Siri Bercakap Dengan Jin (Tamar Jalis) - Jilid 13

52
TAMAR JALIS Bercakap Dengan Jin Jilid 13 Isi kandungan dalam jilid ini adalah hasil sumbangan para ahli dari Komuniti SBDJ (http://komunitisbdj..multiply.com dan http://siriceritabercakapdenganjin.blogspot.com) PERHATIAN Anda boleh membaca & menyalin cerita ini dari naskah ini untuk dijadikan koleksi atau bacaan peribadi. Tapi DITEGAH SAMA SEKALI untuk tujuan komersil dan mengaut keuntungan darinya, menjual atau mencetak semula kandungannya tidak kira melalui apa cara sekalipun! ISI KADUGA | Kembali Ke Senarai Jilid [12 siri] (JILD 13) SIRI 168 RAHSIA GADIS KERINCI Dec 24, '10 9:53 PM SDBJ (JILID 13) SIRI 169 MENDENGAR SUARA GANJIL Dec 24, '10 9:57 PM SDBJ (JILID 13) SIRI 170 DI BILIK MISTERI Dec 24, '10 10:00 PM (Jilid 13) Siri 171 MIA, GADIS HARIMAU Dec 24, '10 10:11 PM (JILID 13) SIRI 172 LEMBAGA DI PINTU Dec 24, '10 10:19 PM (JILID 13) SIRI 173 SAMION BONGKAR RAHSIA Dec 24, '10 10:23 PM (Jilid 13) Siri 174 GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH Dec 28, '10 1:48 PM (JILID 13) SIRI 175 CALON SUAMI GADIS HARIMAU Dec 28, '10 1:53 PM ( JILID 13) Siri 176 Memanggil Makhluk Halus Dec 28, '10 1:58 PM (JILID 13)SIRI 177 JUMPA DI KUBUR LAMA Dec 29, '10 7:16 PM (JILID13) SIRI 178 DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA Dec 29, '10 7:24 PM (JILID 13) SIRI 179 KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH CHAPTER LIST (JILD 13) SIRI 168 RAHSIA GADIS KERINCI Dec 24, '10 9:53 PM by adi for group komunitisbdj Macam tadi juga, pemandu yang gila-gila bahasa itu, terus memecut kereta ikut suka hati. Tidak mahu langsung memikirkan tentang keselamatan penumpang. Anehnya, Haji Basilam tidak pula menegur perbuatan anak saudaranya. Dia tetap tenang. Barangkali dia sudah lali dengan perangai anak saudaranya itu, fikir saya dalam hati. Bagi menghilangkan rasa cemas dan bosan, saya terus menatap pepohon yang meghijau di kiri kanan jalan. Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13 1 of 52 30/12/2010 11:36 AM

description

Siri Bercakap Dengan Jin (Tamar Jalis) - Jilid 13Siri Bercakap Dengan Jin (Tamar Jalis) - Jilid 13

Transcript of Siri Bercakap Dengan Jin (Tamar Jalis) - Jilid 13

TAMAR JALIS

Bercakap Dengan Jin

Jilid 13

Isi kandungan dalam jilid ini adalah hasil sumbangan para ahli dari Komuniti SBDJ(http://komunitisbdj..multiply.com dan http://siriceritabercakapdenganjin.blogspot.com)

PERHATIANAnda boleh membaca & menyalin cerita ini dari naskah ini untuk dijadikan koleksi

atau bacaan peribadi. Tapi DITEGAH SAMA SEKALI untuk tujuan komersil danmengaut keuntungan darinya, menjual atau mencetak semula kandungannya

tidak kira melalui apa cara sekalipun!

ISI KA�DU�GA� | Kembali Ke Senarai Jilid

[12 siri]

(JILD 13) SIRI 168 RAHSIA GADIS KERINCI Dec 24, '10 9:53 PM

SDBJ (JILID 13) SIRI 169 MENDENGAR SUARA GANJIL Dec 24, '10 9:57 PM

SDBJ (JILID 13) SIRI 170 DI BILIK MISTERI Dec 24, '10 10:00 PM

(Jilid 13) Siri 171 MIA, GADIS HARIMAU Dec 24, '10 10:11 PM

(JILID 13) SIRI 172 LEMBAGA DI PINTU Dec 24, '10 10:19 PM

(JILID 13) SIRI 173 SAMION BONGKAR RAHSIA Dec 24, '10 10:23 PM

(Jilid 13) Siri 174 GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH Dec 28, '10 1:48 PM

(JILID 13) SIRI 175 CALON SUAMI GADIS HARIMAU Dec 28, '10 1:53 PM

( JILID 13) Siri 176 Memanggil Makhluk Halus Dec 28, '10 1:58 PM

(JILID 13)SIRI 177 JUMPA DI KUBUR LAMA Dec 29, '10 7:16 PM

(JILID13) SIRI 178 DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA Dec 29, '10 7:24 PM

(JILID 13) SIRI 179 KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH

CHAPTER LIST

(JILD 13) SIRI 168 RAHSIA GADIS KERINCI Dec 24, '10 9:53 PM

by adi for group komunitisbdj

Macam tadi juga, pemandu yang gila-gila bahasa itu, terus memecut kereta ikut suka hati. Tidak mahu langsung memikirkan tentangkeselamatan penumpang. Anehnya, Haji Basilam tidak pula menegur perbuatan anak saudaranya. Dia tetap tenang. Barangkali dia sudahlali dengan perangai anak saudaranya itu, fikir saya dalam hati.

Bagi menghilangkan rasa cemas dan bosan, saya terus menatap pepohon yang meghijau di kiri kanan jalan.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

1 of 52 30/12/2010 11:36 AM

Bila sampai kawasan perkampungan saya suka melihat bentuk rumah penduduk yang tidak banyak bezanya dengan bentuk rumah orangdi Semenanjung. Kanak-kanak berkumpul dan berlari di halaman rumah main galah panjang, gasing dan sebagainya.

Sebagai orang muda, tidak dapat dinafikan saya senang sekali melihat anak-anak gadis yang berambut lebat separuh bahu menyeberangjalan dengan ditemani oleh kedua orang tua. Biasanya gadis yang menyeberang jalan emmbawa atau menjinjing pisang, tebu, keladi dansebagainya.

"Mereka tu baru balik dari ladang, bawa kereta waktu petang memang seronok dapat tengok perkara macam ni. Bila lalu kawasan sungai,kita boleh dapat tengok anak dara mandi, syoknya…," pemandu kereta yang berwajah serius bersuara. Diam-diam si pemandu melihattelatah saya melalui cermin kecil di depannya. Saya malu sendiri.

"Sudah tu, jangan nak tunjuk perkara tak baik pada Tamar," sergah Haji Basilam.

"Tak apa, lepas ni kita tempuh kawasan hutan," jawap pemandu sambil ketawa kecl. Saya hanya tersenyum dan Andi Kamaroolmembetulkan duduknya agar selesa. Datuk tidak memberikan sebarang komen. Kereta terus meluncur di permukaan jalanraya.

Dan apa yang diucapkan oleh pemandu kereta itu memang benar. Setelah melepasi kawasan perkampungan tadi, kami tidak menemuikawasan perkampungan lagi. Biji mata kami dihidangkan dengan pandangan gunung-ganang, bukit bukau dan hutan belantara.Akhirnya, kereta melalui kawasan yang tidak berhutan tebal.

"Berhenti di sini."

Empat tayar kereta terpaku di atas jalan raya. Tindakan Haji Basilam membuat anak saudaranya terkejut besar. Datuk hanya mengigitjari kelingkingnya. Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan.

"Kenapa berhenti di tengah hutan Ayah Alang?"

"Kalau begitu berhenti di depan, dekat pokok besar. Tentu ada sebab aku suruh kamu berhenti."

"Hum… " keluh anak saudara Haji Basilam. Kereta bergerak semula dan behenti dekat pokok besar seperti yang dihajati oleh HajiBasilam.

TOLEH

Saya menoleh ke kanan, terlihat sebuah rumah batu bentuk lama tersergam gagah. Halaman rumah yang bercat putih itu kelihatanbersih. Pepokok bunga kertas yang berdaun lebat ditanam di kiri kanan jalan menuju ke rumah. Terdapat beberapa batang pohon cemarayang tingi menjulang di sudut halaman. Rumput yang hijau bagaikan permaidani menutupi setiap inci halaman.

"Tidak lama lagi waktu asar, aku nak tumpang sembahyang di rumah batu itu," kata Haji Basilam sebaik saja keluar dari perut kereta. Ditiang pagar (kiri dan kanan) terdapat sepasang patung burung helang yang sedang mengembangkan sayapnya untuk terbang denganmulut (muncung) yang terbuka. Patung tersebut dibuat dari tembikar putih.

"Nak tumpang sembahyang di rumah tu," tanya anak saudara Haji Basilam sambil mengkerutkan dahi. Dia nampak resah semacam,"ah…ayah Alang buat kerja merepek, semua pemandu tak berani berhenti di sini, perempuan yang duduk di rumah tu bukannyamanusia," tambah anak saudara Haji Basilam.

"Siapa yang kata perempuan rumah tu bukan manusia? "

"Kawan-kawan saya. "

"Kawan-kawankau tu siapa dan apa kerja mereka."

"Mereka bawa kereta macam saya."

"Kamu jangan pandai-pandai buat cerita. Itu rumah kawan aku, nama sebenarnya Abdulhadi. Gelarannya Orang Kaya Semanda, akupanggil orang kaya saja, aku selalu singgah dan sembahyang di sini. Bagi tahu kawan-kawan kamu, cerita yang mereka dengar tusemuanya tak betul."

"Begitu ceritanya, Ayah Alang."

"Iyalah, aku nak perkenalkan si Tamar dan si Andi dengan keluarga orang kaya tu," Haji Basilam renung ke arah saya dan Andi Kamarool.Datuk hanya tersenyum sinis.

Tiba-tiba saya berdebar, teringat apa yang saya ucapkan kepada Haji Basilam. Ternyata orang tua ini tidak mungkir janji. Dia mahumemenuhi permintaan saya tetapi, sebaliknya saya pula terasa tergugat.

"Kamu pergilah ke Sungai Penuh, kalau tak silap aku dari sini kesana kira enam puluh batu. Aku dengan kawan-kawan balik sendiri tapi,kalau kamu nak tolong, kamu datang saja pagi esok kira-kira pukul sepuluh pagi."

"Ayah Alang nak tidur di sini?" Wajah anak saudaranya nampak cemas.

"Iya, di belakang rumah batu tu ada pondok kecil khas untuk aku yang dibuat oleh orang kaya. Kami mengakui adik-beradik duniaakhirat, anaknya aku jadikan anak angkat, sebulan sekali aku turun ke sini menengok dia," Haji Basilam memberikan penjelasan kepadaanak saudaranya yang sekali gus untuk kami bertiga.

BEREDAR

Anak saudara Haji Basilam pun beredar. Tidak sampai sepuluh minit bunyi enjin keretanya hilang dari pendengaran kami.

"Mari kita masuk."

Kami pun segera mengekori Haji Basilam melepasi pintu pagar memasuki halaman rumah batu tua yang nampak tegap.

Di sebelah kiri rumah terdapat beberapa pohon ciku (sawo) yang berbuah lebat, di sebelah kanan ada tiga pohon kelapa gading yangsarat berbuah. Sebaik saja sampai di depan pintu rumah, Haji Basilam memberi salam dan terdengar suara orang perempuan menjawapsalam.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

2 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Ayah datang bawa kawan."

Serentak dengan itu daun pintu terbuka, seorang wanita berkulit putih, leher jinjang, berambut ikal ombak laut tercegat di situ. Dankedua belah bibirnya yang nipis, terukir senyuman mesra.

"Silakan masuk," pelawanya penuh hormat.

"Masuk," kata Haji Basilam.

Kami pun segera masuk ke ruang tamu berpermaidani merah darah.

Saya berdiri dekat kerusi antik buatan dari Belanda menghadap ke arah dinding (ruang tamu) sebelah kanan, yang mempamerkan potretmuka harimau di seluruh dinding tersebut. Potret itu menakutkan, misai dan mata harimau bila direnung lama-lama terasa sepertibergerak-gerak.

Melihat kelengkapan di ruang tamu membayangkan pemilik rumah tersebut bukan sebarang, orang kaya dan ternama serta dihormati.Kebanyakan barang perhiasannya semuanya buatan dari Belanda atau Jerman.

"Silakan duduk,"

Tanpa buang masa kami pun duduk dan bangku antik jadi pilihan saya. Bagi menghilangkan rasa cemas, potret harimau di dinding tidaksaya renung.

"Semua yang datang ni minum kopi?" tanya wanita bebadan langsing dengan ramah. Senyum manis terus menari di kelopak bibirnya.

"Saya harap semuanya minum kopi," tingkah Haji Basilam.

"Minta maaf saya bagi air suam," datuk bersuara, wanita berleher jinjang renung ke arah datuk sambil senyum.

"Terima kasih kerana memberitahu saya," balas wanita tersebut lalu melangkah dengan tenang menuju ke ruang dapur.

"Dia tinggal seorang di rumah ni Tuk Aji?" Andi Kamarool bertanya.

Haji Basilam anggukkan kepala.

"Berani," kata Andi kamarool lagi.

Haji Basilam tersenyum.

Sementara menanti air minuman tiba, Haji Basilam dengan murah hati menceritakan biodata perempuan berleher jinjang, penghunirumah batu besar di kawasan yang di kelilingi hutan tebal.

"Kalau aku tak silap, emaknya orang Lubuk Sikaping. Dia tu diberanakkan dalam tahun 1945,’ dengan nada suara yang perlahan HajiBasilam memulakan cerita.

"Sekarang tahun 1967 ertinya dia baru berumur lebih kurang dua puluh dua. Cantik orangnya," terkeluar ungkapan dari mulut AndiKamarool, matanya merenung ke arah ruang dapur.

"Kamu minat dengan anak angkat aku? Cara sepontan Haji Basilam bertanya. Andi Kamarool tersengih, tidak terkata mungkin dia malu.

Saya rasa lucu dengan tindak–tanduk Andi Kamarool tetapi, saya masih dapat menahan ketawa. Demi menjaga air muka seorang kawansaya tidak menoleh ke arahnya. Saya renung muka datuk. Dia tetap tenang, matanya tetap mengawasi tiap sudut ruang tamu.

Bila dia merenung potret muka harimau di dinding, mulutnya bergerak-gerak. Bila menyedari perbuatannya saya awasi, datuk segeramengubah pandangan ke arah lain. Saya tetap macam tadi, tidak berani merenung potret harimau tersebut terutama di bahagianmatanya yang rasanya seperti bergerak-gerak. Bila di renung lama-lama hati saya berdebar dan seluruh sendi terasa lemah.

"Nama anak angkat aku tu Muzlipah. Tetapi semua kaum keluarga dan kawan-kawan rapat dengannya memanggil MIA saja. Sedap namasingkatannya Tamar," Haji Basilam renung muka saya. Sudah tentu saya jadi tak tentu arah. Antara mahu dan malu saya terusmenjawab.

"Sedap Tuk Aji,"

DUGA

Tidak saya duga jawapan yang tergesa-gesa itu membuat Andi Kamarool ketawa. Begitu juga dengan Haji Basilam.

"Si Mia ni anak tunggal?" datuk bertanya setelah ketawa Andi Kamarool dan Haji Basilam berakhir. Dengan renungan yang lembutsepasang anak mata Haji Basilam tertumpu ke wajah datuk.

"Anak orang kaya cuma dua orang saja. Anak sulung lelaki, duduknya tidak menetap sekejap di Medan, sekejap di Tanjung Periuk,sekejap di Palembang, sesekali dia duduk di PulauPinang."

"Kenapa berpindah randah?" Datuk minta kepastian.

"Dia saudagar, menjaga harta dan menjalankan perniagaan peninggalan orang tuanya. Di Pulau Pinang di kawasan Jelutung, KawasanSimpang Enam, dekat sekolah Arab ada tanah mikik orang kaya."

"Siapa nama anak lelaki orang kaya tu."

"Ahmad Al Mubarak Al Kerinci."

"Nama tu pernah saya dengar. Saya dapat tahu banyak tanahnya diwakafkan untuk mendirikan masjid, jadi tanah kubur dan sekolahArab terutama di daerah Perak Utara, Seberang Perai dan Kedah."

"Dia menjalankan amanat ayahnya supaya mewakafkan harta benda untuk kebajikan agama. Ada ceritanya, sebab dia berbuat macamtu."

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

3 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Apa sebabnya, " tanya datuk bernafsu.

"Begini, selepas isterinya melahirkan anak pertama, isterinya tidak hamil lagi dekat dua puluh tahun, sedangkan dia berhajat mahukananak perempuan. Bila dia mahu kawin lagi, dengan izin Allah isterinya mengandung si Mia. Sudah ajal isteri, masa dia melahirkan Mia,dia mati. Sejak kejadian itu dia jadi dermawan."

"Kalau begitu, jarak umur Mia dengan abangya, banyak bezanya," keluh datuk dan Haji Basilam anggukkan kepala. Setuju denganpendapat datuk.

Cerita tentang Mia tidak mati di situ saja. Haji Basilam melanjutkan dengan menyatakan, tanah seberang jalan yang ditanam denganpepokok cengkih, adalah milik Mia. Tanah tapak rumah yang didiaminya luasnya lebih dari sepuluh hektar. Selain dari itu dia jugamemlilki tanah dusun, tanah sawah dan ladang getah.

Saya segera teringat, semasa naik kereta tadi, kira-kira dua batu sebelum sampai ke kawasan rumah Mia saya melihat ladang getah yangsubur dengan daun yang menghijau.

"Banyak hartanya Tuk Aji," kata Andi Kamarool.

"Iyalah, harta pesaka."

"Semuanya dia urus sendiri."

"Sudah tentu Tamar,"

Saya telan air liur sambil menyendarkan badan ke bangku antik. Entah macam mana, secara tidak sengaja saya terpandangkan potretharimau di dinding. Dua tiga kali saya pejam celikkan kelopak mata, saya seperti melihat mata harimau bergerak serta membuka mulut,menjelirkan lidah. Cepat-cepat saya alihkan pandangan ke arah lain.

"Berdasarkan cerita Tuk Aji, saya yakin Mia banyak duit, kenapa dia tak panggil orang jadi pengawal rumahnya. Apa dia tak takut hartabendanya kena rompak. Apa dia tak bimbang tentang keselamatan dirinya," sambil membetulkan duduk, Andi Kamarool bertanya.

"Dia tak memerlukan semuanya itu. Dia ada penjaga istimewa."

"Maksud Tuk Aji?" Saya segera bangun.

"Nanti kamu tahu juga dengan apa yang aku maksudkan." Haji Basilam menyuruh saya duduk. Cakapnya saya patuhi. Datuk tidak turutcampur dalam percakapan kami. Dia lebih banyak mendengar dan memerhati.

"Saya nak tanya Tuk Aji, tadi Tuk Aji kata semuanya Mia urus sendiri. Apakah menebas, menebang, membersihkan kawasan rumah diabuat sendiri?" Andi Kamarool rupa-rupanya kurang puas hati dengan penjelasan yang diberikan Haji Basilam sebentar tadi.

" Tidak, maksud aku urusan kewangan, membersihkan kawasan tanah ada pekerjanya. Mana Mia larat nak kerjakan tanah yang luas ni.Kebun cengkih ada pekerjanya, ladang getah ada orang menjaganya, begitu juga dengan ladang kopi."

"Pekerjanya tak tinggal di sini?" Soal saya.

"Tidak, mereka tingal di rumah sendiri, kira-kira dua tiga batu dari sini. Dia orang datang pagi, balik petang."

"Mia memang manusia misteri," rungut Andi Kamarool.

"Kerana itu aku singgah di sini. Aku mahu kamu berdua mengenali siapa Mia ini," sesungguhnya, kata-kata yang diucapkan oleh HajiBasilam penuh dengan tanda tanya dan rahsia.

SENYUM

Saya renung ke arah datuk. Dia tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia nampak bersahaja dan senyum, seolah-olah menyuruh HajiBasilam mengulangi kata-kata yang sudah diucapkan itu. Apakah sudah ada pakatan antara Haji Basilam dan datuk? Timbul persoalandalam hati. Andi Kamarool menarik nafas dalam-dalam dan saya terus dengan keresahan tanpa hujung.

"Maaf saya terlambat."

Mia muncul didepan kami menatang talam.

"Lambat pun tak apa. Ini pun kira dah cukup bertuah, ada orang nak bagi minum. dapatlah kami basah tekak," Andi Kamarool yangpendiam bertukar menjadi peramah bila berdepan dengan Mia. Dalam senyum yang menawan, Mia mengatur cawan atas meja. Duapiring sukan goreng turut diletakkan.

"Jemput," katanya

Tanpa membuang masa Andi Kamarool segera meneguk air kopi dan mencubit sukun goreng.

"Sedap," tutur Andi Kamarool.

Dan sepasang anak matanya menelanjangi wajah Mia yang manis. Mia yang menyedari irinya jadi perhatian Andi Kamarool jadi serbasalah.

Dia duduk di bangku antik paling kanan, tidak jauh dari Haji Basilam. Bangku yang diduduki Mia beralaskan kain kuning yang disulamdengan benang emas dalam bentuk seekor harimau.

"Semuanya ini tidak datang dari Jambi, Mia," Jawap Haji Basilam.

"Habis dari Pelembang atau Medan,"

"Seorang saja dari Jambi yang ini," Haji Basilam menuding jari telunjuknya ke arah Andi Kamarool, yang dua ni dari Tanah Melayu danyang muda ni cucu orang ni," sambung Haji Basilam sambil biji matanya merenung ke arah datuk. Saya tertunduk malu.

"Saya merasa bertuah dan beruntung menerima tetamu dari Tanah Melayu. Arwah orang tua saya selalu menyebut tentang abangnya

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

4 of 52 30/12/2010 11:36 AM

yang tua membawa diri ke Tanah Melayu," saya lihat kelopak bibir Mia yang merah cantik bergerak lembut ketika mengucapkankata-kata.

"Kenapa membawa diri ke Tanah Melayu?" Datuk bertanya.

"Kata arwah ayah saya, abangnya tu merasai didinya tidak diperlukan keluarga kerana sikap keras kepalanya. Dia merajuk dan membawadiri ke tempat bernama JEJAWI terletak antara Pahang dan Negeri Sembilan. Orang tua saya pernah ke sana dan memujuk abangnyabalik ke sini tetapi, abangnya yang keras hati tidak mudah di pujuk. Dia tak mahu memijak bumi Kerinci. Saya tak tahu, apakahketurunan paman saya tu masih ada disana," tambahnya dengan wajah yang serius. Dan pada saat itu juga saya terdengar suarangauman harimau. Dari arah mana datangnya tidak dapat saya pastikan.

BERDEBAR

Secara mendadak badan saya terasa lain macam. Bulu roma terus tegak dan hati berdebar. Saya renung muka datuk, Andi Kamarool danHaji Basilam. Mereka nampak tenang dan aman. Barangkali mereka tidak mendengar suara ngauman harimau tersebut. Situasi beginimerisaukan dan melemaskan perasaan saya.

Tetapi, dari gerak mata dan cara datuk duduk di bangku antik, saya dapat membuat andaian bahawa hati datuk tidak aman. Ada sesuatuyang tidak kena.

"Saya tercium bau harimau," datuk luahkan kata-kata dan cuba mahu bangun untuk meninjau ke luar rumah melalui jendela. Belumpunsempat datuk melakukan sesuatu, Haji Basilam menerkam ke arahnya. Ada sesuatu yang dibisikan oleh Haji Basilam kepada datuk.

"Saya faham," angguk datuk.

Haji Basilam meninggalkan datuk dan duduk di kerusi. Mia yang memerhatikan gelagat datuk dan Haji Basilam tersenyum.

"Maafkan pak cik Mia," datuk renung muka Mia.

"Tak apa, pak cik orang baru, belum tahu suasana di sini, kecuali ayah yang sudah masak dengan sekeliling," Mia renung ke arah HajiBasilam yang tersenyum senang. Saya hirup kopi untuk kesekian kalinya sambil menelan sukun goreng. Begitu juga dengan AndiKamarool.

"Begini Mia, kalau umur pak cik panjang, pak cik bersedia menolong mencari ayah saudara Mia tu. Dengan syarat beritahu dulu, bila Miamahu datang ke Tanah Melayu"

"Pak cik, tahu tempat itu?"

"Pak cik tak berapa tahu, daerah tu di sebelah selatan, kalau di sebelah utara dari Kuala Selangor membawa ke Kuala Perlis, pak ciktahulah sikit-sikit,"

"Kalau dia tak ada cucunya boleh tolong kamu. Boleh atau tidak kamu menolong Mia, Tamar?" Secara mendadk Haji Basilam ajukanpertanyaan. Saya yang terpinga-pinga terus anggukkan kepala, "boleh, boleh."

"Begitulah orang muda," puji Haji Basilam sambil menegakkan ibu jarinya ke arah saya.

"Ayah bermalam di sini,"

Haji Basilam terus meletakkan cawan kopi di tangan atas meja. Kesan air kopi di pinggir bibir segera di kesat dengan telapak tangan.

"Iya Mia,"

"Kerana ayah ada kawan, tak payah lah saya panggil Sabrun menemui ayah."

"Begitulah kira-kiranya Mia."

Ungkapan Haji Basilam kami (saya dan Andi Kamarool) sambut dengan ketawa. Mia hanya tersenyum. Aduhai! Senyumannya sungguhmendebarkan. Patutlah Andi Kamarool tertarik kepadanya. Tidak dinafikan, kecantikan Mia gadis Kerinci sungguh mempersonakan.

Mia pun mengangkat cawan dan piring ang sudah kosong. Sampai di ambang pintu (pemisah ruang tamu dapur dengan ruang tamu) diaberhenti mekangkah dan merenung ke arah saya dan Kamarool.

"Cantik, tapi aku bimbang Tamar," bibir Andi ke telinga saya.

"Bimbang apa, Andi."

"Siapa tahu dia keturunan manusia harimau. Tanda-tandanya sudah ada , berani tingga di tempat terpencil seorang diri."

"Jangan fikir yang bukan-bukan Andi," kata sya sambil merenung ke halaman rumah menerusi jendela. Andi juga berbuat demikian.Datuk dan Haji Basilam masih termenung di kerusi antik.

