Sikap Kerja Positif - fmm.org.my Kerja Positif.pdf · * Analisis SWOT * HD VI) Kemahiran ... dalam...

5
Organised by FMM Institute (475427-W) Penang Branch Introduction Pernahkah anda tertanya-tanya: Secara lazimnya, kenapa orang Jepun bekerja dengan lebih berkesan dalam pasukan berbading dengan rakan-rakan sekerja mereka di negara lain? Kenapa secara perbandingannya, orang Amerika adalah lebih kreatif di dalam bidang bisnes, sains dan teknologi? Adakah semua ini semulajadi ataupun ada rahsia disebaliknya ? Saya berpendapat bahawa salah satu lojiknya ialah budaya kerja mereka yang berasal daripada pendidikan dan masyarakat mereka. Orang Jepun memang biasanya mempunyai semangat berpasukan dan kebanyakan orang Amerika biasanya berani bertanya soalan dan meluahkan buah fikiran secara bebas. Kedua-dua unsur ini semangat berpasukan dan kreativiti merupakan sikap kerja positif yang penting dalam era globalisasi kini. Soalannya, bolehkan sikap itu diubah? Jawapannya ialah positif. Fikiran dan sikap boleh diubah jikalau seseorang dapat melihat dan menerima kesan positif ataupun faedah daripada perubahan tersebut. Kita merupakan kita sendiri dan berada dalam keadaan kini disebabkan pilihan dan keputusan yang diambil diri sehingga saat ini. Setiap pilihan kita membawa kesan kepada kehidupan kita. Maksudnya, kita merupakan “tuan” ke atas nasib sendiri. Kita ada pilihan. Dengan menukar tabiat negatif dan pasif kepada sikap positif dan proaktif, kita boleh menjadi lebih produktif dan lebih penting lagi, kita akan menjadi lebih gembira dan bersemangat terhadap kerjaya, hubungan sosial dan keluarga kita. Sikap itu walaupun nampaknya kecil tetapi ia boleh membawa perbezaan yang amat ketara. Hakikatnya, dalam pemikiran Era Baru (New Age), sikap bukan sahaja menentukan kesejahteraan sendiri bahkan ia mempengaruhi “Chi” (“qi”, suasana/daya hidup) di dalam dunia ini. Sikap positif membawa banyak kemungkinan. Pemimpin yang bersemangat boleh memotivasikan ahli-ahil pasukan melalui tingkah laku Sikap Kerja Positif (Positive Work Attitude) 28 August 2013 9.00 am – 5.00 pm Training Venue: FMM Institute, D’Piazza Mall, Bayan Baru, Penang SBL Scheme CLAIMABLE FROM PSMB

Transcript of Sikap Kerja Positif - fmm.org.my Kerja Positif.pdf · * Analisis SWOT * HD VI) Kemahiran ... dalam...

Page 1: Sikap Kerja Positif - fmm.org.my Kerja Positif.pdf · * Analisis SWOT * HD VI) Kemahiran ... dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin. Beliau telah mereka bentuk kursus-kursus

Organised by

FMM Institute (475427-W)

Penang Branch

Introduction

Pernahkah anda tertanya-tanya: Secara lazimnya, kenapa orang Jepun bekerja dengan lebih berkesan dalam pasukan berbading dengan rakan-rakan sekerja mereka di negara lain? Kenapa secara perbandingannya, orang Amerika adalah lebih kreatif di dalam bidang bisnes, sains dan teknologi? Adakah semua ini semulajadi ataupun ada rahsia disebaliknya ?

Saya berpendapat bahawa salah satu lojiknya ialah budaya kerja mereka yang berasal daripada pendidikan dan masyarakat mereka. Orang Jepun memang biasanya mempunyai semangat berpasukan dan kebanyakan orang Amerika biasanya berani bertanya soalan dan meluahkan buah fikiran secara

bebas. Kedua-dua unsur ini – semangat berpasukan dan kreativiti merupakan sikap kerja positif yang penting dalam era globalisasi kini. Soalannya, bolehkan sikap itu diubah? Jawapannya ialah positif. Fikiran dan sikap boleh diubah jikalau seseorang dapat melihat dan menerima kesan positif ataupun faedah daripada perubahan tersebut. Kita merupakan kita sendiri dan berada dalam keadaan kini disebabkan pilihan dan keputusan yang diambil diri sehingga saat ini. Setiap pilihan kita membawa kesan kepada kehidupan kita. Maksudnya, kita merupakan “tuan” ke atas nasib sendiri. Kita ada pilihan. Dengan menukar tabiat negatif dan pasif kepada sikap positif dan proaktif, kita boleh menjadi lebih produktif dan lebih penting lagi, kita akan menjadi lebih gembira dan bersemangat terhadap kerjaya, hubungan sosial dan keluarga kita.

