SIASAH SYARiYYAH 001
-
Upload
vanessa-adkins -
Category
Documents
-
view
877 -
download
8
Transcript of SIASAH SYARiYYAH 001
PG3113 Siasah Syar’iyyah
1. PENDAHULUAN
Hakim merupakan satu jawatan penting di dalam sesuatu penghakiman pada sesebuah
negara kerana ia merupakan pihak yang terpenting dalam menentukan keadilan dan
keamanan sesebuah negara. Hakim juga merupakan individu yang terlibat secara
langsung dalam urusan undang-undang dan merupakan pegawai yang dilantik oleh
pemerintah untuk mengendalikan perbicaraan sesuatu kes di mahkamah.
Masyarakat meletakkan diri seseorang hakim sebagai orang penting di atas dasar
tangungjawab yang besar dan berat yang harus dipikulnya, sekiranya satu kesilapan yang
dilakukan oleh seseorang hakim, ia boleh menggugat keharmonian masyarakat.
Jawatan hakim ini telah wujud semenjak zaman Rasulullah SAW lagi. Namun ia dikenali
sebagai qadhi. Akan tetapi fungsi hakim atau qadhi pada zaman dahulu dan kini adalah
amat berbeza sekali di mana fungsi jawatan tersebut pada zaman dahulu lebih luas
penggunaannya berbanding sekarang. Hal ini berlaku akibat penjajahan barat ke atas
negara kita yang menyebabkan berlakunya penyempitan fungsi tersebut di dalam
masyarakat. Untuk menjadi seorang hakim atau qadhi di dalam sesuatu mahkamah
memerlukan beberapa syarat penting yang perlu diambil kira dalam melantik seseorang
menjadi hakim.
Islam telah menggariskan beberapa ciri penting tentang penglibatan hakim dalam bidang
perundangan. Keperibadian Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik yang mana
baginda menjalankan tugas-tugas dakwah, pentadbiran, peperangan dan sebagainya,
bahkan baginda juga diberi tugas menghakimi umat Islam di zaman pemerintahan
baginda.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
”.maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepada kamu...”
Hakim Syarie Wanita 1
PG3113 Siasah Syar’iyyah
2. PENGERTIAN HAKIM SYARIE
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Hakim bermaksud pegawai yang dilantik untuk
mengadili sesuatu perbicaraan dalam mahkamah. Maka, pengertian Hakim Syarie boleh
diertikan sebagai pegawai yang dilantik untuk mengadili sesuatu perbicaraan dalam
Mahkamah Syariah. Manakala menurut tafsiran di dalam Akta Keluarga Islam Wilayah
Persekutuan ialah "Hakim Syarie" atau "Hakim" ertinya Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah yang dilantik di bawah seksyen 43(1) Akta Pentadbiran.
Hakim juga merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam urusan undang-
undang dan merupakan pegawai yang dilantik oleh pemerintah untuk mengendalikan
perbicaraan sesuatu kes di mahkamah.
3. BIDANG HUKUM MELANTIK HAKIM SYARIE WANITA
BERASASKAN SIASAH SYAR’IYYAH
Siasah Syar’iyyah bukanlah tertentu dalam lingkungan bab hudud dan takzir sahaja,
malahan ia melangkau kepada perkara-perkara yang lebih luas daripada itu. Ulama’ fiqh
menggunakan perkataan Siasah Syar’iyyah di dalam sistem kewangan Islam, urusan harta
benda dan juga di bidang undang-undang keluarga, kehakiman, perlaksanaan hukum
pengurusan dan sistem hukum serta peristiwa-peristiwa yang lain atau kejadian-kejadian
yang tidak terdapat peruntukan nas terhadapnya.
Begitu juga dengan bidang yang dibincangkan iaitu hukum melantik Hakim Syarie
wanita yang mana ianya boleh diklasifikasikan termasuk di dalam bidang sistem hukum
atau Perlembagaan. Ini kerana, perlantikan hakim di dalam suatu Institusi Kehakiman
adalah melibatkan pentadbiran negara yang terdiri dari Eksekutif, Legislatif dan
Kehakiman (Judiciary). Ini juga kerana Hakim merupakan individu yang terlibat secara
langsung dalam urusan undang-undang dan merupakan pegawai yang dilantik oleh
pemerintah untuk mengendalikan perbicaraan sesuatu kes di mahkamah. Ia sejajar
dengan tindakan Saidina Abu bakar sewaktu beliau menjadi Khalifah, beliau telah
Hakim Syarie Wanita 2
PG3113 Siasah Syar’iyyah
mewujudkan jawatan Timbalan Khalifah dengan melantik Saidina Umar al-Khattab
sebagai menjawat jawatan tersebut buat kali pertama dan ia disokong oleh pembesar-
pembesar dari kalangan para sahabat.
