Simpulan Bahasa-Bulat Air Kerana Pembetung

download Simpulan Bahasa-Bulat Air Kerana Pembetung

of 4

Transcript of Simpulan Bahasa-Bulat Air Kerana Pembetung

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat bermaksud manusia bersatu (sebulat suara) kerana bermuafakat.

Betung bermaksud sejenis buluh yang besar, (gambar) nama saintifiknya Dendrocalamus asper; membetung pula membubuh paip untuk saluran air atau saluran kumbahan. Pembetung

pula bermaksud orang atau alat untuk membetung. Air hanya berbentuk bulat apabila mengalir melalui pembetung, begitu juga manusia, bulat (bersefahaman/bulat kata, bulat hati) apabila bermuafakat.

Bagai aur dengan tebing(Sekadar gambar hiasan) Aur merupakan antara jenis buluh yang paling kecil. Pada pandangan penulis buluh aur matang yang paling besar mungkin hanya sebesar ibu jari kaki. Aur biasanya tumbuh di tebing sungai, walaupun berbatang kecil, namun begitu aur berakar kukuh. Akar serabutnya dapat mencengkam tanah dengan kukuh dan seterusnya dapat menghalang hakisan di tebing sungai, terutamanya pada waktu banjir. Peribahasa bagai aur dengan tebing bermaksud masyarakat yang saling menolong dan saling memerlukan atau sering disebut berganding bahu bagai aur dengan tebing sama seperti aur memerlukan air sungai untuk tumbuh, manakala sungai memerlukan aur untuk menahan tebingnya daripada runtuh dihakis oleh air sungai.

Peringatan Pada pandangan penulis, peribahasa ini sesuai untuk menggambarkan sikap masyarakat yang saling menolong dan bekerjasama dalam hal-hal seperti menjaga kebersihan, memupuk semangat perpaduan, mencegah penyakit berjangkit dan mengurangkan kemalangan jalan raya tetapi kurang sesuai untuk hal-hal seperti mengawal obesiti, menjaga kesihatan diri dan saranan mengamalkan gaya hidup sihat.

Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasingEnau ialah sejenis pokok palma yang besar dan ketinggiannya boleh mencapai 25 m. Batang enau yang sudah matang berdiameter hingga 65 cm, batang pokoknya kukuh dan pada bahagian atas diselimuti oleh serabut berwarna hitam yang dikenal sebagai ijuk, injuk, juk atau duk. Ijuk sebenarnya adalah bagian dari pelepah daun yang menyelubungi batang. Daunnya majmuk menyirip, seperti daun kelapa, panjang hingga 5 m dengan tangkai daun hingga 1,5 m. Anak daun seperti pita bergelombang, hingga 7 x 145 cm, berwarna hijau gelap di atas dan keputih-putihan oleh kerana lapisan lilin di sisi bawahnya. Berumah satu, bunga-bunga jantan terpisah dari bunga-bunga betina dalam tongkol yang berbeda yang muncul di ketiak daun; panjang tongkol hingga 2,5 m. Buah buni bentuk bulat peluru, dengan diameter sekitar 4 cm, beruang tiga dan berbiji tiga, tersusun dalam untaian seperti rantai. Setiap tandan mempunyai 10 tangkai atau lebih, dan setiap tangkai memiliki lebih kurang 50 butir buah berwarna hijau sampai coklat kekuningan. Buah ini tidak dapat dimakan langsung kerana getahnya sangat gatal. Pohon enau menghasilkan banyak hal, yang menjadikannya popular sebagai tumbuhan serba guna, terutama sebagai penghasil gula kabung.

Peribahasa bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing bermaksud manusia yang mementingkan diri tanpa menghiraukan insan lain, ibarat enau dalam belukar yang hanya melepaskan pucuknya setinggi yang mungkin supaya mendapat cahaya matahari yang lebih banyak daripada tumbuhan yang lain di sekitarnya.