sifir harta pusaka

10
Pengenalan Sekadar mengetahui bahagian setiapkumpulan waris adalah tidak memadai bagi menentukan pembahagian dengan tepat. Contohnya, ibu mendapat 1/6 bahagian, isteri 1/8 bahagian dan anak-anak mendapat asabah. Bagi anak-anak pula, lelaki mendapat dua bahagian, manakala anak perempuan mendapat satu bahagian. Setakat ini, sukar bagi waris membuat pembahagian kerana bahagian anak-anak tidak diketahui dengan jelas sedangkan setiap waris sepatutnya mengetahui bahagian masing-masing bagi memudahkan perbincangan dan merancang pembahagian. Kaedah pengiraan Bagi mengetahui bahagian setiap waris, perlu ada dalam kalangan waris yang tahu melakukan pengiraan mengiktu kaedah pengiraan faraid. Sebagai asas bagi menetahui bahagian setiap waris, dibincangkan empat kaedah pengiraaan yang digunakan dalam pembahagian harta pusaka. 1. Kaedah pengiraan bahagian anak lelaki dan anak perempuan 2. Kaedah pengiraan bahagian isteri dan anak-anak 3. Kaedah pengiraan bahagian suami dan anak-anak 4. Kaedah pengiraan bahagian ibu, bapa, isteri dan anak-anak. Sifir Waris utama ANAK LELAKI (AL) Asabah bin Nafsi Semua bahagian pusaka jika seorang diri Syaratnya tidak ada waris lain

description

pengiraan harta pusaka

Transcript of sifir harta pusaka

Page 1: sifir harta pusaka

Pengenalan

Sekadar mengetahui bahagian setiapkumpulan waris adalah tidak memadai bagi menentukan

pembahagian dengan tepat. Contohnya, ibu mendapat 1/6 bahagian, isteri 1/8 bahagian dan anak-

anak mendapat asabah. Bagi anak-anak pula, lelaki mendapat dua bahagian, manakala anak

perempuan mendapat satu bahagian.

Setakat ini, sukar bagi waris membuat pembahagian kerana bahagian anak-anak tidak

diketahui dengan jelas sedangkan setiap waris sepatutnya mengetahui bahagian masing-masing

bagi memudahkan perbincangan dan merancang pembahagian.

Kaedah pengiraan

Bagi mengetahui bahagian setiap waris, perlu ada dalam kalangan waris yang tahu melakukan

pengiraan mengiktu kaedah pengiraan faraid. Sebagai asas bagi menetahui bahagian setiap waris,

dibincangkan empat kaedah pengiraaan yang digunakan dalam pembahagian harta pusaka.

1. Kaedah pengiraan bahagian anak lelaki dan anak perempuan

2. Kaedah pengiraan bahagian isteri dan anak-anak

3. Kaedah pengiraan bahagian suami dan anak-anak

4. Kaedah pengiraan bahagian ibu, bapa, isteri dan anak-anak.

Sifir

Waris utama

ANAK LELAKI (AL)

Asabah bin Nafsi Semua bahagian pusaka jika seorang diri Syaratnya tidak ada waris lain

Sama banyak bahagian pusaka jika lebih daripada seorang warisMendapat baki lebihan pusaka Dikongsi bersama

waris fardhuAsabah bil Ghairi Dikongsi bersama anak perempuan

Lelaki – dua bahagian Perempuan – satu bahagian

Page 2: sifir harta pusaka

ANAK PEREMPUAN

Anak Perempuan

½Apabila tunggal/seorang

diriSyaratnya jika si mati tidak ada anak lelaki

2/3 2 orang atau lebih

AshabahApabila bersama anak

laki-laki

SUAMI

1 Suami

½Apabila pewaris tidak meninggalkan

keturunan

¼Apabila pewaris ada meninggalkan

keturunan

ISTERI

Isteri

¼Apabila pewaris tidak meninggalkan

keturunan.

