SIARAN MEDIA Tandas Bersih Rakyat Selesa Kuala Terengganu ...

4
SIARAN MEDIA Tandas Bersih Rakyat Selesa Kuala Terengganu, 19 November 2015 - Sambutan Hari Tandas Sedunia 2015 yang bertemakan Tandas Bersih Rakyat Selesa dilancarkan secara bersama oleh YAB Menteri Besar Negeri Terengganu dan YB Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada pagi ini. 2. KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) memilih tema Tandas Bersih Rakyat Selesa yang didefinasikan sebagai memenuhi ekspektasi pelanggan di samping mengubah persekitaran perbandaran kepada yang lebih bersih ini adalah selaras dengan Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sedang dilaksanakan oleh KPKT. Tarikh 19 November ini adalah tarikh yang disarankan oleh World Toilet Organization (WTO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Sambutan Hari Tandas Sedunia. 3. Matlamat KPKT adalah untuk mewujudkan kesemua tandas-tandas awam di kawasan PBT ke taraf 3 bintang ke atas menjelang tahun 2020. Kini 56.2% daripada tandas PBT adalah berstatus 3 bintang ke atas. Ini diukur dari peningkatan tahap kebersihan tandas dari tahun ke tahun semenjak program kebersihan tandas ini dimulakan oleh KPKT. 4. Selain daripada itu, Sambutan Hari Tandas 2015 ini bertujuan : Fail : KPKT/BPK/19/7/4 Klt.45 (69) Tarikh : 19 November 2015 KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN UNIT KOMUNIKASI KORPORAT ARAS 2 51 PERSIARAN PERDANA PRESINT 4, 62100 PUTRAJAYA Telefon : 03-88915000 Fax : 03-88915557 Kawat : "MINRUMAH" http : //www.kpkt.gov.my E-mail : [email protected] Twitter : kpkt_gov Facebook : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Transcript of SIARAN MEDIA Tandas Bersih Rakyat Selesa Kuala Terengganu ...

Page 1: SIARAN MEDIA Tandas Bersih Rakyat Selesa Kuala Terengganu ...

SIARAN MEDIA

Tandas Bersih Rakyat Selesa

Kuala Terengganu, 19 November 2015 - Sambutan Hari Tandas Sedunia 2015

yang bertemakan Tandas Bersih Rakyat Selesa dilancarkan secara bersama

oleh YAB Menteri Besar Negeri Terengganu dan YB Menteri Kesejahteraan

Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada pagi ini.

2. KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) memilih tema Tandas

Bersih Rakyat Selesa yang didefinasikan sebagai memenuhi ekspektasi

pelanggan di samping mengubah persekitaran perbandaran kepada yang lebih

bersih ini adalah selaras dengan Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) yang sedang dilaksanakan oleh KPKT. Tarikh 19 November ini adalah

tarikh yang disarankan oleh World Toilet Organization (WTO) dan Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Sambutan Hari Tandas Sedunia.

3. Matlamat KPKT adalah untuk mewujudkan kesemua tandas-tandas awam

di kawasan PBT ke taraf 3 bintang ke atas menjelang tahun 2020. Kini 56.2%

daripada tandas PBT adalah berstatus 3 bintang ke atas. Ini diukur dari

peningkatan tahap kebersihan tandas dari tahun ke tahun semenjak program

kebersihan tandas ini dimulakan oleh KPKT.

4. Selain daripada itu, Sambutan Hari Tandas 2015 ini bertujuan : –

Fail : KPKT/BPK/19/7/4 Klt.45 (69)

Tarikh : 19 November 2015

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN UNIT KOMUNIKASI KORPORAT ARAS 2 51 PERSIARAN PERDANA PRESINT 4, 62100 PUTRAJAYA

Telefon : 03-88915000 Fax : 03-88915557 Kawat : "MINRUMAH" http : //www.kpkt.gov.my E-mail : [email protected] Twitter : kpkt_gov Facebook : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Page 2: SIARAN MEDIA Tandas Bersih Rakyat Selesa Kuala Terengganu ...

- meningkatkan kesedaran mengenai isu sanitasi dan kebersihan – termasuk

promosi kebersihan diri, perkhidmatan kebersihan yang Sanitation for all atau

Kebersihan untuk semua.

