Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani...

32

Transcript of Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani...

Page 1: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram
Page 2: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

3

Singapura yang

SELAMATuntuk semua

SELAMAT

Page 3: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

SINGAPURA adalah tempat yang selamat

untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan

bermain. Kita dapat hidup berkeluarga

dalam keadaan tenteram dan tidak perlu

bimbang tentang keselamatan keluarga

kita. Kita juga bersahabat dengan negara

lain, baik yang jauh mahupun yang dekat.

Kita dapat lakukan ini kerana kita

sentiasa berwaspada dan dapat

menghalang tercetusnya kegiatan-kegiatan

yang boleh mendatangkan bahaya. Sesiapa

yang cuba mencetuskannya akan diberkas

dan dikenakan hukuman yang setimpal

berdasarkan undang-undang kita yang

sedia ada.

Namun demikian, kita tidak boleh

menganggap bahawa keselamatan ini

dapat diperolehi dengan mudah. Kita harus

berusaha dengan gigih untuk menjaga

keluarga, rumahtangga dan tanahair kita.

Page 4: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

5

Siapa yang melakukantugas ini?

Setiap orang melakukannya. Orang-orang seperti andamembantu Biro Narkotik Pusat membasmi penyalahgunaandadah, membantu polis memberkas empat daripada setiapsepuluh penjenayah dan membantu keluarga-keluarga parabanduan.

Bagi sebahagian orang, memastikan keselamatanSingapura terjamin merupakan tugas mereka sepenuh masa.

Pasukan Polis menegakkan undang-undang dan menjagaketenteraman serta bekerja rapat dengan orang ramai demimelindungi nyawa dan harta benda.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri adalah agensi risikanyang menangani ancaman terhadap kestabilan Singapura danmemastikan agar Singapura selamat dan aman.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura sentiasa bersediamenghadapi kecemasan 24 jam sehari dan melengkapi orangramai dengan pengetahuan dan kemahiran bagi menanganikecemasan dan bencana awam.

Biro Narkotik Pusat berusaha membasmi penyalahgunaandadah dan menyelamatkan nyawa para penagih dan keluargamereka.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaanmengenalpasti setiap individu dan kumpulan di Singapura sertamentadbir urusan keluar masuk dan penetapan orang ramai.

Jabatan Penjara membantu para pesalah kembali kepangkal jalan dan bekerjasama dengan keluarga mereka bagimembentuk mereka menjadi warga yang bertanggungjawab.

Kesemua agensi ini bersatu membentuk sebuah kumpulanyang digelar Home Team.

Siapa yang melakukantugas ini?

Page 5: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram
Page 6: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

7

Ancaman terhadap

KESELAMATANSingapura

KESELAMATAN

Page 7: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

SEPERTI NEGARA LAIN di dunia, Singapura

tidak terlepas dari pelbagai ancaman yang

menggugat keselamatannya. Ini bererti

keselamatan kita dan kestabilan negara kita

juga terancam. Bentuk ancaman yang

dihadapi Singapura termasuk tindakan

subversif, sabotaj, pengintipan,

pengganasan atau keganasan bermotif

politik oleh negara lain. Warga kita sendiri

pun boleh mengancam keselamatan negara

jika mereka tidak mahu bertolak ansur atau

tidak dapat menerima perbezaan yang

wujud di antara kaum atau agama, dan jika

mereka melakukan tindakan yang

menggugat keharmonian kaum dan

perpaduan sosial negara kita.

Page 8: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

99

Bolehkah Singapuradisabotaj oleh negara

lain?Pada awal 1950-an, Parti Komunis Malaya (CPM) berazamuntuk menegakkan pemerintahan komunis di Malaya danSingapura. Cawangannya di Singapura menghasut kaumpekerja supaya melancarkan mogok dan melakukankeganasan. Mereka juga menggunakan para pelajar untukmencetuskan rusuhan. Pegawai polis, pegawai pemerintah dansesiapa sahaja yang dianggap sebagai ancaman kepada CPMdijadikan sasaran pasukan pembunuh mereka.

