Si comel dan makhluk hodoh new 2015

3
SI COMEL DAN MAKHLUK HODOH Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada tuan pengacara majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya Nur Adlina binti Zulkefli dari SJKC Sin Min ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Si Comel dan Makhluk Hodoh”. Pada zaman dahulu, tinggal seorang saudagar dengan tiga orang anak perempuannnya. Suatu hari saudagar ingin berjalan jauh untuk berdagang. Saudagar bertanyakan kepada anak-anaknya barangan yang ingin dibeli sewaktu dia berdagang. Dua orang anak sulungnya meminta baju yang cantik dan barang kemas yang mahal. Tetapi anak bongsunya yang cantik, bernama Si Comel hanya meminta bunga ros. Tetapi nasib saudagar itu agak malang. Kapalnya yang sarat dengan muatan karam di laut. Maka, dia pun pulang ke rumah dengan perasaan sedih. Dalam perjalanan pulangnya, saudagar itu ternampak sebuah istana yang dikelilingi dengan pokok-pokok bunga ros. Dia teringat akan permintaan anak bongsunya. Maka, saudagar itu pun memetik beberapa kuntum bunga ros untuk anaknya, Si Comel. Tiba-tiba muncul seorang makhluk yang gagah dan hodoh. Dia ingin mencederakan saudagar tetapi saudagar meminta untuk tidak mencederakannya. Makhluk hodoh melepaskan saudagar tetapi dengan syarat saudagar menghantar Si Comel kepadanya. Saudagar itu pun pulang ke rumah dan menceritakan apa yang telah berlaku kepada anak-anaknya. Dua orang anak sulungnya begitu hampa kerana ayah mereka pulang dengan tangan kosong.

Transcript of Si comel dan makhluk hodoh new 2015

Page 1: Si comel dan makhluk hodoh new 2015

SI COMEL DAN MAKHLUK HODOHAssalamualaikum wbt, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada tuan pengacara majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya Nur Adlina binti Zulkefli dari SJKC Sin Min ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Si Comel dan Makhluk Hodoh”.

Pada zaman dahulu, tinggal seorang saudagar dengan tiga orang anak perempuannnya. Suatu hari saudagar ingin berjalan jauh untuk berdagang. Saudagar bertanyakan kepada anak-anaknya barangan yang ingin dibeli sewaktu dia berdagang.

Dua orang anak sulungnya meminta baju yang cantik dan barang kemas yang mahal. Tetapi anak bongsunya yang cantik, bernama Si Comel hanya meminta bunga ros.

Tetapi nasib saudagar itu agak malang. Kapalnya yang sarat dengan muatan karam di laut. Maka, dia pun pulang ke rumah dengan perasaan sedih.

Dalam perjalanan pulangnya, saudagar itu ternampak sebuah istana yang dikelilingi dengan pokok-pokok bunga ros. Dia teringat akan permintaan anak bongsunya.

Maka, saudagar itu pun memetik beberapa kuntum bunga ros untuk anaknya, Si Comel.

Tiba-tiba muncul seorang makhluk yang gagah dan hodoh. Dia ingin mencederakan saudagar tetapi saudagar meminta untuk tidak mencederakannya. Makhluk hodoh melepaskan saudagar tetapi dengan syarat saudagar menghantar Si Comel kepadanya.

Saudagar itu pun pulang ke rumah dan menceritakan apa yang telah berlaku kepada anak-anaknya. Dua orang anak sulungnya begitu hampa kerana ayah mereka pulang dengan tangan kosong.

Tetapi, Si Comel memberitahu supaya ayahnya tidak risau kerana dia akan pergi ke tempat makhluk itu dan tinggal bersamanya”.

Apabila Si Comel bertemu dengan makhluk itu, dia berasa sangat takut. Namun, makhluk hodoh tertawan akan kecantikan Si Comel biarpun baru pertama kali melihatnya.

Page 2: Si comel dan makhluk hodoh new 2015

Lama kelamaan Si Comel sedar bahawa makhluk itu sebenarnya ialah seorang yang baik hati. Si Comel pun tinggal di rumahnya dengan gembira.

Pada suatu hari, ayah Si Comel jatuh sakit. Si Comel pun meminta izin makhluk itu untuk melawat ayahnya. Dengan kebenaran makhluk itu, Si Comel pun menjaga ayahnya sehingga sembuh.

Sementara itu, makhluk hodoh itu pula jatuh sakit kerana terkenangkan Si Comel.

Apabila Si Comel pulang ke rumah makhluk itu, dia mendapati makhluk itu sudah pengsan. Si Comel menangis teresak-esak sambil mengaku dia jatuh hati kepada makhluk hodoh.

Tiba-tiba makhluk hodoh itu bertukar menjadi seorang putera yang tampan. Rupa-rupanya seorang ahli sihir telah menyumpah makhluk hodoh sehingga dia jadi begitu. Sumpahan itu pula hanya dapat dibatalkan apabila seorang wanita jatuh cinta kepadanya.

Akhirnya, putera itu dan Si Comel pun jatuh hati. Mereka pun berkahwin dan hidup bahagia.

Demikianlah tadi kisahnya Si Comel dan Makhluk Hodoh. Kawan-kawan, sebagai kesimpulannya kita hendaklah sentiasa bersangka baik kepada orang lain. Janganlah kita terburu-buru dalam menilai seseorang. Diharapkan kawan-kawan, dapat mengambil iktibar daripada cerita yang telah saya sampaikan,

Sekian, terima kasih.