4. KAEDAH YANG DIGUNAPAKAI DALAM SIASAH SYAR’IYYAH
Siasah Syar’iyyah ditegakkan di atas prinsip-prinsip (al-usul) yang diperakui oleh Syariat
atau kaedah-kaedahnya. Secara umumnya, terdapat banyak prinsip atau kaedah-kaedah di
dalam menegakkan Siasah Syar’iyyah di antaranya ialah:
i) Maslahat umum (masalih Mursalah)
ii) Istihsan
iii) Sad al-Dharai’
iv) ’Uruf
Walaubagaimanapun, di dalam perbincangan ini kita menggunapakai kaedah yang
pertama iaitu Maslahat Mursalah.
4.1 Maslahat Umum (Masalih Mursalah)
Imam al-Ghazali mentakrifkan Maslahat Mursalah seperti berikut: ”Pemeliharaan
matlamat Syarak. Matlamat Syarak pada manusia ada lima iaitu memelihara agama, jiwa,
keturunan, akal dan harta mereka. Maka segala yang mengandungi penjagaan terhadap
matlamat tersebut adalah maslahat dan setiap perkara yang meluputkannya adalah
mafsadah, dan menolaknya adalah maslahat.
Secara umumnya, maslahat tertumpu kepada menjaga lima perkara yang daruriyah
sahaja, sedangkan hajiyat dan tahsiniyat dalam kehidupan manusia termasuk juga dalam
maslahat yang diambil kira di sisi Syarak kerana Syarak menghendaki memberi
kemudahan, keringanan dan menolak kesempitan kepada manusia.
Hakim Syarie Wanita 3
PG3113 Siasah Syar’iyyah
Selain itu, terdapat beberapa daruriyah lain yang dipelihara oleh Syarak dan menjadi
matlamatnya juga seperti menjaga maruah kehormatan, merealisasikan keamanan,
keadilan, jaminan sosial, menjaga hak dan kebebasan am, mewujudkan umat pertengahan
(ummatan wasata) dan segala yang memudahkan dalam kehidupan mereka,
menghilangkan kesempitan, menyempurnakan kemuliaan akhlak dan membimbing
mereka ke arah adab, ’uruf, sistem dan muamalat.
4.2 Perlantikan Hakim Syarie Wanita
Terdapat banyak pendapat yang menyatakan wanita tidak layak untuk menjadi hakim
Syari’e, tidak sesuai, lemah dan tidak berkuasa di atas sesuatu perkara. Namun, di dalam
Islam, lelaki dan wanita adalah sama tarafnya. Ini dapat dilihat dari beberapa surah di
dalam Al-Quran, di antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka
di daratan dan di lautan (memudahkan mencari kehidupan). Kami beri mereka
rezeki-rezeki yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang
sempurna atas kebanyakan makhluk-makhluk yang kami ciptakan”.1
“Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada kedua-duanya”.2
“Lalu kedua-duanya digelicirkan oleh syaitan dari syurga itu dan keduanya
dikeluarkan dari keadaan yang mereka (nikmati) sebelumnya…”.3
Namun, terdapat beberapa alasan yang membatasi peranan wanita di dalam bidang
kehakiman, antaranya, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Kaum laki-laki adalah pemimpin bagi kaum wanita”.4
1 Surah Al-Isra’:702 Surah Al-A’raf:203 Surah Al-Baqarah:36
4 Syrah An-Nisa’:34
Hakim Syarie Wanita 4
PG3113 Siasah Syar’iyyah
Hadith yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesekali tidak akan berjaya kaum yang melantik pemimpin mereka daripada
kalangan wanita”.
