SIDANG EKSEKUTIF KE-51 MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM...
Transcript of SIDANG EKSEKUTIF KE-51 MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM...
17
SIDANG EKSEKUTIF KE-51
MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM-INDONESIA-MALAYSIA (MABBIM)
Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, Bandar Seri Begawan,
Negara Brunei Darussalam
06–07 April 2012
KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Pernyataan Bersama
2. Laporan Sidang
2.1 Jadual Sidang 1
2.2 Anggota Sidang 4
2.3 Dokumen 5
2.4 Agenda Sidang 5-6
2.5 Keputusan Umum 6-19
18
PERNYATAAN BERSAMA
Sebagai tindak lanjut Sidang Eksekutif Ke-50 Majlis Bahasa Brunei
Darussalam–Indonesia –Malaysia (Mabbim), antara Jawatankuasa Tetap
Bahasa Melayu Brunei Darussalam (JKTBMBD), Panitia Kerja Sama
Kebahasaan (Pakersa), Indonesia dan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
Malaysia (JKTBM), yang diadakan pada 24–25 Mac 2011 di Hotel Sahid Jaya,
Jakarta, Indonesia, majlis telah menyelenggarakan: (1) Sidang Pakar Ke-25
Mabbim pada 02–03 April 2012, (2) Seminar Kebahasaan yang bertemakan
“Mentransformasikan Budaya Ilmu untuk Menyerlahkan Jati Diri Bangsa”
pada 04–05 April 2012, dan (3) Sidang Eksekutif Ke-51 Mabbim pada 06–07
April 2012 di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, Bandar Seri Begawan,
Brunei Darussalam dengan tujuan (i) meneliti dan mengesahkan Keputusan
Umum Sidang Eksekutif Ke-50 Mabbim, (ii) meneliti dan mengesahkan
Laporan Sidang Pakar Ke-25 Mabbim, (iii) meneliti, menerima dan
mengesahkan Laporan Mesyuarat Urus Setia/Musyawarah Sekretariat Ke-17
Mabbim, dan (iv) hal-hal lain yang keputusannya seperti terlampir.
Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin Dr. Haji Awang bin Sariyan
Pengerusi Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
Brunei Darussalam Malaysia
Dr. Sugiyono
Ketua
Panitia Kerja Sama Kebahasaan
Indonesia
15 Jamadilawal 1433/07 April 2012
Hotel Antarabangsa Rizqun,
Gadong, Bandar Seri Begawan,
Negara Brunei Darussalam
19
SIDANG EKSEKUTIF KE-51
MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM-INDONESIA-MALAYSIA
(MABBIM)
HOTEL ANTARABANGSA RIZQUN, GADONG, BANDAR SERI BEGAWAN,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
I. JADUAL SIDANG
Jumaat, 06 April 2012
08.30 – 10.00 : Pembukaan/Sidang I
10.00 – 10.20 : Rehat
10.20 – 12.00 : Sidang II
12.00 – 14.30 : Rehat/Solat Jumaat
14.30 – 16.30 : Sidang III
16.30 – 16.50 : Rehat
16.50 – 18.00 : Sidang IV
17.00 – 19.30 : Rehat
19.30 – 21.30 : Sidang V
Sabtu, 07 April 2012
08.30 – 10.00 : Sidang VI
10.00 – 10.20 : Rehat
10.20 – 12.15 : Sidang VII
12.15 – 13.45 : Rehat
13.45 – 15.00 : Sidang VIII
15.00 – 15.20 : Rehat
15.20 : Penandatanganan Keputusan Umum dan Majlis Penutupan
20
II. ANGGOTA SIDANG
1. Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin (Brunei Darussalam, Ketua)
2. Dr. Sugiyono (Indonesia, Ketua)
3. Dr. Haji Awang bin Sariyan (Malaysia, Ketua)
4. Dr. Yabit bin Alas (Brunei Darussalam, Anggota)
5. Dr. Hajah Dyg. Fatimah binti Haji Awg. Chuchu (Brunei Darussalam, Anggota)
6. Awang Mohd Azurin bin Othman (Brunei Darussalam, Anggota)
7. Dr. Ganjar Harimansyah (Indonesia, Anggota)
8. Drs. Mustakim, M. Hum (Indonesia, Anggota)
9. Encik Rusli bin Abd Ghani (Malaysia, Anggota)
10. Encik Sallehuddin bin Abang Shokeran (Malaysia, Anggota)
11. Awang Hatnan bin Haji Buang (Brunei Darussalam, Setiausaha)
12. Dra. Meity T. Qodratillah, M.Hum (Indonesia, Sekretaris)
13. Norhasmanalinda binti Mustapa (Malaysia, Setiausaha)
PEMERHATI
1. Encik Tajudin Jaffar (Singapura)
2. Encik Mohd. Naim Daipi (Singapura)
3. Cik Firda Maisarah Mohd. Raffid (Singapura)
