Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

17
Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur Sikap guru terhadap penggunaan ICT di Sekolah Kebangsaan Trolak Timur Sham Suhaila Binti Mohd Saleh Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Malaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai sikap guru terhadap penggunaan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di kalangan guru SK Trolak Timur Populasi kajian adalah terdiri daripada 30 orang guru yang mengajar tahun 1 hingga tahun 6. Sampel pula terdiri daripada 20 orang guru yang mengajar tahun peperiksaan UPSR. Kajian berbentuk diskriptif ini menggunakan instrumen soal selidik yang berasas Skala Likert.Statistik deskriptif telah digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data. . Data dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan pada keseluruhannya, walaupun guru-guru mempunyai minat dan bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, namun kekurangan sumber dan kesukaran mengakses internet menyebabkan mereka lebih menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional. Selain daripada itu, guru yakin bahawa ICT dapat dapat meningkatkan amalan pengajaran mereka. Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan penggunaan ICT di kalangan guru minat, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah-sekolah kerajaan atau swasta, dan badan-badan korporat seharusnya dapat memainkan peranan penting dengan menyediakan program-program atau latihan yang bersesuaian bagi guru-guru dan bilangan komputer yang lebih banyak disediakan di sekolah-sekolah. Kata kunci : Penggunaan ICT, sikap guru 1.0 Pengenalan Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memberi impak positif dalam pelbagai aspek kehidupan manusia terutamanya di dalam aspek pendidikan. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting dalam perkembangan pendidikan hari ini. Selari dengan abad ke-21, perluasan penggunaan komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT negara. Era teknologi maklumat memerlukan institusi pendidikan 1

Transcript of Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

Page 1: Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur

Sikap guru terhadap penggunaan ICT di Sekolah Kebangsaan Trolak Timur

Sham Suhaila Binti Mohd Saleh

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan MalaysiaUniversiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai sikap guru terhadap penggunaan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di kalangan guru SK Trolak Timur Populasi kajian adalah terdiri daripada 30 orang guru yang mengajar tahun 1 hingga tahun 6. Sampel pula terdiri daripada 20 orang guru yang mengajar tahun peperiksaan UPSR. Kajian berbentuk diskriptif ini menggunakan instrumen soal selidik yang berasas Skala Likert.Statistik deskriptif telah digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data. . Data dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan pada keseluruhannya, walaupun guru-guru mempunyai minat dan bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, namun kekurangan sumber dan kesukaran mengakses internet menyebabkan mereka lebih menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional. Selain daripada itu, guru yakin bahawa ICT dapat dapat meningkatkan amalan pengajaran mereka. Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan penggunaan ICT di kalangan guru minat, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah-sekolah kerajaan atau swasta, dan badan-badan korporat seharusnya dapat memainkan peranan penting dengan menyediakan program-program atau latihan yang bersesuaian bagi guru-guru dan bilangan komputer yang lebih banyak disediakan di sekolah-sekolah.

Kata kunci : Penggunaan ICT, sikap guru

1.0 Pengenalan

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memberi impak positif

dalam pelbagai aspek kehidupan manusia terutamanya di dalam aspek pendidikan.

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting dalam

perkembangan pendidikan hari ini. Selari dengan abad ke-21, perluasan penggunaan

komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT negara. Era

teknologi maklumat memerlukan institusi pendidikan menggubal matlamat utama

pendidikan bagi membentuk generasi muda yang mahir dan celik komputer. ICT

dikatakan mampu menjadi penggerak utama ke arah mewujudkan masyarakat yang

bermaklumat sekaligus meningkatkan daya saing dan prestasi ekonomi negara secara

menyeluruh. Prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia

1

Page 2: Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur

membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dan berkesan di dalam bilik darjah.