Indonesia memulakan Konfrantasi dengan Malaysia danSingapura pada tahun 1963. Semasa Konfrantasi, Indonesiamenghantar pasukan sabotajnya ke Singapura untukmenggugat kestabilan negara dengan memasang beberapabutir bom.

Tiga orang terbunuh dalam satu ledakan bom pada 10Mac 1965. Pasukan tersebut memasang bom di tempat-tempatawam kerana gagal mendekati tempat-tempat penting yangmenjadi sasaran mereka. Dua anggota sabotaj tersebutdiberkas lalu dibicarakan dan dikenakan hukuman mati.

Bolehkah Singapuradisabotaj oleh negara

lain?

Page 9: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

10

Bolehkah konflik kaumdan agama berlaku di

Singapura?Pada awal 1960-an, satu kumpulan pelampau Melayu yangdigelar Angkatan Revolusi Tentera Islam Singapura (ARTIS)berazam menjadikan Singapura sebuah negara Islam. Merekamembuat orang ramai bersedia untuk merusuh denganmenyebarkan khabar angin tentang tercetusnya satu rusuhankaum. Kemudian pada tahun 1964 dan 1969 (lama setelahterkuburnya ARTIS), rusuhan dan pembunuhan berlaku sekalilagi ekoran isu perkauman.

Surat khabar Cina Nanyang Siang Pau juga cubamengapi-apikan masyarakat Cina supaya menentangPemerintah pada awal 1970-an. Akhbar tersebut menyiarkanberita kononnya bahasa dan budaya Cina akan dihapuskan diSingapura.

Pada tahun 1980-an, agama sekali lagi diperalatkan.Pertubuhan Pembebasan Rakyat Singapura (SPLO)berkomplot memusnahkan gudang Pelabuhan Singapura,cawangan PAP, pawagam, balai rakyat dan kompleks membeli-belah. Mereka mahu menggulingkan Pemerintah keranamereka berpendapat bahawa Pemerintah tidak memberikanlayanan yang baik kepada umat Islam di Singapura.

Bolehkah konflik kaumdan agama berlaku di

Singapura?

Page 10: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

1111

Pernahkah Singapuramenjadi sasaran atausarang pengganas?

Pada tahun 1974, empat orang pengganas mengebom tangkiminyak di kilang penapis minyak Shell di Pulau Bukom dengantujuan supaya Singapura tidak dapat membekalkan minyakke negara yang “tidak berbaik” dengan pertubuhan pengganasmereka. Dua daripada empat pengganas itu merupakananggota Tentera Merah Jepun (Japanese Red Army)sementara dua lagi adalah anggota Barisan Popular bagiPembebasan Palestin (Popular Front for the Liberation ofPalestine).

Mereka merampas feri Laju bersama beberapa orangtebusan dan mendesak Pemerintah Singapura supayamenyediakan kapal terbang untuk membawa mereka ke negaralain. Apabila mereka menaiki pesawat sepertimana yangmereka inginkan, beberapa orang pegawai Singapura danJepun mengambil tempat para tebusan mereka. Salah seorangpegawai itu ialah Encik S.R. Nathan, Presiden RepublikSingapura ketika ini. Pengganas-pengganas tersebut berjayamelepaskan diri dan tidak dapat ditangkap.

Pada tahun 1991, empat pengganas merampas pesawatSyarikat Penerbangan Singapura SQ 117 dari Kuala Lumpurke Singapura. Nasib mereka tidak begitu baik. Sebaik sahajamereka mengancam hendak membunuh juruterbangnya,pasukan komando Angkatan Bersenjata Singapura (SAF)menggempur pesawat tersebut lalu membunuh keempat-empat pengganas itu.

Adakalanya, Singapura tidak menjadi sasaran tetapidigunakan oleh pihak lain sebagai pangkalan untuk menyerang

Pernahkah Singapuramenjadi sasaran atausarang pengganas?

Page 11: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

1212

negara lain yang sebahagian daripadanya bersahabat dengankita.

