Sinopsis Gema Sepi Gadis Genius

2
GEMA SEPI GADIS GENIUS. Basirah, remaja perempuan berusia 14 tahun yang sedang menjalani latihan praktikum tahun akhir pengajian komputer sebuah universiti tempatan. Dilema atau konflik yang mengusutkan fikiran Basirah ialah dari segi kehidupan normal remaja yang sebaya, iaitu ramai kawan. Basirah mempunyai kepintaran luar biasa berbanding kakaknya, Hanani yang berusia dua tahun lebih tua daripadanya. Pertumbuhan fizikal dan mental Basirah jauh mengatasi Hanani. Misalnya, sewaktu Hanani baru belajar berjalan, Basirah sudah pun pandai melompat. Basirah teringin sangat hendak menjadi seperti Hanani yang lincah, kreatif, lasak dan banyak kawan. Walaupun genius, Basirah dilayan seumpama budak-budak juga oleh dua orang timbalan pengurus (40-an) di Makmal Perdana, Kota Kinabalu itu. Cabaran itu disambutnya dengan usaha mengesan penceroboh yang tersesat masuk walhal tujuan asalnya ialah mencuri maklumat ketenteraan negara. Basirah mahu penjenayah digital ditentang habis- habisan. Namun, pensyarah Basirah mahukan pendekatan penyelidikan sains digunakan, bukan pendekatan polis. Sedang Basirah mencongak langkah seterusnya tiba-tiba muncul kakaknya bersama-sama 10 orang remaja lain untuk meraikan ulang tahun kelahiran Basirah yang ke-14. Mereka juga mencadangkan macam-macam idea untuk mengumpan si penceroboh supaya berlama-lama di saluran internet Makmal Perdana. Hanani pula lebih ke hadapan dengan cadangan mencipta sejumlah fail teks yang nampak seperti tulen, lalu dinamai Strategic National Network. Dengan kerjasama pensyarahnya, dan kelalaian si penceroboh, Roger Maris, yang beroperasi dari sebuah pangsapuri di Los Angeles berjaya dikesan untuk tindakan lanjut pihak berkuasa. Hanani lebih tenang dan tabah menghadapi masa hadapannya walaupun dirinya sedikit nakal, tetapi kreatif. Basirah nyata teruja dengan kehidupan remaja yang normal seperti kakaknya, walaupun dia genius. GEMA SEPI GADIS GENIUS. Basirah, remaja perempuan berusia 14 tahun yang sedang menjalani latihan praktikum tahun akhir pengajian komputer sebuah universiti tempatan. Dilema atau konflik yang mengusutkan fikiran Basirah ialah dari segi kehidupan normal remaja yang sebaya, iaitu ramai kawan. Basirah mempunyai kepintaran luar biasa berbanding kakaknya, Hanani yang berusia dua tahun lebih tua daripadanya. Pertumbuhan fizikal dan mental Basirah jauh mengatasi Hanani. Misalnya, sewaktu Hanani baru belajar berjalan, Basirah sudah pun pandai melompat. Basirah teringin sangat hendak menjadi seperti

Transcript of Sinopsis Gema Sepi Gadis Genius

Page 1: Sinopsis Gema Sepi Gadis Genius

GEMA SEPI GADIS GENIUS.

Basirah, remaja perempuan berusia 14 tahun yang sedang menjalani latihan praktikum tahun akhir pengajian komputer sebuah universiti tempatan. Dilema atau konflik yang mengusutkan fikiran Basirah ialah dari segi kehidupan normal remaja yang sebaya, iaitu ramai kawan. Basirah mempunyai kepintaran luar biasa berbanding kakaknya, Hanani yang berusia dua tahun lebih tua daripadanya. Pertumbuhan fizikal dan mental Basirah jauh mengatasi Hanani. Misalnya, sewaktu Hanani baru belajar berjalan, Basirah sudah pun pandai melompat. Basirah teringin sangat hendak menjadi seperti Hanani yang lincah, kreatif, lasak dan banyak kawan. Walaupun genius, Basirah dilayan seumpama budak-budak juga oleh dua orang timbalan pengurus (40-an) di Makmal Perdana, Kota Kinabalu itu.

Cabaran itu disambutnya dengan usaha mengesan penceroboh yang tersesat masuk walhal tujuan asalnya ialah mencuri maklumat ketenteraan negara. Basirah mahu penjenayah digital ditentang habis-habisan. Namun, pensyarah Basirah mahukan pendekatan penyelidikan sains digunakan, bukan pendekatan polis. Sedang Basirah mencongak langkah seterusnya tiba-tiba muncul kakaknya bersama-sama 10 orang remaja lain untuk meraikan ulang tahun kelahiran Basirah yang ke-14. Mereka juga mencadangkan macam-macam idea untuk mengumpan si penceroboh supaya berlama-lama di saluran internet Makmal Perdana. Hanani pula lebih ke hadapan dengan cadangan mencipta sejumlah fail teks yang nampak seperti tulen, lalu dinamai Strategic National Network. Dengan kerjasama pensyarahnya, dan kelalaian si penceroboh, Roger Maris, yang beroperasi dari sebuah pangsapuri di Los Angeles berjaya dikesan untuk tindakan lanjut pihak berkuasa. Hanani lebih tenang dan tabah menghadapi masa hadapannya walaupun dirinya sedikit nakal, tetapi kreatif. Basirah nyata teruja dengan kehidupan remaja yang normal seperti kakaknya, walaupun dia genius.