Menurut Ng Wai Kong (1999), peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi

video dan digital telah menyediakan satu persekitaran media yang serba boleh untuk

keperluan guru dan pelajar

Proses pengajaran dan pembelajaran (Pdp) dapat dipertingkatkan mutunya dan

dipelbagaikan cara penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti

berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian

dan pangkalan data atau maklumat yang boleh diperoleh melalui sistem internet,

perisian dan pangkalan data. Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat

meningkatkan minat dan meransang minda pelajar di zaman siber. Hal ini telah

dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Kamps,

1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996; Mackenzie &Jansen, 1998; Heinich et al, 1999).

Oleh itu, dalam usaha melahirkan masyarakat bermaklumat, kerajaan telah

memperuntukkan sejumlah wang yang besar dalam usaha mengaplikasi teknologi ICT

dalam bidang pendidikan di negara kita. Menerusi Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan 2006-2010, kerajaan telah memperuntukan sejumlah besar perbelanjaan

pendidikan negara bagi menaik taraf infrastruktur dan prasarana di samping

meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan menerusi pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan. Di antara salah satu matlamat pelan adalah merapatkan jurang digital

dengan menyediakan kemudahan ICT antara lokasi dan meningkatkan kemahiran ICT

di kalangan guru dan pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010,

2006).

1.2 Latar Belakang Kajian

Kajian ini telah dijalankan di SK Trolak Timur,Perak . Kajian ini bertujuan untuk mengetahui

sikap guru terhadap penggunaan ICT di sekolah tersebut. Selain daripada itu, ia bertujuan

untuk mengetahui penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di SK Trolak Timur. Sampel kajian

terdiri daripada dua puluh orang guru yang pernah mengajar di sekolah tersebut.

1.3 Pernyataan Masalah

2

Page 3: Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur

Penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dalam pengajaran masih belum memuaskan di

kalangan guru di SK Trolak Timur. Berdasarkan latar belakang masalah dan persoalan yang

timbul, kajian ini dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat mengenai sikap guru terhadap

penggunaan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini

dilaksanakan bagi meninjau sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui objektif-objektif berikut :

1. Menilai sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dalam

pengajaran.

2. Mengetahui tahap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di kalangan guru SK Trolak

Timur

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini persoalan kajian yang diutarakan adalah :-

a. Apakah sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dalam pengajaran?

b. Sejauh manakah guru menggunakan ICT sebagai alat pedagogi dalam pengajaran?

3

Page 4: Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur

1.6 Kerangka Konseptual

Rajah 1 menunjukkan kerangka konseptual yang merupakan peta kepada kajian ini. Proses

menjalankan kajian merangkumi tiga peringkat utama iaitu peringkat perancangan,

pelaksanaan dan keputusan.

1.6.1 Perancangan

Terbahagi kepada proses pembinaan instrumen. Instrumen ialah alat untuk mengumpul data

yang dikehendaki bagi menjawab soalan penyelidikan yang telah ditetapkan. Maka,

instrumentasi ialah proses menyediakan alat mengumpul data. Penyediaan instrumen adalah

sebagai alat untuk ditadbirkan supaya sampel mengisi maklumat yang sejajar dengan soalan

penyelidikan. Data yang diperoleh akan diproses berdasarkan kaedah analisis tanpa

menggunakan SPSS. Instrumen yang dihasilkan perlu menilai aspek-aspek yang dapat

menjawab persoalan kajian dan tidak membebankan responden. Instrumen yang telah kami

pilih adalah menggunakan soal selidik.

1.6.2 Pelaksanaan

4

Page 5: Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur

Pelaksanaan melihat bagaimana sikap guru di SK Trolak Timur terhadap penggunaan ICT di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui pentadbiran instrumen. Melalui proses

pelaksanaan, pengkaji akan menilai tahap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di kalangan

guru SK Trolak Timur. Adakah guru di SK Trolak Timur menggunakan ICT sebagai alat

pedagogi di sekolah?

Melalui proses pelaksanaan ini juga, pengkaji menilai sikap guru terhadap penggunaan ICT

sebagai alat pedagogi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.6.3 Penilaian.