Namun, pada masa sekarang, kedudukan wanita sudah berubah. Wanita hari ini lebih
bijak dan mampu untuk menjadi pemimpin. Perbezaan taraf atau kedudukan wanita
wujud adalah kerana perjalanan sejarah yang menyebabkan wanita kurang diperhatikan
dan tidak diberi tempat yang sewajarnya.5
5. SYARAT KELAYAKAN SEORANG HAKIM SYARI’E DALAM ISLAM
Memandangkan kelayakan seorang hakim Syari’e adalah amat berat dan jawatannya yang
penting di dalam pentadbiran dan pemerintahan negara, Islam telah menggariskan syarat-
syarat tertentu pada seorang hakim itu sendiri. Ini bagi memastikan hakim yang dilantik
adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan dan mampu membicarakan sesuatu kes
yang dihadapkan kepadanya.
Antara syarat-syarat kelayakan seseorang hakim Syari’e dalam Islam adalah seperti
berikut;
1. Islam
Seseorang hakim hendaklah beragama Islam. Ini adalah kerana, konsep kehakiman itu
sendiri merupakan satu kuasa yang mana pihak pemerintah atau hakim yang berkuasa ke
atas undang-undang keluarga dan diri seseorang Islam.
Di dalam firman Allah SWT yang bermaksud;
5 Prof. Madya Dr. Mohamed Yusoff Hussain, “Peranan NGO wanita dalam pembangunan masyarakat”, Seminar Multaqa Pertubuhan Amak Wanita Islam Malaysia. Anjuran Majlis Perunding Wanita Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Oktober 2000, hlmn. 4
Hakim Syarie Wanita 5
PG3113 Siasah Syar’iyyah
“Dan Allah tidak membenarkan sama sekali orang yang bukan Islam menguasai
orang yang beriman”.6
2. Baligh
Tanggungjawab sebagai seorang hakim memerlukan pemikiran yang matang dan bijak
dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau kes. Syarat ini dikenakan adalah supaya ses-
eorang hakim itu bertanggungjawab terhadap perkataan dan perbuatannya dan supaya
dapat menjatuhkan hukum terhadap pertikaian-pertikaian yang timbul.
3. Waras
Tidak sah melantik seorang yang tidak waras sebagai hakim. Ini adalah kerana orang
yang berakal boleh membuat perbezaan antara yang benar dan yang salah, memiliki
kebijaksanaan yang baik, jauh dari pelupa serta mampu dengan kebijaksanaannya
menjelaskan perkara yang menjadi kekeliruan serta mampu menyelesaikan sesuatu
masalah atau kes.
4. Merdeka
Seorang yang layak menjadi hakim mestilah bukan hamba. Walaubagaimanapun, sistem
penghambaan di masa sekarang telah dihapuskan.
5. Lelaki
Kebanyakan Ulama’ (Syafie, Maliki, Hanbali) mensyaratkan bahawa seseorang hakim
hendaklah lelaki, tidak harus wanita dilantik menjadi hakim dan jika dilantik, perlantikan
itu adalah tidak sah. Ini berdasarkan kepada satu hadith Rasulullah S.A.W yang
bermaksud:
“Tidak berjayalah satu-satu kaum yang melantik wanita mengendalikan urusan
mereka”.
6 Surah An-Nisa’, ayat 41
Hakim Syarie Wanita 6
PG3113 Siasah Syar’iyyah
Sabda Rasulullah SAW di atas adalah bersempena berita yang Baginda terima bahawa
Raja Parsi (Kisra) telah mati dan kaumnya telah melantik anak perempuannya menjadi
raja. Menurut Jumhur Ulama’, jika wanita dibolehkan dilantik menjadi pemerintah dan
mengetuai urusan pentadbiran, maka Rasulullah tidak akan bersabda sedemikian.7
6. Adil
Seorang hakim hendaklah adil dan tidak fasiq, iaitu sentiasa berkata benar. Fuqaha’
berpendapat hakim yang adil ialah hakim yang tidak melakukan dosa-dosa besar dan
tidak mengekalkan dosa-dosa kecil serta menjauhkan diri dari melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan maruah.
Firman Allah S.W.T.8 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seseorang yang fasiq
sesuatu berita maka hendaklah kamu selidiki agar kamu tidak bertindak kepada
sesuatu secara jahil maka nanti kamu akan menyesal atas apa yang kamu
lakukan.”
