SIAPA KAWAN YANG BAIK - kpwkm.gov.my kawan yang baik/siapan ka… · harga diri. Keadaan ini...

3
SIAPA KAWAN YANG BAIK? WHO MAKES A GOOD FRIEND? PJ/6.1.2 Dua orang membolehkan persahabatan yang berjaya dan dua orang juga menghancurkan persahabatan. Persahabatan dibina dengan kefahaman dan kepercayaan yang mendalam dan mengambil masa yang lama. Remaja mempunyai ramai kawan, terutama di sekolah. Ada yang bertahan hanya seketika, tetapi terdapat segelintir yang rapat sehingga tamat persekolahan dan berterusan. Inilah kawan baik atau kawan karib anda. Walau pun kawan karib biasanya sebaya dengan anda, terdapat juga kawan karib di kalangan mereka dari luar alam persekolahan anda. Kawan karib boleh juga terdiri dari ahli keluarga seperti adik beradik dan datuk/nenek. Ibu bapa anda juga boleh dijadikan kawan karib anda. ~ Kualiti kawan karib Kawan baik atau kawan karib mempunyai lebih banyak ciri-ciri berbanding kawan biasa. Antaranya ialah: - Intuitif – tahu bila kawan memerlukan bantuan, seseorang yang anda boleh bergantung harap dalam apa keadaan sekali pun. - Anda boleh rileks dan berdamping – bergembira, berkongsi perasaan dalaman (harapan, keriangan, ketakutan), boleh bercakap dengannya, boleh serius dengannya, membahagiakan antara satu sama lain, menangis, ketawa bersama, berbelas kasihan dan saling mendengar. - Menerima anda seadanya – tidak kira siapa anda, tidak malu berdamping dengan anda, tidak mentertawakan anda apabila berkelakuan bodoh, tidak menjatuhkan anda apabila anda membuat kesilapan, tidak menghukum, mengkritik atau membuatkan anda kelihatan bodoh. - Berempati dengan anda – memahami dan prihatin terhadap perasaan anda. Dengan kata lain, ‘boleh memakai kasut anda’. - Boleh diharap dalam masa susah dan senang, saling membantu. - Terbuka dan jujur tanpa melukakan hati anda. - Beri sokongan moral – mendorong anda mencapai kejayaan dan melakukan yang terbaik. - Menghargai antara satu sama lain. - Baik hati dan bertimbang rasa. - Anda boleh menjadi anda sebenarnya – boleh marah tetapi tetap berkawan. - Melihat dan menjelmakan yang terbaik dari anda (menyokong, menggalakkan, bersikap positif). - Tidak pernah menjatuhkan maruah anda. - Serius dalam persahabatan. - Sedia mendengar. Pentingnya persahabatan semasa remaja ~ Peluang menerokai dan memahami diri sendiri Rakan karib berbincang secara terbuka dan jujur. Ini menjadikan remaja berupaya menjadi peka terhadap kekuatan dan kelemahan, keperluan dan keinginan satu sama lain. Apa yang penting ditekankan ialah pembentukan konsep kendiri, mengambil perspektif,

Transcript of SIAPA KAWAN YANG BAIK - kpwkm.gov.my kawan yang baik/siapan ka… · harga diri. Keadaan ini...

Page 1: SIAPA KAWAN YANG BAIK - kpwkm.gov.my kawan yang baik/siapan ka… · harga diri. Keadaan ini memberi faedah kepada individu dengan memupuk harga diri dan kesejahteraan, dan mengurangkan

SIAPA KAWAN YANG BAIK? WHO MAKES A GOOD FRIEND? PJ/6.1.2 Dua orang membolehkan persahabatan yang berjaya dan dua orang juga menghancurkan persahabatan. Persahabatan dibina dengan kefahaman dan kepercayaan yang mendalam dan mengambil masa yang lama. Remaja mempunyai ramai kawan, terutama di sekolah. Ada yang bertahan hanya seketika, tetapi terdapat segelintir yang rapat sehingga tamat persekolahan dan berterusan. Inilah kawan baik atau kawan karib anda. Walau pun kawan karib biasanya sebaya dengan anda, terdapat juga kawan karib di kalangan mereka dari luar alam persekolahan anda. Kawan karib boleh juga terdiri dari ahli keluarga seperti adik beradik dan datuk/nenek. Ibu bapa anda juga boleh dijadikan kawan karib anda. ~ Kualiti kawan karib Kawan baik atau kawan karib mempunyai lebih banyak ciri-ciri berbanding kawan biasa. Antaranya ialah: - Intuitif – tahu bila kawan memerlukan bantuan, seseorang yang anda boleh bergantung

harap dalam apa keadaan sekali pun. - Anda boleh rileks dan berdamping – bergembira, berkongsi perasaan dalaman (harapan,

keriangan, ketakutan), boleh bercakap dengannya, boleh serius dengannya, membahagiakan antara satu sama lain, menangis, ketawa bersama, berbelas kasihan dan saling mendengar.

- Menerima anda seadanya – tidak kira siapa anda, tidak malu berdamping dengan anda, tidak mentertawakan anda apabila berkelakuan bodoh, tidak menjatuhkan anda apabila anda membuat kesilapan, tidak menghukum, mengkritik atau membuatkan anda kelihatan bodoh.

- Berempati dengan anda – memahami dan prihatin terhadap perasaan anda. Dengan kata lain, ‘boleh memakai kasut anda’.