Item yang menjadi tumpuan dalam proses penilaian adalah keberkesanan ICT sebagai salah

satu alat pedagogi di sekolah. Pengkaji menilai sejauhmana kajian ini memberi impak kepada

sikap guru di SK Trolak Timur terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di sekolah.

2.0 Kajian Literatur

Dalam era moden, ICT memainkan peranan yang penting terhadap kehidupan masyarakat

pada masa kini. Kejayaan masyarakat amat berkait rapat dengan integrasi ICT dalam setiap

aspek kehidupan. Selain itu, ICT dapat meningkatkan daya saing di kalangan organisasi;

mereka menyediakan alat dan kaedah untuk mendapatkan akses kepada peluang-peluang baru

dan perkhidmatan maklumat khusus seperti pendidikan jarak jauh, latihan yang berterusan

dan perundingan. Organisasi yang dapat mengeksploitasi potensi yang ditawarkan oleh ICT

boleh mengendalikan proses inovatif dengan lebih berkesan ( Fulantelli & Allegra , 2003).

Kemajuan teknologi bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup seseorang. Namun

demikian, tidak semua orang akan mendapat manfaat daripada kemajuan itu. ICT telah

menjadi satu bahagian yang penting dalam kebanyakan organisasi dan perniagaan

terutamanya di Malaysia. Penggunaan ICT dapat mengekalkan daya saing kepada seseorang

individu terutamanya di kalangan guru di sekolah. Ramai pengkaji telah menjalankan kajian

yang berkaitan dengan sikap guru terhadap penggunaan ICT di mana ICT akan menyebabkan

sesuatu pekerjaan menjadi lebih kreatif (Venkatesh, Morris, Davis, & Davis (2003). Institusi

pendidikan amat memerlukan penggunaan komputer di sekolah dan semua guru-guru akan

dapat menggunakan teknologi untuk meningkatkan kaedah kerja dalam pengajaran dan

5

Page 6: Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur

pembelajaran mereka (Data Utama Maklumat dan Komunikasi Teknologi di Sekolah di

Eropah, 2004).

Selain itu, ICT adalah alat untuk seseorang individu melakukan perubahan dan

melaksanakan inovasi dalam meningkatkan kemajuan dari aspek pendidikan dan hal ini

telah disahkan (Williams, 2003). Selain itu, ICT dilihat sebagai alat yang penting dalam

pendidikan kerana ia dapat menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menyeronokkan serta

dapat menarik minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Salah satu daripada isu-isu yang

paling kritikal dalam membangunkan dan memaksimumkan penggunaan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran adalah tahap keyakinan dan penerimaan kakitangan akademik

atau guru dalam menggunakan ICT. Menurut Milbrath dan Kinzie (2000), guru perlu

mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer atau ICT untuk menjadikan

sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu lebih berkesan.

3.0 Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai

alat pedagogi di SK Trolak Timur serta mengetahui tahap penggunaan ICT sebagai alat

pedagogi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya setiap kajian

memerlukan suatu kaedah yang sesuai bagi menghasilkan dapatan yang tersusun dan jitu.

Oleh itu, kajian ini akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai reka bentuk kajian,

intrumen kajian, sampel kajian dan cara menganalisis data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan penyelidikan deskriptif untuk mengetahui sikap guru terhadap

penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dalam pengajaran. Menurut Gray (1992) kajian

deskriptif ini melibatkan pengumpulan data dengan tujuan untuk menguji hipotesis atau

menjawab soalan-soalan berkaitan subjek atau peristiwa yang dikaji. Kajian deskriptif yang

biasa dijalankan melibatkan pengukuran sikap, pendapat, persepsi individu terhadap individu,

organisasi, peristiwa atau prosedur. Data-data deskriptif seringkali dikumpulkan menerusi

kaedah soal selidik, kaedah tinjauan, temu bual atau pemerhatian.