BIADAP

Bila saya dan Andi Kamarool merenung ke arah pintu dapur, Mia sudah tercegat di situ. Renungannya cukup tajam ke arah kami, macamada sesuatu yang dicurigai terhadap saya dan Kamarool. Kelopak bibirnya bergerak bagaikan berkata: Kamu berdua memperkatakanketurunan aku, biadap. Menumpang rumah orang, hormatlah tuan rumah. Saya dan Andi Kamarool jadi tidak tentu arah, macam orangterpegangkan besi panas. Serentak kami merenung keluar kembali.

"Waktu asar dah masuk, ayah nak sembahyang di sini atau di surau pekerja,"

"Ayah fikir di sini saja Mia."

"Kalau begitu masuk saja ke bilik sembahyang. Hati-hati sudahlah ayah, jangan ada yang celupar mulut."

Saya dan Andi Kamarool bertukar pandangan. Kata-kata yang diluahkan oleh Mia seolah-olah ditujukan untuk kami berdua. Mia punmasuk ke ruang dapur.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

5 of 52 30/12/2010 11:36 AM

Haji Basilam pun bergerak menuju ke bilik sebelah kanan dengan diikuti oleh datuk, saya dan Andi Kamarool.

Berada dalam bilik terasa selesa, ruang biliknya cukup luas dan bersih boleh menampung lebih dari lima belas orang para jemaah.

Terdapat sebuah rak buku yang penuh dengan kitab-kitab lama, disamping beberpa naskhah Quran yang ukuran dan bentuknyaberbeza-beza. Dari ukuran biasa, ukuran sedang hingga kepada bentuk dan ukuran paling kecil yang panjang kira-kira satu inci setengahdengan lebarnya satu inci. Jumlahnya lebih kurang lima naskhah, semuanya tergantung rapi. Lampu-lampu antik tergantung di dinding.

"Bilik wuduknya di mana?"

"Sebelah kiri awak, tolaklah pintu tu," Haji Basilam menjawap pertanyaan datuk. Dengan hati-hati, datuk tolak daun pintu dan terusmasuk.

Bila datuk keluar, Haji Basilam pula masuk. Sebaik saja Haji Basilam keluar, saya dan Andi masuk serentak. Bilik mengambil airsembahyang itu kecil saja, berukuran 15 x 10 kaki, lengkap dengan kolah bersimen kasar dan digosok ke telapak tangan atau kaki bagimenghilangkan kekotoran.

Air kolah cukup jernih dan sejuk. Air itu didatangkan dari sebuah anak bukit yang terletak tidak jauh dari rumah batu, melalui pancuranbuluh yang bersambung. Air dari pancuran terjun kedalam kolah menuju ke sebuah parit kecil yang bertemu dengan sebatang anaksungai.

(bersambung)...

CHAPTER LIST

SDBJ (JILID 13) SIRI 169 MENDENGAR SUARA GANJIL Dec 24, '109:57 PM

by adi for group komunitisbdj

Setelah menunaikan sembahyang asar, saya terus berlegar-legar dalam bilik surau. Datuk membaca al-Quran, Haji Basilam terus berwiridpanjang. Andi Kamarool baring terlentang di bucu surau, sepasang matanya merenung siling surau. Barangkali dia sedang pasangangan-angan tentang Mia agaknya.

Agaknya dia sedang membayangkan dirinya berjalan berdua-duaan dengan Mia di padang lapang. Mereka berkejar-kejaran, berjatuh-jatuhan di tanah lapang. Saling gelak ketawa. Biarlah Andi Kamarool dengan dunianya, bisik batin saya sambil mengeliat.

"Hummmmm……."

Saya menoleh ke arah Andi Kamarool yang mengeluh. Kedudukannya sudah berubah, kalau tadi dia menelentang kini dia meniarap pula.Datuk dan Haji Basilam masih seperti tadi.

Saya berubah tempat dari penjuru sebelah kanan, bergerak ke penjuru kiri. Dan pada saat itu sepasang mata saya tertumbuk ke arahbeberapa keping sejadah yang tersangkut di dinding. Sesungguhnya, saya tidak berminat dengan sejadah yang dilipat tiga segi sertaditindih dengan anak lesung batu. Terletak betul betul dibawah jendela yang daunnya tertutup rapat.

Kerana kedudukan nya terasing dari sejadah-sejadah yang lain dan ditindih dengan anak lesung batu pula, membuat saya tidaksabar-sabar untuk melihat rupa dan bentuk sejadah tersebut. Tanpa mahu membuang masa, anak lesung batu saya tolak, sejadah yangberlipat tiga terus ditarik dan dibentangkan atas lantai.

Bila sejadah terhampar di depan mata, saya terlihat potret harimau. Badan harimau berwarna kuning dengan belang-belang hitamberlatar belakangkan pepohon yang menghijau segar. Saya tatap potret muka harimau untuk beberapa saat dan saya rasa sepasangtelinga dan matanya bergerak. Dan pada saat itu juga, seluruh urat saraf terasa lemah, darah jadi gemuruh dan perasaan jadi gementar.

Saya renung ke arah datuk, Haji Basilam dan Andi Kamarool, semuanya tidak merenung ke arah saya. Cepat-cepat sejadah aneh itu sayalipat tiga kembali, lalu saya tindih dengan anak lesung batu. Tempat itu segera saya tinggalkan, bergerak perlahan-lahan ke arah AndiKamarool.

Buat beberapa saat, saya terpaksa duduk bersila di hujung kepala Andi Kamarool untuk menenangkan perasaan dan menghilangkandarah gemuruh yang berlari dalam urat saraf. Bila perasaan kembali normal, saya segera mendekati Haji Basilam yang secara kebetulansudah selesai wirid.

"Kenapa muka kamu nampak cemas Tamar?"

"Tak adalah, saya macam biasa."

"Kalau begitu, aku yang salah pandang," kata Haji Basilam sinis.

Debar hati di kala itu hanya Allah saja yang tahu. Haji Basilam bangkit dari duduknya.

Kerana merasa tidak selesa, Andi Kamarool terus duduk dan kemudian berdiri. Datuk menutup Quran dan meletakkan di atas rak. HajiBasilam melangkah ke tengah surau dengan diikuti oleh datuk. Mereka berhenti di situ.

"Sekarang kita pergi ke rumah lain, kita bermalam di situ," kata Haji Basilam kepada datuk.

"Ayuh, kita pergi sekarang," balas datuk sambil melemparkan pandangan ke arah saya dan Andi Kamarool.

Kami (saya, Andi Kamarool dan datuk) dibawa oleh Haji Basilam menuju ke sebuah rumah yang terletak di sebelah kanan rumah batubesar, jaraknya, dengan rumah batu besar, kira-kira sepelaung saja. Dengan tenang, Haji Basilam membuka pintu..

"Naiklah," katanya dari ambang pintu.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

6 of 52 30/12/2010 11:36 AM

Datuk pijak anak tangga dengan teliti dan akhirnya tubuh datuk hilang ditelan pintu rumah. Saya dengan Andi Kamarool salingberpandangan, siapakah yang harus naik dulu? Saya atau Andi Kamarool.

Lapang rasa dada, bila Andi Kamarool mendahului saya memijak anak tangga rumah. Saya mengekori dari belakang. Kalau ada bencana,pasti Andi Kamarool menerima risikonya terlebih dahulu dan saya masih ada kesempatan untuk mengelak atau cabut lari.

Berada dalam perut rumah tubuh terasa sejuk sekali. Haji Basilam tidak ambil peduli kehadhiran kami, dia asyik memberi penerangantentang rumah papan kepada datuk. Saya lihat datuk anggukkan kepala saja.

MEJA

Rumah papan tiga bilik itu mempunyai ruang tamu yang luas. Tersedia sebuah meja bundar (bulat) yang diperbuat dari papan jati, dikelilingi empat kerusi rotan. Di tengah bundar ada patung harimau sedang tidur dibuat dari tembikar.

Tidak jauh dari meja bundar, tersedia meja empat persegi yang dibuat dari kayu cengal beralaskan cermin tebal. Di bawah cermintersedia potret harimau dengan sepasang mata bersinar. Potret harimau itu nampak seperti hidup. Kerana emosi terganggu mendorongsaya bertindak, menarik kain tutup meja berwarna kuning di bawah meja bundar, lalu menutup potret harimau Sumatera itu.

"Eh tamar, jangan kamu kacau meja tu. Itu meja tulis bapa Mia, sebaiknya kamu beredar dari situ," teriak Haji Basilam. Gerak-geri sayadapat dikesannya.

"Saya tak tahu Tuk Aji."

"Aku lupa nak cakap tadi, dulu meja kaca tu di tempatkan di rumah batu, kemudian di pindahkan ke sini."

"Kenapa dipindahkan ke rumah kecil Tuk Aji?" Soal Andi Kamarool.

Saya lihat Haji Basilam mengigit bibir. Ia seperti keberatan mahu menjawap pertanyaan Andi Kamarool.

"Pelik juga, dari rumah batu dipindahkan ke rumah papan," kata saya. Dan kali ini saya lihat Haji Basilam melagakan gigi atas dengangigi bawah beberapa kali. Dia mundar-mandir di depan kami dan akhirnya berhenti di depan saya.

"Sebabnya," Haji Basilam tidak meneruskan kata-kata. Dia renung muka datuk buat beberapa saat. Bila datuk anggukkan kepala, HajiBasilam pun meneruskan percakapan yang tersangkut, " sebabnya, Mia selalu terlihat bentuk manusia yang menyerupai bapanyamembaca dan menulis di meja itu waktu tengah malam, terutama pada malam Jumaat dan Isnin, kadang-kadang dia nampak anakharimau bermain atas meja tu."

"Haaaa…" mulut saya terlopong.

Dengan serta merta bulu roma saya berdiri. Saya segera beredar dari tepi kaca empat segi.

"Bagus jangan dekat meja itu," puji Haji Basilam, dia melihat saya beredar disisi tanpa memperdulikan Andi Kamarool yang sedangberbual dengan datuk. Dari bibir jendela, saya menatap pepohon yang hijau damai di lereng bukit, hati terhibur melihat awan gemawanberarak lembut bersama kicau burung. Dedaun kelapa melintuk-lintuk disentuh bayu petang yang bertiup lembut.

Haji Basilam bergerak menuju ke arah datuk dan Andi Kamarool.

"Memang saya tak duga, abang Aji nak singgah dan bermalam di sini," suara datuk menerkam gegendang telinga saya.

‘Bukan apa-apa, aku cuma nak beri pengalaman baru kepada cucu kamu dan kawanya. Aku tak mahu mereka dengar cerita-cerita yangbukan-bukan, kemudian mereka percaya dengan cerita itu lalu dihebahkan kepada orang lain, sedangkan mereka sendiri tak tengok,"terang Haji Basilam.

"Maksud abang Aji?" Tanya datuk.

"Mereka berdua pernah bagitau aku yang mereka pernah dengar cerita-cerita pelik dan aneh di Kerinci ni, jadi aku mahu mereka tengoksendiri apakah cerita yang mereka dengar itu benar atau sekadar cerita saja."

"Saya faham sekarang, tapi…."

"Tapi apa?" Haji Basilam tentang biji mata datuk.

"Soalnya, beranikah budak berdua tu menghadapinya?"

"Kita tengok dulu, kalau dia orang boleh, kita biarkan. Kalau dia orang tak boleh kita suruh dia orang undur."

"Saya setuju," suara datuk riang benar. Ada senyum berlari di kelopak matanya.

BULAT

Bila dialog antara Haji Baslam dengan datuk tidak dapat ditangkap oleh gegendang telinga, saya segera menoleh ke arah mereka. Inginmengetahui kenapa mereka diam. Dan pada saat itu saya dapati Andi Kamarool sudah berubah tempat. Dia membelek-belek kitab lamadi bawah meja bulat. Andi Kamarool mencangkung di situ, macam anjing merenung tulang.

"Berapa lama agaknya kita di sini abang Aji?"

"Ikut keadaan," sahut Haji Basilam sambil menyuruh datuk masuk ke bilik tengah untuk berehat.

"Abang Aji bilik mana?"

"Aku di bilik dekat pintu masuk."

"Kalau begitu, budak-budak berdua di bilik sebelah kiri," datuk menoleh ke arah saya dan Andi Kamarool, sebelum dia merenung ke arahbilik yang terbuka sebelah.

Di sebelah kanan pintu (lebih tetapnya dinding sebelah luar) tersangkut sebilah sundang. Di hujung sundang tergantung pedang lamatanpa sarung. Mata pedang nampak berkarat. Melihat pintu bilik yang terbuka separuh, sundang dan pedang tanpa sarung membuat hati

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

7 of 52 30/12/2010 11:36 AM

saya berat sekali untuk menginap dibilik tersebut.

"Saya dengan Andi tidur dibilik itu, Tuk Aji," saya meluruskan jari telunjuk ke arah pintu bilik yang terbuka separuh. Pertanyaan sayatidak dijawap oleh Haji Basilam. Dia hanya tersenyum.

"Belum tentu kamu berdua boleh tidur di situ," jawapan dari Haji Basilam membuat jantung saya berdebar. Seribu persoalan menari-naridalam kotak minda saya.

"Habis kami tidur di mana?" Andi Kamarool minta kepastian.

"Aku mahu kamu berdua tidur di anjung rumah batu."

"Anjung rumah batu mana Tuk Aji," potong saya.

"Di anjung rumah batu Mia."

"Minta maaf," celah Andi Kamarool.

Haji Basilam ketawa, datuk mengelengkan kepala mendengar ungkapan yang diluahkan oleh Andi Kamarool.

"Jangan mudah mengalah sebelum mencuba, kamu berdua boleh tahu siapa Mia yang sebenar."

Saya dan Andi Kamarool kerutkan kening dan serentak kami merenung muka Haji Basilam dengan seribu persoalan. Ternyata reaksi kamitidak mengejutkan Haji Basilam, malah dia mempamirkan senyum sinis. Tanpa mahu mengikuti perkembangan selanjutnya, datuk terusmelangkah ke dalam kamar yang dikhaskan untuknya. Haji Basilam mengikuti datuk sehingga di ambang pintu bilik.

"Aku nak bawa budak-budak ni keluar."

"Silakan abang Aji," sahut datuk dari dalam kamar.

Kerana sudah tahu matlamatnya, saya dan Andi Kamarool keberatan memenuhi ajakan Haji Basilam itu. Walaupun dia sudah berada dimuka pintu.

"Mari, kenapa diam di situ," suara Haji Basilam lembut. Dan kami tidak berupaya membantah. Akur dengan kemahuannya.

Saya dan Andi Kamarool mengekori Haji Basilam menuju ke rumah batu besar. Lagi sekali kami terdampar di ruang tamu rumah batu.

Bila berdepan dengan Mia, keresahan di hati pun berakhir. Jauh di sudut hati, saya amat mengkagumi kecantikannya. Dia kelihatanlemah-lembut dan bersopan santun. Saya kira Andi Kamarool juga sependapat dengan saya.

"Si Andi dan Tamar nak melawat kawasan rumah kamu, Ma"

"Boleh ayah bawalah,"

"Begini Mia, kamu sendiri yang bawa mereka."

"Ayah nak ke mana ?"

"Aku nak berehat, lagipun mereka nak tidur di anjung rumah kamu," kata Haji Basilam sambil bangun. Tanpa mahu merenung ke arahsaya dan Andi Kamarool, Haji Basilam melangkah keluar dari ruang tamu.

Saya dan Andi Kamarool termangu kerana tidak menduga Haji Basilam membuat keputusan begitu drastik sekali. Sepasang biji mata Miasilih berganti menatap kami. Dia bagaikan tahu apa yang bergolak dalam lubuk hati saya dan Andi Kamarool.

"Cakap dengan jujur, kamu berdua pernah mendengar cerita yang pelik-pelik tentang aku," soal Mia.

Serentak kami gelengkan kepala.

"Ayah tak cerita apa-apa,"

"Tak ada, " jawap kami serentak.

GARU

Buat beberapa detik Mia mengaru-garu pangkal dagunya dengan jari kelingking. Kemudian dia menarik nafas kelegaan. Mia puas hatidengan penjelasan yang kami luahkan.

"Mari," Mia renung muka kami sekali lagi. Ia terus bangun dari kerusi dan melangkah ke pintu. Kami terus mengekorinya, sebaik sampaidi halaman, Mia tidak meneruskan langkah, Dia terus duduk dibangku panjang.

"Kenapa Mia? Kamu sangsi dengan kami," tanya saya.

"Tidak," dia terus bangun, " tapi aku…"

"Tapi apa Mia?" potong Andi Kamarool.

Mia senyum dengan sepasang mata yang cantik, bercahaya menampar wajah Andi Kamarool. Hati saya terus berdebar. Mia terlalu banyakberteka teki dalam hal ini, fikir saya dalam hati. Rasa meluat dan benci kepadanya mula bermain dalam diri.

"Terus terang saja dengan kami Mia," saya merayu.

"Kalau jumpa benda-benda ganjil jangan terkejut. Aku tahu ada pelbagai cerita tentang rumah ni, kerana kamu datang bersama ayah,aku yakin kamu ikhlas, aku harap kamu berdua dapat mencari perkara yang ganjil tu," tambah Mia.

"Kami faham Mia, cerita di luar kadang-kadang lebih hebat dari cerita sebenar. Memang adat manusia suka menambah cerita," AndiKamarool memberikan pendapat.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

8 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Barangkali cakap Andi betul,’ balas Mia bersama senyuman dan jelingan manja ke arah Andi Kamarool yang wajahnya mirip pelakunMustapha Kamal (semasa muda dulu). Jelingan dan senyuman segera dibalas oleh Andi Kamarool dan Mia nampak tergamam sedikit.Saya kira, antara mereka ada getaran rasa yang terpancar dari senyuman dan kerlingan.

"Mari kita mulakan,"

"Ayuh," jawap saya dan Andi Kamarool serentak.

Untuk melawat seluruh kawasan rumah batu lama itu, perjalanan di mulakan dari sebelah kiri halaman menuju ke kanan. Berjalan-jalandi kawasan rumah yang luas, di bawah sinar matahari petang yang memancar lembut memang menyeronokkan. Tetapi sebagai manusiasaya tetap berhati-hati.

"Mia duduk seorang di sini?" saya bertanya dlam usaha mengatasi rasa jemu berjalan.

"Iya saya tingal seorang. Kenapa Tamar tanya perkara macam tu?"

"Sengaja tanya, saya kira Mia seorang perempuan yang berani."

Mia terdiam, langkah yang rancak diperlahankannya. Kicau burung terus mengasak lubang telinga kami. Di udara kelihatan helang liarterbang rendah.

"Keluarga saya percaya, saya dikawal oleh nenek sendiri. Dalam bahasa di sini sebut Opung," penjelasan yang diungkapkan oleh Mia itumembuat kami bingung. Haji Basilam tidak pernah menyebut tentang nenek Mia. Saya renung ke kiri dan ke kanan dan ke arah rumahbatu, mudah-mudahan biji mata saya dapat mengesan rupa paras nenek Mia. Harapan saya tidak menjadi kenyataan.

"Tapi, sejak tadi kami tak nampak nenek Mia?" Andi Kamarool pula bertanya dalam nada suara yang membayangkan rasa cemas.

"Dia datang bila dipanggil."

"Kami ingin bertemu dengannya Mia," saya hulurkan permintaan.

"Datuk nenek tidak datang secara fizik."

"Kenapa begitu Mia?" Saya mula cemas.

"Datuk dan nenek saya sudah mati."

"Huhhhhh….," keluh saya, seluruh sendi kaki terasa lemah. Bagaikan tidak berdaya mahu melangkah. Mahu saya nyatakan pada Miasupaya membatalkan saja melawat kawasan rumahnya.

"Mia kita berhenti di sini."

Permintaan saya tidak dihampakan. Mia bersedia berhenti di bawah pokok besar dan duduk atas batang kayu tumbang yang terdapat disitu.

"Mia, kamu harus berterus terang dengan kami. Cerita kamu menimbulkan macam-macam sangkaan buruk di hati," begitu spontan AndiKamarool menyuarakan suara hatinya.Tanpa segan-segan dia terus duduk.

"Pada kamu berterus terang tetapi, kami tidak dapat menangkap maksud dari kata-kata kamu,Mia."

"Jadi, kamu mahu aku bercerita cara terang-terangan Andi?"

"Iya, sudah mestinya begitu."

Semua keluarga percaya, datuk nenek kami keturunan manusia harimau. Bapak saya, emak saya, adik beradik dan saya memangmanusia keturunan harimau. Apa kamu berdua sudah puas dengan penjelasan ini, mari aku tunjukkan buktinya."

Sebelum menyahut pelawannya itu, saya dan Andi Kamarool didakap keresahan. Saya melangkah ke kiri dan ke kanan di hujung batangkayu. Andi Kamarool, sekejap duduk, sekejap bangun. Mia tetap tenang.

"Macam mana! Setuju ikut aku?"

Mia minta kepastian. Kami masih belum dapat memberikan jawapan pasti.

"Sekarang macam mana, kamu berdua setuju atau tidak ?" Ulang Mia.

"Setuju," sahut saya.

Andi Kamarool terkejut dengan tindakan saya itu.

"Kalau dah setuju mari ikut saya."

"Ke mana Mia?" Andi Kamarool mula ragu-ragu.

"Berpatah balik ke rumah batu."

"Jum……." Saya memberi keputusan muktamad.

Kami terus mengikuti Mia. Anehnya, dia membawa ke bahagian belakang rumah dan kami di suruh masuk ikut pintu dapur, bukannyaikut pintu hadapan.

Ini membuat perasaan saya semakin cemas. Ruang dapur yang luas, bersih dan teratur saya renung setiap sudut. Pinggan mangkuk,cawan dan piring dari luar negeri tersusun rapi dalam rak. Saya dan Andi Kamarool mengambil sikap membisu.

SUDUT

Mia membawa kami ke sebuah bilik di sudut ruang dapur. Dengan perlahan-lahan dia menolak daun pintu. Memang, Mia tidak berusaha

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

9 of 52 30/12/2010 11:36 AM

untuk msuk ke kamar tersebut. Malah dia mengingatkan saya dan Andi Kamarool supaya jangan menyentuh papan atau pintu kamar.

Dalam kamar yang agak luas itu tersedia sebuah katil besi, tilam yang ditutup dengan kain cadar berwarna putih. Ada percikan darahyang sudah kering pada cadar tersebut.

"Nampaknya, bilik ini tidak digunakan."

"Memang betul cakap kamu Tamar," Mia renung biji mata saya.

"Dulu, siapa yang tinggal di sini Mia?" Andi Kamarool pula bertanya.

"Ini bilik nenek. Sejak dia mati, bilik ini terus kosong, tak ada siapa yang mahu dudk di situ, orang tua saya dan abang sendiri tak sukamelihatnya, kecuali saya sekali-sekala datang menjenguk dari luar. Saya tak berani masuk."

Penjelasan dari Mia membuat saya dan Andi Kamarool undur dua tiga tapak ke belakang. Tidak mahu mendekati dinding atau pintu bilik.

"Kesan darah di cadar tu, darah siapa Mia?"

Akibat pertanyaan yang saya ajukan, Mia menarik nafas dalam-dalam. Ada keresahan dalam hati terpamir di wajahnya. Dia sepertikurang senang dengan tindak tanduk saya yang banyak bertanya.

Buat beberapa ketika, Mia menundukkan kepalanya merenung lantai simen dapur. Dia seperti bertafakur seolah-olah mengasingkandirinya dengan kami dan dunia luar. Saya dan Andi Kamarool segera mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan yangbakal terjadi. Manalah tahu, dengan tiba-tiba Mia menjelma menjadi harimau betina lalu membaham kami.

Sudah lima minit masa berlalu, keadaan Mia tetap seperti tadi. Situasi begini membuat degup jantung saya dan Andi Kamaroolbertambah hebat. Keadaan ruang bertambah suram kerana matahari sudah pun jatuh di kaki langit. Bebunga senja mula menguasaikawasan sekitar rumah.

"Mia, kalau semuanya ini menyusahkan kamu, aku minta maaf," sebaik saya menamatkan kata-kata itu, Mia segera menegakkankepalanya. Dia merenung saya dan Andi Kamarool dengan renungan yang tajam tetapi, tidak membayangkan rasa dendam.

"Saya faham Tamar, tak ada apa yang saya mahu rahsiakan dari kamu berdua," tiba-tiba Mia bersuara membunuh keraguan hati kami.

"Cadar putih atas katil tu, cadar kepunyaan nenek di saat-saat kematiannya, kedudukan cadar itu tidak diusik. Sebelum mati, nenekmengalami luka-luka di tubuh. Darah yang keluar tidak berhenti-henti, sebahagian dari darah tu terkena kain cadar," sambung Mia.

"Kasihan dia," keluh Andi Kamarool.

Mia tersenyum dan menerangkan, semasa peristiwa itu berlaku di depan matanya. Ketika itu dia baru berusia tujuh tahun. Nenek jugamemberitahu keluarga, agar mayatnya tidak dikebumikan di tanah perkuburan umum.

"Saya masih ingat kata nenek kepada orang tua lelaki saya, begini katanya. Tanam saja mayat aku di kawasan rumah kita," lanjut Miadengan wajah yang serius.

Saya segera terfikir, aneh juga dalam dunia yang serba maju ini, masih ada orang yang mahu mayatnya dikebumikan di kawasanperumahan. Tetapi menurut Mia, tak seorang pun antara keturunan manusia harimau itu yang berani membantah hasrat neneknya itu.

"Antara nenek dan datuk , siapa dulu yang meninggal dunia Mia," tanya Andi Kamarool.

"Menurut cerita orang tua saya, ayahnya mati jatuh ke dalam gaung di sebuah gunung. Mayatnya terus hilang, tidak dapat dikesan. Sejakkematian nenek, kami sekeluarga sering terdengar suara orang bercakap dalam bilik ni. Semua keturunan kami membuat kesimpulan,suara itu adalah suara nenek dan suaminya,’ begitulah Mia mengesahkan tentang sejarah kamar yang terdapat di sudut ruang dapur.Sekali pandang keadaan kamar itu amat menyeramkan.

(bersambung)...

