Simposium Minit Curai Muamalah Islam Peringkat Negeri Perak 27 Mei 2015

5
SEKOLAH KEBANGSAAN ABC 12345 IPOH, PERAK LAPORAN MESYUARAT/SEMINAR/ BENGKEL/SIMPOSIUM DAN LAIN-LAIN A. Butiran Laporan 1. Tajuk Minit Curai 2. Simposium Simposium Muamalah Islam Peringkat Negeri Perak 3. Pengerusi Ustaz Ahmad Fikri Bin Mohd. Paudzi 4. Tarikh 27 Mei 2015 (Rabu) 5. Masa 8.00 pg 1.00 ptg 6. Tempat Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) 7. Anjuran 8. Nama Pegawai Pelapor 9. Pegawai Lain Yang Hadir Tiada. B. Perkara yang Dibincangkan Bil . Perkara 1. Modul 1: Perbankan Islam Oleh Ustaz Zuhairi Bin Zakaria, Penolong Pengurus Jabatan Pematuhan Syariah Dan Penyelidikan, CIMB Islamic Bank Berhad Pengenalan kepada konsep riba dan jenis-jenis riba Peratusan terbesar dana pemegang perniagaan bank adalah daripada dana pendeposit dan selebihnya dana pemegang saham Bank memberikan pembiayaan dengan duit pendeposit 1

description

Minit Curai Simposium Muamalah Islam Peringkat Negeri Perak Pada 27 Mei 2015 di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM)

Transcript of Simposium Minit Curai Muamalah Islam Peringkat Negeri Perak 27 Mei 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN ABC12345 IPOH, PERAK

LAPORANMESYUARAT/SEMINAR/ BENGKEL/SIMPOSIUM DAN LAIN-LAIN

A. Butiran Laporan

1.Tajuk Minit Curai

2.SimposiumSimposium Muamalah Islam Peringkat Negeri Perak

3.PengerusiUstaz Ahmad Fikri Bin Mohd. Paudzi

4.Tarikh27 Mei 2015 (Rabu)

5.Masa8.00 pg 1.00 ptg

6.TempatDewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM)

7.Anjuran

8.Nama Pegawai Pelapor

9.Pegawai Lain Yang HadirTiada.

B. Perkara yang Dibincangkan

Bil.Perkara

1.

Modul 1: Perbankan Islam Oleh Ustaz Zuhairi Bin Zakaria, Penolong Pengurus Jabatan Pematuhan Syariah Dan Penyelidikan, CIMB Islamic Bank Berhad Pengenalan kepada konsep riba dan jenis-jenis riba Peratusan terbesar dana pemegang perniagaan bank adalah daripada dana pendeposit dan selebihnya dana pemegang saham Bank memberikan pembiayaan dengan duit pendeposit Perbankan Islam berlandaskan syariah Dipantau oleh Shariah Governance Framework yang dikeluarkan oleh BN. Penerangan tentang definisi pelaburan. Matlamat pelaburan wajib berlandaskan Islam Pelaburan merupakan satu pelan kewangan Untuk melabur, seseorang itu boleh menggunakan pendapatan dari gaji untuk membeli sekuriti yang boleh menukar pendapatan dari gaji ke pendapatan pasif atau portfolio, dapat menilai risiko dan berintegriti Setelah mengenalpasti keperluan dan matlamat kewangan, kita perlu memilih pelaburan yang bersesuaian. Perkara yang perlu dipertimbangkan ialah status halal produk, kesesuaian produk dengan matlamat pelaburan dan kesesuaian produl dengan profil risiko pelabur Pelaburan Islam wajib mengharamkan Riba (faedah, bunga), Gharar (ketidakpastian), Maisir (perjudian), Rishwah (Rasuah) dan Jahl (kejahilan) bagi mencapai matlamat kesejahteraan bagi seluruh umat manusia.