- Boleh diharap dalam masa susah dan senang, saling membantu. - Terbuka dan jujur tanpa melukakan hati anda. - Beri sokongan moral – mendorong anda mencapai kejayaan dan melakukan yang

terbaik. - Menghargai antara satu sama lain. - Baik hati dan bertimbang rasa. - Anda boleh menjadi anda sebenarnya – boleh marah tetapi tetap berkawan. - Melihat dan menjelmakan yang terbaik dari anda (menyokong, menggalakkan, bersikap

positif). - Tidak pernah menjatuhkan maruah anda. - Serius dalam persahabatan. - Sedia mendengar. • Pentingnya persahabatan semasa remaja ~ Peluang menerokai dan memahami diri sendiri Rakan karib berbincang secara terbuka dan jujur. Ini menjadikan remaja berupaya menjadi peka terhadap kekuatan dan kelemahan, keperluan dan keinginan satu sama lain. Apa yang penting ditekankan ialah pembentukan konsep kendiri, mengambil perspektif,

Page 2: SIAPA KAWAN YANG BAIK - kpwkm.gov.my kawan yang baik/siapan ka… · harga diri. Keadaan ini memberi faedah kepada individu dengan memupuk harga diri dan kesejahteraan, dan mengurangkan

identiti dan ikatan yang intim melebihi keluarga. Ikatan emosi ini menyediakan remaja untuk perhubungan cinta. (Savin-William & Berndt, 1990, Sullivan, 1953). ~ Membantu semasa tertekan di kalangan remaja Kerapatan persahabatan yang terbina di kalangan kawan-kawan menyebabkan kepekaan yang meningkatkan empati dan tingkahlaku pro-sosial. Terdapat laporan yang menyatakan bahawa kawan-kawan yang menyokong mengurangkan masalah seharian dan meningkatkan harga diri. Keadaan ini memberi faedah kepada individu dengan memupuk harga diri dan kesejahteraan, dan mengurangkan kerisauan dan kesunyian. ~ Memperbaiki sikap Adalah amat penting memilih kawan yang betul. Ini adalah kerana kawan-kawan mempengaruhi remaja. Oleh yang demikian, melalui persahabatan yang memuaskan, remaja berupaya meningkatkan prestasi akademiknya. Bersandarkan kepada nilai pencapaian yang tinggi dari seorang rakan, ia boleh memastikan pencapaian yang terbaik. Ianya juga meningkatkan penyesuaian diri di sekolah – bergembira melalui interaksi. Alam persekolahan dilihat sebagai pengalaman yang positif. • Hubungan rakan sebaya dan perkembangan remaja Kelly dan Hansen (1987) merumuskan 6 faktor positif yang menyumbang kepada perkembangan remaja melalui perhubungan rakan sebaya: ~ Mengawal naluri agresif Terdapat bukti yang menunjukkan kanak-kanak mempelajari cara mengawal naluri agresif melalui interaksi dengan rakan sebaya dan bukannya hasil interaksi dalam keluarga atau di sekolah. ~ Memperolehi sokongan emosi dan sosial dan belajar berdikari Hubungan rakan sebaya menggalakkan peralihan dari pergantungan kepada keluarga kepada bentuk kehidupan yang lebih berdikari/bebas. ~ Menyediakan peluang untuk mencuba pemikiran, emosi dan tingkah laku baru Tingkah laku dan pemikiran baru boleh dipelajari melalui perbualan, berdebat, malahan berkonflik/bertelagah dengan rakan sebaya. ~ Membentuk sikap mengenai seks, minat dan tingkah laku peranan jantina Terdapat bukti yang menunjukkan sikap mengenai seks dan tingkah laku peranan jantina dibentuk oleh interaksi dengan rakan sebaya. Sikap ibu bapa yang tidak membantu dalam perkara ini menguatkan lagi pengaruh rakan sebaya. - Membentuk pertimbangan moral dan nilai-nilai sosial Dapatan kajian mencadangkan bahawa kuantiti dan kualiti hubungan rakan sebaya ada kaitan dengan perkembangan moral remaja. - Memperbaiki atau mengekalkan harga diri melalui interaksi secara strategik

Page 3: SIAPA KAWAN YANG BAIK - kpwkm.gov.my kawan yang baik/siapan ka… · harga diri. Keadaan ini memberi faedah kepada individu dengan memupuk harga diri dan kesejahteraan, dan mengurangkan

Remaja melakukan interaksi sosial yang menyumbang kepada memperolehi, menyembunyi, atau mendedahkan informasi secara tidak langsung untuk mengekalkan atau meningkatkan harga diri. • Memperbaiki diri sebagai kawan - Jadilah orang pertama meminta maaf selepas perbalahan. - Langkah ke dalam kasut rakan anda – untuk benar-benar memahaminya. - Tunjukkan penghargaan melalui perbuatan yang menunjukkan kemesraan. - Tunjukkan kejujuran dan beritahu perasaan sebenar anda. - Pengaruhinya supaya menjadi baik – menjadi positif. - Bersikap serius terhadap persahabatan. - Jangan buat perkara-perkara berikut:

Bercerita buruk tentang dirinya di belakang. Rasa cemburu Percaya khabar angin tanpa bukti nyata. Katakan yang baik-baik supaya tidak melukakan hatinya. Buat sesuatu yang anda sendiri tidak ingini. Cepat membuat andaian.