Simpulan Bahasa

6
Simpulan Bahasa adalah salah satu daripada jenis peribahasa. Simpulan Bahasa merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas. SIMPULAN BAHASA, MAKSUD DAN CONTOH AYAT. 1. ada hati Maksud : ada keinginan yang melebihi kesanggupan. Ayat : Jamal ada hati hendak meminang anak hartawan itu. 2. akal kancil Maksud : tipu daya yang licin Ayat : Peniaga itu mempunyai akal kancil untuk mendapat keuntungan yang banyak. 3. alas perut Maksud : makan sedikit untuk sementara waktu Ayat : Amran makan sekeping roti sebagai alas perut. 4. alim-alim kucing Maksud : seorang yang berpura-pura baik dari segi tingkah laku dan peraturan. Ayat : Jamal bersikap alim-alim kucing di depan ibu bapanya. 5. anak angkat Maksud : anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri Ayat : Amin adalah anak angkat Pak Cik Rahman. 6. anak bongsu Maksud : anak yang paling muda dalam keluarga Ayat : Lai Meng anak bongsu Encik Wong. 7. anak emas Maksud : orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya. Ayat : Sofea pekerja yang rajin. Tidak hairanlah saya jika ia menjadi anak emas Tuan

description

simpulan bahasa

Transcript of Simpulan Bahasa

Page 1: Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa adalah salah satu daripada jenis peribahasa. Simpulan Bahasa

merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas.

SIMPULAN BAHASA, MAKSUD DAN CONTOH AYAT.

1. ada hati

   Maksud : ada keinginan yang melebihi kesanggupan.

   Ayat      : Jamal ada hati hendak meminang anak hartawan itu.

2. akal kancil

   Maksud : tipu daya yang licin

   Ayat      : Peniaga itu mempunyai akal kancil untuk mendapat keuntungan yang

banyak.

3. alas perut

   Maksud : makan sedikit untuk sementara waktu

   Ayat      : Amran makan sekeping roti sebagai alas perut.

4. alim-alim kucing

   Maksud : seorang yang berpura-pura baik dari segi tingkah laku dan peraturan.

   Ayat      : Jamal bersikap alim-alim kucing di depan ibu bapanya.

5. anak angkat

   Maksud : anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri

   Ayat      : Amin adalah anak angkat Pak Cik Rahman.

  

6. anak bongsu

   Maksud : anak yang paling muda dalam keluarga

   Ayat      : Lai Meng anak bongsu Encik Wong.

7. anak emas

   Maksud : orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.

   Ayat      : Sofea pekerja yang rajin. Tidak hairanlah saya jika ia menjadi anak emas

Tuan

Adnan.

Page 2: Simpulan Bahasa

8. anak kandung

   Maksud : anak sendiri

   Ayat      : Harlina anak kandung Encik Osman dan Puan Faridah.

9. angkat bakul

   Maksud : orang yang suka memuji atau meninggikan diri.

   Ayat      : Puan Aisyah sering angkat bakul apabila bercerita tentang dirinya.

10. atas angin

     Maksud : Negara-negara barat

     Ayat      : Negara kita pernah dijajah oleh negara-negara atas angin.

11. banyak mulut

     Maksud : orang yang suka bercakap

     Ayat      : Sikap Mona yang banyak mulut itu tidak disenangi oleh rakan sekelasnya.

 12. batu api

     Maksud : penghasut

     Ayat      : Mereka sudah berbaik-baik. Janganlah kamu menjadi batu api pula.

13. batu loncatan

     Maksud : sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan

     Ayat      : Diterimanya tawaran kerja sementara itu sebagai batu loncatan untuk

memperoleh

pekerjaan yang lebih baik kelak.

14. bekas tangan

     Maksud : hasil kerja tangan seseorang

     Ayat      : Pasu bunga ini adalah bekas tangan Clementina.

15. bergadai nyawa

     Maksud : sanggup membahayakan diri sendiri demi mencapai sesuatu

     Ayat      : Ahli bomba itu sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan mangsa

kebakaran.

16. buah mulut

     Maksud : perkara yang menjadi sebut-sebutan

Page 3: Simpulan Bahasa

     Ayat      : Berita tentang Murad membawa gadis Inggeris pulang telah membawa

buah mulut

seluruh kampung.

17. buah tangan

     Maksud : pemberian

     Ayat      : Setiap kali ke luar negeri, ayah pasti membawa buah tangan untuk kami.