4. Dra. Menuk Hardaniwati, M.Pd (Indonesia)
5. Dayang Annisa binti Haji Moksin (Brunei Darussalam)
6. Dayang Hajah Norati binti Bakar (Brunei Darussalam)
NARASUMBER
1. Prof. Madya Dr. Haji Jaludin bin Haji Chuchu (Brunei Darussalam)
2. Awang Haji Zainal Ariffin bin BPK DP Haji Sirat (Brunei Darussalam)
PENCATAT
1. Dayang Hajah Zainab binti Haji Mat Daud (Brunei Darussalam)
2. Awang Hanif bin Bahrin (Brunei Darussalam)
3. Dk. Sainah binti Pg. Haji Mohammed (Brunei Darussalam)
PENGOLAH DATA
1. Awang Mohd. Norsah bin Shahrul Mazlan (Brunei Darussalam)
2. Dk. Dedy Yantie binti Pg. Haji Jaluyi (Brunei Darussalam)
21
III. DOKUMEN
1.1 Keputusan Umum Sidang Eksekutif Ke-50 Mabbim
1.2 Laporan Mesyuarat Urus Setia Ke-17 Mabbim
1.3 Laporan Sidang Pakar Ke-24 Mabbim
1.4 Laporan Sidang Pakar Ke-25 Mabbim
IV. AGENDA SIDANG
1. Ucapan Sambutan oleh Ketua Perwakilan dan Pengenalan
1.1 Ketua Perwakilan Brunei Darussalam
1.2 Ketua Perwakilan Malaysia
1.3 Ketua Perutusan Indonesia
1.4 Ketua Pemerhati Singapura
2. Meneliti dan Membincangkan Perkara Berbangkit dalam Keputusan Umum
Sidang Eksekutif Ke-50 Mabbim
3. Mengesahkan Keputusan Umum Sidang Eksekutif Ke-50 Mabbim
4. Meneliti dan Membincangkan Laporan Sidang Pakar Ke-25 Mabbim
4.1 Jawatankuasa/Komisi Peristilahan
4.2 Jawatankuasa Penyelidikan/Komisi Penelitian
4.3 Jawatankuasa/Komisi Penerbitan
4.4 Jawatankuasa Pemupukan/Komisi Pembinaan
5. Menerima dan Mengesahkan Laporan Sidang Pakar Ke-25 Mabbim
6. Menerima Laporan Mesyuarat Urus Setia Ke-17 Mabbim
7. Membincangkan Isu Seminar Kebahasaan
8. Membincangkan Tema dan Perkara Lain yang Berkaitan dengan Seminar
Kebahasaan dalam Rangka Sidang Ke-52 Mabbim
9. Membincangkan Tarikh dan Tempat:
9.1 Mesyuarat Urus Setia Ke-18 Mabbim
9.2 Sidang Pakar Ke-26 Mabbim
9.3 Seminar Kebahasaan
9.4 Sidang Eksekutif Ke-52 Mabbim
22
10. Penghargaan
11. Ucapan Takziah dan Belasungkawa
12. Hal-hal Lain
V. KEPUTUSAN UMUM
1. Ucapan Pengerusi
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam
(JKTBMBD), selaku tuan rumah penyelenggara Sidang Eksekutif Ke-51
Mabbim mengalu-alukan kehadiran ketua perwakilan dari Indonesia,
Malaysia dan pemerhati dari Singapura serta anggota. Selanjutnya, ketua-
ketua perwakilan menyampaikan kata alu-aluan dan memperkenalkan
anggota sidang.
2. Meneliti dan Membincangkan Perkara Berbangkit dalam Keputusan
Umum Sidang Eksekutif Ke-50 Mabbim
Sidang Eksekutif menerima Keputusan Umum Sidang Eksekutif Ke-50
Mabbim yang diselenggarakan di Hotel Sahid Jaya, Jakarta, Indonesia , 24–
25 Mac 2011 dengan perbaikan seperti berikut:
2.1 Pindaan/Perbaikan
a) Mesyuarat mengusulkan pindaan pada halaman Pernyataan
Bersama, tercatat ... Dato’ Termuzi bin Haji Abdul Aziz .. dipinda
menjadi ... Dato’ Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz
b) Mesyuarat mengusulkan pindaan pada halaman daftar isi bil. 1
(1.2), tercatat.. Angota Sidang ... dipinda menjadi ... Anggota
Sidang ....
c) Mesyuarat mengusulkan pindaan pada halaman 2, perkara II:
Anggota Sidang, tercatat ... bil 2, Dr. Mataim Bakar (Brunei
Darussalam, Ketua) ... dipinda menjadi ... Dr. Mataim bin Bakar
(Brunei Darussalam, Ketua), bil. 3, tercatat.. Dato’ Haji Termuzi bin
Abdul Aziz (Malaysia, Ketua) ... dipinda menjadi ... Dato’ Haji
Termuzi bin Haji Abdul Aziz (Malaysia, Ketua), bil. 7, tercatat ...
Dr. Yabit Alas (Brunei Darussalam, Anggota) .. dipinda menjadi ...
Dr. Yabit bin Alas (Brunei Darussalam, Anggota), bil. 8, tercatat ...
Prof. Dr. Jaludin bin Haji Chuchu (Brunei Darussalam, Anggota)
dipinda menjadi Prof. Madya. Dr. Haji Jaludin bin Haji Chuchu
(Brunei Darussalam, Anggota) ... bil. 12 tercatat ... Mohd. Azurin
23
Othman (Brunei Darussalam, Sekretaris) dipinda menjadi Mohd.
