SIDANG REDAKSI - ikpkt.kpkt.gov.myikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/final_Bulletin_IKPKT.pdf ·...
Transcript of SIDANG REDAKSI - ikpkt.kpkt.gov.myikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/final_Bulletin_IKPKT.pdf ·...
SIDANG REDAKSI
PENAUNG Nor Azalina Yusnita Abdul Rahman PENASIHAT Nor Mazlan Mohd Yunus EDITOR Izzatul Huda Zahid SIDANG PENGARANG Ahmad Afnan Abd Munil Fadli Aziz Harnina Siti Aisyah Mat Daud Muhamad Zaidi Rasip Nur Amirah Hamzah Nurul Atiqah Nazir Rudin Wan Auni Sabihah Wan Mustafa Wan Nur Najwa Wan Husin PENERBIT MERAH PRINT & SUPPLY SDN. BHD.
03 Sorotan Istimewa
05 Info I-KPKT
09 Kursus I-KPKT
15 Kerjasama Strategik
17 Santai I-KPKT
18 Sorotan Muhibah
19 Lensa Kelab
20 APC I-KPKT
21 Write-up
23 Nukilan
Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka
buletin I-KPKT untuk pertama kalinya berjaya diterbitkan. Kejayaan ini merupakan
hasil usaha institut ini untuk melebarkan peranan dalam bidang penerbitan melalui
hasil laporan dan penyelidikan. Justeru, penerbitan buletin ini merupakan bukti
permulaan terhadap perkembangan peranan Institut Latihan Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (I-KPKT) dalam industri dan usaha ini akan berterusan dari
masa ke masa selaras dengan aspirasi kami untuk menjadikan I-KPKT sebagai
sebuah industri yang berdaya saing pada masa hadapan.
I-KPKT juga akan terus komited dalam menyediakan aktiviti yang diperlukan bagi
meningkatkan potensi dan keyakinan diri bagi warga Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT) begitu juga dengan pelbagai agensi di bawah
kementerian ini serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sebagai rakan pilihan,
kami bersedia berkongsi pengalaman, kemahiran dan ilmu bagi membantu
membina potensi diri melalui proses latihan kami.
NOR AZALINA YUSNITA BINTI ABDUL RAHMAN
PENGARAH
INSTITUT LATIHAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (I-KPKT)
SOROTAN ISTIMEWA 3
SEULAS PINANG
Setinggi-tinggi kesyukuran di atas keizinanNya dengan lahirnya keluaran sulung
Buletin I-KPKT ini berkat muafakat dan kerjasama semua pihak yang terlibat. Buletin
ini adalah himpunan peristiwa, pencapaian dan tugasan yang telah berlangsung di
sini demi kesinambungan fungsi Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(I-KPKT) sebagai sebuah pusat latihan dan rujukan semua profesion yang terlibat di
dalam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Semoga keluaran
sulung ini akan mencetuskan semangat kepada
semua sidang redaksi untuk terus berkarya dan
bermuafakat untuk melahirkan keluaran-keluaran yang
lebih bermakna pada masa-masa yang akan datang.
Saya berharap usaha sebegini tidak terhenti di sini malah
warga I-KPKT akan terus berikhtiar dan kreatif di dalam
menghasilkan pelbagai produk penerbitan demi
kelangsungan institusi ini dan menjadikan I-KPKT
bukan sahaja relevan dan signifikan di dalam KPKT
sahaja malah di dalam sektor awam umumnya.
Semoga keluaran sulung ini akan menjadi titik tolak
kepada pengeluaran dan penerbitan yang
seterusnya dengan pengisian yang lebih menarik,
berinformasi, relevan dan praktikal.
