SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22...

34
SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN HARAM : KAJIAN TERHADAP AMALAN PEMAKANAN, PEMAKAIAN DAN URUSAN KEWANGAN MOHD FADHIL BIN AZIZ UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22...

Page 1: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN HARAM :

KAJIAN TERHADAP AMALAN PEMAKANAN, PEMAKAIAN DAN

URUSAN KEWANGAN

MOHD FADHIL BIN AZIZ

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal
Page 3: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal
Page 4: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN HARAM : KAJIAN

TERHADAP AMALAN PEMAKANAN, PEMAKAIAN DAN URUSAN

KEWANGAN

MOHD FADHIL BIN AZIZ

Laporan Projek Ini dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

( Pengajian Islam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Februari 2004

Page 5: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal
Page 6: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

iii

DEDIKASI “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani” “Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah” “Relalah aku bertuhankan Allah beragamakan Islam dan bernabi dan berasulkan Muhammad S.A.W” Ya Allah, Ya Tuhanku, Ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa ahli keluargaku dan seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Ya Arhamarrahimin, Cucurilah rahmatmu buat Ayahanda tercinta, Allahyarham Aziz bin Saman, Moga di sana, dikau bersama, para solihin, Kuatkanlah rinduku buat ibunda tersayang, Jariah bt. Soleh, Tiada kerinduan melainkan untuk mu, Tanpa kalian siapalah kami, Ahli keluarga yang ku kasihi, Kekanda Mohd Nasir Sekeluarga, Kekanda Zaiton Sekeluarga, Kekanda Zainudin Sekeluarga, Kekanda Ahmad Shuhardi Sekeluarga, Kekanda Siti Zuraini Sekeluarga, Kekanda Faizah Sekeluarga, Renung-renungkanlah wajah ayahda dan bonda kita, Sudahkah terbalas jasa mereka, Ingat-ingatlah gelaran Ayahanda kita, Selarikanlah keperibadian kita dengan gelaran tersebut.

Tiada kesampaian melainkan panduan darimu, Buat guru-guru yang di sanjungi, Terima kasih di atas segala jasamu, Halalkanlah setiap kalam kalian, Ya Allah Tempatkanlah Mereka di Tempat yang mulia, Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hambamu...

Sahabatku, akan kuteruskan perjuangan ini, Walauku tahu kau tiada di sisi, Terima kasih di atas kesenangan dan kesusahan yang kalian berikan, Syabas di atas kejayaan kalian, bersabarlah di atas suratan, ku tetap pergi jua.., Kan ku utus..kan salam ingatanku dalam doa kudus ku sepanjang waktu, semoga... tuhan memberkatimu..... Amin Ya Rabbal ‘Alamin......

Page 7: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

iv

PENGHARGAAN

بسم اهللا الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T atas segala

nikmat yang dianugerahkanNya saya dapat menyempurnakan 5 Bab bagi kajian Projek

Sarjana Muda yang diamanahkan meskipun terpaksa melalui bermacam-macam rintangan

dan kesulitan bagi menyiapkannya. Pertama-tama dan selamanya ingin saya

merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Ustaz

Aminuddin bin Ruskam al-Dawamy selaku penyelia bagi projek Sarjana Muda yang

banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang proses penyiapan 5 Bab projek ini.

Semoga keikhlasan dan keluhuran yang telah diberikan dalam menyampaikan ilmu

kepada saya yang serba kekurangan ini diredai dan dirahmati Allah S.W.T.

Tidak ketinggalan buat semua sahabat tahun 4 Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan Pengajian Islam yang turut bertungkus lumus dalam menjalankan kajian

sepanjang proses penyiapan Projek Sarjana Muda ini. Manfaatkanlah ilmu yang kita

miliki demi kegemilangan dan kebangkitan Islam kembali. Semoga Allah sentiasa

meredai setiap titisan perjuangan kita dalam menimba ilmu ini sehinggalah ke titisan

darah terakhir.

Page 8: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

v

Di kesempatan ini juga, terima kasih diucapkan buat semua pihak yang terlibat

sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam kajian yang dijalankan ini

seperti tenaga pengajar Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti

Teknologi Malaysia, Fakulti Pendidikan, Perpustakaan Sultanah Zanariah, yang banyak

membantu dalam menyalurkan segala bentuk maklumat yang berkaitan dengan tajuk

kajian saya.

Ingatan tulus ikhlas yang tidak terhingga dihulurkan buat ibu yang disayangi dan

Allahyarham Ayahanda tercinta yang tidak pernah putus mendoakan kejayaan dan

kesejahteraan saya di dunia akhirat. Moga-moga Allah S.W.T sentiasa mencucuri rahmat

kesejahteraan ke atas kedua-duanya.

Akhir kalam, semoga kajian yang berkisar mengenai hukum halal dan haram ini

memberi manfaat kepada semua pihak dalam mengabdikan diri kepada Allah S.W.T

dengan sebenar-benar pengabdian.

Page 9: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

ABSTRAK

Kajian ini di jalankan untuk mengkaji sikap pelajar pengajian Islam Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap hukum halal dan haram

khusus dari aspek pemakanan, pemakaian dan urusan kewangan. Kajian ini memberi

tumpuan kepada maklumat-maklumat mengenai pengetahuan dan kefahaman serta sikap

pelajar terhadap hokum halal dan haram khususnya dalam amalan pemakanan,

pemakaian dan urusan kewangan. Seramai 130 orang pelajar Pengajian Islam daripada

162 orang terpilih menjadi responden kajian ini. Maklumat kajian diperolehi melalui soal

selidik dan di analisis dengan menggunakan ‘statistical package for the social sincees’

(SPSS) untuk mendapatkan peratusan dan purata min bagi setiap item kajian.

penganalisisan data menunjukan bahawa, sebahagian besar pelajar Pengajian Islam

Fakulti Pendidikan UTM memahami dan bersikap positif terhadap hkum halal dan haram

khususnya dalam tiga aspek tersebut.

Page 10: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

ABSTRACT

This research is conducted to investigate the awareness of the student of

Islamic student from the Faculty of Education, of UTM about halal and haram in

various aspect of life such as a food, clothes and finance management. The research

is focused on the information about the knowledge, understanding and the awareness

of the student about halal and haram especially in food, clothes and finance

management. 130 students out of 162 from Islamic Studies are involved in research

as respondent. Questionnaire are used to collect the and the final data is analyzed

using Statistical Package for the social Sciences (SPSS) to obtain percentage and the

average of mean for every item case. The data shows that that almost all of the

student of Islamic Studies from the Faculty of Education UTM understand and have

positive attitude about the halal and the haram especially in the mentioned aspect.

Page 11: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

viii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI LAMPIRAN xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

Page 12: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

ix

BAHAGIAN SATU

PENGENALAN

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 11

1.4 Objektif Kajian 13

1.5 Persoalan Kajian 14

1.6 Kepentingan Kajian 14

1.7 Batasan Kajian 15

1.8 Takrifan 16

1.9 Kesimpulan 20

BAHAGIAN DUA

SOROTAN PENULISAN

BAB II SOROTAN PENULISAN 21

2.1 Pendahuluan 21

2.2 Pengertian Halal 22

2.3 Pengertian Haram 23

2.4 Sumber Penentuan Hukum Halal dan Haram 25

2.4.1 Al-Quran 25

2.4.2 Al-Sunnah 28

2.4.3 Al-Ijmak 28

Page 13: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

x

2.4.4 Al-Qias 30

2.5 Prinsip-Prinsip Umum Yang Harus Diketahui Dalam

Halal Dan Haram 31

2.5.1 Prinsip Pengharaman Dan Pembolehan Dalam Islam. 31

2.5.2 Kaedah Umum Hukum Halal Dan Haram 33

2.5.3 Hukum Asal Dari Sesuatu Perkara Dan

Perbuatan Itu Halal. 36

2.6 Kajian Terdahulu Yang Berkaitan 37

2.7 kesimpulan 40

BAHAGIAN TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN 41 3.1 Pendahuluan 41

3.2 Reka bentuk Kajian 42

3.3 Tempat Kajian 42

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 43

3.5 Instrumen Kajian 44

3.6 Tatacara Kajian 46

3.7 Kajian Rintis 47

3.8 Analisis Data 47

3.9 Jangka Masa Kajian 48

3.10 Kesimpulan 49

Page 14: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

xi

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 50

4.1 Pendahuluan 50

4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 51

4.3 Bahagian B : Analisis Terhadap Skala Sikap 54

4.3.1 Analisis Data Berhubung Sikap Pelajar Terhadap

Hukum Halal dan Haram dari Aspek Pengetahuan

dan Kefahaman 55

4.3.2 Analisis Data Berhubung Sikap Responden

Terhadap Hukum Halal dan Haram Khususnya

Dari Aspek Amalan Pemakanan. 61

4.3.3 Analisis Data Berhubung Sikap Responden

Terhadap Hukum Halal dan Haram Khususnya

Dari Aspek Pemakaian. 67

4.3.4 Analisis Data Berhubung Sikap Responden

Terhadap Hukum Halal dan Haram Khususnya

Dalam Urusan Kewangan. 73

4.4 Kesimpulan 80

Page 15: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

xii

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 81

5.1 Pendahuluan 82

5.2 Perbincangan 82

5.2.1 Latar Belakang Pelajar 82

5.2.2 Sikap Pelajar Terhadap Hukum Halal dan

Haram dari Aspek Pengetahuan dan Kefahaman. 84

5.2.3 Sikap Pelajar Terhadap Hukum Halal dan Haram

dari Aspek amalan pemakanan. 84

5.2.4 Sikap Pelajar Terhadap Hukum Halal dan Haram

dari Aspek Pemakaian. 85

5.2.5 Sikap Pelajar Terhadap Hukum Halal dan Haram

dari Aspek Urusan Kewangan. 86

5.3 Rumusan 8 6

5.4 Cadangan 8 7

5.4.1 Pihak Kerajaan. 87

5.4.2 Kementerian Pendidikan 88

5.4.3 Individu Muslim 8 9

5.5 Cadangan kajian lanjutan 89

5.6 Penutup 90

BIBLIOGRAFI 92 LAMPIRAN 95

Page 16: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

xvii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Spesifikasi populasi mengikut tahun 43

3.2 Skala likert 45

3.3 Skala penilaian maklum balas bagi soal selidik

bahagian B 45

3.4: Klasifikasi item 45

3.5 Skala penilaian maklum balas bagi soal selidik

bahagian B 48

4.1 Taburan responden mengikut jantina 52

4.2 Taburan responden mengikut tahun pengajian 52

4.3 Taburan responden mengikut umur 53

4.4 Taburan responden mengikut aliran pendidikan 53

4.5 Taburan responden mengikut akaun kewangan 54

4.6 Mengetahui bahawa hukum asal tiap-tiap sesuatu

adalah harus (dibolehkan). 56

4.7 Hukum halal dan haram dalam Islam ditetapkan

oleh Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias. 56

4.8 Setiap perkara yang syubhah (kesamaran)

sewajarnya dihindari. 57

4.9 Terlibat dengan amalan yang diharamkan adalah

berdosa. 57

Page 17: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

xvii

4.10 Mengingati beberapa dalil al-Quran dan sunnah

mengenai halal dan haram. 58

4.11 Hukum halal dan haram yang ditetapkan oleh Allah

S.W.T mesti dipatuhi. 59

4.12 Setiap perkara yang memudaratkan hendaklah di

jauhi. 59

4.13 Rumusan dapatan kajian sikap responden

terhadap hukum halal dan haram dari aspek

pengetahuan dan kefahaman dalam peratusan

dan min. 60

4.14 Tanggungjawab membeli makanan kepada

pengusaha makanan yang Muslim 62

4.15 Sanggup berbelanja lebih untuk memperoleh

makanan yang 62

4.16 Tidak membeli makanan yang mencurigakan

halalnya. 63

4.17 Berusaha untuk memastikan sesuatu barang

makanan adalah halal. 63

4.18 Memberitahu kepada orang lain tentang

kesucian makanan adalah satu kewajipan. 64

4.18 Tanda halal adalah pilihan yang utama untuk

membeli sesuatu barang makanan 65

4.19 Tidak selesa apabila membeli makanan yang

tidak mempunyai tanda halal. 65

4.21 Rumusan dapatan kajian sikap responden

terhadap hukum halal dan haram khusus dalam

amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66

4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari

etika pemakaian Islam. 68

4.23 Sentiasa berpakaian menutup aurat setiap masa

dan ketika. 68

Page 18: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

xvii

4.24 Pakaian yang menampakkan susuk tubuh bagi

wanita adalah haram. 69

4.25 Merujuk orang alim jika terdapat masalah dalam

isu pakaian. 69

4.26 Memakai anting-anting adalah diharuskan untuk

lelaki. 70

4.27 Berasa sedih melihat pelajar Muslim yang

berpakaian tidak menutup aurat. 71

4.28 Cincin emas dilarang kepada kaum lelaki. 71

4.29 Rumusan dapatan kajian sikap responden

terhadap hukum halal dan haram khusus dalam

pemakaian dalam peratusan dan min. (*item

berbentuk negatif telah diubah skor kepada

positif) 72

4.30 Membuka akaun di kaunter perbankan Islam. 74

4.31 Merasa berdosa dengan akaun bank konvensional

yang dimiliki. 74

4.32 Pinjaman yang berunsur riba merimaskan hidup. 75

4.33 Mengetahui sistem kewangan Islam telah wujud

di Malaysia. 75

4.34 Produk perbankan Islam sama seperti dengan

produk di bank konvensional. 76

4.35 Produk kewangan Islam sewajarnya diberikan

sokongan. 77

4.36 Berikhtiar tidak terlibat dengan urus niaga yang

berorientasikan riba. 77

4.37 Rumusan dapatan kajian sikap responden

terhadap hukum halal dan haram khusus dalam

amalan urusan kewangan dalam peratusan dan

min. (*item berbentuk negatif telah diubah skor

kepada positif) 78

Page 19: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 95

B Surat Kebenaran Fakulti 99

C Surat Pengesahan Semakan 100

D Surat Perangkaan Pelajar Semester Satu

Sesi 2003/2004 101

E Keputusan Kajian Rintis 103

Page 20: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

xvii

SENARAI SINGKATAN

BIMB - Bank Islam Malaysia Berhad

BBA - Bai’ Bithaman Ajil

IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

KUIM - Kolej Universiti Islam Malaysia

N - Jumlah Responden

SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package of Social Sciences

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

WHO - Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Page 21: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada RasulNya,

merangkumi segala aspek dalam kehidupan manusia. Iaitu dari segi ibadah,

muamalah, munakahat, jenayah. Semuanya telah jelas terkandung di dalam al-Quran

mahupun as-Sunnah. Dalam hal ini, dalil yang menunjukkan hukum ke atas umat

Islam telah sempurna mengenai masalah halal dan haram serta suruhan dan larangan

sesuatu perkara adalah jelas iaitu melalui wahyu Allah S.W.T yang terakhir

diturunkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Allah S.W.T

berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 3;

م دينامتي ورضيت لكم اإلسلاليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نع

Maksudnya:

“Pada hari ini aku telah sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah aku

sempurnakan atas kamu nikmatKu, dan aku telah rela untukmu Islam sebagai

agamamu”.

(al-Ma’idah: 3)

Page 22: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

2

Ayat di atas merupakan satu dalil yang kukuh menunjukkan bahawa Islam

adalah agama yang diredai oleh Allah S.W.T. Islam menganjurkan tatacara

kehidupan yang syumul di samping panduan yang lengkap, sesuai digunakan untuk

sepanjang zaman iaitu Al-Quran dan diutus juga insan kamil Rasulullah S.A.W

sebagai pemimpin. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang berbunyi:

.امنا أنا رمحة مهدة

)رواه احلاكم وصححه الذهىب(

Maksudnya:

“sesungguhnya aku diutus sebagai rahmat dan membimbing”

(Riwayat al-Hakim, dan disahkan oleh Adz-Dzahabi)

Islam telah menggariskan satu persatu sebagai panduan kepada penganutnya

dalam menjalani kehidupan. Allah S.W.T juga telah mengurniakan akal fikiran

kepada manusia bagi memudahkan mereka memilih jalan hidup demi mencapai

keredaan Allah S.W.T. Bagi mencapai keredaan tersebut, manusia perlu menurut dan

mentaati setiap apa yang digariskan dalam Islam.

Setiap kelakuan anak Adam tidak dapat dipisahkan dari hukum halal dan

haram. Ia juga merupakan satu perundangan bagi mewujudkan kebaikan untuk umat

manusia dan menghilangkan beban yang berat serta memudahkan umat manusia

dalam kehidupan harian. Landasan syariah Islam yang tetap menegakkan hukum

menghilangkan mafsadah dan mendatangkan maslahat untuk semua umat manusia

sama ada jasmaninya, jiwanya, akalnya, masyarakat keseluruhannya, yang kaya, yang

miskin, penguasa, rakyat, lelaki, perempuan dan untuk keseluruhan manusia baik

jenisnya, warna kulitnya, bangsanya, pada setiap masa dan generasi.

Page 23: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

3

Oleh yang demikian, mentaati segala perintah agama Islam secara

keseluruhannya adalah menjadi satu kewajipan kepada semua umat Islam. Ini kerana

dengan kesyumulan, kesahihan dan kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalamnya

serta kerahmatan yang diberikan kepada mereka yang mengamalkannya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Halal dan haram merupakan ketetapan Allah S.W.T kepada hambaNya dalam

menjalani kehidupan di dunia ini. Ketetapan ini telah diceritakan melalui kitabNya

Al-Quran ataupun melalui RasulNya Nabi Muhammad S.A.W yang bertugas

menyampaikan wahyuNya sebagai panduan dan dalil mengenai ketetapan hukum

halal dan haram. Sabda Rasulullah S.A.W di dalam Hadis 40 (Terjemahan dan

syarahanya) susunan Imam an-Nawawi iaitu:

أمور مشتبهاتاحلرام بني وبينهما إنواحلالل بني إن )رواه البخاري ومسلم(

Maksudnya:

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan antara

keduanya ada hal-hal yang syubhat (samar-samar, yakni tidak diyakinkan salah

satunya kerana tidak terang halal dan haramnya disebabkan pertentangan di antara

dua dalil”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menunjukkan bahawa setiap perkara telah jelas hukum halal dan

haramnya. Manakala jika terdapat sesuatu perkara yang meragukan di antara halal

Page 24: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

4

dan haramnya maka perlu berhati-hati dan sebaiknya seseorang Muslim harus

menjauhkan dirinya dari masalah yang masih syubhah. Dengan bersifat demikian,

seseorang Muslim tidak akan terjerumus kepada yang haram. (Yusuf Qardhawi,

1980:42)

Walau bagaimana pun, pada zaman sekarang terdapat di kalangan masyarakat

Islam yang masih berada di dalam kesamaran mengenai hukum halal dan haram.

Persoalan bolehkah memakan sembelihan Ahli Kitab yang ditimbulkan dalam

Majalah Cermin bil. 64 keluaran Jun (2003:76) merupakan satu daripada kesamaran

yang berlaku. Dalam Utusan Malaysia 25 Julai 2003 pula memaparkan persoalan

mengenai status ayam ketul yang dibawa dari Thailand halal atau tidak.

Akhbar Metro, Ahad 7 Sept. 2003 menyiarkan pentingnya industri makanan

halal dalam sebuah negara yang hampir separuh penduduknya beragama Islam.

Rentetan daripada Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) menawarkan pengajian

dalam bidang Bioteknologi Makanan di mana pakar makanan yang bakal dilahirkan

oleh KUIM akan memenuhi keperluan pasaran di sektor industri makanan halal.

Media memaparkan perlanggaran terhadap hukum halal dan haram yang telah

disyariatkan dalam Islam. Berapa ramai artis yang telah ditangkap memandu dalam

keadaan mabuk?. Menurut Mohammed Ali Albar (1993:2) dalam ‘Masalah Arak dan

Penyelesaiannya Menurut Islam’ menyatakan penagihan arak ialah masalah kesihatan

awam yang besar dan merupakan punca utama dalam kemalangan jalan raya.

Menurut beliau juga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengandaikan bahawa

50% daripada semua kemalangan jalan raya berlaku akibat pengaruh arak. Arak juga

memainkan peranan penting dalam kejadian jenayah. WHO mengisytiharkan bahawa

86% jenayah pembunuhan dan 50% kejadian rogol dan jenayah ganas lain berlaku

akibat pengaruh arak.

Page 25: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

5

Islam menyeru umatnya supaya menjauhi yang haram dan mendekati yang

halal. Pada 23 Mac 1995, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa

“Merokok Hukumnya Haram". Kajian saintifik membuktikan bahawa merokok boleh

menyebabkan sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit yang teruk dan boleh membawa

maut. Bahkan asap rokok juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada ahli

keluarga si perokok terutamanya kanak-kanak. WHO dalam kajiannya telah

mendapati asap rokok mengandungi lebih daripada 4,000 jenis bahan kimia termasuk

alkohol, racun dan bahan penyebab kepada kanser. Bahan-bahan kimia ini boleh

memberi kesan buruk kepada setiap sistem tubuh dan organ penting dalam badan.

(Majalah Cermin bil. 64 keluaran Jun 2003:98)

Pengambilan dadah, ganja dan sebagainya di kalangan atlit-atlit sukan, pelajar

sekolah dan universiti, pemandu, tidak kurang hebatnya. Akhbar Utusan Malaysia

keluaran 19 Jun Ogos 2003 telah memaparkan seramai 39 orang pemandu serta

penumpang kenderaan ditahan setelah dikesan memandu di bawah pengaruh dadah.

Menurut perangkaan daripada Kementerian Dalam Negeri sejak tahun 1998

hingga 2002 terdapat 235,495 orang penagih telah dikesan di Malaysia. Sementara

itu, golongan belia yang berumur antara 20 hingga 40 tahun ialah seramai 78.8%

jumlah penagih. Selebihnya remaja 2.2% dan dewasa 19.0%. (Media Bina UTM Vol

3 edisi Jun 03)

Al-Quran juga membuat penjelasan agar memilih makanan yang baik dan

menjauhi yang buruk. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah Ayat 88:

طيبا الله حلالوكلوا مما رزقكم

Page 26: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

6

Maksudnya:

“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah S.W.T

telah rezekikan kepadamu” (al-Maidah:88)

Islam juga turut mengambil berat dalam etika pemakaian umatnya. Etika

pemakaian yang ditetapkan dalam Islam tidak dapat dinafikan kepentingannya. Satu

daripadanya punca berlakunya kes-kes seperti bapa merogol anak, kes cabul

kehormatan, dan sebagainya yang banyak disiar di dada akhbar adalah disebabkan

faktor pemakaian. Pemakaian sutera yang diharamkan, emas, anting-anting oleh

golongan lelaki, juga merupakan isu yang berlaku secara berleluasa.

Harian Metro, Jumaat, 27 Jun 2003, memaparkan isu mengenai perbuatan

melurus dan mengeriting rambut, menggunakan perkhidmatan tukang gunting lelaki

bagi wanita. Sedangkan ianya telah jelas bahawa Islam melarang perbuatan

sedemikian kerana ia adalah satu penipuan dan mengubah ciptaan Allah S.W.T.

Manakala dalam Berita Harian 11 Sept. 2003 juga turut memaparkan fesyen songket

tradisional, moden pilihan pengantin terkini di mana pakaian tersebut jelas membuka

aurat dan model yang memperagakannya adalah di kalangan wanita Muslim.

Para u ulama’ juga telah menjelaskan perkara-perkara yang dilarang dengan

dalil-dalil yang jelas seperti pengharaman emas dan sutera kepada lelaki, pakaian

lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya, berlebih-lebihan dalam berhias

dengan mengubah ciptaan Allah S.W.T seperti tatu, kikir gigi, menipis alis dan

menyambung rambut. (Yusuf Qardhawi 1980:108). Dalam perkara ini juga Sayidina

Ali bin Abu Talib r. a berkata:

Page 27: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

7

إن هذين حرام : أخذ رسول اهللا حريرا فجعله يف ميينه، وأخذ ذهبا فجعله يف مشاله مث قال . على ذكور أميت

Maksudnya:

“Rasulullah S.A.W mengambil sutera, ia letak di sebelah kanannya, dan ia

mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: kedua ini

Haram buat orang laki-laki dari umatku”

Firman Allah S.W.T menerangkan hal tersebut iaitu dalam surah Al-A’raaf ayat 26:

تكم وريشاء لنا عليكم لباسا يوري سوآدم قد أنزءيابني

Maksudnya:

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada

kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan”

(al-A’raaf:26)

Melalui dalil-dalil tersebut, maka jelaslah bahawa Allah S.W.T telah

menciptakan kaedah-kaedah syariah dan ketentuan-ketentuannya. Meneliti penulisan

Abu’l A’la Al-Maududi (2001:159) dalam Asas-Asas Islam menyatakan

“demikianlah syariah ini telah mengharamkan ke atas manusia setiap perkara yang

membawa kepada kemudaratan, dan menghalalkan segala yang mendatangkan

manfaat ke atasnya dan tidak memberi mudarat kepada orang lain”.

Dalam urusan kewangan pula, walaupun terdapat bank-bank yang

menggunakan pengurusan secara Islam sudah muncul, masih ramai lagi umat Islam

yang menggunakan bank konvensional. Sistem Perbankan Islam seperti Bank Islam,

Bank Muamalat dan Bank Rakyat yang terbaru telah wujud untuk memberikan

perkhidmatan kepada umat Islam khasnya dan seluruh masyarakat amnya. Manakala

bank konvensional pula ialah bank yang, berorientasikan riba dengan menggunakan

Page 28: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

8

istilah seperti faedah, bunga dan komisen. Dalam perkara ini Islam amat mengambil

berat di mana Allah S.W.T berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 275:

واه البيع وحرم الربوأحل الل Maksudnya:

“Padahal Allah S.W.T menghalalkan Jual beli dan mengharamkan riba”

(al-Baqarah:275)

Kenyataan daripada Utusan Malaysia Selasa 23 Sept. 2003, menurut Pengurus

Besar Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Wan Ismail Wan Yusuf menyatakan

kebanyakan bank konvensional juga mengambil langkah menawarkan produk

berlandaskan syariah. Perbezaan antara perbankan konvensional juga, menyebabkan

ramai pelanggan bukan Islam memilih perbankan Islam. Menurut Wan Ismail juga

kaum bukan Islam memilihnya kerana pembiayaan yang ditawarkan tidak

mempunyai ‘kos tersorok’.

Menurut maklumat yang diperolehi daripada Unit Pengurusan Akademik

mendapati keseluruhan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) seramai 26639

orang pelajar diselaraskan dengan menggunakan akaun Bank Bumiputra Commerce

dan 20456 adalah pelajar Muslim. (Unit Pengurusan Akademik UTM(S)12. 04/13.

10/1/8 Jld. 16). Di samping itu juga temu bual dibuat oleh penyelidik dengan

pengurus Bank Muamalat, iaitu En. Ahmad Fuad bin Sidik menyatakan sejumlah

1798 orang pelajar yang menggunakan akaun Bank Muamalat daripada jumlah

keseluruhannya 29280 orang. Jumlah ini menunjukkan hanya 8.8% daripada 20456

orang jumlah keseluruhan pelajar Muslim yang berdaftar di UTM bagi semester 1 sesi

2003/2004. (Rumusan daripada temu bual dengan En. Ahmad Fuad bin Sidik

Pengurus Bank Muamalat)

Page 29: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

9

Selain daripada pelajar, penyelidik juga cuba mendapatkan maklumat

mengenai akaun staf yang berkhidmat di UTM iaitu seramai 3950 orang jumlah

keseluruhan staf UTM yang beragama Islam. Jumlah staf yang menggunakan sistem

perbankan Islam ialah 508 orang manakala selebihnya iaitu 3462 orang lagi

menggunakan sistem perbankan konvensional. Jumlah ini menunjukkan hanya

12.86% daripada jumlah keseluruhan staf sahaja yang menggunakan sistem

perbankan Islam. (Rumusan daripada temu bual dengan En. Shamsuri bin Sidek,

Penolong Akauntan, Pejabat Bendahari UTM)

Utusan Malaysia 25 Julai 2003 “Sistem Perbankan Islam (SPI) kian mendapat

tempat di hati pelanggan bukan Islam itulah hakikat yang sekian banyak diperkatakan

oleh ahli perbankan tempatan”. Berbanding dengan orang Islam yang terus

menggunakan bank konvensional dan ini bertepatan dengan kenyataan Syed Abdul

Hamid Al-Junid dalam buku Sains Muamalah Islam Di Malaysia (1999:71):

“kebanyakan sistem ekonomi dan pengurusan di kalangan negara-negara Muslim

masa kini menyimpang daripada apa yang diketahui sebagai ekonomi Islam. Masalah

‘lizard’s hole’ yang telah diramalkan oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W

kelihatan di kebanyakan negara Islam. Negara ini dengan membuta tuli meniru

sistem-sistem Kristian dan Yahudi sungguh pun sistem-sistem ini jelas berlandaskan

hukum hidup yang bercanggah dengan hukum-hukum syariah ”. Islam mempunyai

sistem ekonomi tersendiri, buktinya ialah kejayaan Bank Muamalat. Berita Harian,

Jumaat, 15 Nov. 2002 memaparkan Pengerusi Bank Muamalat Datuk Ismail Ahmad,

berkata “bank itu sudah beroperasi dengan untung dari tahun ke tahun, dengan

keuntungan selepas peruntukan, cukai dan zakat bagi 2001 sebanyak RM 17.9 juta

berbanding dengan RM 8.0 juta dalam tempoh sembilan bulan terakhir 2000”.

Maklumat juga didapati melalui risalah-risalah yang dikeluarkan oleh bank-

bank yang melaksanakan muamalah Islam seperti Bank Islam, Bank Muamalat dan

Bank Rakyat telah pun mempunyai produk-produk berunsurkan sistem kewangan

Page 30: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

10

Islam. Akhbar Utusan Malaysia, Selasa 23 Sept. 2003 memaparkan Bank Islam

mempunyai produknya iaitu Akaun Semasa, Akaun Simpanan Wadiah, Mudharabah,

Wadi, Ijraa, Pewani, Akaun pelaburan dan Sijil Hutang Islam boleh Niaga. Selain itu

Bank Islam turut menawarkan perkhidmatan pembiayaan pengguna, perniagaan dan

korporat. Perkhidmatan Pembiayaan Pengguna terdiri daripada Pembiayaan Rumah

Baiti, Peribadi, Pakej Umrah dan Pelancongan, Pendidikan, Skim Ar-Rahnu dan Kad

Bank.

Manakala menurut risalah yang dikeluarkan atau melalui laman webnya

(www. muamalat. com. my) Bank Muamalat telah menawarkan produknya iaitu Bai’

Bithaman Ajil (BBA), Bai’ Al-Istisna’, Ijarah, Ijarah Thumma Al-Bai’, Murabahah,

Bai’ Al-Inah, Wakalah, Musyarakah, Bai’ Al-Dayn, Kafalah, Qardhul Hasan dan ia

juga mempunyai produk-produk takaful untuk Kenderaan Berinjin, Kebakaran,

Pemilik Rumah Kediaman, Kemalangan Diri, Tanggungan Awam, semua Risiko

Peralatan, Pampasan Kerja, Semua Risiko Kontraktor, Kargo Marin, Gadai janji,

Kredit Berkelompok, Khairat Kematian dan Penghospitalan dan Pembedahan.

Seterusnya Bank Rakyat juga melalui risalah yang dikeluarkan atau laman

webnya (www. bankrakyat. com. my) menawarkan produknya iaitu Takaful Rakyat

Skim Hayati, Skim Pajak Gadai Ar-Rahnu, Pembiayaan Pendidikan Al-Falah,

Pembiayaan Perumahan Al-Manzili, Akaun Pelaburan Qiradh, Akaun Pelaburan

Warga Emas, Skim Aliran Wang Tunai Kepada KOPERASI, Skim Pembiayaan

Kenderaan Kakitangan Kerajaan Akaun Simpanan Tawfir, Bai’ Bithaman Ajil dan

sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank.

Berhubung dengan keadaan-keadaan yang berlaku tersebut khasnya di

Malaysia, unsur ini telah mendorong penyelidik untuk menyelidiki mengenai

pengetahuan dan kefahaman pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Pengajian

Page 31: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

11

Islam (SPI) khususnya terhadap hukum halal dan haram serta sikap mereka terhadap

aspek pemakanan, pemakaian dan urusan kewangan di mana kesemua aspek tersebut

merupakan rutin dalam amalan hidup mereka. Penyelidik juga cuba untuk meneliti

pandangan sebenar terhadap hukum halal dan haram yang disyariatkan dalam Islam.

1.3 Penyataan Masalah

Kita perlu menerima kenyataan bahawa telah banyak perbincangan dan

kritikan-kritikan mengenai sesetengah masyarakat di kalangan pelajar yang

mengabaikan hukum halal dan haram dalam amalan hidup mereka meskipun perkara

ini telah jelas disebut di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Mereka seolah-olah

menganggap hukum halal dan haram yang telah ditetapkan itu sekadar anjuran dan

boleh dipertimbangkan sama ada ingin mengikut atau tidak dalam mengejar

kehidupan dunia. Utusan Malaysia 25 Julai 2003 memaparkan persoalan mengenai

status ayam ketul yang dibawa dari Thailand ke Malaysia halal atau tidak. Dalam hal

ini tidak mustahil makanan tersebut dijual oleh pengusaha kantin dan restoran kepada

pelajar-pelajar kerana harganya yang rendah dan akan memberi pulangan yang

lumayan.

Pada 23 Mac 1995, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa

“Merokok Hukumnya Haram". Kajian saintifik membuktikan bahawa merokok boleh

menyebabkan sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit yang teruk dan boleh membawa

maut. Bahkan asap rokok juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada ahli

keluarga si perokok terutamanya kanak-kanak. WHO dalam kajiannya telah

mendapati asap rokok mengandungi lebih daripada 4,000 jenis bahan kimia termasuk

alkohol, racun dan bahan penyebab kepada kanser. Bahan-bahan kimia ini boleh

Page 32: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

12

memberi kesan buruk kepada setiap sistem tubuh dan organ penting dalam badan.

(Majalah Cermin bil. 64 keluaran Jun 2003:98) Berapa ramai di kalangan pelajar

yang masih merokok?

Dalam akhbar Berita Harian, 11 Sept. 2003 memaparkan lima orang termasuk

tiga orang pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) ditahan kerana disyaki

menyalahgunakan dadah. Mereka didapati positif mengambil ganja dan heroin dan

berumur dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun.

Harian Metro, Jumaat, 27 Jun 2003, memaparkan isu mengenai perbuatan

melurus dan mengeriting rambut, menggunakan perkhidmatan tukang gunting lelaki

bagi wanita sedangkan ianya telah jelas haram. Ini kerana perbuatan sedemikian

adalah satu penipuan dan mengubah ciptaan Allah S.W.T. Masalah ini semakin

menular di kalangan mahasiswa iaitu mewarnai rambut, memakai gelang dan

sebagainya. Memakai pakaian yang tidak menutup aurat semasa bersukan dan

pakaian-pakaian yang menjolok mata sudah menjadi kebiasaan di kalangan

mahasiswa. Bak kata pepatah “dunia dah terbalik” jelas berlaku di mana terdapat

lelaki yang berpakaian wanita dan sebaliknya.

Dalam urusan kewangan pula, maklumat diperolehi daripada Pengurus Bank

Muamalat cawangan UTM, En. Ahmad Fuad bin Sidik melalui temu bual dengannya,

beliau menyatakan jumlah pelajar UTM yang membuka akaun di bank tersebut

hanyalah 1798 orang akhir bulan Jun 2003. Jumlah ini menunjukkan hanya 8.8%

daripada 20456 orang jumlah keseluruhan pelajar Muslim yang berdaftar di UTM

bagi semester 1 sesi 2003/2004. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap pelajar UTM

dikehendaki menggunakan Bank Bumiputra Commerce untuk penyelarasan, tetapi di

manakah sensitiviti sebagai pelajar Muslim setelah dimasukkan wangnya terhadap

perbankan Islam yang jelas pengurusannya menurut syariat Islam?

Page 33: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

13

Oleh yang demikian, penyelidik ingin membuat satu kajian bagi mendapatkan

maklumat mengenai sikap pelajar-pelajar SPI Universiti Teknologi Malaysia terhadap

hukum halal dan haram yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah

yang juga merupakan rutin hidup harian mereka. Bagi membicarakan mengenai sikap

pelajar terhadap hukum halal dan haram yang telah jelas tersebut, pengkaji

mempunyai beberapa perkara yang akan dipersoalkan iaitu mengenai pengetahuan

dan kefahaman mereka sebagai seorang pelajar SPI terhadap hukum halal dan haram,

kesedaran dan sikap mereka terhadap beberapa aspek yang dirasakan amat penting

dibicarakan iaitu mengenai pemakanan, pemakaian dan urusan kewangan dalam

menjalani kehidupan harian.

1.4 Objektif Kajian

Pengkaji telah mengenal pasti beberapa tujuan kajian sebagai panduan bagi

memastikan agar kajian yang dijalankan menepati dengan tajuk kajian.

Tujuan kajian tersebut ialah:

i. Untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap pengetahuan pelajar-

pelajar SPI terhadap asas-asas hukum halal dan haram dalam syariat

Islam.

ii. Untuk mengkaji tahap kesedaran pelajar-pelajar SPI terhadap hukum

halal dan haram khususnya dalam amalan pemakanan.

iii. Untuk mengkaji tahap kesedaran pelajar-pelajar SPI terhadap hukum

halal dan haram khususnya dalam amalan pemakaian.

iv. Untuk mengkaji tahap kesedaran pelajar-pelajar SPI terhadap hukum

halal dan haram khususnya dalam urusan kewangan.

Page 34: SIKAP PELAJAR SPI TERHADAP HUKUM HALAL DAN ...amalan pemakanan dalam peratusan dan min. 66 4.22 Pakaian yang tidak menutup aurat bukan dari etika pemakaian Islam. 68 ... A Borang Soal

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, beberapa perkara yang menjadi persoalan terhadap kajian ini

ialah:

i. Apakah tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar-pelajar SPI

mengenai hukum halal dan haram yang disyariatkan dalam Islam .

ii. Sejauh manakah sikap pelajar-pelajar SPI terhadap hukum halal dan

haram dalam amalan pemakanan.

iii. Sejauh manakah sikap pelajar-pelajar SPI terhadap hukum halal dan

haram dalam amalan pemakaian.

iv. Sejauh manakah sikap pelajar-pelajar SPI terhadap hukum halal dan

haram dalam urusan kewangan.