7. Berilmu
Seorang hakim hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam berkaitan
dengan hukum syara’ dan undang-undang untuk menyelesaikan sesuatu kes. Islam sendiri
memusuhi hakim yang jahil dalam perundangan.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Ada tiga golongan hakim; satu di dalam jannah dan dua di dalam neraka;
adapun yang di dalam jannah itu lelaki yang tahu akan kebenaran lalu mengadili
dengan kebenaran itu; adapun lelaki yang mengetahui akan kebenaran tetapi
menyeleweng di dalam mengadili adalah di dalam neraka; dan lelaki yang
mengadili manusia dengan kejahilan, adalah di dalam neraka”.9
7 Dr Mahmud Saedon A. Othman, Syarat Menjadi Kadi, Jurnal Hukum, 1999. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlmn 38 Surah Al-Hujurat: 69
Hakim Syarie Wanita 7
PG3113 Siasah Syar’iyyah
8. Berupaya Mendengar dan Melihat
Ulama’ telah mensyaratkan seseorang hakim mempunyai pancaindera yang sempurna
iaitu berupaya bercakap, mendengar dan melihat. Adalah tidak sah melantik seseorang
manjadi hakim apabila beliau tidak berupaya bercakap, mendengar dan melihat.10
6. PENDAPAT FUQAHA’ BERKENAAN PERLANTIKAN WANITA
SEBAGAI HAKIM SYARI’E
6.1 Hujah Mazhab Syafiiyyah, Malikiyyah dan Hanabilah11
Fuqaha’ yang tidak mengharuskan wanita dilantik sebagai Hakim berhujah dengan;
i) Hadith yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah daripada Rasulullah SAW yang
bermaksud:
“Sesekali tidak akan berjaya kaum yang melantik pemimpin mereka daripada
kalangan wanita”.
Menurut Al-Hattabi, hadith di atas menjadi hujah bahawa wanita tidak harus dilantik
sebagai pemimpin tertinggi Negara, kadhi atau hakim. Mereka juga tidak boleh menjadi
wali akad nikah, sama ada mewalikan dirinya sendiri atau orang lain.12 Malah, Al-
Shaukani menyatakan bahawa hadith di atas menunjukkan bahawa wanita tidak memiliki
ahliyah Al-Wilayah (kuasa kepimpinan secara umum). Oleh itu, wanita tidak harus
? Riwayat Abu Daud hadith ke-3573, At-Tarmizi hadith ke-1322, Ibn Majah hadith ke-2315, Kata Al-Jarahi dalam Kasyf Al-Kafa: “Hadith ini marfu’ dan disahihkan oleh Al-Hakim dan selainnya (jilid 2 hlmn 97, cetakan Dar Ihya At-Turath Al-Arabi, Beirut)10 Artikel 1794, Majallah Al-Ahkam Al-Adliyyah
11 Ibid
12 Ibn Hajar, Fath Al-Bakri, juzuk 8, hlmn 126 dan juzuk 13, hlmn 30
Hakim Syarie Wanita 8
PG3113 Siasah Syar’iyyah
dilantik sebagai hakim, sebabnya adalah untuk menghindari kegagalan yang dijangkakan
akan berlaku.13
Bukti yang mengukuhkan pendapat Al-Shaukani ialah hadith riwayat Ibn Hajar. Menurut
Ibn Hajar, Abi Bakrah sendiri merupakan salah seorang penyokong setia Aisyah r.a telah
mengundur diri dari medan pertempuran Al-Jamal meskipun beliau sebelum itu bersiap
sedia untuk berperang bersama jamaah Aisyah r.a. Tetapi, senario peperangan
meletakkan Aisyah r.a sebagai ketua perang mengingatkan kembali kepada Hadith
Rasulullah S.A.W yang tersebut di atas. Berasaskan hadith tersebut, Abi Bakrah
menjangkakan kegagalan pada pihak Aisyah r.a yang berada di bawah pimpinan seorang
wanita. Jangkaan beliau menjadi kenyataan sesudah berakhirnya peperangan.14
Al Shirazi menyatakan,15 hadith di atas adalah hujah yang kuat yang mana wanita tidak
boleh menjadi kadhi dan menegaskan bahawa hadith itu adalah hadith yang sahih.