NOR MAZLAN BIN MOHD YUNUS
KETUA PUSAT PENGAJIAN PERANCANGAN
BANDAR DAN URBANISASI
INSTITUT LATIHAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN
TEMPATAN
SOROTAN ISTIMEWA 4
DARI MEJA PENASIHAT
I-KPKT LATAR BELAKANG
Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (I-KPKT) merupakan salah satu
agensi di bawah Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan
statusnya adalah setaraf dengan jabatan
atau bahagian di kementerian. Penubuhan
I-KPKT telah dipersetujui oleh kerajaan
pada Januari 2008 dengan cadangan
penempatan seramai 10 orang kakitangan
Core-Team. Secara amnya, Core
Business I-KPKT adalah menyediakan
latihan kepada kakitangan Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT). Manakala
dalam jangka masa panjang pula, I-KPKT
berperanan sebagai Pusat Pengumpulan
Maklumat, Pusat Rujukan dan Khidmat
Nasihat kepada Pihak Berkuasa
Tempatan dalam bidang teknologi,
perkembangan produk dan perkhidmatan,
penggubalan dasar, perancangan serta
perlaksaan program mahupun projek.
Pelanggan utama I-KPKT adalah anggota
kerja Pihak Berkuasa Tempatan.
Manakala pelanggan sokongan pula terdiri
daripada jabatan teknikal yang terlibat
secara langsung dalam pembangunan di
kawasan PBT, Pertubuhan Profesional
yang berkaitan dengan Perancang
Bandar, Arkitek, Jurutera, Arkitek
Landskap dan lain-lain. Ia juga melibatkan
Pertubuhan Bukan Kerajaan, Pemaju
Perumahan dan semua badan yang
terlibat dalam pembangunan penempatan
manusia dan perumahan.
INFO I-KPKT 5
Pusat Kecemerlangan dalam Bidang
Latihan, Rujukan dan Khidmat Nasihat
bagi aspek Perancangan Fizikal, Sosial,
Ekonomi dan Alam Sekitar yang mampan
bagi mewujudkan persekitaran kehidupan
yang berkualiti dan pembangunan
penempatan manusia yang memenuhi
sistem penyampaian perkhidmatan yang
berkesan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
VISI
KURSUS
TAHUNAN
66
TENAGA
PENGAJAR
BERKUALITI
50
KERJASAMA
STRATEGIK
5
MISI
I. Membangunkan modul dan melaksanakan
program latihan bersistematik ke arah
pembangunan modal insan yang berkualiti
selaras dengan wawasan negara.
II. Berperanan sebagai pakar rujuk dan
khidmat nasihat dalam bidang
perbandaran, perumahan, landskap,
pengurusan sisa pepejal dan pembersihan
awam serta pengurusan kerajaan
tempatan.
III. Menyelaras dan mengendalikan taklimat
mengenai akta, undang-undang kecil dan
peraturan serta dasar atau polisi semasa
yang dikeluarkan oleh Kementerian
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
OBJEKTIF
01 Melaksanakan latihan dalam semua
aspek berkaitan Kerajaan Tempatan,
perancangan dan penempatan manusia
kepada anggota Pihak Berkuasa
Tempatan.
02 Mewujudkan pusat rujukan yang
responsif bagi menangani isu-isu yang
berkaitan dengan Pihak Berkuasa
Tempatan.
03 Menyediakan khidmat nasihat kepada
Pihak Berkuasa Tempatan dari segi
teknologi, bahan/produk, program dan
projek untuk pelaksanaan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan.