Pada tahun 1980-an, Singapura pernah digunakan untukmenyokong perjuangan Harimau Pembebasan Tamil Eelam(LTTE). Rangkaian LTTE di Singapura mengumpulkan wanguntuk membantu perjuangan LTTE menentang Pemerintah SriLanka. Walaupun rangkaian tempatan ini dapat ditumpaskan,satu kumpulan lain timbul menggantikan tempatnya pada tahun2000.

Pada Disember 2001 dan Ogos 2002, seramai 36 orangtelah diberkas kerana terlibat dalam kegiatan-kegiatanberkaitan pengganasan. 32 daripada mereka merupakananggota kumpulan sulit yang dipanggil Jemaah Islamiyah (JI).Kesemua mereka, kecuali seorang, adalah warga Singapura.Mulai September 2002, 31 daripada mereka telah ditahansementara lima yang lain dibebaskan di bawah PerintahSekatan.

Sebilangan daripada mereka yang ditahan pernah keAfghanistan di mana mereka mendapat latihan di khemah-khemah pengganas Al-Qaeda. Kumpulan Al-Qaeda didakwamendalangi serangan 11 September di Amerika Syarikat.

Para anggota JI memiliki panduan membuat bom sertagambar dan pita video yang mengandungi rakaman tempat-tempat yang akan dijadikan sasaran di Singapura seperti stesenMRT Yishun, Pangkalan Tentera Laut Changi serta saluran paipair. Beberapa anggota sedang merancang untuk mengebomkedutaan-kedutaan di sini apabila mereka diberkas. Ini adalahsatu komplot yang telah dilakarkan oleh pengganas-pengganasasing. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Singapura,seorang daripada pengganas asing itu telah diberkas di Manila.Dia didapati telah mendapatkan lebih daripada 1 tan bahanletupan (TNT) untuk operasi di Singapura.

Page 12: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

13

Adakah Singapuradiintip?

Pada lewat 1970-an, seorang kerani kod yang bekerja diKedutaan Singapura di Moscow, Soviet Union, termakangodaan seorang perisik wanita Soviet. Pada mulanya, keraniitu memberikan perisik tersebut mesej yang telah dipecahkankodnya. Lama kelamaan, kod rahsia yang digunakan jugadiserahkannya. Dengan itu, pihak Soviet dapat memecahkankod dan membaca semua mesej yang dihantar dan diterimaoleh Kedutaan Singapura di Moscow.

Kegiatan mengintip ini boleh juga berlaku di Singapura.

Pada tahun 1980-an, seorang pegawai perisik Sovietmenjalin persahabatan dengan seorang pegawai SAF disebuah kedai komputer semasa membeli-belah di sana. Untukmendapatkan maklumat rahsia mengenai SAF, beliau telahmenjanjikan wang kepada pegawai SAF tersebut bagimeneruskan pelajarannya dan memulakan perniagaan kecil.

Pada tahun 1997, seorang pegawai pemerintah wanitadiberkas kerana memberi maklumat rahsia pemerintah kepadaseorang lelaki yang menjadi agen bagi sebuah negara asing.

Dalam satu lagi kes pada tahun 1998, empat lelakiSingapura ditangkap kerana mengumpulkan maklumat rahsiapemerintah untuk agensi risikan asing. Seorang daripadamereka juga berperanan mencari perisik baru.

Tindakan subversif, pengganasan dan pengintipan olehpihak asing adalah di antara kegiatan-kegiatan yang bolehmengancam kedaulatan Singapura serta keamanan,kemakmuran dan keharmonian kaum dan agama di sini.

Adakah Singapuradiintip?

Page 13: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram
Page 14: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

15

Akta

KESELAMATANDalam Negeri

KESELAMATAN

Page 15: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

Akta Keselamatan Dalam Negeri

merupakan satu daripada undang-undang

yang membenarkan pemerintah bertindak

terhadap ancaman-ancaman ke atas

keselamatan dan keamanan Singapura.

Page 16: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

17

Apakah yang bolehdilakukan pemerintah

dengan ISA?Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu undang-undang yang membenarkan Pemerintah Singapuramenghalang pembentukan dan berkembangnya kumpulan-kumpulan yang boleh menggugat keselamatan dalam negeri.Dalam keadaan darurat, ISA memberi Pemerintah kuasamengisytiharkan sesuatu kawasan itu dalam bahaya danseterusnya berusaha mengawal keadaan dengan mengambillangkah-langkah bagi menjamin keselamatan awam.

ISA digunakan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeriuntuk menyiasat ancaman terhadap keselamatan negaraseperti pengganasan antarabangsa, tindakan subversif asing,pengintipan dan tindakan keganasan atau membangkitkankebencian dengan menggunakan isu bangsa atau agama.

‘Penahanan pencegahan’ merupakan satu daripada ciri-ciri ISA. Ini bermakna ISA membenarkan Pemerintah menahanseseorang yang menimbulkan ancaman aktif terhadapSingapura tanpa perlu dibicarakan di mahkamah untuk jangkamasa sehingga dua tahun.1

1Penahanan tersebut akan dikaji semula oleh Lembaga Penasihat yang dilantikoleh Presiden mengikut Perlembagaan Singapura.

Apakah yang bolehdilakukan pemerintah

dengan ISA?

Page 17: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

18

‘Penahanan pencegahan’ di bawah ISA ini dikenakanhanya sebagai langkah terakhir.

Sebagai contoh, sebelum perasmian PersidanganMenteri-Menteri Pertubuhan Perdagangan Sedunia diSingapura dalam tahun 1996, seorang yang disyaki sebagaipengganas asing yang bersembunyi di Singapura telahdiarahkan meninggalkan Singapura tanpa dikenakan perintahtahanan.

ISA membenarkan Pemerintah bertindak dengan segeradan tegas terhadap ancaman kepada keselamatan Singapuradan rakyatnya.

Page 18: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

19

Apakah asal usul ISA?Sejarah pembentukan ISA bermula pada tahun 1948 apabilakerajaan British memperkenalkan Peraturan Darurat (ER) diMalaya dan Singapura. Peraturan itu digunakan bagimembendung kegiatan komunis, pengganas dan subversifserta pelampau kaum dan agama.

Pada tahun 1955, Ordinan Pemeliharaan KetenteramanAwam (PPSO) menggantikan Peraturan Darurat. PPSOdigunakan terhadap mereka yang mencetuskan rusuhan padatahun 1956 yang menyebabkan 13 orang terbunuh. Ia jugadigunakan pada tahun 1961 terhadap Angkatan RevolusiTentera Islam Singapura (ARTIS) yang mahu menggulingkanPemerintah dengan tindakan keganasan.

Pada tahun 1963, ISA menggantikan PPSO.

Apakah asal usul ISA?

Page 19: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram
Page 20: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

21

SOALAN-SOALAN

yang sering ditanyakantentang ISA

SOALAN-SOALAN

Page 21: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

Sesetengah pihak berpendapat Akta

Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak

diperlukan lagi. ISA digubal untuk

membanteras komunisme dan kini

ancaman tersebut telah pun berakhir.

Namun, pendapat ini tidak benar. Akta

Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan

Pemeliharaan Ketenteraman Awam (PPSO)

dan Peraturan Darurat (ER) berperanan

memerangi para penghasut komunis dan

yang lain seperti ekstremis kaum dan

agama.

Memandangkan Singapura tidak

mempunyai undang-undang untuk

menangani anasir-anasir subversif serta

ekstremis kaum dan agama, maka Akta

Keselamatan Dalam Negeri digunakan juga

bagi menangani masalah-masalah tersebut.

Page 22: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

23

Adakah ISA hanyamerupakan undang-undang ‘penahanan

pencegahan’?ISA tidak hanya merupakan undang-undang bagi ‘penahananpencegahan’.

Kuasa ISA yang lain, umpamanya, membolehkanpendakwaan ke atas mereka yang menyebarkan maklumatpalsu yang boleh menimbulkan kebimbangan awam. Pada1982, lima anggota sebuah pertubuhan sulit Islam, PertubuhanPembebasan Rakyat Singapura, telah dihadapkan kemahkamah oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri keranacuba mengedarkan risalah yang mengandungi kenyataan-kenyataan yang boleh membangkitkan kemarahan di kalanganmasyarakat. Kumpulan ini bertujuan menggulingkanPemerintah.

‘Penahanan pencegahan’ turut diperuntukkan di bawahAkta Undang-Undang Jenayah (Peruntukan Sementara).2

2‘Penahanan pencegahan’ turut diperuntukkan di bawah Akta Undang-UndangJenayah (Peruntukan Sementara) bagi membolehkan tindakan diambil ke atasketua kumpulan kongsi gelap dan sindiket dadah yang tidak dapat didakwa dimahkamah kerana ditakuti mangsa-mangsa akan dikenakan tindak balas olehpara anggota kumpulan kongsi gelap mahupun sindiket dadah yang lain.

Adakah ISA hanyamerupakan undang-undang ‘penahanan

pencegahan’?

Page 23: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

24

Bilakah kuasapenahanan pencegahan

ISA digunakan?Kuasa penahanan pencegahan ISA digunakan apabilapendakwaan tidak dapat dilakukan sedangkan ancamannyaadalah jelas serta perlu ditangani.

Pendakwaan tidak dapat dilakukan kerana, antara lain, iaboleh:

• mendedahkan identiti para saksi dan ini akanmeletakkan mereka dalam keadaan bahaya.

• mendedahkan sumber-sumber risik ataupun siasatan.

• menjejas hubungan dengan negara-negara lain (dalamkes-kes risikan).

• membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaanjika perbicaraan kes mahkamah berlarutan.

Seberapa mungkin, Pemerintah akan mendakwa pesalahISA di bawah undang-undang lain yang berkaitan.

Sebagai contoh, pada 1977, dua anggota komunis telahmenceroboh masuk kilang Chartered Industries dan mencuribahan-bahan letupan dan peralatan senjata. Mereka telahdidakwa di bawah Akta Bahan Korosif Dan Letupan DanSenjata Berbahaya serta Akta Kesalahan-Kesalahan Senjata.

Pada 1980 pula seorang kerani kod di Moscow telahdidakwa di bawah Undang-Undang Rahsia Rasmi keranamemberi maklumat kepada agen asing.

Bilakah kuasapenahanan pencegahan

ISA digunakan?

Page 24: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

25

Penggunaan penahanan pencegahan harus bertepatandengan ancamannya. Dalam kes warga Singapura yangmengetuai rangkaian Harimau Pembebasan Tamil Eelam(LTTE) pada tahun 2000, beliau tidak ditahan tetapi dikenakanPerintah Sekatan bagi menghalangnya dari terus melibatkandiri dengan LTTE.

Lima daripada 36 anggota Jemaah Islamiyah yangdiberkas kerana terlibat dalam kegiatan pengganasan telahdibebaskan di bawah Perintah Sekatan yang melarang merekadaripada berhubungan dengan sebarang kumpulanpengganas.

ISA merupakan kuatkuasa undang-undang untukmemelihara keselamatan negara, meskipun demikian ia tidakmengiktiraf hak untuk dibicarakan yang biasanya diperuntukkankepada para tahanan.

Pemerintah amat menyedari akan hal ini. Oleh itu, ISAhanya digunakan jika tiada pilihan lain yang lebih baik.

Antara 1989 dengan 1998, hanya dua kali ISA telahdigunakan, iaitu pada tahun 1997 dan 1998. Kesemua enamorang yang ditangkap telah melakukan pengintipan bagi agensirisikan asing. Mereka telah pun dibebaskan.

Page 25: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

2626

Apakah langkah-langkah yang ada bagi

mengelakkanpenyalahgunaan?

ISA itu sendiri mempunyai batas-batas dari segi undang-undang serta ketetapan dan pertanggungjawaban yang perludipenuhi.

• Seseorang yang diberkas di bawah ISA boleh ditahansehingga 48 jam.

• Jangkamasa tahanan yang melebihi tempoh tersebutharus mendapat kebenaran sekurang-kurangnya dariSuperintenden Polis.

• Hal ini juga harus dilaporkan kepada Pesuruhjaya Polis.

• Jika seseorang itu ditahan melebihi tempoh 14 hari,Pesuruhjaya Polis harus melaporkan kes tersebutkepada Menteri Ehwal Dalam Negeri.

• Seseorang hanya boleh ditahan lebih dari 30 hari daritarikh beliau ditangkap jika Perintah Tahanan diluluskanoleh Menteri Ehwal Dalam Negeri. Kebenaran dariPresiden Republik Singapura juga perlu didapatkan.

Apakah langkah-langkah yang ada bagi

mengelakkanpenyalahgunaan?

Page 26: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

2727

• Jika kesalahan seseorang itu tidak cukup serius untukbeliau dikenakan Perintah Tahanan, beliau akandibebaskan dengan dikenakan Perintah Sekatan.Umpamanya, beliau tidak dibenarkan keluar negaratanpa kebenaran.

• Perintah Tahanan dan Perintah Sekatan bolehdiperbaharui dengan kebenaran daripada MenteriEhwal Dalam Negeri dan Presiden. Setiap tempohtahanan yang dilanjutkan tidak boleh melebihi duatahun.

• Setiap Perintah Tahanan dan Perintah Sekatan yangdikeluarkan mesti disemak semula oleh LembagaPenasihat ISA.

• Lembaga Penasihat merupakan sebuah badan bebasyang diketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi dan duawarga terkemuka yang dilantik oleh Presiden atasnasihat Hakim Besar. Lembaga Penasihat mempunyaikuasa mahkamah untuk memanggil dan menyoal siasatsaksi, mentadbir urusan mengangkat sumpah danmemerintah agar dokumen dikemukakan. Oleh itu, kessetiap para tahanan akan dikaji dengan teliti sebelumLembaga Penasihat membentangkan dapatannyakepada Presiden.

Page 27: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

28

Adakah para tahananmempunyai sebarang

hak?Walaupun para tahanan ISA kehilangan kebebasan, merekamasih memiliki hak-hak yang penting.

• Para tahanan harus dimaklumkan secara bertulis dalamtempoh 14 hari mereka dikenakan Perintah Tahanan,sebab-sebab penahan mereka dan hak merekamengemukakan bantahan terhadap Perintah Tahanankepada Lembaga Penasihat ISA.

• Para tahanan mempunyai hak untuk diwakili olehpeguam pilihan mereka sendiri atau sebarang wakilyang mereka pilih.

• Para tahanan tidak ditahan secara rahsia. Ahli keluargaakan diberitahu dan dibantu oleh pegawai perhubungandan sokongan keluarga.

• Para tahanan tidak akan dibenarkan menerima pelawatsemasa siasatan masih dijalankan. Namun selepasjangkamasa 30 hari, mereka berhak menerimakunjungan daripada ahli keluarga secara tetap sertapara peguam yang akan mengemukakan kes merekakepada Lembaga Penasihat.

Adakah para tahananmempunyai sebarang

hak?

Page 28: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

29

• Badan Pemeriksaan yang terdiri daripada lebih 50Jaksa Pendamai dan pemimpin-pemimpin masyarakatjuga akan melawat para tahanan di pusat tahanan tanpamemberikan notis terlebih dahulu. Mereka akanmemastikan para tahanan berada dalam keadaan sihatdan akan melaporkan kepada Menteri Ehwal DalamNegeri sekiranya para tahanan menerima layananburuk.

• Tuntutan agama para tahanan akan diberikanperhatian. Umpamanya, makanan yang disediakanharuslah bertepatan dengan tuntutan agama mereka.

