SINTAKSIS – AYAT (Soalan Sebenar STPM: 2001-2005) · PDF fileB Menangiskan bayi itu ......

12
SINTAKSIS – AYAT (Soalan Sebenar STPM: 2001-2005) 01 Pilih penyataan yang benar tentang ayat aktif transitif. I Mengandungi kata kerja transitif. II Mengutamakan subjek asal sebagai judul ayat. III Mengutamakan predikat asal sebagai judul ayat. IV Mengandungi frasa nama sebagai unsur penyambut. A I dan III C I, II dan IV B II dan IV D II, III dan IV 2001:42 02 Yang manakah ayat tanya terbuka? A Gurunya siapa? C Cerdik benar budak itu? B Menangiskan bayi itu? D Pemuda itu kawan saudara? 2001:44 03 Terdiri daripada ragam ayat aktif Terdiri daripada ayat penyata sahaja Menjadi asas kepada pembentukan ayat lain Penyataan di atas merupakan ciri A ayat dasar C ayat tunggal B ayat mudah D ayat terbitan 2001:46 04 Antara ayat yang berikut, yang manakah yang mengandungi unsur keterangan syarat? A Kita perlu memujuknya agar ia sudi ikut serta. B Dia sanggup berputih tulang demi kedaulatan negara. C Program itu dijalankan supaya para belia tidak membuang masa secara sia-sia. D Sesuatu yang kita janji hendaklah kita tunaikan andai kata kita ingin dihormati. 2001:48 05 Antara ayat yang berikut, yang manakah bukan ayat majmuk pancangan relatif? A Pen yang mahal itu hadiah daripada ibu. B Budak yang berdiri di tepi jalan itu adiknya. C Adik menulis esei yang menang dalam pertandingan itu. D Yang tertinggi itu bangunan Kuala Lumpur City Centre. 2001:49

Transcript of SINTAKSIS – AYAT (Soalan Sebenar STPM: 2001-2005) · PDF fileB Menangiskan bayi itu ......

Page 1: SINTAKSIS – AYAT (Soalan Sebenar STPM: 2001-2005) · PDF fileB Menangiskan bayi itu ... B kata kerja dengan adjektif D kata kerja dengan kata nama ... A Rumah-rumah yang terbina

SINTAKSIS – AYAT (Soalan Sebenar STPM: 2001-2005)

01 Pilih penyataan yang benar tentang ayat aktif transitif. I Mengandungi kata kerja transitif. II Mengutamakan subjek asal sebagai judul ayat. III Mengutamakan predikat asal sebagai judul ayat. IV Mengandungi frasa nama sebagai unsur penyambut. A I dan III C I, II dan IV B II dan IV D II, III dan IV

2001:42

02 Yang manakah ayat tanya terbuka? A Gurunya siapa? C Cerdik benar budak itu? B Menangiskan bayi itu? D Pemuda itu kawan saudara?

2001:44

03 • Terdiri daripada ragam ayat aktif • Terdiri daripada ayat penyata sahaja • Menjadi asas kepada pembentukan ayat lain

Penyataan di atas merupakan ciri A ayat dasar C ayat tunggal B ayat mudah D ayat terbitan

2001:46

04 Antara ayat yang berikut, yang manakah yang mengandungi unsur keterangan syarat? A Kita perlu memujuknya agar ia sudi ikut serta. B Dia sanggup berputih tulang demi kedaulatan negara. C Program itu dijalankan supaya para belia tidak membuang masa secara sia-sia. D Sesuatu yang kita janji hendaklah kita tunaikan andai kata kita ingin dihormati.

2001:48

05 Antara ayat yang berikut, yang manakah bukan ayat majmuk pancangan relatif? A Pen yang mahal itu hadiah daripada ibu. B Budak yang berdiri di tepi jalan itu adiknya. C Adik menulis esei yang menang dalam pertandingan itu. D Yang tertinggi itu bangunan Kuala Lumpur City Centre.