Azurin bin Othman (Brunei Darussalam, Setiausaha).
d) Mesyuarat mengusulkan pindaan pada halaman 2, perkara III,
Dokumen, tercatat … Keputusan Umum Eksekutif Ke-49 Mabbim
... dipinda menjadi ... Keputusan Umum Sidang Eksekutif Ke-49
Mabbim.
e) Mesyuarat mengusulkan pindaan pada halaman 9, butiran 4.2,
ceraian 4.3.1, tercatat … “Keputusan Sidang Mabbim Selama 39
Tahun … dan “Kompilasi Keputusan Sidang Pakar Mabbim Selama
24 Tahun … dipinda menjadi … “Kompilasi Keputusan Sidang
Mabbim selama 39 tahun ... dan “Kompilasi Keputusan Sidang
Pakar Mabbim selama 24 tahun…
f). Mesyuarat mengusulkan pindaan pada halaman 10, butiran 4.3,
ceraian 4.3.8, tercatat … Komisi/Jawatankuasa Penerbitan dengan
perbaikan sesuai dengan putusan Sidang Eksekutif, … dipinda
menjadi … Komisi/Jawatankuasa Penerbitan dengan perbaikan
sesuai dengan Keputusan Sidang Eksekutif, …
g) Mesyuarat mengusulkan pindaan pada halaman 11, ceraian
4.3.8.2, tercatat ... Kompilasi Keputusan Sidang Pakar Mabbim 21
Tahun (1997—2008) … dipinda menjadi … Kompilasi Keputusan
Sidang Pakar Mabbim selama 21 tahun (1997—2008) …
h) Mesyuarat mengusulkan pindaan pada halaman 13, ceraian 4.4.11,
tercatat … Sidang Eksekutif menugasi tim kecil yang terdiri atas
Dr. Sugiyono (Indonesia), Encik Rusli bin Abd Ghani (Malaysia),
Prof. Dr. Abdul Latif bin Haji Samian (Malaysia), dan Dr. Yabit
Alas (Brunei Darussalam) … dipinda menjadi … Sidang Eksekutif
menugasi tim kecil yang terdiri atas Dr. Sugiyono (Indonesia),
Encik Rusli bin Abd Ghani (Malaysia), Prof. Dr. Abdul Latif bin Haji
Samian (Malaysia), dan Dr. Yabit bin Alas (Brunei Darussalam)…
i) Mesyuarat mengusulkan pindaan pada halaman 13, butiran 6.1,
tercatat … menerima rumusan dan rokemendasi Seminar
Kebahasaan Mabbim, … dipinda menjadi … menerima rumusan
dan rekomendasi Seminar Kebahasaan Mabbim, …
j) Mesyuarat mengusulkan pindaan pada halaman 13, butiran 6.2,
tercatat … memutuskan agar rekomendasi tersebut diakomodasi
dalam tema seminar kebahasaan tahun 2012 di Brunei
Darussalam. dipinda menjadi … memutuskan agar rekomendasi
tersebut diakomodasi dalam tema Seminar Kebahasaan tahun
2012 di Brunei Darussalam.
24
k) Mesyuarat mengusulkan pindaan pada halaman 15, perkara 10
(B), bil. 2, tercatat ... Turut memasyaratkan istilah Mabbim
dipinda menjadi Turut memasyarakatkan istilah Mabbim.
l) Mesyuarat mengusulkan pindaan pada halaman 16, perkara B,
butiran 3, catatan 4, tercatat ..... Kriteria penerima penghargaan
Mabbim dimasukkan ke dalam tata kerja Mabbim dipinda
menjadi Kriteria penerima penghargaan Mabbim dimasukkan ke
dalam Tata Kerja Mabbim.
3. Mengesahkan Keputusan Umum Sidang Eksekutif Ke-50 Mabbim
Sidang Eksekutif mengesahkan Keputusan Umum Sidang Eksekutif Ke-50
Mabbim.
4. Meneliti dan Membincangkan Laporan Sidang Pakar Ke-25 Mabbim
4.1 Jawatankuasa/Komisi Peristilahan
4.1.1 Majlis bersetuju tambahan usul dan pindaan
Jawatankuasa/Komisi Peristilahan:
a. Perubahan (penambahan/pengurangan) taksonomi bidang
Pemakanan/ Gizi Pangan seperti berikut:
1. Subbidang Asas Pemakanan/Gizi (Nutrition Basics)
asalnya 5 subsubidang ditambah 2 subsubidang, iaitu;
Zat lainnya (antigizi, komponen fungsional) dan
Gangguan Gizi;
2. Subbidang Gizi Kelompok Khusus asalnya 6 subsubidang
ditambah 3 subsubidang, iaitu; Gizi Anak Sekolah, Gizi
Pekerja, Gizi Puasa;
3. Subsubbidang Survei Konsumsi/Kaji Selidik Konsumsi
dikeluarkan dari subbidang Layanan Gizi (Nutrition
Care);
4. Subbidang Gizi Olahraga, Kebugaran dan Kecantikan
(Nutrition for sport, fitness and beauty) menambah satu
subsubbidang iaitu: Gizi Kecantikan; dan
5. Subbidang Gizi Terapi/Pemakanan Terapi, menambah 2
subsubbidang iaitu: Diet Penyakit Jantung dan Diet
Penyakit Lain.