CHAPTER LIST

SDBJ (JILID 13) SIRI 170 DI BILIK MISTERI Dec 24, '10 10:00 PM

by adi for group komunitisbdj

Sebagai manusia, rasa cemas dan takut tetap berombak dalam dada saya. Tidak keterlaluan, kalau semua benda yang berada di situmenjadi perhatian mata. Hati kecil yang nakal selalu membuat kesimpulan sendiri tentang apa yang ada di situ. Semoga tidak adaperkara menakutkan muncul di depan mata kami. Itu doa saya.

"Masuk,’ kata Mia.

Kami pun masuk ke bilik misteri

"Semuanya seperti keadaan asal," untuk kesekian kali Mia mengulanginya. Andi Kamarool dan saya hanya anggukkan kepala sambilbergerak mengikuti langkah Mia

"Sampai berapa lama, semua benda yang ada di sini dibiarkan begini," tanya Andi Kamarool.

"Aku sendiri tak tahu. Pertanyaan tu sebaiknya ditanyakan kepada abang aku,"

"Maksud kamu Mia?"

"Kerana dia yang menyuruh aku menjaga dan memelihara semua benda-benda dalam bilik ni. Sebenarnya, aku tidak minat denganperkara-perkara begini. Malangnya aku tidak dapat menolaknya aku terpaksa lagipun semua tidak menyusahkan malah menguntungkandiri aku."

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

10 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Kami faham Mia," tingkah Andi Kamarool.

"Tiga tahun atau empat tahun sekali abang aku datang ke bilik ni. Dia ada urusan yang aku sendiri tak tahu. Apa yang pasti, semuapeninggalan nenek dan datuk menjadi miliknya kerana dia orang lelaki."

Macam tadi juga saya dan Andi Kamarool terus anggukkan kepala. Tidak berhasrat untuk mengajukan pertanyaan kepada Mia. Semuanyasudah jelas.

Kerana keadaan bilik menjadi agak gelap, Mia pun segera memetik suis lampu di tepi dinding. Seluruh bilik misteri terang benderang.Kini segala-galanya dapat dilihat dengan jelas. Walaupun begitu, Mia tidak dapat menyembunyikan perasaan cemas. Dia melangkahdengan hati-hati. Sedaya upaya mengelakkan kaki atau tangan menyentuh sesuatu di lantai bilik.

Dan Mia seperti mendapat satu pertanda, bial secara tidak sengaja dia tersepakkan sesuatu di lantai. Kalau tadi dia nampak cemas dantakut-takut tetapi kali ini dia kelihatan lebih berani dan bersemangat.

"Tamar, Andi tengoklah sepuas hati."

Kami segera berlegar-legar dalam kamar misteri. Sebaik saja kami mendekati katil besi, lampu letrik padam dengan sendiri. Mia segeramelompat keluar dan terus memetik suis lampu di bahagian ruang dapur. Lampu disitu menyala. Mia kembali ke kamar misteri dan cubamenyalakan lampu, ternyata usahanya gagal.

Mia cuba mencari lilin, tetapi kami menghalangnya. Pergelangan tangan kiri dan tangan kanannya kami pegang. Kami tidak mahu Miameninggalkan kami lagi. Sama ada suka atau tidak, Mia terpaksa berdiri bersama dalam bilik tersebut. Walaupun lampu di ruang dapurmenyala , tetapi cahayanya tidak dapat menerangi atau sampai ke dalam bilik.

Dalam keadaan yang serba gawat itu terdengar suara orang perempuan merintih. Mia terpegun dan memberitahu kami, bahawa suara itutidak lain tidak bukan, adalah suara nenek nya sendiri. Lagi sekali saya dan Andi Kamarool diserang rasa gementar. Bulu roma saya mulaberdiri dan secara tidak semena-mena lampu di ruang dapur turut padam. Senja yang mula bermaharaja di luar menambahkanlagikegelapan dalam kamar.

"Siapa kamu ?"

Entah dari mana suara itu datang. Kasar dan keras sekali. Saya pasti itu bukan seorang perempuan tetapi, suara seorang lelaki ang sayakira bertubuh besar dan tinggi. Ini berpandukan dari gaya dan tekanan suara yang diluahkannya. Tiada jawapan dari saya dan AndiKamarool.

"Terangkan, siapa kamu?" Ulang suara itu, bertambah keras dan garang.

"Saya dari keturunan Anak Kuntar."

Terdengar suara Andi Kamarool menjawap pertanyaan. Saya bertambah gementar, saya tak mahu menyebut asal keturunan saya kepadaorang yang tidak saya kenali.

GELAP

Suasana terasa sepi dan menyeramkan, dalam gelap itu saya terasa seperti ada sesuatu yang bergerak di sisi saya. Tiada pertanyaanyang dikemukakan oleh suara tersebut. Cuma yang terdengar adalah suara seperti orang mengeluh.

Mia terus memegang pergelangan tangan saya dengan kuat. Sesungguhnya, pada saat itu, tidak ada rasa ghairah dan terpikat kepadaMia, mekipun bahu kamu sering bersentuhan dan rambutnya yang panjang berbau wangi menyentuh cuping telinga.

Dan adakalanya secara tidak sengaja pipi kami berlaga dalam gelap. Semuanya tidak membangkitkanrasa berahi. Saya memegang danmemaut lengannya semata-mata kerana mau menghilang rasa takut.

"Iya, sekarang aku dah kenal kamu," cara mengejut suara itu bergema kembali," ayah kamu pewaris dari Rajo Kaya?"

"Iya, memang tepat tuk," jawap Andi Kamarool/.

"Kawan kamu yang satu datang dari tanah seberang."

"Iya tuk dari negeri bernama Perak."

"Aku tahu dia tidak merbahaya aku tahu asal keturunannya."

Saya terus membatu, badan saya menggeletar sendiri.

Suasana dalam kamar itu terasa cukup menggerunkan. Adabunyi orang berjalan dan sekali terasa kedua belah bahu saya di tepuk daribelakang. Di dinding ada dua cahaya memancar seperti cahaya lampu picit. Saya kira, itu adalah sepasang mata harimau jelmaan.

Akibat kemunculan dua cahaya di tepi dinding, suhu badan Mia segera bertukar dari normal menjadi panas, saya berusaha memisahkantelapak tangan yang mencengkam pergelangan Mia.

Ternyata usaha saya itu tidak berjaya, tangan saya terus melekat bagaikan diikat. Saya terpaksa menahan rasa panas yang amat sangat.

"Apakah tuk dan nenek marah kerana saya dan kawan datang ke sini?" Andi Kamarool terus bertanya.

"Tidak, tidak cucu Rajo Kaya, aku gembira kerana kamu mahu bersahabat dengan cucu aku si Mia."

Setiap patah kata yang diungkapkan oleh suara misteri kepada Andi Kamarool, saya ikuti dengan teliti. Dengan demikian saya dapatmembina keyakinan dan kekuatan dalam diri sendiri. Secara tidak langsung rasa takut dan cemas tersingkir dari lubuk hati.

Bila rasa takut tidak dapat menguasai diri, suhu panas di badan Mia kembali normal. Rasa panas di telapak tangannya terus hilang. Anehsungguh, cahaya di dinding, rasa takut, bagaikan mempunyai hubungkait dengan diri Mia, gadis misteri.

"Tuk dan nenek, kenal rapat dengan Rajo Kaya."

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

11 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Secara tentang muka kami tak pernah kenal, secara batin, aku sekarang mengenalinya. Rajo Kaya juga ada menyimpan harimau yangkemudiannya diserahkan kepada ayah kamu. Apa tujuan kamu datang ke mari."

"Tak ada membawa maksud apa-apa, sekadar untuk menziarahi saja, tuk," dengan nada suara penuh keyakinan Andi Kamaroolmenjawap pertanyaan dari suara ghaib.

SEPI

Suasana kembali sepi. Saya berdoa dan mengharap tidak ada lagi dialog antara Andi Kamarool dengan menausia ghaib itu. Saya sudahlemas dan jemu berhadapan dengan keadaan begini. Kalau boleh saya mahu segera keluar dari kamar yang penuh misteri ini.

"Aku senang kamu dan kawan kamu datang menziarahi kami. Aku harap perkenalan kamu dengan cucu kami akan berlanjutan," suarayang bertanya sudah bertukar kepada suara orang perempuan, lembut dan bersopan santun. Barangkali itu suara nenek Mia. Dari nadasuara yang terucap menandakan bahawa dia (dan mungkin suaminya) menyenangi kedatangan kami.

"Sekarang kamu berdua sudah tahu yang Kutar itu anak lelaki Dubalang Api, menantu kesayangan Rajo Kaya.

Keturuan kamu keturunan orang yang hebat-hebat belaka, lebih handal dari kami, jangan sia-siakan peninggalan nenek moyang kamu.Mahu aku terangkan pada kamu yang bapa kamu isterinya seorang saja,"

Saya tidak tahu apa reaksi Andi Kamarool mendengar kara-kata itu. Saya tidak melihat wajahnya (Andi Kamarool) dalam gelap. Sayaramas tangan Mia dalam rasa aneh yang memanjang. Manusia harimau dalam alam ghaib itu, dapat mengetahui segala-galanya tentangasal keturunan Andi Kamarool. Walaupun semasa hayatnya dulu, manusia harimau tidak mengenali keluarga atau keturunan AndiKamarool.

Memang saya harapkan suara ghaib itu tidak menyorot asal keturunan datuk saya, Tetapi, kalau hal itu dilakukannya pasti saya tidakdapat berbuat apa-apa. Hati kecil saya terus berdoa agar perkara sedemikian tidak akan terjadi.

"Benar nenek, isteri bapa seorang saja sampai mati," Andi Kamarool bersuara dengan bangga.

"Kamu belum berkahwin lagi?"

"Ia nenek, saya sedang mencari."

"Kalau sudah mendapat jodoh, kamu harus setia dan menjaga kesejatiannya. Aku tahu kamu mampu mengumpul wanita sebanyak manayang kamu inginkan. Kamu mampu menundukkan wanita, jika kamu mahu," suara dalam gelap terus bergema.

"Saya faham nek."

"Andi," sambung suara ghaib itu kembali, aku harap kamu tidak melakukannya, kerana itu bukan caranya mempertahankan kesejatian.Takdirnya, pada suatu hari nanti, kamu akan menurunkan warisan mu kepada cucu leleki kamu. Apa jadinya, kalau semua yang mahukamu perturunkan sudah hancur musnah, semuanya kerana kamu tidak pandai menjgaganya."

Saya terdengar Andi Kamarool mengeluh kecil. Dan Mia menyatakan resah. Dia mengerakkan bahunya sehingga berlaga dengan bahusaya. Bunyi nafasnya jelas kedengaran.

"Kerana itu, jangan sekali-kali kamu turutkan keinginan dan hasrat kebinatangan dalam diri manusia. Tidak ada faedahnya, selain adrikehancuran. Cubalah kamu fikirkan Andi, Dubalang Api dan Rajo Kaya sebagai pemangku keturunan tetap beristeri satu," bergema lagisuara nenek Mia.

Macam tadi juga, Andi terpaksa mengambil masa untuk menjawap hujah diluahkan oleh suara ghaib itu.

"Tapi adik dan abang ayah berkahwin lebih dari satu?" tanya Andi Kamarool.

"Itulah sebabnya mereka tidak boleh memangku warisan keturunan. Mereka tidak memperolehi hak untuk memelihara harimauketurunan. Jika kamu ada kesulitan, datang menemui aku. Sayang……." Suara ghaib itu terputus dan digantikan dengan keluhan yangmemanjang. Saya terdengar Andi Kamarool terbatuk.

Hati kecil saya terus didatangi doa, semoga Andi Kamarool tidak melanjutkan pertanyaan. Sesungguhnya saya sudah lemas dan bosanberada dalam kamar yang gelap ini.

"Apa yang sayang tu nek, " Andi Kamarool membunuh harapan yang berbunga dalam hati. Bunti tarikan dan luahan nafas cukup jelaskedengaran.

"Sayangnya kamu tidak mahu memelihara harimau yang ditinggalkan untuk kamu, Andi."

"Sebenarnya bukan apa-apa, saya kira memelihara harimau ghaib dalam dunia serba maju, bukanlah sesuatu yang baik. Lagi pun sayatidak berminat."

"Aku tak dapat buat apa-apa. Itu kemahuan kamu, kesian harimau warisan menjadi kurus kering, merayau-rayau mencari tuan,sedangkan orang yang berhak, tidak mahu memeliharanya. Kamu harus memikirkan masalah ini, Andi."

"Saya tidak mahu memikirkannya, saya tidak mahu membawa masalah pada diri saya dan keturunan saya nek."

"Tidak teruk memeliharanya, makanannya hanya tujuh biji bertih, sebulan sekali kami harus melayani di bawah sinaran bulan."

"Keputusan saya muktamad nek, saya tidak memerlukannya. Sekarang bukan zamannya," begitu bertenaga Andi Kamarool mengucapkankata-kata.

"Apa boleh buat, keadaan memaksa waris keturunan harimau jadian lenyap begitu sahaja. Keturunan yang kemudian tidak mahumempertahankannya, inilah nasib malang kami," nada suara nenek (ghaib) lemah, membayangkan rasa putus asa dan kecewa yangamat sangat.

MENYALA

Seterusnya, suasana dalam kamar terasa hening sekali. Dan tiba-tiba lampu bilik menyala sendiri. Buat beberapa detik, kami

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

12 of 52 30/12/2010 11:36 AM

berpendadangan sama sendiri. Kemudian saya dan Andi Kamarool merenung ke arah katil besi (Mia merenung ke ruang dapur). Tidakada apa pun berubah. Cadar putih tetap seperti tadi, begitu juga dengan dua biji bantal tanpa sarung. Semuanya seperti tadi.

"Kamu berdua dah dengar dan lihat."

Mia tatap wajah kami. Saya anggukan kepala begitu juga dengan Andi Kaamrool. Tetapi, hati kecil saya terus bertanya. Benarkah suarayang saya dengar itu suara nenek Mia. Mungkin suara orang lain yang menyamar.

Semasa otak saya berputar ligat memikirkan perkara tersebut, terasa seperti kuku harimau mencengkam batang tengkuk saya daribelakang. Saya rasa gentar dan secara tidak langsung apa yang bermain dalam hati kecil saya (tentang suara nenek Mia) turut terhakis.Bila saya tidak memikirkan tentang perkara tersebut, kuku harimau yang mencengkam batang leher turut hilang.

Saya tidak tahu bagaimana perkara tersebut boleh terjadi. Bagaikan ada kaitan antara suara hati dengan kuku harimau yangmencengkam batang leher saya. Apakah makhluk yang menghuni kamar aneh ini sudah menguasai hati nurani saya.

"Bagaimana kalau aku bawa kamu berdua ke tempat lain," lanjut Mia dengan sinar mata yang bercahaya. Dengan serta merta sayamemalingkan muka ke arah Andi Kamarool. Secepat kilat Andi Kamarool mengenyitkan mata, menyuruh saya mengajukan pertanyaan.

"Mia nak bawa kami ke mana?"

"Ikut saja," kerana saya bertanya, kata-kata itu di tujukan kepada saya. Andi Kamarool hanya tersengih kemudian melangkah keluar daribilik misteri itu.

Kami bertiga (Mia, saya dan Andi Kamarool) melintasi ruang dapur yangterang benderang, menuju ke halaman (bahagian belakangrumah) yang sudah dikuasai oleh warna senja yang samar dan kelabu.

"Kemana kamu nak bawa kami Mia?" Tanya saya.

"Ke kubur nenek aku."

‘Haaaaa….," Andi Kamarool seperti terkejut, " kamu mahu bergurau dengan kami Mia."

""Tidak, aku serius ni, Andi."

"Aku tak mahu ke kawasan kubur waktu senja begini, kalau kamu semua nak pergi teruskan. Biar aku balik ke rumah papan," sayamelahirkan protes dan memberhentikan langkah.

Tindakan mengejut yang saya buat menimbulkan rasa serba salah kepada Mia dan Andi Kamarool. Mereka juga berhenti melangkah lalumendekati saya.

"Kenapa Tamar?" Tanya Mia lembut.

"Kamu gila, nak pergi ke tanah kubur waktu senja. Nanti banyak bencana yang kami terima."

Mia menhela nafas, sesekali dia mengaru cuping telinga sebelah kiri. Dia jadi resah dengan tindakan yang saya buat.

"Bukan di kawasan tanah perkuburan, Tamar."

Kata-kata yang diluahkan oleh Mia membuat saya membeliakkan sepasang biji mata. Kalau bukan di tanah perkuburan, di mana pulaneneknya di kebumikan?

"Habis, nenek kamu dikebumikan di mana Mia?’

Saya lihat Mia tersenyum. Barangkali pertanyaan yang saya ajukan itu seolah-olah memberi harapan yang saya bersedia mengikutcakapnya.

"Di kawasan rumah ni, tak jauh dari sini. Di bawah pokok, buluh kuning di bucu kanan kawasan rumah, Mia meluruskan telunjuk kepadarumpun buluh kuning yang tumbuh merimbun di sudut kanan halaman rumah.

"Mari."

Mia menyambar pergelangan tangan kanan, menarik saya menuju ke arah rumpun buluh kuning. Saya tetap enggan pergi dan terusberdiri kaku. Andi Kamarool segera mendekati saya.

"Ikut saja Tamar," itu yang dibisikkan oleh Andi Kamarool ke telinga saya.

"Aku takut kalau terjadi perkara yang buruk, Andi."

"Tamar, bukan niat hati mahu menjahanamkan kamu berdua. Saya mahu menunjukkan perkara yang saya tahu. Tapi, kalau kamu berduatak mahu, saya tak kisah," kata Mia, air mukanya menggambarkan rasa hampa dan kecewa yang amat sangat.

WAJAR

Saya tergamam, diluar dugaan Mia berindak begitu. Mungkin perasaannya tersentuh dengan tindak tanduk saya perlihatkan. Dansememang tidak wajar saya bersikap demikian. Saya harus menhormatinya.

"Ok, kita pergi sekarang,Mia. "

Mia tersenyum riang, Andi Kamarool terus menyambar jari-jemari tangan kiri saya dan terus diramas penuh mesra.

"Terima kasih Tamar."

"Aku harap keputusan yang aku buat ni mengembirakan hati kamu dan Mia."

"Iya, sduah semestinya," sahut Mia.

Tanpa banyak cakap, saya dan Andi Kamarool mengikuti Mia ke rumpun buluh kuning. Makin hampir dengan kawasan buluh kuning,

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

13 of 52 30/12/2010 11:36 AM

makin terasa cemas. Macam ada sepasang mata yang mengawasi gerak-geri saya dan Andi Kamarool. Keadaan hari yang semakin samarmembuat suasana terasa seram sekali. Mia memepercepatkan langkahnya dan saya semakin resah, cuping telinga kiri dan kanan sayaseperti disentuh benda bulat yang berbulu.

Sukar untuk meneka rupa bentuknya dengan tepat kerana benda itu tidak dapat di lihat. Saya hanya dapat mengagaknya saja yangbenda itu bulat dan berbulu. Walau apa pun, gangguan benda tersebut membuat saya rasa tidak selesa. Saya tidakpasti, apakah AndiKamarool mengalaminya?

"Melangkah perlahan, jangan bercakap dan bersihkan hati dari takbur. Kalau terlihat benda ganjil diam," Mia mengeluarkan arahan.Langkah saya dan Andi Kamarool terhenti. Kami menanti arahan selanjutnya dari Mia.

"Sekarang bergerak dengan mendahulukan kaki kanan. Renung terus ke depan, jangan toleh kanan."

"Baik Mia," jawap kami serentak.

Dua tiga detik berikutnya, Mia melangkah enam tujuh tapak kedepan mendahului kami sambil mengangkat tangan kiri melepasi kepala,memberi isyarat supaya ami berdua mengikutnya. Kami tetap patuh dengan arahannya itu.

Lebih kurang antara 10 hingga 15 langkah kami melangkah, kami disuruh berhenti di hadapan timbunan batu-batu sungai dan gunung.Ada yang berbentuk bujur, bulat dan nipis. Dalam cuaca ang bertambah kelam itu, saya masih dapat melihat bebatu tersebut. Ada yangwarna kelabu, hitam, warna tanah liat dan ada juga berwarna putih bersih.

"Timbunan batu apa ni Mia?" Tanya saya.

"Inilah dia."

"Maksud kamu Mia. Ini kubur nenek kamu," serentak saya dan Andi Kamarool bersuara.

"Iya, inilah kuburnya."

"Ditanam dalam kawasan rumah, ditimbus dengan batu-batu gunung dan sungai. Aneh sungguh."

"Iya, seperti yang dihajatinya, kenapa kamu bertanya perkara yang sudah tahu," dari tekanan nada suaranya, ada semacam keresahandalam diri Mia. Dia seolah-olah kurang puas hati dengan saya yang kerap bertanya dan kerap pula memberi komentar.

"Maafkan dia Mia," Andi Kamarool bersuara.

Mia segera anggukkan kepala sambil melahirkan senyum. Itu tandanya dia sudah memaafkan saya. Tentu saya amat gembira sekalidengan tindakannya itu. Saya pun menarik nafas lega.

SENJA

Di bawah kamar senja yang kian memberat itu, saya mengambil kesempatan menjeling ke kiri dan ke kanan. Aneh setiap kali melakukanperbuatan itu perasaan saya jadi tidak tentu arah. Darah gemuruh menguasai urat-saraf, kepala terasa pening, pandangan jadi berpinar-pinar.

Dua tiga kali saya seakan-akan melihat harimau melompat-lompat, duduk mencangkung di tepi longgokkan batu sambil memain-mainkan ekornya. Bila direnng dengan tetap ke arah tempat tersebut, bayang-bayang harimau itu memang tidak wujud sama sekali,kecuali longgokan batu.

Semuanya ini membuat saya resah. Dan saya mula mengerti kenapa Mia melarang saya dan Andi Kamarolol merenung ke kiri dan kekanan. Tegahannya bukan kosong tetapi berasas.

"Tamar," kata Adi Kamarool dalam nada suara yang perlahan sekali. Saya renung mukanya.

"Ada apa Andi?"

"Hadiahkan fatihah untuk roh si mati."

Saya anggukkan kepala. Dan kami segera duduk atas ketulan batu yang agak terpisah dengan longgokan batu atas kubur. Mia masihberdiri, sepasang matanya merenung ke arah rumpun bambu kuning, macam ada sesuatu yang diintainya di situ. Kami memutuskantidak mahu menganggu Mia. Biarlah dia dengan caranya.

Dengan penuh ketenangan dan khusyuk, saya dan Andi Kamarool melafadzkan doa yang diakhiri dengan Al-Fatihah untuk roh si mati.Semoga diampuni oleh Allah segala dosanya dan rohnya di tempatkan di kalangan roh insan yang soleh.

"Kubur Rajo Kaya dan Dubalang Api macam ini juga, agaknya keturunan manusia harimau mesti ditindih dengan batu sungai ataugunung," itu yang dibisikkan oleh Andi Kamarool ke telinga saya.

Kerana tidak pernah melihat bentuk kubur manusia yang dikatakan oleh Andi Kamarool, saya tidak dapat memberikan sebarang komenkecuali tersenyum lebar. Barangkali, Andi Kamarool faham dan mengerti kerana itu dia tidak melanjutkan cerita tenang dua pusaratersebut. Dengan perlahan-lahan Andi Kamarool bangun dan saya menyusul beberapa saat kemudian.

(bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 13) Siri 171 MIA, GADIS HARIMAU Dec 24, '10 10:11 PM

by adi for group komunitisbdj

Tanpa membuang masa, secara perlahan-lahan saya dan Andi Kamarool bergerak ke arah Mia. Di saat kami mendekatinya, Mia berusahamenjauhkan diri. Dia seolah-olah memberitahu, agar dirinya jangan diganggu.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

14 of 52 30/12/2010 11:36 AM

Tindakkan Mia sungguh mengejutkan . Bahu kiri Andi Kamarool segera saya singgung.

"Hati-hati saja Tamar, " bisik Andi Kamarool.

Saya anggukkan kepala.

Tanpa ambil kisah atas kehadiran kami, Mia terus melangkah ke bahagian kepala kubur. Kami bertukar pandangan, tidak tahu apa yangharus dilakukan .

Dalam cuaca samar yang kian memberat itu, kelihatan dedaun buluh yang tua berguguran, meskipun pada saat itu angin tidak bertiup.Dedaun buluh yang gugur terus tersadai atas batu kuburan.

"Bagaimana Andi?" Tanya saya perlahan.

"Berdiri di sini, kita tengok apa yang dibuatnya."

"Baiklah, " jawap saya lemah

Mia terus melangkah ke bahagian kepala kubur. Berdiri di situ sambil memeluk tubuh. Beberapa minit kemudian, dia terus melututsambil menundukkan kepala. Saya jadi resah, bila melihat sepasang bibir Mia bergerak pantas. Dia seolah-olah berdialog denganlonggokkan batu yang kaku.

Kalau tadi, saya melihat dedaun buluh yang tua gugur, kini saya menyaksikan pula dedaun buluh yang muda dan segar berjatuhan,Pepohon buluh bagakan digoncang leh sesuatu. Saya kira makhluk yang mengoncang perdu buluh itu, mestilah makhluk yang luar biasabesarnya dengan kekuatan yang tidak dapat diramalkan.

"Andi, kita dalam bahaya," dalam resah saya berbisik lagi.

"Bertenang Tamar, kita tengok sampai habis apa yang dibuatnya."

"Aku bimbang Andi."

"Usah bimbang, bertenanglah Tamar."

Saya kembali menumpukan perhatian kepada Mia. Dan saya lihat Mia yang melutut memanfaatkan jari telunjuk kanannya, menjolok-joloktanah melalui celah-celah batu gunung dang sungai yang berlonggokkan.

Saya kembali menumpukan perhatian kepada Mia. Dan saya lihat Mia yang melutut memanfaatkan jari telunjuk kanannya, menjolok-joloktanah melalui celah-celah batu gunung dan sungai yang berlongokkan.

Kemudian, kedua belah tangannya digengam (penumbuk) danlonggokkan batu di depan ditumbuknya bertubi-tubi. Mia sudah kesurupan(tidak sedarkan diri) rambutnya yang panjang mula mengerbang, menutup seluruh wajah dan sebahagian dadanya.