1/8Apabila pewaris ada meninggalkan

keturunan

IBU

Ibu

1/3

Apabila pewaris tidak meninggalkan keturunan

Apabila pewaris hanya mempunyai 1 orang saudara/saudari

1/6

Apabila pewaris ada keturunan

Apabila pewaris mempunyai lebih dari 1 orang saudara/saudari

Page 3: sifir harta pusaka

BAPA

Bapa

1/6Apabila pewaris ada meninggalkan

keturunan lelaki

1/6 + AsabahApabila pewaris ada meninggalkan

keturunan perempuan

AshabahApabila pewaris tidak meninggalkan

keturunan

WARIS GANTI

CUCU LELAKI (CL)

Kaedahnya sepertimana anak lelaki

kecuali cucu lelaki mewarisi secara

Asabah Bil Ghairi dengan cucu

perempuan

Syaratnya tidak ada anak lelaki

Gugur Dengan adanya anak lelaki

CUCU PEREMPUAN

½ Seorang diri Syaratnya tidak ada:

Anak lelaki/perempuan

Cucu lelaki

2/3 2 orang atau lebih

1/6 Jika bersama seorang

anak perempuan (bagi

mencukupkan

bahagian anak

perempuan 2/3)

Syaratnya tidak ada:

Anak lelaki

Cucu lelaki

Asabah bil Ghairi Jika bersama cucu lelaki.

Jika berma cicit lelaki yang lebih rendah darjat daripadanya

sekiranya ia berhajat kepadanya.

Page 4: sifir harta pusaka

Gugur (terhijab oleh) Dengan adanya dua

orang atau lebih anak

perempuan

Syaratnya:

Sekiranya tidak ada cucu lelaki

atau cicit lelaki yang boleh

mengasabahkannya

Gugur (terhijab oleh) Dengan adanya anak lelaki

NENEK

1/6 Syaratnya:

Nenek sebelah ibu sekiranya tiada ibu

Nenek sebelah bapa sekiranya tiada ibu atau bapa

DATUK

Kaedahnya sepertimana bapa Syaratnya tidak ada:

Bapa

Saudara SIB/SB

Bagaimanapun, sekiranya si

mati meninggalkan SIB atau SB

Pembahagiannya tertakhluk kepada kaedah Muqasamah

Gugur Dengan adanya bapa

WARIS KEDUA

Saudara Seibu Sebapa Lelaki (SIBL)

Kaedahnya sepertimana anak lelaki kecuali

mewarisi secara Asabah Bil Ghairi dengan

saudara seibu sebapa perempuan

Syaratnya tidak ada:

1. Anak lelaki

2. Cucu lelaki

3. Bapa

4. Datuk

Gugur Dengan adanya:

1. Anak lelaki

2. Cucu lelaki

3. Bapa

Page 5: sifir harta pusaka

Saudara Seibu Sebapa Perempuan (SIBP)

½ Seorang diri Syaratnya tidak ada:

1. Keturunan ke bawah

2. Bapa

3. Datuk

4. Saudara SIB lelaki

2/3 Dua orang atau lebih

Asabah Bil

Ghairi

Bersama SIB lelaki Syaratnya tidak ada:

1. Anak lelaki

2. Cucu lelaki

3. Bapa

Asabah Maal

Ghairi

Bersama anak atau cucu perempuan atau bersama dengan anak perempuan

dan cucu perempuan (SIBP mendapat baki)

Gugur Dengan Adanya:

1. Anak lelaki

2. Cucu lelaki

3. Bapa

Saudara Sebapa Lelaki (SBL)

Kaedahnya sepertimana anak lelaki kecuali

mewarisi secara Asabah bil Ghairi dengan

saudara sebapa perempuan

Syaratnya tidak ada:

1. Anak lelaki

2. Cucu lelaki

3. Bapa

4. Datuk

5. SIBL

6. SIBP yang menjadi Asabah Maal Ghairi

Gugur Dengan adanya:

1. Anak lelaki

2. Cucu lelaki

3. Bapa

4. SIBL

Page 6: sifir harta pusaka

5. SIBP yang menjadi Asabah Maal Ghairi

Saudara Sebapa Perempuan (SBP)