 18. bulat kata

     Maksud : sepakat, sehati

     Ayat      : Penduduk kampung ini sudah bulat kata untuk bergotong royong

membersihkan

kawasan kampung pada minggu depan.

19. durian runtuh

     Maksud : mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka atau tanpa bersusah

payah.

     Ayat      : Wanita itu mendapat durian runtuh apabila membeli-belah di pasar raya

itu.

20. gaji buta

     Maksud : gaji yang diterima dengan tidak bekerja sungguh-sungguh

     Ayat      : Buruh itu lebih banyak berehat daripada bekerja. Dia makan gaji buta.

21. ikat perut

     Maksud : mengurangkan makan kerana susah

     Ayat      : Manisah terpaksa ikat perut di sekolah kerana ayahnya tidak mampu

memberikan

wang saku kepadanya.

22. iri hati

    Maksud : perasaan cemburu

     Ayat      : Perempuan itu iri hati melihat jirannya membeli perabot baru.

23. jalan buntu

Page 4: Simpulan Bahasa

     Maksud : tidak mendapat kata sepakat

     Ayat      : Mesyuarat itu terpaksa diberhentikan kerana menemui jalan buntu.

  

24. keras kepala

     Maksud : tidak mahu mengalah

     Ayat      : Lebih baik kamu beralah daripada terus bertengkar dengannya. Dia itu

keras

kepala.

25. khabar angin

     Maksud : khabar yang belum sah kebenarannya.

     Ayat      : Sejak dia menghilangkan diri dari kampung, berbagai-bagai khabar angin

tersebar

tentang dirinya.

26. langkah kanan

     Maksud : mujur atau bernasib baik

     Ayat      : Hari ini langkah saya langkah kanan kerana dapat bertemu dengan

pengarang

terkenal di pesta buku itu.

27. langkah seribu

     Maksud : melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut

     Ayat      : Budak yang menghendap di dusun itu membuka langkah seribu apabila

disergah oleh

ayah saya.

28. mandi peluh

     Maksud : basah dengan peluh

     Ayat      : Setiap hari Pak Cik Salim bermandi peluh mengusahakan kebun sayurnya.

29. mata duitan

     Maksud : orang yang mementingkan wang saja

     Ayat      : Jangan jadi mata duitan kerana kekayaan saja tidak dapat menjamin

kebahagiaan.

Page 5: Simpulan Bahasa

30. pilih kasih

     Maksud : melebihkan pertimbangan kepada orang yang dikasihi

     Ayat      : Majikan itu pilih kasih dalam memberikan pangkat kepada pekerja-

pekerjanya.

31. rambang mata

     Maksud : sukar untuk membuat pilihan

     Ayat      : Ibu rambang mata apabila masuk ke kedai pakaian itu.

32. ringan tangan

     Maksud : suka menolong orang

     Ayat      : Kalau kita ringan tangan, semua orang akan menyayangi kita.

33. ringan tulang

     Maksud : rajin bekerja

     Ayat      : Kawasan rumah Encik Simon selalu bersih kerana tukang kebunnya ringan

tulang.

34. sampai hajat

     Maksud : berjaya mencapai apa yang dihajati

     Ayat      : Akhirnya sampai hajat nenek hendak ke Makkah.

35. saudara baru

     Maksud : orang yang baru memeluk agama Islam

     Ayat      : Vincent telah menjadi saudara baru sejak bulan lepas lagi.

  

36. senyum kambing

     Maksud : senyum mengejek

     Ayat      : Pemuda itu tersenyum kambing melihat cara gadis itu berpakaian.

37. tanda mata

     Maksud : hadiah kenang-kenangan

     Ayat      : Dania memberikan sehelai selendang kepada Lina sebagai tanda mata.

38. tangan terbuka

Page 6: Simpulan Bahasa

     Maksud : suka menolong orang yang dalam kesusahan

     Ayat      : Keluarga Hasnan menerima kedatangan anak yatim itu dengan tangan

terbuka.

39. tangkai jering

     Maksud : orang yang kedekut

     Ayat      : Sia-sia saja kamu meminta derma daripada dia kerana dia tangkai jering.

40. ulat buku

     Maksud : orang yang tekun membaca

     Ayat      : Maniam gemar membaca buku sehingga rakan-rakannya menggelarkan

dirinya ulat

buku.