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang...

Page 1: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW
Page 2: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal seperti kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi. Meraikan Maulid Rasul SAW ini adalah untuk mengingati dan menghayati sirah Rasulullah SAW. Sambutan Maulidur Rasul SAWmerupakan antara amalan yang diterima sebagai salahsatu usaha untuk mendidik dan mengingati RasulullahSAW. Rasulullah SAW adalah pemimpin agung yangdikagumi oleh ramai pemimpin dunia dengan sebabperibadi dan kepimpinannya.

C. Cherfils di dalam bukunya ‘Napoleon and Islam’ menukilkan bahawa Napoleon Bonaparte juga telah menganjurkan upacara besar-besaran menyambutMaulidur Rasul di atas kekagumannya terhadap Rasulullah SAW. Hingga ada yang mengatakan dengan yakinberdasarkan beberapa dokumen sahih bahawa Napoleon diakhir hayatnya adalah seorang Muslim dengan nama Muhammad Ali Bonaparte.

Merujuk kepada sejarah penulisan sirah Rasulullah SAW, ianya telah pun dimulakan oleh para sahabat seperti Abu Rafi Mawla yang telah menulis tentang sifat solat danibadah baginda. Ini termasuk Sahl b. Abi Hathmahal-Madani al-‘Ansari dan ‘Abd Allah b. ‘Amru b. al-‘As b. Wa’il b. Hashim. Penulisan sirah Rasulullah SAW secarasistemati k telah dimulakan oleh para Muhaddithun yang juga ahli sejarah seperti Sa`id b. al-Musayyib al-Makhzumi, ‘Urwah b. al-Zubayr b. al-‘Awwam and Abu Fadalah ‘Abd Allah b. Ka’b b. Malik al-Ansari.

Penulisan sirah Rasulullah SAW kemudiannya kian popular ketika zaman Muhammad b. Ishaq yang telah menulis kitab Kitab al-Mubtada’ wa al-Mab`ath wa al-Maghaziiaitu buku yang membincangkan secara terperincikehidupan baginda bermula kelahiran hingga kewafatan.Ini diikuti oleh Muhammad b. ‘Umar al-Waqidi yangmenulis Kitab Azwaj al-Nabiyy, Kitab al-Tarikh wa al-Maghazi wa al-Mab`ath and Kitab Wafat al-Nabiyy and Kitabal-Maghazi. Kitab Sirah yang menjadi rujukan utamahingga kini telah ditulis oleh ‘Abd al-Malik b. Hishammelalui karyanya yang masyhur iaitu Kitab al-Siraha l - N a b aw i y ya h . K i ta b S h a m a i l a l - T i r m i z i ya n gmenghimpunkan hadis-hadis mengenai karakter, sifat, akhlak dan peribadi Rasulullah SAW juga patut menjadi rujukan. Bahkan kitab ini dapat menjadi panduan untukmengelakkan sebarang riwayat tidak sahih dan palsu mengenai Rasulullah SAW.

Kehebatan Rasulullah SAW sebagai pemimpin agung diterjemahkan dalam bentuk penulisan dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Ini menunjukan bahawawalaupun beliau telah wafat berabad tahun, kisahnyamasih segar untuk dicerita dan dibicarakan. Seolah-olah Baginda masih hidup bersama kita. Memahami dan meneladani Rasulullah SAW merupakan suatu kewajipan bagi kita umat Islam ini. Hanya ti nggal kini ialahkemahuan, keazaman, keiltizaman diri untuk belajar memahami dan meneladani seterusnya mendidik jiwadan rohani untuk mengasihi Baginda.

Salam Maulidur Rasul SAW 1441H.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin HassanTuan Haji Sainuri bin Yahmin

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiCik Neng Athirah Malinda binti Joslan

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

SAHABAT

Aku... bukanlah seorang pujanggahanya orang biasakerana persahabatantelah dipupuk sekian dekattak dapat ku berkatahanya tangan dihulur mesra.

Terkadang dalam pemikiranapa saja difi kirkan bolehberti ndak atas kemampuankita semua pasti merasa banggajika limpahan budi bahasamenggunung.

Kau laksana purnama munculsemua bintang jadi pudar keranamudalam segala kesusahanterlipurlah hati nan sedih.

Ya Allah...sumber segala kebaikanyang ti nggi kedudukannyayang mengetahui semua tersembunyimohon dirahmati kita semuaagar terhindardari gaya hidupyang berpura-pura.

Oleh:DeeKeeKota Kinabalu6112019

211 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

Bil. Waktu Resonan Tidur Makan Fikir Kerja

1. 12.00 tengah malam - x x x 1.00 pagi

2. 1.00 pagi - 2.00 pagi x x x

3. 2.00 pagi - 3.00 pagi x x

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

PENDAFTARAN PERCERAIAN DI LUAR MAHKAMAHOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Sekiranya perceraian berlaku di luar mahkamah, seperti contoh di rumah, di stesen bas, di pejabat sama ada melalui aplikasi media sosial atau di mana-mana sahaja tempat ianya boleh gugur dan sah. Namun merujuk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004, di bawah seksyen 57, iaitu:

(1) Walau apapun seksyen 55, seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq itu melaporkan kepada mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talaq yang dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak.

(3) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa talaq yang telah dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, maka mahkamah hendaklah, tertakluk kepada seksyen 125:

(a) membuat perintah membenarkan perceraian dengan talaq;

(b) merekodkan perceraian itu; dan

(c) menghantar salinan rekod itu kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.

Sekiranya seseorang lelaki menceraikan isterinya atau melafazkan talak di luar mahkamah, dia boleh didakwa di bawah kesalahan matrimoni Perceraian di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah. Seksyen 125 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 1995 menetapkan hukuman seperti berikut:

Seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua- duanya.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku lafaz talak tersebut?

Berbalik kepada tajuk yang dibincangkan, sekiranya berlaku apa-apa lafaz talak sama ada lafaz sarih (jelas) atau kinayah (sindiran), suami atau isteri perlulah membuat pengesahan di Mahkamah Rendah Syariah di mana mereka bermaustatin. Kebelakangan ini, ramai pihak tidak mahu membuat pengesahan lafaz tersebut di mahkamah kerana dikatakan menyusahkan dan sibuk bekerja. Maka, ianya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Alasan ini biasanya ditimbulkan oleh pihak suami. Sekiranya suami telah melafazkan apa-apa lafaz talak dan isteri merasa ragu-ragu dengan lafaz tersebut sama ada jatuh atau tidak, maka pihak isteri boleh membuat permohonan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah.

Kesimpulannya, setiap perceraian hendaklah dilakukan di mahkamah kerana mahkamah akan menentukan sah dan gugurnya talak tersebut di samping dapat memberi keadilan di pihak isteri tanpa sewenangnya dijatuhkan talak oleh pihak suami.

PengenalanAllah SWT mensyaratkan kita solat. Beribadat tengah malam, solat subuh, solat dhuha, solat zohor, solat asar, solat maghrib dan solat isyak. Apa rahsia pensyariatan ini dengan biologis tubuh kita ?

Islam dan PerubatanSolat malam dan penyembuhan. Apa sebenarnya rahsia tersirat ? Kita solat malam tapi jam berapa sesuai? Kenapa Allah SWT arahkan kita solat malam dan penyembuh penyakit. Dalil: Baginda SAW bersabda:

“Kerjakanlah qiamullail (solat malam), kerana sesungguhnya hal tersebut merupakan kebiasaan orang-orang yang soleh sebelum kalian sebagai pendekatan diri kepada Allah SWT sebagai pencegah daripada perbuatan dosa, sebagai kifarat (penebus) daripada perbuatan-perbatan buruk dan pengusir penyakit daripada badan.” (Riwayat Imam at-Tirmizi).

“Bangkitlah dan solatlah sebab sesungguhnya ada pengubatan dalam solat.” (Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah).

Manfaat solat dari aspek spiritual, psikologi, fizik dan moral1. Merupakan perintah Allah SWT2. Boleh mengalihkan perhatian3. Latihanfizikal

Rahsia waktu solat dengan pengaruh hormon kepada kesihatan tubuhFirman Allah SWT:

“Allah SWT jualah yang menjadikan malam utuk kamu supaya kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah SWT benar- benar mempunyai kurnia yang dilimpahkan kepada manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Surah Al-Mukmin ayat 61).

“Dan antara rahmat-Nya, ia jadikan untukmu siang dan malam, supaya kamu beristirehat (pada malam hari) dan supaya kamu mencari sebahagian daripada kurnia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.”(Surah al-Qasas ayat 73).

Allah SWT juga menganjurkan kita untuk beribadah lain pada malam hari selain solat tahajud seperti zikir, membaca al-Quran dan lain-lain. Pembahagian waktu

BIOLOGIS DAN WAKTU RESONAN TUBUHOleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

seperti ini sangat sesuai dengan pusingan jam biologis tubuh yang mengatur sistem kerja seluruh sel manusia.

HipotalamusManusia sebagai makhluk hidup dengan jaringan pernafasan, saraf dan sistem pencernaannya. Aktiviti semua organ tubuh manusia itu disusun dan diatur serta dikendalikan oleh organ di bahagian tengah otak manusia yang disebut hipotalamus. Organ ini bekerja dengan menerima rangsangan cahaya.

(a) Cahaya waktu pagi akan terus masuk menerusi mata kemudian sampai ke retina dan diubah cas-cas dalam saraf. Cas-cas itu terus kepada hipotalamus

(b) Kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin yang berfungsi ketika dalam keadaan seseorang itu tidur dalam kegelapan malam.

Waktu resonan organ

Berdasarkan jadual di atas, pada waktu resonan jam 2.00 hingga 3.00 pagi, waktu ini waktu aktiviti organ (hipotalamus) sedang berada dalam keadaan paling aktif atau menjalankan fungsinya secara optimum secara semulajadi. Selepas tengah malam, warna langit akan berubah kepada warna ungu lambayung iaitu pada sukatan 412 nanometer iaitu hipotalamus.

Untuk mendapatkan gelombang ungu lembayung secara semulajadi, seseorang perlu berjaga dan melakukan sesuatu perkara yang memerlukan fokus atau khusyuk seperti solat tahajud dan membaca al-Quran.

KesimpulanIni jawapannya kenapa diperintahkan bangun pada dua pertiga malam (2.00-3.00 pagi). Ianya boleh menyembuhkan penyakit jantung, perut dan usus. Teruskan selama tiga bulan berturutan. Moga kita istiqamah solat malam.

RUJUKAN:● 101 Keberkatan Lelaki Subuh, Dr. Mohd Arif Haji Mat Noor,

Mohd Daharudin Haji Daud, Mohammad Subki Abdul Rahman AlHafiz,mukasurat211-255.

● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, Juz. 18, muka surat 146.

● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, Juz. 20, muka surat 139.

1811 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

Penullis bersama rakan-rakan danpenduduk kampung

DI KUAMUT KITA DIPERTEMUKANOleh:

Adi Pitang

Tidak banyak maklumat yang ku tahu tentang kampung ini.Tapi nama kampung ini seolah melambai-lambai untukku bertandang ke sana. Rancangan untuk mengadakan programsudah sekian lama. Cuma masa tidak mengizinkan.Kebetulan semasa mengadakan Bengkel Tadbir Urus Masjiddi Kinabatangan, rakan-rakan JHEAINS Kinabatangan telahmenjadualkan program di kampung Sungai Lokan dankampung Kuamut 2 minggu selepas bengkel. Ruang itu kami sekalikan dengan program Pembangunan Jati Diri BeliaMasjid ibu pejabat.

Perjalanan kami menuju ke kampung Kuamut dari jeti Sungai Lokan mengunakan bot yang sama kamigunakan ke Sungai Lokan. Bot yang berukuran 82 panjang x 42 lebar yang beratap itu mengunakan enjin 40kuasa kuda. Bot kami dikemudi oleh imam Asmi seorang imam kariah yang juga merupakan anak jati Kuamut.Caranya mengendalikan bot dengan laluan melawan arus sangat-sangat ku kagumi. Air deras dengan sampahsarap yang hanyut memenuhi sungai yang kekuningan itu, dipandunya dengan penuh tenang dan hati-hati. Ya...suatu yang wajib dielakkan dalam mengemudi bot di sungai ini ialah kayu-kayu yang hanyut supaya tidakmengenai bot dan enjin bot. Malang tidak siapa yang boleh menjangka. Apatah lagi sungai Kinabatangan initerkenal dengan reptilianya yang mencatat sejarah pernah membaham manusia yang berada di tebing dandi dalam airnya. Hmmm... Bohonglah kalau setiap dari kami tidak terlintas memikirkan reptilia yang satu inisepanjang perjalanan bot itu. Hahaha.