Di saat perhatian saya dan Andi Kamrool tertumpu kepada Mia,terdengar desiran angin yang cukup kuat. Dedaun buluh yang tersadaiatas batu kubur terus berterbangan. Suara burung gagak, burung hantu dan suara kucing hutan mula kedengaran, saling bersahut-sahutan. Mia masih macam tadi, terus menumbuk batu kuburan. Tiupan angin yang kuat membuat saya dan Andi Kamarool hampirjatuh.

"Hee..Hee...heee...." terdengar suara jeritan perempuan yang cukup keras dan tinggi sekali.

"Mia menjerit." hati kecil saya berkata sendirian. Tetapi, akhimya saya yakin, itu bukanlah suara jeritan Mia. Jeritan itu datang darisebelah kiri perdu buluh.

LEMAH

TIUPAN angin beransur lemah dan akhimya, berhenti terus. Suara gagak turut hilang, begitu juga dengan suara burung hantu dan kucinghutan. Rambut Mia yang mengerbang dan menutup wajahnya, kelihatan bergerak kembali kepada kedudukan asal. Saya lihat rambut itubergerak lembut, macam ada tangan halus yang membelainya. Tidak sampai lima minit rambut Mia nampak rapi dan cantik, seperti baruIepas disikat atau disisir.

Kalau tadi, Mia melepaskan tumbukan yang bertalu-talu ke arah batu kubur. Kini, tumbukan itu beransur lemah. Dia bagaikan sudahkehabisan tenaga. Suasana yang tadi terasa seram dan amat menakutkan bertukar menjadi tenang dan damai, bagaikan tidak ada apaberlaku di sekitar kawasan kubur tersebut. Tanpa diduga, Mia rebah terkulai di depan kubur.

"Bantu dia Andi".

"Jangan Tamar".

Saya menarik nafas mcndengar kala-kata Andi Kamarool itu. Hati kecil saya kesal kerana dia tidak mahu membantu Mia. Tidak berapalama berselang, Mia kembali kepada kedudukan asalnya.

"Andi, harimau".

Terpancut kata-kata itu dari kelopak bibir saya.

"Tamar, ada mata tengok, ada telinga dengar. Jangan banyak tanya dan jangan banyak soal," bisik Andi Kamarool.

Sesungguhnya, saya tergamam dan terkejut melihat kemunculan seekor harimau besar dari arah belakang Mia. Harimau itu mengoyang-goyangkan ekornya, menjilat-jilat badan dan telapak kaki kanannya. Begitu jinak dan manja sekali.

Di saat Mia memusingkan badannya untuk melihat saya dan AndiKamarool. Dengan sekelip mata harimau besar itu hilang daripandangan. Mia segera melangkah mendekati kami. Ketika itu hari sudah gelap.

"Bagaimana?" Itu ungkapan pertama yang dilontarkan kepada kami.

"Maksud kamu?" Soal Andi Kamarool.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

15 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Iya, kamu sudah tengok sendiri dan terpulanglah kepada kamu berdua. sama ada mahu percaya atau tidak. Sama ada mahu disimpansendiri atau mahu diceritakan kepada orang lain.

Dalam cuaca gelap yang kian memberat itu, saya dan Andi Kamarool saling bertukar pandangan.

"Iya. kami dah tengok Mia," ujar saya.

"Apa pendapat kamu berdua?"

'Tak berani nak beri pendapat," tingkah Andi Kamarool.

"Kalau sudah tak tahu nak beri pendapat, eloklah kita balik ke rumah. Waktu maghrib dah dekat".

"Ayuh," serentak saya dan Andi Kamarool menyokong.

Kami bertiga pun mengatur langkah pulang dalam suasana gelap yang kian memberat. Tetapi, di kaki langit masih ada awan jingga yangkian menipis. Dada langit masih cerah bersama awan putih yang berarak lembut.

Sebaik saja sampai di pintu rumah besar, sayup-sayup terdengar alunan suara azan maghrib yang datang dari perkampunganberdekatan.

"Masuk Tamar," pelawa Mia.

Saya keberatan untuk melangkah masuk. Tetapi, bila Andi Kamarool angkat kaki kanan untuk melangkah masuk ke rumah batu yangbesar itu. Bahunya segera saya paut dari belakang.

"Kenapa Tamar?"

"Tunggu sampai azan habis".

"Oh, ya".

Andi Kamarool patuh dengan cakap saya. Dia tunggu sampai azan tamat. Tetapi, bila dia mahu melangkah kembali, saya segerabertindak macam tadi.

Temyata tindakkan yang saya buat menimbulkan keraguan dalam diri Andi Kamarool. Dia kerutkan dahi sambil menatap wajah sayatanpa berkedip. Malah, Mia yang sudah berada di hadapan pintu rumah turut merasa aneh dengan tindak-tanduk yang saya lakukan itu.

"Kenapa Tamar? Kamu ni ganjil sungguh".

"Kita sembahyang di rumah papan".

Dialog antara saya dengan Andi Kamarool dapat didengar oleh Mia. Dia segera keluar dari rumah. Wajah saya dan Andi direnungnyaberkali-kali.

"Jadi, kamu berdua tak mahu tidur di anjung rumah saya".

"Ehhhhhh...." saya tidak meneruskan kata-kata.

"Kamu berdua takut?" Susul Mia lagi.

"Tidak Mia, tapi apa Tamar".

"Mia jegilkan biji matanya ke arah saya. Mukanya mula merah.

"Bukan takut, saya cuma ragu Mia," saya menyambung kembali percakapan yang terputus.

Alasan yang saya luahkan, kurang disenangi. Mia menarik danmelepaskan nafas lemah. Dia tersenyum, cuba menyembunyikan rasahampa dari pengetahuan saya dan Andi Kamarool. Temyata usahanya itu tidak berhasil. Resah hatinya dapat disorot dari air mukanya.

"Sekarang cakap, apa yang kamu ragukan Tamar?" Mia mintakepastian.

"Entah, aku sendiri pun tak tahu Mia. Cara tiba-tiba saja, hati tak sedap, macam ada yang tak kena.

"Sepatutnya tidak begitu," kata Mia sambil merenung wajah saya dan Andi Kamarool, silih berganti, semuanya sudah aku cakapkan,semuanya sudah aku tunjukkan, aku tak mahu berselindung. Aku tak mahu kamu berdua memikirkan perkara yang bukan-bukan padaaku. Walau apapun terpulanglah kepada kamu berdua," Mia mengakhiri kuliah pendeknya dengan sebuah keluhan.

TERPAKU

SAYA dan Andi Kamarool terpaku sebentar. Tidak tahu bagaimana mahu menghargai kejujuran dan keikhlasannya. Saya dan AndiKamarool sudah melukakan perasaannya.

"Sebenamya begini Mia..." saya tidak dapat menyambung rangkaian kata selanjutnya. Dan Mia mula melahirkan protesnya secara terang-terangan.

Dia melangkah dua tiga tapak ke depan (keluar dari pintu rumah), dan berhenti. Dia besar, bila dia memusingkan badannya secepatkilat, bertentang wajah, bertentang mata dengan kami. Saya berdebar. Sinar matanya cukup tajam dan garang, macam mata anakharimau jantan yang lepas.

"Sama ada kamu berdua nak tidur atau tidak, itu adalah hak kamu berdua. Cuma yang peliknya, tadi kamu berdua bersungguh-sungguhnak tidur di anjung rumah".

"Iya, kami faham," celah Andi Kamarool.

"Kamu berdua selalu berkata macam tu, sedangkan yang sebenamya kamu berdua memang tidak faham," nada suara Mia agak keras.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

16 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Begini Mia," Andi Kamarool terus bersuara.

"Begini apa lagi Andi, aku dah bagi tahu pada kamu berdua. Aku tak ada apa-apa. Apa yang terjadi dan apa yang kamu lihat semuanyaterjadi di luar kemahuan aku. Ada masanya, aku sendiri tak tahu apa yang berlaku" Mia tidak putus asa, terus menerangkan kedudukandirinya yang sebenar.

Kerana tidak mahu perkara itu berlanjutan. Saya segera menarik tangan Andi Kamarool mengajak pulang ke rumah papan.

"Sabar Tamar".

"Sabar apa lagi, Andi".

'Tamar!!!"

Nada suara Andi Kamarool mula meninggi. Sepasang matanyamenelanjangi seluruh wajah saya. Kerana tidak rela konfrantasi jadipanjang, saya terus membisu dan bersedia mengikut rentaknya.

"Mia, kami berdua tak pernah memikirkan hal-hal yang buruk tentang diri kamu. Penjelasan kamu cukup jelas Mia. Kami faham apa yangterjadi bukan kemahuan kamu, ada tenaga dari luar yang membuat kamu jadi begitu, kami simpati dengan nasib kamu Mia," penuhdiplomasi Andi Kamarool bersuara.

"Aku harap penjelasan tu datang dari hati yang jujur, aku juga berharap tak akan keluar dari mulut kamu cerita yang bukan-bukantentang aku".

"Maksudnya," pintas Andi Kamarool.

"Cerita yang mengatakan aku ni membela hantu jembalang berkawan dengan orang halus dan ada pendinding diri dan macam-macamlagi".

Kami berjanji tak akan membuat perkara yang mendatangkan aib pada seseorang," kala saya.

"Di harapkan janji yang dibuat tetap dipegang" Mia tersenyum senang. Di saat dia mahu melangkah menuju ke ruang tamu rumah besar.Andi Kamarool terbatuk kecil (yang sengaja dibuat-buat).

"Kenapa Andi".

"Malam ni, kami tak dapal tunaikan janji. Malam esok Insya Allahjanji tu kami tunaikan".

"Saya tak kisah," kata Mia bersama ketawa kecil penuh manja.

Mia pun melangkah menuju ke arah pintu yang terdedah. Lagi sekali saya tersintak, lampu diruang tamu menyala sendiri. Sebaik saja Miamelepasi ambang pintu, secara mendadak daun pintu terkalup sendiri Lagi sekali, saya dan Andi Kamarool berpandangan dengan seribupersoalan bersarang dalam dada. Memanglah, kehidupan Mia dilingkari dengan misteri yang boleh memeningkan kepala.

SERIUS

TANPA mahu memikirkan tentang diri Mia dengan serius, kami terus pulang ke rumah papan. Kepulangan kami disambut dingin oleh HajiBasilam dan Datuk. Mereka baru sahaja selesai sembahyang maghrib.Tanpa mempedulikan kehadiran kami, mereka terus berwirid.

Saya dan Andi Kamarool bergegas ke bilik mandi. Bersihkan tubuh dan ambil air sembahyang. Di saat kami mahu memulakan solatmaghrib, datuk sengaja pura-pura batuk. Saya faham, itutandanya datuk kurang senang dengan saya (mungkin juga dengan AndiKamarool) kerana melambat-lambatkan waktu sembahyang.

Berpacu dengan waktu yang terhad, kami sempat juga menyelesaikan sembahyang yang dituruti dengan doa dan wirid pendek hinggaselesai.

"Kenapa tak tidur di rumah Mia".

Haji Basilam terus mendekati kami, meninggalkan datuk yang mula membaca Quran sementara menanti waklu Isyak tiba. Tiada jawapanuntuk pertanyaan tersebut. Saya berharap, pertanyaan itu akan mati begitu saja.

"Kamu berdua kena halau?" Haji Basilam memancing jawapan.

Kami berdua mengelengkan kepala.

"Kamu berdua takut?"

Saya menarik nafas dalam-dalam dan Andi terus mengkerutkan keningnya.

"Agaknya kamu berdua ni takut." nada suara Haji mula meninggi dan renungannya cukup sinis.

"Tidak, kami tak takut," sahut Andi Kamarool.

"Kalau tak takut, kenapa kamu berdua balik?"

"Kami cemas Tuk Aji," itu alasan yang diluahkan oleh Andi Kamarool.

Memang tidak dijangka sama sekali, alasan yang diluahkan oleh Andi Kamarool membuat Haji Basilam termenung sejenak. Mungkin diaberfikir sesuatu. Saya kira, tidak akan ada soalan susulan dari Haji Basilam tetapi, bila melihat dia mengelengkan kepala bersamasenyum, saya segera membuat tanggapan yang perkara ilu tidak akan berakhir begitu saja.

"Kamu berdua nak batalkan rancangan yang sedia ada".

"Kami tak niat macam tu Tuk Aji, rancangan tu tetap kami teruskan Tuk Aji," kata saya. "Caranya".

Sukar untuk saya menjawab pertanyaan Haji Basilam itu. Biarlah Andi Kamarool menyelesaikannya, fikir saya dalam hati. Bahu AndiKamarool segera saya lepuk. Dia senyum panjang tanda dapat menangkap maksud dari tindak tanduk saya itu.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

17 of 52 30/12/2010 11:36 AM

Macam selalu, sebelum memberikan pendapat, dia terlebih dahulu mengerutkan kening dan dahinya. ltulah perangai Andi Kamarool yangtidak saya senangi. Sungguh membosankan.

Kalaulah tidak kerana suara datuk yang serak-serak basah itumembaca Quran, suasana sekitar terasa agak sepi sekali. Padahal, malammasih muda benar (saya kira belum sampai jamsembilan). Sekali-sekala di tengah-tengah suasana kesepian yang memanjang ituterdengar suara burung jampok yang diselang seli dengan salakan anjing. Cengkerik bagaikan enggan menyanyi, begitu juga dengankatak. Tanpa suara anjing danburung jampok yang muncul sekali-sekala, suasana terasa amal menjemukan.

Kerana tiada jawapan segera dari kami, Haji Basilam segera mengulangi pertanyaan. Dia mahu jawapan segera. Dia mahumemastikansama ada kami serius atau sekadar mahu melepaskan batuk ditangga.

"Bagaimana caranya, cakap sekarang".

"Kami bermalam, dua tiga malam lagi di sini," saya menjawab.

"Kamu tahu, aku dengan datuk kamu sudah buat keputusan nak berangkat ke Sungai Penuh, lepas sembahyang subuh pagi ni. Itulahsebabnya, aku suruh kamu berdua bermalam di rumah Miamalam ni".

Ehhhh...." Andi Kamarool seperti mengeluh. Dan suaranya mati di situ. Buat seketika, kami terus membatu dalam renungan sinis HajiBasilam.

"Begini, Tuk Aji dan datuk Tamar boleh teruskan perjalanan.Biar kami tinggal di sini. Kami nak jalankan apa yang sudah kami rancang,"itu keputusan yang Andi Kamarool luahkan di depan Haji Basilam. Saya lihat Haji Basilam lersintak, air mukanya berubah sebentar.

"Berani?" Sergahnya.

"Berani," jawab kami serentak.

'Tak memerlukan pertolongan?"

'Tak perlu, kami sudah tahu, banyak perkara ganjil yang sudah kami tengok dan alami. Mia yang buka rahsia".

"Bila?" Haji Basilam jegilkan sepasang biji matanya.

"Petang tadi." kata saya.

"Iya Tuk Aji, dari petang sampai maghrib, pasal tu kami lambat sembahyang maghrib," Andi Kamarool menambah.

Haji Basilam gosok pangkal hidungnya berkali-kali. Tiadapertanyaan yang diajukan untuk kami. Agaknya, Haji Basilam sedangmenghitung apakah pengakuan kami itu benar atau sebaliknya

KETUK

SECARA mendadak, pintu rumah diketuk bertalu dari luar. Siapakah tetamu yang tidak diundang itu? Haji Basilam renungsaya dan sayapula renung Andi Kamarool. Begitulah silih berganti, tidak ada siapa pun yang rela bangun untuk membuka pintu. Ketuk bertambah kuatdan bertalu-talu.

Datuk buat tidak kisah dengan apa yang berlaku. Dia terus membaca Quran. Haji Basilam mula resah sendiri. Matanya tetumbuk ke arahdaun pintu yang kelihatan bergerak-gerak seperti ditolak oleh tenaga yang luar biasa dari luar.

Saya kira yang menolaknya itu bukanlah manusia, mungkin binalang buas dan pada saat itu saya mula teringalkan harimau di bawahpokok buluh. Kalau tadi, daun pintu itu diketuk, kiniditampar berkali-kali. tidak ubah seperti harimau menampar tanah kerana kelaparan.

'Tamar, pergi buka pintu tu," suruh Haji Basilam. Saya cubabangun tetapi, punggung bagaikan terlekat di lantai rumah. Tiba-tiba sajasaya mengigil, harimau terbayang di ruang mata.

"Apa lagi yang kamu tunggu, katakan berani sangat. Pergilah buka pintu tu, Tamar," saya terus dicabar oleh Haji Basilam. Antara rasatakut dan berani cabaran Haji Basilam terus disambut. Saya bangun dan melangkah ke pintu.

Bila selak dan kunci di angkat, daun pintu pun terkuak. Mia tercegat di depan mata menatang talam yang bertudung saji.

"Untuk makan malam," katanya sambil melangkah ke ruang tengah. Hidangan yang ditatang diletakkan di situ. Haji Basilam senyumpanjang, keresahan sudah Iari dari dirinya.

"Kenapa Mia goncang dan tampar pintu macam tu, buat ayah takut saja. Ayah ingat orang jahat tadi," begitu lembut Haji bersuara. Miatercenggang.

"Saya tak goncang, saya tak tampar pintu rumah, saya ketuk saja. Saya panggil ayah berkali-kali, tak berjawab"

Jawapan yang diungkapkan oleh Mia membuat saya dan Andi Kamarool menarik nafas panjang. Haji Basilam hanya mengangguk saja,tidak mahu melanjutkan pertanyaan.

Datuk yang sudah berhenti membaca Quran segera merenung ke arah kami tanpa memberi sebarang komentar.

"Saya ambil lagi satu hidang".

"Tak payah Mia, ini dah cukup, buat apa susah-susah kerana kami," Andi Kamarool renung muka Mia yang tersenyum.

(bersambung)...

CHAPTER LIST

(JILID 13) SIRI 172 LEMBAGA DI PINTU Dec 24, '10 10:19 PM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

18 of 52 30/12/2010 11:36 AM

by adi for group komunitisbdj

Macam tadi juga, sebaik sahaja dia melepasi bendul pintu dan memijak anak tangga, daun pintu tertutup sendiri. Tidak lama kemudianterdengar suara ngauman harimau.

"Pelik, setiap kali keluar dari rumah, mesti ada suara harimau," saya memancing dengan harapan Haji Basilam akan bercakap tentangkejadian yang baru berlaku. Ternyata Haji Basilam tidak memberi sebarang reaksi.

"Pelik juga Tamar," kata Andi Kamarool.

Saya anggukkan kepala.

Taktik kami mengena. Haji Basilam nampak resah dengan dialog-dialog yang kami luahkan.

"Dia gadis yang baik...," Haji Basilam tidak meneruskan percakapan.

Matanya merenung kearah daun pintu yang tertutup rapat.

"Dia gadis apa Tuk Aji?"Soal Andi Kamarool.

"Lain kali sahaja aku cerita," memang terasa suara Haji Basilam agak lemak. Dia mengalihkan pandangan dari daun pintu ke arah ludungsaji yang menutup hidangan.

"Kita sembahyang isyak dulu, kemudian baru makan."

Semua biji mata tertumpu ke arah datuk yang sudah berdiri di depan sejadah mengadap kiblat. Dia bersedia untuk menjadi imam. Kamisegera bangun dan berdiri ke belakang. Sembahyang pun bermula. Bacaan fatihah dan surah lain terasa syahdu meresap kedalam jiwa,memecah bening malam. Rukun Islam yang kedua itu pun selesai disempurnakan.

Dan acara selanjutnya ialah mengisi perut dengan hidangan yang disediakan oleh Mia. Datuk dan Haji Basilam makan sekadar untukkenyang. Tetapi, saya dan Andi Kamarool makan dengan semahu-mahunya. Akibatnya, kami tersandar di dinding dengan sepasang kakidiluruskan. Bila bernafas, terasa agak kurang selesa.

Tidak banyak kegiatan yang dapat dilakukan bila perut penuh. Selain dari memasang angan-angan, lubang telinga terus diasak denganbunyi cengkerik dan desiran angin yang menyentuh dedaun. Sekali-sekala terdengar salakan anjing liar di samping suara jampuk yangsekejap panjang dan sekejap pendek.

Kerana tidak selesa dengan tindak-tanduk datuk yang sering menjeling dan merenung ke arah kami. Saya segera beredar ke arah sudutruang. Tidak berapa lama kemudian, Andi Kamarool turut serta.

Berlabuh di sudut ruang memanglah selesa dan aman, terlepas dari pemerhatian datuk. Meskipun berada tidak jauh dari meja tulis ayahMia, saya tidak cemas, sebabnya apa yang ada di situ tidak diusik. Saya tahu, kalau diusik risiko besar ada menanti.

Bila bebas dari pandangan datuk, saya dan Andi Kamarool banyak memperkatakan tentang Mia. Dia cantik dan penuh dengan misteri.

"Anak dara Jambi ni memang cantik," cetus Andi Kamarool.

"'Betul Andi, bentuk tubuhnya, kulitnya, senyumnya. Masakannya juga sedap. Tapi..."

"Apa dia Tamar."

"Rahsia dirinya yang boleh menimbulkan masalah pada sesiapa yang berkasih atau menjadi suaminya."

Andi Kamarool anggukkan kepala. Dia termenung panjang. Barangkali dia sedang menganalisa kebenaran dari ungkapan yang sayaluahkan. Sama ada betul atau sebaliknya.

Malam yang terus bergerak membekalkan kedinginan buat kami. Perut yang berat mula terasa ringan. Dua tiga kali saya dan AndiKamarool menguap. Suara cengkerik semakin garang, suara jampuk semakin ghairah memuja bulan.

"Aku mengantuk Tamar."

"Kalau begitu, jum kita masuk bilik."

"Kamu agak pukul berapa sekarang Tamar."

"Pukul sebelas malam, agaknya Mia sudah tidur."

"His " kata Andi Kamarool yang saya sambut dengan senyum panjang. Kami pun bergerak dari hujung ruang tamu menuju kebilik untukmerebahkan tubuh.

"Hai orang berdua, pandai-pandai pula mencari bilik. Sepatutnya kamu berdua tidur dianjung rumah Mia," usik Haji Basilam.

Langkah saya dan Andi Kamarool terbantut di depan pintu bilik. Tidak tahu, sama ada mahu melangkah bendul bilik atau berdiri di depanpintu. Haji Basilam ketawa kecil melihat keadaan kami yang serba tidak kena. Datuk tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku. Diaterus membaca Quran.

"Masuk sajalah orang muda," lantang sungguh suara Haji Basilam. Saya dan Andi Kamarool pun meneruskan langkah yang terhenti.Sebaik sahaja berada di dalam kamar, kami terus menghempaskan tubuh atas ranjang.

Terlentang merenung lelangit, lebih dari lima minit kami berkeadaan demikian. Walaupun terasa mengantuk tetapi, kami tidak dapattidur. masih berpusing-pusing kiri dan kanan. Kami rasa resah semacam. Anehnya, kami tidak pula berkata-kata, masing-masing denganhal sendiri.

KEPALA

SAYA tidak tahu apa yang berlegar-legar dalam kepala Andi Kamarool. Tetapi, apa yang pasti saya tetap memikirkan tentang keanehanyang mengelilingi diri Mia.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

19 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Eh, Tamar. Pintu bilik terbuka."

Saya segera panggungkan kepala, renung ke arah pintu bilik. Saya pasti daun pintu itu saya yang menutupnya tadi. Malah, selaknya sayakenakan sekali, Pelik sungguh! Bagaimana pintu itu boleh terbuka?

"Aku yang tutup tadi, Andi."

"Aku tahu, aku nampak kamu buat."

Biji mata kami tidak berkelip merenung pintu yang terdedah. Saya mula terasa seram sejuk. Bulu roma tegak berdiri. Salakan anjing liarmendayu-dayu panjang bersama suara burung hantu.

"Ehhh... Tamar," kata Andi Kamarool.

"Ada benda ganjil," balas saya.

Mata kami terbeliak dan mulut terlopong. Tidak dapat meneruskan seperti ada sesuatu yang menghalang suara kami keluar. Tekak terasaperit dan pedih, kelopak mata serta-merta berair membuat pandangan menjadi kabur. Tetapi, semuanya tidak dapat menutuppandangan kami ke arah pintu bilik yang mulai dikuasai asap nipis. Di tengah-tengah kepulan asap nipis itu muncul sesusuk tubuh.

Dari pengamatan saya ketika itu, orangnya tinggi, memakai serban kuning dan warna jubahnya tidak dapat dilihat dengan jelas. Berdirigagah dimuka pintu dan kedua belah tangannya menopang jenang pintu.

Ada bayang-bayang harimau sumatera setinggi pinggang berdiri di sisi kanannya. Mata harimau dan lembaga manusia itu merenungtajam ke arah saya dan Andi Kamarool. Saya jadi cemas, bila melihat lembaga itu mengangkat jubahnya separas dada dan dia sepertimahu menerkam kearah kami.

Saya menarik nafas panjang dan rasa cemas di dada beransur kurang. Mata lembaga dan harimau tidak lagi memandang ke arah sayadan Andi Kamarool. Beberapa minit kemudian harimau dan manusia itu hilang dari penglihatan saya, begitu juga dengan kepulan asapnipis. Perlahan-lahan daun pinlu tertutup rapat. Saya dan Andi Kamarool seperti baru tersedar dari lamunan yang panjang.

"Kamu nampak apa yang terjadi dekat pintu tadi Tamar?"

"Aku nampak Andi."

"Apa yang kau nampak?"

"Kepulan asap, manusia dan harimau."

"Sama macam apa yang aku nampak."

"Merbahaya kita tinggal dibilik ini."

"Aku fikir tidak merbahaya, mereka datang sekadar ingin melihat kita, kata Andi Kamarool.

Dia cuba mendamaikan perasaan dirinya dan diri saya yang agak kacau dan bimbang.

"Aku harap apa yang kamu katakan memang betul," kata saya lalu menekan muka ke permukaan bantal. Tidak mahu melihat ke arahpinlu bilik. Saya tidak tahu, apa yang Andi Kamarool lakukan. Mungkin mengikuti apa yang saya buat. Boleh jadi dia sedang merenunglelangit atau merenung pintu bilik. Dan akhirnya saya terus terlelap.