25
b. Jawatankuasa/Komisi Peristilahan menambah usul iaitu:
membincangkan taksonomi Pengurusan/Manajemen pada
2013. Perkara ini akan dibincangkan lebih lanjut lagi pada
Mesyuarat Urus Setia Ke-18 di Kuala Lumpur.
4.1.2 Majlis menyetujui Rencana Kerja Lima Tahun 2011-2015
Jawatan-kuasa/Komisi Peristilahan (dilampirkan).
4.2 Jawatankuasa Penyelidikan/Komisi Penelitian
4.2.1 Majlis bersetuju usul Jawatankuasa Penyelidikan/Komisi
Penelitian dengan catatan proposal yang disediakan oleh
ketiga-tiga negara serta kajian rintis penyelidikan dapat
diedarkan dan dilampirkan dalam laporan/keputusan sidang.
4.2.2 Majlis bersetuju rencana kerja Jawatankuasa Penyelidikan/
Komisi Penelitian (dilampirkan).
4.3 Jawatankuasa/Komisi Penerbitan
4.3.1 Sidang Eksekutif bersetuju usul Jawatankuasa/Komisi
Penerbitan tentang Pengemaskinian Tatakerja Penerbitan
(garis pandu) dengan memasukkan perkara-perkara berikut:
a. Sidang Eksekutif menyarankan pindaan seperti berikut:
1. Perkara 1.1
Perlu ada ketetapan kuota (jumlah) makalah/artikel bagi
setiap negara anggota Mabbim untuk dimuatkan dalam
jurnal Rampak Serantau, iaitu 7 buah, jumlah halaman
tidak melebihi 15 (termasuk rujukan, lampiran, dan
bibliografi) dan bentuk atau saiz perlu diselaraskan.
Jumlah keseluruhan makalah/artikel bagi setiap kali
terbitan jurnal Rampak Serantau adalah kira-kira 21
buah dengan ketebalan sekitar 315 muka surat.
2. perkara 1.2 dipinda seperti berikut:
Setiap makalah/artikel perlu disertakan abstrak
berbahasa Inggeris dan bahasa Melayu/Indonesia,
masing-masing sekitar 200—250 perkataan dan “kata
kunci” (isu atau inti pati yang diketengahkan).
3. Sidang Eksekutif memulangkan kepada negara masing-
masing untuk menanggapi Perkara 1.3, butiran f, iaitu
mengenai Reka bentuk (hiasan kulit) Rampak Serantau:
26
3.1 Pihak Malaysia secara keseluruhannya bersetuju
dengan reka bentuk yang dibuat oleh Brunei
Darussalam, hanya penulisan tulisan Jawi untuk
tajuk Rampak Serantau dikecilkan daripada tulisan
Rumi.
3.2 Pihak Indonesia juga secara keseluruhannya
bersetuju dengan Brunei Darussalam dan Malaysia,
hanya penulisan tulisan Jawi untuk tajuk Rampak
Serantau akan disesuaikan.
b. Sidang Eksekutif bersetuju usul Jawatankuasa/ Komisi
Penerbitan agar Rampak Serantau diterbitkan dalam bentuk
digital sebagai satu inovasi untuk menyebarluaskan
Rampak Serantau. Disarankan setiap tuan rumah
menyediakan salinan lembut/lunak kepada negara anggota
yang lain, di samping salinan keras, untuk dimuatkan dalam
laman negara masing-masing dan dapat dimuat
turun/diunduh melalui internet oleh masyarakat luas.
c. Sidang Eksekutif bersetuju usul Jawatankuasa/ Komisi
Penerbitan untuk menerbitkan buku-buku ilmiah selain
daripada Rampak Serantau dan hasil kajian Jawatankuasa
Penyelidikan/Komisi Penelitian.
d. Sidang Eksekutif bersetuju usul Jawatankuasa/ Komisi
Penerbitan iaitu setiap kajian hasil daripada Jawatankuasa
Penyelidikan/Komisi Penelitian diterbitkan berasingan
dalam bentuk artikel bukan digabung dan diterbitkan dalam
bentuk buku kerana setiap negara mempunyai kajian yang
berbeza. Diusulkan untuk dimasukkan dalam terbitan jurnal
Rampak Serantau.
e. Sidang Eksekutif bersetuju dengan usul Jawatankuasa/
Komisi Penerbitan agar penerbitan Tokoh Mabbim
dikemaskini dan dibuat dalam bentuk narasi supaya lebih
komprehensif dan informatif serta mengikut tema yang
akan disepakati kemudian dan diterbitkan pada setiap
tahun.
f. Sidang Eksekutif bersetuju rencana kerja
Jawatankuasa/Komisi Penerbitan (2011-2015) dengan
catatan, perkara pada bil. 10, 11 dan 12 hendaklah
diselaraskan dengan Rencana Kerja Jawatankuasa
Penyelidikan/Komisi Penelitian.
27
g. Perkara VIII, ceraian a dan b dikeluarkan dengan catatan
Indonesia dan Malaysia bersedia membantu Brunei
Darussalam untuk melaksanakannya.