Perjalanan dari kampung Sungai Lokan ke Kuamut memakan masa selama 4 jam lebih. Pelbagai gaya dalam perahu dibuat bagi mencari keselesaan diri. Duduk bersila, kaki bertemu kaki. Aku, Suhaimi, Fahmi dan Hadi, masing-masing punya cara sendiri mencari keselesaan. Dalam hidup ini mencari kesefahaman dalam pelbagai suasana, suatu yang diperlukan. Lebih-lebih dalam kehidupan biasa masyarakat yang pelbagai cara, budayadan agama. Bantu membantu, memberi dan menerima seadanya, suatu sifat yang terpuji dan seharusnya ada. “Sakit kaki!” Fahmi menghulurkan kakinya di hadapan Suhaimi, yang duduk di sebelahku sambil tersenyumsimpul. Suhaimi yang dipanggil “Guru” oleh masyarakat Beluran kerana kebolehannya merawat cara Islam turut tersenyum dan bersedia mengurut kaki Fahmi.

Kehadiran kami disambut oleh Awang Bantan, Pengerusi Majlis Permaukatan Kemajuan Kampung sebaik sajatiba di jeti Kampung Kuamut. Umurnya lewat 50-an tapi masih nampak gagah. Rumah kayu 2 tingkat miliknya menjadi tempat penginapan kami. Rumah ini agak besar, dengan ruang tamu tingkat bawah menjadi tempatacara sekiranya ada acara-acara keraian kampung ini. Jelasnya rumah ini juga tempat pemimpin-pemimpinbermalam ketika melakukan tugas rasmi atau tidak rasmi.

Apa yang menarik mengenai beliau ini ialah keramahan dan kemesraannya terhadap kami. Beliau dan isteriadalah saudara baru yang memeluk Islam akhir 90-an, bersama anak-anaknya yang seramai 8 orang. Cucu-cucusaudara sebelah isterinya yang seramai 6 orang yang tinggal di rumah itu bukan beragama Islam. Merekamasih bersekolah rendah di SK Kuamut berhampiran rumahnya itu. Mereka ini berasal dari kampung-kampung sekitar yang tidak ada kemudahan perahu untuk berulang alik dan kawasan tempat tinggal mereka agak jauhdari sekolah. Terkesan bila melihat mereka tidur bergelimpangan di ruang tamu bawah rumah itu sebelum azan Subuh pagi itu.

Program yang kami isi dengan solat Maghrib, Isyak dan Subuh berjemaah, dengan tazkirah dan ramah mesra itu sangat menguatkan azam kami untuk datang lagi ke kampung ini dan sekitarnya. Di sini… di Kuamut ini kita dipertemukan.

WAHAI NABI... WAHAI HAMBA PILIHANOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Tatkala Rasulullah SAW wafat, Umar Ibn Khattab berdiri di hadapan banyak orang dan berkata, “Orang-orang munafi kmenganggap Rasulullah SAW telah wafat, padahal tidak. Baginda hanya pergi menemui Allah SWT sebagaimana MusaIbn ‘Imran yang menghilang dari kaumnya selama 40 malam, kemudian kembali kepada kaumnya setelah merekamenganggap Musa telah wafat. Demi Allah, Rasulullah pasti kembali lagi seperti Musa. Maka, siapa saja yangmenganggap Rasulullah telah wafat, tangan dan kakinya akan dipotong.”

Abu Bakar datang dan berdiri di depan pintu masjid. Pada saat itu Umar sedang berbicara di hadapan orang ramai.Namun, Abu Bakar tidak menoleh kepada mereka dan terus menziarahi Rasulullah SAW di rumah Aisyah. Bagindaberada di bahagian tepi dan tertutup dengan kain dilapisi jubah. Abu Bakar mendekat dan menyingkap kain di wajahRasulullah SAW. Lalu ia berkata, “Sungguh, kematian yang telah Allah tetapkan kini telah kau rasakan dan tidak akankau rasakan lagi selamanya.” Kemudian ia mendekati wajah Baginda dan menunduk. Lalu ia mencium keningnya dan berkata,

“Wahai Nabi …”

Lalu ia menciumnya kembali dan berkata, “Wahai hamba pilihan …”

Ia mencium untuk ketiga kalinya dan berkata, “Wahai sang kekasih …”

Kemudian ia menutup kembali kain tersebut pada wajah Rasulullah SAW, lalu keluar. Ketika Umar masih berbicaradi hadapan orang ramai dan berkata, “Rasulullah SAW tidak mati sampai Allah SWT melenyapkan orang-orang munafi k.”

Lalu Abu Bakar berkata, “Tenanglah, wahai Umar.”

Namun, Umar masih tetap berbicara. Ketika Abu Bakar melihat Umar masih tetap berbicara, ia menghadap kepadapara sahabat dan berbicara. Ketika mereka melihat Abu Bakar sedang berbicara, mereka segera mendekat danmeninggalkan Umar. Kemudian Abu Bakar berdiri di sisi mimbar namun tidak naik ke atasnya. Ia menyeru parasahabat hingga mereka pun diam.

Abu Bakar memuji Allah SWT dan berselawat kepada Rasulullah SAW, lalu berkata, “Wahai para sahabat, Allah telahmenetapkan kematian atas Nabi-Nya sedangkan ia telah telah wafat. Tidak ada satu pun di antara kalian yang kekal kecuali Allah semata. Allah memberi umur kepada Rasul-Nya sampai ia menegakkan agama Allah, menyelesaikantugas, menyampaikan risalah Allah, berjihad di jalan Allah hingga mewariskan jalan Islam bagi kalian. Tidak akanbinasa kecuali mereka yang benar-benar tersesat dan celaka. Siapa yang menyembah Allah, maka Allah MahaHidup dan tidak akan mati. Sementara siapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya ia telah wafat.Bertakwalah, wahai manusia. Berpegang teguhlah pada agama kalian. Dan bertakwalah pada Tuhan kalian. AgamaAllah telah tegak dan hukum Allah telah sempurna. Allah akan menolong siapa yang menolong dan memuliakanagamanya. Al-Quran telah ada di hadapan kalian sebagai cahaya dan ubat. Di dalamnya terdapat hukum yang terkait dengan halal dan yang haram. Kita tidak peduli siapa yang bergabung dengan kita. Pedang Allah tetap terhunus tidakakan pernah kami simpan. Kita wajib berjuang melawan siapa yang menentang kita sebagaimana dahulu kitaberjuang bersama Rasulullah. Maka, kezaliman hanyalah akan berdampak buruk bagi dirinya sendiri.”

Kemudian Abu Bakar membaca ayat Al-Quran,

“Muhammad hanyalah seorang rasul. Sebelumnya telah berlalu beberapa rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh,kalian berbalik menjadi murtad? Barangsiapa berbalik ke belakang, ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun. Allahakan memberi balasan kepada orang yang bersyukur.” (Al Imran: 144).

“Demi Allah, seakan-akan para sahabat belum mengetahui bahawa ayat tersebut telah turun sampai Abu Bakarmembacakannya.”

Umar Ibn Khattab menuturkan, “Demi Allah, aku baru tersedar dengan ayat itu setelah dibacakan oleh Abu Bakar.Aku pun tercengang hingga terduduk kerana kakiku tidak kuat menahan beban. Akhirnya aku sedar bahawa Rasulullah telah Wafat.”

411 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi atau nama lengkapnya Ahmad Khatib bin Abdul Latif binAbdullah bin Kalan al-Minangkabawi al-Jawi. Beliau lahir di Koto Tuo. Agam, Sumatera Barat, pada hariIsnin 6 Zulhijah 1276 Hijri (1860 Masihi).

Ketika masih di kampung kelahirannya, Syeikh Ahmad Khatibmengenyam pendidikan formal dan melanjutkan pengajianke Sekolah Raja atau Kweekschool. Di samping belajar pendidikanformal yang dikelola Belanda itu, beliau juga mempelajari mabadi’(dasar-dasar) ilmu agama daripada ayahandanya Syeikh AbdulLatif.

Pada usia 11 tahun, Syeikh Ahmad Khatib telah meninggalkankampung halamannya untuk pergi melaksanakan ibadah haji dan menetap di Mekah untuk belajaral-Quran pada Syeikh Abdul Hadi dan ilmu keislaman lainnya pada Syeikh Uthman Syatha. Setelahempat tahun di Mekah, beliau kembali ke negeri kelahirannya, Minangkabau.

Selama berada di Minangkabau, Syeikh Ahmad Khatib tetap merasa rindu untuk kembali lagi ke Mekah, Beliau selalu berdoa agar kembali ke Mekah. Setelah berada di kampung halaman lebih kurang selamadua tahun, akhirnya Allah SWT mengabulkan doanya. Pada saat Syeikh Uthman Syatha datangke Padang, ia mengajak beliau untuk kembali ke Mekah.

Sekitar tahun 1298 Hijri, Syeikh Ahmad Khatib mula mengajar di Masjidil Haram pada usia 38 tahun.Kealiman beliau dibuktikan apabila diangkat menjadi imam, khatib, dan tenaga pengajar di MasjidilHaram sekali gus mufti Mazhab Syafie. Beliau tidak hanya menjadi orang Indonesia pertama, tapi jugaimam non-Arab pertama yang memimpin solat di Masjidil Haram. Sampai saat ini hanya tiga orangtermasuk Syeikh Ahmad Khatib yang pernah menjadi imam di Masjidil Haram. Yang lainnya ialah Syeikh Muhammad Nawawi al-Jawi al-Bantani dan Syeikh Junaid al-Betawi.

Semasa hidupnya, Syeikh Ahmad Khatib mengarang 49 buah buku tentang masalah-masalah keagamaan dan kemasyarakatan. Kebanyakan karya-karyanya mengangkat tema-tema kekinian terutama menjelaskankemurnian Islam dan merobohkan kekeliruan tarekat, bidaah, tahayul, khurafat, dan adat-adat yangbercanggah dengan al-Quran dan Sunah. Karyanya tersebar meluas hingga ke Syria, Turki, dan Mesir.

Beberapa karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan Melayu. Antaranya ialah al-Jauhar al-Naqiyah fial-A'mali al-Jaibiyah yang membahaskan tentang ilmu miqat.

Karyanya yang lain ialah Hashiyatun Nafahat ala Syarh al-Waraqat yang membahaskan tentang ilmuusul fikah. Karyanya yang membahas ilmu matematik dan al-Jabar (algebra) ialah Raudhatul Hussabfi A'mali Ilmil Hisab.

Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi meninggal dunia pada tanggal 9 Jamadilawal tahun 1334 Hijridi Mekah, Arab Saudi.

SYEIKH AHMAD KHATIB AL-MINANGKABAWIOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

MAULIDUR RASUL SAW: MAKHLUKMENCINTAI SAYYIDUL KHALQRASULULLAH SAWOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Sesungguhnya alam semesta ini sentiasa menantikedatangan Saidina Muhammad SAW sebelum kelahiran baginda SAW.

Hal ini kerana tidak sempurna ciptaan makhlukkeseluruhannya sebelum ada Sayyidul Khalq iaitu penghulu segala makhluk yang ada di alam ini.

Bermula dengan galaksi yang besar sehingga batu-batuan yang kecil semuanya merindui kedatangan, kelahiran dankeputeraan Sayyidul Khalq dan sentiasa bertasbih kepada Ilahi.

Maka dengan kedatangan malam Isnin 12 Rabiulawal ini, makhluk-makhluk di seluruh alam bergembira dengankelahiran dan keputeraan nabi Muhammad SAW.

Sesungguhnya makhluk-makhluk seperti pohon, gunung, batu, kerikil dan sebagainya mengenal Rasulullah SAW dansentiasa mahu bersama dengan baginda SAW.

Pengkisahan ini dapat ditelusuri di dalam riwayat Bukhariiaitu Pohon Kurma berasa sedih ketika mana Baginda SAW mahu menukar tempat mimbar ke tempat lain:

Daripada Jabir bin Abdillah berkata: "Atap masjid terbuat dari pelepah kurma. Jika Nabi SAW berkhutbah maka berdiridi pelepah kurma. Ketika dibuat mimbar (baru) maka kamidengar tangisan pelepah kurma seperti suara sedih. HinggaNabi datang dan meletakkan tangannya, lalu pelepah itudiam." (HR Bukhari).

Ini menunjukkan bahawa tumbuhan seperti pelepah kurma/tamar ini mengenal Sayyidul Khalq Nabi Muhammad SAW.Malah Pohon Kurma tersebut akan sentiasa menangisjikalau tidak dipegang oleh Baginda Rasulullah SAW:

Dari Ibnu Abbas RA berkata: Sesungguhnya RasulullahSAW berkhutbah di pelepah kurma. Setelah dibuatkanmimbar dan baginda SAW berpindah, maka pelepah itu

merintih. Baginda SAW memegangnya lalu pelepah itudiam. Nabi bersabda: "Jika saya tidak memegangnyapelepah kurma akan merintih sampai kiamat." (HR Ahmad).

Malah batu yang dikatakan jumud tidak bernyawa, rupa-rupanya mempunyai ruh yang sentiasa memberi salamkepada baginda SAW:

Dari Jabir bin Samurah RA berkata: Rasulullah SAWbersabda: "Sungguh saya mengenal batu di Makkah. Iamengucap salam kepadaku sebelum aku menjadi Nabi.Sungguh saya mengetahuinya sekarang." (HR Muslim).