• Seorang doktor akan memeriksa para tahanan secaratetap. Kesihatan mereka juga akan diperiksa setiap kalimereka disoal siasat oleh para penyiasat. Pemeriksaantersebut dibuat sebelum dan selepas setiap sesi soalsiasat. Doktor tersebut harus melaporkan sebarangkecederaan yang ditemui kepada Setiausaha Tetap(Ehwal Dalam Negeri).

Page 29: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

30

Terdapatkah langkahmengawasi penggunaan

ISA?Presiden Republik Singapura mempunyai kuasa pembatal keatas penahanan pencegahan. Ini bermakna Presidenmempunyai kuasa untuk menolak saranan Pemerintah untukmenahan seseorang jika penahanan tersebut turut ditentangoleh Lembaga Penasihat ISA.

Akhir sekali, langkah mengawasi penyalahgunaan ISAlebih bersifat politikal.

Walaupun undang-undang membenarkan Menteri EhwalDalam Negeri meluluskan Perintah Tahanan, keputusantersebut biasanya dibuat oleh Perdana Menteri dan Kabinet(para Menteri). Mereka harus benar-benar yakin bahawaPerintah Tahanan sememangnya perlu sebelummeluluskannya.

Memandangkan Singapura mengamalkan demokrasiberparlimen dan Pemerintahnya dipilih oleh rakyat, makaPemerintah akan dipertanggungjawabkan oleh semua rakyatSingapura jika berlaku penyalahgunaan kuasa ISA.

Rakyat Singapura memainkan peranan besar membantumengekang sebarang penyalahgunaan kuasa penahananpencegahan di bawah ISA.

Terdapatkah langkahmengawasi penggunaan

ISA?

Page 30: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

31

Page 31: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

3232

Dalam tempoh tiga bulan Perintah Sekatandikeluarkan, Lembaga Penasihat akanbersidang untuk meneliti perwakilan yangdikemukakan oleh para tahanan. Para tahananmempunyai hak untuk mengemukakanperwakilan kepada Lembaga – sama adasecara langsung ataupun menerusi peguampilihan mereka. Setelah siap, perwakilan itudiajukan kepada Lembaga Penasihat.

Presiden akan menimbangkan saranan-sarananLembaga Penasihat. Beliau kemudian akanmengarahkan Menteri Ehwal Dalam Negeri sama adamenahan atau membebaskan seseorang tahanan.Sekiranya Lembaga itu mengusulkan tahanandibebaskan, beliau tidak boleh ditahan lagi ataudilanjutkan tempoh tahanannya tanpa persetujuanPresiden.

Perintah Tahanan

Ditahan atau Dibebaskan?

Page 32: Singapura yang SELAMAT - mha.gov.sg fileSINGAPURA adalah tempat yang selamat untuk kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kita dapat hidup berkeluarga dalam keadaan tenteram

3333

Lembaga Penasihat bersidang bagi menelitibahan bukti, mendengarkan perwakilan sertamenyoal siasat para saksi dan pegawai ISD.Lembaga Penasihat mempunyai kuasamahkamah untuk memanggil dan menyoalsiasat para saksi serta memerintah agardokumen dikemukakan. Lembaga Penasihatakan menimbangkan secara menyeluruhsetiap kes yang telah diteliti sebelummengemukakan dapatan dan saranannyakepada Presiden.

Tidak lebih dari tempoh 12 bulan dari kali terakhir paratahanan mengemukakan perwakilan mereka, LembagaPenasihat perlu menyemak semula setiap kes tahananISA. Lembaga Penasihat juga dimestikan menyemaksemula kes-kes mereka yang dibebaskan di bawahPerintah Tahanan ISA setiap tidak lebih dari 12 bulan.Di akhir tempoh tahanan dua tahun (Nota: TempohPerintah Tahanan tidak boleh melebihi dua tahun), jikaseseorang itu masih perlu dikenakan penahananpencegahan, permohonan boleh dibuat bagi melanjutkantempoh tahanan tersebut. Proses semakan bebas yangsama akan dijalankan oleh Lembaga Penasihat.

Semakan

Lembaga Penasihat