4.4 Jawatankuasa Pemupukan/Komisi Pembinaan
4.4.1 Sidang Eksekutif bersetuju dengan Program Intern Mabbim
yang diusulkan oleh Jawatankuasa Pemupukan/Komisi
Pembinaan iaitu mewujudkan kategori penghargaan tambahan
iaitu Anugerah Penggiat Mabbim sebagai tambahan kepada
kategori penghargaan Mabbim yang dibakukan dalam tatakerja.
Sidang Eksekutif menyarankan kriteria anugerah penghargaan
ini diperincikan.
4.4.2 Sidang Eksekutif bersetuju dengan Program Ekstern Mabbim
yang diusulkan oleh Jawatankuasa Pemupukan/Komisi
Pembinaan dengan catatan kertas konsep yang dipaparkan
perlu dikemaskini dari segi mekanisme pelaksanaannya. Dan
perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Urus Setia ke-
18, di Kuala Lumpur (kertas konsep dilampirkan).
4.4.3 Sidang Eksekutif bersetuju Penataran Leksikografi Tahap yang
ditugaskan kepada Indonesia yang sebelumnya dijadualkan
pada bulan Oktober atau November 2011 ditunda
pelaksanaannya pada satu tarikh yang akan dimaklumkan
kemudian dan mungkin namanya diganti dengan Bengkel
Leksikografi. Waktu dan ketentuan pelaksanaan diserahkan
kepada pihak Indonesia.
4.4.4 Sidang Eksekutif bersetuju Bengkel Penulisan Buku Ilmiah akan
dilaksanakan oleh Malaysia pada tahun 2012.
4.4.5 Sidang Eksekutif bersetuju Syarahan Mabbim Ke-5 dengan
pensyarah dari Malaysia akan dilaksanakan pada:
i. 19 Jun 2012 di Indonesia
ii. 21 Jun 2012 di Brunei Darussalam
iii. 25 Jun 2012 di Malaysia
Tema syarahan:
“Mengembangkan ilmu watan melalui teknologi
maklumat/informasi dan komunikasi”.
5. Menerima Laporan Sidang Pakar Ke-25 Mabbim
28
Sidang Eksekutif menerima dan mengesahkan Laporan Sidang Pakar Ke-25
Mabbim.
6. Menerima Laporan Mesyuarat Urus Setia Ke-17 Mabbim
6.1 Jawatankuasa Pemupukan/Komisi Pembinaan
a. Mesyuarat mengambil maklum rencana kerja Jawatankuasa
Pemupukan/Komisi Pembinaan seperti berikut:
i. halaman 13, butiran 4.4, ceraian 4.4.8) mengenai Penataran
Leksikografi Tahap 1 yang ditugaskan kepada Indonesia yang
sebelumnya dijadualkan pada bulan Oktober atau November
2011 ditunda pelaksanaannya pada satu tarikh yang akan
dimaklumkan kemudian.
ii. halaman 13, butiran 4.4, ceraian 4.4.9, mengenai Syarahan
Mabbim yang pada awalnya dijadualkan pada:
a. 20 Jun 2011 di Kuala Lumpur
b. 22 Jun 2011 di Indonesia
c. 25 Jun 2011 di Brunei Darussalam
dipinda kepada
a. 24 Oktober 2011 di Kuala Lumpur
b. 26 Oktober 2011 di Indonesia
c. 29 Oktober 2011 di Brunei Darussalam
iii. halaman 13, butiran 4.4, ceraian 4.4.10, mengenai Bengkel
Penulisan Buku Ilmiah yang ditugaskan kepada Malaysia yang
sebelumnya dijadualkan untuk dilaksanakan pada tahun ini,
ditunda pelaksanaannya.
6.2. Mesyuarat mengambil maklum tentang perbaikan halaman 13, perkara
6, butiran 6.1, iaitu rumusan dan rekomendasi Seminar Kebahasaan
Mabbim, butiran 2, huruf d dan dimasukkan dalam rencana Kegiatan
Jawatankuasa Penyelidikan/Komisi Penelitian dan huruf f dimasukkan
dalam rencana kegiatan Jawatankuasa/Komisi Penerbitan:
a. Penelitian keberterimaan istilah dalam bidang ilmu dasar
(matematik, fizik, biologi, dan kimia) dilakukan dengan
menggunakan metodologi yang sama.
29
b. Pembentukan istilah tidak hanya berorientasi pada perekacipta
istilah, tetapi juga memperhatikan istilah yang telah digunakan
oleh pengguna bahasa/masyarakat.
6.3 Mesyuarat mengambil maklum perubahan tarikh Musyawarah
Sekretariat Ke-17 Mabbim yang dijadual penyelenggaraannya pada 08-
09 Oktober 2011, dimajukan kepada 03-04 Oktober 2011 di Brunei
Darussalam.
6.4 Mesyuarat mengambil maklum perubahan tarikh Sidang Pakar Ke-25
Mabbim diselenggarakan pada 02-03 April 2012.
6.5 Mesyuarat mengambil maklum perubahan tarikh Seminar Kebahasaan
diselenggarakan pada 04-05 April 2012.
6.6 Mesyuarat mengambil maklum perubahan tarikh Sidang Eksekutif Ke-
51 Mabbim diselenggarakan pada 06-07April 2012.
6.7 Mesyuarat mengambil maklum dalam rangka Ulang Tahun Ke-40
Mabbim, setiap negara diminta menamakan 3 orang penerima
penghargaan. Nama penerima perlu dimaklumkan segera kepada
Brunei Darussalam sebelum 31 Januari 2012.