Kaedah kajian deskriptif yang dijalankan ialah kaedah tinjauan. Leedy (1993)

menjelaskan bahawa kaedah tinjauan adalah satu cara untuk mengumpul maklumat yang

6

Page 7: Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur

menerangkan sifat pelbagai set data termasuklah data yang merangkumi pendapat dan sikap.

Maklumat yang diperoleh boleh digunakan untuk menyatakan keadaan sebenar tentang

sesuatu perkara berkaitan komuniti dalam konteks yang tersendiri. Maklumat tersebut juga

boleh digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan pada awal

kajian ini. Beliau mengakui bahawa kajian tinjauan deskriptif bertujuan untuk menerangkan

sesuatu keadaan atau bidang kajian dengan tepat, berpandukan fakta sebenar dan dilakukan

secara sistematik.

Gazalba (1981) pula menerangkan bahawa penyelidikan melalui kaedah tinjauan

adalah bersifat umum. Kaedah ini hanya membolehkan pengkaji memahami keseluruhan

skop kajian dengan sampel yang kecil. Data yang dikumpul pula bersifat kuantitatif dan boleh

dianalisis secara logik. Kaedah kajian tinjauan yang meggunakan borang soal selidik

diharapkan dapat mengumpulkan data dengan lebih cepat dan memperoleh gambaran dengan

lebih jelas terhadap persoalan yang dikaji. Menurut Bailey (1992), penggunaan soal selidik

sebagai instrument kajian adalah bersifat logik, sainstifik dan khusus. Ukuran secara

kuantitatif mudah diperolehi dan membantu pengkaji untuk mengetahui sikap guru terhadap

penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dalam pengajaran.

3.3 Sampel Kajian

Populasi kajian adalah terdiri daripada 30 orang guru yang mengajar tahun 1 hingga tahun 6.

Sampel pula terdiri daripada 20 orang guru yang mengajar tahun peperiksaan UPSR. Maka

pemilihan sampel yang dipilih oleh pengkaji adalah sampelan tidak rawak bertujuan. Menurut

Mohd. Najib (1997), sampel tidak rawak bertujuan iaitu penyelidik dengan sengaja memilih

sampel yang bertujuan mendapat jumlah sampel yang mewakili populasi.

3.4 Lokasi Kajian

Tempat yang dipilih bagi menjalankan kajian adalah SK Trolak Timur. Sekolah ini

dipilih kerana ia merupakan antara sekolah yang terletak di kawasan luar bandar.

3.5 Instrumen Kajian

Bagi mengumpul data, instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik.

Pengkaji menggunakan soalan berbentuk soalan tertutup. Menurut Babbie (1973), soalan

7

Page 8: Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur

tertutup memberi keseragaman dalam jawapan dan senang diproses. Bailey (1992) pula

meyatakan bahawa kelebihan soalan berpilihan tetap ialah jawapannya lebih mudah untuk

dikodkan dan dianalisis terus daripada borang soal selidik, menjimatkan masa dan wang.

Jawapan skala Likert yang mengandungi lima skala pilihan dalam soalan tertutup

dalam soal selidik untuk menentukan persepsi guru-guru sama ada positif atau negatif.

Menurut Ary, Jacobs dan Razarieh (1985), penggunaan satu set senarai pernyataan berbentuk

negatif atau positif boleh digunakan bagi mengkaji sikap individu terhadap institusi, isu atau

aktiviti. Satu set gerak balas terhadap sikap tersebut diberi dalam skala ordinal. Melalui skala

ini, responden akan menunjukkan sama ada mereka sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak

setuju dan sangat tidak setuju terhadap pernyataan yang mengukur sikap. Skor individu

ditentukan dengan menjumlahkan skor-skor yang diperoleh oleh responden daripada gerak

balasnya terhadap setiap pernyataan. Skor yang teguh dengan skor skala sikap, diandaikan

dapat memberi petunjuk terbaik bagi sesuatu sikap yang diukur.