½ Seorang diri Syaratnya tidak ada:

1. Keturunan kebawah

2. Bapa

3. Datuk

4. SIBL/P

5. SB lelaki

2/3 Dua orang atau lebih

Asabah bil

Ghairi

Dikongsi bersama dengan saudara sebapa lelaki dengan nisbah 2:1

1/6 Dikongsi bersama dengan seorang SIBP

bagi mencukupkan 2/3 bahagian

perempuan

Syaratnya tidak ada:

1. Keturunan ke bawah

2. Bapa

3. Datuk

4. SB Lelaki

Asabah

Maal

Ghairi

Ketika bersama dengan anak perempuan

atau cucu perempuan atau bersama

dengan anak perempuan dan cucu

perempuan (SBP mendapat baki)

Syaratnya tidak ada:

1. Anak lelaki

2. Cucu lelaki

3. Bapa

4. SIBL/P

5. SB lelaki

Gugur

(terhalang)

Dengan adanya :

1. Anak lelaki

2. Cucu lelaki

3. Bapa

4. SIB lelaki

SIB perempuan yang menjadi Asabah Maal Ghairi dengan anak perempuan

atau cucu perempuan

Gugur Dengan adanya dua orang atau lebih SIB perempuan. Tetapi jika SB lelaki,

SB perempuan mendapat Asabah.

Page 7: sifir harta pusaka

Saudara Seibu (Lelaki/Perempuan) (SI)

1/6 Seorang diri Syaratnya tidak ada:

1. Keturunan kebawah

2. Keturunan keatas

1/3 Dua orang atau lebih

Gugur Dengan adanya:

1. Keturunan ke bawah

Keturunan lelaki keatas

*lelaki dan perempuan dibahagi sama banyak

Kaedah pengiraan smbg eda n lpstu shar

Dua orang isteri, tiga anak lelaki dan dua anak perempuan.

1 2 3 4 5

8 64 64

Isteri 1

1/8 1 8 4Isteri 2

2 Anak lelaki Asabah 14 14

2 Anak lelaki Asabah 14 14

2 Anak lelaki Asabah 7 14 14

1 Anak perempuan Asabah 7 7

1 Anak perempuan Asabah 7 7

Petak 1: waris yang berhak iaitu dua orang isteri, tiga anak lelaki dan dua orang anak

perempuan.

Petak 2: bahagian yang diperoleh oleh waris-waris. Isteri mendapat 1/8 bahagian, manakala

anak-anak mendapat Asabah.

Petak 3: jumlah pembahagian awal 8 (Asal masalah), dicatatkan dibahagian atas. Isteri

mendapat satu bahagian dan anak-anak mendapat Asabah sebanyak tujuh bahagian.

Mengikut kaedah Asabah Bil Ghairi, anak lelaki mendapat dua bahagian dicatatkan pada

bahagian hadapan petak. Jumlah bahagian anak-anak ialah lapan bahagian. Anak-anak

mendapat tujuh bahagian, tetapi tidak dapat dibahagikan kepada lapan kerana ia akan

Page 8: sifir harta pusaka

mewujudkan pecahan. Oleh itu jumlah pembahagian awal (Asal masalah) dibesarkan kepada

8 (8x8=64).

Petak 4: jumlah pembahagian akhir 64 (sah masalah). Bahagian isteri juga didarabkan

dengan lapan (1x8=8). Bahagian anak, tujuh adalah satu bahagian. Anak lelaki mendapat dua

bahagian, maka didarabkan dengan dua bersamaan 14 (7x2=14). Anak perempuan pula

mendapat satu bahagian, maka tujuh di darabkan dengan satu bersamaan tujuh.

Oleh kerana si mati meninggalkan dua orang isteri, bahagian isteri sebanyak 8 bahagian perlu

dibahagikan sama rata.

Petak 5: pengiraan akhir, setiap bahagian mendapat 4/64 bahagian setiap seorang dan anak

lelaki mendapat 14/64. Manakala anak perempuan mendapat 7/64 bahagian setiap seorang

daripada kesemua harta pusaka si mati.