ii) Syarat lelaki (al-zuhur) pada perlantikan seseorang hakim, dengan berhujah
kepada hadith yang diriwayatkan oleh Buraidah daripada Rasulullah S.A.W yang
bermaksud:
“Ada tiga golongan hakim, satu di dalam jannah dan dua di dalam neraka;
adapun yang di dalam jannah itu ialah lelaki yang tahu akan kebenaran lalu
mengadili dengan kebenaran itu; adapun lelaki yang mengetahui kebenaran
tetapi menyeleweng di dalam mengadili adalah di dalam neraka; dan lelaki yang
mengadili manusia dengan kejahilan; ada di dalam neraka”.16
13 Al-Shaukani, Nail AlAutar, juzuk 8, hlmn 29814 Ibn Hajar, Fath al-Bakri, juzuk 8, hlmn 12815 Kitab Al Muhazzab, jilid 2, hlmn 298, Al-Bab Al-Halabi, Mesir
16 Riwayat Abu Daud, hadith ke-3573, at-Tarmizi hadith ke-1322, Ibn Majah hadith ke-2315-Kata Al-Jarahi dalam Kasyf Al-Khafa: “Hadith ini marfu’ dan disahai oleh Al-Hakim dan selainnya (Jilid 2 hlmn 97 cetakan Dar Ihya At-Turath Al-‘Arabi, Beirut)”
Hakim Syarie Wanita 9
PG3113 Siasah Syar’iyyah
Hadith yang menjadi hujah bahawa hakim itu disyaratkan mestilah seorang lelaki kerana
perkataan Rajul (lelaki) adalah dimaksudkan khusus kepada kadhi atau hakim. Ini ber-
makna hakim itu adalah terdiri daripada kalangan kaum lelaki bukannya kaum wanita.
Sementara itu, menurut Imam Al-Mawardi, lelaki mempunyai kelebihan dari segi akal
fikiran dan kekuatan, maka tidak harus bagi perempuan mengatasi lelaki. Hal ini kerana,
kehakiman perlu kepada kematangan, kecerdikan dan pengalaman yang banyak dalam
urusan hidup. Sedangkan menurut fitrah, wanita kurang memiliki hak ini sebab mereka
kurang terdedah kepada pengalaman hidup kerana dibatasi oleh had yang ditetapkan oleh
Islam.17
iii) Tugas hakim menghendaki seseorang itu sentiasa terdedah kepada orang awam
dan berdepan dengan pelbagai lapisan masyarakat. Mereka itu kebanyakan kaum lelaki
yang datang berurusan di Mahkamah, sama ada sebagai pendakwa, orang yang didakwa,
sebagai saksi atau orang yang mengikuti perbicaraan. Selain itu, tugas hakim juga
dikehendaki berdamping rapat dengan ulama’ seperti mengadakan perbincangan dan
menghadiri majlis-majlis ilmiah. Sedangkan kebebasan pergaulan wanita itu terbatas
dengan ketetapan syara’ yang khusus untuk mereka. Tambahan lagi ditakuti ia akan
mendatangkan fitnah.
iv) Mempunyai ingatan yang kuat dan akal yang menguasai perasaan. Di dalam Al-
Quran, Allah S.W.T menerangkan bahawa wanita itu bersifat pelupa (al-dalal). Firman
Allah SWT yang bermaksud:
“Jika tidak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai, supaya, jika salah seorang terlupa (dari saksi wanita yang berdua itu) maka bolehlah diingatkan oleh yang seorang lagi”.18
17 Afshah Arifin, Islam Hanya Benar Individu Berkelayakan, Adil Jadi Hakim, Berita Harian, Khamis, 12 Januari 2006, hlmn 12.
18 Al-Baqarah: 282
Hakim Syarie Wanita 10
PG3113 Siasah Syar’iyyah
Kurang akal di sini bukanlah bererti daya fikir, daya ingatan dan kecerdikan kaum wanita
lemah berbanding dengan kaum lelaki. Tetapi kurang akal di sini berkait rapat dengan
sifat pelupa seperti yang diterangkan oleh Al-Quran.