Education Lorem TECHNICAL TRAINING TOWARDS
EXCELLENCE PUBLIC SERVICE
INFO I-KPKT 6
PUSAT PENGAJIAN SISA
PEPEJAL & KESIHATAN
PERSEKITARAN
PUSAT PENGAJIAN
PENGURUSAN
PERUMAHAN
PUSAT PENGAJIAN
PENGURUSAN
LANDSKAP
PUSAT PENGAJIAN
PEMBERDAYAAN
KOMUNITI
PUSAT PENGAJIAN
KERAJAAN
TEMPATAN
PUSAT PENGAJIAN
PERANCANGAN
BANDAR &
URBANISASI
CORE
BUSINESS
I-KPKT
6
INFO I-KPKT 7
PENTADBIRAN PEJABAT AM PERPUSTAKAAN 3 BILIK MESYUARAT
BESAR 1 BILIK MESYUARAT
DEWAN 3 GELANGGANG
BADMINTON GIMNASIUM
AKADEMIK DEWAN KULIAH 2 MAKMAL KOMPUTER SURAU
8 BILIK KULIAH KAFETERIA
PENGINAPAN WANITA 5 SUIT PERDANA 27 BILIK DELUXE 82 BILIK TWIN SHARING BILIK DOBI & SETERIKA BILIK KARAOKE 3 LOUNGE GIMNASIUM
BLOK
A
BLOK
B
BLOK
C
AKADEMIK BLOK
D
10 BILIK KULIAH
AKADEMIK BLOK
E
BLOK
F
PENGINAPAN LELAKI
20 BILIK DELUXE 82 BILIK TWIN SHARING BILIK DOBI & SETERIKA BILIK KARAOKE 3 LOUNGE GIMNASIUM
BLOK
G
I-KPKT
INFO I-KPKT 8
Kursus ini merupakan kerjasama strategik di antara Pusat Pengajian Pengurusan
Perumahan, Insitut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) bersama
Bahagian Pembangunan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan
INTAN Sabah. Kursus ini telah melibatkan seramai 25 orang peserta dari Pihak Berkuasa
Tempatan Sabah.
SENARAI KURSUS 2018
KURSUS HOUSING DESIGN : FROM CONCEPT TO FABRICATION
PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN PERUMAHAN
KURSUS I-KPKT 9
1. AKTA PENGURUSAN STRATA 2013
6. EMPANGAN & STESEN JANAKUASA ELEKTRIK
2. PERAKAUNAN & KEWANGAN 7. PENILAIAN TANAH & PEMBANGUNAN TANAH
3. KONSEP & TEKNOLOGI TERKINI 8. PENILAIAN SEMULA PIHAK BERKUASA TEMPATAN
4. ISU & CABARAN PERUMAHAN HAK MILIK STRATA
9. DIMENSI PELABURAN BARU PIHAK BERKUASA TEMPATAN
5. ASAS TEKNOLOGI BANGUNAN & LAWAT PERIKSA
10. PENGURUSAN KONTRAK KERAJAAN
11. HOUSING DESIGN
Kursus ini bertujuan untuk
memberi pendedahan, melatih
serta meningkatkan kemahiran
para peserta dalam bidang
teknikal dan pengurusan projek.
Berikut merupakan senarai
kursus anjuran Pusat Pengajian
Pengurusan Perumahan bagi
tahun 2018.
Kursus ini merupakan kerjasama strategik di
antara Pusat Pengajian Kerajaan Tempatan,
I-KPKT bersama INTAN Sarawak dan Jabatan
Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Kursus yang berlangsung pada 23 hingga 25
Oktober 2018 ini telah melibatkan seramai 25
orang peserta dari Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) dan pelbagai Jabatan di Negeri Sarawak.
Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi
pendedahan kepada pegawai PBT mengenai
penyiasatan menggunakan kaedah fotografi
forensik dalam keselamatan makanan. Selain
itu, mereka turut diberi pendedahan dan latihan
mengenai penilaian tandas-tandas awam
berdasarkan format penilaian tandas yang telah
disediakan.
KURSUS FORENSIK TANDAS DAN PREMIS MAKANAN
PUSAT PENGAJIAN KERAJAAN TEMPATAN
1. PENILAIAN
KEADAAN JALAN (ROAD CONDITION ASSESSMENT)
2. PENGGUNAAN ONE STOP CENTRE ONLINE
3. PENGGUNAAN SISTEM ePBT
4. KURSUS
PENYIASATAN FORENSIK KESELAMATAN MAKANAN
5. FORENSIK TANDAS DAN PREMIS MAKANAN
SENARAI KURSUS 2018
Selain pembelajaran di dalam kelas, sesi latihan secara hands-on di mana peserta diberi tugasan
untuk diselesaikan di lapangan.