Demikian dengan kerikil-kerikil yang kecil yang bertaburandi muka bumi ini:

Diriwayatkan oleh Imam Thabrani di dalam kitab Ausath:"Kerikil-kerikil itu membaca tasbih (di hadapan Nabi) danorang-orang yang hadir mendengar semuanya. KemudianNabi SAW memberikan kepada kami, maka kerikil-kerikiltidak lagi bertasbih bersama kami." (HR Thabrani).

Jikalau makhluk terkecilpun seperti batu memberi salamkepada baginda SAW, maka makhluk terbesar yang terkuatiaitu gunung sebagai pasak bumi inipun turut mempunyai perasaan cinta kepada Rasulullah SAW:

Kami keluar hingga kami dekat dengan Madinah. Nabibersabda: "Ini adalah Madinah. Ini gunung Uhud. Iamencintai kita dan kita mencintainya." (HR Muslim).

Maka jelaslah kepada kita keseluruhan alam ini bertasbih,merindui dan mencintai Rasulullah SAW.

Jika makhluk yang dianggap tidak bernyawa seperti pohon kurma, batu, kerikil dan gunung boleh mengenal RasulullahSAW menangis bersamanya, bertasbih dan merindukanjasad Baginda SAW, maka kita seharusnya dan semestinyalebih mencintai, merindui dan mengagungkan RasulullahSAW, lebih-lebih lagi di bulan Rabiulawal Hari Isnin Maulidur Rasul SAW ini.

1611 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

BERDOSA BESAR MENGURANGKAN SUKATAN/TIMBANGANOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANSeorang pengguna/pembeli merasa dirinya tertipu dan rugi akibat dari perbuatan peniaga yang pada hematnya sering mengurangkan kadar sukatan dan timbangan bila ia menimbang barang jualannya seperti ikan dan sebagainya. Ustaz, apakah hukumnya perbuatan peniaga tersebut?

JAWAPANOrang yang mengurangi pada sukatan atau timbangan hukumnya adalah berdosa besar dan disebutkan sebagai orang yang celaka, di akhirat pula akan ditempatkan dalam api neraka.

Allah SWT telah mengingatkan kepada mereka yang suka merugikan orang lain dengan mengurangi timbangan sebagaimana firman-Nya:

Ertinya: "Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya). Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?”

Maka jelas difahami dari ayat ini bahawa orang yang melakukan kecurangan dalam sukatan atau timbangan adalah terlibat dalam suatu bahaya besar di akhirat kelak. Tempat mereka adalah dalam Neraka Wail, oleh itu berhati-hatilah dan berlaku jujurlah dalam menyukat dan menimbang.

Wallahu a’lam.

BERPAKAIAN YANG DILAKNATOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Pakaian merupakan salah satu anugerah Allah SWT kerana manfaat pakaian banyak sekali, antaranya:● Menutupi aurat● Melindungi diri dari panas dan dingin● Perhiasan

Namun, Islam mengatur dalam berpakaian agar tidak melencong dari norma dan fitrah. Di antara aturan tersebut adalah tidak boleh berpakaian menyerupai pakaian ciri khas lawan jenis. Hal ini dilarang bahkan termasuk dosa besar serta pelakunya terancam dengan laknat Allah SWT.

Dari Ibnu Abbas berkata:

"Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki." (HR. Bukhari).

Dalam masalah pakaian secara khusus, Abu Hurairah berkata:

"Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki." (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, Hakim, dan Ahmad dengan sanad shahih).

Hikmah dari larangan ini jelas iaitu mengeluarkan pelakunya dari karakter dan ciri khas asli yang diberikan oleh Allah SWT.

Islam telah membezakan antara lelaki dan perempuan, termasuk dalam hal pakaian, maka tidak boleh bagi kaum lelaki memakai pakaian yang merupakan ciri khas kaum hawa. Begitu pula sebaliknya kerana hal itu adalah perlakuan menyimpang dari fitrah dan bukti kerosakan akal dan penyakit yang menjalar pada umat sekarang akibat terlalu mengikut gaya yang tidak jelas.

Realiti berpakaian zaman sekarang sungguh meremukkan hati, bagaimana kaum hawa ada yang berpakaian seperti lelaki dan banyak pula lelaki yang berpakaian seperti perempuan. Hampir tidak mampu dibezakan lagi mana lelaki dan mana perempuan. Lihat saja bagaimana para Instafamous, Youtuber, artis, pelakon, malah di kalangan usahawan yang sepatutnya menjadi contoh baik bebas melakukan hal ini demi populariti dan hanya memikirkan keuntungan sehingga berani mengendahkan laknat Allah SWT dan mengundang diri kepada dosa jariah hinggalah diri mereka menjadi ikutan orang awam.

Semoga kita semua terhindar dari perkara seperti ini.

611 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab,supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya”.

Ibnu katsir berkata ketika menafsirkan ayat ini “bahasa Arab adalah bahasa yang paling fasih, jelas, luas, danmaknanya lebih sesuai untuk jiwa manusia. Oleh kerana itu kitab yang paling mulia diturunkan kepada rasulyang paling mulia (Rasulullah SAW), dengan bahasa yang teramat mulia (Bahasa Arab), melalui perantaramalaikat yang paling mulia (malaikat Jibril), ditambah kitab ini pun diturunkan pada dataran yang paling muliadi atas muka bumi (tanah Arab), serta awal turunnya pun pada bulan yang paling mulia (Ramadhan), sehinggaal-Quran menjadi sempurna dari segenap sudut.”

Ibnu Taimiyah berkata: “Sesungguhnya ketika Allah menurunkan kitab-Nya dan menjadikan Rasul-Nya sebagaipenyampai risalah (al-Quran) dan Al-Hikmah (As-sunnah), serta menjadikan generasi awal agama iniberkomunikasi dengan bahasa Arab, maka tidak ada jalan lain dalam memahami dan mengetahui ajaran Islam kecuali dengan bahasa Arab. Oleh kerana itu memahami bahasa Arab merupakan sebahagian dari tuntutanagama Islam. Keterbiasaan berkomunikasi dengan bahasa Arab mempermudahkan kaum muslimin memahami agama Islam dan menegakkan syiar-syiar agama ini, serta memudahkan dalam mencontohi generasi awaldaripada kaum Muhajirin dan Ansar dalam keseluruhan perihal kehidupan mereka.”

Pada ayat ini Allah SWT menegaskan bahawa Dia menurunkan al-Quran dalam bahasa Arab yang fasih agardapat direnung dan dipikirkan semua isi dan maknanya. Tidak boleh disangkal al-Quran diturunkan untuksemua lapisan manusia, bahkan juga untuk kaum jin tetapi disebabkan golongan yang pertama menerimanyaialah penduduk Mekah, maka wajarlah bila fi rman dan kalam Allah SWT itu ditujukan terlebih dahulu kepadamereka kemudian untuk semua umat manusia.

Di peringkat permulaan Allah SWT menuntut perhatian orang-orang Quraisy dan orang-orang Arab seluruhnyasupaya mereka memperhatikan isinya dengan sebaik mungkin kerana di dalamnya terkandung pelbagai ilmupengetahuan yang bermanfaat bagi mereka di dunia dan akhirat seperti hukum-hakam agama, kisah tauladanpara nabi dan rasul, perihal yang berkaitan dengan ketamadunan masyarakat, kemakmuran, akhlak, falsafah,tatacara berpolitik di peringkat nasional mahu pun yang di persada global dan banyak lagi. Kesemua itu diutarakan dalam bahasa Arab yang indah susunannya lagi mudah difahami.

Al-Quran dari segi bahasa adalah ‘sesuatu yang banyak dibaca’ dan terbukti al-Quran menjadi bahan bacaanoleh setiap umat Islam bahkan ramai yang telah berjaya menghafalnya. Ini menunjukkan ketinggian mukzijatnyayang mampu dihafal oleh manusia tetapi tidak pada kitab-kitab samawi yang lain hampir tidak seorang pundaripada penganut mereka yang mampu menghafal keseluruhan isi kandungannya.

Realitinya bahasa Arab dan al-Quran merupakan dua unsur yang tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanyamemiliki hubungan yang sangat erat, atau dalam kata lain bahasa al-Quran adalah bahasa Arab. Lantaran itu untuk dapat menguasai isi al-Quran, seseorang harus menguasai bahasa Arab dengan baik. Denganmempelajari isi kandungan al-Quran seorang muslim mampu mengetahui hukum-hakam mengenai solat,zakat, doa dan amalan-amalan ibadah yang lainnya. Di samping berperanan sebagai alat komunikasi dengan sesama manusia, bahasa Arab juga merupakan alat komunikasi terhebat antara manusia dengan Khaliknyayang terwujud menerusi solat, doa dan zikir.

AYAT AL-QURAN SURAH YUSUF : 2"HIKMAH AL-QURAN DITURUNKAN DALAM BAHASA ARAB”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran, mengingatkan kepada kitasebesar-besar kurniaan-Nya kepada kita umat manusia,

“Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, dengan Iamengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepadamereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), danmembersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah(pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum(kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Ali Imran, 164).

Sekiranya direnung, tanpa baginda, dan usaha dakwah baginda, sudah tentulah kita akan berada dalamkejahilan, tidak mengerti bagaimana membezakan antara baik dan jahat, bersih dan kotor, apatah lagi mendapat keselamatan yang hakiki di Akhirat. Beruntunglah kita kerana dikurniakan sebaik-baik teladan, yang pernah wujud dalam sejarah kemanusiaan.

Atas sebab itulah Allah SWT berfirman memerintahkan kita, umat baginda, agar mensyukuri jasa baik baginda,

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera denganpenghormatan yang sepenuhnya.” (al-Ahzab, 56).

Sultan al-Ulama Syeikh Mujahid ‘Izzuddin Ibn Abd as-Sallam berkata, “Bukanlah selawat kita kepada NabiSallallah Alaihi Wasallam merupakan syafaat (bantuan) kita kepada baginda, kerana sesungguhnya orang sepertikita ini tidaklah layak memberi syafaat kepada orang seperti baginda. Akan tetapi, Allah SWT memerintahkankita untuk membalas budi orang yang telah berlaku belas ihsan kepada kita, dan memberi kurnia kepada kita. Sekiranya kita tidak mampu untuknya (membalas budi), kita membalasnya dengan cara berdoa (buat baginda).

Dari kerana Dia mengetahui kita takkan mampu untuk membalas budi Nabi kita, maka Allah SWT memberipetunjuk kepada kita untuk berselawat kepada baginda, agar, selawat kita itu menjadi balas budi atas belasihsan dan kurnia baginda kepada kita, kerana, tiadalah belas ihsan yang lebih mulia nan utama berbandingihsan Baginda Sallallah Alaihi Wasallam. (ruj. al-Qaul al-Badi’ as-Sakhawi).

Abu Muhammad al-Marjani berkata, “Selawatmu kepada baginda itu - pada hakikatnya - kerana manfaatnya itu kembali kepada dirimu sendiri, dikau sebenarnya mendoakan kebaikan buat dirimu sendiri.” (ruj. al-Qaul al-Badi’ as-Sakhawi).

Beliau merujuk kepada makna hadis, “Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawatkepadanya sebanyak sepuluh kali - kerana selawat kepadaku itu.” (HR Muslim). Selawat Allah SWT buatmakhluk-Nya bererti keampunan dan rahmat-Nya buat makhluk-Nya itu.

Maka, amat wajarlah kita menghidupkan amalan berselawat ini, khasnya dengan selawat-selawat yang diajarkan baginda buat kita umatnya, seperti Selawat Ibrahimiyah (yang selalu dibacakan selepas tasyahhud akhir), dan selawat lainnya yang bersanad daripada Baginda.

alAsma’ie (w216H) diriwayatkan bahawa apabila beliau terlupa akan sesuatu perkara, beliau akan segeramengucapkan ‘Allahumma Solli ‘ala Muhammad’! Hal ini kerana, boleh jadi lupa itu disebabkan dosa, makaselawat, sepertimana disebutkan dalam hadis riwayat Muslim tersebut, akan menghapuskan dosa danmenaikkan darjat kita di sisi-Nya.

HIKMAH SELAWATOleh: Mohammad Syafi q Ismail Exco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

1411 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

PERBEZAAN ISTIHADHAH DAN HAIDOleh:

Neng Athirah Malinda binti JoslanAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Taharah atau lebih difahami sebagai proses mengangkat kotoran najis yang dapat menghalang sah solatsama ada najis atau kotoran yang ada di badan muslim itu sendiri, pakaian atau tempat beribadah(Ibrahim, 2012) adalah perkara yang sangat penting untuk kita pelajari sebagai umat Islam keranaianya berkait dengan ibadah kita terhadap Pencipta. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Bersuci adalah sebahagian daripada iman.” (Sahih Muslim).

