SIARAN AKHBAR - Home - Ministry of Primary …mprt.gov.bn/SiteCollectionDocuments/PRESS RELEASE...

5
1 SIARAN AKHBAR LAWATAN KERJA AHLI-AHLI YANG BERHORMAT MAJLIS MESYUARAT NEGARA KE TAPAK-TAPAK PERUSAHAAN PERTANIAN DAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN KE DAERAH BRUNEI DAN MUARA Hari Sabtu, 05 Zulkaedah 1438H / 29 Julai 2017 Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah mengendalikan program lawatan ketapak-tapak perusahaan pertanian dan perikanan khusus bagi Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara. Program lawatan berkenaan antara lain bertujuan bagi memberi peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara untuk mengetahui pembangunan dan perkembangan industri-industri pertanian dan perikanan di negara ini, dan seterusnya mendapatkan gambaran serta maklumat- maklumat yang bermanfaat jua untuk disampaikan kepada penduduk dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam pengawasan pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan. Lawatan pada hari ini, Sabtu, 29hb Julai 2017 adalah dikhususkan bagi program lawatan ke tapak-tapak perusahaan perikanan, dan antara lain bertujuan bagi mengetahui dengan lebih dekat lagi berhubung dengan kemajuan pengusaha-pengusaha perikanan khususnya di Daerah Brunei dan Muara. Rombongan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara mula-mula diberikan penerangan dan taklimat berhubung dengan tujuan lawatan ini dan juga mengenai perancangan strategik Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, secara amnya dan khususnya mengenai dengan industri perikanan yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Mariani bte Haji Sabtu, Pemangku Timbalan Pengarah Perikanan.

Transcript of SIARAN AKHBAR - Home - Ministry of Primary …mprt.gov.bn/SiteCollectionDocuments/PRESS RELEASE...

Page 1: SIARAN AKHBAR - Home - Ministry of Primary …mprt.gov.bn/SiteCollectionDocuments/PRESS RELEASE 2017/29...3 akuakultur utama bagi pengeluaran pelbagai jenis ikan laut yang berkualiti

1

SIARAN AKHBAR

LAWATAN KERJA

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT MAJLIS MESYUARAT NEGARA

KE TAPAK-TAPAK PERUSAHAAN PERTANIAN DAN PERIKANAN

KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN

KE DAERAH BRUNEI DAN MUARA

Hari Sabtu, 05 Zulkaedah 1438H / 29 Julai 2017

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah mengendalikan program

lawatan ketapak-tapak perusahaan pertanian dan perikanan khusus bagi Ahli-Ahli Yang

Berhormat Majlis Mesyuarat Negara. Program lawatan berkenaan antara lain bertujuan

bagi memberi peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara untuk

mengetahui pembangunan dan perkembangan industri-industri pertanian dan

perikanan di negara ini, dan seterusnya mendapatkan gambaran serta maklumat-

maklumat yang bermanfaat jua untuk disampaikan kepada penduduk dan pihak-pihak

yang berkepentingan dalam pengawasan pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan.

Lawatan pada hari ini, Sabtu, 29hb Julai 2017 adalah dikhususkan bagi program lawatan

ke tapak-tapak perusahaan perikanan, dan antara lain bertujuan bagi mengetahui dengan

lebih dekat lagi berhubung dengan kemajuan pengusaha-pengusaha perikanan

khususnya di Daerah Brunei dan Muara.

Rombongan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara mula-mula diberikan

penerangan dan taklimat berhubung dengan tujuan lawatan ini dan juga mengenai

perancangan strategik Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, secara

amnya dan khususnya mengenai dengan industri perikanan yang disampaikan oleh Yang

Mulia Dayang Mariani bte Haji Sabtu, Pemangku Timbalan Pengarah Perikanan.