2001:49

Page 2: SINTAKSIS – AYAT (Soalan Sebenar STPM: 2001-2005) · PDF fileB Menangiskan bayi itu ... B kata kerja dengan adjektif D kata kerja dengan kata nama ... A Rumah-rumah yang terbina

2

06 Kena tahan perahu pancung pendatang asing tanpa izin itu di muara sungai. Ayat di atas telah mengalami proses pendepanan

A kata kerja dengan objek C kata kerja dengan pelengkap B kata kerja dengan adjektif D kata kerja dengan kata nama

2001:51

07 Persamaan antara ayat dasar dengan ayat tunggal ialah kedua-duanya I mengandungi satu klausa II boleh mengalami pendepanan predikat III terdiri daripada ayat penyata dan ayat aktif IV mengandungi satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV

2001:52 08

Keterangan yang tidak benar tentang ayat-ayat di atas ialah

A mempunyai satu klausa bebas B terdapat unsur pengguguran atau penghilangan C susunannya ialah subjek + predikat + keterangan D kata kerjanya terdiri daripada kata kerja aktif tak transitif

2001:54

09 Pilih ayat aktif tak transitif yang mengandungi unsur keterangan yang tidak boleh digugurkan. A Petani itu berkebun di belakang rumah. B Kanak-kanak itu membesar dengan cepat. C Kebanyakan pendatang tanpa izin tinggal di kawasan setinggan. D Beberapa orang pelancong masih bersiar-siar walaupun telah lewat malam.

2001:55

• Mereka bergurau sesama sendiri. • Mereka akan pulang ke kampung esok. • Mereka berbincang tentang isu-isu semasa.

Page 3: SINTAKSIS – AYAT (Soalan Sebenar STPM: 2001-2005) · PDF fileB Menangiskan bayi itu ... B kata kerja dengan adjektif D kata kerja dengan kata nama ... A Rumah-rumah yang terbina

3

10 Ayat 1 Subjek Predikat Kata kerja Kata komplemen Subjek Predikat Antara ayat yang berikut, yang manakah yang menepati rumus di atas? A Dia mengendalikan program itu untuk ketua pejabatnya. B Budak kecil itu menjerit-jerit ketika saya tiba di rumahnya. C Pengetua menjelaskan bahawa murid itu sakit tenat di rumahnya. D Budak itu bangun lalu meninggalkan adiknya yang sedang menangis.

2002:42

11

Ayat di atas

A tidak boleh dipasifkan B mengalami proses pengguguran C mengalami proses penyongsangan D boleh menggugurkan unsur keterangan

2002:43

12 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang gramatis? I Mereka membincangkan tentang perkara itu. II Dia mengalihkan pandangannya ke arah kakak saya. III Beliau mempelajari perkara itu daripada pengalamannya. IV Keputusan sebulat suara telah dibuat di dalam mesyuarat itu. A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV

2002:45

13 Antara yang berikut, yang manakah ayat majmuk pancangan komplemen frasa adjektif? I Bekas penghuni Rumah Bahagia insaf bahawa mereka telah diperalatkan. II Dakwaan bahawa Menara Kuala Lumpur retak tidak berasas sama sekali.

III Pelajar-pelajar bermasalah itu kini sedar bahawa peraturan sekolah adalah asas pembentukan disiplin diri.

IV Pengurus projek itu mengumumkan bahawa kerja tapak pembinaan tidak menjejaskan kualiti alam sekitar.

Berjaya juga akhirnya pendaki gunung Everest itu.