Sebagai seorang wanita yang sudah akil baligh, mereka perlulah mampu membezakan istihadhah dandarah haid kerana keduanya adalah berbeza dan mengelirukan orang ramai kerana terdapat pelbagaipendapat sehingga ianya disalah tafsirkan. Darah haid adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluanwanita dari dalam rahimnya (uterus) kerana semulajadi (bukan kerana penyakit atau kerana selepasmelahirkan anak). Ketika seorang wanita sedang mengalami haid, mereka wajib untuk meninggalkansolat dan ibadah khusus lain contohnya puasa di bulan ramadhan dan membaca al-Quran. Aisyah pernah berkata:

Yang bermaksud: “Kami dahulu juga mengalami haid, maka kami diperintahkan untuk mengqadha puasadan tidak diperintahkan untuk mengqadha solat.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Imam syafi e menerangkan tempoh mininum bagi haid seorang wanita adalah sehari semalam danmaksimum adalah 15 hari. Jika selepas 15 hari masih terdapat darah, maka ianya dikira sebagai istihadhahdan wajib baginya untuk mandi wajib. Wanita yang sedang istihadhah disamakan seperti wanita yang suciyakni perlu mendirikan solat, berpuasa bahkan membaca Al-Quran Al-Karim. Kebiasaannya, istihadhahberlaku disebabkan penyakit atau kerosakan yang berlaku pada saluran darah di kawasan hujung rahimdan keluar bukan dalam tempoh haid atau nifas.

Aisyah sendiri pernah menceritakan bahawa Fatimah binti Hubaisy menemui Nabi Muhammad SAWlantas bertanya mengenai keadaannya yang istihadhah tetapi masih belum bersuci. Adakah diperbolehkan baginya untuk meninggalkan solat? Lantas Nabi Muhammad SAW berkata:

“Tidak, sesungguhnya itu adalah pendarahan dan bukannya haid. Apabila darah haid datang makatinggalkan solat dan apabila tamat tempohnya, maka mandi wajiblah dan dirikan solat”. (Riwayat Muslim).

Antara perkara yang membezakan wanita istihadhah adalah mereka perlu memperbaharui wudhuk untuksetiap fardhu solat yang akan didirikan setelah masuknya waktu kecuali untuk solat sunat. Hal ini keranawanita itu perlu membersihkan darah dan alat sulitnya agar bersih daripada sebarang najis yaknidarah yang mengalir. Maka, digalakkan untuk wanita itu solat diawal waktu dan tidak mengambil wuduklalu melewatkan solat tanpa sebarang keuzuran.

NILAI PERSAUDARAAN DAN HAK SESAMA MUSLIMOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telahbersabda: "Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling menawar harga yang lebih tinggitanpa ada niat untuk membelinya (tipu menipu), janganlah kamu saling benci-membenci, janganlah kamusaling bermasam muka dan belakang membelakangi antara satu sama lain (memaling muka antara satusama lain), Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadihamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak bolehmenzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini(sambil Baginda SAW menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali). Cukuplah seseorang itu mendapat keburukanapabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya." (Hadis diriwayatkan oleh lmam Muslim).

HURAIAN HADISHadis di atas menjelaskan kepada kita tentang kepentingan ukhuwwah Islamiah sebagai satu syiar Islam. Hadisini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian hidup, iaitu carahidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak. Islam bukanlah hanya ajaran yang berkaitan akidah dan ibadah sahaja tetapi juga berkaitan dengan akhlak dan muamalat sesama manusia.

Hadis ini juga menerangkan berkenaan larangan terhadap sifat saling hasad dengki, tipu menipu, benci-membencidan pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru-hara dan perpecahan dalam masyarakat. Selain itu agama lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut ataumembatalkannya. Apabila jual beli itu dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga.

Seterusnya hadis ini menerangkan tentang hak saudara seagama, antaranya ialah bahawa dia tidakmenzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau menghinanya.Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.

PENGAJARAN HADIS1. Agama Islam melarang umatnya bersifat dengan akhlak mazmumah (tercela) kerana hal tersebut akan

memberi kesan negatif dalam masyarakat.

2. Taqwa adalah perkara tersembunyi dan ia bukannya suatu perkara yang boleh didakwa, namun ia dapatdikesan berdasarkan amalan seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan melakukan amalan solehdan berakhlak mulia.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

811 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

KEIMANAN KEPADA RASUL: KELAHIRANNABI MUHAMMAD SAW SATU RAHMAT AGUNG KEPADA

ALAM SEMESTA (BAHAGIAN 1)Oleh:

Abdu Khalil bin Hassan

Saban tahun sambutan umat Islam di serata pelosok dunia terhadap hari dan bulan kelahiran Nabi SAW tetap segar dan bersemangat. Di negara kita sendiri, pelbagai bentuk sambutan yang diadakan di pelbagai peringkat mendapat sokongan dengan kehadiran begitu ramai anggota masyarakat. Antaranya ialah perarakan yang diiringi dengan pertandingan sepanduk serta lantunan Selawat sempena sambutan Maulidur Rasul SAW. Semua ini adalah suatu nikmat dan kurniaan istimewa daripada Allah SWT bagi umat dan negara kita.

Besarnya pengaruh Nabi Muhammad SAW tidak akan pernah padam dan akan kekal abadi sampai ke akhir zaman walaupun jutaan manusia yang hasad dan benci kepadanya tidak akan mampu memadamkan suluhan cahaya sang mataharinya dunia. Allah SWT telah memberikan cahaya agama sucinya melalui Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah cahaya abadi yang menerangi alam semesta ini dengan limpahan rahmat.

Nabi Muhammad SAW adalah lambang peribadi cemerlang dan luhur kerana pengaruh ajaran Islam yang dibawanya mengakar kuat dalam kehidupan manusia. Kebenaran ini tidak dapat dinafikan dan diabaikan malahan seorang penulis dari U.S.A yang bernama Micheal H. Hart menulis sebuah buku yang bertajuk The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History meletakkan Nabi Muhammad SAW di posisi yang pertama #1 daripada senarai 100 orang tokoh manusia tersebut.

Hakikat ini bersandarkan kepada keluhuran dan kehebatan akhlak Nabi Muhammad SAW. Memiliki sifat-sifat terpuji serta berkeperibadian tinggi. Nabi Muhammad SAW semenjak kecil terpelihara daripada kebejatan sosial jahiliah dan terlindung daripada penyembahan berhala dan perbuatan syirik. Baginda juga menunjukkan peribadi yang sempurna dengan memperlihatkan ketaatan dan kesungguhan dalam menyampaikan Risalah Islam. Ini terbukti pada saat orang-orang Kafir Quraisy Mekah menawarkan kekayaan dan kemewahan yang luar biasa kepada baginda sebagai prasyarat untuk meninggalkan dakwah baginda namun baginda SAW menolak seraya menjawab: berkata: “Seandainya kalian meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku nescaya Aku tidak sedikitpun akan menghentikan perjuangan dakwahku sampai aku berjaya atau aku hancur kerananya.”

Meskipun berhadapan dengan tentangan dan serangan yang hebat daripada umatnya sendiri namun Nabi Muhammad SAW tetap teguh dengan prinsip dan risalah dakwah yang baginda bawa kepada umat manusia dengan menunjukkan kesabaran dan ketabahan yang amat luar biasa. Ini dibuktikan ketika beberapa orang sahabat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in meminta agar baginda berdoa untuk kehancuran kaum Musyrikin Mekah, Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku bukan diutus sebagai pelaknat namun aku diutus sebagai pembawa Rahmat."

Benarlah firman Allah SWT sebagaimana dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 107:

“Kami tidak mengutus engkau, Wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh manusia.”

Menurut Imam Muhammad bin Ali Asy Syaukani dalam tafsir Fathul Qadir, beliau menjelaskan bahawa tafsir ayat tersebut sebagai berikut:

“Tidaklah Kami mengutusmu, wahai Muhammad, dengan membawa hukum-hukum syariat, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh manusia tanpa ada keadaan atau alasan khusus yang menjadi pengecualian. Dengan kata lain, ‘satu-satunya alasan Kami mengutusmu, wahai Muhammad, adalah sebagai rahmat yang luas. Kerana kami mengutusmu dengan membawa sesuatu yang menjadi sebab kebahagiaan di akhirat.”

SIGNIFIKAN BULAN RABIULAWALOleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Dalam bahasa Arab, istilah “rabi” bermaksud musim bunga sementara “al awwal” bermaksud yang pertama. Oleh itu, Rabiul Awal diterjemahkan seluruhnya kepada “musim bunga yang pertama”.

Rabiulawal dinamakan sebegitu kerana sebelum Nabi Muhammad SAW dilahirkan, manusia hidup dalam keadaan jahil dan kegelapan. Baginda membawa bersama utusan kebenaran, utusan daripada Allah SWT, Yang Maha Esa. Mesej ini membawa manusia ke arah jalan kesedaran, lalu membantu mereka membezakan di antara yang betul dan yang salah.

Beberapa peristiwa besar yang berlaku di dalam bulan Rabiulawal.1. Keputeraan dan kewafataan Nabi SAW adalah di dalam bulan Rabiulawal. 2. Perlantikan Nabi Menjadi Rasul juga berlaku di dalam bulan Rabiulawal. 3. Rasulullah SAW Berhijrah dari Mekah ke Madinah juga pada bulan Rabiulawal.4. Baginda tiba di Quba’ pada hari Isnin, 8 Rabiulawal seterusnya membina Masjid Quba’ iaitu masjid pertama dalam

sejarah Islam.5. Pernikahan Rasulullah SAW dengan Saidatina Khadijah Tanggal 10 Rabiulawal telah mencatatkan tarikh penting

buat Baginda Nabi SAW apabila mengahwini Siti Khadijah binti Khuwailid sebagai perkahwinannya yang pertama dalam sejarah hidupnya.

Artikel ini akan hanya membincang kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai epitome kesempurnaan. Baginda merupakan model terpilih untuk kita daripada Allah SWT. Sempena maulid ar Rasul mari kita buktikan kecintaan kita dengan sekurang-kurang berbuat seperti senarai di bawah ini.

1. Menjunjung agama Nabi, dengan mengamalkan Sunnahnya, menurut perkataan dan perbuatannya dalam setiap keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya. Firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu.” (ali ‘Imran: 31).

2. Dalam berkasih, seorang kekasih akan sering menyebut dan mengingati kekasihnya. Maka, apabila hati sudah mengisytiharkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW, sepatutnya lidah akan sering menyebut nama kekasihnya SAW.

3. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan sentiasa berasa rindu untuk bertemu dengan Baginda SAW; untuk melihat zatnya di alam yang kekal abadi kelak, atau dapat menatap wajahnya yang mulia barang seketika dalam mimpi.

4. Seseorang yang mengasihi Baginda SAW juga akan membesarkan diri dan suruhan Baginda termasuk memuliakannya ketika menyebut namanya.

5. Orang yang mengasihi Nabi SAW juga sepatutnya akan mengasihi orang yang dikasihi oleh Nabi SAW terutamanya nasab keturunannya dari kalangan ahli-ahli bait dan sahabat-sahabatnya.

6. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan membenci apa yang dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi Sunnahnya, melakukan perkara bidaah dalam agamanya dan memandang berat setiap perkara yang bercanggah dengan syariatnya.

7. Orang yang benar-benar mencintai Nabi SAW juga pasti akan kasih terhadap al-Quran yang diutuskan kepada Rasulullah SAW yang dengannya manusia mendapat petunjuk. Mereka akan mengikut jejak Baginda SAW yang menjiwai al-Quran dan berakhlak dengannya seperti yang ditegaskan oleh Ummul Mukminin, Aisyah r.ha dalam katanya, “Akhlak Baginda SAW adalah al- Quran itu sendiri”.

Ahmad Von Denffer seorang berbangsa Jerman pada awal mengenal Islam dan Rasulullah SAW telah menulis sebuah buku ‘A day with the Prophet’. Buku tersebut ditulis seakan-akan berupa sebuah manual untuk sehari suntuk. Buku hasil cetusan rasa cinta terhadap Rasulullah SAW untuk dipaparkan kepada dunia tentang kehebatan dan kemuliaannya. Dalam buku tersebut diceritakan amalan, ajaran dan sunnah Nabi SAW secara tuntas. Buku yang mencerita dan mengambarkan sosok mulia itu dalam Bahasa yang mudah untuk muslim dan bukan muslim.

"Dan tidak Kami hantarkan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam (manusia, jin dan segala makhluk)." (Al-Quran, 21:107).

1211 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

Lawatan Kerja Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul,Pengarah JHEAINS ke Daerah Tongod dan Telupid, seterusnya Majlis Perjumpaan dengan

Imam Kariah dan Imam Rawatib di daerah berkenaan pada 14 dan 15 Oktober 2019

Liga Sukan MUIS, JHEAINS (MUJAS 2019) acara sukan diadakan sekitar Kota Kinabalu, pesertanya ialah kalangan kakitangan MUIS Ibu Pejabat serta kakitangan JHEAINSdaripada enam bahagian seluruh Sabah, bermula pada 25 hingga 28 Oktober 2019.