6.8 Mesyuarat mengambil maklum Sijil/Piagam penghargaan
ditandatangani oleh ketua-ketua Mabbim. Salinan tandatangan ketua
Indonesia dan Malaysia hendaklah diimbas dan diberikan kepada
Brunei Darussalam sebelum 31 Januari 2012.
6.9 Sidang Eksekutif bersetuju dengan usul 6.1.2, iaitu sambutan ulang
tahun diadakan setiap 10 tahun dengan catatan sambutan harus
digilirkan.
7. Membincangkan Isu Seminar Kebahasaan
7.1 Sidang Eksekutif menerima rumusan Seminar Kebahasaan sempena
Sidang Ke-51 Mabbim, yang telah diselenggarakan pada 04–05 April
2012, di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong,
Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Seminar telah
membahaskan 11 makalah (termasuk satu kertas kerja perdana)
dengan tema “Mentransformasikan Budaya Ilmu untuk
Menyerlahkan Jati Diri Bangsa”:
a. Pertingkatkan kesedaran penggunaan teknologi tidak
melunturkan bahasa dan budaya Melayu/Indonesia dan
sebaliknya menggunakan teknologi demikian untuk
mentransformasikan budaya ilmu agar jati diri bangsa semakin
menyerlah di persada dunia;
30
b. Slogan “Bahasa Penemu Ilmu” perlu diperkenalkan kerana bahasa
bukan sahaja berperanan mengungkap pemikiran bahkan
membentuk pemikiran;
c. Usaha membina dan menyebarluaskan kepustakaan berbahasa
Melayu/Indonesia termasuk dalam media baru dan digital harus
dipertingkatkan supaya bahasa Melayu/Indonesia secara dinamik
tetap relevan menjadi bahasa ilmu dan pentadbiran;
d. Penerapan pedagogi kritis sistem pendidikan perlu dijadikan
sarana untuk mempercepat transformasi budaya ilmu dalam
rangka menyerlahkan jati diri bangsa;
e. Upaya meningkatkan kemampuan berkomunikasi
pembinaan/pemupukan kemahiran berbahasa Melayu/Indonesia
perlu dimulai sejak awal perkembangan anak;
f. Tamadun tinggi perlu mempunyai nilai-nilai ilmu, kepustakaan,
pemikiran, falsafah yang cemerlang, pemerkasaan nilai-nilai murni
dalam kesenian dan kebudayaan, dan penyesuaian serta
pengadunan unsur asing;
g. Pemerkasaan bahasa Melayu/Indonesia perlu dijana melalui
peningkatan pendidikan kemahiran insaniah;
h. Kaedah inovasi dalam usaha mentransformasikan budaya ilmu
serta menyerlahkan jati diri bangsa, istilah-istilah yang digubal
Mabbim perlu secara berterusan dan dicarikan strategi baru
dalam penyebarluasan;
i. Penggunaan kearifan lokal perlu dioptimumkan kerana usaha ini
mampu menyerlahkan jati diri bangsa.
7.2 Sidang Eksekutif menerima dan mengesahkan resolusi seminar
kebahasaan dengan catatan seperti berikut:
a. Majlis bersetuju pelaksanaan resolusi (a) dilakukan dengan
memanfaatkan portal dan laman web masing-masing negara.
b. Majlis bersetuju pelaksanaan resolusi (b) boleh diadaptasi atas
kebijaksanaan negara anggota secara berasingan.
c. Majlis bersetuju resolusi (c) dan (h) ditindaklanjuti oleh
Jawatankuasa/Komisi Penerbitan. Dalam hubungan ini, JKTBM
bersetuju menyediakan kertas konsep dan model bagaiman
strategi baru dapat dimanfaatkan dalam menggubal dan
31
menyebarkan istilah. Kertas konsep akan dibahas dalam
Mesyuarat Urus Setia Ke-18 Mabbim di Malaysia pada tahun 2012.
d. Majlis bersetuju resolusi (d) dan (g) dimajukan kepada
kerajaan/pemerintah agar kededua aspek itu dapat diberikan
perhatian dalam sistem pendidikan.
e. Majlis bersetuju resolusi (e) dan (f) belum untuk dilaksanakan,
tetapi perlu kajian mendalam dan dibahaskan dalam seminar.
Dalam hubungan ini, Singapura bersetuju untuk menganjurkan
seminar berkaitan dengan isu (e).
f. Majlis bersetuju resolusi (i) ditindaklanjuti oleh
Jawatankuasa/Komisi Penelitian, dan Jawatankuasa/Komisi
Penerbitan.
8. Membincangkan Tema dan Perkara Lain yang Berkaitan dengan
Seminar Kebahasaan dalam rangka Sidang Ke-52 Mabbim
8.1 Sidang Eksekutif memutuskan tema Seminar Kebahasaan pada Sidang
Ke-52 Mabbim ialah “Mengembangkan ilmu watan melalui
teknologi maklumat/informasi dan komunikasi”. Dengan
pertimbangan bahawa ilmu dan teknologi di nusantara sebaiknya
berkembang sesuai dengan arus perkembangan dan perubahan dunia.
