SINERGI TIGA KEMENTERIAN UNTUK KL FEST 2014 … Media KLFest... · bubur lambuk, nasi gulai kawah...

8
© Cawangan Komunikasi Korporat JKKN 20 Mei 2014 Halaman 1 dari 8 UNTUK SIARAN SEGERA KENYATAAN MEDIA FESTIVAL KUALA LUMPUR 2014 SINERGI TIGA KEMENTERIAN UNTUK KL FEST 2014 DARI JUN HINGGA OGOS INI KUALA LUMPUR, 20 Mei – Program tahunan utama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) iaitu Festival Kuala Lumpur (KL Fest) 2014 bakal membuka tirai Jun ini. Melalui sidang media, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) Datul Ghafar A. Tambi, menyatakan bahawa kelainan KL Fest pada tahun ini ialah ia bakal berlangsung selama tiga bulan, iaitu sepanjang Jun, Julai dan Ogos bagi menyokong sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 melalui pelaksanaan pelbagai program seni dan budaya di Kuala Lumpur. KL Fest kini memasuki tahun penganjuran kesembilan, melalui kesinambungan kerjasama antara tiga pengajur utama iaitu KPK, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Kementerian Wilayah Persekutuan. KL Fest memberi fokus kepada bidang seni persembahan, seni visual atau tampak serta aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadan. Program-program yang ditampilkan membawa kepelbagaian bidang seni dari tradisional sehinggalah kontemporari yang penuh warna warni merangkumi persembahan tari, teater, muzik, seni lukis sehinggalah tayangan filem bagi membolehkan para pengunjung merasai dan mengalami sendiri pengalaman unik festival pada kali ini.

Transcript of SINERGI TIGA KEMENTERIAN UNTUK KL FEST 2014 … Media KLFest... · bubur lambuk, nasi gulai kawah...

Page 1: SINERGI TIGA KEMENTERIAN UNTUK KL FEST 2014 … Media KLFest... · bubur lambuk, nasi gulai kawah dan air secara percuma. Aktiviti tazkirah ... bulan paling ramai kunjungan pelancong

© Cawangan Komunikasi Korporat JKKN 20 Mei 2014 Halaman 1 dari 8

UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA FESTIVAL KUALA LUMPUR 2014

SINERGI TIGA KEMENTERIAN UNTUK KL FEST 2014 DARI JUN HINGGA OGOS INI

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Program tahunan utama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) iaitu Festival Kuala Lumpur (KL Fest) 2014 bakal membuka tirai Jun ini. Melalui sidang media, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) Datul Ghafar A. Tambi, menyatakan bahawa kelainan KL Fest pada tahun ini ialah ia bakal berlangsung selama tiga bulan, iaitu sepanjang Jun, Julai dan Ogos bagi menyokong sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 melalui pelaksanaan pelbagai program seni dan budaya di Kuala Lumpur. KL Fest kini memasuki tahun penganjuran kesembilan, melalui kesinambungan kerjasama antara tiga pengajur utama iaitu KPK, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Kementerian Wilayah Persekutuan. KL Fest memberi fokus kepada bidang seni persembahan, seni visual atau tampak serta aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadan. Program-program yang ditampilkan membawa kepelbagaian bidang seni dari tradisional sehinggalah kontemporari yang penuh warna warni merangkumi persembahan tari, teater, muzik, seni lukis sehinggalah tayangan filem bagi membolehkan para pengunjung merasai dan mengalami sendiri pengalaman unik festival pada kali ini.

Page 2: SINERGI TIGA KEMENTERIAN UNTUK KL FEST 2014 … Media KLFest... · bubur lambuk, nasi gulai kawah dan air secara percuma. Aktiviti tazkirah ... bulan paling ramai kunjungan pelancong