KURSUS I-KPKT 10
Kerja lapangan bagi kursus ini telah berlangsung pada
16 Ogos 2018 yang melibatkan seramai 46 orang
peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia. Kursus
yang berlangsung selama tiga hari ini telah dijalankan
dengan kerjasama PLANMalaysia@Selangor.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi
kefahaman berkaitan proses dan penggunaan drone di
dalam melaksanakan perancangan fizikal. Melalui
kursus ini, diharapkan para peserta dapat
mengaplikasikan penggunaan drone dalam perancangan
fizikal pada masa akan datang serta memanfaatkan
penggunaan UAV dalam mencerap maklumat.
KURSUS PENGGUNAAN & OPERASI UAV DAN DRONE DALAM PERANCANGAN & PEMBANGUNAN: SIASATAN TAPAK
PUSAT PENGAJIAN PERANCANGAN BANDAR & URBANISASI
SENARAI KURSUS 2018
KURSUS I-KPKT 11
1. PENYEDIAAN LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN
7. PENGURUSAN TANAH TINGGI 8. CAJ PEMAJUAN
2. PENGUATKUASAAN AKTA 172
3. PENYERTAAN AWAM 9. PENGGUNAAN UAV & DRONE 10. HANDS-ON GIS 11. PENILAIAN IMPAK EKONOMI
BAGI PROJEK PEMBANGUNAN 12. PENGGUNAAN UAV & DRONE SIRI2 13. BEST PLANNING PRACTICES
4. SOCIAL IMPACT ASSESSMENT
5. HADS-ON AKTA 172 6. GARIS PANDUAN
PERANCANGAN PLANMALAYSIA
Bengkel Mock-Trial kes Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) anjuran Pusat Pengajian
Pemahaman & Penguatkuasaan Undang-Undang, I-KPKT telah dijalankan pada 24 hingga
26 Julai 2018 bertempat di Mahkamah Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata. Bengkel
yang melibatkan penceramah daripada Bahagian Undang-undang KPKT serta Tribunal
Perumahan dan Pengurusan Strata ini telah dihadiri oleh 25 orang peserta yang terdiri
daripada pegawai dan kakitangan bahagian undang-undang dan penguatkuasaan PBT dari
seluruh Semenanjung Malaysia. Hasil dapatan program ini ialah para peserta memperolehi
pemahaman mengenai tatacara pengurusan kes-kes mahkamah dalam skop pengiklanan di
PBT.
Bengkel ini turut memberi peluang kepada peserta untuk menjalankan lakonan perbicaraan
kes-kes PBT di mahkamah. Melalui latihan ini peserta dapat mengaplikasikan setiap teori
yang telah dipelajari di kelas dalam bentuk praktikal seterusnya memberikan kefahaman
yang lebih jelas kepada peserta.
SENARAI KURSUS 2018
BENGKEL MOCK-TRIAL PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PUSAT PENGAJIAN PEMAHAMAN & PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
KURSUS I-KPKT 12
1. PENYIASATAN DAN PENGUATKUASAAN PELBAGAI JABATAN
2. PEMANTAPAN PEGAWAI PENGUATKUASA
3. PENGURUSAN TUNTUTAN SEWAAN, PENYITAAN DAN PELUPUSAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (LEGAL DEBT RECIVERY FOR LOCAL AUTHORITY)
4. TINDAKAN PENGUATKUASAAN AKTA 757 (COB) STRATA
5. TEKNIK TATACARA
PENDAKWAAN KES-KES SIVIL UNTUK PENGUATKUASAAN AKTA 757 OLEH JOINT MANAGEMENT BODY DAN MANAGEMENT CORPORATION
6. PEMAHAMAN ASAS STATUS
BAGI PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG PIHAK BERKUASA TEMPATAN.