Page 2: SIARAN AKHBAR - Home - Ministry of Primary …mprt.gov.bn/SiteCollectionDocuments/PRESS RELEASE 2017/29...3 akuakultur utama bagi pengeluaran pelbagai jenis ikan laut yang berkualiti

2

Program lawatan hari ini dimulakan dengan meninjau ke tapak perusahaan penetasan

dan penghasilan induk udang jenis Rostris di Meragang; Golden Broodstock Development

Center, yang diusahakan oleh Syarikat Golden Corporation Sdn Bhd. Syarikat ini

merupakan sebuah syarikat yang diusahakan oleh pelabur asing daripada Negara Taiwan

dan juga merupakan syarikat pengeluar dan pengusaha ternakan udang Rostris dalam

kolam yang terbesar di Negara ini. Terdapat 13 orang tenaga kerja tempatan yang

bertugas di syarikat ini, yang sangat berpengalaman dalam penetasan dan penghasilan

induk udang Rostris. Tapak penetasan seluas 1.939 hektar bagi syarikat tersebut

dilengkapi dengan beberapa kemudahan, peralatan dan lain-lain kelengkapan bagi

aktibiti pembiakan dan penghasilan induk udang Rostris. Sejumlah 2,000 ekor induk

udang Rostris dapat dihasilkan setiap bulan. Induk-induk udang Rostris dihasratkan

untuk dibekalkan kepada pengusaha penetasan udang Rostris tempatan. Di masa yang

sama kearah kesinambungan pembangunan industri ternakan udang Rostris tempatan

dan bagi memastikan kualiti udang-udang rostris yang dihasilkan sentiasa ditahap yang

sangat baik. Syarikat ini juga membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri

bagi menghasilkan baka-baka udang Rostris yang berkualiti dan bermutu tinggi. Negara

Brunei Darussalam adalah antara dua buah Negara di dunia ini yang menghasilkan udang

Rostris di samping negara New Caledonia.

Seterusnya rombongan dibawa meninjau ke perusahaan syarikat tempatan iaitu

Syarikat Rahman and Tew Sdn Bhd yang diusahakan oleh Awang Chua Kim Kok.

Syarikat ini mengusahakan pemprosesan produk ikan beku di Bangunan Penyimpanan

dan Pemprosesan Makanan Laut berdekatan Kompleks Pendaratan Ikan Muara. Syarikat

ini mula menghasilkan ikan beku pada bulan Ogos 2016, dilengkapi dengan kemudahan-

kemudahan seperti satu (1) unit bilik pemprosesan ikan; satu (1) unit 20 tan metrik dan

satu(1) unit 100 tan metrik cold storage. Pada tahun 2016, syarikat ini telah dapat

menghasilkan 74.65 tan metrik ikan beku. Sasaran bagi tahun 2017 ialah 936 tan metrik

ikan beku setahun. Sebahagian hasil keluaran ikan beku syarikat ini telah dapat

dieksport ke negara luar negara, iaitu negara Vietnam.

Bagi mengetahui kemajuan perusahaan ternakan ikan laut dalam sangkar terapong,

rombongan Ahli-Ahli Yang Berhormat kemudian beredar ke kawasan-kawasan Tanjong

Pelumpong dan Pulau Kaingaran dengan menaiki bot yang disediakan oleh pihak Jabatan

Perikanan. Perusahaan ternakan ikan laut dalam sangkar terapong adalah aktibiti

Page 3: SIARAN AKHBAR - Home - Ministry of Primary …mprt.gov.bn/SiteCollectionDocuments/PRESS RELEASE 2017/29...3 akuakultur utama bagi pengeluaran pelbagai jenis ikan laut yang berkualiti

3

akuakultur utama bagi pengeluaran pelbagai jenis ikan laut yang berkualiti dan bernilai

tinggi. Terdapat sejumlah 242 hektar kawasan yang dikenalpasti oleh pihak Jabatan

Perikanan khusus bagi perusahaan ternakan ikan laut dalam sangkar seperti di kawasan

Tanjong Pelumpong (166 hektar), Pulau Kaingaran (14 hektar), Sungai Bunga (14 hektar)

dan Buang Tawar (12 hektar) manakala sejumlah 36 hektar di kawasan Sungai Dua,

Daerah Belait.