Bagi menentukan persepsi guru-guru samada positif atau negatif, ukuran skor

terendah 1 dan 2 menunjukkan persepsi negatif, manakala 4 dan 5 menunjukkan persepsi

positif. Terdapat 20 soalan yang dibahagikan kepada 2 skop kajian iaitu sikap guru terhadap

penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dan penggunaan ICT sebagai alat pedagogi. Pengkaji

telah menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 3 bahagian seperti berikut:-

Bahagian A : Maklumat demografi guru

Bahagian B : Sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi

Bahagian C : Penggunaan ICT sebagai alat pedagogi

Item-item yang digunakan dalam soal selidik ini diperoleh daripada bahan-bahan

bacaan yang berkaitan dan diubahsuai mengikut kesesuaian kajian.

3.6 Kaedah Penganalisisan Data

Di dalam kajian ini pengkaji menggunakan statistik deskriptif. Data dianalisis menggunakan

kekerapan dan peratusan. Oleh kerana kajian ini bukan bertujuan mengkaji sesuatu hipotesis,

hasil daripada analisis data diterima sebagai maklumat yang menyatakan keadaan sebenar

berkaitan persepsi guru-guru yang menjadi responden.

8

Page 9: Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur

4.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif bermatlamat untuk menerokai sesuatu

bidang yang belum atau kurang dikaji di mana data yang dianalisis diperolehi dari soal selidik

yang diedarkan kepada guru-guru tahun 1 hingga tahun 6 di SK Trolak Timur. Ia bertujuan

untuk meninjau sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di dalam

pengajaran. Selain itu, kajian ini juga untuk melihat sejauh mana penggunaan ICT digunakan

sebagai alat pedagogi di dalam pengajaran.

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Ia

dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Soal

selidik Bahagian A merupakan maklumat latar belakang responden. Manakala Bahagian B

hingga Bahagian C pula, responden perlu menjawab setiap persoalan kajian yang telah

ditetapkan. Terdapat 20 soalan yang dibahagikan kepada 2 skop kajian iaitu sikap guru

terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dan penggunaan ICT sebagai alat pedagogi.

Soal selidik ini menggunakan skala jenis 5 mata Likert supaya memudahkan responden dapat

membuat satu pilihan yang tepat terhadap setiap persoalan yang dikemukakan.

Dalam bahagian A, dapatan yang di analisis adalah berkisar kepada biodata

responden. Sampel yang dikira sebagai responden adalah seramai 20 orang. Majoriti

responden yang mengajar di SK Trolak Timur ini adalah terdiri daripada guru-guru

perempuan iaitu 60 % dan guru lelaki 40%. Dalam kajian ini didapati bahawa majoriti

responden adalah berumur dalam lingkungan 31 hingga 40 tahun iaitu sebanyak 65%. 20%

responden yang berumur dalam lingkungan 41 hingga 50 tahun. . Terdapat 2 kumpulan

bangsa yang memberikan maklum balas iaitu bangsa Melayu seramai 19 orang dengan

peratusan sebanyak 95%, manakala bangsa Cina seramai 1 (5%) Dari segi pengalaman

mengajar pula sebanyak 25% guru yang mengajar dalam lingkungan 11 hingga 20 tahun.

40% guru yang mengajar dalam lingkungan 6 hingga 10 tahun manakala baki sebanyak 20%

adalah pengalaman guru yang mengajar 1 hingga 5 tahun. Maklumat responden ini telah

dijadualkan seperti jadual di bawah.

Kekerapan Peratusan

Jantina

8 40% Lelaki

9

Page 10: Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur

Perempuan 12 60%

Bangsa

19

0

1

95%

0 %

5%

Melayu

India

Cina

Umur

3

13

4

-

15%

65%

20%

0%

20-30 tahun

31-41 tahun

41-50 tahun

51 tahun ke atas

Pengalaman Mengajar

4

8

5

3

20%

40%

25%

15%

1-5 tahun

6-10 tahun

11-15 tahun

16 tahun ke atas

Jadual 1: Maklumat Demografi

Bahagian B: Sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di dalam pengajaran.