Tidur yang menyenangkan itu tergugat juga. Andi Kamarool mengoncang tubuh saya beberapa kali. Pada mulanya keberatan membukakelopak mata. Tetapi, memikirkan ada sesuatu yang penting, saya terpaksa membuka kelopak mala.

'Kenapa Andi, buat kacau saja," lahir rungutan dari kelopak bibir. Saya tidak dapat menyembunyikan rasa marah yang bergelora di dada.Akhirnya, degree kemarahan saya terus menurun, bila Andi Kamarool membuat wajah kasihan.

"Subuh dah dekat."

'Tapi aku rasa baru saja tidur Andi."

"Aku tidak bohong, kalau tak percaya pergi tengok, diruang tengah rumah, Tamar."

"Hummm..."

Saya melompat dari katil dan melangkah perlahan ke arah pintu bilik. Dari celah pintu, saya mengintai ke ruang tengah. Datuk sedangmelakukan sembahyang sunat fajar. Haji Basilam baru saja keluar dari bilik air.

Saya kembali ke katil dan terus baring. Andi Kamarool yang tadi duduk ditepi katil turut baring sambil menarik gebar. Saya dan AndiKamarool berpandangan, bila pintu bilik diketuk dengan kuat. Kami mendiamkan diri.

"Andi, Tamar, bangun sembahyang subuh bersama kami," suara Haji Basilam lembut dan ketukan di pintu turut perlahan, tidak sekuattadi. Kami terus diam.

'Tamar, Andi bangun sembahyang subuh dengan kami," suara yang bertukar menjadi keras, ketukan pintu bilik bertukar kuat.

"Pak Aji, kami sembahyang sekejap lagi, Tamar belum jaga lagi," kata Andi Kamarool. Tidak lama kemudian terdengar tapak kaki menujuke arah datuk. Mereka meneruskan sembahyang subuh.

CEPAT

"KAMU bijak Andi, cepat bertindak. Kalau tidak berdalih, sudah tentu kita terpaksa berjemaah dengan dia orang, boringlah," kata sayasambil bangun duduk memeluk lutut. Andi Kamarool tersengih panjang menerima pujian.

"Aku tahu apa yang kamu fikirkan Tamar. Tapi sebenamya ada cerita lain yang nak aku cakapkan pada kamu."

"Apa ceritanya Andi?"

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

20 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Cerita yang menakutkan," Andi Kamarool terus bangun dan duduk.

Dia membeliakkan sepasang biji matanya ke arah saya. Tingkah laku yang diperlihatkannya membuat saya menjadi gementar. Dan rasaingin tahu terus bergelora dalam hati. Andi Kamarool seperti keberatan untuk meneruskan ceritanya dengan segera. Dia renung lelangit,renung lantai dan renung apa saja yang ada dalam bilik.

"Apa dia, ceritalah. Kalau kamu tidak mahu cerita, aku keluar dari bilik ini," saya terpaksa melakukan ugutan untuk memaksa AndiKamarool membuka rahsia. Ternyata, cara yang saya lakukan ini mendatangkan hasil.

"Aku mimpi, berjalan dengan Mia di pantai. Kami berpimpin tangan. Entah macam mana muncul lelaki tua, dia rampas Mia dari aku. Miarela dirinya ditangkap oleh orang tua. Sebelum mengusung Mia lelaki tua itu menampar aku. Dalam masa yang sama lelaki tua itubertukar menjadi harimau untuk ditunggang oleh Mia. Pelik sungguh, harimau dan Mia bergerak dalam ombak. Aku tersedar dari tidurbila ombak besar datang ke arah aku."

"Masa kamu terjaga itu pukul berapa?"

"Aku tak dapat agak pukul berapa tapi, masa datuk dah berhenti baca Quran."

Saya termenung panjang mendengar cerita itu. Mimpi yang dialami memang menyeramkan dan menakutkan. Tetapi, saya kira AndiKamarool tidak menceritakan semua peristiwa yang dialaminya. Masih ada yang dirahsiakan dari saya.

"Lepas lu kamu sambung tidur?" lanya saya.

Andi Kamarool garu pangkal dagu dua tiga kali.

"Aku tidak dapal tidur hingga subuh," katanya.

"Kamu nampak sesuatu yang ganjil dalam bilik ini, kemudian kamu kejutkan aku," saya mula menduga. Andi Kamarool terkejut.

"Hai, kamu macam tahu-tahu aje, agaknya kamu tak tidur Tamar."

"Aku cuma main agak-agak aje."

"Tapi tepat, memang aku nampak bayang-bayang orang berjalan dari bucu ke bucu bilik, sambil berjalan orang itu membilang tasbih,sesekali dia merenung kearah kita berdua."

"Sudahlah Andi, lupakan saja perkara lu." Aku terus mengajak Andi Kamarool ke bilik air untuk mandi dan mengambil air sembahyang.Andi Kamarool akur dengan permintaan saya.

Solat subuh pun kami sempurnakan dalam bilik. Kerana menyedari tidak menyambung tidur. Kami keluar dari bilik menuju ke ruangtengah menemui datuk dan Haji Basilam yang baru sahaja selesai melakukan senaman.

"Bila Pak Aji berangkat?" Tanya Andi Kamarool.

"Sebelum matahari terbit," jawab datuk. Kami anggukkan kepala dan bersedia mahu duduk. Tiba-tiba terdengar ketukan pinlu. Sayaterus menerpa ke situ dan membuka pintu.

"Untuk makan dan minum pagi, air kopi dan sedikit kuih."

Mia menghulurkan talam, segera saya sambut.

"Masuk dulu Mia," pelawa Haji Basilam dan permintaan itu tidak dihampakan Mia. Hidangannya yang saya tatang segera saya letakkan keatas lantai. Mia pun mengaturkan cawan dan menuangkan kopi.

Dari pintu terdedah saya sempat menjeling keadaan alam di luar yang samar-samar. Kokok ayam jantan masih kedengaran.

"Semua barang-barang dah siap, ayah."

"Dah siap, kau tengoklah tu," sambil ketawa Haji Basilam meluruskan jari telunjuknya ke arah dua buah beg rotan yang terasa di tepidinding.

KOPI

MELIHAT Haji Basilam dan Andi Kamarool menghirup kopi panas, keinginan saya terus memuncak, tanpa segan silu, kopi terus sayahirup. Badan terasa segar. Kemudian kami terus menjamah goreng pisang.

"Kenapa minum sikit?"

Mia renung wajah datuk. Dia terasa aneh, bila datuk menuangkan kembali air kopi dalam teko tembikar sehingga air kopi dalam cawanlinggal separuh.

"Saya jarang minum pagi," jawab datuk.

"Dia memang begitu Mia, tak suka minum kopi, kecuali air dingin.

Makan kuih pun sikit," Haji Basilam ikut campur dalam perbualan.

Datuk tersenyum panjang. Saya dan Andi Kamarool terus memamah goreng pisang.

"Begini Mia, lepas minum ni, kami berdua nak pergi terus ke Sungai Penuh, terima kasih kerana kamu menghantar minum pagi, kalautidak kami makan pagi di Sungai Penuh," Haji Basilam memberi penerangan.

"Cepat sangat nak pergi, tak boleh nak tunggu semalam dua lagi."

'Tak boleh Mia, biar cucu saya si Tamar dan Andi Kamarool tinggal di sini dua tiga malam," datuk renung muka saya dan Andi Kamarool.

"Dengar cerita mereka ada urusan dengan kamu," tambah daluk.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

21 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Katanya begitulah," tutur Mia dalam nada suara lembut. Saya lihat Haji Basilam tersenyum panjang.

Sesungguhnya, kehadiran Mia di subuh yang dingin memberikan kehangatan dalam diri saya dan Andi Kamarool. Kalau boleh, bila datukdan Haji Basilam keluar dari rumah, biar Mia berada di ruang rumah hingga matahari terbit. Kami mahu bercakap dengannya, kami mahumenatap senyum, kami mahu bercanda dengannya.

'Kalau begitu saya ucapkan selamat jalan. Biar saya balik dulu," kala Mia sambil menatang talam untuk membawa cawan, piring dan tekoyang belum dibersihkan ke rumah batu. Tindakan Mia itu mengejutkan kami, kenapa dia tergesa-gesa mahu pulang, fikir saya.

"Ayah cuma mahu minta satu perkara saja pada kamu, Mia." "Apa dia ayah?"

Mia segera menentang sepasang biji mata Haji Basilam. Datuk tunduk merenung lantai. Dan kami resah menanti kata-kata yang bakaldihamburkan oleh Haji Basilam.

"Apa dia yang ayah harapkan pada saya," ulang Mia.

"Ayah harap kamu dapat tunaikan permintaan budak berdua ni."

"Usah bimbang, selagi terdaya, saya tetap bantu mereka," balas Mia dan dia pun mengatur langkah menuju ke muka pintu. Datuk danHaji Basilam segera mengiringinya. Kerana tidak mahu disebut 'orang muda' tidak ada budi bahasa, saya dan Andi Kamarool turutmengiringi Mia ke ambang pinlu.

"Selamat jalan, jangan bimbang mereka selamat di sini," Mia mengulangi janjinya pada datuk dan Haji Basilam. Dia pun memijak anaktangga pertama dan beberapa saat kemudian, Mia hilang dalam kabus subuh yang sedang bangkit di permukaan bumi.

MATAHARI

Seperti yang janjikan, sebelum matahari muncul di kaki langit, Haji Basilam dan datuk turun dari rumah.

"Kami nak hantar, boleh tak?" Saya mengajukan pertanyaan. "Boleh tapi sampai pintu pagar rumah batu, tak boleh lebih dari itu"

Haji Basilam mengenakan syarat. Kami mengangguk. Sambil melangkah menuju ke pintu pagar, otak saya berpular ligat, kenapa sayadan Andi Kamarool tidak diizinkan menemani hingga ke gigi jalanraya. Apakah perkara yang mahu disembunyikan oleh Haji Basilam danDatuk dari pengetahuan kami berdua.

"Kenapa sampai dekat pintu pagar? Bukankah lebih baik, kalau kami hantar sampai tepi jalan setidak-tidaknya, kami dapat tahu juga PakAji dan datuk naik apa? Tumpang lori, naik teksi atau bas," Andi Kamarool memecahkan persoalan yang bermain dalam tempurungkepala. Datuk dan Haji Basilam tersentak dengan pertanyaan itu. Langkah segera berhenti.

"Untuk keselamatan kamu berdua, juga kepentingan kami, lain tak ada apa-apa," tutur Haji Basilam dengan tenang, setenang suasanasubuh dingin.

"Kerana itu, eloklah kamu berdua balik ke rumah," datuk mengeluarkan cadangan.

Buat sekian kalinya saya dan Andi Kamarool berpandangan. Jarak dari tempat kami berdiri dengan pintu pagar, kira-kira dalam dua puluhkaki.

Ertinya, saya dan Andi Kamarool masih boleh bergerak unluk menemani datuk dan Haji Basilam hingga ke pintu pagar. Tetapi.kesimpulan dari kata-kata yang diluahkan oleh datuk, seolah olah menyatakan memadai sajalah kami menemani mereka sehingga di sini.

"Kalau itu yang diinginkan, kami terima. Kami berdoa perjalanan Pak Aji dan datuk selamat, diberkati Allah dan tidak menghadapisebarang masalah," Andi Kamarool melempiaskan doa dan harapan.

"Aku harap, doa kamu berdoa diberkati Allah," balas datuk. Kami pun bersalaman. Tidak ada kata-kata selanjutnya, samaada dari pihakkami, mahupun pihak datuk dan Haji Basilam.

Kami berpatah balik ke rumah papan. Datuk bersama Haji Basilam meneruskan perjalanan menuju ke gigi jalanraya. Kira-kira, lebihenam belas langkah dari tempat berhenti tadi. Kami segera menoleh ke belakang untuk mengetahui sama ada datuk dan Haji Basilamsudah sampai ke tepi jalan atau tidak. Malangnya, mereka tidak kelihatan, ghaib entah kemana. Kalau mahu sudah menaiki kenderaan,kami tidak mendengar bunyi kenderaan lalu atau berhenti.

"Agaknya, mereka ada jalan rahsia, itulah sebabnya mereka tidak mahu kita hantar sampai ke tepi jalanraya," terhambur kata-kata itudari kelopak bibir secara tidak sengaja. Andi Kamarool terus berhenti dan memintas dan berdiri di hadapan saya. Kedua belah tangannyamemegang kedua belah sayap bahu. Langkah saya terhenti, kami berpandangan.

"Kenapa Andi?"

"Kamu masih memikirkan tentang mereka Tamar?"

"Iya," saya angguk kepala.

'Tak perlu difikirkan, mereka orang tua, banyak pengalaman, banyak ilmu."

'Tapi, perkara ilu memang menimbulkan tanda tanya dalam hati aku, Andi."

Saya lihat Andi Kamarool menarik nafas dalam-dalam. Kedua-dua belah telapak tangannya yang jatuh ke dua belah sayap bahu sayasegera diangkat dan diluruskan. Andi Kamarool tahu, penjelasannya tidak memuaskan hati saya.

"Begini Tamar, mereka tidak ada jalan rahsia tapi..."

'Tapi mereka ada jalan pintas," potong saya.

"Iya Tamar, bukan setakat jalan pintas tetapi, mereka bergerak atau berjalan mengikut arah angin. Itu sebabnya mereka mesti bergerakawal, sebelum matahari terbit, sebelum angin bertiup," bersama wajah ceria Andi Kamarool membuka rahsia.

"Itu rahsia mereka yang mahu disembunyikan dari kita berdua," itu komentar saya.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

22 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Barangkali boleh jadi cakap kamu tu betul, boleh jadi tidak betul. Apa yang aku tahu, lalu di jalan pintas ada petua tertentu..." Andiberhenti bercakap, dia segera mengajak saya menyambung langkah yang terhenti. Kicau burung mula terdengar, angin pagi mulamengusik dedaun di hujung ranting.

"Apa petuanya Andi?"

"Aku pemah mengamalkannya, pertama mesti berjalan separuh berlari dan menentukan angin datang dari arah belakang yang bolehmempercepatkan langkah kita, tidak boleh bercakap, disamping membaca beberapa ayat tertentu dari Quran. Aku pernah membuat kerjasemacam ni, sehingga ada orang mengatakan aku mangamalkan ilmu ghaib, sebenamya tidak," jelas Andi Kamarool.

Kerana aku tidak memberikan sebarang komentar tentang perkara tersebut, Andi kamarool tidak melanjutkan cerita. Kami terus berjalan.Kali ini langkah kami panjang kerana mahu cepat sampai ke rumah papan. Walaupun begitu, saya terasa seperti ada sepasang matamengintai gerak langkah kami dari rimbunan pokok kecil. Saya berusaha menyingkirkan perkara yang bukan-bukan dari bermain dalamkepala saya.

CAHAYA

DI kaki langit mula kelihatan kemerah-merahan mengembang, awan nipis seperti menjauhkan diri dari cahaya tersebut. Kicau burungmula beransur rancak, suasana yang subuh mula menipis. Sewaktu berbelok ke kanan untuk memasuki ke kawasan rumah papan, AndiKamarool tepuk saya.

"Ada apa Andi?"

"Aku macam ternampak kelibat manusia, berjalan di balik pokok-pokok kecil, tak apa. Kita jalan terus," itu yang dicadangkan oleh AndiKamarool. Tidak ada bantahan dari saya. Apa yang dapat saya kesan, Andi Kamarool memperlahankan langkah, saya fikir dia sedangmembuat helah untuk menjarakkan dirinya dengan saya. Dan saya tidak mahu memikirkan tentang perkara itu. Saya terus melangkah.

Dia tertinggal di belakang dalam jarak agak jauh juga.

(bersambung)...

CHAPTER LIST

(JILID 13) SIRI 173 SAMION BONGKAR RAHSIA Dec 24, '10 10:23 PM

by adi for group komunitisbdj

Tetapi aneh sekali, bila saya menoleh ke belakang, dalam sekelip mata Andi Kamarool hilang. Tentu saja hal sebegini membuat sayacemas. Dalam keadaan cuaca yang beransur cerah itu, saya awasi keadaan sekeliling.

Agak mengejutkan, bila Andi Kamarool muncul secara mendadak di depan dalam jarak kira-kira sepuluh kaki. Dia muncul bersamaseorang wanita yang separuh baya. Saya segera mendekati mereka.

"Siapa dia ni Andi?".

"Dia yang mengawasi gerak geri kita, Tamar"

"Tidak" kata perempuan setengah umur itu. "Masa kakak lalu tadi. kakak terdengar suara orang jantan bercakap, kakak terus sembunyi dibalik pokok. Kakak nak tahu, siapa kamu yang sebenarnya. kakak takut kalau ada orang lain yang masuk ke sini".

"Jadi kakak tahu kami ada di sini," soal saya.

"Tahu, Mia beritahu dan dia suruh kakak intip kamu berdua. Katanya, mesti hati-hati dengan kamu berdua".

Satu jawapan yang menimbulkan seribu persoalan dalam dada. Andi Kamarool segera saya renung. Dia tidak memperlihatkan sebarangreaksi.

"Kakak ni sebenarnya, siapa. Ada kena mengena dengan Mia?" Saya mengajukan soalan.

"Kakak bekerja dengan Mia, mengemas rumah, membasuh dan macam-macam kerja rumah. Ramai orang tak tahu yang kakak bekerjadengannya. Mia mahu kakak merahsiakan dari orang ramai, kecuali anak kakak. Kakak datang subuh, balik lepas asar".

Penjelasan wanita itu, benar-benar meyakinkan saya dan Andi Kamarool.

"Suami kak kerja apa?" Desak Andi Kamarool.

"Mati ditembak Belanda, semasa di Tanjung Balai".

"Nama kak siapa?" Tanya saya.

"Panggil saja Sun, nama sebenar Harisun".

Dan perempuan setengah baya itu, kami benarkan berlalu. Perjalanan ke rumah papan diteruskan.

"Mia, terlalu banyak berahsia," rungut Andi Kamarool

"Rahsia tu, mesti kita cari," kata saya sambil berdiri di tepi jendela, melihat sinar matahari yang kian garang menyimbahkan cahaya kepermukaan bumi. Keadaannya sungguh cantik, Kicau burung arnat rancak sekali. Berterbangan dan berlompatan dari ranting ke ranting.Suatu suasana yang amat menyenangkan.

Dari jendela yang terdedah, saya merenung ke arah rumah batu lama tersergam gagah. Sinar matahari pagi yang mula marak menjilatsebahagian daripada bangunan rumah batu lama tu.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

23 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Mencari rahsia dari Mia, bukan perkara mudah," tercetus kata-kata dari Andi Kamarool. Terlalu lama dia mengambil masa untukmenjawab pertanyaan yang saya kemukakan tadi.

"Kita berusaha, Andi," saya memberikan sebuah harapan.

Tiada jawapan darinya, kecuali sekilas senyum yang hambar.

"Bagaimana kalau kita jumpa kakak tu, barangkali dia dapat membantu kita," satu cadangan yang datang secara sepontan dalam kepalasaya.

"Iya, aku setuju," sahut Andi Kamarool.

Langkah pertama yang kami lakukan pagi itu ialah meninjau dan mengelilingi seluruh kawasan rumah batu tersebut. Kami mahumengenalinya lebih terperinci lagi. Petang semalam, kami kesuntukan masa. Kami bergerak dari sebelah kanan rumah papan menuju kehalaman rumah batu lama.

Halaman rumah tersebut amatlah luas. Tiang-tiang batu sepemeluk menyanggah bahagian depan rumah itu. Di kiri kanan rumah batu ituterdapat bangunan kecil yang sama besarnya, bercantum dengan rumah batu lama. Orang boleh keluar masuk dari rumah batu ke rumahkecil (kiri dan kanan) menerusi pintu khas.

Di saat kami asyik melihat bangunan lama dari sudut halaman, seorang lelaki dalam usia lima putuhan memakai seluar pendek, berbajulusuh lengan pendek memakai topi dari mengkuang mendekati kami.

"Awak kerja di sini?" Itu yang saya ajukan, bila melihat wajahnya.

"Iya, saya yang membersihkan kawasan rumah ni, Mia nanti awak berdua di rumah kecil sebelah kanan," setelah menyampaikanpesanan, lelaki itu terus berlalu.

Serentak saya dan Andi Kamarool merenung ke arah rumah kecil sebelah kanan. Mia berdiri di situ sambil melambai-lambaikan tangan kearah kami.

"Bagaimana Andi?" Tanya saya.

Andi Kamarool mengigit bibir tanpa mahu mengalihkan pandangannya ke arah Mia yang setia berdiri di depan rumah kecil.

"Dia mengintip gerak geri kita, Tamar," terlontar kata dari bibir Andi Kamarool. Kali ini pandangannya segera dialihkan ke wajah saya.

"Aku sependapat dengan kamu Andi. Aku harap dia tidak mengajak masuk ke bilik datuk neneknya".

"Aku juga tak mahu pergi ke kubur neneknya," Andi Kamarool meluahkan gelodak hatinya.

Saya tersenyum dalam sinar matahari pagi yang ramah. Kicau beburung yang melompat di reranting memberikan kedamaian. Tetapi,kami masih belum membuat keputusan sama ada mahu mendekati Mia atau meneruskan perjalanan mengelilingi kawasan rumah.

"Macam mana Andi? Teruskan rancangan atau singgah di rumah kecil"

"Singgah Tamar, kita berada di kawasan rumahnya dan kita tetamunya, kita mesti menghormatinya, kalau tak mahu dituduh manusia takberbudi bahasa".

Saya lihat Andi Kamarool tersenggih. Gembira kerana saya tidak membantah. Dan kami pun melangkah menuju ke arah Mia yang berdiridi depan rumah kecil.

Mia menyambut kami dengan senyum lebar. Dia mengenakan kain batik jawa dan berbaju kebaya sulam. Sehelai selendang tersangkut dibahu. Dia nampak anggun dan menawan sekali. Kulit pipinya yang putih licin nampak kemerah-merahan diterpa cahaya matahari. Bayupagi yang bertiup lembut menggerakkan anak rambut di pelipis kiri dan kanan. Aduh! Saya terpesona dengannya.

"Mahu ke mana?".

Itu pertanyaan pertama yang terkeluar dari Mia,

"Sekadar nak tinjau kawasan rumah," jelas Andi Kamarool.

"Kalau nak meninjau kawasan rumah, kenapa tak beritahu aku, Aku bimbang" Mia mengakhiri kata dengan seulas senyum di kelopakbibir.

"Bimbang? Agaknya sangsi dan tak percayakan kami," balas saya. Mia tidak memperlihatkan sebarang reaksi dengan apa yang sayaajukan. Dia nampak tenang dan bersahaja, sesekali membetulkan selendang di bahu yang mula menurun (mengelunsur) akibat banyakbergerak.

"Bukan apa-apa, bimbang kalau-kalau kamu berdua melihat atau terserempak dengan perkara-perkara yang menakutkan. Selain itu,bimbang kalau kamu dipukul oleh para pekerja saya yang menyangkakan kamu berdua orang jahat. Itu saja." Mia membetulkan hujungrambutnya yang jatuh ke dahi, akibat ditiup angin.

Rambut lebatnya yang separas bahu itu, nampak berombak bola bila menggerakkan lehernya ke kiri dan ke kanan.

"Maafkan kami, kerana tak beritahu awak," kata saya. Mia anggukkan kepala, menerima kenyataan maaf kami.

"Ada kamu ambil, apa-apa benda dalam kawasan rumah ni?".

"Maksud Mia?" Tanya Andi Kamarool.

"Petik bunga atau ambil buah buahan".

"Tak ada," jelas saya.

"Bagus, kalau ada pun, saya izinkan. Ambil barang tidak minta izin saya buruk padahnya".

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

24 of 52 30/12/2010 11:36 AM

Kata-kata itu membuat saya resah. Terlalu banyak pantang larang di sini. Itu tak boleh, ini tak boleh. Semuanya mesti minta izin. MukaMia saya tatap, dia tetap mempamerkan senyum.

"Sekarang kamu boleh pergi ke mana saja dalam kawasan rumah ni. Kamu boleh ambil apa saja, aku izinkan. Sebelum tu, masuk dulukita minum"

"Tadi dah minum," saya menolak.

"Tadi minum di ramah papan, sekarang minum di rumah saya. Lagipun dah berjalan ke sana ke sini, tentu kamu berdua lapar. Masuk aje,jangan fikir apa-apa," desak Mia.

Saya dan Andi Kamarool tidak dapat mengelak. Permintaannya terpaksa kami tunaikan. Sebaik sahaja duduk di bangku dan menghadapimeja panjang, Kak Sun segera datang. Dia pun mengatur cawan dan menyusun piring makanan. Ada pulut udang, ada kuih seri mukadan bengkang.

"Nasi lemak tak ada?" Saya bergurau.

"Tak buat," jawab Kak Sun selamba dan kami menyambutnya dengan ketawa kecil. Melihat saya dan Andi Kamarool tidak kekok berbualdengan Kak Sun, Mia segera mendekati Kak Sun. Dia mengambil alih tugas Kak Sun menuangkan air kopi ke cawan.

"Dah kenal dengan pembantu rumah saya?"

Mia terus menuangkan air kopi ke cawan.

"Dah lama kenal?" Ulang Mia.

Dia tidak puas hati, pertanyaan pertamanya tidak kami jawab dengan segera.

"Sudah kenal," kami menjawab serentak.

"Bagus, sebenamya kak Sun sendiri dah ceritakan. Cuma saya nak minta pengesahan dari awak berdua".

"Kamu memang nakal Mia," usik saya lalu disambut dengan ketawa oleh Andi Kamarool, Mia dan Kak Sun.

"Silakan Tamar, silakan Andi, jangan segan," untuk kesekian kalinya Mia mempelawa dan acara sarapan pagi (untuk kali kedua bagi sayadan Andi Kamarool) pun bermula, Dan Mia tetap mengharapkan kami bermalam di anjung rumahnya.

"Kali ini, jangan tak jadi, jangan banyak helah dan dalih lagi," tutur Mia sambil menghirup air kopi. Sepasang anak matanya yang tajammerenung lembut ke wajah Andi Kamarool.

"Kali ini, usaha itu tidak berhasil."