Sikap itu walaupun nampaknya kecil tetapi ia boleh membawa perbezaan yang amat ketara. Hakikatnya, dalam pemikiran Era Baru (New Age), sikap bukan sahaja menentukan kesejahteraan sendiri bahkan ia

mempengaruhi “Chi” (“qi”, suasana/daya hidup) di dalam dunia ini. Sikap positif membawa banyak

kemungkinan. Pemimpin yang bersemangat boleh memotivasikan ahli-ahil pasukan melalui tingkah laku

Sikap Kerja Positif (Positive Work Attitude)

28 August 2013

9.00 am – 5.00 pm

Training Venue:

FMM Institute, D’Piazza Mall, Bayan Baru, Penang

SBL Scheme CLAIMABLE FROM PSMB

Page 2: Sikap Kerja Positif - fmm.org.my Kerja Positif.pdf · * Analisis SWOT * HD VI) Kemahiran ... dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin. Beliau telah mereka bentuk kursus-kursus

dan teladan beliau. Seseorang itu tidak boleh dianggap pekerja yang berjaya jika beliau bersikap negatif walaupun beliau memang handal dalam tugasnya. Marilah kita mempelajari dan memupuk budaya kerja positif serta sikap berprofesional dan seterusnya

mengilhamkan yang lain turut-bersama dalam perjuangan mulia tersebut. Sikap positif menentukan

pencapaian diri dan kejayaan kita bersama!

Contents

I) Penilaian Diri * Keadaan Kerja Anda Sekarang * ASK * Tingkap Johari

II) Cabaran-Cabaran Globalisasi *Sudah Bersiap Sedia Untuk Menghadapi Globalisasi ? * Krisis: Bahaya atau Peluang?

III) Kerjaya dan Matlamat Hidup * Matlamat Anda * Matlamat Syarikat Anda * Wawasan Bersama

IV) Dorongan dan Motivasi Kerja * Ciri-Ciri Positif Orang Yang Berjaya * Percayakan Diri/Keyakinan (Rahsia) * Pembelajaran Yang Berterusan * Kreativiti

V) Cara-Cara Untuk Memperkuatkan Keupayaan Kerja Anda * 10 Rukun Demi Kejayaan * Belajar Dari Kesilapan & Kejayaan * Analisis SWOT * HD

VI) Kemahiran–Kemahiran Berkomunikasi * Memahami Sendiri * Memahami Orang Lain * Memperkuatkan Kemahiran Berkomunikasi * Mewujudkan Suasana Kerja Yang Positif dan Gembira

VII) Semangat Berpasukan * Pentingnya Semangat Berpasukan * Belajar Dari 2 Buah Negara * Kekuatan Pasukan Memastikan Kejayaan

VIII) Kajian Kes dan Aktiviti

IX) Peningkatan Produktiviti Ke Arah Kejayaan * Falsafah Air dari Jepun * 2 Kuasa Yang Menentukan Nasib Anda * Suasana Di Tempat Kerja Tanggungjawab Kita Bersama * Wawasan 2020 * Bersyukur & Berganding Bahu Ke Arah Yang Lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang !

Page 3: Sikap Kerja Positif - fmm.org.my Kerja Positif.pdf · * Analisis SWOT * HD VI) Kemahiran ... dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin. Beliau telah mereka bentuk kursus-kursus

Objectives

Bertujuan untuk menilai semula sikap dan potensi para peserta; memeriksa semula keadaan minda mereka dalam bidang kerjaya, hubungan kemanusiaan dan rancangan masa depan; menggalakkan peralihan paradigma (model) yang positif; menemui cirri-ciri kepimpinan serta potensi dan keupayaan pekerja-pekerja. Budaya Kerja Positif akan direalisasikan melalui para pekerja yang digiat-semula dan diberi nafas baru. Diharapkan mereka seterusnya akan mengobori arus perubahan di dalam organisasi demi kejayaan bersama.

Who Should Attend

This programme is specially-designed for all management personnel, executives, supervisors and those who want to cultivate a positive work culture and embrace positive work attitude.

Facilitator

Mr Aw Sin Jam memegang ijazah BA (Hons.) dengan GPA of 3.96 (out of 4.00) secara keseluruhannya

dalam bidang Komunikasi Organisasi dan Antarabangsa, berkaitan dengan Psikologi Industri &