© Cawangan Komunikasi Korporat JKKN 20 Mei 2014 Halaman 2 dari 8

Kali ini KL Fest mengangkat tiga program seni budaya yang akan menjadi program ‘signature’ selain daripada pelaksanaan program yang dilaksanakan oleh rakan penganjur KL Fest. Program-program tersebut adalah Festival orang Asli (7-8 Jun), Festival Ramadan (29 Jun – 20 Julai) dan Lake Gardens Festival “Rhythm in the Park” (16-17 Ogos). Festival Orang Asli Festival Orang Asli bakal memaparkan keunikan kehidupan seharian pelbagai suku kaum orang asli di Semenanjung Malaysia - (Kedah – Kin, Perak – Semai), Wilayah Persekutuan – Semai (Kumpulan Bahbola), Selangor – Pulau Carey, Negeri Sembilan – Temuan / Semai, Melaka – Lubok Bandung, Johor – Seletar, Pahang Post Behtau / Semelai, Kelantan – Post Brooke / Suku Kaum Temiar / Lojing Gua Musang) melalui aktiviti persembahan kesenian seperti tarian dan muzik, demonstrasi masakan, ubat-ubatan tradisional, pembuatan kraf tangan seperti topeng atau patung, bakul, perangkap haiwan dan tikar serta pelbagai jenis pameran yang berkaitan dengan masyarakat orang asli. Ia akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pejabat Kementerian Pelancongan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Program ini bakal dilaksanakan di perkarangan bangunan JMM. Festival Ramadan Sementara itu, Festival Ramadan dengan tema “Tangan Yang Memberi” telah memasuki tahun ketiga penganjurannya dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Masjid Negara Malaysia, Masjid Jamek Kampung Baharu, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), Islamic Tourism Center (ITC), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP), Busana @ Menara MARA dan DBKL serta rakan media seperti Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM), TV Al Hijrah dan pengamal media. Festival ini ialah sebuah program yang berteraskan kerohanian untuk menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan untuk menyemarakkan aktiviti kebudayaan dan kesenian Islam kepada masyarakat umum khususnya generasi muda bagi memupuk nilai-nilai murni.

Page 3: SINERGI TIGA KEMENTERIAN UNTUK KL FEST 2014 … Media KLFest... · bubur lambuk, nasi gulai kawah dan air secara percuma. Aktiviti tazkirah ... bulan paling ramai kunjungan pelancong

© Cawangan Komunikasi Korporat JKKN 20 Mei 2014 Halaman 3 dari 8

Program ini mengajak masyarakat sama-sama menghayati ibadah berpuasa yang yang diamalkan oleh umat Islam. Acara yang paling ramai penyertaan khalayak tempatan dan juga pelancong asing ialah Jom Buka Puasa yang dilaksanakan disepanjang Jalan Raja, berhampiran Dataran Merdeka. Pelbagai program berkaitan bulan mulia ini diadakan bagi mengimarahkan bulan yang penuh berkat ini di samping merapatkan hubungan sesama manusia. Antara pengisian aktiviti / program Festival Ramadhan ialah Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) “Jom Buka Puasa”. Program ini ialah majlis berbuka puasa beramai-ramai di atas jalan raya di sepanjang Jalan Raja dengan hidangan asas buah kurma, bubur lambuk, nasi gulai kawah dan air secara percuma. Aktiviti tazkirah ramadhan, bacaan ayat-ayat suci al quran yang akan diadakan pada 29 Jun, 5-6 Julai, 12-13 Julai dan 19 Julai. Kemuncak acara ini ialah Jom Buka Puasa Perdana pada 20 Julai yang diisi dengan acara istimewa seperti ceramah agama, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, serta solat maghrib, isyak dan terawih berjemaah. Di samping itu, festival ini menampilkan program Pertandingan Nasyid dan Marhaban yang terbuka kepada kumpulan nasyid dan marhaban dengan penglibatan 8 orang setiap kumpulan. Pertandingan ini mengikut peringkat iaitu peringkat saringan pada 5 Julai, peringkat separuh akhir pada 12 Julai, dan peringkat akhir pada 19 Julai. Terdapat juga Pertandingan Nasyid yang terbahagi kepada kategori lelaki dan wanita yang dilangsungkan mengikut peringkat iaitu peringkat saringan pada 6 Julai, peringkat separuh akhir pada 13 Julai serta peringkat akhir pada 19 Julai. Satu lagi program ialah Tadarus Al Quran yang diadakan dengan kerjasama masjid-masjid utama di sekitar Kuala Lumpur disertai dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai dan solat berjemaah. Penglibatan generasi muda yang berumur antara 13 – 18 tahun adalah digalakkan. Sasaran setiap masjid ialah seramai 80 – 100 orang. Antara masjid yang terlibat ialah Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Wilayah Persekutuan K.Lumpur, Masjid Jamek Kampung Baru, Masjid Asy-Syakirin, KLCC, Masjid Muadz bin Jabal Setiawangsa, Masjid Al