- menggalakkan semua pihak yang berkepentingan, termasuk perjuang hak

manusia dan badan-badan bukan kerajaan, untuk mempromosi dan

menggalakkan perubahan tingkah laku agar menggunakan tandas secara

beretika dengan memberi penekanan kepada Fikirkan Pengguna Seterusnya.

5. KPKT telah menjalankan pelbagai program tandas bersih seperti berikut: -

• menjalankan audit kebersihan tandas awam di kawasan-kawasan PBT

bertujuan memantau tahap kebersihan tandas awam di Malaysia

• mewujudkan Pelan Tindakan Tandas Bersih Kebangsaan bekerjasama

dengan semua Kementerian yang terlibat

• Mewujudkan Manual Pembersihan tandas Awam bagi kegunaan PBT

• Memperkenalkan Anugerah Pertandingan Tandas Bersih 1Malaysia scara

tahunan

• Menyediakan peruntukan yang besar untuk menaiktaraf taraf tandas-

tandas awam di PBT, sebagai contoh sejumlah hampir 50 juta

diperuntukkan bagi tahun 2014 dan 2015, serta

• Mempergiatkan promosi kesedaran mengenai kebersihan tandas awam di

seluruh negara

6. KPKT juga memberikan kerjasama dengan lain-lain Kementerian

antaranya adalah Kementerian Pelancongan (KPL) bagi melaksanakan projek di

bawah 1Malaysia Green 1Malaysia Clean (1MG1MC).

• Bagi mengadaptasi Strategi Lautan Biru (National Blue Ocean Strategi –

NBOS) seperti yang disarankan oleh Kerajaan, KPKT dan beberapa

agensi lain seperti Kementerian Pelancungan, Unit Kerjasama Awam dan

Page 3: SIARAN MEDIA Tandas Bersih Rakyat Selesa Kuala Terengganu ...

Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Belia dan Sukan

Malaysia serta Kementerian Kesihatan Malaysia akan berganding bahu

menerajui NBOS Initiative 7 – Voluntourism. Bagi maksud ini, KPKT akan

melaksanakan Program Tandas Bersih dengan menggunakan template

NBOS10 - My Beautiful Malaysia seperti yang sedang dilaksanakan oleh

KPKT.

• Program ini akan dilaksanakan secara gotong-royong bakal melibatkan

pelbagai pihak berkepentingan, diharapkan dengan komitmen yang tinggi

bagi mencapai objektif mewujudkan tandas awam yang mesra rakyat di

samping meningkatkan pendapatan masyarakat setempat di luar bandar

dapat dicapai.

7. Pelbagai aktiviti diadakan sempena SHTS 2015 ini antaranya ialah:

• Seminar Sehari mengenai Kebersihan Tandas pada 18 November 2015,

sehari sebelum Hari Pelancaran. Para pembentang kertas terdiri daripada

YBhg. Dato’ Seri Asiah, Profesor di Universiti Islam Antarabangsa (UIA),

QRAM – Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia dan PLUS Berhad.

• Di majlis pelancaran diadakan gerai pameran yang memperagakan

barangan dan peralatan yang berkaitan dengan kebersihan,

persembahan kebudayaan oleh Badan Kebudayaan dan banyak lagi

acara yang menarik disediakan.

8. Terengganu dipilih sebagai lokasi sambutan kali ini atas komitmen Majlis

Bandaraya Kuala Terengganu(MBKT) yang dipamerkan oleh MBKT dan Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang sangat tinggi dan luar biasa

dalam mewujudkan tandas awam bersih.

9. Majlis pelancaran pada pagi ini diserikan dengan kehadiran Datuk-Datuk

Page 4: SIARAN MEDIA Tandas Bersih Rakyat Selesa Kuala Terengganu ...

Bandar, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan, wakil agensi kerajaan,

badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan wakil syarikat kontraktor

pembersihan awam, IPTA serta pelajar-pelajar sekolah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diterajui oleh Yang Berhormat Dato' Abdul Rahman Dahlan. Di bawah Kementerian ini terdapat 9 Jabatan

iaitu Jabatan Perumahan Negara, Jabatan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Lanskap Negara, Jabatan

Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan Institut Latihan KPKT.

Dikeluarkan Oleh : Unit Komunikasi Korporat

b.p. Ketua Setiausaha

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Telefon : 03-8891 5555

Faks : 03-8891 5557

E-mel : [email protected]