Dia masih merenung Andi Kamarool dan sekali-sekala saya lihat pandangan mereka bersambung yang dibuah dengan senyum. Suarayang: tidak diperhiraukan, kehadiran saya bagaikan tidak wujud di ruang makan. Mia dan Andi Kamarool nampaknya kian intim.

Sebagai lelaki, hati kecil saya mula dibungai rasa cemburu. Mula meluat melihat tindak-tanduk mereka. Hei! Aku bukannya tunggul,batin saya terus menjerit. Mereka mencabar kelakian saya. Dan sebagai protes, saya terus bangun tanpa mahu menyentuh cawan, apatahlagi menghirup air kopi. Saya bersedia untuk melangkah keluar dari rumah.

"Kenapa?"

Saya menoleh ke arah Kak Sun yang berdiri di sudut meja panjang. Andi Kamarool dan Mia mula mengarahkan sepasang anak matamasing- masing ke arah saya.

"Kenapa Tamar?" Tanya Kak Sun Saya terus membisu.

"Minum dulu Tamar, Lepas tu kita teruskan rancangan, kau terburu- buru," Andi Kamarool terus berdiri.

"Ada apa yang tak kau senangi Tamar?" Mia mencelah.

Saya terus membatu, berdiri kaku sambil menarik dan melepaskan nafas dengan tenang. Kak Sun terus berdiri di depan, merenungbatang hidung saya.

"Kenapa Tamar".

"Ini urusan saya Kak".

Kak Sun segera kembali ke sudut meja, berdiri di situ. Pertanyaan dari Andi Kamarool dan Mia saya biarkan berlalu begitu saja tanpajawapan. Ternyata tindak-tanduk saya itu tidak menyenangkan hati Andi Kamarool. Dia segera mendekati saya.

"Kamu marahkan aku Tamar?".

Itu yang dibisikkan Andi Kamarool ke cuping telinga. Dan hati kecil saya segera membuat rumusan yang Andi Kamarool sudah dapatmeneka apa yang bergolak dalam dada saya. Sebelum perkara ini melarat. saya harus bertindak dengan bijak menyembunyikan apa yangbergolak dalam batin.

"Aku lemas, tak habis-habis bercakap. Kamu terlalu banyak melayani Mia sedangkan kita ada tugas," saja berdalih.

"Aku kadang-kadang jadi bodoh dengan sikap kamu. Kamu tak boleh buat macam tu Tamar, kita tetamunya, Hormatilah dia," dalamberbisik Andi Kamarool meluahkan nasihat tetapi, nada suaranya membayangkan kemarahan.

"Maafkan aku Andi. Aku mahu keluar."

"Hisss, kamu memang pelik,"Andi Kamarool mendengus. Dia berpatah balik ke meja makan.

"Kenapa dengan Tamar?"

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

25 of 52 30/12/2010 11:36 AM

Gegendang telinga saya menangkap suara Mia yang diajukan kepada Andi Kamarool. Tiada jawapan yang terkeluar dari mulut AndiKamarool. Kak Sun melintas di depan saya, macam tadi dia tetap merenung muka saya. Kali ini dia senyum dan senyuman itu segerasaya balas. Kak Sun terus berlalu.

"Dia nak cepat melawat kawasan rumah ni," itu jawapan Andi Kamarool untuk Mia. Terdengar bunyi telapak kaki Mia melangkahmendekati saya.

"Kamu tak gembira Tamar?" Mia berdiri di kanan.

"Bukan apa-apa Mia, kalau lambat-lambat nanti hari panas, kawasan rumah kamu ni, bukannya kecil. Luasnya dekat limapadang bola.Aku ni, tak tahan panas," saya kira dalih itu lojik dan dapat diterima oleh akal.

"Hummmmm....," suara Mia lemah. Dan sepasang anak matanya berlaga dengan sepasang anak mata saya. Dia pun mengukir senyum.

"Aku percaya dengan cakap kamu," balas Mia meyakinkan," sebelum itu habiskan minuman," tambahnya dan aku terpaksa mengalah.

Saya pun rapat ke meja makan, sambil berdiri saya terus menghirup kopi yang tinggal separuh di cawan. Kemudian, saya pun melangkahke pintu. Andi Kamarool turut sama berbuat demikian. Mia turut menemani kami hingga ke muka pintu.

Saya lihat rerumput di halaman segar menghijau. Titik embun yang bertenggik di hujung rumput nampak kilau kemilau akibat di sentuhsinar matahari pagi.

"Kalau ada apa-apa masalah, jumpa saja dengan dia," Mia menudingkan jari telunjuknya ke arah Kak Sun yang sedang berdiri di sudutrumah.

"Usah bimbang, ada saja masalah kami cari dia," balas Andi Kamarool.

"Tengah hari ni kita makan bersama".

"Di mana?" Saya renung muka Mia.

"Di mana lagi, di rumah sayalah," jawabnya.

Mia menabur budi, saya dan Andi Kamarool saling berpandangan. Kami anggukkan kepala serentak, Tanda setuju.

Sebaik sahaja Mia masuk ke rumah, kami menyambung kembali perjalanan yang terhenti. Sambil berjalan, saya ambil kesempatan untukmenjelaskan kepada Andi Kamarool, kenapa saya bersikap luar biasa semasa berada di ruang makan tadi.

"Kamu terlalu ikutkan perasaan. Aku tak mahu kerana Mia kita bermusuh dalam diam. Aku tahu kamu ada hati dengannya Tamar."

"Kamu juga begitu Andi".

"Iya aku mengaku. Kamu harus ingat jatuh hati tidak bererti dia milik aku. Kenapa kamu tak boleh bersikap terbuka Tamar. Bagi akukalau kamu berjaya menawan hati Mia, aku tetap gembira dan merasa bahagia. Tidak ada sebabnya aku mesti memusuhi kamu".

Saya terdiam, satu pukulan maut untuk saya. Tidak ada cara dan helah untuk saya menepis atau berdalih. Jalan paling selamat, sayaharus membisu dan terus berjalan tanpa mengungkit-ungkitkan perkara itu lagi. Ternyata taktik saya berhasil, perkara itu tidakdibangkitkan oleh Andi Kamarool lagi. Dia kembali bersikap seperti biasa.

Kerana terlalu asyik melangkah dan melayani fikiran mastng- masing. Tanpa disedari kami sudah berada jauh dari rumah batu. Kami kiniberada di sudut halaman sebelah timur yang bersempadankan ladang getah.

Kerana musim panas, pepokok getah kelihatan gondol. Dedaun yang berguguran berserakkan dipermukaan bumi. Memang kawasanhalaman rumah batu cukup luar biasa luasnya. Begitulah, di saat kami merasa kagum dengan bentuk rumah batu lama dan keluasanhalamannya, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki. Kami tidak tahu dari mana lelaki itu datang.

"Selamat pagi," kata lelaki itu.

"Selamat pagi," balas kami serentak.

"Dari mana?" Tanya saya.

"Hum, dari ladang getah, musim daun gugur ni kena kerja lebih sikit. Daun-daun kering ni tak boleh dibiarkan berlonggok di pangkalpokok, bila terbakar habis pokok rosak. Terpaksa dikuak jauh dari pangkal pokok, kalau terbakar pokok getah tak rosak," tanpa dimintaorang itu terus memberikan penjelasan sambil menikam permukaan bumi dengan kayu yang dipegangnya.

Hujung kayu itu bercabang tiga yang bentuknya macam jari manusia dibuat dari buluh. Gunanya supaya mudah menarik danmengumpul, melonggok daun getah kering.

"Pak cik bekerja di sini?" soal Andi Kamarool.

Lelaki yang mendekati usia lima puluhan itu anggukkan kepala. Topi mengkuang yang lebar menutupi sebahagian dari dahinya. Memakaiseluar panjang warna kelabu yang sudah lusuh. Bajunya dari kain tebal yang sudah koyak di bahagian dada sebelah kiri. Kerana sikapramah yang ditunjuknya, kami segera mendekati dan menjalin persahabatan.

"Mia dah bagi tahu, suruh awasi awak berdua".

Saya terkejut, kali ini loghat jawanya agak ketara sekali. Kerana kami tidak memberikan tidak balas segera, membuat dia jadi serbasalah.

"Mia sendiri bagi tahu pak cik? Cepat sungguh dia beritahu" saya pura-pura terkejut. Andi Kamarool membeliakkan biji mata dalam sinarpanas yang mula beransur keras.

"Bukan dia, Mia bagi lahu pada mandur beritahu saya dan pekerja lain".

"Mana mandurnya?" Tanya Andi Kamarool.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

26 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Itu..." lelaki tua im menajamkan mulutnya ke arah lelaki berkulit hitam, berbadan besar.

Lelaki berkulit hitam yang dipanggil mandur itu, seolah-olah mengetahui yang saya dan Andi Kamarool merenung ke arahnya. Dengantenang dia angkat muka merenung ke arah kami sambil membuka kain merah yang melilit kepalanya. Dia menghadiahkan senyumpersahabatan.

Senyumnya kami balas. Dan lelaki berkulit hitam meneruskan kerjanya, melawat orang-orang di bawah jagaannya. Dia berjalan arah keselatan

"Dia orang Batak, banyak ilmunya tapi........." orang itu tidak meneruskan kata-katanya. Dia keluarkan rokok daun dari saku bajunya.Dengan wajah penuh kepuasan dia menghisap dan menghembuskan asap rokok.

"Nama pak cik siapa?"

"Samion, orang Jawa," matanya merenung muka saya.

"Dah lama kerja di sini?".

"Mula-mula datang dari Jawa, kerja di perkebunan Belanda, kemudian baru ke sini, lebih dari sepuluh tahun kerja dengan Mia," Samionterus sedut rokok daun dalam-dalam. Saya tidak mahu menyoalnya lagi, dia kurang senang kalau dihujani dengan pertanyaan yang agakterlalu peribadi.

"Pak cik Samion tentu banyak tahu tentang cerita-cerita ganjil dalam rumah batu lama ni," Andi Kamarool mengambil alih tugas saya.Pertanyaan itu membuat Samion nampak seperti tersintak, dahinya berkerut. Buat beberapa ketika Samion termenung sambil merenungke arah rumah batu lama yang tertegun kaku.

Memang ada kelibat manusia berjalan di kaki lima rumah tetapi, tidak dapal dilihat dengan jelas. Sukar untuk dipastikan siapakah yangberjalan di kaki lima itu, Mia atau Kak Sun dan mungkin orang lain.

Panas pagi makin beransur terik. Bahangnya membuat saya gelisah. Samion tidak memperlihatkan yang dia mahu menjawab pertanyaanyang diajukan oleh Andi Kamarool. Saya jadi putus asa dan merancang untuk mengajak Andi Kamarool meninggalkan orang tua itu.

"Memang ada macam-macam cerita tentang rumah tu. Dulu, masa saya mula-mula bekerja, saya disuruh oleh abang Mia menjaga rumahtu waktu malam. Saya disuruh duduk dekat pintu ruang tamu, di situ ada piano besar warna hitam. Piano itu berbunyi sendiri waktutengah malam buta, macam ada jari-jari yang menyentuh mata piano. Bila saya amati dan dekati bunyi piano itu terus hilang," Samionmembuka pengalaman dirinya. Sesuatu yang menyeronokkan untuk kami dengar.

"Tapi, saya tak nampak piano tu," Andi bersuara.

"Kira-kira dua tahun, abang Mia membawa piano itu ke Medan, sejak itu saya tak dengar ceritanya lagi. Saya jadi jaga selama dua bulansaja. Saya tak tahan".

"Maksud pak cik".

Samion renung muka Andi Kamarool. Puntung rokok daun yung terkapit di bibir dibuangnya ke atas rumput, Matanya masih lagiteriumpu ke rumah batu lama.

Pak cik tak tahan diganggu dengan macam-macam benda pelik. Pak cik pernah dihumban ke tengah padang waktu malam kerana pak cikterlena di depan pintu. Esoknya pak cik minta tukar kerja menjaga pokok- pokok getah".

"Dahsyat," keluh saya.

Samion hanya tersenyum dan bersedia untuk melangkah pergi. Telapi. tindakkannya itu segera dihalang oleh Andi Kamarool.

"Nanti Mia marah," katanya.

"Sekejap saja pak cik, kami cuma mahu dengar saja bukan nak buat apa-apa, Mia sendiri cakap pada saya, kalau ada apa-apa yang mahutahu tentang rumahnya, tanya saja dengan pak cik," saya terus membohonginya. Mendengar kata-kata itu, Samion nampak ceria sekali.Dia tidak jadi melangkah malah terus duduk bersila atas rumput.

(bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 13) Siri 174 GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH Dec 28, '10 1:48 PM

by adi for group komunitisbdj

DAN Samion pun mengungkapkan, dari mulut beberapa orang-orang penduduk kampung berdekatan, dia memperolehisumber yangmengatakan rumah batu lama itu, asalnya milik orang China yang pada zaman penjajah (Belanda) dianggap oleh beberapa pihak sebagaitokoh perniagaan yang terkaya di Asia Tenggara pada masa itu.

Memiliki ladang getah, cengkih, pala di sampingmenjalankan perniagaan gula secara besar-besaran. Sering berulang-alik ke Singapura,Pulau Pinang dan Hong Kong demi urusan pemiagaannya. Saudagar China ttu mula berdepan dengan zaman gelapnya, bila dua oranganak lelakinya yang diharapkan membesarkan perniagaan ditangkap Belanda.

"Kedua-dua anak saudagar itu dituduh membantu perjuangan penduduk tempatan menentang Belanda. Kedua-duanya ditembak mati,tak cukup dengan itu, isterinya pula diserang demam malaria dan terus mati," kata Samion dengan wajah yang sedih.

Kerana saudagar China itu berkawan baik dengan keluarga Mia, segala harta tanah, rumah dijualkan kepada keluarga Mia. Dan si Cinakaya yang malang itu berhijrah ke Pulau Pinang dan meninggal dunia di pulau tersebut. Cara Samion menyampaikan cerita, sungguhmenarik membuat kami tidak bosan mendengarnya.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

27 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Panjang juga sejarahnya rumah itu," kata saya,

Samion tersenyum.

"Ada tak cerita lain yang pelik-pelik," susul Andi Kamarool.

"Kamu berdua cari sendirilah, khabamya kamu nak bermalam di rumah ni",

"Betul pak cik tapi, sebelum tu kami nak tahu hal-hal yang ganjil," tingkah saya.

Samion telan air liur. Termenung panjang, macam ada sesuatu yang difikirkan.

"Kamu berdua pergi tanya mandur, dia pernah bermalam di anjung rumah itu. Dia nak jumpa pengawal rumah, nak minta harta. Dia nakjadi kaya. Pergi tanya dia apa yang terjadi," Samion mengakhiri kata-kata dengan ketawa terkikih.

Tindak-tanduknya membuat kami tidak sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya.

"Ceritakanlah pak cik," desak saya.

"Tanya mandur," jawabnya. Samion segera bangun dan meninggalkan kami

MENGEJUT

KEPUTUSAN mengejut dari Samion membuat saya dan Andi Kamarool termangu-mangu. Wajarkah Samion diburu dan memaksa diabercerita tentang apa saja peristiwa ganjil yang dialaminya semasa mejadi 'jaga' rumah batu itu?

Perlukah mencari mandur serta memaksa dia meluahkan pengalamannya untuk renungan kami? Atau melupakan saja tentang Samiondan mandur. Semuanya berlegar-legar dalam benak saya.

"Kita memerlukan keterangan dari orang lain untuk panduan, kita tak boleh melulu buat kerja ni. Kalau ada datuk kamu dan Haji Basilamlainlah, ada tempat mengadu dan minta tolong," Andi Kamarool meluahkan keraguannya. Wajahnya nampak gusar. Saya merenungrerumput di halaman yang luas saujana mata memandang. Embun di hujung rumput sudah hilang, kicau burung juga beransur kurang.

"Kalau begitu Andi, kita cari mandur",

Andi Kamarool tidak membantah dengan cadangan yang saya kemukakan.

Di tengah-tengah sinar matahari yang beransur keras menyenggat itu, kami pun mengesan dan temui mandur sedang bersandar dipangkal pokok angsana merehatkan tubuh dan fikiran sambit menghisap paip bengkok.

"Ada apa yang boleh saya tolong," tegur mandur ramah sekali. Tanpa banyak cakap kami terus duduk alas batang buruk berdepandengannya. Kami tatap wajahnya yang masih ada kesan peluh,

"Dengar cerita kamu nak tidur di anjung rumah Mia".

"Mana mandur tahu?" Tanya saya.

"Si Harisun pembantu rumah Mia yang cakap pada aku secara sulit, kalau Mia tahu perkara ni lepas keluar, si Harisun tentu dihalaunyadari rumah. Diberhentikan kerja".

Andi Kamarool tidak memberi apa-apa komen tetapi, saya kesal dengan Mia dan rasa marah terus meluap terhadapnya. Kenapa perkaraitu mesti diceritakan kepada Kak Sun. Dan mulut luas Kak Sun sudah mengkhabarkan perkara itu kepada mandur. Memang orangperempuan jahat mulut. Tidak pandai simpan rahsia, Suka sampai menyampai, keluh hati kecil saya.

Sesungguhnya apa yang saya kira rahsia, sebenarnya sudah tidak menjadi rahsia lagi. Entah berapa ramai manusia di sekeliling Mia yangmengetahui tujuan dan cita-cita kami menginap di sini.

"Bagus kamu berdua cubalah dan rasalah sendiri".

Saya tersintak dari lamunan. Batang hidung mandur saya renung. Sepintas lalu, kata-kata yang diluahkan oleh mandur itu mengandungiunsur-unsur menyindir, Boleh melemahkan semangat, kalau di terima secara negetif, kalau diterima secara positif, kata-kata itu adalahcabaran yang mesti dihasut.

"Mandur pemah tidur di anjung rumah tu?" Tanya Andi Kamarool.

Mandur gelengkan kepala.

"Samion kata, mandur pernah pergi ke situ waktu malam?" Saya menyoal.

Mandur anggukkan kepala.

"Apa yang mandur dapat?" Susul Andi Kamarool.

Mandur terdiam sejenak, dua tiga kali kelopak matanya dipejam celikkan. Sepasang kakinya dilunjurkan.

"Aku mencuba, bila anak buah aku bercakap secara sulit yang mereka selalu melihat perkara aneh di halaman rumah tu. Terutama anakbuah aku yang datang awal pagi," mandur terus menghidupkan api paipnya yang mati.

Setelah dua kali menyedut dan meluahkan asap paip, mandur tidak menyambung ceritanya. Dia merenung kosong ke tengahpadang(halaman).

"Apa yang anak buah mandur nampak waktu subuh tu?" Sayacuba menghidupkan percakapan yang terbantut. Mandur cabut paip darimulut, kepala paip diketuk dua tiga kali pada akar angsana hingga sisi tembakau di dalamnya berhamburan keluar.

"Si Manan, tukang kebun. Dia tu orang Tanjung Balai, sebelum subuh dia sudah sampai ke sini. Kadang-kadang dia sembahyang subuhdi kaki lima rumah, kadang-kadang di bawah pokok cempaka besar. Suatu hart selepas sembahyang subuh, dia terpandang seorangwanita jelita, berkulit putih bersih. Mungkin wanita Cina mengutip bunga-bunga tanjung yang gugur. Bila Manan mahu menegur

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

28 of 52 30/12/2010 11:36 AM

perempuan itu terus ghaib".

Saya urut dada, senang rasa hati kerana mandur masih mahu bercerita.

"Pengalaman mandur macam mana pula?" Saya terus mencungkil rahsia.

Mandur tersenyum, jejarinya terus menyumbat tembakau ke dalam lubang paip.

Dua kali sedut, dua kali meluahkan asap ternyata mandur dapat menikmati kepuasan yang tidak terkata. Gerak gerinya kami ikuti penuhteliti.

"Niat aku bukan apa-apa, aku cuma nak jumpa makhluk ghaib kerana nak minta harta. Aku nak jadi kaya," ungkap mandur. Dia masihjuga tersenyum panjang.

"Mandur dapat apa yang dihajati?" Serius sungguh Andi Kamarool mengajukan pertanyaan. Senyum mandor masih belum putus.

"Kenapa mandur?" Rasa ingin tahu saya tidak dapat kawal.

"Aku lari lintang pukang, rasa nak keluar semua isi perut, kayu batu semuanya aku langgar. Akibat takut".

Cerita yang diungkapkan si mandur membuat saya dan Andi Kamarool ketawa terbahak-bahak hingga berair mata. Dan panas terik yangmenggigit tubuh tidak terasa. Memang lucu kisahnya. Mandur juga turul ketawa.

MESRA

KERANA sudah terasa agak mesra, si mandur Batak berkulit hitam, berbadan besar yang didakwa oleh Samion sebagai lelaki yang handaldalam ilmu dunia itu pun bercerita.

Menuruttnya, ada dua sebab yang mendorong dia mengunjungi rumah batu lama itu waktu tengah malam. Pertama, dia mahumemastikan sama ada cerita orang di bawahnya itu betul atau tidak. Kedua, kalau cerita itu betul, dia mahu menemui makhluk yangmerayau-rayau di kawasan itu untuk meminta sesuatu.

Dua perkara itulah yang menyebabkan mandur keluar dari rumahnya (yang terletak kira-kira setengah batu dari rumah Mia) jam duabelas malam. Masuk ke kawasan rumah tersebut, mandur tidak menghadapi sebarang rintangan atau masalah. Dia terus mundar-mandirdi kawasan halaman rumah.

Malam yang dingin memaksa mandur membalut tubuhnya dengan kain tebal. Tidak memadai dengan itu, dia terus memeluk tuhuhnya.Kerana tidak mahu kedatangannya dikesan oleh sesiapa (terutama Mia) mandur tidak menghisap paip.

Ketika embun jantan mula turun, mandur tidak lagi bergerak sebebas tadi. Dia lebih banyak duduk di bawah pohon cempaka, suasanaterasa amat sepi sekali. Bau harum dari bunga sedap malam terus menusuk lubang hidung. Bagi menghindari rasa mengantuk, mandurminum kopi pahit yang sememang dibawa dari rumahnya. Mandur beredar dari bawah pokok bunga tanjung. Dia mendekati rumpunpokok bunga sedap malam.

Sudah satu jam masa berlalu, mandur tidak berhadapan dengan perkara- perkara yang aneh seperti yang dialami oleh Samion, si Manandan beberapa orang lagi anak buahnya. Mandur mula mengesyaki apa yang didakwa itu memang tidak wujud. Dirinya, dipermainkan olehanak buahnya sendiri.

Secara mendadak saja mandur panas hati. Dia memaki hamun orang yang menyampaikan cerita ganjil kepadanya. Dia bercadang mahumenempelak tukang cerita pada keesokkan hari. Puncak dari rasa marah itu, mandur terus mematahkan ranting bunga sedap malamyang sedang menyebarkan bau harum sekitar rumah.

Ketika mandur mencampakkan ranting yang dipatahkan itu ke dalam longkang besar di kanannya, dia terasa macam ada sesuatu yangbergerak ke arahnya dari sebelah kanan rumah batu lama. Semua pancaindera mandur tertumpu ke situ. Cara kebetulan, bulan yangmuncul dilarut malam, masih mampu menebarkan cahaya ke sekitar kawasan rumah batu malam.

Mandur renung ke arah perdu pokok bunga tanjung. Dia melihat susuk tubuh orang hitam, tinggi dan besar. Berdiri membelakanginya.Kerana yakin, apa yang dilihat itu adalah penjaga rumah lama, mandur segera mendekatinya. Sebaiknya saja didekati untuk dikenali,orang hitam itu terus ghaib dari pandangannya.

Mandur yang keras hati dan bersemangat waja itu yakin orang hitam itu akan menjelma lagi. Kerana itu dia mengambil keputusan untukmenantinya.

Kali ini dia menunggu di bawah pokok bunga cempaka besar. Bunga cempaka yang mala, berjatuhan menimpa tubuh mandur. Semuanyaitu, tidak menggugat keyakinan mandur. Dia terus menanti,

Menjelang subuh, di saat kabus nipis bangkit dari permukaan bumi, mandur terlihat tubuh tanpa kepala dan kaki, bergerak bersamakabus nipis menuju ke arahnya. Mandur masih menanti tetapi, bila dia melihat tubuh tanpa kepala dan kaki itu sekejap ada, sekejaptiada. Mandur hilang pertimbangan. Keberanian dan semangat waja yang dimilikinya terus berkecai.

Mandur tidak sanggup menghadapinya, rancangan untuk memiliki harta punah ranah dari hatinya. Mandur terus langkah seribumembelah suasana subuh yang dingin menuju ke rumahnya.

"Seminggu aku tak kerja, terbaring di rumah siang malam. Dah tu aku tak dapat tidur langsung. Pejam mata saja orang hitam tu datang,aku terpaksa balik ke tanah Batak, ubat cara kampung baru aku boleh lidur," mandur mengakhiri cerita lentang pengalaman yangdilaluinya.

"Dahsyatnya," runggut saya.

"Tak tahulah aku nak kata apa-apa, Tetapi, itulah yang aku rasakan," tambah mandur. Anak matanya silih berganti menatap muka sayadan Andi Kamarool. Dia bagaikan mahu membaca rahsia hati dari wajah kami. Dia mahu memastikan apakah kami memang benar-benarmahu melakukannya atau sekadar cakap-cakap saja.buk

WAKTU

SEBAGAI orang Islam dan taat menjalankan sembahyang limawaktu, tentu saja saya tidak dapat menerima cerita yang diungkapkan oleh

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

29 of 52 30/12/2010 11:36 AM

si mandur begitu saja. Sebagai orang muda, saya mahu mencari buktinya. Bukan apa-apa sekadar mahu mencari kebenaran. Saya kiraAndi Kamarool juga sependapat dengan saya.

'Terima kasih mandur," Andi Kamarool bersuara. Telapak tangan mandur Batak yang beragama Kristian itu digenggamnya erat-erat.

"Cerita mandur boleh dijadikan panduan," kata saya,

"Aku juga fikir begitu, cuma kamu berdua mesti ingat...."

"Ingat apa mandur?" Soal saya.

"Jangan cakap besar, jangan cepat marah dan jangan patah pokok bunga sesuka hati semasa kamu mencari benda ganjil".