Page 4: SINERGI TIGA KEMENTERIAN UNTUK KL FEST 2014 … Media KLFest... · bubur lambuk, nasi gulai kawah dan air secara percuma. Aktiviti tazkirah ... bulan paling ramai kunjungan pelancong

© Cawangan Komunikasi Korporat JKKN 20 Mei 2014 Halaman 4 dari 8

Bukhary, Masjid Al Imam, Ash Shafie Taman Maluri, Masjid Putera dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Cadangan tarikh pelaksanaan program ini ialah pada 30 Jun hingga 20 Julai. Seterusnya ialah program Peragaan Busana Muslimah yang menyediakan ruang atau platform untuk pereka fesyen muslimah tempatan dan butik busana muslimah bagi memperaga dan mempromosi hasil rekaan kepada umum sebagai produk jualan sempena bulan Ramadan. Pengisian ini akan diadakan pada 5- 6 Julai, 12 - 13 Julai dan 19 Julai di Plaza Sungei Wang. Kem Remaja Ramadan ialah program yang menerapkan kefahaman dan penghayatan Islam di kalangan remaja bagi menyemai nilai-nilai murni serta mempereratkan hubungan silaturrahim. Penyertaan dibuka kepada remaja berumur 13 – 17 tahun, lelaki dan perempuan. Pengisian aktiviti ialah solat berjemaah, tadarus al quran, qiamullail, majlis berbuka puasa, sahur dan moreh, kuliah agama, motivasi serta aktiviti sukarelawan yang akan diadakan pada 11 hingga 13 Julai. Bazar Ramadan di Busana @ Menara MARA mengetengahkan aktiviti jualan makanan, busana dan pelbagai peralatan sempena sambutan Ramadan (tarikh akan dimaklumkan kemudian). Pada tahun 2013 jumlah khalayak pengunjung serta khalayak pendengar Program Festival Ramadhan ialah sebanyak 3.5 juta orang. Kuala Lumpur Lake Gardens Festival Kuala Lumpur Lake Gardens Festival bakal bertema ‘Rhythm in The Park’ merupakan penjenamaan semula program Festival Muzik Kuala Lumpur yang telah dilaksanakan sejak tahun 2005. Bersesuaian dengan penjenamaan baru ini, JKKN telah menambah baik serta memberi suntikan baru dari segi pengisian aktiviti-aktiviti dengan mempelbagaikan pengisian yang melibatkan karyawan muzik, penggiat seni dan penyertaan artis dari dalam dan luar negara. JKKN berharap supaya pengenalan Kuala Lumpur Lake Gardens Festival: dengan tema Rhythm in The Park akan menjadi tarikan utama KL Fest seperti mana penganjuran festival-festival utama dunia iaitu Java Jazz

Page 5: SINERGI TIGA KEMENTERIAN UNTUK KL FEST 2014 … Media KLFest... · bubur lambuk, nasi gulai kawah dan air secara percuma. Aktiviti tazkirah ... bulan paling ramai kunjungan pelancong

© Cawangan Komunikasi Korporat JKKN 20 Mei 2014 Halaman 5 dari 8

Festival, Big Mountain Music Festival, Austin City Fest Music dan banyak lagi. Antara elemen-elemen dalam Kuala Lumpur Lake Gardens Festival ialah Persembahan Muzik – In the Park Series, Nostalgia 80s, Night of Stars, Joget in the Park; Persembahan Tari – Mak Yung Remix, Dikir Barat; Persembahan Seni – Lighting of Sky, Graffiti showcase, Balloon Sculturing, Youth Arts Career Fair, Pimp My Ride; Sukan – BMX Showcase, Parkour, Yoga dan Senam 1Malaysia Terdapat juga Bazar Makanan yang menampilkan makanan dan snek penjaja tempatan serta permainan seperti golf mini, sukan air perlumbaan kereta mainan menggunakan alat kawalan jauh. Berlokasikan Lake Gardens, para pengunjung akan dihidangkan dengan keunikan, keaslian dan aktiviti yang menarik dari kesenian tradisional sehinggalah kesenian kontemporari dan dari bentuk konsert yang diadakan di lokasi tertutup sehinggalah persembahan konsert terbuka. Pemilihan aktiviti sesuai untuk semua peringkat umur. Taman Botani yang menjadi lokasi kunjungan hujung minggu seisi keluarga akan ditransfomasi sebagai hab seni budaya penuh dengan warni warni sepanjang Festival ini berlangsung seterusnya menjadikan ia sebagai kawasan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Aktiviti-aktiviti sempena Festival Kuala Lumpur 2014 Selain daripada tiga program seni budaya sauh yang diketengahkan oleh JKKN, sebanyak enam puluh lapan (68) aktiviti-aktiviti seni budaya akan dilaksanakan oleh rakan penganjur JKKN yang terdiri daripada pelbagai organisasi kerajaan, swasta, syarikat seni mahupun pertubuhan bukan kerajaan sepanjang Festival Kuala Lumpur 2014. Pecahan aktiviti keseluruhan mengikut bidang adalah seperti berikut 50 program untuk seni persembahan, 12 untuk seni tampak dan 6 aktiviti bersempena Ramadan. KL Sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa Hasrat kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat atau hab kesenian bukan sahaja bagi tujuan pembangunan seni dan

Page 6: SINERGI TIGA KEMENTERIAN UNTUK KL FEST 2014 … Media KLFest... · bubur lambuk, nasi gulai kawah dan air secara percuma. Aktiviti tazkirah ... bulan paling ramai kunjungan pelancong

© Cawangan Komunikasi Korporat JKKN 20 Mei 2014 Halaman 6 dari 8

budaya tempatan malah ke peringkat antarabangsa. Hasrat ini dapat direalisasikan dengan pelaksanaan Festival Kuala Lumpur setiap tahun. Pelbagai aktiviti akan disemarakkan di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh Kuala Lumpur selama tiga bulan berturut-turut. Daripada jadual di atas sebanyak 12 agensi telah menyatakan persetujuan untuk menjayakan Festival KL 2014 iaitu 8 agensi kerajaan (termasuk JKKN) dan 4 agensi badan bukan kerajaan dan syarikat seni yang menjadikan jumlah 68 aktiviti.

BIL AKTIVITI-AKTIVITI TEMPAT

1.

SENI PERSEMBAHAN/ PERFORMING ARTS Tari Teater Muzik JUMLAH AKTIVITI = 50

• Istana Budaya • Auditorium Kompleks JKKN WPKL • KL Performing Arts Centre (KL Pac), Sentul • Auditorium DBKL • Pasar Seni • Kasturi Walk, Pasar Seni • Dataran Karyawan, FINAS • Galeri Annexe, Pasar Seni • Dataran Merdeka • Auditorium Shantanand, Temple Of Fine

Arts, Brickfields • Auditorium Tan Sri KR Soma, Wisma Tun

Sambathan, Brickfields

2.

SENI TAMPAK Jualan Pameran Demonstrasi JUMLAH AKTIVITI SENI TAMPAK = 12

• Balai Seni Visual Negara • Dataran Karyawan, FINAS • Muzium Kesenian Islam

3.

Ramadan JUMLAH AKTIVITI sempena RAMADAN = 6

• Muzium Kesenian Islam • Ikim FM • Masjid Negara • Masjid Putra • Masjid Tuanku Mizan • Masjid Wilayah • Masjid Saidina Hamzah • Masjid Jamek

Page 7: SINERGI TIGA KEMENTERIAN UNTUK KL FEST 2014 … Media KLFest... · bubur lambuk, nasi gulai kawah dan air secara percuma. Aktiviti tazkirah ... bulan paling ramai kunjungan pelancong

© Cawangan Komunikasi Korporat JKKN 20 Mei 2014 Halaman 7 dari 8

• Masjid Al-Bukhary • Masjid Asy-Syakirin • Masjid Salahuddin Al-Ayubi • Masjid Al-Akram • Nasional FM • Jalan Raja, Dataran Merdeka • Panggung Bandaraya • Sungei Wang Plaza, KL

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh KPK, bulan Julai merupakan bulan paling ramai kunjungan pelancong terutamanya Arab ke Malaysia. Oleh yang demikian acara-acara yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Jun, Julai sehingga Ogos sempena KL Fest ini sangatlah bersesuaian. Ia pastinya menjadi salah satu tarikan dan pilihan utama pelancong dalam dan luar negara untuk sama-sama menikmati keunikan seni budaya Malaysia yang pelbagai dan menghayati keindahan Kuala Lumpur sebagai pusat kegiatan kesenian serta kota seniman, seterusnya akan kembali lagi melancong ke Malaysia pada masa akan datang.

Pembangunan Industri Kreatif Penganjuran Festival Kuala Lumpur pada kali ini juga adalah selaras dengan hala tuju kerajaan untuk membangunkan industri kreatif seni dan budaya. Pelaksanaan program Bazar Industri Kreatif JKKN akan membuka tirai Festival Kuala Lumpur pada 1 Jun yang akan diadakan di Jalan Raja, Kuala Lumpur. Seperti mana usaha negara maju yang lain yang tidak hanya menempatkan para karyawan di dalam galeri tertentu sebaliknya bebas berkarya dan berkongsi jiwa seni mereka dengan masyarakat, aktiviti-aktiviti seperti pemuzik jalanan, sketsa jalanan, pelukis jalanan sehinggalah kepada pemupukan bakat-bakat baru, aktiviti jualan dan pameran dijadualkan dalam program tersebut. Ia juga menjadi ruang bagi anak-anak muda berkarya disamping menjana sekaligus dapat mengisi masa lapang para belia dengan aktiviti berfaedah. Di samping itu juga, dengan adanya program seperti ini, tumpuan warga kota beriadah bersama keluarga dan

Page 8: SINERGI TIGA KEMENTERIAN UNTUK KL FEST 2014 … Media KLFest... · bubur lambuk, nasi gulai kawah dan air secara percuma. Aktiviti tazkirah ... bulan paling ramai kunjungan pelancong

© Cawangan Komunikasi Korporat JKKN 20 Mei 2014 Halaman 8 dari 8

handai taulan dapat diwujudkan selain membuka minda dan keluar dari tekanan di tempat kerja mahupun kesesakan ibu kota. Peluasan Jaringan Kerjasama Pelbagai Agensi Menjayakan Festival Kuala Lumpur 2014 Empat agensi swasta dan BBK terdiri daripada KL Performing Arts Centre (KLPaC), Muzium Kesenian Islam Malaysia, Dewan Filharmonik PETRONAS dan Temple of Fine Arts (TOFA). Menyedari kepesatan penggunaan laman sosial yang menjadi satu ledakan masa kini; Festival Kuala Lumpur turut memanfaatkan ledakan teknologi tersebut dengan inisiatif penubuhan Laman Sosial ‘facebook’ – Urus setia klfest dan laman web rasmi KL Fest iaitu www.klfestival.org yang akan mula beroperasi pada 1 Jun ini. Ia akan memastikan orang ramai dapat mengetahui maklumat berkenaan aktiviti–aktiviti sepanjang Festival Kuala Lumpur ini berlangsung. JKKN ialah satu agensi di bawah KPK yang melaksanakan aktiviti kebudayaan dan kesenian di Malaysia. KL Fest 2014 diharapkan mampu menarik pelancong asing dan tempatan untuk berkunjung ke acara-acara yang disajikan serta membantu mencapai sasaran jumlah pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 iaitu seramai juta 28 juta.

###

Ezlina Alias Pengarah Cawangan Komunikasi Korporat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Tel: 03-2614 8200 [email protected] http://www.jkkn.gov.my