Kursus ini telah berlangsung pada 2 hingga 4 Mei 2018 di Institut Latihan Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (I-KPKT) yang melibatkan seramai 25 peserta. Para peserta telah
berpeluang untuk melawat Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Tagar di Hulu Selangor pada 5
Mei 2018 untuk melihat sendiri pembinaan tapak pelupusan, rekabentuk serta proses
pengurusan sampah yang dijalankan dengan menggunakan kaedah sanitari. Tapak
Pelupusan Sanitari Bukit Tagar ini menguruskan sampah-sampah di seluruh Lembah Klang.
Rekabentuk dan pembinaan landfill serta penggunaan teknologi memainkan peranan penting
dalam pengurusan sisa pepejal di Malaysia.
SENARAI KURSUS 2018
KURSUS REKABENTUK DAN PEMBINAAN
TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL
PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL
& KESIHATAN PERSEKITARAN
KURSUS I-KPKT 13
1. PEMAHAMAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL MAMPAN
2. APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PENGURUSAN SISA DAN PEMBERSIHAN AWAM
3. REKA BENTUK DAN PEMBINAAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL
4. EKONOMI SEKULAR : TRANSFORMASI SISA SEBAGAI SUMBER
5. PENGENALAN GIS DALAM TEKNOLOGI PENGURUSAN SISA PEPEJAL
6. REKA BENTUK LANDFILL SERTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN SISA BINAAN YANG EFEKTIF
7. AMALAN PEMAHAMAN ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM
KURSUS 4R
RECYCLE GARDEN
Kursus 4R telah berlangsung
pada 10 hingga 13 Julai 2018
bertempat di Institut Latihan
Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (I-KPKT). Kursus ini
telah memberikan pendedahan
mengenai ilmu kitar dan guna
semula bahan buangan serta
melatih para peserta dalam
proses reka bentuk Taman
Kecil daripada hasil buangan
dan sisa boleh olah semasa
sesi hands-on. Para peserta
diberikan tugasan untuk
membina sebuah taman 4R
yang berkonsepkan taman
herba dengan menggunakan
pokok-pokok herba sumbangan
daripada Jabatan Pertanian
Malaysia, Serdang.
Lanjutan daripada kursus ini,
diharapkan agar peserta dapat
mengaplikasikan kemahiran
yang diperolehi untuk
digunakan dalam menjalankan
kerja-kerja landskap di agensi
masing-masing.
SENARAI KURSUS 2018
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
4
4.5
sebelumkursus
selepaskursus
Tahap pengetahuan & kemahiran peserta
Tahappengetahuan& kemahiranpeserta
KURSUS MASTER GARDENER
PENANAMAN
KAWALAN PENYAKIT & PEROSAK
PEMANGKASAN
MEMANJAT
PENYELENGGARAAN MESIN DAN JENTERA
PEMBAJAAN
KURSUS TEKNIKAL LANDSKAP
4R : RECYCLE GARDEN
PENGURUSAN TURF DI PADANG AWAM
PROSES REKA BENTUK SIMENFERO
ARBORIKULTUR
BENGKEL HANDS-ON
BENGKEL APLIKASI “SISTEM
TANYA SAMA POKOK”
PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN LANDSKAP
KURSUS I-KPKT 14
KERJASAMA STRATEGIK I-KPKT 2018
KERJASAMA STRATEGIK 15
Idea yang dicetuskan oleh Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek,
Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melakarkan kejayaan pelaksanaan penganjuran kursus menerusi
Kerjasama Strategik antara Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (I-KPKT) bersama INTAN Sarawak, INTAN Sabah dengan
kerjasama The Ministry of Local Government and Housing (MLG) Sarawak
dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah pada
tahun 2017, I-KPKT dengan langkah proaktif meneruskan jalinan kerjasama
ini pada tahun 2018 memandangkan maklum balas yang diterima amat
memberangsangkan.
Program pelaksanaan Kerjasama Strategik ini bertujuan untuk
merealisasikan pembangunan modal insan yang intelek dan berkualiti
melalui pemindahan pengetahuan (knowledge transfer) dan latihan secara
amali (hands on training).