Lawatan di Tanjong Pelumpong dimulakan ke tapak ternakan ikan kepunyaan Syarikat

O.D.E Aquaculture and Agriculture Co. milik Awg Hj Azahari bin Hj Chuchu dan

isterinya Dayang Hajah Nikmah binti Haji Ibrahim. Syarikat ini telah ditawarkan tapak

seluas empat (4) hektar dan pada masa ini mempunyai sebanyak 270 buah sangkar-

sangkar ikan. Ikan-ikan yang diternak ialah ikan kerapu, selungsong, ikan merah, ikan

putih dan juga ikan belanak sembawa (milkfish). Pada tahun 2015 syarikat ini

mempunyai 224 buah sangkar ikan di Tapak Ternakan Ikan kawasan Buang Tawar seluas

satu (1) hektar dimana tempat Syarikat mula berkecimpung dalam perusahaan ternakan

ikan dalam sangkar dengan penghasilan kira-kira 16 tan metrik. Syarikat ini

mengembangkan perusahaan beliau dan diberikan tapak seluas 1 hektar di Tapak

Ternakan Ikan kawasan Tanjong Pelumpong dan membangunkan sebanyak 270 buah

sangkar ikan. Pada keseluruhannya pada tahun 2016 syarikat mempunyai 2 hektar

kawasan ternakan ikan bagi kedua-dua tapak dengan jumlah sangkar sebanyak 494 buah

manakala penghasilan ikan syarikat pada tahun 2016 adalah sejumlah 24.5 tan metrik

ikan; iaitu tambahan 270 buah sangkar ikan dan peningkatan hasil sebanyak 8.5 tan

metrik (53.13%) dari tahun sebelumnya. Manakala pada tahun 2017, melihat

peningkatan hasil yang menguntungkan dan permintaan yang tinggi bagi ikan ternakan

syarikat ini membesarkan lagi kawasan di Tanjong Pelumpong dari 1 hektar sehingga

4 hektar yang ada sekarang. Ikan-ikan hasil keluaran ladang syarikat ini dipasarkan ke

pasaran tempatan dan juga ke Restoran Aminah Arif iaitu kumpulan restoran milik

syarikat berkenaan. Syarikat ini berpotensi bagi menghasilkan kira-kira 750 tan metrik

ikan setiap tahun. Syarikat ini berpotensi bagi menghasilkan kira-kira 1,340 tan metrik

ikan setiap tahun menjelang tahun 2020.

Page 4: SIARAN AKHBAR - Home - Ministry of Primary …mprt.gov.bn/SiteCollectionDocuments/PRESS RELEASE 2017/29...3 akuakultur utama bagi pengeluaran pelbagai jenis ikan laut yang berkualiti

4

Seterusnya rombongan melawat ke tapak perusahaan Syarikat Nur Nabai Aquaculture

Sdn Bhd yang dimiliki oleh dua orang rakankongsi iaitu Awg Hj Abd Rudi bin Hj Abd

Rahim, pelabur tempatan dan Awg Michael Cheung, pelabur dari Republik Indonesia.

Syarikat ini telah ditawarkan tapak seluas 6 hektar dan pada masa ini mempunyai lebih

80 buah sangkar-sangkar ikan bagi menghasilkan ikan kerapu jenis hybrid. Syarikat ini

mula beroperasi pada penghujung tahun 2016 dan telahpun mengeksport sejumlah 3 tan

metrik ikan kerapu hybrid pada 17 Jun 2017 dan sejumlah 3.5 tan metrik lagi pada 26

Julai 2017 bagi pasaran ke Hong Kong. Syarikat ini mensasarkan pengeluaran sejumlah

1,200 tan metrik setahun daripada lebih 1,000 buah sangkar menjelang tahun 2020 nanti

di mana sejumlah 30 tan metrik sebulan adalah bagi eksport ke pasaran Hong Kong.