Page 4: SINTAKSIS – AYAT (Soalan Sebenar STPM: 2001-2005) · PDF fileB Menangiskan bayi itu ... B kata kerja dengan adjektif D kata kerja dengan kata nama ... A Rumah-rumah yang terbina

4

A I dan III C II dan III B I dan IV D II dan IV

2002:46

14 Terpikat hatiku oleh kemanjaannya.

Berdasarkan ayat di atas, bahagian yang berhuruf condong ialah

A pendepanan kata kerja sahaja B pendepanan kata kerja dengan objek C pendepanan kata kerja dengan pelengkap D pendepanan kata kerja transitif dengan objek

2002:47

15 Antara yang berikut, yang manakah yang bukan ayat majmuk?

A Mereka menyedari bahawa masalah itu akan menjejaskan prestasi mereka tetapi tidaklah akan sampai pada tahap yang mencemaskan.

B Sebuah lori Syarikat Cahaya Suria telah melanggar sebatang pokok besar di hadapan Restoran Intan malam kelmarin.

C Negara kita terkenal sebagai sebuah negara majmuk yang penduduknya dapat hidup dengan penuh harmoni.

D Kerana terlalu penat, dia tertidur selama 24 jam di atas kerusi di rumahnya. 2002:48

16 Antara ayat yang berikut, ayat manakah yang mengandungi subjek kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama? I Masakan ibu enak sekali. II Berderma satu amalan mulia. III Membuang masa adalah tabiat buruk. IV Penggunaan dadah mengancam keselamatan negara. A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV

2002:49

17 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang mengandungi predikat nama terbitan? A Perlanggaran itu mengorbankan tiga nyawa. B Cerita pemuda itu adalah rekaan semata-mata. C Pertunjukan itu berakhir pada pukul enam petang. D Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara kita.

2002:51

Page 5: SINTAKSIS – AYAT (Soalan Sebenar STPM: 2001-2005) · PDF fileB Menangiskan bayi itu ... B kata kerja dengan adjektif D kata kerja dengan kata nama ... A Rumah-rumah yang terbina

5

18

Unsur keterangan predikat bagi ayat di atas ialah

A rakyat negara ini C sejak lebih empat puluh tahun B nikmat kemerdekaan D rakyat negara ini telah mengecapi

2002:52

19 Antara ayat perintah yang berikut, yang manakah membawa maksud ajakan? A Tunggu di situ sebentar! C Kita tunggu di sini sebentar! B Tunggulah saya di sana! D Kita tak usah datang pagi esok.

2002:53

20 Antara yang berikut, yang manakah ayat pasif yang betul? I Tanaman orkid itu awak akan usahakan. II Sampan yang bocor itu telah kami baiki. III Tolong anda bayar harga barangan dapur itu. IV Anak buaya itu ditangkap oleh pengawal zoo itu. A I dan II C II dan III B I dan IV D II dan IV

2002:54

21 Antara ayat yang berikut, yang manakah terdiri daripada ayat majmuk gabungan? A Untuk mengatasi masalah itu kita perlu berhati-hati. B Rumah yang terletak di atas bukit itu telah terbakar. C Ayah saya membaca akhbar sambil mendengar radio. D Saya tidak dapat menghadiri majlis itu kerana kesuntukan masa.

2002:55

22 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang tergolong dalam ayat dasar? I Mereka berbual-bual sambil minum kopi. II Kanak-kanak itu pengsan di tepi longkang. III Pemuda yang berbaju biru itu pelajar cemerlang. IV Pejabat Encik Shahrul di bandar raya Kuala Lumpur. A I dan III C II dan III B I dan IV D II dan IV

2003:43

Sejak lebih empat puluh tahun lalu rakyat negara ini telah mengecapi nikmat kemerdekaan.

Page 6: SINTAKSIS – AYAT (Soalan Sebenar STPM: 2001-2005) · PDF fileB Menangiskan bayi itu ... B kata kerja dengan adjektif D kata kerja dengan kata nama ... A Rumah-rumah yang terbina

6

23 Antara yang berikut, yang manakah ayat keterangan syarat? A Pasukan ini hanya akan dirombak semula andai kata kalah. B Penghulu tidak dapat hadir petang ini kerana dia kurang sihat. C Kita mesti saling menghormati supaya hidup kita menjadi aman. D Sementara menanti hujan berhenti, dia menyiapkan kerja sekolahnya.

2003:44

24 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang menepati pola FN + FK? I Abang Rahim tukang gunting yang terkenal sejak dahulu. II Anak perempuan Pak Samad baru pulang dari luar negara. III Ibu pejabat syarikat bapa saya di bandar raya Kuala Lumpur. IV Bapa saudara Ramli sedang berehat di bawah pokok jambu. A I dan III C II dan III B I dan IV D II dan IV

2003:45

25 Antara yang berikut, yang manakah ayat aktif tak transitif? I Banjir besar itu mengancam keselamatan penduduk di sekitarnya. II Mangsa kemalangan jalan raya itu mengerang kesakitan ketika kami sampai.

III Penjenayah itu membisu seribu bahasa apabila disoal siasat oleh pegawai polis itu. IV Alat elektronik itu dapat mengesan tahap alkohol yang terkandung dalam pernafasan

seseorang. A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV

2003:46

26 Antara yang berikut, yang manakah ayat pasif yang betul binaannya? I Pakaian ini belum kupakai. II Keputusan ini harus anda umumkan dengan segera. III Maklumat yang disampaikan oleh kami adalah benar. IV Kenderaan yang mereka tumpangi baru sahaja berlepas. A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV

2003:48

27 Ayat majmuk yang menggunakan kata kerana ialah ayat majmuk A pancangan relatif C pancangan keterangan B gabungan keterangan D gabungan pertentangan

2003:51

Page 7: SINTAKSIS – AYAT (Soalan Sebenar STPM: 2001-2005) · PDF fileB Menangiskan bayi itu ... B kata kerja dengan adjektif D kata kerja dengan kata nama ... A Rumah-rumah yang terbina

7

28 Antara ayat yang berikut, yang manakah merupakan ayat aktif tak transitif yang keterangannya boleh digugurkan? I Bas itu menghala ke selatan. II Pokok itu membesar dengan cepat. III Mereka bermastautin di Kota Kinabalu. IV Dia tersenyum panjang waktu apabila teringat peristiwa itu. A I dan III C II dan III B I dan IV D II dan IV

2003:52

29

Ayat di atas ialah

A ayat gabungan C ayat pancangan relatif B ayat campuran D ayat pancangan komplemen

2003:53

30 Antara yang berikut, yang manakah ayat tunggal? A Pelajar yang pintar itu ialah adik Roslan. B Dia minum kopi sambil menonton televisyen. C Petinju itu terus bersara lantaran tewas dalam pertandingan. D Pensyarah Ekonomi kami akan melawat Australia mulai esok.

2003:56

31 Antara yang berikut, ayat yang manakah yang betul tatabahasanya? A Rumah-rumah yang terbina di lereng bukit itu cantik-cantik belaka. B Anak angkatnya itu lebih bersopan santun daripada anak buahnya sendiri. C Pejalan kaki hendaklah melihat ke kiri dan kanan sebelum menyeberang jalan.

D Pertandingan forum remaja di antara sekolah-sekolah menengah peringkat kebangsaan begitu hebat sekali.

2004:42

32 Pilih ayat yang mengalami pendepanan kata bantu dengan kata kerja.

I Untuk anak-anaknya buku itu. II Masih bersembang suri-suri rumah itu. III Akan bertolak mereka ke Dubai tengah hari ini. IV Harus cepat mereka beredar supaya tidak kena hujan. A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV

2004:45

Ketika kami membincangkan masalah mereka yang sekian lama terketepi, mereka terus berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Page 8: SINTAKSIS – AYAT (Soalan Sebenar STPM: 2001-2005) · PDF fileB Menangiskan bayi itu ... B kata kerja dengan adjektif D kata kerja dengan kata nama ... A Rumah-rumah yang terbina

8

33 Predikat bagi ayat di atas ialah A melanggar seekor anak kambing jantan B telah melanggar seekor anak kambing jantan C telah melanggar seekor anak kambing jantan di hadapan Masjid al-Rahman

D telah melanggar seekor anak kambing jantan di hadapan Masjid al-Rahman pada hari Ahad yang lalu.

2004:49

34 Pilih padanan yang betul antara contoh ayat dengan jenisnya.

I II A Ayat keterangan Ayat aktif tak transitif B Ayat songsang Ayat pasif C Ayat songsang Ayat dasar D Ayat keterangan Ayat aktif transitif

2004:50

35 Yang berikut yang manakah ayat majmuk pancangan komplemen kecuali A Penduduk kampung itu menyedari bahawa mereka mesti berpindah dari situ.

B Sangat sukar untuknya menghadapi peperiksaan jika dia tidak bersedia lebih awal. C Anuar memaklumkan bahawa dia perlu bekerja keras untuk menyara kehidupan keluarga. D Benih padi Malinja itu perlu disemai dengan segera untuk mengelakkannya daripada mati.

2004:51

36 Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah yang merupakan ayat majmuk? A Kamu mestilah datang dengan bas sekolah. B Murid ini lebih rajin daripada rakan-rakan sekelasnya. C Hasiah masih kelihatan muda lagi cergas sungguhpun umurnya sudah lanjut. D Perkara itu sudah lama menarik perhatian orang-orang kampung tersebut.

2004:54

Motosikal Jaguh kepunyaan anak Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sriwijaya telah melanggar seekor anak kambing jantan di hadapan Masjid al-Rahman pada hari Ahad yang lalu.

I: Tinggi lampai anaknya. II: Bola itu saya tendang.

Page 9: SINTAKSIS – AYAT (Soalan Sebenar STPM: 2001-2005) · PDF fileB Menangiskan bayi itu ... B kata kerja dengan adjektif D kata kerja dengan kata nama ... A Rumah-rumah yang terbina

9

37 Pilih padanan yang betul antara contoh ayat dasar dengan contoh ayat terbitan.

Ayat dasar Ayat terbitan A Sila ke dewan sekarang juga. Sekarang juga kita ke dewan. B Dia ke Langkawi petang tadi? Petang tadi dia ke Langkawi. C Tolong poskan bungkusan itu. Ali mengeposkan bungkusan itu. D Suria bermain badminton dengan

adiknya. Suria bermain badminton dengan adiknya?

2004:55

38 Pilih ayat aktif tak transitif yang betul. I Guru agama itu bersongkok pada setiap hari. II Ketika pelajar sedang bersenam, hujan turun dengan lebat. III Rumah besar itu terbina oleh tukang yang mahir dalam masa enam bulan. IV Masalah kewangan mengganggu tumpuan pelajar terhadap pembelajaran. A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV

2004:56 39 Ayat yang manakah yang menepati rumus dalam gambar rajah pohon di atas? A Anak saudaranya dan anak saudaraku bijak. B Mak Timah dan suaminya sudah berbaik-baik. C Zainab comel tetapi adiknya pemalu orangnya. D Adik Hashim bijak manakala adik Ah Chong rajin.

2005:42

A

A1 KH A2 S P S P FN FA FN FA X1 Ø X2 X3 X4

Page 10: SINTAKSIS – AYAT (Soalan Sebenar STPM: 2001-2005) · PDF fileB Menangiskan bayi itu ... B kata kerja dengan adjektif D kata kerja dengan kata nama ... A Rumah-rumah yang terbina

10

40 Pilih ayat yang tidak boleh dipasifkan. A Mereka memelihara beberapa ekor ikan sebagai hobi. B Air sungai itu mengalir deras ke kuala selepas hujan lebat. C Penyambut tetamu mempelawa kami menikmati hidangan itu. D Penceramah itu menasihati pendengar supaya berfikir sebelum bertindak.

2005:43

41 Kesemua yang berikut betul tentang ayat kecuali A mempunyai makna yang lengkap B dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan C terbina daripada sekurang-kurangnya dua patah kata D unit pengucapan paling tinggi dalam hierarki tatabahasa

2005:44

42 Antara yang berikut, yang manakah ayat tunggal? I Mereka ke pulau peranginan itu dengan menumpangi bot nelayan. II Beberapa orang pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan pidato. III Pertandingan bola sepak antara kelas terpaksa ditangguhkan selama dua jam. IV Kita semua perlu berdiri tegak tatkala lagu kebangsaan negara ini dinyanyikan. A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV

2005:45

43 Pilih ayat majmuk pancangan keterangan pertentangan. A Hujan terlalu lebat sehingga berlaku banjir kilat. B Dia sedih kerana wang pemberian ayahnya hilang. C Ahmad tidak berputus asa walaupun kerap kali gagal.

D Saya akan mengadakan kenduri doa selamat sekiranya saya lulus peperiksaan. 2005:46

44 Bahagian yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah A keterangan cara C keterangan waktu B keterangan tujuan D keterangan tempat

2005:48

Rombongan ke pantai timur itu bertolak dengan kereta api malam.

Page 11: SINTAKSIS – AYAT (Soalan Sebenar STPM: 2001-2005) · PDF fileB Menangiskan bayi itu ... B kata kerja dengan adjektif D kata kerja dengan kata nama ... A Rumah-rumah yang terbina

11

45 Pilih ayat majmuk gabungan yang membawa maksud pertentangan. A Budak itu melompat lalu berlari mendapatkan ibunya. B Tingkah lakunya amat memalukan, pakaiannya pula menjolok mata. C Pelajar tingkatan enam sekolah kami banyak, rajin, dan berwawasan.

D Sayalah yang diherdiknya, padahal yang melakukan kesilapan itu ialah orang lain. 2005:49

46 Ayat-ayat di atas ialah ayat majmuk A gabungan C pancangan keterangan B campuran D pancangan komplemen

2005:50

47 Jenis kata yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah kata keterangan

I II A Harapan Keadaan B Tujuan Harapan C Keadaan Musabab D Cara Tujuan

2005:52

48 Antara ayat yang berikut, yang manakah yang mengalami proses pendepanan kata bantu dengan kata kerja? I Belum ranum buah langsat itu sudah dimakannya. II Kena berdiri di tengah padang pelajar-pelajar kelas itu. III Masih bermain hujan kanak-kanak itu walaupun ditegah oleh ibunya. IV Akan terjawablah segala persoalan yang bermain dalam fikirannya selama ini. A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV

2005:54

• Demi negara tercinta, para perajurit sanggup berkorban.

• Kami belajar bersungguh-sungguh untuk ke menara gading.

I: Demi kesejahteraan negara Malaysia, kita hendaklah bersatu dan saling menghormati.

II: Cuba minta kebenaran daripada pengetua, kalau-kalau beliau

mengizinkannya.

Page 12: SINTAKSIS – AYAT (Soalan Sebenar STPM: 2001-2005) · PDF fileB Menangiskan bayi itu ... B kata kerja dengan adjektif D kata kerja dengan kata nama ... A Rumah-rumah yang terbina

12

49 Subjek bagi ayat di atas ialah A pejabat barunya C Taman Industri Bolton B daerah Gombak D daerah Gombak pejabat barunya

2005:55

50 Ayat majmuk di atas mempunyai keterangan A syarat C harapan B tujuan D musabab

2005:56

Susunan: SuhaimiMohdSalleh – SMKSultanOmar, 2009

Di Taman Industri Bolton dalam daerah Gombak pejabat barunya.

Kita seharusnya sentiasa berwaspada agar negara tidak mudah diancam oleh musuh.