Penjimatan kos latihan juga dapat dicapai melalui program Off-campus selain
daripada meningkatkan sistem penyampaian kerajaan dan memaksimakan penggunaan sumber
pelbagai agensi kerajaan dan jaringan kerjasama.
Program Off-Campus ini telah bermula di INTAN
Sarawak pada 23 hingga 25 Oktober 2018 dengan
penglibatan seramai 167 orang peserta daripada
pelbagai agensi Pihak Berkuasa Tempatan dari
Sarawak. Majlis Perasmian Program Pelaksanaan
Kursus-kursus I-KPKT secara Kerjasama Strategik
bersama INTAN Sarawak dengan kerjasama MLG
Sarawak dan JBPM Sarawak telah disempurnakan oleh
Pengarah I-KPKT, YBrs. Puan Nor Azalina Yusnita
Abdul Rahman pada 25 Oktober 2018.
Manakala Program Off-Campus di INTAN
Sabah pula diadakan pada 29 hingga 31
Oktober 2018 dengan penglibatan seramai
134 orang peserta dan juga terdiri daripada
pelbagai agensi dan Pihak Berkuasa
Tempatan di Sabah.
Majlis Perasmian Program Pelaksanaan
Kursus-kursus I-KPKT secara Kerjasama
Strategik bersama INTAN Sabah dengan
kerjasama KKTP Sabah dan JBPM Sabah
telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua
Setiausaha (Kesejahteraan Bandar) KPKT,
YBhg. Tuan Zamri Salleh pada 31 Oktober
2018.
;
Kursus - kursus yang dianjurkan sepanjang
Kerjasama Strategik Sabah & Sarawak
mengikut pusat-pusat pengajian I-KPKT
seperti yang dinyatakan dalam jadual di
bawah :
PUSAT PENGAJIAN TAJUK KURSUS
PUSAT PENGAJIAN
PERANCANG BANDAR
DAN URBANISASI
1. Kursus Inovasi
Perancangan: Best
Planning Practices
2. Kursus Aplikasi Drone
bagi Meningkatkan
Keberhasilan
Perancangan
Pembangunan yang
Efektif
PUSAT PENGAJIAN
KERAJAAN TEMPATAN
1. Kursus Penyiasatan
Forensik Keselamatan
Makanan
2. Kursus Forensik Tandas
dan Premis Makanan
PUSAT PENGAJIAN
UNDANG-UNDANG
1. Kursus Pengurusan
Kontrak dan Pengurusan
Projek Kerajaan
2. Kursus Pendedahan
Kemahiran dan
Pengetahuan untuk
Melaksanakan Tugas
sebagai Pegawai
Penyiasat (Siri II)
PUSAT PENGAJIAN
PENGURUSAN LANDSKAP
1. Kursus Master Gardener:
Modul 3 – Pemangkasan
Pokok Ameniti
2. Kursus Teknikal
Landskap: Arborikultur
PUSAT PENGAJIAN
PERUMAHAN
1. Kursus Sistem Binaan
Berindustri (IBS):
M01/M02/M03
2. Kursus Pengurusan
Kontrak dan Pengurusan
Projek Kerajaan
PUSAT PENGAJIAN
PENGURUSAN SISA
PEPEJAL & KESIHATAN
PERSEKITARAN
1. Kursus Amalan
Pemahaman Asas
Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam
2. Bengkel Reka Bentuk
Landfill serta Pengurusan
Sisa Pepejal dan Sisa
Binaan yang Efektif
KERJASAMA STRATEGIK 16
KETAWA MAMPU MENINGKATKAN
PEREDARAN DARAH
SEBANYAK 20%
BERJALAN KAKI SELAMA
2JAM/SEMINGGU DAPAT
MENGURANGKAN RISIKO SERANGAN
JANTUNG
KEKURANGAN AIR BOLEH
MENYUMBANG KEPADA
KESAKITAN TULANG
BELAKANG
GAYA HIDUP SIHAT
SANTAI I-KPKT 17
16 November 2018 Seramai 10 orang Pegawai AJK Landskap Institut Latihan Kemahiran Belia (IKBN) Temerloh hadir ke Program Lawatan Rasmi Urban Farming I-KPKT untuk menimba dan berkongsi pengalaman bersama Pusat Pengajian Landskap I-KPKT bagi pelaksanaan program Usahasama Pintar Bersama I-KPKT, Jabatan Pertanian dan DBKL.