Bil Item Peratus

SS S TP TS STS

B1 Saya digalakkan untuk menggunakan

ICT dalam pengajaran saya.

25% 75% 0% 0% 0%

B2 Saya digalakkan menggunakan e -mel

dalam mewujudkan lebih banyak

maklumat antara saya dan pelajar-pelajar

saya .

10% 50% 40% 0% 0%

B3 Saya suka menggunakan ICT dalam

pengajaran

15% 70% 0% 15% 0%

B4 Saya tahu bahawa ICT dapat membantu

saya belajar banyak perkara baru.

55% 45% 0% 0% 0%

10

Page 11: Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur

B5 Saya percaya bahawa ICT menjadikan

subjek lebih menarik dan

lebih sistematik .

20% 80% 0% 0% 0%

B6 Saya percaya bahawa ICT benar-benar

dapat meningkatkan amalan pengajaran

saya.

60% 40% 0% 0% 0%

B7 Saya berasa amat yakin untuk mengajar

dengan menggunakan teknologi di

dalam kelas.

0% 15% 75% 10% 0%

B8 Penggunaan ICT dalam pengajaran

memerlukan pentadbiran yang tinggi,

sokongan dan masa.

65% 35% 0% 0% 0%

B9 Penggunaan ICT dalam pengajaran akan

menarik penglibatan pelajar yang lebih

ramai dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

40% 40% 20% 0% 0%

B10 Saya merasa yakin untuk mengajar

pelajar-pelajar saya di persekitaran

digital

0% 0%% 25% 50% 25%

Jadual 2

Bagi melihat sejauhmana sikap guru terhadap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di

dalam pengajaran, sebanayk 10 soalan telah diajukan kepada mereka. Bagi soalan B1 terdapat

kekerapan yang tinggi mengenai guru digalakkan untuk menggunakan ICT di dalam sesi

pengajara iaitu sebanyak 75% yang berstatus setuju. Ini menunjukkan bahawa guru percaya

dengan kepentingan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga disokong

dengan dapatan pada Soalan B3 di mana guru sebanyak 70 % menyatakan bahawa mereka

berasa suka untuk menggunakan ICT dalam sesi pengajaran. Guru juga sangat bersetuju iaitu

sebanyak 55% bahawa ICT dapat membantu mereka belajar mengenai perkara baru. Malah,

11

Page 12: Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur

80% guru bersetuju bahawa ICT menjadikan subjek lebih menarik dan sistematik manakala

60% guru percaya dan bersetuju bahawa ICT dapat meningkatkan amalan pengajaran mereka.

Selain itu, 65% guru sangat bersetuju bahawa ICT dalam pengajaran melibatkan

sokongan daripada semua pihak dan memerlukan masa. Walau bagaimanapun, sebanyak 75%

guru berasa tidak pasti untuk mengajar dengan menggunakan ICT di dalam bilik darjah.

Malah 50% berasa tidak yakin untuk mengajar pelajar di perseitaran digital.

Bahagian C : Penggunaan ICT digunakan sebagai alat pedagogi di dalam pengajaran.

Bil Item Peratus

SS S TP TS STS

C1 Saya boleh membuat persembahan

visual , grafik , carta ,lukisan dan

menaip tugasan kepada pelajar dengan

menggunakan ICT.

0% 0% 10% 80% 10%

C2 Saya boleh memuat turun bahan-bahan

pengajaran mengenai subjek saya.

0% 40% 30% 30% 0%

C3 Saya boleh menggunakan program

berasaskan komputer dalam

membangunkan rancangan pengajaran.

0% 0% 15% 10% 15%

C4 Saya dapat mencari fail pada sistem

komputer dan menyimpan ke dalam

folder.