(v) Ijma’ Ulama’ menyatakan bahawa pada masa hayat Rasulullah S.A.W para sahabat
dan pemerintah Islam seterusnya tidak pernah melantik wanita sebagai hakim.19
6.2 Hujah Mazhab Al-Hanafiyyah
Al-Hanafiyyah mengharuskan perlantikan hakim wanita pada kesemua perkara di atas
kecuali pada perkara yang berkaitan dengan hudud dan qisas. Mereka mengaitkan hukum
perlantikan hakim dengan Ahliyah Al-Syahadah. Dengan itu, mereka mengharuskan
perlantikan hakim pada perkara yang diterima kesaksiannya. Mereka berhujah dengan
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Jika tidak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai, supaya jika salah seorang terlupa (dari saksi wanita yang berdua itu) maka bolehlah diingatkan oleh yang seorang lagi”.20
Ayat di atas menunjukkan bahawa wanita memiliki Ahliyah Al-Syahadah sama seperti
kaum lelaki. Mereka juga mampu memberi kesaksian yang sempurna dan diyakini. Maka
sesiapa sahaja yang memiliki Ahliyah Al-Syahadah dengan sendirinya memiliki Ahliyah
Al-Qada’ (hak menjadi Kadhi). Mazhab ini mengharuskan wanita menjadi hakim pada
perkara yang berkaitan dengan harta, akad nikah dan undang-undang.21
Pendapat ini bersesuaian dengan hujah Ibn Allamah Badr Al-Din Kasyani bahawa prinsip
yang perlu diambil kira semasa melantik seseorang hakim iaitu apabila seseorang itu
19 Ibn Qudamah, Al-Mughni al-Sharb Al-Kabir juzuk 11, hlmn 280: Al-Nawawi juzuk 20 hlmn 12720 Al-Baqarah: 282
21 Al-Mawsili, juzuk 2, hlmn 133
Hakim Syarie Wanita 11
PG3113 Siasah Syar’iyyah
mempunyai kebolehan memberi kesaksian maka orang berkenaan boleh memberi
hukuman.22
Namun demikian, menurut Al-Mausili iaitu seorang ulama Hanafiyyah, hukum
perlantikan wanita sebagai hakim adalah makruh. Ini disebabkan wanita terikat dengan
hukum hijab dan batas-batas syara’ yang dikhususkan ke atas mereka. Sedangkan tugas
kehakiman menghendaki mereka terdedah kepada cabaran dan sentiasa berkomunikasi
dengan pelbagai lapisan masyarakat yang kebanyakannya daripada kaum lelaki.23
Perkara-perkara yang berkaitan dengan hudud dan qisas, Jumhur Ulama’ berpendapat
kesaksian wanita tidak boleh diterima. Sehubungan dengan itu, mereka juga berpendapat
tidak mengharuskan perlantikan hakim wanita mambicarakan kes-kes yang berkaitan
dengannya.24
Jumhur Ulama’ berhujah dengan Hadith Al-Zuhri yang bermaksud:25
“Telah menjadi sunnah semasa hayat Rasulullah S.A.W dan dua orang khalifah sesudahnya, tidak menerima kesaksian wanita pada hudud dan qisas.”
Berdasarkan pada hadith Al-Sarakshi menerangkan bahawa penolakan tersebut adalah
disebabkan adanya keraguan pada kesaksian wanita. Mereka bersifat pelupa. Allah S.W.T
telah menerangkan di dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 282 bahawa kaum
wanita itu bersifat pelupa disamping itu juga mereka mudah dipengaruhi oleh sifat-sifat
kewanitaanya. Kedua-dua sifat ini menjadikan wanita kurang diyakini.26 Pendapat Al-
Sarakshi dikuatkan lagi dengan kaedah fiqhiyyah yang bermaksud:
22 Al-Bada’i wa Al-Sanai, Jilid 7, hlmn 323 Ibid 24 Ibn Rush, Bidayah Al-Mujtahid, juzuk 2, hlmn 348, Ibn Qudamah, juzuk 13, Al-Nawawi, juzuk 20, hlmn 25525 Al-Zaylaci, Nasab Al-Rayah, juzuk 4, hlmn 78
26 Al-Sakrashi, Al-Mahsut, juzuk 16, hlmn 114
Hakim Syarie Wanita 12
PG3113 Siasah Syar’iyyah
“Hudud tertolak dengan adanya keraguan. Sesuatu yang tertolak dengan sebab adanya syubhah, tidak dapat disabitkan dengan hujah yang mengandungi keraguan”.27
Imam Malik juga berkata:
“Tidak harus melantik sebagai Kadi atau Hakim orang yang tidak boleh diterima kesaksiannya”.28
6.3 Hujah Imam At-Tabari
Walaubagaimanapun, Imam Al-Tabari berbeza pendapat dengan Jumhur Fuqaha’. Beliau
tidak mengaitkan perlantikan hakim dengan syarat lelaki atau Ahliyah Syahadah.