15 November 2018 I-KPKT dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK Bentong) telah melakukan urine test ke atas seluruh warga I-KPKT termasuklah pegawai, pengurus bangunan, kakitangan kontraktor pembersihan dan keselamatan.
13 November 2018 Kesemua pegawai I-KPKT telah terlibat dalam Lawatan Penanda Aras EKSA ke Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).
14 November 2018 Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) telah melakukan lawatan muhibah ke I-KPKT yang melibatkan seramai 20 orang kakitangan. Pengisian dalam sesi perbincangan ini mencakupi bidang pusat latihan seperti latihan, jaringan antarabangsa, penyelidikan dan penerbitan.
13 Disember 2018 Pengurus Bangunan I-KPKT, EMF Energy Sdn Bhd. dengan kerjasama JBPM Bentong telah melakukan Latihan Pengungsian Bangunan 'Fire Drill' & Kursus Pencegahan Kebakaran. Latihan ini melibatkan seluruh warga I-KPKT termasuk kakitangan kontraktor pembersihan dan keselamatan.
SOROTAN MUHIBAH
MUHIBAH I-KPKT 18
17
MA
C 2
01
8
7 A
PR
IL 20
18
1
JU
N 2
01
8
13
JULA
I 20
18
8
DIS
20
18
Program Fit Malaysia Pahang 2018
Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka
Puasa I-KPKT Ramadan 1439H/2018M
Majlis Makan Malam Kelab Kebajikan
Sosial Dan Rekreasi I-KPKT 2018
Pertandingan Badminton Piala All
I-KPKT 2018
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
I-KPKT 2018
LENSA I-KPKT 19
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2017
Bagi tahun 2017, Encik Irwan Iskandar bin Anuar dan Encik Shaiful Fikri bin Ahmad telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Majlis ini telah berlangsung pada 09 Januari 2018 dan telah disempurnakan oleh YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pada waktu tersebut iaitu Tan Sri Dato’ Haji Noh Omar. Penganugerahan ini adalah satu pengikhtirafan I-KPKT kepada pegawai yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang tahun 2017. Diharapkan anugerah dan pengiktirafan ini menjadi titik tolak kepada pegawai I-KPKT yang lain untuk lebih fokus, bersemangat dan komited dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Seluruh warga I-KPKT mengucapkan syabas dan tahniah kepada penerima di atas penganugerahan ini.
ENCIK SHAIFUL FIKRI BIN AHMAD “Janganlah dilabelkan sebagai pegawai yang sukar dicari, sebaliknya biarlah dilabelkan sebagai pegawai yang sukar dicari ganti”. ENCIK IRWAN ISKANDAR BIN ANUAR “Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan dia sangat menyukai pekerjaan yang dia lakukan.”
MUTIARA KATA
APC I-KPKT 20
AMALAN PENGURUSAN TERBAIK LANDSKAP UNTUK PERSEKITARAN SEJAHTERA DI DALAM KAWASAN PENEMPATAN OLEH PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN LANDSKAP
Pembangunan bandar dijangka akan berhadapan dengan pelbagai krisis akibat daripada kepesatan pembangunan dan pertumbuhan penduduk yang kian rancak dan mendadak. Oleh itu, reka bentuk sebuah bandar yang selesa dan kondusif untuk didiami adalah merupakan satu keperluan di dalam usaha untuk memberikan kualiti kehidupan yang sejahtera kepada generasi yang akan datang. Kini pelbagai konsep dan idea baru telah diketengahkan di dalam pembangunan bandar masa kini seperti pembangunan bercampur, bandar berdayahuni, penyediaan kawasan lapang yang efektif, pembangunan kemudahan pengangkutan awam yang efisien dan pembinaan lorong pejalan kaki dan laluan basikal bagi mencipta satu situasi kehidupan yang harmoni, berdaya tahan dan inklusif. Di samping itu aspek-aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar juga perlu diberi penekanan yang serius agar pengurusan sesebuah bandar itu lebih mesra alam, berorientasikan penjagaan sumberjaya dan berpaksikan kepada kelestarian persekitaran.