Majlis penutupannya disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Aidi bin Haji Moktar, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu

Peristiwa

1011 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 11: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

Lawatan Kerja Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul,Pengarah JHEAINS ke Daerah Tongod dan Telupid, seterusnya Majlis Perjumpaan dengan

Imam Kariah dan Imam Rawatib di daerah berkenaan pada 14 dan 15 Oktober 2019

Liga Sukan MUIS, JHEAINS (MUJAS 2019) acara sukan diadakan sekitar Kota Kinabalu, pesertanya ialah kalangan kakitangan MUIS Ibu Pejabat serta kakitangan JHEAINSdaripada enam bahagian seluruh Sabah, bermula pada 25 hingga 28 Oktober 2019.

Majlis penutupannya disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Aidi bin Haji Moktar, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu

Peristiwa

1011 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 12: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

KEIMANAN KEPADA RASUL: KELAHIRANNABI MUHAMMAD SAW SATU RAHMAT AGUNG KEPADA

ALAM SEMESTA (BAHAGIAN 1)Oleh:

Abdu Khalil bin Hassan

Saban tahun sambutan umat Islam di serata pelosok dunia terhadap hari dan bulan kelahiran Nabi SAW tetap segar dan bersemangat. Di negara kita sendiri, pelbagai bentuk sambutan yang diadakan di pelbagai peringkat mendapat sokongan dengan kehadiran begitu ramai anggota masyarakat. Antaranya ialah perarakan yang diiringi dengan pertandingan sepanduk serta lantunan Selawat sempena sambutan Maulidur Rasul SAW. Semua ini adalah suatu nikmat dan kurniaan istimewa daripada Allah SWT bagi umat dan negara kita.

Besarnya pengaruh Nabi Muhammad SAW tidak akan pernah padam dan akan kekal abadi sampai ke akhir zaman walaupun jutaan manusia yang hasad dan benci kepadanya tidak akan mampu memadamkan suluhan cahaya sang mataharinya dunia. Allah SWT telah memberikan cahaya agama sucinya melalui Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah cahaya abadi yang menerangi alam semesta ini dengan limpahan rahmat.

Nabi Muhammad SAW adalah lambang peribadi cemerlang dan luhur kerana pengaruh ajaran Islam yang dibawanya mengakar kuat dalam kehidupan manusia. Kebenaran ini tidak dapat dinafikan dan diabaikan malahan seorang penulis dari U.S.A yang bernama Micheal H. Hart menulis sebuah buku yang bertajuk The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History meletakkan Nabi Muhammad SAW di posisi yang pertama #1 daripada senarai 100 orang tokoh manusia tersebut.

Hakikat ini bersandarkan kepada keluhuran dan kehebatan akhlak Nabi Muhammad SAW. Memiliki sifat-sifat terpuji serta berkeperibadian tinggi. Nabi Muhammad SAW semenjak kecil terpelihara daripada kebejatan sosial jahiliah dan terlindung daripada penyembahan berhala dan perbuatan syirik. Baginda juga menunjukkan peribadi yang sempurna dengan memperlihatkan ketaatan dan kesungguhan dalam menyampaikan Risalah Islam. Ini terbukti pada saat orang-orang Kafir Quraisy Mekah menawarkan kekayaan dan kemewahan yang luar biasa kepada baginda sebagai prasyarat untuk meninggalkan dakwah baginda namun baginda SAW menolak seraya menjawab: berkata: “Seandainya kalian meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku nescaya Aku tidak sedikitpun akan menghentikan perjuangan dakwahku sampai aku berjaya atau aku hancur kerananya.”

Meskipun berhadapan dengan tentangan dan serangan yang hebat daripada umatnya sendiri namun Nabi Muhammad SAW tetap teguh dengan prinsip dan risalah dakwah yang baginda bawa kepada umat manusia dengan menunjukkan kesabaran dan ketabahan yang amat luar biasa. Ini dibuktikan ketika beberapa orang sahabat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in meminta agar baginda berdoa untuk kehancuran kaum Musyrikin Mekah, Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku bukan diutus sebagai pelaknat namun aku diutus sebagai pembawa Rahmat."

Benarlah firman Allah SWT sebagaimana dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 107:

“Kami tidak mengutus engkau, Wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh manusia.”

Menurut Imam Muhammad bin Ali Asy Syaukani dalam tafsir Fathul Qadir, beliau menjelaskan bahawa tafsir ayat tersebut sebagai berikut:

“Tidaklah Kami mengutusmu, wahai Muhammad, dengan membawa hukum-hukum syariat, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh manusia tanpa ada keadaan atau alasan khusus yang menjadi pengecualian. Dengan kata lain, ‘satu-satunya alasan Kami mengutusmu, wahai Muhammad, adalah sebagai rahmat yang luas. Kerana kami mengutusmu dengan membawa sesuatu yang menjadi sebab kebahagiaan di akhirat.”

SIGNIFIKAN BULAN RABIULAWALOleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Dalam bahasa Arab, istilah “rabi” bermaksud musim bunga sementara “al awwal” bermaksud yang pertama. Oleh itu, Rabiul Awal diterjemahkan seluruhnya kepada “musim bunga yang pertama”.

Rabiulawal dinamakan sebegitu kerana sebelum Nabi Muhammad SAW dilahirkan, manusia hidup dalam keadaan jahil dan kegelapan. Baginda membawa bersama utusan kebenaran, utusan daripada Allah SWT, Yang Maha Esa. Mesej ini membawa manusia ke arah jalan kesedaran, lalu membantu mereka membezakan di antara yang betul dan yang salah.

Beberapa peristiwa besar yang berlaku di dalam bulan Rabiulawal.1. Keputeraan dan kewafataan Nabi SAW adalah di dalam bulan Rabiulawal. 2. Perlantikan Nabi Menjadi Rasul juga berlaku di dalam bulan Rabiulawal. 3. Rasulullah SAW Berhijrah dari Mekah ke Madinah juga pada bulan Rabiulawal.4. Baginda tiba di Quba’ pada hari Isnin, 8 Rabiulawal seterusnya membina Masjid Quba’ iaitu masjid pertama dalam

sejarah Islam.5. Pernikahan Rasulullah SAW dengan Saidatina Khadijah Tanggal 10 Rabiulawal telah mencatatkan tarikh penting

buat Baginda Nabi SAW apabila mengahwini Siti Khadijah binti Khuwailid sebagai perkahwinannya yang pertama dalam sejarah hidupnya.

Artikel ini akan hanya membincang kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai epitome kesempurnaan. Baginda merupakan model terpilih untuk kita daripada Allah SWT. Sempena maulid ar Rasul mari kita buktikan kecintaan kita dengan sekurang-kurang berbuat seperti senarai di bawah ini.

1. Menjunjung agama Nabi, dengan mengamalkan Sunnahnya, menurut perkataan dan perbuatannya dalam setiap keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya. Firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu.” (ali ‘Imran: 31).

2. Dalam berkasih, seorang kekasih akan sering menyebut dan mengingati kekasihnya. Maka, apabila hati sudah mengisytiharkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW, sepatutnya lidah akan sering menyebut nama kekasihnya SAW.

3. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan sentiasa berasa rindu untuk bertemu dengan Baginda SAW; untuk melihat zatnya di alam yang kekal abadi kelak, atau dapat menatap wajahnya yang mulia barang seketika dalam mimpi.

4. Seseorang yang mengasihi Baginda SAW juga akan membesarkan diri dan suruhan Baginda termasuk memuliakannya ketika menyebut namanya.

5. Orang yang mengasihi Nabi SAW juga sepatutnya akan mengasihi orang yang dikasihi oleh Nabi SAW terutamanya nasab keturunannya dari kalangan ahli-ahli bait dan sahabat-sahabatnya.

6. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan membenci apa yang dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi Sunnahnya, melakukan perkara bidaah dalam agamanya dan memandang berat setiap perkara yang bercanggah dengan syariatnya.

7. Orang yang benar-benar mencintai Nabi SAW juga pasti akan kasih terhadap al-Quran yang diutuskan kepada Rasulullah SAW yang dengannya manusia mendapat petunjuk. Mereka akan mengikut jejak Baginda SAW yang menjiwai al-Quran dan berakhlak dengannya seperti yang ditegaskan oleh Ummul Mukminin, Aisyah r.ha dalam katanya, “Akhlak Baginda SAW adalah al- Quran itu sendiri”.

Ahmad Von Denffer seorang berbangsa Jerman pada awal mengenal Islam dan Rasulullah SAW telah menulis sebuah buku ‘A day with the Prophet’. Buku tersebut ditulis seakan-akan berupa sebuah manual untuk sehari suntuk. Buku hasil cetusan rasa cinta terhadap Rasulullah SAW untuk dipaparkan kepada dunia tentang kehebatan dan kemuliaannya. Dalam buku tersebut diceritakan amalan, ajaran dan sunnah Nabi SAW secara tuntas. Buku yang mencerita dan mengambarkan sosok mulia itu dalam Bahasa yang mudah untuk muslim dan bukan muslim.

"Dan tidak Kami hantarkan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam (manusia, jin dan segala makhluk)." (Al-Quran, 21:107).

1211 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 13: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

PERBEZAAN ISTIHADHAH DAN HAIDOleh:

Neng Athirah Malinda binti JoslanAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Taharah atau lebih difahami sebagai proses mengangkat kotoran najis yang dapat menghalang sah solatsama ada najis atau kotoran yang ada di badan muslim itu sendiri, pakaian atau tempat beribadah(Ibrahim, 2012) adalah perkara yang sangat penting untuk kita pelajari sebagai umat Islam keranaianya berkait dengan ibadah kita terhadap Pencipta. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Bersuci adalah sebahagian daripada iman.” (Sahih Muslim).

Sebagai seorang wanita yang sudah akil baligh, mereka perlulah mampu membezakan istihadhah dandarah haid kerana keduanya adalah berbeza dan mengelirukan orang ramai kerana terdapat pelbagaipendapat sehingga ianya disalah tafsirkan. Darah haid adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluanwanita dari dalam rahimnya (uterus) kerana semulajadi (bukan kerana penyakit atau kerana selepasmelahirkan anak). Ketika seorang wanita sedang mengalami haid, mereka wajib untuk meninggalkansolat dan ibadah khusus lain contohnya puasa di bulan ramadhan dan membaca al-Quran. Aisyah pernah berkata:

Yang bermaksud: “Kami dahulu juga mengalami haid, maka kami diperintahkan untuk mengqadha puasadan tidak diperintahkan untuk mengqadha solat.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Imam syafi e menerangkan tempoh mininum bagi haid seorang wanita adalah sehari semalam danmaksimum adalah 15 hari. Jika selepas 15 hari masih terdapat darah, maka ianya dikira sebagai istihadhahdan wajib baginya untuk mandi wajib. Wanita yang sedang istihadhah disamakan seperti wanita yang suciyakni perlu mendirikan solat, berpuasa bahkan membaca Al-Quran Al-Karim. Kebiasaannya, istihadhahberlaku disebabkan penyakit atau kerosakan yang berlaku pada saluran darah di kawasan hujung rahimdan keluar bukan dalam tempoh haid atau nifas.

Aisyah sendiri pernah menceritakan bahawa Fatimah binti Hubaisy menemui Nabi Muhammad SAWlantas bertanya mengenai keadaannya yang istihadhah tetapi masih belum bersuci. Adakah diperbolehkan baginya untuk meninggalkan solat? Lantas Nabi Muhammad SAW berkata:

“Tidak, sesungguhnya itu adalah pendarahan dan bukannya haid. Apabila darah haid datang makatinggalkan solat dan apabila tamat tempohnya, maka mandi wajiblah dan dirikan solat”. (Riwayat Muslim).

Antara perkara yang membezakan wanita istihadhah adalah mereka perlu memperbaharui wudhuk untuksetiap fardhu solat yang akan didirikan setelah masuknya waktu kecuali untuk solat sunat. Hal ini keranawanita itu perlu membersihkan darah dan alat sulitnya agar bersih daripada sebarang najis yaknidarah yang mengalir. Maka, digalakkan untuk wanita itu solat diawal waktu dan tidak mengambil wuduklalu melewatkan solat tanpa sebarang keuzuran.

NILAI PERSAUDARAAN DAN HAK SESAMA MUSLIMOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telahbersabda: "Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling menawar harga yang lebih tinggitanpa ada niat untuk membelinya (tipu menipu), janganlah kamu saling benci-membenci, janganlah kamusaling bermasam muka dan belakang membelakangi antara satu sama lain (memaling muka antara satusama lain), Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadihamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak bolehmenzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini(sambil Baginda SAW menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali). Cukuplah seseorang itu mendapat keburukanapabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya." (Hadis diriwayatkan oleh lmam Muslim).

HURAIAN HADISHadis di atas menjelaskan kepada kita tentang kepentingan ukhuwwah Islamiah sebagai satu syiar Islam. Hadisini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian hidup, iaitu carahidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak. Islam bukanlah hanya ajaran yang berkaitan akidah dan ibadah sahaja tetapi juga berkaitan dengan akhlak dan muamalat sesama manusia.

