SIARAN AKHBAR Timbertech perluas pasaran cerucuk konkrit ... Release 2013... · yang mengendalikan...

4
1 SIARAN AKHBAR Timbertech perluas pasaran cerucuk konkrit ke Sabah Bandar Seri Begawan Hari Selasa, 03 September 2013M/26 Syawal 1434H Timbertech Sdn Bhd, syarikat tempatan yang berkecimpung dalam industri pembinaan akan melakar satu lagi sejarah apabila tongkang yang membawa 4,000 tan metrik cerucuk konkrit akan berlabuh di perairan Muara menuju Sabah hari ini. Kejayaan terbaru ini adalah hasil daripada perkembangan pesat syarikat ini yang mula mempelbagaikan produk keluarannya sejak mula beroperasi 16 tahun yang lalu di atas tanah industri terletak di Tapak Perindustrian Salar, Jalan Muara. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis pelancaran ini ialah Setiausaha Tetap KPSSU, Hjh Normah Suria Hayati bte Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri. Majlis akan berlangsung di kawasan Pelabuhan Muara pada jam 8 pagi. Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan SUT KPSSU, Awg Mohd Riza bin Dato Paduka Hj Mohd Yunos dan Puan Hajah Hasnah bte Haji Ibrahim, pegawai-pegawai serta kakitangan KPSSU dan Jabatan-jabatan di bawahnya. Timbertech Sdn Bhd yang menggunakan jenama “EC” adalah salah sebuah syarikat peneraju penghasilan cerucuk konkrit (concrete piles) yang digunakan secara meluas bagi projek-projek pembinaan bangunan kerajaan dan sektor komersial. Cerucuk konkrit yang dihasilkan adalah berbentuk pratuang dan pratekan bertetulang (precast dan prestressed reinforced concrete).

Transcript of SIARAN AKHBAR Timbertech perluas pasaran cerucuk konkrit ... Release 2013... · yang mengendalikan...

1

SIARAN AKHBAR

Timbertech perluas pasaran cerucuk konkrit ke Sabah

Bandar Seri Begawan

Hari Selasa, 03 September 2013M/26 Syawal 1434H

Timbertech Sdn Bhd, syarikat tempatan yang berkecimpung dalam

industri pembinaan akan melakar satu lagi sejarah apabila tongkang

yang membawa 4,000 tan metrik cerucuk konkrit akan berlabuh di

perairan Muara menuju Sabah hari ini.

Kejayaan terbaru ini adalah hasil daripada perkembangan pesat syarikat

ini yang mula mempelbagaikan produk keluarannya sejak mula

beroperasi 16 tahun yang lalu di atas tanah industri terletak di Tapak

Perindustrian Salar, Jalan Muara.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis pelancaran ini ialah Setiausaha

Tetap KPSSU, Hjh Normah Suria Hayati bte Pehin Jawatan Dalam Seri

Maharaja Dato Seri Utama Dr Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri.

Majlis akan berlangsung di kawasan Pelabuhan Muara pada jam 8 pagi.

Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan SUT KPSSU, Awg Mohd Riza bin

Dato Paduka Hj Mohd Yunos dan Puan Hajah Hasnah bte Haji Ibrahim,

pegawai-pegawai serta kakitangan KPSSU dan Jabatan-jabatan di

bawahnya.

Timbertech Sdn Bhd yang menggunakan jenama “EC” adalah salah

sebuah syarikat peneraju penghasilan cerucuk konkrit (concrete piles)

yang digunakan secara meluas bagi projek-projek pembinaan

bangunan kerajaan dan sektor komersial. Cerucuk konkrit yang

dihasilkan adalah berbentuk pratuang dan pratekan bertetulang

(precast dan prestressed reinforced concrete).

2

Kepesatan industri pembinaan di negara di bawah bayu tersebut

mendorong syarikat ini memperluaskan aktiviti perusahaanya dan

kapasiti produksi dijangka akan meningkat sekitar 5 hingga 10 peratus.

Cerucuk konkrit akan dipunggah dengan menggunakan tongkang

(barge) dan ponton milik syarikat ini sendiri atas nama “TDM”.

Pembuatan tongkang milik syarikat ini dihasratkan untuk mengurangkan kos

logistik dan syarikat tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada syarikat

lain untuk mengangkut produk-produk keluarannya..