"Kami tetap ingat pesan mandur tu," muka mandur saya renung.

"Aku harap kamu berdua berjaya".

'Terima kasih mandur" balas kami.

Beberapa saat kemudian, kami pun meninggalkan mandur Batak yang sedang bersenang-senang di bawah pokok. Dia terus menyeduthujung paip bengkoknya. Bau asap dari paip mandur menguasai kawasan sekitar.

Kerana baru pukul sebelas pagi, rasanya tidak wajar pulang ke rumah papan. Saya tidak tahu apa rencana Andi Kamarool selanjutnya.Saya hanya mengikut saja langkahnya menuju ke rumah batu lama.

"Terlalu awal kita nak makan tengah hari, orang makan tengah hari pukul satu," teguran saya membuat Andi Kamarool berhentimelangkah.

"Aku juga fikir macam tu, habis apa yang kita buat Tamar".

"Begini Andi, kita cara Kak Sun".

"Untuk apa?".

"Dia mesti tahu banyak perkara yang orang lain tak tahu, kita risik rahsia darinya".

Andi Kamarool termenung sebentar. Dia kedutkan bibir sambil merenung ke langit. Melihat awan gemawan yang berarak ke selatan.

"Di mana kita nak cari dia Tamar?".

"Kita cari Samion dulu, tanya dia waktu begini, Kak Sun berada di mana".

"Aku setuju".

Kami pun .segera menemui Samion dalam ladang getah. Kedatangan kami membuat buruh ladang itu termenung panjang dengan dahiyang berkerut.

Setelah diceritakan tujuan sebenar kami menemuinya, Samion menarik nafas lega. Orang tua yang tidak banyak karenah itu menyuruhsaya pergi ke bukit kecil, tidak jauh dari kawasan rumah batu lama.

Kata Samion waktu begini, biasanya Kak Sun berada di situ melihat atau menaruh baja be bunga orkid yang ditempatkan di bangsal khasdi situ, Kami terus ke situ. Ternyata si buruh tua tidak berbohong. Kak Sun kami temui sewaktu dia memotong bunga orkid.

"Buat apa bunga tu kak," tanya saya.

Wajah Kak Sun berubah. Dia renung kami atas bawah, rangkaian bunga di tangan segera dimasukkan ke dalam raga rotan.

"Buat hiasan meja makan, bukankah tengah hari ni kamu berdua makan di rumah Mia".

"lya, balas saya.

"Apa ha!nya kamu ke mari".

Saya dan Andi Kamarool berpandangan. Angin yang turun dari puncak bukit memberikan kesegaran. Beburung hutan terus berkicau,Walaupun hari panas terik tetapi, bahangnya tidak terasa kerana di tempat kami berdiri dikelilingi pepokok besar yang merimbun.Memberikan suasana redup dan tenaga.

"Kami ni nak minta kakak tolong kami," dengan wajah yang bersahaja saya bayangkan hasrat hati.

'Tolong apa?" Sambut Kak Sun dengan wajah kemas.

"Kak Sun dah lama bekerja di sini, tentu banyak perkara yang kak tahu.

Terutama tentang kejadian pelik di kawasan rumah ni",

'Tak ada perkara pelik di sini," Kak Sun cuba berdalih. Dia segera bergerak ke kiri, memaut ranting orkid yang berbunga lebat. Rantingitu dipatah dengan hati-hati, agar bunga tidak relai. Macam tadi juga, ranting orkid yang berbunga lebat ditaruh dalam bakul.

BAYU

DALAM hembusan keramahan bayu pinggir bukit, saya dan Andi Kamarool terus rnengekorinya. Sudah tentu perbuatan sedemikianminimbulkan rasa kurang senang pada Kak Sun. Tugasnya jadi terganggu tetapi, dia tiada daya untuk menghindarinya. Buat beberapaketika, tidak ada kata-kata yang terlontar dari mulut kami. Ke mana saja Kak Sun bergerak, kami terus mengikutinya.

"Kak Sun marah dengan kami?" Andi Kamarool cubamemancing.

'Tak marah, kenapa mesti marah".

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

30 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Kak Sun diam semacam aje," tingkah saya.

"Tak ada perkara yang nak dicakapkan, lagi pun yang nak bertanya, kamu berdua, bukannya kak," dari kata dan nada suara ternyata KakSun sudah pun memberi laluan. Saya dan Andi Kamarool segera berpandangan. Andi Kamarool genyitkan mata, beri isyarat supaya sayakemukakan pertanyaan.

"Begini Kak Sun, bukan apa-apa, sekadar nak tahu untuk pengetahuan kami. Lagi pun Mia sendiri suruh tanya Kak Sun, Katanya, KakSun banyak tahu hal-hal di sini," saya buka bicara dengan harapan apa yang saya dan Andi Kamarool inginkan akan terlaksana.

"Betul ke Mia kata macam tu?".

"Betul kak".

Terpamer perubahan di wajah Kak Sun.

"Betulkah Mia, kata macam tu," ulang Kak Sun dengan sepasang mata yang bersinar.

"Betul kak, kami tak bohong," sahut saya dan Andi Kamarool serentak.

Dan saya lihat sengih Kak Sun makin melebar di bibir. Hati kami senang sekali dengan perubahan diri Kak Sun.

Mungkin kerana penat berdiri atau mahu bercerita lebih panjang dan selesa, Kak Sun mengajak kami ke bahagian belakang bangsal.

Di situ tersedia empat bangku batang getah yang tingginya kira-kira satu kaki lebih menghadap meja panjang yang dibuat dan buluhuntuk kegunaan para pekerja meletakkan makanan (bekal). Kak Sun lerus duduk disalah satu bangku tersebut.

"Duduklah, kenapa berdiri," kata Kak Sun.

Kami pun terus duduk. Pepohon besar yang menaungi kami memberikan rasa nyaman dan selesa. Kicau burung yang tidak menentuiramanya memberi sedikit hiburan. Saya dan Andi Kamarool tidak menduga semudah itu Kak Sun mahu menceritakan pengalaman-pengalaman aneh yang dikutip selama dia berkhidmat dengan keluarga Mia.

Memang ternyata sekali, janda separuh umur yang manis, mudah senyum itu menempuh pengalaman yang cukup berbeza denganSamion dan mandur batak.

"Arwah suami kak dulu memang bekerja dengan ayah Mia. Jadi kerani menguruskan hal-hal jual beli kelapa, cengkih dengan orang luarselalu berulang ke Sungai Penuh - Medan - Belawan - Teluk Bayur. Arwah mentua lelaki kakak ada hubungan keluarga dengan ayah Mia.Mereka sama-sama Mendailing".

Senang sekali rasa hati, bila Kak Sun mahu mengungkapkan perkara tersebut. Kak Sun yang berhenti bercakap termenung sejenak,hujung jarinya kelingkingnya menyentuh hujung bunga orkid yang terkeluar dari bakul atas meja buluh.

"Masa tu Kak Sun dah bekerja di sini?" Saya cubamenghidupkan percakapan yang terhenti.

"Tak bekerja, kak duduk di rumah. Bila suami kak mati baru kak minta kerja di sini".

Saya dan Andi Kamarool anggukkan kepala, kicau burung mula berkurangan dan tiupan bayu juga beransur lemah. Tetapi, sinar matahariterus memancar keras, panasnya tidak terasa menyentuh tubuh kami yang bernaung di bawah rimbunan pokok besar.

"Masa kak kerja di sini, kak sempat jumpa dengan ayah Mia. Orangnya baik, jarang bercakap, kecuali hal-hal yang mustahak," sambungKak Sun.

"Sempat jumpa ayah Mia?" Celah Andi Kamarool.

Kak Sun angguk kepala, sinar matanya membayangkan kebanggaan. Saya menggigit bibir dengan harapan kisah yang dituturkan KakSun tidak akan mati di situ saja.

"Sebenarnya, kak banyak bekerja dengan abang Mia. Ayah Mia jarang ada di rumah, terutama selepas bininya mati. Dia banyak keluarmerantau ke Tanah Melayu, Jawa, Borneo dan ke Filipina," tambah Kak Sun dengan sinar mata yang agak redup.

"Abang Mia yang baik hati dan bertimbang rasa itu memberitahu kak, bilik mana yang boleh dimasuki dan bilik mana yang jadi biliklarangan, dulu kalau ada tetamu yang tidur di bahagian anjung rumah akan mengalami hal ganjil. Bila terjaga pagi, mereka mendapatidiri mereka berada di tengah padang(halaman rumah) anak saudara kakak cuba tidur di situ, dia dicampakkan ke dalam parit besar".

KECUT

CERITA yang dituturkan oleh Kak Sun membuat saya rasa cemas dan kecut perut. Saya Iihat kedua-dua belah kening Andi Kamaroolnampak bergerak-gerak. Agaknya, dia juga merasa takut dan cemas, Hati saya mula berbelah bagi sama ada mahu meneruskanrancangan yang disusun atau membatalkannya saja. Andi Kamarool tentang biji mata Kak Sun.

"Ganjil," terpancut kata dari kelopak bibir Kak Sun.

"Macam ada penunggu pula Kak Sun," nada suara Andi Kamarool lemah sekali.

Mata saya liar merenung ke kiri dan ke kanan bangsal. Entah mengapa dengan tiba-liba saya terasa takut semacam, perasaan sepertibercelaru saja waktu tengah hari begini. Bagi menghilangkan rasa cemas ilu, saya terus senyum kepada Kak Sun dan Andi Kamarool.

"Kenapa kamu macam takut saja?" Kak Sun dapat mengesan apa yang sayaalami.

"Tak ada apa-apa, saya rasa sejuk waktu panas begini".

Kata-kata saya disambut dengan ketawa sinis. Saya semakin jadi serba salah. Senang rasa hati, bila mereka berhenti ketawa danmelahirkan senyum simpati untuk saya.

"Agaknya, kamu takutkan penjaga rumah?" Usik Andi Kamarool.

"Penjaganya kadang-kadang nampak, kadang tidak, berbadan besar. tinggi hitam macam orang dari Benua Afrika," secara sepontan Kak

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

31 of 52 30/12/2010 11:36 AM

Sun bersuara, saya pun membeliakkan biji mata, lalu merenung ke kiri dan ke kanan bangsal.

"Kak pernah tengok?" soal Kamarool.

"Pernah".

"Apa kak tak cemas?"

"Kak tak apa-apa, tak takut juga tak rasa terganggu

"Hai..."jerit Andi Kamrool.

Kak Sun tidak memperlihatkan apa-apa reaksi dari jeritan kecil Andi Kamarool itu. Dia nampak bersahaja, sesekali sepasang matahitamnya ditumpukan ke puncak bukit.

"Masa mula bekerja dulu, kak disuruh oleh abang si Mia duduk di sebelah bilik rahsia. Lebih kurang seminggu menginap di situ, padasuatu petang menjelang senja, tiba-tiba muncul orang hitam di pintu bilik dengan wajah yang masam," Kak Sun tidak meneruskancerita, dia kedutkan kening macam mengingati sesuatu.

"Apa yang kak buat?" Tanya saya.

"Kak kata begini: Anak tuan rumah suruh duduk di sini. Maafkan aku kerana lambat memberitahu kamu. Selesai saja kak cakap macamtu orang hitam itu tersenyum dan terus hilang'

Makin lama, makin seram rasanya cerita-cerita yang diungkapkan oleh Kak Sun tetapi, menyeronokkan.

(bersambung)...

CHAPTER LIST

(JILID 13) SIRI 175 CALON SUAMI GADIS HARIMAU Dec 28, '10 1:53PM

by adi for group komunitisbdj

APA yang menarik tentang Kak Sun ialah, cara dia menyampaikan cerita penuh dengan perasaan. Adaketikanya terasa amat melucukantetapi makin lama mengikut ceritanya makin terasa seram. Mengundang rasa takut yang tidak menentu seolah-olah bagaikan adamakhluk halus yang sedang mengikuti pergerakkan kami.

Bagi menghilangkan rasa takut itu saya segera mendekati Andi Kamarool, Bahu kami segera berlaga dan ternyata perbuatan itu kurangdisenangi oleh Andi Kamarool, Dia segera menjauhkan tubuhnya dari tubuh saya. Memang, kau tak faham dengan apa yang aku rasakanAndi rungut batin saya. Sebelum menyambung cerita yang terputus, Kak Sun renung ke arah dahan pokok besar atas kepala.

"Bila ayahnya mati, abang Mia ambil keputusan menjual barang-barang antik dalam rumah ni."

"Apa dia barang-barang antik tu Kak Sun?" soal saya.

"Lampu dari timur tengah, macam lampu Aladin tu, ukiran patung kayu, peti kain, mesin jahit, peti nyanyi dan macam-macam lagi."

"Kenapa dijual? Bukannya senang nak dapat barang-barang antik macam tu," Andi Kamarool renung muka Kak Sun penuh dengan tandatanya. Lagi sekali Kak Sun dongakkan muka ke dahan pokok besar, macam ada sesuatu yang dilihatnya di situ. Sudah tentuperbuatannya itu menimbulkan keraguan dalam diri saya.

"Sebabnya tak ada tempat nak simpan. Lagi pun simpan barang-barang lama ni susah Andi banyak pantang larangnya silap-silap caraboleh bawa padah."

"Huh." Andi Kamarool membeliakkan biji matanya. Dia terkejut.

"Ada orang yang membeli nya kak Sun?" Saya tidak jemu mengajukan pertanyaan.

Saya lihat kak Sun tersenyum lebar.

"Ramai orang yang membelinya tetapi mereka mengalami hal-hal yang ganjil. Kaum keluarga mereka hidup tak aman. Kerana si ayahminat barang-barang antik, anak isteri terima padah,"

"Apa dia padah yang dia orang terima kak?" Minat ingin tahu makin besar tumbuh dalam hati saya.

"Dikacau pengawal rumah, hidup tidak aman."

Untuk sekian kalinya saya dan Andi Kamarool menarik nafas dalam- dalam. Kak Sun nampak tenang tetapi, bila ada kesempatan diatetap mendonggakkan mukanya ke arah dahan pokok besar. Tentu ada sesuatu yang dilihatnya di situ. Kak Sun terus bercerita:

Seorang peniaga yang membekalkan keperluan harian untuk keluarga Mia, jatuh hati dengan almari antik dari China. Tanpa berfikirpanjang dia terus membeli almari itu dan ditempatkan di kedainya.

Semua pelanggan yang datang ke kedainya merasa kagum dan keindahan ukiran pada almari itu. Pemilik kedai hanya senyum bangga.

Kemegahan dan kebanggaan pemilik kedai, segera bertukar menjadi cemas. Tanpa disangka-sangka pada suatu subuh dia dikunjungioleh manusia hitam berbadan besar yang mendesaknya supaya almari antik dipulangkan segera ke rumah keluarga Mia.

Pada mulanya pemilik kedai enggan mematuhi permintaan manusia hitam. Tetapi dalam kunjungan berikutnya, manusia hitam berbadanbesar mula memperlihatkan kemarahannya pemilik kedai terpaksa mengalah dan almari antik dipulangkan kembali ke tempat asalnya.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

32 of 52 30/12/2010 11:36 AM

Sekiranya, ada pekerja yang bertindak kurang ajar atau tidak disenangi oleh Kak Sun pasti diganggu oleh orang hitam berbadan besaryang disebut oleh Kak Sun sebagai pengawal rumah. Akibatnya pekerja yang terbabit tidak senang hati dan terus minta berhenti kerja.

Dari cerita Kak Sun itu saya segera membuat kesimpulan yang Kak Sun dapat menterjemah apa yang dimaksudkan oleh si penjaga. Iniberlainan dengan Mia, walaupun sering berdepan dengan kelibat dan bayang-bayang orang hitam, ternyata Mia tidak mampu menekaatau menterjemah kehadiran si pengawal. Kalau Kak Sun sering melihat sesusuk tubuh lelaki tetapi si Samion lain pula yang dilihatnya.

Pernah Samion agak lewat meninggalkan kawasan rumah batu kerana dia membantu Kak Sun mengubah pasu bunga orkid daripadabangsal ke tempat lain. Kerana asyik menolong Kak Sun tanpa disedari hari sudah berada di remang-remang senja dan pada saat itu,secara tidak sengaja Samion terserempak dengan sesusuk tubuh seorang wanita cina tua. Akibat terkejut, Samion terus menjerit dan larilintang pukang. Beberapa pasu orkid turut pecah. Dari jeritan Samion itu, Kak Sun sudah dapat menduga apa yang ditemui oleh Samion.

"Sejak kejadian tu, Samion tidak berapa senang kalau Kak ajak dia membantu kerja-kerja kak di bangsal hingga pukul enam petang. Diahanya tolong kak setakat pukul enam saja," tutur Kak Sun yang diakhiri dengan ketawa kecil, Mungkin dia masih dapat membayangkankelucuan peristiwa tersebut.

Menurut Kak Sun yang peramah dan tidak pandai menyimpan rahsia itu, kemunculan bebayang atau kelisan manusia yang aneh itumengikut keadaan tertentu.

"Biasanya, dia datang bila kak menghadapi masalah atau datang memberi petanda dan alamat, Contohnya sebelum kamu datang, kaksudah dapat alamat atau gambaran yang kamu akan tiba di sini, kak tahu memang sulit untuk menyakinkan siapa saja tentang hal ini,tetapi bagi kak, penjaga atau pengawal rumah batu lama tu, memang ada."

"Alamat atau tanda-tanda yang kak dapat tu, kak bagi tahu pada Mia?" soal saya.

"Iya," angguknya, "tapi tidak semua. Kalau alamat itu membawa tanda- tanda bahaya baru kak bagi tahu. Kedatangan kamu berduabersama Haji Basilam kak tak bagi tahu."

"Kenapa tak bagi tahu?" Tanya Andi Kamarool.

"Penjaga rumah ni, dah kenal dengan Haji Basilam. Dia tu kawan baik arwah ayah Mia, dia tahu asal usul sejarah rumah ni," sebuahpenjelasan yang cukup menyakinkan dari Kak Sun,

Meskipun perasaan cemas sudah tiada dihati, saya tetap waspada. Renung kiri, renung kanan. Ada ketikanya donggakkan kepalamerenung dedaun dari pokok besar yang mempayungi kami. Beberapa ekor tupai berkejaran di dahan pokok sambil berbunyi. Anginterus bertiup lembut.

"Pernah sepupu kak meninggalkan basikalnya di sini untuk diambil oleh kawan karibnya yang kebetulan bekerja dengan Mia," masih adacerita yang mahu diungkapkan oleh Kak Sun kepada kami.

"Kerja sebagai apa kak?" terkeluar pertanyaan dari saya.

"Menjaga kebun pala."

"Habis apa dah jadi?" Andi Kamarool pula menyoal.

"Perkara tu, saya sampaikan kepada pekerja tersebut. Dua tiga kali pekerja itu datang, Peliknya dia tidak pula mengambil basikaltersebut, dia sekadar melihatnya saja," Kak Sun berhenti bercakap dia menarik nafas dalam-dalam. Matanya merenung kosong ke depan.

Kak Sun saya lihat seperti tidak mahu meneruskan cerita selanjutnya. Ini menimbulkan tanda tanya dalam diri. Dan cara yang palingbaik ialah memaksa Kak Sun secara terhormat untuk meneruskan cerita tersebut.

"Habis apa dah jadi dengan basikal tu Kak?"

Saya lihat Kak Sun seperti tersintak dari lamunan. Dia segera menelan air liur, Sepasang anak mata hitamnya diarahkan kepada saya.Sebuah senyuman saya hadiahkan untuknya

"Mia merungut kepada kak, dia kurang senang basikal itu tersadai di kawasan rumahnya. Kak tak terangkan bagaimana keadaan sebenarkepada Mia. Pada hal Kak sendiri pun merasa hairan kenapa kawan pada sepupu kak tak mahu mengambil basikalnya. Dia cuma tengoksaja."

"Pelik juga kawan sepupu kak tu, agaknya basikal curi. Itulah sebabnya dia tak mahu ambil," Andi Kamarool buat penilaian sendiri. KakSun tersenyum mendengarnya.

"Basikal barang curi, memang dia yang punya,"

Hampir sebulan basikal tu terbiar, hinggalah pada suatu petang secara tidak sengaja kak terus berkata. "Basikal ni ada tuannya. Kamuberikan pada tuannya, bila dia datang. Tidak sampai dua jam kemudian pemilik basikal itu pun datang dan terus mengambil nya dengansenang hati."

"Kali ini mudah benar selalu tu bila saya nak pegang handle basikal macam ada orang yang menahannya," ujar pemilik basikai itu padaKak Sun. Dan Kak Sun mula faham siapa sebenarnya penghalang pemilik basikai itu mengambil haknya.

Bila basikai sudah tiada di situ Kak Sun rasa senang hati. Dirinya terlepas dari runggutan Mia. Dan pada sebelah malamnya Kak Sun didatangi oleh pengawal rumah batu lama,

"Salah kamu sendiri suruh orang luar taruh sesuka hati, kau bukan tak tahu, aku mengawal seluruh kawasan rumah ni, jadi barang tuaku jagalah. Cuba kamu cakap barang itu milik orang ni, untuk sementara waktu saja lagi pun bersopan sikit, kalau nak tumpang barangminta izin dulu," Kak Sun mengajuk cara orang hitam itu bercakap.

Saya dan Andi Kamarool ketawa terkikih, bila melihat gerak-geri dan cara Kak Sun bercakap mengikut gaya pengawal rumah itu.

"Jangan ketawakan kak, nanti ada orang yang marah "

"Maafkan kami," serentak saya dan Andi Kamarool bersuara.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

33 of 52 30/12/2010 11:36 AM

Meskipun demikian, kawan kepada sepupu Kak Sun itu tidak tahu langsung kenapa dia merasa takut dan cemas setiap kali dia mahumengambil basikalnya. Perkara itu tidak pernah dicakapkannya kepada sesiapa pun dan terus menjadi rahsia dirinya.

Kak Sun tetap yakin, jika orang yang datang ke kawasan rumah batu lama, tidak buat hal kurang ajar, usik itu usik ini. Tidak cakapsebarangan sudah pasti penungggu (pengawal) rumah tidak melakukan apa-apa pada orang yang datang itu.

Kak Sun pun membuka kisah tentang dua orang kawan kepada abang Mia, seorang Melayu dari keturunan Bawean, manakala seoranglagi dari Acheh. Tujuan mereka datang ialah untuk mencari barang-barang antik.

Sebaik saja masuk ke ruang rumah batu lama itu, mereka berlagak seolah-olah rumah itu sebagai sebuah tempat pameran. Masuk sana,masuk sini. Usik itu, usik ini dan bercakap ikut sedap mulut saja. Diri Kak Sun mereka tidak kisah dan pandang semacam saja,

"Nasib baik mereka tak masuk bilik larangan," kata Kak Sun kepada kami.

"Mereka tak kena apa-apa kak?' Tanya saya.

"Manakah tidak, orang daripada Singapura tu, tiba-tiba menjerit tidak tentu fasal, macam kena rasuk. Orang dari Acheh dibaling denganbatu dan dipukul dengan kayu, tubuhnya jadi bengkak-bengkak. Tidak tahu, siapa yang memukulnya, Kedua-dua orang itu terpaksadibawa keluar dari rumah lama. Sebaik berada di luar rumah, orang yang menjerit tadi terus berhenti menjerit, orang yang dipukul tidakkena pukul"

"Jadi mereka tak beli apa-apa pun kak?" Andi Kamarool bertanya.

"Usahkan beli, bertanyapun tidak. Mereka terus cabut," kata Kak Sun.

Seterusnya Kak Sun beritahu, memang ramai yang datang ke rumah lama untuk membeli barang antik.Tetapi kebanyakkannya pulangdengan tangan kosong, mereka terasa semacam ada yang menghalangnya. Kalaupun berjaya memilikinya tetapi tidak lama, sebulan diamereka terpaksa memulangkannya semula.

"Selain dari Haji Basilam, siapa lagi yang tahu tentang hal keluarga Mia dan rumah batu lama ni," Andi Kamarool mula memasang jeratuntuk cungkil rahsia keluarga Mia sebanyak mungkin.

"Ada Andi."

"Siapa orangnya kak?"

"Haji Simpul."

Saya dan Andi segera berbalas pandangan.

"Duduk di mana kak?"

Saya menguluskan pertanyaan.

"Rumahnya, di hujung kampung. Umurnya dah dekat sembilan puluh tahun. Giginya masih kuat, rambut dah memutih seluruh kepalatetapi penglihatan dan pendengarannya masih elok. Dia ada menyebut tentang diri Mia pada kak,"

"Apa katanya tentang Mia kak?" Tanpa sabar saya terus menyoal.

Andi Kamarool segera melagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali kali.

Soalan dari saya membuat Kak Sun tersintak dan terdiam. Dari air mukanya dapat saya baca rasa kesal kerana secara tidak sengaja diamenyebut nama Haji Simpul. Menyedari situasi Kak Sun yang serba tidak kena itu, Andi Kamarool segera mengemukakan pertanyaan.

"Boleh kak bawa kami jumpa dengannya."

"Nak buat apa?" sepasang biji mata Kak Sun terbeliak besar macam biji mata getah, merauti wajah saya dan Andi Kamarool. Saya terustersenyum. Tidak disangka Kak Sun yang agak pendiam itu memiliki karakter yang melucukan.

"Bukan apa-apa saya cuma nak tanya rahsia diri dan keluarga Mia, Bila saya dah tahu rahsia keturunan saya, kalau bagus saya nakjadikan Mia yang cantik itu isteri saya, Kak Sun," usik Andi Kamarool. Saya ketawa terkikih, satu pertanyaan yang kira sungguh lucu dariAndi Kamarool.

Perkara yang saya anggap lucu itu, adalah sesuatu yang serius untuk kak Sun, dia tidak mengira itu adalah sebuah gurauan. Apa yanglahir dari mulut Andi Kamarool adalah perkara benar yang tidak boleh kira sebagai perkara remeh-temeh demikian tanggapan Kak Sun.

Kak Sun segera bangun. Berjalan mundar mandir di depan kami. Dua tiga kali dia menggosok hujung dagu dengan jari telunjuk. Diabetul- betul resah. Sesekali dia donggak ke arah dahan dan dedaun pokok besar untuk beberapa detik.