Diriwayatkan daripada Imam Malik bahawa At-Tabari mengharuskan perlantikan wanita
secara mutlak.29 Ini bermakna, Imam At-Tabari mengharuskan penglibatan wanita
sebagai hakim pada semua perkara tanpa pengecualian. Sama ada harta, perkara yang
tidak boleh dilihat oleh kaum lelaki, Undang-Undang Keluarga, hudud dan qisas. Beliau
berhujah dengan menyatakan bahawa wanita harus diterima dan mereka harus dilantik
sebagai mufti. Maka sehubungan dengan itu, mereka juga harus dilantik sebagai hakim.30
Berdasarkan itu, wanita harus menjadi hakim dalam semua masalah atau perkara tanpa
ada pengecualian, seperti juga wanita harus memberi fatwa dalam semua masalah atau
perkara.31 Hal itu bermakna, wanita layak membicarakan semua kes, termasuk hudud dan
qisas.
Seperti yang sedia maklum, undang-undang Islam bertujuan untuk menegakkan keadilan
yang mutlak dan mengelakkan kezaliman. Maka beliau berpendapat bahawa hakim boleh
diberikan kepada sesiapa sahaja yang mampu menyelesaikan masalah pertikaian antara
pihak berbalah di hadapan hakim. Jika wanita itu layak untuk memegang sesuatu jawatan,
27 Ibid 28 Ibn Rush, Bidayah Al-Mujtahid, juzuk 2, hlmn 348, Ibn Qudamah, juzuk 13, Al-Nawawi, juzuk 20, hlmn 30229 Ibid, hlmn 344 30 Ibn Qudamah, Al-Mughni Al-Sharb Al-Kabir, juzuk 11, hlmn 280: Al-Nawawi juzuk 20 hlmn 380
31 Abdul Karim Zaidan, Sistem Kehakiman Islam, hlmn 27
Hakim Syarie Wanita 13
PG3113 Siasah Syar’iyyah
maka tiada sebab untuk wanita itu tidak dipilih dan dilantik menjadi hakim, asalkan tidak
bertentangan dengan prinsip Islam.32
Kesimpulannya, pendapat Fuqaha’ di atas adalah disimpulkan seperti berikut;
i) Al-Syafi’iyyah, Al-Malikiyyah dan Al-Hanabilah tidak mengharuskan
perlantikan wanita sebagai hakim secara mutlak.
ii) Al-Hanafiyyah mengharuskan perlantikan wanita sebagai hakim pada perkara
yang diterima kesaksiannya, kecuali perkara hudud dan qisas.
iii) Imam At-Tabari mengharuskan perlantikan wanita sebagai hakim secara
mutlak kerana berqias kepada penerimaan fatwa wanita.
7. KESIMPULAN
Keperluan kepada perlantikan hakim Syarie Wanita adalah menepati kriteria Siasah
Syar’iyyah yang mana ia adil dan saksama pada Syarak, sempurna syarat-syarat dari segi
menepati dengan roh Syariah Islamiyyah dan hukum yang berdasarkan Siasah Syar’iyyah
itu merupakan keperluan serta tidak pula berlawanan dengan dalil-dalil Syarak yang
terperinci yang ditetapkan sebagai Syariat umum bagi manusia. Ia masih terdapat
perselisihan di kalangan Ulamak yang mana ia merupakan suatu rahmat kepada seluruh
umat Islam dalam memilih untuk mengamalkannya dengan mengkaji dan mendalami
ilmu setiap mazhab atau aliran yang akan diikutinya.
Dalam perlantikan seseorang sebagai hakim Syari’e, apa yang penting ialah kepakaran
dalam bidang perundangan, baligh, bebas, seorang Muslim, adil, berakal, mempunyai
ilmu hukum yang tinggi, amanah dan ikhlas dalam menjalankan tugas.
Ada pandangan yang mengatakan wanita tidak boleh dilantik menjadi hakim syarie. Ini
termasuklah pendapat Mazhab Shafie yang diamalkan di negara kita yang tidak
membolehkannya sedangkan beberapa mazhab lain tiada masalah. Jika kita amati
32 Berita Harian, Mazhab Hanafi Tidak Haruskan Wanita Menjadi Kadi, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Khamis, 12 Januari 2006, hlmn 12.