Kebanyakan ilmu dan teknologi sekarang adalah lanjutan daripada
khazanah ilmu dan teknologi terdahulu yang pada mulanya sangat
sederhana dan setempat/lokal. Ilmu dan teknologi itu jika digunakan
serta dikembangluaskan pasti akan bertambah mantap, maju dan
dapat diaplikasikan oleh masyarakat yang lebih luas. Namun demikian,
ilmu dan teknologi seperti ini tidak dikembangluaskan kerana kita
menggangap ilmu dan teknologi tersebut tidak setanding dengan ilmu
dan teknologi luar terutama dari barat. Ilmu dan teknologi kita
dikembangkan berdasarkan situasi dan iklim setempat. Jika
dikembangkan, ilmu dan teknologi tersebut pasti ada yang relevan
dengan kehidupan terkini. Sudah banyak kajian yang telah dilakukan,
tetapi kajian tersebut hanya terhad untuk kajian ilmiah. Banyak ilmu
dan teknologi tersebut tidak dikongsikan dengan masyarakat luas
sehingga ilmu dan teknologi tersebut mati. Dengan kemudahan
teknologi maklumat dan komunikasi, diharapkan ilmu dan teknologi
ini akan dapat dilestarikan malahan dikembangluaskan. Jadi, tema ini
relevan dengan keadaan masyarakat sekarang yang sedar akan
kepentingan ilmu dan teknologi kita yang perlu dikembangluaskan.
Tema ini diharap akan dapat menggalakkan pemikiran semula akan
kepentingan ilmu yang bersifat tradisional dan kontemporari dan
mencakup ilmu-ilmu yang bersifat “nyata” (tangible) dan “tidak nyata”
(non-tangible) dalam keadaan semasa. Selain memaparkan ilmu dan
32
teknologi ini, tema ini secara tidak langsung akan menggalakkan para
pengkaji untuk menggunakan dan mengkaji bahasa Melayu/Indonesia
dalam konteks masing-masing.
8.2 Sidang Eksekutif mempertanggungjawabkan kepada Mesyuarat Urus
Setia/ Musyawarah Sekretariat untuk menyediakan subtema
pembahasan dengan mempertimbangkan rincian tema yang diusulkan
oleh Jawatankuasa Pemupukan/Komisi Pembinaan, dan rumusan tema
Seminar Kebahasaan.
8.3 Sidang Eksekutif bersetuju menyediakan makalah dengan rincian:
i. Malaysia – 4 makalah (tuan rumah termasuk satu kertas kerja
perdana)
ii. Brunei Darussalam – 4 makalah (termasuk satu makalah kajian
variasi istilah Mabbim)
iii. Indonesia – 3 makalah
iv. Singapura – 1 makalah
9. Membincangkan Tarikh dan Tempat:
9.1 Sidang Eksekutif bersetuju Mesyuarat Urus Setia/Musyawarah
Sekretariat Ke-18 Mabbim dilaksanakan pada 01-02 Oktober 2012, di
Kuala Lumpur, Malaysia.
9.2 Sidang Eksekutif bersetuju Sidang Pakar Ke-26 Mabbim dilaksanakan
pada 01–02 April 2013, di Kuala Lumpur, Malaysia.
9.3 Sidang Eksekutif bersetuju Seminar Kebahasaan Mabbim dilaksanakan
pada 03–04 April 2013, di Kuala Lumpur, Malaysia.
9.4 Sidang Eksekutif bersetuju Sidang Eksekutif Ke-52 Mabbim
dilaksanakan pada 05–06 April 2013, di Kuala Lumpur, Malaysia.
33
10. Ucapan Terima Kasih dan Penghargaan
10.1 Sidang Eksekutif merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Yang Mulia Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji
Yunos, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
wakil peribadi Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia, dan Sukan,
Negara Brunei Darussalam yang telah menyempurnakan Majlis
Perasmian Seminar Kebahasaan Mabbim, Sambutan 40 Tahun Mabbim,
Penyampaian Anugerah Penghargaan Mabbim serta melancarkan
buku-buku terbitan terbaharu Mabbim.
10.2 Sidang Eksekutif merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Yang Mulia Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin, Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam (JKTBMBD),
yang telah menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penutup Sidang
Pakar Ke-25 Mabbim, dan Majlis Penutupan Seminar Kebahasaan.
10.3 Sidang Eksekutif merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Yang Terhormat Bapak Agus Dharma, Ph.D., mantan Ketua
Panitia Kerja Sama Kebahasaan atas sumbangan dan komitmen yang
telah beliau berikan sebelum ini sebagai Pengerusi Bersama Mabbim,
2011.
10.3 Sidang Eksekutif merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz,
mantan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Malaysia
(JKTBM) atas sumbangan dan komitmen yang telah beliau berikan
sebelum ini sebagai Pengerusi Bersama Mabbim, 2009–2011.
10.4 Sidang Eksekutif telah melaksanakan pemberian anugerah
bersempena dengan Sambutan 40 Tahun Mabbim.
a. Anugerah Tokoh Mabbim diberikan kepada:
1. Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Badaruddin bin Pengiran
Haji Ghani (Brunei Darussalam).