Lawatan rombongan Ahli-Ahli Yang Berhormat diteruskan lagi dengan lawatan ke Tapak

Ternakan Ikan di kawasan Pulau Kaingaran, dan tumpuan adalah ke tapak perusahaan

Syarikat Hjh Rosni Bte Hj Kassim dan Anak-Anak iaitu sebuah syarikat tempatan milik

Awg Hj Bakar bin Hj Chuchu. Syarikat ini mempunyai tapak seluas 1 hektar dan

mempunyai sejumlah 117 buah sangkar-sangkar ikan. Ikan-ikan yang diternak ialah

ikan selungsong, ikan kerapu, ikan merah, ikan putih dan juga kupang hijau. Pada tahun

2015, syarikat ini mempunyai 34 buah sangkar-sangkar ikan dengan penghasilan

sejumlah 1.15 tan metrik, manakala pada tahun 2016, syarikat ini memiliki sebanyak 117

buah sangkar-sangkar ikan dan telah berupaya menghasilkan sejumlah 13 tan metrik

ikan; iaitu tambahan 93 buah sangkar ikan dan peningkatan hasil kira-kira 11.85 tan

metrik (1,030%) dari tahun sebelumnya. Hasil keluaran ladang syarikat ini telah dijual

ke pasaran tempatan seperti di Pasar Ikan Gadong, restoran-restoran dan orang-orang

persendirian. Syarikat berkenaan juga telah ditawarkan dengan satu lagi tapak seluas

1 hektar bertempat dikawasan Tanjung Pelumpong untuk mengusahakan ternakan ikan

kerapu. Syarikat berpotensi bagi menghasilkan sebanyak 536 tan metrik ikan setahun

menjelang tahun 2020.

Akhir sekali, rombongan Ahli-Ahli Yang Berhormat dibawa membuat lawatan ke tapak

perusahaan Syarikat Helif Aquaculture Sdn Bhd di kawasan Ternakan Udang Mentiri

Zon II. Syarikat ini merupakan syarikat usahasama antara pelabur tempatan dengan

pelabur dari Negara Malaysia. Syarikat ini diberikan tapak seluas 16 hektar dengan

sejumlah 17 buah kolam yang digunakan untuk memelihara udang Rostris. Hasil ladang

dijual ke pasaran tempatan seperti restoran-restoran, pasar-pasar raya, kilang

Page 5: SIARAN AKHBAR - Home - Ministry of Primary …mprt.gov.bn/SiteCollectionDocuments/PRESS RELEASE 2017/29...3 akuakultur utama bagi pengeluaran pelbagai jenis ikan laut yang berkualiti

5

pemprosesan makanan laut dan juga orang-orang persendirian. Pada tahun 2015,

syarikat ini telah menghasilkan sejumlah 214 tan metrik udang Rostris manakala pada

tahun 2016, syarikat ini telah berjaya menghasilkan sejumlah 268.4 tan metrik udang

Rostris, iaitu peningkatan sebanyak 54.4 tan metrik (25.42%) dari tahun sebelumnya.

Sasaran penghasilan syarikat ini pada tahun 2017 adalah sejumlah 262.5 tan metrik.

Syarikat berhasrat untuk membesarkan lagi ladangnya memandangkan permintaan yang

tinggi dari dalam dan luar negara dan berpotensi menghasilkan sehingga 380 tan metrik

udang setahun menjelang tahun 2020.

Lawatan rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara telah dapat

melihat aktibiti-aktibiti perekonomian yang terdapat dalam sektor perikanan khususnya

perusahaan akuakultur yang juga menjadi fokus industri yang akan dikembangmajukan

dalam Rancangan Strategi Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi

lima tahun iaitu dari tahun 2016 hingga tahun 2020 nanti. Pada masa ini hasil perikanan

tempatan telah dapat menembusi pasaran eksport seperti udang Rostris Negara ini yang

telah berjaya menembusi pasaran eksport antaranya ke negara Australia, Amerika

Syarikat, China, Jepun dan Korea dan juga hasil ikan hidup dieksport ke pasaran

Hong Kong.

Program lawatan kerja rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara

akan disambung pada hari Isnin, 31hb Julai 2017 dan hari Rabu, 02hb Ogos 2017

ke tapak-tapak perusahaan pertanian dan perikanan yang lain.

Di keluarkan oleh: Jabatan Perikanan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan