Sinopsis Komsas- Capa Rengat

2
Sinopsis "Aku" buat kali pertama menjejakkan kaki ke kampung yang dimomokkan oleh ibu sebagai penderitaan dan kesepian. Namun, anggapan "aku" berubah apabila mengikut Pak Cik Kinto meninjau bukit di belakang rumah pusaka mereka. Pada hari Pak Cik Kinto ke bandar menguruskan pemindahan harta pusaka ibu kepadanya, "aku" mengelilingi kampung, lalu bertemu dengan Su yang mengajaknya bermain di tepi paya dengan beberapa kanak-kanak kampung. "Aku" cepat menyesuaikan diri. "Aku" berasa senang kerana pengalaman dilayan begitu mesra, tidak seperti kawan- kawan di kota yang sombong dan terkongkong. "Aku" tidak jadi marah walaupun berkali-kali rumah katak yang dibinanya dipecahkan oleh Su yang begitu lucu dan mesra. Su kemudiannya menghadiahi "aku" sejambak bunga bernama capa rengat atau melur hutan yang dipetik di hujung paya. Sedang "aku" sibuk membina rumah katak, kali ini dengan acuan kaki Su, tiba-tiba adik tiri Su datang memanggilnya pulang. Malamnya "aku" tidur keletihan di samping capa rengat itu. Keesokan paginya, "aku" dan ibu bersiap-siap pulang ke kota. Mereka menaiki teksi. Perasaan "aku" menjadi hiba, sayu dan sepi yang begitu tajam. "Aku terus diam dan bungkam apabila ibu memberitahu mereka tidak lagi akan balik kampung justeru tanah dan rumah pusaka mereka telah diserahkan kepada Pak Cik Kinto. "Aku" benar- benar kehilangan pengalaman yang begitu indah dan juga Su...

Transcript of Sinopsis Komsas- Capa Rengat

Page 1: Sinopsis Komsas- Capa Rengat

Sinopsis

"Aku" buat kali pertama menjejakkan kaki ke kampung yang dimomokkan

oleh ibu sebagai penderitaan dan kesepian. Namun, anggapan "aku"

berubah apabila mengikut Pak Cik Kinto meninjau bukit di belakang

rumah pusaka mereka. Pada hari Pak Cik Kinto ke bandar menguruskan

pemindahan harta pusaka ibu kepadanya, "aku" mengelilingi kampung,

lalu bertemu dengan Su yang mengajaknya bermain di tepi paya dengan

beberapa kanak-kanak kampung. "Aku" cepat menyesuaikan diri. "Aku"

berasa senang kerana pengalaman dilayan begitu mesra, tidak seperti

kawan-kawan di kota yang sombong dan terkongkong. "Aku" tidak jadi

marah walaupun berkali-kali rumah katak yang dibinanya dipecahkan oleh

Su yang begitu lucu dan mesra. Su kemudiannya menghadiahi "aku"

sejambak bunga bernama capa rengat atau melur hutan yang dipetik di

hujung paya. Sedang "aku" sibuk membina rumah katak, kali ini dengan

acuan kaki Su, tiba-tiba adik tiri Su datang memanggilnya pulang.

Malamnya "aku" tidur keletihan di samping capa rengat itu. Keesokan

paginya, "aku" dan ibu bersiap-siap pulang ke kota. Mereka menaiki teksi.

Perasaan "aku" menjadi hiba, sayu dan sepi yang begitu tajam. "Aku terus

diam dan bungkam apabila ibu memberitahu mereka tidak lagi akan balik

kampung justeru tanah dan rumah pusaka mereka telah diserahkan

kepada Pak Cik Kinto. "Aku" benar-benar kehilangan pengalaman yang

begitu indah dan juga Su...

Page 2: Sinopsis Komsas- Capa Rengat