Hadis ini juga menerangkan berkenaan larangan terhadap sifat saling hasad dengki, tipu menipu, benci-membencidan pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru-hara dan perpecahan dalam masyarakat. Selain itu agama lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut ataumembatalkannya. Apabila jual beli itu dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga.

Seterusnya hadis ini menerangkan tentang hak saudara seagama, antaranya ialah bahawa dia tidakmenzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau menghinanya.Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.

PENGAJARAN HADIS1. Agama Islam melarang umatnya bersifat dengan akhlak mazmumah (tercela) kerana hal tersebut akan

memberi kesan negatif dalam masyarakat.

2. Taqwa adalah perkara tersembunyi dan ia bukannya suatu perkara yang boleh didakwa, namun ia dapatdikesan berdasarkan amalan seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan melakukan amalan solehdan berakhlak mulia.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

811 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 14: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab,supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya”.

Ibnu katsir berkata ketika menafsirkan ayat ini “bahasa Arab adalah bahasa yang paling fasih, jelas, luas, danmaknanya lebih sesuai untuk jiwa manusia. Oleh kerana itu kitab yang paling mulia diturunkan kepada rasulyang paling mulia (Rasulullah SAW), dengan bahasa yang teramat mulia (Bahasa Arab), melalui perantaramalaikat yang paling mulia (malaikat Jibril), ditambah kitab ini pun diturunkan pada dataran yang paling muliadi atas muka bumi (tanah Arab), serta awal turunnya pun pada bulan yang paling mulia (Ramadhan), sehinggaal-Quran menjadi sempurna dari segenap sudut.”

Ibnu Taimiyah berkata: “Sesungguhnya ketika Allah menurunkan kitab-Nya dan menjadikan Rasul-Nya sebagaipenyampai risalah (al-Quran) dan Al-Hikmah (As-sunnah), serta menjadikan generasi awal agama iniberkomunikasi dengan bahasa Arab, maka tidak ada jalan lain dalam memahami dan mengetahui ajaran Islam kecuali dengan bahasa Arab. Oleh kerana itu memahami bahasa Arab merupakan sebahagian dari tuntutanagama Islam. Keterbiasaan berkomunikasi dengan bahasa Arab mempermudahkan kaum muslimin memahami agama Islam dan menegakkan syiar-syiar agama ini, serta memudahkan dalam mencontohi generasi awaldaripada kaum Muhajirin dan Ansar dalam keseluruhan perihal kehidupan mereka.”

Pada ayat ini Allah SWT menegaskan bahawa Dia menurunkan al-Quran dalam bahasa Arab yang fasih agardapat direnung dan dipikirkan semua isi dan maknanya. Tidak boleh disangkal al-Quran diturunkan untuksemua lapisan manusia, bahkan juga untuk kaum jin tetapi disebabkan golongan yang pertama menerimanyaialah penduduk Mekah, maka wajarlah bila fi rman dan kalam Allah SWT itu ditujukan terlebih dahulu kepadamereka kemudian untuk semua umat manusia.

Di peringkat permulaan Allah SWT menuntut perhatian orang-orang Quraisy dan orang-orang Arab seluruhnyasupaya mereka memperhatikan isinya dengan sebaik mungkin kerana di dalamnya terkandung pelbagai ilmupengetahuan yang bermanfaat bagi mereka di dunia dan akhirat seperti hukum-hakam agama, kisah tauladanpara nabi dan rasul, perihal yang berkaitan dengan ketamadunan masyarakat, kemakmuran, akhlak, falsafah,tatacara berpolitik di peringkat nasional mahu pun yang di persada global dan banyak lagi. Kesemua itu diutarakan dalam bahasa Arab yang indah susunannya lagi mudah difahami.

Al-Quran dari segi bahasa adalah ‘sesuatu yang banyak dibaca’ dan terbukti al-Quran menjadi bahan bacaanoleh setiap umat Islam bahkan ramai yang telah berjaya menghafalnya. Ini menunjukkan ketinggian mukzijatnyayang mampu dihafal oleh manusia tetapi tidak pada kitab-kitab samawi yang lain hampir tidak seorang pundaripada penganut mereka yang mampu menghafal keseluruhan isi kandungannya.

Realitinya bahasa Arab dan al-Quran merupakan dua unsur yang tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanyamemiliki hubungan yang sangat erat, atau dalam kata lain bahasa al-Quran adalah bahasa Arab. Lantaran itu untuk dapat menguasai isi al-Quran, seseorang harus menguasai bahasa Arab dengan baik. Denganmempelajari isi kandungan al-Quran seorang muslim mampu mengetahui hukum-hakam mengenai solat,zakat, doa dan amalan-amalan ibadah yang lainnya. Di samping berperanan sebagai alat komunikasi dengan sesama manusia, bahasa Arab juga merupakan alat komunikasi terhebat antara manusia dengan Khaliknyayang terwujud menerusi solat, doa dan zikir.

AYAT AL-QURAN SURAH YUSUF : 2"HIKMAH AL-QURAN DITURUNKAN DALAM BAHASA ARAB”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran, mengingatkan kepada kitasebesar-besar kurniaan-Nya kepada kita umat manusia,

“Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, dengan Iamengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepadamereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), danmembersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah(pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum(kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Ali Imran, 164).

Sekiranya direnung, tanpa baginda, dan usaha dakwah baginda, sudah tentulah kita akan berada dalamkejahilan, tidak mengerti bagaimana membezakan antara baik dan jahat, bersih dan kotor, apatah lagi mendapat keselamatan yang hakiki di Akhirat. Beruntunglah kita kerana dikurniakan sebaik-baik teladan, yang pernah wujud dalam sejarah kemanusiaan.

Atas sebab itulah Allah SWT berfirman memerintahkan kita, umat baginda, agar mensyukuri jasa baik baginda,

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera denganpenghormatan yang sepenuhnya.” (al-Ahzab, 56).

Sultan al-Ulama Syeikh Mujahid ‘Izzuddin Ibn Abd as-Sallam berkata, “Bukanlah selawat kita kepada NabiSallallah Alaihi Wasallam merupakan syafaat (bantuan) kita kepada baginda, kerana sesungguhnya orang sepertikita ini tidaklah layak memberi syafaat kepada orang seperti baginda. Akan tetapi, Allah SWT memerintahkankita untuk membalas budi orang yang telah berlaku belas ihsan kepada kita, dan memberi kurnia kepada kita. Sekiranya kita tidak mampu untuknya (membalas budi), kita membalasnya dengan cara berdoa (buat baginda).

Dari kerana Dia mengetahui kita takkan mampu untuk membalas budi Nabi kita, maka Allah SWT memberipetunjuk kepada kita untuk berselawat kepada baginda, agar, selawat kita itu menjadi balas budi atas belasihsan dan kurnia baginda kepada kita, kerana, tiadalah belas ihsan yang lebih mulia nan utama berbandingihsan Baginda Sallallah Alaihi Wasallam. (ruj. al-Qaul al-Badi’ as-Sakhawi).

Abu Muhammad al-Marjani berkata, “Selawatmu kepada baginda itu - pada hakikatnya - kerana manfaatnya itu kembali kepada dirimu sendiri, dikau sebenarnya mendoakan kebaikan buat dirimu sendiri.” (ruj. al-Qaul al-Badi’ as-Sakhawi).

Beliau merujuk kepada makna hadis, “Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawatkepadanya sebanyak sepuluh kali - kerana selawat kepadaku itu.” (HR Muslim). Selawat Allah SWT buatmakhluk-Nya bererti keampunan dan rahmat-Nya buat makhluk-Nya itu.

Maka, amat wajarlah kita menghidupkan amalan berselawat ini, khasnya dengan selawat-selawat yang diajarkan baginda buat kita umatnya, seperti Selawat Ibrahimiyah (yang selalu dibacakan selepas tasyahhud akhir), dan selawat lainnya yang bersanad daripada Baginda.

alAsma’ie (w216H) diriwayatkan bahawa apabila beliau terlupa akan sesuatu perkara, beliau akan segeramengucapkan ‘Allahumma Solli ‘ala Muhammad’! Hal ini kerana, boleh jadi lupa itu disebabkan dosa, makaselawat, sepertimana disebutkan dalam hadis riwayat Muslim tersebut, akan menghapuskan dosa danmenaikkan darjat kita di sisi-Nya.

HIKMAH SELAWATOleh: Mohammad Syafi q Ismail Exco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

1411 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 15: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

BERDOSA BESAR MENGURANGKAN SUKATAN/TIMBANGANOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANSeorang pengguna/pembeli merasa dirinya tertipu dan rugi akibat dari perbuatan peniaga yang pada hematnya sering mengurangkan kadar sukatan dan timbangan bila ia menimbang barang jualannya seperti ikan dan sebagainya. Ustaz, apakah hukumnya perbuatan peniaga tersebut?

JAWAPANOrang yang mengurangi pada sukatan atau timbangan hukumnya adalah berdosa besar dan disebutkan sebagai orang yang celaka, di akhirat pula akan ditempatkan dalam api neraka.

Allah SWT telah mengingatkan kepada mereka yang suka merugikan orang lain dengan mengurangi timbangan sebagaimana firman-Nya:

Ertinya: "Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya). Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?”

Maka jelas difahami dari ayat ini bahawa orang yang melakukan kecurangan dalam sukatan atau timbangan adalah terlibat dalam suatu bahaya besar di akhirat kelak. Tempat mereka adalah dalam Neraka Wail, oleh itu berhati-hatilah dan berlaku jujurlah dalam menyukat dan menimbang.

Wallahu a’lam.

BERPAKAIAN YANG DILAKNATOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Pakaian merupakan salah satu anugerah Allah SWT kerana manfaat pakaian banyak sekali, antaranya:● Menutupi aurat● Melindungi diri dari panas dan dingin● Perhiasan

Namun, Islam mengatur dalam berpakaian agar tidak melencong dari norma dan fitrah. Di antara aturan tersebut adalah tidak boleh berpakaian menyerupai pakaian ciri khas lawan jenis. Hal ini dilarang bahkan termasuk dosa besar serta pelakunya terancam dengan laknat Allah SWT.

Dari Ibnu Abbas berkata:

"Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki." (HR. Bukhari).

Dalam masalah pakaian secara khusus, Abu Hurairah berkata:

"Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki." (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, Hakim, dan Ahmad dengan sanad shahih).

Hikmah dari larangan ini jelas iaitu mengeluarkan pelakunya dari karakter dan ciri khas asli yang diberikan oleh Allah SWT.

Islam telah membezakan antara lelaki dan perempuan, termasuk dalam hal pakaian, maka tidak boleh bagi kaum lelaki memakai pakaian yang merupakan ciri khas kaum hawa. Begitu pula sebaliknya kerana hal itu adalah perlakuan menyimpang dari fitrah dan bukti kerosakan akal dan penyakit yang menjalar pada umat sekarang akibat terlalu mengikut gaya yang tidak jelas.

Realiti berpakaian zaman sekarang sungguh meremukkan hati, bagaimana kaum hawa ada yang berpakaian seperti lelaki dan banyak pula lelaki yang berpakaian seperti perempuan. Hampir tidak mampu dibezakan lagi mana lelaki dan mana perempuan. Lihat saja bagaimana para Instafamous, Youtuber, artis, pelakon, malah di kalangan usahawan yang sepatutnya menjadi contoh baik bebas melakukan hal ini demi populariti dan hanya memikirkan keuntungan sehingga berani mengendahkan laknat Allah SWT dan mengundang diri kepada dosa jariah hinggalah diri mereka menjadi ikutan orang awam.

Semoga kita semua terhindar dari perkara seperti ini.

611 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 16: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi atau nama lengkapnya Ahmad Khatib bin Abdul Latif binAbdullah bin Kalan al-Minangkabawi al-Jawi. Beliau lahir di Koto Tuo. Agam, Sumatera Barat, pada hariIsnin 6 Zulhijah 1276 Hijri (1860 Masihi).

Ketika masih di kampung kelahirannya, Syeikh Ahmad Khatibmengenyam pendidikan formal dan melanjutkan pengajianke Sekolah Raja atau Kweekschool. Di samping belajar pendidikanformal yang dikelola Belanda itu, beliau juga mempelajari mabadi’(dasar-dasar) ilmu agama daripada ayahandanya Syeikh AbdulLatif.

Pada usia 11 tahun, Syeikh Ahmad Khatib telah meninggalkankampung halamannya untuk pergi melaksanakan ibadah haji dan menetap di Mekah untuk belajaral-Quran pada Syeikh Abdul Hadi dan ilmu keislaman lainnya pada Syeikh Uthman Syatha. Setelahempat tahun di Mekah, beliau kembali ke negeri kelahirannya, Minangkabau.

Selama berada di Minangkabau, Syeikh Ahmad Khatib tetap merasa rindu untuk kembali lagi ke Mekah, Beliau selalu berdoa agar kembali ke Mekah. Setelah berada di kampung halaman lebih kurang selamadua tahun, akhirnya Allah SWT mengabulkan doanya. Pada saat Syeikh Uthman Syatha datangke Padang, ia mengajak beliau untuk kembali ke Mekah.