Hakim Syarie Wanita 14
PG3113 Siasah Syar’iyyah
keadaan pada masa kini dan keperluan masyarakat Islam pada hari ini, mungkin terdapat
pendapat dan pandangan para ulama’ lain yang mungkin boleh diterima dan diamalkan.
Pendapat Mazhab Abu Hanifah yang sederhana mungkin boleh diterima pakai untuk
membantu kita menyelesaikan isu perlantikan wanita sebagai hakim.
Ada pihak yang seakan-akan bimbang dan ragu-ragu dengan keupayaan wanita untuk
mengendalikan sesuatu kes syariah. Bagi mereka, wanita mungkin agak emosional dalam
membuat sesuatu keputusan. Namun, apa yang perlu ditekankan di sini ialah, sesuatu
keputusan yang dibuat oleh hakim adalah bersandarkan kepada peruntukan undang-
undang yang sedia ada. Beliau membuat tafsiran berdasarkan peruntukan yang telah
digubal untuk mencari keadilan.
Dengan penambahan hakim syarie wanita juga, masalah kekurangan hakim Syarie di
Mahkamah-mahkamah Syariah boleh diselesaikan. Impaknya sangat besar yang mana
kes-kes syariah juga dapat diselesaikan dengan cepat tanpa sebarang kelewatan atau
penangguhan sebagaimana yang berlaku pada masa sekarang. Ataupun, sekurang-
kurangnya kita melantik wanita sebagai pembantu hakim lelaki atau ahli panel hakim
atau hakim yang berkerjasama dalam mengendalikan kes-kes berkaitan harta dan undang-
undang keluarga sekiranya wanita itu benar-benar berwibawa, berkemahiran dan
berpengalaman. Wanita hari ini yang berkelayakan harus diberi peluang yang sewajarnya
di dalam sistem perundangan Islam. Pendekatan inilah yang wajar dikaji semula.
Akhir sekali, sebagai umat Islam yang ingin melihat keadilan dan undang-undang Islam
benar-benar dilaksanakan, sewajarnya adalah tanggungjawab kita untuk menyelesaikan
segala kelemahan dan kepincangan yang ada di dalam sistem perundangan dan
seterusnya memartabatkan sistem kehakiman Syariah di Malaysia. Status Mahkamah
Syariah perlu diangkat agar memperolehi keyakinan daripada berbagai pihak sebagai
tempat yang menjunjung keadilan.
Hakim Syarie Wanita 15
PG3113 Siasah Syar’iyyah
8. BIBLIOGRAFI
Al-Quran Al-Karim
Kamus Dewan. 1992. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr Mahmud Saedon A. Othman, Syarat Menjadi Kadi, Jurnal Hukum, 1999. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Artikel 1794, Majallah Al-Ahkam Al-Adliyyah
Prof. Madya Dr. Mohamed Yusoff Hussain, “Peranan NGO wanita dalam pembangunan masyarakat”, Seminar Multaqa Pertubuhan Amak Wanita Islam Malaysia. Anjuran Majlis Perunding Wanita Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Oktober 2000.
Afshah Arifin, Islam Hanya Benar Individu Berkelayakan, Adil Jadi Hakim, Berita Harian, Khamis, 12 Januari 2006, hlmn 12.
Abdul Karim Zaidan, 1993. (Terjemahan: Mohd. Saleh Hj Ahmad), Sistem Kehakiman Islam. Selangor: Percetakan Warni Sdn. Bhd.
Berita Harian, Mazhab Hanafi Tidak Haruskan Wanita Menjadi Kadi, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Khamis, 12 Januari 2006, hlmn 12.
LAMAN SESAWANG
http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx
http://www.muftiselangor.gov.my/KoleksiDownload/AturcaraMuzakarahPakar1/AturcaraMuzakarah2.pdf
http://peguamsyarie.blogspot.com/2007/12/pgsm-menegur-lantikan-hakim-syarie.html
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/rasional_lantik_hakim syarie_wanita.html
http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/wanita_24_tahun_hakim syarie_dipertikai.html
Hakim Syarie Wanita 16
PG3113 Siasah Syar’iyyah
http://drmaza.com/home/?p=122
http://al-qayyim.net/web/index.php?option=com_content&task=view&id=215&Itemid=2
http://www.akademifantasia.net/modules/ipboard/index.php?s=&act=ST&f=7&t=5302
http://www.tganu.uitm.edu.my/images/stories/alqalam/al_qalam_dis08.pdf
Hakim Syarie Wanita 17