Perdagangan (Organizational and International Communication, cognate Industrial Psychology and Business) dari The University of Oklahoma, USA. Berikutan kecemerlangan beliau dari segi akademi dan penyelidikan, beliau telah dianugerahkan Cleo Cross International Student Scholarship (USA), satu biasiswa yang hanya diberikan kepada seorang dari setiap negara yang dipilih, pada 1994. Beliau telah digelar “Best Undergraduate in Communications Department” untuk 1994-1995, salah seorang pelajar luar negeri yang julung sekali memgecapi pencapaian tersebut. Usahanya telah mengharumkan nama negara Malaysia. Mr Aw berpengalaman industri secara profesional selama lebih daripada 19 tahun dalam bidang Sumber Manusia dan Pentadbiran, Persembahan Umum, Pengurusan Acara serta Pemasaran/Penjualan. Jawatan-jawatan yang pernah dipegang termasuklah Pengarah, Pengurus, Timbalan Pengurus, Eksekutif dan Pembantu Peribadi kepada CEO. Dengan kepercayaan serta semangat ingin mempertingkatkan prestasi para pekerja negara ke arah daya bersaing yang lebih cemerlang, beliau telah mengadakan pelbagai program-program dan bengkel-bengkel latihan untuk penyelia-penyelia sehingga ke Pengurus Besar (GM) dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin. Beliau telah mereka bentuk kursus-kursus latihan seperti kemahiran-kemahiran penyeliaan, motivasi dan pembinaan pasukan untuk kilang-kilang dan syarikat-syarikat perniagaan serta pihak awam seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dan sebagainya. Beliau juga pernah mengadakan kursus di institusi pengajian tinggi seperti di Universiti Sains Malaysia. Kertas kerjanya pernah dibentangkan sempena bengkel SMIDEC. Reka bentuk program, persembahan serta interaksi Mr Aw sewaktu mengendalikan latihan adalah istimewa dan memberi rangsangan positif kepada para peserta supaya membuka minda mereka. Hakikatnya, program-program beliau adalah sangat bersemangat, dapat menimbulkan minat dan berbaloi untuk menyertainya. Beliau sentiasa mengalu-alukan idea dan fikiran yang baru dan mencabar. Mr Aw juga memegang gelaran CTM in Public Speaking dari Toastmasters International dan merupakan Naib Juara dalam pertandingan Toastmasters N1 (Penang) English Speech Competition pada 1999.

Administrative Details COURSE FEE RM380 (FMM Member) / RM450 (Non-Member) per participant (The fee includes luncheon, coffee/tea breaks and notes) DRESS CODE Office Attire

Page 4: Sikap Kerja Positif - fmm.org.my Kerja Positif.pdf · * Analisis SWOT * HD VI) Kemahiran ... dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin. Beliau telah mereka bentuk kursus-kursus

REGISTRATION Participation in the programme is based on a first-come-first-served basis. Cheques made in favour of the “FMM Institute” should be forwarded on or before programme date to the FMM Institute, Northern Branch, Bandar Seberang

Jaya. Participants who registered but did not attend, will be billed

accordingly. . Upon confirmation, kindly send us the payment before the

commencement of the programme.

CANCELLATION There will be no refund for cancellation within 2 days prior to the programme,

50% for cancellation between 3 – 6 days and full refund for cancellation 7 days

prior to the programme. Please inform in writing if you intend to cancel. A

replacement can be accepted at no additional cost. DISCLAIMER The FMM Institute reserves the right to change the facilitator, date and to vary / cancel the programme should unavoidable circumstances arise. All efforts will be taken to inform participants of the changes. Upon sending the registration form, you are deemed to have read and accepted the terms and conditions. ENQUIRIES Ms Nazliza/ Aidi FMM Institute No. 2767 Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya, 13700 Seberang Perai Tel: 04-6302050/2 Fax: 04-6302054

E-mail: [email protected] / [email protected] Website: http://fmm-im.fmm.org.my (Northern Branch)

CLOSING DATE 21 August 2013

REGISTRATION FORM

Sikap Kerja Positif (Positive Work Attitude)

28 August 2013 9.00 am – 5.00 pm

Training Venue: FMM Institute, D’Piazza Mall, Bayan Baru, Penang

For further details contact Ms Nazliza/ Aidi Tel : 04-6302050/2 Fax: 04-6302054 Email : [email protected] / [email protected] FMM Institute Penang Branch

1. Name :________________________________

Designation : ____________________________

Email:__________________________________ 2. Name :_______________________________

Designation : ____________________________

Email:__________________________________ 3. Name :_______________________________

Designation : ____________________________

Email:__________________________________ 4. Name :_______________________________

Designation : ____________________________

Email:__________________________________

Enclosed cheque / bank draft no. ________________ for

RM__________________________ being payment for

participant(s) made in favour of “FMM Institute” Submitted by :

Name:________________________________________

Designation:___________________________________

Company:_____________________________________

Address:______________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

Tel :_________________________________________

Fax:_________________________________________

Email:________________________________________ Membership No. : ______________________________

LIM KIM YOOK KY/01

Page 5: Sikap Kerja Positif - fmm.org.my Kerja Positif.pdf · * Analisis SWOT * HD VI) Kemahiran ... dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin. Beliau telah mereka bentuk kursus-kursus

PAGE 2 OF 2