90% 10% 0% 0% 0%

C5 Saya boleh menyambung komputer dan

perkakasannya.

0% 15% 70% 15% 0%

C6 Saya boleh mengakses dan berkongsi

maklumat mengenai CD / DVD / flash

0% 35% 45% 20% 0%

C7 Saya boleh menyediakan dan

menggunakan (LCD ) atau Multimedia

Projektor untuk mengajar

0% 0% 10% 80% 10%

C8 Saya boleh membina Alat Bantu

Mengajar dengan menggunakan

0% 0% 0% 100% 0%

12

Page 13: Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur

komputer

C9 Saya boleh mengakses maklumat

menggunakan internet dengan mudah

0% 0% 0% 100% 0%

C10 Saya boleh membina blog untuk

berkongsi maklumat dengan pelajar

0% 5%% 70% 25% 0%

Jadual 3

Bagi melihat penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di dalam pengajaran guru, sebanyak 10

soalan juga telah dikemukakan. Soalan pertama menunjukkan kekerapan yang tinggi iaitu

sebanyak 80% guru bersetuju bahawa mereka tidak boleh membuat persembahan visual ,

grafik , carta ,lukisan dan menaip tugasan kepada pelajar dengan menggunakan ICT. Soalan

C2 menjurus kebolehan untuk memuat turun bahan. 40% guru mengakui bahawa mereka

boleh memuat turun bahan-bahan pengajaran mengenai subjek masing-masing. Kesemua

responden tidak bersetuju bahawa mereka berkebolehan untuk mengakses maklumat dengan

mudah melalui internet di sekolah.

Selain itu, 90% guru mengakui bahawa mereka dapat mencari fail pada sistem

komputer dan menyimpannya ke dalam folder. Walau bagaimanapun, 100% responden

mengakui bahawa mereka tidak boleh membina alat bantu mengajar dengan menggunakan

komputer. Malah 80% responden mengakui bahawa mereka tidak boleh menyediakan dan

menggunakan (LCD) atau Multimedia Projektor untuk mengajar. Namun demikian,

sebanyak 70% guru berasa tidak pasti boleh membina blog untuk berkongsi maklumat

dengan pelajar

Data menunjukkan bahawa guru-guru di SK Trolak Timur mempunyai tahap

kebiasaan yang rendah dalam menggunakan ICT sebagai alat pedagogi di dalam pengajaran

mereka. Ini dikatakan hasil daripada latihan yang tidak mencukupi ketika berada di institusi

pengajian. Dalam masa yang sama guru kurang menggunakan ICT sebagai alat pedagogi di

sekolah kerana kekurangan sumber. Ini selaras dengan hasil kajian Kambagha (2008) yang

mendapati bahawa guru-guru mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan ICT

dalam pengajaran tetapi mereka tidak menggunakannya di dalam pengajaran kerana

kekurangan sokongan teknikal dan latihan yang mencukupi.

13

Page 14: Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur

Kajian oleh Almadhour (2010) ke atas integrasi ICT dalam pedagogi guru-guru

sekolah menengah yang mengajar di New Zealand, telah mengenal pasti dikenal alat-alat

seperti internet, kamera digital, video, kamera video dan pemain video seperti pedagogi alat.

Kajian mendapati bahawa alat ini telah digunakan dalam pengajaran tetapi alat yang paling

digunakan adalah Internet. Data menunjukkan bahawa guru sangat bersetuju bahawa ICT

dalam pengajaran melibatkan sokongan daripada semua pihak dan memerlukan masa. Ini

turut disokong oleh satu kajian di Singapura oleh Teo (2006), pemerhatian pelajaran ICT

mengenal pasti beberapa halangan kepada guru ICT integrasi di dalam kelas. Halangan

melibatkan kekurangan kakitangan sokongan teknikal, kekurangan masa yang mencukupi

untuk guru-guru untuk menyediakan untuk pelajaran dengan menggunakan ICT. Selain itu,

kerjasama yang tidak mencukupi di kalangan guru-guru dalam menyediakan pelajaran

berasaskan ICT serta kekurangan sokongan yang diberikan oleh pemimpin sekolah. Malah,

latihan yang tidak mencukupi juga mengakibatkan guru kurang menggunakan ICT sebagai

alat pedagogi. Kajian ini tidak menunjukkan realiti pada sikap guru terhadap penggunaan ICT

sebagai alat pedagogi.