Sekitar tahun 1298 Hijri, Syeikh Ahmad Khatib mula mengajar di Masjidil Haram pada usia 38 tahun.Kealiman beliau dibuktikan apabila diangkat menjadi imam, khatib, dan tenaga pengajar di MasjidilHaram sekali gus mufti Mazhab Syafie. Beliau tidak hanya menjadi orang Indonesia pertama, tapi jugaimam non-Arab pertama yang memimpin solat di Masjidil Haram. Sampai saat ini hanya tiga orangtermasuk Syeikh Ahmad Khatib yang pernah menjadi imam di Masjidil Haram. Yang lainnya ialah Syeikh Muhammad Nawawi al-Jawi al-Bantani dan Syeikh Junaid al-Betawi.

Semasa hidupnya, Syeikh Ahmad Khatib mengarang 49 buah buku tentang masalah-masalah keagamaan dan kemasyarakatan. Kebanyakan karya-karyanya mengangkat tema-tema kekinian terutama menjelaskankemurnian Islam dan merobohkan kekeliruan tarekat, bidaah, tahayul, khurafat, dan adat-adat yangbercanggah dengan al-Quran dan Sunah. Karyanya tersebar meluas hingga ke Syria, Turki, dan Mesir.

Beberapa karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan Melayu. Antaranya ialah al-Jauhar al-Naqiyah fial-A'mali al-Jaibiyah yang membahaskan tentang ilmu miqat.

Karyanya yang lain ialah Hashiyatun Nafahat ala Syarh al-Waraqat yang membahaskan tentang ilmuusul fikah. Karyanya yang membahas ilmu matematik dan al-Jabar (algebra) ialah Raudhatul Hussabfi A'mali Ilmil Hisab.

Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi meninggal dunia pada tanggal 9 Jamadilawal tahun 1334 Hijridi Mekah, Arab Saudi.

SYEIKH AHMAD KHATIB AL-MINANGKABAWIOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

MAULIDUR RASUL SAW: MAKHLUKMENCINTAI SAYYIDUL KHALQRASULULLAH SAWOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Sesungguhnya alam semesta ini sentiasa menantikedatangan Saidina Muhammad SAW sebelum kelahiran baginda SAW.

Hal ini kerana tidak sempurna ciptaan makhlukkeseluruhannya sebelum ada Sayyidul Khalq iaitu penghulu segala makhluk yang ada di alam ini.

Bermula dengan galaksi yang besar sehingga batu-batuan yang kecil semuanya merindui kedatangan, kelahiran dankeputeraan Sayyidul Khalq dan sentiasa bertasbih kepada Ilahi.

Maka dengan kedatangan malam Isnin 12 Rabiulawal ini, makhluk-makhluk di seluruh alam bergembira dengankelahiran dan keputeraan nabi Muhammad SAW.

Sesungguhnya makhluk-makhluk seperti pohon, gunung, batu, kerikil dan sebagainya mengenal Rasulullah SAW dansentiasa mahu bersama dengan baginda SAW.

Pengkisahan ini dapat ditelusuri di dalam riwayat Bukhariiaitu Pohon Kurma berasa sedih ketika mana Baginda SAW mahu menukar tempat mimbar ke tempat lain:

Daripada Jabir bin Abdillah berkata: "Atap masjid terbuat dari pelepah kurma. Jika Nabi SAW berkhutbah maka berdiridi pelepah kurma. Ketika dibuat mimbar (baru) maka kamidengar tangisan pelepah kurma seperti suara sedih. HinggaNabi datang dan meletakkan tangannya, lalu pelepah itudiam." (HR Bukhari).

Ini menunjukkan bahawa tumbuhan seperti pelepah kurma/tamar ini mengenal Sayyidul Khalq Nabi Muhammad SAW.Malah Pohon Kurma tersebut akan sentiasa menangisjikalau tidak dipegang oleh Baginda Rasulullah SAW:

Dari Ibnu Abbas RA berkata: Sesungguhnya RasulullahSAW berkhutbah di pelepah kurma. Setelah dibuatkanmimbar dan baginda SAW berpindah, maka pelepah itu

merintih. Baginda SAW memegangnya lalu pelepah itudiam. Nabi bersabda: "Jika saya tidak memegangnyapelepah kurma akan merintih sampai kiamat." (HR Ahmad).

Malah batu yang dikatakan jumud tidak bernyawa, rupa-rupanya mempunyai ruh yang sentiasa memberi salamkepada baginda SAW:

Dari Jabir bin Samurah RA berkata: Rasulullah SAWbersabda: "Sungguh saya mengenal batu di Makkah. Iamengucap salam kepadaku sebelum aku menjadi Nabi.Sungguh saya mengetahuinya sekarang." (HR Muslim).

Demikian dengan kerikil-kerikil yang kecil yang bertaburandi muka bumi ini:

Diriwayatkan oleh Imam Thabrani di dalam kitab Ausath:"Kerikil-kerikil itu membaca tasbih (di hadapan Nabi) danorang-orang yang hadir mendengar semuanya. KemudianNabi SAW memberikan kepada kami, maka kerikil-kerikiltidak lagi bertasbih bersama kami." (HR Thabrani).

Jikalau makhluk terkecilpun seperti batu memberi salamkepada baginda SAW, maka makhluk terbesar yang terkuatiaitu gunung sebagai pasak bumi inipun turut mempunyai perasaan cinta kepada Rasulullah SAW:

Kami keluar hingga kami dekat dengan Madinah. Nabibersabda: "Ini adalah Madinah. Ini gunung Uhud. Iamencintai kita dan kita mencintainya." (HR Muslim).

Maka jelaslah kepada kita keseluruhan alam ini bertasbih,merindui dan mencintai Rasulullah SAW.

Jika makhluk yang dianggap tidak bernyawa seperti pohon kurma, batu, kerikil dan gunung boleh mengenal RasulullahSAW menangis bersamanya, bertasbih dan merindukanjasad Baginda SAW, maka kita seharusnya dan semestinyalebih mencintai, merindui dan mengagungkan RasulullahSAW, lebih-lebih lagi di bulan Rabiulawal Hari Isnin Maulidur Rasul SAW ini.

1611 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 17: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

Penullis bersama rakan-rakan danpenduduk kampung

DI KUAMUT KITA DIPERTEMUKANOleh:

Adi Pitang

Tidak banyak maklumat yang ku tahu tentang kampung ini.Tapi nama kampung ini seolah melambai-lambai untukku bertandang ke sana. Rancangan untuk mengadakan programsudah sekian lama. Cuma masa tidak mengizinkan.Kebetulan semasa mengadakan Bengkel Tadbir Urus Masjiddi Kinabatangan, rakan-rakan JHEAINS Kinabatangan telahmenjadualkan program di kampung Sungai Lokan dankampung Kuamut 2 minggu selepas bengkel. Ruang itu kami sekalikan dengan program Pembangunan Jati Diri BeliaMasjid ibu pejabat.

Perjalanan kami menuju ke kampung Kuamut dari jeti Sungai Lokan mengunakan bot yang sama kamigunakan ke Sungai Lokan. Bot yang berukuran 82 panjang x 42 lebar yang beratap itu mengunakan enjin 40kuasa kuda. Bot kami dikemudi oleh imam Asmi seorang imam kariah yang juga merupakan anak jati Kuamut.Caranya mengendalikan bot dengan laluan melawan arus sangat-sangat ku kagumi. Air deras dengan sampahsarap yang hanyut memenuhi sungai yang kekuningan itu, dipandunya dengan penuh tenang dan hati-hati. Ya...suatu yang wajib dielakkan dalam mengemudi bot di sungai ini ialah kayu-kayu yang hanyut supaya tidakmengenai bot dan enjin bot. Malang tidak siapa yang boleh menjangka. Apatah lagi sungai Kinabatangan initerkenal dengan reptilianya yang mencatat sejarah pernah membaham manusia yang berada di tebing dandi dalam airnya. Hmmm... Bohonglah kalau setiap dari kami tidak terlintas memikirkan reptilia yang satu inisepanjang perjalanan bot itu. Hahaha.

Perjalanan dari kampung Sungai Lokan ke Kuamut memakan masa selama 4 jam lebih. Pelbagai gaya dalam perahu dibuat bagi mencari keselesaan diri. Duduk bersila, kaki bertemu kaki. Aku, Suhaimi, Fahmi dan Hadi, masing-masing punya cara sendiri mencari keselesaan. Dalam hidup ini mencari kesefahaman dalam pelbagai suasana, suatu yang diperlukan. Lebih-lebih dalam kehidupan biasa masyarakat yang pelbagai cara, budayadan agama. Bantu membantu, memberi dan menerima seadanya, suatu sifat yang terpuji dan seharusnya ada. “Sakit kaki!” Fahmi menghulurkan kakinya di hadapan Suhaimi, yang duduk di sebelahku sambil tersenyumsimpul. Suhaimi yang dipanggil “Guru” oleh masyarakat Beluran kerana kebolehannya merawat cara Islam turut tersenyum dan bersedia mengurut kaki Fahmi.

Kehadiran kami disambut oleh Awang Bantan, Pengerusi Majlis Permaukatan Kemajuan Kampung sebaik sajatiba di jeti Kampung Kuamut. Umurnya lewat 50-an tapi masih nampak gagah. Rumah kayu 2 tingkat miliknya menjadi tempat penginapan kami. Rumah ini agak besar, dengan ruang tamu tingkat bawah menjadi tempatacara sekiranya ada acara-acara keraian kampung ini. Jelasnya rumah ini juga tempat pemimpin-pemimpinbermalam ketika melakukan tugas rasmi atau tidak rasmi.

Apa yang menarik mengenai beliau ini ialah keramahan dan kemesraannya terhadap kami. Beliau dan isteriadalah saudara baru yang memeluk Islam akhir 90-an, bersama anak-anaknya yang seramai 8 orang. Cucu-cucusaudara sebelah isterinya yang seramai 6 orang yang tinggal di rumah itu bukan beragama Islam. Merekamasih bersekolah rendah di SK Kuamut berhampiran rumahnya itu. Mereka ini berasal dari kampung-kampung sekitar yang tidak ada kemudahan perahu untuk berulang alik dan kawasan tempat tinggal mereka agak jauhdari sekolah. Terkesan bila melihat mereka tidur bergelimpangan di ruang tamu bawah rumah itu sebelum azan Subuh pagi itu.

Program yang kami isi dengan solat Maghrib, Isyak dan Subuh berjemaah, dengan tazkirah dan ramah mesra itu sangat menguatkan azam kami untuk datang lagi ke kampung ini dan sekitarnya. Di sini… di Kuamut ini kita dipertemukan.

WAHAI NABI... WAHAI HAMBA PILIHANOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Tatkala Rasulullah SAW wafat, Umar Ibn Khattab berdiri di hadapan banyak orang dan berkata, “Orang-orang munafi kmenganggap Rasulullah SAW telah wafat, padahal tidak. Baginda hanya pergi menemui Allah SWT sebagaimana MusaIbn ‘Imran yang menghilang dari kaumnya selama 40 malam, kemudian kembali kepada kaumnya setelah merekamenganggap Musa telah wafat. Demi Allah, Rasulullah pasti kembali lagi seperti Musa. Maka, siapa saja yangmenganggap Rasulullah telah wafat, tangan dan kakinya akan dipotong.”

Abu Bakar datang dan berdiri di depan pintu masjid. Pada saat itu Umar sedang berbicara di hadapan orang ramai.Namun, Abu Bakar tidak menoleh kepada mereka dan terus menziarahi Rasulullah SAW di rumah Aisyah. Bagindaberada di bahagian tepi dan tertutup dengan kain dilapisi jubah. Abu Bakar mendekat dan menyingkap kain di wajahRasulullah SAW. Lalu ia berkata, “Sungguh, kematian yang telah Allah tetapkan kini telah kau rasakan dan tidak akankau rasakan lagi selamanya.” Kemudian ia mendekati wajah Baginda dan menunduk. Lalu ia mencium keningnya dan berkata,

“Wahai Nabi …”

Lalu ia menciumnya kembali dan berkata, “Wahai hamba pilihan …”

Ia mencium untuk ketiga kalinya dan berkata, “Wahai sang kekasih …”

Kemudian ia menutup kembali kain tersebut pada wajah Rasulullah SAW, lalu keluar. Ketika Umar masih berbicaradi hadapan orang ramai dan berkata, “Rasulullah SAW tidak mati sampai Allah SWT melenyapkan orang-orang munafi k.”

Lalu Abu Bakar berkata, “Tenanglah, wahai Umar.”

Namun, Umar masih tetap berbicara. Ketika Abu Bakar melihat Umar masih tetap berbicara, ia menghadap kepadapara sahabat dan berbicara. Ketika mereka melihat Abu Bakar sedang berbicara, mereka segera mendekat danmeninggalkan Umar. Kemudian Abu Bakar berdiri di sisi mimbar namun tidak naik ke atasnya. Ia menyeru parasahabat hingga mereka pun diam.