2. Yang Mulia Dr. Mataim bin Bakar (Brunei Darussalam).
3. Yang Berbahagia Dato’ Haji A. Aziz bin Deraman (Malaysia).
b. Anugerah Ilmuwan Mabbim diberikan kepada:
1. Yang Mulia Pengiran Hajah Zabaidah binti Pengiran Haji
Kamaludin (Brunei Darussalam).
34
2. Yang Mulia Prof. Madya Dr. Haji Jaludin bin Haji Chuchu
(Brunei Darussalam).
3. Yang Terhormat Prof. dr. Menaldi Rasmin, Sp. P (Indonesia).
4. Yang Terhormat Dr. Jan Hoesada (Indonesia).
5. Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dr. Abdullah bin Hassan
(Malaysia).
6. Yang Berbahagia Prof. Dr. Shaharir bin Mohamad Zain
(Malaysia).
c. Anugerah Khas Mabbim diberikan kepada Yang Mulia Dayang
Hajah Saddiah binti Ramli (Brunei Darussalam).
10.5 Sidang Eksekutif merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada tuan rumah/urus setia penyelenggara Sidang Pakar Ke-25
Mabbim, Seminar Kebahasaan dan Sambutan 40 Tahun Mabbim, dan
Sidang Eksekutif Ke-51 Mabbim.
10.6 Sidang Eksekutif merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada perwakilan Majlis Bahasa Melayu Singapura yang telah
menyertai Sidang Eksekutif Mabbim Ke-51 sebagai pemerhati.
10.7 Sidang Eksekutif merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada pensyarah-pensyarah yang telah menjayakan Syarahan
Mabbim:
a. Haji Awang Mohd. Zaini bin Haji Awang Omar (Brunei Darussalam)
b. Prof. Dr. Nor Hashimah binti Jalaluddin (Malaysia)
c. Prof. Dr. Multamia Mayekti Retno Tawangsih-Lauder (Indonesia)
d. Dr. Hjh Dayang Fatimah binti Hj Awang Chuchu (Brunei
Darussalam)
10.8 Sidang Eksekutif mengucapkan terima kasih kepada pemakalah yang
telah membentangkan makalah dalam Seminar Kebahasaan:
a. Dato Paduka Awang Haji Alidin bin Haji Othman (Brunei
Darussalam)
b. Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi (Brunei Darussalam)
c. Dayang Siti Badriyah binti Haji Mohd Yusof (Brunei Darussalam)
d. Prof. Dr. H. Arief Rachman, M.Pd (Indonesia)
e. Dr. Sugiyono (Indonesia)
f. Ir. Djauhari Sumintardja, Ark. Dipl. Bldg., Sc., Ph.D (H.C) (Indonesia)
g. Dato’ Haji A. Aziz bin Deraman (Malaysia)
h. Prof. Emeritus Dr. Abdullah bin Hassan (Malaysia)
i. Prof. Dr. Shaharir bin Mohamad Zain (Malaysia)
j. Puan Annaliza Bakri (Singapura)
35
10.9 Sidang Eksekutif mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa
Pelapor yang telah menyediakan rumusan seminar.
11. Ucapan Takziah/Belasungkawa
Sidang Eksekutif mengucapkan takziah dan belasungkawa atas kepergian
dan kembalinya ke rahmatullah:
11.1 Indonesia
a. Prof. Dr. Amran Halim (13 Jun 2009)
b. Prof. Dr. Anton M. Moeliono (25 Julai 2011)
c. Dr. Dedi Puryadi (24 Ogos 2010)
11.2. Malaysia
a. Dato’ Dr. Haji Hassan bin Ahmad (31 Ogos 2011)
b. Puan Hajah Halimah binti Haji Ahmad (10 Ogos 2009)
12. Hal-hal Lain
12.1 Mabbim perlu menjadi nukleus kepada gerakan memperkasakan
bahasa dalam konteks masyarakat secara keseluruhan, antaranya
mengadakan rangkaian hubungan dengan universiti, institusi dan
industri agar mereka sedar peri pentingnya memasyarakatkan istilah
bidang ilmu yang digubal. Dengan kata lain, Mabbim perlu dilihat
sebagai penggerak kepada akitiviti pemacuan bahasa.
12.2 Sidang Eksekutif bersepakat agar sambutan Bulan Bahasa yang
diadakan oleh masing-masing negara perlu mengundang negara
anggota Mabbim yang lain.
12.3 Malaysia mengusulkan setiap negara anggota menyediakan laporan
pencapaian, keberhasilan dan tantangan yang dihadapi oleh Mabbim
selama 40 tahun dalam memperkasakan bahasa Melayu/Indonesia
untuk disampaikan kepada kerajaan/pemerintah.
12.4 Sidang Eksekutif bersetuju untuk melakukan evaluasi pelaksanaan dan
pencapaian Komunike Bersama yang ditandatangani oleh tiga Menteri,
iaitu Prof. Dr. Bambang Sudibyo, Menteri Pendidikan Nasional
Republik Indonesia, Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia
Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Perhubungan selaku
wakil Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan Dato Seri
Hishammudin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada 31 Julai
2006 di Jakarta, Indonesia, kemudian akan membuat tindakan
lanjutan. Sehubungan dengan keputusan itu, urus setia diminta
menyiapkan laporan masing-masing negara, dan dipertukarkan di