Selain itu, guru yakin bahawa ICT dapat dapat meningkatkan amalan pengajaran

mereka. Hasil dapatan kajian ini selari dengan kajian-kajian lepas mengenai efikasi kendiri

guru-guru pelatih, di mana Albion (2003) dalam kajiannya menyatakan tahap keyakinan

guru- guru pelatih berkaitan tahap kemahiran asas ICT mereka mempunyai peratusan yang

tinggi. Kemahiran asas ICT yang dimaksudkan adalah seperti penggunaan pemprosesan

perkataan (word processor), e-mail dan alatan ICT yang lazim digunakan. Bagaimanapun,

responden kurang berkeyakinan dalam menggunakan pengkalan data, menghasilkan laman

web dan menggunakan perisian yang jarang digunakan.

Sehubungan itu, pengkaji turut mendapati guru lemah dalam kemahiran meyelenggara

komputer berbanding kemahiran teknikal yang lain. Dapatan kajian ini konsisten dengan hasil

kajian daripada Markauskite (2007), yang melaporkan item ‘kebolehan untuk menyelenggara

komputer’ mendapat nilai yang paling rendah berbanding item lain.

5.0 Kesimpulan

Dalam usaha melahirkan generasi warga Malaysia yang celik ICT dan mampu bersaing

diperingkat global, hasil dapatan kajian ini amat penting untuk diberi perhatian. Antara usaha

14

Page 15: Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur

Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT di SK Trolak Timur

yang boleh dilakukan ialah menambah infrastruktur dan kemudahan komputer di sekolah.

Guru juga boleh memberi penerangan tentang kemampuan dan kepentingan teknologi

komputer kepada pelajar dan masyarakat pada masa sekarang dan masa akan datang. Selain

itu, penggunaan ICT sebagai alat pedagogi dapat meningkatkan pengajaran di kalangan guru-

guru di SK Trolak Timur. .

BIBLIOGRAFI

Mudasiru O. Yusuf & Modupe R. Balogun. (2011). Student-Teachers’ Competence andAttitude towards Information and Communication Technology: A Case Study in aNigerian University. Contemporary Educational Technology, 2011, 2(1), 18-36.

Naser Jamil Al-Zaidiyeen et.al (2010). Teachers’ Attitudes and Levels of Technology Use inClassrooms: The Case of Jordan Schools. International Education Studies. Vol. 3,No.2. 2010.

Ni sht a Rana. (2012). A Study To Assess Teacher Educators' Attitudes Towards TechnologyIntegration In Classrooms. MIER Journal of Educational Studies, Trends & PracticesNovember 2012, Vol. 2, No. 2 pp. 190-205.

Placidius Ndibalema.(2014). Teachers’ Attitudes towards the Use of InformationCommunication Technology (ICT) as a Pedagogical Tool in Secondary Schools inTanzania:The Case of Kondoa District. International Journal of Education and Research Vol. 2 No. 2.

Prof. Dr. Mohamed Elsaadani. (2012). Teaching staff' attitude toward ict: Is gender a factor?.International Women Online Journal of Distance Education . Volume: 1Issue: 2 Article: 03 ISSN: 2147-0367.

Shabnam Mahat Et A.L (2012). A Study Of Teachers Attitudes Towards Ict TeachingProcess. International Journal Of Information Technology And KnowledgeManagement December 2012, Volume 6, No. 1, Pp. 93-97.

Steven Chia. (2012). Student & Teacher perceptions and attitudes towards ICT in assessment.Research Journeys in Education.

15