Abu Bakar memuji Allah SWT dan berselawat kepada Rasulullah SAW, lalu berkata, “Wahai para sahabat, Allah telahmenetapkan kematian atas Nabi-Nya sedangkan ia telah telah wafat. Tidak ada satu pun di antara kalian yang kekal kecuali Allah semata. Allah memberi umur kepada Rasul-Nya sampai ia menegakkan agama Allah, menyelesaikantugas, menyampaikan risalah Allah, berjihad di jalan Allah hingga mewariskan jalan Islam bagi kalian. Tidak akanbinasa kecuali mereka yang benar-benar tersesat dan celaka. Siapa yang menyembah Allah, maka Allah MahaHidup dan tidak akan mati. Sementara siapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya ia telah wafat.Bertakwalah, wahai manusia. Berpegang teguhlah pada agama kalian. Dan bertakwalah pada Tuhan kalian. AgamaAllah telah tegak dan hukum Allah telah sempurna. Allah akan menolong siapa yang menolong dan memuliakanagamanya. Al-Quran telah ada di hadapan kalian sebagai cahaya dan ubat. Di dalamnya terdapat hukum yang terkait dengan halal dan yang haram. Kita tidak peduli siapa yang bergabung dengan kita. Pedang Allah tetap terhunus tidakakan pernah kami simpan. Kita wajib berjuang melawan siapa yang menentang kita sebagaimana dahulu kitaberjuang bersama Rasulullah. Maka, kezaliman hanyalah akan berdampak buruk bagi dirinya sendiri.”

Kemudian Abu Bakar membaca ayat Al-Quran,

“Muhammad hanyalah seorang rasul. Sebelumnya telah berlalu beberapa rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh,kalian berbalik menjadi murtad? Barangsiapa berbalik ke belakang, ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun. Allahakan memberi balasan kepada orang yang bersyukur.” (Al Imran: 144).

“Demi Allah, seakan-akan para sahabat belum mengetahui bahawa ayat tersebut telah turun sampai Abu Bakarmembacakannya.”

Umar Ibn Khattab menuturkan, “Demi Allah, aku baru tersedar dengan ayat itu setelah dibacakan oleh Abu Bakar.Aku pun tercengang hingga terduduk kerana kakiku tidak kuat menahan beban. Akhirnya aku sedar bahawa Rasulullah telah Wafat.”

411 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 18: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

Bil. Waktu Resonan Tidur Makan Fikir Kerja

1. 12.00 tengah malam - x x x 1.00 pagi

2. 1.00 pagi - 2.00 pagi x x x

3. 2.00 pagi - 3.00 pagi x x

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

PENDAFTARAN PERCERAIAN DI LUAR MAHKAMAHOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Sekiranya perceraian berlaku di luar mahkamah, seperti contoh di rumah, di stesen bas, di pejabat sama ada melalui aplikasi media sosial atau di mana-mana sahaja tempat ianya boleh gugur dan sah. Namun merujuk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004, di bawah seksyen 57, iaitu:

(1) Walau apapun seksyen 55, seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq itu melaporkan kepada mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talaq yang dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak.

(3) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa talaq yang telah dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, maka mahkamah hendaklah, tertakluk kepada seksyen 125:

(a) membuat perintah membenarkan perceraian dengan talaq;

(b) merekodkan perceraian itu; dan

(c) menghantar salinan rekod itu kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.

Sekiranya seseorang lelaki menceraikan isterinya atau melafazkan talak di luar mahkamah, dia boleh didakwa di bawah kesalahan matrimoni Perceraian di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah. Seksyen 125 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 1995 menetapkan hukuman seperti berikut:

Seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua- duanya.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku lafaz talak tersebut?

Berbalik kepada tajuk yang dibincangkan, sekiranya berlaku apa-apa lafaz talak sama ada lafaz sarih (jelas) atau kinayah (sindiran), suami atau isteri perlulah membuat pengesahan di Mahkamah Rendah Syariah di mana mereka bermaustatin. Kebelakangan ini, ramai pihak tidak mahu membuat pengesahan lafaz tersebut di mahkamah kerana dikatakan menyusahkan dan sibuk bekerja. Maka, ianya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Alasan ini biasanya ditimbulkan oleh pihak suami. Sekiranya suami telah melafazkan apa-apa lafaz talak dan isteri merasa ragu-ragu dengan lafaz tersebut sama ada jatuh atau tidak, maka pihak isteri boleh membuat permohonan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah.

Kesimpulannya, setiap perceraian hendaklah dilakukan di mahkamah kerana mahkamah akan menentukan sah dan gugurnya talak tersebut di samping dapat memberi keadilan di pihak isteri tanpa sewenangnya dijatuhkan talak oleh pihak suami.

PengenalanAllah SWT mensyaratkan kita solat. Beribadat tengah malam, solat subuh, solat dhuha, solat zohor, solat asar, solat maghrib dan solat isyak. Apa rahsia pensyariatan ini dengan biologis tubuh kita ?

Islam dan PerubatanSolat malam dan penyembuhan. Apa sebenarnya rahsia tersirat ? Kita solat malam tapi jam berapa sesuai? Kenapa Allah SWT arahkan kita solat malam dan penyembuh penyakit. Dalil: Baginda SAW bersabda:

“Kerjakanlah qiamullail (solat malam), kerana sesungguhnya hal tersebut merupakan kebiasaan orang-orang yang soleh sebelum kalian sebagai pendekatan diri kepada Allah SWT sebagai pencegah daripada perbuatan dosa, sebagai kifarat (penebus) daripada perbuatan-perbatan buruk dan pengusir penyakit daripada badan.” (Riwayat Imam at-Tirmizi).

“Bangkitlah dan solatlah sebab sesungguhnya ada pengubatan dalam solat.” (Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah).

Manfaat solat dari aspek spiritual, psikologi, fizik dan moral1. Merupakan perintah Allah SWT2. Boleh mengalihkan perhatian3. Latihanfizikal

Rahsia waktu solat dengan pengaruh hormon kepada kesihatan tubuhFirman Allah SWT:

“Allah SWT jualah yang menjadikan malam utuk kamu supaya kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah SWT benar- benar mempunyai kurnia yang dilimpahkan kepada manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Surah Al-Mukmin ayat 61).

“Dan antara rahmat-Nya, ia jadikan untukmu siang dan malam, supaya kamu beristirehat (pada malam hari) dan supaya kamu mencari sebahagian daripada kurnia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.”(Surah al-Qasas ayat 73).

Allah SWT juga menganjurkan kita untuk beribadah lain pada malam hari selain solat tahajud seperti zikir, membaca al-Quran dan lain-lain. Pembahagian waktu

BIOLOGIS DAN WAKTU RESONAN TUBUHOleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

seperti ini sangat sesuai dengan pusingan jam biologis tubuh yang mengatur sistem kerja seluruh sel manusia.

HipotalamusManusia sebagai makhluk hidup dengan jaringan pernafasan, saraf dan sistem pencernaannya. Aktiviti semua organ tubuh manusia itu disusun dan diatur serta dikendalikan oleh organ di bahagian tengah otak manusia yang disebut hipotalamus. Organ ini bekerja dengan menerima rangsangan cahaya.

(a) Cahaya waktu pagi akan terus masuk menerusi mata kemudian sampai ke retina dan diubah cas-cas dalam saraf. Cas-cas itu terus kepada hipotalamus

(b) Kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin yang berfungsi ketika dalam keadaan seseorang itu tidur dalam kegelapan malam.

Waktu resonan organ

Berdasarkan jadual di atas, pada waktu resonan jam 2.00 hingga 3.00 pagi, waktu ini waktu aktiviti organ (hipotalamus) sedang berada dalam keadaan paling aktif atau menjalankan fungsinya secara optimum secara semulajadi. Selepas tengah malam, warna langit akan berubah kepada warna ungu lambayung iaitu pada sukatan 412 nanometer iaitu hipotalamus.

Untuk mendapatkan gelombang ungu lembayung secara semulajadi, seseorang perlu berjaga dan melakukan sesuatu perkara yang memerlukan fokus atau khusyuk seperti solat tahajud dan membaca al-Quran.

KesimpulanIni jawapannya kenapa diperintahkan bangun pada dua pertiga malam (2.00-3.00 pagi). Ianya boleh menyembuhkan penyakit jantung, perut dan usus. Teruskan selama tiga bulan berturutan. Moga kita istiqamah solat malam.

RUJUKAN:● 101 Keberkatan Lelaki Subuh, Dr. Mohd Arif Haji Mat Noor,

Mohd Daharudin Haji Daud, Mohammad Subki Abdul Rahman AlHafiz,mukasurat211-255.

● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, Juz. 18, muka surat 146.

● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, Juz. 20, muka surat 139.

1811 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 19: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal seperti kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi. Meraikan Maulid Rasul SAW ini adalah untuk mengingati dan menghayati sirah Rasulullah SAW. Sambutan Maulidur Rasul SAWmerupakan antara amalan yang diterima sebagai salahsatu usaha untuk mendidik dan mengingati RasulullahSAW. Rasulullah SAW adalah pemimpin agung yangdikagumi oleh ramai pemimpin dunia dengan sebabperibadi dan kepimpinannya.

C. Cherfils di dalam bukunya ‘Napoleon and Islam’ menukilkan bahawa Napoleon Bonaparte juga telah menganjurkan upacara besar-besaran menyambutMaulidur Rasul di atas kekagumannya terhadap Rasulullah SAW. Hingga ada yang mengatakan dengan yakinberdasarkan beberapa dokumen sahih bahawa Napoleon diakhir hayatnya adalah seorang Muslim dengan nama Muhammad Ali Bonaparte.

Merujuk kepada sejarah penulisan sirah Rasulullah SAW, ianya telah pun dimulakan oleh para sahabat seperti Abu Rafi Mawla yang telah menulis tentang sifat solat danibadah baginda. Ini termasuk Sahl b. Abi Hathmahal-Madani al-‘Ansari dan ‘Abd Allah b. ‘Amru b. al-‘As b. Wa’il b. Hashim. Penulisan sirah Rasulullah SAW secarasistemati k telah dimulakan oleh para Muhaddithun yang juga ahli sejarah seperti Sa`id b. al-Musayyib al-Makhzumi, ‘Urwah b. al-Zubayr b. al-‘Awwam and Abu Fadalah ‘Abd Allah b. Ka’b b. Malik al-Ansari.

Penulisan sirah Rasulullah SAW kemudiannya kian popular ketika zaman Muhammad b. Ishaq yang telah menulis kitab Kitab al-Mubtada’ wa al-Mab`ath wa al-Maghaziiaitu buku yang membincangkan secara terperincikehidupan baginda bermula kelahiran hingga kewafatan.Ini diikuti oleh Muhammad b. ‘Umar al-Waqidi yangmenulis Kitab Azwaj al-Nabiyy, Kitab al-Tarikh wa al-Maghazi wa al-Mab`ath and Kitab Wafat al-Nabiyy and Kitabal-Maghazi. Kitab Sirah yang menjadi rujukan utamahingga kini telah ditulis oleh ‘Abd al-Malik b. Hishammelalui karyanya yang masyhur iaitu Kitab al-Siraha l - N a b aw i y ya h . K i ta b S h a m a i l a l - T i r m i z i ya n gmenghimpunkan hadis-hadis mengenai karakter, sifat, akhlak dan peribadi Rasulullah SAW juga patut menjadi rujukan. Bahkan kitab ini dapat menjadi panduan untukmengelakkan sebarang riwayat tidak sahih dan palsu mengenai Rasulullah SAW.

Kehebatan Rasulullah SAW sebagai pemimpin agung diterjemahkan dalam bentuk penulisan dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Ini menunjukan bahawawalaupun beliau telah wafat berabad tahun, kisahnyamasih segar untuk dicerita dan dibicarakan. Seolah-olah Baginda masih hidup bersama kita. Memahami dan meneladani Rasulullah SAW merupakan suatu kewajipan bagi kita umat Islam ini. Hanya ti nggal kini ialahkemahuan, keazaman, keiltizaman diri untuk belajar memahami dan meneladani seterusnya mendidik jiwadan rohani untuk mengasihi Baginda.

Salam Maulidur Rasul SAW 1441H.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin HassanTuan Haji Sainuri bin Yahmin

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiCik Neng Athirah Malinda binti Joslan

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

SAHABAT

Aku... bukanlah seorang pujanggahanya orang biasakerana persahabatantelah dipupuk sekian dekattak dapat ku berkatahanya tangan dihulur mesra.

Terkadang dalam pemikiranapa saja difi kirkan bolehberti ndak atas kemampuankita semua pasti merasa banggajika limpahan budi bahasamenggunung.

Kau laksana purnama munculsemua bintang jadi pudar keranamudalam segala kesusahanterlipurlah hati nan sedih.

Ya Allah...sumber segala kebaikanyang ti nggi kedudukannyayang mengetahui semua tersembunyimohon dirahmati kita semuaagar terhindardari gaya hidupyang berpura-pura.

Oleh:DeeKeeKota Kinabalu6112019

211 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 20: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-11-18 · kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul SAW bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW