Silsilah Zahbiyyah Dan Silsilah Syaitaniyyah
-
Upload
syihabudin-ahmad -
Category
Documents
-
view
235 -
download
0
Transcript of Silsilah Zahbiyyah Dan Silsilah Syaitaniyyah
-
8/9/2019 Silsilah Zahbiyyah Dan Silsilah Syaitaniyyah
1/1
Silsilah Zahbiyyah dan silsilah Syaitaniyyah /
Ya Allah , Swsungguhnya pagi/ petang ini aku merasa nikmatMu, Kesihatan pemberianMu, dan
terjaganya aibku, maka ku pohon sempurnakanlah nikmatMu, Kesihatan pemberianMu dan penjagaanMu
terhadap aibku didunia dan akhirat.
Lafaz ini selalu kita sebut-sebutkan didalam ma`thurat yang kita baca saban hari, namun sejauh
manakah kita mentadabbur wirid ini?
Wirid ini dinamakan silsilah zahabiyyah kerana padanya ada tiga rangkaian permohonan utama yang
kita tujukan kepada Allah Azza Wa jalla, :
1) Nikmat () 2) Kesihatan () 3) Hijab dari dibukakan aib ()
Persoalannya, mengapakah Rasulullah SAW menggunakan pendekatan wirid seperti ini?
Dalam wirid ini Rasulullah SAW menghantar sebuah masej kepada kita supaya kita mensyukuri
nikmat kurniaan Allah SWT, bahkan memohon diteruskan kurniaan nikmat itu selagi nyawa masih
dikandung badan, nikmat kurnia terbesar yang Allah berikan adalah nikmat Iman dan Islam.
Akan tetapi, berlaku juga orang yang mendapat nikmat Iman dan Islam namun tidak mempunyai
kesihatan sehingga menjadi kesukaran baginya untuk menyempurnakan ibadah yang telah Allah
pertanggungjawabkan padanya, oleh itu, kita disuruh untuk memohon kesihatan dari Allah SWT.
Namun tidak cukup hanya memiliki nikmat dan kesihatan jika aib diri sendiri terbuka di khalayak
masyarakat, oleh itu kita harus bersyukur kerana aib diri kita Allah tutup dan tidak dedahkan kepada
orang ramai kerana seandainya orang ramai mengetahui aib kita, nescaya tidak ada orang yang
mahu menghampiri diri kita apatah lagi mahu berkomunikasi dengan kita.
Ketiga-tiga permohonan ini amatlah penting bagi setiap muslim bagi memastikan kejayaannya
didunia dan akhirat. Malahan permohonan ini dilengkapi lagi dengan tiga penolakan , yang
dinamakna silsilah syaitaniah sepertimana yang tersebut didalam sunan Nasaie :
Ya Allah, Aku pohon dijauhkan dari kekufuran, kemiskinan dan siksaan kubur
Silsilah Syaitaniyyah ini pula menunjukkan kesungguhan pembacanya memohon kepada Allah SWT
untuk dihindari dari kesempitan kekufuran, kemiskinan dan kesempitan azab kubur, ketiga-tiga
kesempitan ini akan membuat manusia menjadi orang yang semata-mata rugi.
Tuntasnya, kedua-dua silsilah ini amatlah baik untuk sama-sama kita amalkan , agar kita memiliki apa
yang kita hajati didunia dan Akhirat.