Di samping itu, syarikat boleh menawarkan perkhidmatan pengangkutannya

sendiri dengan menggunakan tongkang dan ponton kepada syarikat-syarikat

yang mengendalikan projek pembinaan yang perlu mengangkut jentera-jentera

berat menggunakan jalan air.

Melalui Bahagian Perkhidmatan Lanjutan (aftercare services) kendalian Jabatan

Kemajuan Industri Brunei (BINA) iaitu agensi yang bertanggunjawab

menyediakan prasarana industri untuk kemudahan perkembangan perusahaan

tempatan akan terus menyokong pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana

(PKS).

BINA juga sentiasa memberi pendedahan yang meluas kepada PKS bagi

memasarkan produk-produk mereka bagi menjamin kemampanan

(sustainability) syarikat-syarikat yang berpotensi demi mempercepatkan lagi

perkembangan industri di negara ini.

Timbertech Sdn Bhd penuh yakin dan percaya dengan kejayaan

pelancaran pagi ini akan membuka ruang dan peluang yang lebih luas

dalam sektor eksport terutama sekali ke negara-negara ASEAN.

Tapak kilang ini adalah di antara sembilan buah tapak perindustrian yang telah

diwujudkan di seluruh negara khusus kepada usahawan tempatan dan pelabur

asing untuk bergiat aktif dalam aktiviti pembuatan dan perkhidmatan ke arah

3

penjanaan ekonomi negara seperti meningkatkan jumlah Pelaburan langsung

Asing (FDI).

Pada Jun tahun lepas, syarikat ini berjaya melancarkan sekitar 1,300 tan

metrik cerucuk konkrit EC ke Miri, Sarawak. Setiap cerucuk konkrit

berukuran 6 meter (kira-kira 20 kaki) panjang dan 0.15 meter (0.5

kaki) lebar dan pengeksportan ini dilakukan pada setiap bulan.

Di samping untuk kegunaan projek-projek pembinaan bangunan dan rumah,

Timbertech Sdn Bhd juga menceburi kegiatan lain seperti kerja-kerja

penanaman cerucuk di perairan (Marine Piling Works) dengan merekabentuk

dan membina tongkang dan ponton atas jenama “TDM”.

Tongkang (barge) digunakan untuk mengangkut bahan-bahan binaan seperti

cerucuk konkrit (concrete piles) dan kepingan konkrit (concrete slabs)

sementara ponton digunakan sebagai pelantar jentera berat bagi kerja-kerja

pemasangan cerucuk dan pengangkutan bahan-bahan keperluan untuk

pembinaan.

Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan dokongan kepada

syarikat-syarikat pembinaan seperti sistem suntikan hidraulik cerucuk

(hydraulic injection piling system); pelantar cerucuk tukul hidarulik (Hydarulic

hammer piling rigs); penyelenggaran beban ujian (Maintenance load testing);

dan sebagainya.

Semua operasi syarikat mematuhi Quality Management System (QMS) yang ketat

dan lulus piawaian antarabangsa seperti ISO 9001: 2000 daripada SIRIM QAS

International Sdn Bhd (2004) dan kemudian dinaik taraf kepada ISO 9001: 2008

(2009).

Produk syarikat telah mendapat kelulusan dari Kementerian Pembangunan dan

selamat untuk digunakan dalam projek-projek kerajaan di negara ini. Para

pelanggan syarikat ini terdiri dari syarikat-syarikat pembinaan yang terlibat

dengan projek-projek kerajaan, swasta dan orang awam.

4

Sebagi pengiktirafan, syarikat telah menerima pelbagai anugerah antarabangsa

dan kebangsaan sebagai komitmennya dalam terhadap Kualiti, Kepimpinanan,

Teknologi dan Innovasi.

Dalam tahun 2006, syarikat ini dianugerahkan the Century International Quality

Era Award (Switzerland) dan tahun berikutnya, syarikat menerima anugerah the

International Arch Europe Award (Germany). Sementara itu, syarikat

dianugerahkan Small Medium Enterprise (SME) National Award 2012 (Kategori 1

- melebih BND 10 juta jualan tahunan) kelolaan bersama KPSSU dan Lembaga

Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB).

Dikeluarkan oleh:

Jabatan BINA

Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama

Tarikh: 03hb September 2013

Website: www.bina.gov.bn

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Hussin Haji Jumat

+673 8899449