Pihak kerajaan sentiasa bertungkus lumus merangka dasar dan strategi di dalam memastikan alam sekitar, flora dan fauna sentiasa dipelihara di samping mengawal pembangunan yang berlaku dari masa ke semasa. Pembangunan kawasan lapang dan kawasan rekreasi di kawasan bandar adalah bertujuan untuk mewujudkan kesimbangan di antara pembangunan hutan batu dengan hutan yang berasaskan kehijauan dan landskap lembut yang teratur serta terurus. Pihak kerajaan pada ketika itu telah menyediakan Transformasi Nasional 2050 atau TN50 yang selari dengan inisiatif yang diutarakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di mana satu pendekatan khas telah diberikan ke arah kemampanan persekitaran dengan menzahirkan pembangunan-pembangunan yang berasaskan landskap lembut seperti taman awam, kawasan landskap dan kawasan rekreasi demi kesejahteraan bandar, kesihatan dan keselamatan alam sekitar menjelang tahun 2050.
WRITE-UP 21
Tujuan utama agenda ini diasaskan ialah untuk mencapai sebuah persekitaran yang holistik berlandaskan kepada pemeliharaan, pemuliharaan dan pengekalan ke atas sumber landskap semulajadi yang boleh dicapai melalui sebuah sistem pengurusan yang mampan. Situasi ini juga mampu dicapai melalui pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan aspek perancangan bandar dan pembangunan landskap di Malaysia. Di dalam usaha untuk mencapai sebuah persekitaran dan pembangunan yang lestari, Amalan Pengurusan Terbaik Landskap telah menggariskan 5 prinsip :
Diharapkan melalui Amalan Pengurusan Terbaik Landskap ini akan mampu merealisasikan impian negara untuk menzahirkan sebuah pembangunan yang seimbang tanpa menyisihkan kepentingan persekitaran dan sumberjaya ke arah pembentukan kualiti alambina yang kondusif, komuniti yang harmoni dan penempatan yang berdayahuni.
Strategi Pembangunan
Kewangan
Polisi
Kemampuan
Peningkatan Khidmat
Pelanggan
WRITE-UP 22
Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandar Raya
Beringin tua di pinggir jalan raya di sebuah ibu kota yang setengah muda
ratusan tahun usianya berdiri menadah matahari memayungi bumi
burung-burung berterbangan menyanyi di sini rumah mereka, di sini keluarga bahagia kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya
anak-anak bermain di keteduhan perdunya
Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang gergasi teknologi menyerangnya
dengan kejam membenamkan gigi-gigi besi sehingga terdengarlah jeritan ngeri
suara Beringin rebah ke bumi
Sampai sekarang, tiap senjakala lembayung petang dengarlah suara Beringin mengucapkan pesan:
Selamat tinggal,
selamat tinggal awan Selamat tinggal matahari selamat tinggal bulan
Selamat tinggal kupu-kupu sayang Selamat tinggal wahai burung-burung bersarang
Selamat tinggal anak-anak bermain riang
Namaku Beringin pohon tua yang terbuang dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan
Usman Awang
Mingguan Bumi, 6 November 1982.
NUKILAN 23
INSTITUT LATIHAN PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN (I-KPKT)
KM 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak,
28750 Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur
Tel : 609-222 9000/9001
Fax : 609-222 9014/9015
Emel : [email protected]
URL : http://ikpkt.kpkt.gov.my
I-KPKT