Modul 2 : Takaful Oleh Ustaz Wan Mohamad Nazman Wan Mahmood, Asistant Vice President, Jabatan Syariah, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Iaitu Kafala, saling jamin menjamin antara satu sama lain. Mewujudkan satu pakatan sesama peserta untuk mencarum kedalam satu tabung yang akan membantu para peserta ketika ditimpa musibah atau kemalangan Takaful perlu kerana dalam kehidupan manusia pastinya mereka akan ditimpa bahaya. Ciri-ciri pelan takaful ialah berlandaskan hukum syarak, berasaskan konsep tabarru, bukan kontrak jual beli, tiada unsur gharar, tiada unsur perjudian dan tiada unsur riba Terdapat 5 risiko dalam kehidupan iaitu kemalangan, kematian, hilang upaya kekal, penyakit kritikal dan usia tua.

Modul 3 : Pelaburan Patuh Syariah Oleh Hajah Rohani Dato Shahir, Pengasas Dan Rakan Kongsi Utama Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd. Jenis-jenis produk pelaburan yang patuh syariah di Malaysia ialah Unit Saham Amanah Islamik, saham tersenarai patuh syariah, Dana Dangangan Bursa Islamik, Amanah Pelaburan Hartanah Islamik, Produk Berstruktur Islamik, Derivative Islamik dan Akuan Pelaburan Emas Islamik. Profil risiko pelabur adalah tahap kemampuan pelabur menerima risiko pelaburan. Ia terbahagi kepada konservatif, konservatif sederhana, sederhana, agresif sederhana dan agresif. Hendaklah menentukan kesesuaian produk dengan profil risiko pelabur bagi memastikan matlamat pelaburan tercapai dan tidak mengalami masalah kewangan yang serius.

Modul 4 : Pengurusan HutangOleh Hajah Rohani Dato Shahir, Pengasas Dan Rakan Kongsi Utama Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd. CCRISbermaksud Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (Central Credit Reference Information System). Ia adalah sistem yang dicipta oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang mensintesiskan maklumat kredit mengenai peminjam atau peminjam yang berpotensi ke dalam laporan kredit yang seragam. Maklumat ini boleh didapati kepada institusi kewangan (Bank) dan individu (atau pengarah syarikat) diri atas permintaan. CTOS adalah sistem maklumat utama yang digunakan secara meluas oleh majoriti sistem kewangan negara, syarikat perdagangan dan perniagaan, firma undang-undang dan institusi lain. Tidak seperti CCRIS yang berada di bawah Bank Negara Malaysia (BNM), CTOS dimiliki dan diuruskan oleh syarikat Malaysia, telah berada dalam perniagaan selama 20 tahun, mengumpul maklumat mengenai individu dan syarikat-syarikat daripada pelbagai sumber yang terdapat dalam domain awam. Maklumat ini diformatkan ke dalam pangkalan data elektronik yang menyediakan proses untuk memeriksa dengan mudah, cepat dan berkesan untuk permohonan pinjaman, kredit perdagangan dan perniagaan dan untuk membuat keputusan oleh pemberi kredit dan pemberi pinjaman. Tip membayar hutang adalah seperti dibawah: Membayar hutang sebaik sahaja mendapat wang Lebihkan sedikit bayaran bulanan Bayar sebelum tarikh matang Bayar pinjaman apabila ada lebihan wang Kekalkan bayaran yang sama apabila kadar faedah turun Tingkatkan bayaran bulanan apabila gaji atau pendapatan naik Jual barang terpakai dan guna wang untuk bayar pinjaman Biayai semula pinjaman dengan bank yang tawar faedah lebih rendah Aplikasi efek bola salju, percepatkan proses langsai hutang Jumpa AKPK

Tip menggunakan kad kredit dengan bijak: Miliki hanya satu kad kredit Anggap penggunaan sama seperti tunai Jangan guna sekiranya tidak mampu bayar penuh Bayar lebih dari jumlah minima bulanan Elakkan pendahuluan tunai dari ATM Sentiasa semak penyata bulanan Hanya beli belah secara maya melalui peniaga yang dipercayai

C. Tindakan yang perlu diambil : Menyediakan minit curai.

D. Tandatangan PegawaiPelapor 1 : Pelapor 2:

..........................................................................................................

E. Tarikh laporan disediakan: 28 MEI 2015

F. Disemak dan Disahkan oleh :

.....................................................ABCPENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK CORONATION PARK1