Dari situ pandangan dialihkan ke arah awan gemawan yang bergerak lembut menuju ke arah barat daya. Tiba-tiba dengan cara mengejutdia duduk kembali di bangku, lalu mata besarnya menatap tubuh Andi Kamarool, dari bawah ke atas perkara itu diulanginya berkali-kali.Saya pula jadi resah.

"Aku ingat kau tak payah jumpa dia, Andi."

"Kenapa pula kak?"

"Kalau setakat nak tahu rahsia, macam mana nak kahwin dengan Mia, aku boleh terangkan. Haji Simpul dah cakap pada aku Andi."

"Bila dia cakap dengan kak?" Minggu sudah atau sebulan yang sudah,"

"Lama dulu, semasa si Badrul dari kampung Bangko mahu masuk meminang Mia, Masa itulah, kak dengar Haji Simpul menasihati Badrulmencari anak dara lain di tanah Kerinci ni."

"Sebabnya kak?" soal Andi kamarool lagi.

"Bukan apa-apa, Mia dan Badrul tak selari, tak serasi hidup sebumbung.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

34 of 52 30/12/2010 11:36 AM

KATA-kata yang pancut dari kelopak bibir Kak Sun membuat saya dan Andi Kamarool termenung sejenak. Kak Sun menyedari perubahanyang terjadi kepada kami berdua. Dia seperti tidak berminat untuk meneruskan cerita, jika kami tidak berusaha memperlihatkankesungguhan, sudah pasti Kak Sun menyambung kembali percakapan yang terputus,

"Apa maksud Haji Simpul bercakap macam tu, tak baik mengagalkan orang yang nak mendirikan masjid," saya cubamenghidupkankembali suasana yang sudah menjadi dingin. Andi Kamarool anggukkan kepala, setuju dengan apa yang saya luahkan. Sementara itu KakSun tersenyum panjang. Dua tiga kali dia menepis lalat hijau yang berpusing-pusing di depan mukanya telapak tangan kiri sambilmerunggut. Apa yang dirungutnya tidak dapat saya dengar dengan jelas.

"Haji Simpul tidak sejahat tu, cakap dan tegurannya bersebab. Maklumlah cakap orang tua yang banyak pengalaman, sudah mengenaliluar dalam tentang keluarga Mia," nampaknya bersungguh-sungguh benar Kak Sun mempertahankan manusia yang bernama Haji Simpulitu. Biji matanya tetap ke arah wajah saya dan Andi Kamarool. Seolah-olah mahu membaca apa yang yang tersirat di sanubari kamiberdua melalui wajah.

Kerana ada kesungguhan dan minat yang mendalam membuat kami serius dengan apa yang dicakapkannya. Kelopak mata kami tidakberkedip, taktik yang kami lakukan itu berhasil sehingga tidak menimbulkan sebarang kecurigaan di hati Kak Sun.

"Anak cucu orang yang keturunan dengan datuk nenek Mia saja yang boleh menikah dengan Mia. Orang yang tak seketurunan kalaukahwin dengan Mia boleh mendatangkan kesusahan. Paling tidak rumahtangga mereka tidak aman, saling bercakaran, tak boleh dapatketurunan. Paling dahsyat si suami jadi kurus kering dan akhirnya mati tanpa dapat dikesan jenis penyakitnya," lanjut Kak Sun membuatbulu roma saya berdiri.

"Tapi....." saya tidak dapat meneruskan percakapan.

"Tapi apa Tamar, cakaplah," sergah Kak Sun.

"Perkara yang mustahil, keturunan datuk nenek Mia bukan Tuhan yang boleh menentukan kebahagiaan dan kecelakaan orang lain,"sanggah Andi Kamarool,

"Huuuuuuu...tentang itu aku tak tahu, tapi itulah yang dicakapkan orang-orang tua yang sebaya dengan Haji Simpul. Itulah sebabnyaorang tak berani masuk meminang Mia," kali ini nada suara Kak Sun agak keras.

Saya kira dia mula marah. Bila pendapatnya dipertikaikan. Jelingan cukup tajam menyelinap ke arah saya dan Andi Kamarool. Kamimenyedari yang Kak Sun tersinggung, saya dan Andi Kamarool membisu seketika. Masing-masing merenung rerumput di bumi. Kak Sunmenajamkan sepasang bibirnya ke depan sambil matanya merenung ke arah bebunga orkid di bangsal.

Suasana terasa agak sepi, kicau burung tidak kedengaran begitu juga desiran dedaun, angin bagaikan enggan bertiup. Bila sayamerasakan kemarahan Kak Sun mula menurun, saya segera bersuara.

"lya, saya setuju. Kalau dah orang-orang tua kata macam tu. Ertinya perkara itu betullah."

Saya lihat air muka Kak Sun berubah menjadi riang. Tidak muncung macam tadi, malah dia cuba tersenyum.

"Kita ni orang terkemudian, kena percaya dengan cakap orang yang terdahulu," tambahnya.

"Betul tu Kak Sun," sahut Andi Kamarool. Senyum Kak Sun bertambah lebar. Jari-jemari tangan kanannya memukul bilah-bilah buluh didepannya. Dia benar-benar berada di puncak kegirangan.

"Orang macam mana yang boleh jadi suami Mia, Kak Sun?" soal saya. Kak Sun menggigit lidah. Dahinya berkerut. Dia renung kiri,renung kanan. Kemudian menarik dan melepaskan nafas dengan teratur. Matanya tetap merenung ke arah bunga orkid yang berjuntaian.Macam ada sesuatu yang bermain daiam tempurung kepalanya.

"Orang macam mana yang boleh jadi suami Mia kak?" Ulang saya lagi. Agak keberatan Kak Sun menjawab pertanyaan yang saya ajukanitu.

"Kata Haji Simpul," Kak Sun mula bersedia menghilangkan keraguan dalam hati," orang dari keturunan manusia harimau saja yang layakjadi suaminya, orang-orang tua disini masa dulu, suka sangat mendampingi binatang secara ghaib, binatang-binatang itu dijadikansebagai suruhan untuk menjaga kepentingan keturunannya. Inilah satu-satunya keistimewaan orang-orang tua di Kerinci masa dulu,Tamar," sambung Kak Sun.

"Pelik, mana ada manusia berasal dari harimau," bantah saya.

"Hei! Harimau jadi-jadianlah, sejak turun temurun."

"Ertinya kalau begitu, bersahabat dengan makhluk jin yang tidak diketahui sama ada jin itu Islam atau kafir," saya terus berhujahdengan Kak Sun. Andi Kamarool hanya diam saja. Saya tidak tahu, apakah cara yang saya lakukan itu disenangi oleh Andi Kamarool.

"Kamu terlalu banyak cerita Tamar. Soal jin, soal syaitan aku tak tahu."

Tapi, perkara macam tu selalu dicakapkan di sini kepercayaan tu terus kekal sampai sekarang, betul atau tidak bukan soalnya. Pokoknyaorang- orang di sini percaya dengan semuanya tu. Itu fasal Mia tak kahwin sampai sekarang," Kak Sun renung biji mata saya.

"Macam mana dengan abang Mia? Dia beristerikan orang seketurunan dengan datuk neneknya" Tanya saya lagi.

'Tidak."

"Kalau begitu, sudah tentu rumahtangga mereka tak bahagia. Porak peranda,"

"Perkara tu aku tak tau. Menurut Haji Simpul, orang lelaki keturunan manusia harimau, boleh berkahwin dengan perempuan bukanketurunan manusia harimau."

"Kenapa begitu, semuanya ni merepek," saya tidak dapat mengawal perasaan. Nada suara saya cukup keras. Saya tidak mahumemikirkan apakah sikap saya itu menyinggung perasaan Kak Sun. Saya sudah banyak mengalah. Sebelum keadaan menjadi lebihgawat lagi, Andi Kamarool terus menepuk bahu kanan saya dua tiga kali. Muka Andi Kamarool saya tentang.

"Tamar, kamu mesti mendengar apa yang Kak Sun cakap. Dia lebih tahu tentang hal ni. Dia orang di sini," kata-kata oleh Andi Kamarool

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

35 of 52 30/12/2010 11:36 AM

dapat menurunkan tahap kemarahan dan saya dapat mengawal perasaan dengan sebaik mungkin. Saya segera minta maaf kepada KakSun, Sungguh mengejutkan Kak Sun tidak terasa hati dengan sikap yang saya tunjukkan itu.

"Tak merepek Tamar, ada alasannya. Anak dara manusia keturunan harimau ganas cepat panas darah. Bila suaminya dari keturunan yangsama, dia tidak boleh buat sebarangan, kuasa ghaib suaminya, kalau panas sama panas, ertinya sama-sama kuat mereka kadang-kadangtak dapat keturunan," begitu bersahaja Kak Sun bersuara,

"Pelik sungguh," sunggut saya,

"Makin lama kau hidup, makin banyak perkara pelik yang kau lihat dan kau dengar. Manusia itu sendiri sebenarnya memang pelik," sayatersenyum, Kak Sun seperti berfalsafah. Andi Kamarool terus mengelamun. Entah apa yang difikirnya, sukar untuk saya teka.

Tiba-tiba Andi Kamarool bangun. Berdiri lurus, kemudianmenggeliat ke kiri dan ke kanan. Barangkali, dia mahu menghilangkan rasalenguh di seluruh sendi tubuh.

"Bagaimana mahu tahu, seseorang tu dari keturunan manusia harimau?" Cara mendadak saja Andi Kamarool mengajukan pertanyaanuntuk Kak Sun.

"Bila jumpa Haji Simpul, apakah dia boleh menentukan seseorang itu dari keturunan manusia harimau?" Datang pula pertanyaan darisaya. Pertanyaan yang bertalu-talu itu tidak pula membuat Kak Sun kelam kabut Dia nampak tenang.

"Ada tanda-tanda tertentu, kalau susah mencari tanda-tanda tu, jumpa Haji Simpul. Dengan sekali pandang saja dia boleh kenal samaada seseorang itu dari keturunan manusia harimau," dua pertanyaan yang dikemukakan dijawab oleh Kak Sun sekaligus.

"Antara tanda-tanda lelaki dari keturunan manusia harimau tentu ada yang kak tahu?" Saya renung muka Kak Sun.

Dia termenung sejenak.

"Tak banyak sikit, mesti ada yang Haji Simpul cakapkan pada Kak Sun," susul Andi Kamarool.

"Antara tanda-tandanya, alur bibirnya terlalu dalam. Jika bermisai, sebelah kiri dan kanan, keras dan luar biasa panjangnya, walaupundipotong setiap hari, tetap panjang. Sekelompok rambut di tengah ubun- ubun berwama kemerahan berbelang putih hitam. Bila marahselalu mahu mengaru dinding-dinding atau mencakar tanah sambil mengeluarkan suara menderam dan pada masa itu bauk di kiri kananpipi bertukar menjadi lebat dan bulu roma di muka terus bermunculan. Bila tidur malam berdengkurnya macam kucing mahu bergaduh."

'Terima kasih Kak Sun " kata saya sebaik saja Kak Sun berhenti bercakap, Dia terus tersenyum tetapi, matanya terpaku ke wajah AndiKamarool, macam ada sesuatu yang dicarinya.

"Apa kamu berdua ada tanda-tanda yang aku sebutkan tadi."

"Saya tak ada."

"Macam mana dengan kamu Andi?"

"Saya tak tahu apa nak kata, terpulanglah pada Kak Sun," jawab Andi Kamarool dan disambut oleh Kak Sun dengan ketawa panjang.

(bersambung)...

CHAPTER LIST

( JILID 13) Siri 176 Memanggil Makhluk Halus Dec 28, '10 1:58 PM

by adi for group komunitisbdj

Tetapi, jauh di sudut hati tetap mengatakan beberapa ciri yang diungkapkan oleh Kak Sun memang ada pada diri Andi Kamarool.

Dan peristiwa di kubur lama yang terletak di bahagian belakang rumah batu lama itu, menyakinkan saya, bahawa Andi Kamaroolmemang ada kaitan dengan keturunan manusia harimau.

Memang, dialah lelaki yang paling layak untuk menjadi suami kepada Mia. Bukannya saya walaupun hati kecil ini memang jatuh hatidengan gadis yang bermata galak itu.

"Walau apapun, saya ingin benar nak jumpa dengan Haji Simpul Kak," nada suara Andi Kamarool agak keras, penuh dengan keyakinan.Dan apa yang berlegar dalam tempurung kepala saya terus hilang. Saya gigit bibir dan terus merenung muka Andi Kamarool.

"Sabar dulu Andi, biar kak jumpa Haji Simpul dulu, kalau dia setuju bolehlah kak bawa kamu jumpa dia."

"Kenapa mesti jumpa dia dulu, kita pergi terus ke rumahnya tak bolehkah?" Saya menyampuk,

"Kak fikir, cara apa yang nak kak buat ni, lebih bersopan dan beradab."

Saya anggukkan kepala.

"Eh, biar kak ke rumah Mia dulu, kalau lambat nanti dia merunggut pula. Dia mahu meja makan dihias cantik untuk kamu berdua," KakSun terus bangun mengambil rangkaian bunga orkid pilihan yang terletak di sudut bangsal.

Setelah bebunga orkid itu dimasukkan ke dalam raga yang dibuat dari buluh, kak Sun merenung ke arah kami dengan segaris senyumikhlas.

"Jangan lupa datang," katanya.

Serentak kami anggukkan kepala.

"Mia memang mengharapkan kedatangan kamu berdua," tambah Kak Sun lagi.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

36 of 52 30/12/2010 11:36 AM

Senyumannya masih berbunga di kelopak bibir.

"Kami tak lupa Kak mana boleh lupa dengan makan," saya membalas.

Dengan langkah dan lenggang yang bersahaja Kak Sun menuju ke rumah Mia. Hanya dalam beberapa detik saja, kak Sun hilang daripandangan mata kami.

Kak Sun sudah pergi tetapi kami masih lagi berada di sudut bangsal. Masih belum dapat membuat keputusan tepat sama ada mahu balikatau terus pergi ke rumah Mia.

"Bagaimana Andi? Balik atau terus ke rumahnya."

Andi Kamarool bagaikan terkejut dengan pertanyaan yang saya ajukan itu. Gigi atas dengan gigi bawah dilagakannya beberapa kali.

"Terlalu awal sangat nak pergi ke rumahnya. Malu kalau kita dianggap kemaruk sangat nak makan, lagipun belum tahu masakannyasedap atau tidak" sambil ketawa kecil Andi Kamarool memberikan komentar.

"Kalau dah begitu, kita balik saja ke rumah papan."

"Iya, aku pun fikir macam tu, kita balik ke rumah rehat sekejap, kemudian mandi dan tukar pakaian, baru kita pergi ke rumahnya."

"Kalau itu keputusan kamu Andi, aku ikut saja."

Kami melangkah seiring menuju ke rumah papan.

Sepanjang perjalanan kami tidak banyak bercakap. Tetapi saya tetap terhibur melihat dedaun yang hijau merimbun, terasa seronokmendengar kicau beburung yang beranika irama dan ragam. Dalam saat-saat begitu alam dengan saya terasa amat akrab. Tidak bolehdipisahkan.

MENEPATI JANJI

Seperti yang dijanjikan, tepat jam 12.30 tengah hari kami berdua sudah pun berada di ruang makan rumah batu lama. Saya memakaibaju kemeja lengan pendek, warna merah, berseluar putih dengan sepatu getah hitam. Andi Kamarool memakai baju lengan panjang,warna putih, seluar hitam dan bersepatu getah putih.

Pada saat itu, kami kira kamilah pemuda yang cukup bergaya dan tampan. Tetapi, antara saya dengan Andi Kamarool ternyata dia lebihkacak lagi. Dengan tingginya lebih dari lima kaki tujuh inci, dia nampak bergaya dengan rambut yang disisir lurus ke belakang, manakalabahagian depan terjuntai atas dahi.

"Bergaya nampak," tegur Mia sambil merenung kami atas bawah.

"Jadi tetamu mestilah pakai cantik," balas saya.

"Merah putih, macam bendera negara ini," Mia merenung ke arah saya. Usikkannya itu membuat saya dan Andi Kamarool ketawa. Denganusik mengusik, kemesraan terus terjalin. Dengan cara yang bersahaja, Mia pun menyuruh kami duduk di kerusi, menghadapi hidanganyang tersedia atas meja.

"Entahkan sedap, entah tidak. cubalah rasa," tutur Mia dalam nada suara yang lembut. Sepasang mata galaknya tertumpu ke arah kakSun yang sedang menaruh nasi ke dalam pinggan kami,

"Boleh saya tanya sikit Mia?" Tanya Andi Kamarool.

"Banyak pun boleh.

"Silakan."

"Apa nama masakan ni Mia?" Masak Padang, masak Jambi atau Masak kerinci."

"Aku tahu, agaknya masak Mendailling," saya terus mencelah. Kak Sun tersenyum tetapi Mia dan Andi kamarool ketawa kecil.

"Masakan ini sesuai dengan selera orang semenanjung dan orang Sumatera. Namakan saja masak dua serumpun. Jangan sebut masakJambi, Mendailling dan Kerinci, kita istiharkan masakan yang terhidang ni dengan nama "selera Melayu." Bukankah alam Melayu itu luas,"Mia berjenaka.

Dalam jenakanya itu, dia seolah-olah mahu memberitahu bahawa rumpun Melayu tidak boleh bercerai atau pecah kerana puak atau suku.Rumpun bangsa yang besar selalu telagah pendapat tetapi itulah kesimpulan yang saya buat dari jenaka pendek Mia.

"Cakap Mia tu ada betulnya," Andi Kamarool segera menegakkan ibu jari kanannya. Cepat-cepat saya anggukkan kepala tanda setuju.Kak Sun tetap mendermakan senyumnya.

"Silakan, asyik bercakap makanan yang tersedia tidak dimakan," Mia bersuara.

"Iya tak iya juga, makanlah," sampuk Kak Sun.

Dan bau makanan yang menyelerakan itu membuat saya terasa amat lapar. Rasa malu dan segan mula tersisih jauh dari hati. Dan makantengah hari pun bermula.

"Memang sedap dan menyelerakan," Andi Kamarool memberikan komentar di saat dia mengakhiri makan tengah hari. Saya mengiakandengan menganggukkan kepala, Tiada komen dari Mia, kecuali senyum bersama jelingan manja. Bukan untuk saya tetapi untuk AndiKamarool. Sebagai pemanis mulut, disediakan buah salak Jambi dan semangka yang enak.

Bila semuanya sudah usai, ruang makan kami tinggalkan. Kami labuh di ruang tamu seketika, sebelum pulang ke rumah papan.

"Malam ni, kamu berdua nak tidur di ruang anjung rumah batu" cara mendadak Mia muncul di depan kami.

"Iya," jawab kami serentak.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

37 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Kamu tahu, malam ni, malam apa?"

"Mahu menguji kami, malam ni malam Jumaat," sahut Andi Kamarool

"lngatan kamu cukup bagus Andi," puji Mia.

SINDIRAN

Tetapi, saya tidak menganggap itu satu pujian yang ikhlas. Pada hemat saya, itu satu sindiran yang tajam, seolah-olah meraguikemampuan dan kesunggguhan kami berdua dalam usaha bersemuka dengan penjaga rumah batu lama.

"Aku harap jangan tak jadi," tambah Mia lagi.

"Dengan izin Allah, semuanya akan berjalan dengan baik," nada suara yang penuh dengan keyakinan, bersalut semangat kental terucapdari kelopak bibir Andi Kamarool. Macam tadi juga, Mia hanya tersenyum dengan seribu persoalan yang sukar dicari jawapannya.

Memang tidak dinafikan, berada di ruang tamu rumah batu lama, macam-macam yang saya fikirkan. Lebih-lebih lagi bila melihatbeberapa barang dan perkakas antik yang tersedia ada di situ. Semua yang terlintas dalam kepala adalah perkara yang menyeramkan.Contohnya bila terlihat beberapa batang tongkat antik yang terletak di meja khas di sudut ruang tamu.

Semua kepala tongkat di ukir dengan kepala binatang seperti singa, harimau beruang, burung helang dan ular berkepala dua. Bahagianmata ditaruh sejenis batu kilat, bila terkena sinar matahari kelihatan berkilau- kilauan seperti bergerak ke kiri ke kanan.

"Kamu macam takut aje, bila tengok tongkat lama, Tamar."

Memang tidak saya duga sama sekali yang Mia memperhatikan gerak- geri saya.

"Bukan takut, cuma kagum dengan kehalusan seni ukirannya," saya berdalih.

"Semua tongkat-tongkat antik tu, buatan luar negeri. Adadari Turki, Iran, Iraq dan China," tanpa di minta Mia terus menerangkan. Sayaanggukkan kepala.

"Anehnya, orang-orang cuma kagum pada ukirannya tapi, mereka tak minat untuk menyimpannya " Mia menyambungkan percakapannyayang terputus. Buat seketika saya termenung. Dan Andi Kamarool seperti tidak mahu ambil tahu dengan apa yang berlaku. Diamengelamun sendiri.

"Buktinya?" Tanya saya.

"Tak ada yang minta atau mahu membelinya. Bila mahu diberi, mereka menolak kalau kau minat dengan tongkat, pilihlah dan ambilmana yang kau suka."

Saya tergamam mata Mia yang bulat bersinar merauti seluruh wajah saya. Memang di luar jangkaan yang Mia boleh bermurah hati.

"Saya tak minat dengan tongkat" jawab saya sambil mengelengkan kepala.

Memang tidak didugakan, kata-kata saya hamburkan disambut dengan ketawa oleh Andi Kamarool dan Mia. Bagi menghilangkan rasarendah diri saya turut ketawa.

"Aneh, percinta seni tidak minat pada ukiran seni."

"Ada masanya mesti bersikap begitu, tidak semua hasil seni tu aku minat Andi," saya kira jawapan itu akan membunuh minat AndiKamarool untuk melanjutkan topik perbicaraan yang tidak saya senangi, Usaha saya berhasil, Andi Kamarool tidak menyebut-nyebutperkara itu lagi.

"Kami balik dulu, waktu zuhur dah nak masuk," Andi Kamarool bangun. Dia melangkah ke pintu.

"Malam ni, lepas sembahyang maghrib. Kau berdua datang ke sini. Kita makan bersama. Lepas tu, kau orang jalankan apa yang kauorang hajatkan," tutur Mia penuh kemesraan. Kami segera mengangguk setuju.

Dari ambang pintu, sepasang mata Mia menghantar kami hingga ke kaki tangga rumah papan, Sungguh mendebarkan, di saat kamiberada di muka pintu rumah papan, Mia masih belum mengarahkan pandangannya ke arah lain. Adakah renungan itu untuk AndiKamarool yang sudah berjaya menyingkap rahsia hatinya atau renungan yang mempunyai maksud lain.

"Andi."

"Kenapa Tamar?"

"Mia merenung kamu."

Andi Kamarool segera menoleh ke arah Mia. Seulas senyum berlari di ketopak bibir Andi Kamarool lalu diiringi dengan lambaian tangan.

Antara mereka berdua sudah tersimpul tali kasih, begitulah saya membuat kesimpulan. Semoga, apa yang mereka hajati akan menjadikenyataan. Kebahagiaan dan keriangan-yang bakal diraih oleh Andi Kamarool akan memberi kepuasan dalam hidup saya. Itu doa danharapan yang muncul dalam hati nurani saya.

"Dia senang dengan kamu Andi."

"lya, aku juga senang dengannya, Tamar."

"Teruskan."

'Tapi..." Andi tidak meneruskan kata-kata dan saya tidak pula mahu mencungkilnya, Persoalan tersebut mati begitu saja.

PERASAAN

Begitulah didorong oleh perasaan untuk melihat rupa dan bentuk pengawal (penjaga) rumah batu lama secara zahir, memaksa saya danAndi Kamarool melangkah ke anjung rumah batu tepat pukul dua belas malam. Sebelum duduk bersimpuh, saya pun menaburkan bunga

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

38 of 52 30/12/2010 11:36 AM

tanjung dan cempaka di ruang anjung.

Berbekalkan sebanyak sedikit cara dan petua orang menyepi serta memanggil makhluk halus, saya pun menyuruh Andi Kamaroolmembakar kemenyan.

Dupa pun diusung ke setiap sudut ruang anjung. Di mulai dari kiri membawa ke kanan, bergerak sebanyak tujuh kali berturut. Tujuhbatang lilin yang dipasang menyala agak malap. Cahayanya tidak dapat menguasai seluruh kawasan ruang yang dikatakan cukup kerasitu.

Udara malam Jumaat terasa agak dingin. Suasana sekitar terasa amat sepi tetapi desiran angin yang menyentuh dedaun masih dapatditangkap oleh gegendang telinga saya.

Saya mengarahkan Andi Kamarool supaya duduk saling membelakangi. Ketika tangan memeluk tubuh, secara mendadak saja lilin yangdipasang padam sendiri. Ruang anjung kegelapan. Salakan anjing yang memanjang dan mendayu-dayu mula kedengaran suara burunghantu, saling bersahut-sahutan.

Angin malam Jumaat mula terasa menyentuh kulit muka, Bau kemenyan bertambah semerbak berpadu dengan bau bunga tanjung dancempaka menusuk lubang hidung. Saya mula terasa mahu bersin tapi tak jadi.

Dalam suasana yang gelap gelita itu, macam-macam bunyi yang sebelum ini tidak pernah kami dengar menusuk lubang telinga,Lolongan anjing dan bunyi burung hantu bersama desiran angin bagaikan tidak berkesudahan.

Saya bertambah resah tubuh mula merayapi benda halus yang licin dan berkaki banyak. Benda-benda halus itu merayap atas dagu, pipidan lengan serta atas paha. Gelinya Allah saja yang tahu.Bila benda-benda halus itu keluar masuk lubang hidung dan telinga membuatsaya sesak nafas. Entahkan lipan, entahkan ular atau lipas yang merayap, sukar untuk saya menentukannya.

Semuanya terpaksa dibiarkan. Semuanya terpaksa direlakan demi untuk bersemuka dengan penjaga rumah batu lama. Sudah menjadiperaturan semasa bertafakur (bersemadi) apa yang merayap di badan, tidak boleh disentuh. Mesti bergerak sebebas-bebasnya.

Bercakap juga tidak boleh, seluruh pancaindera dan mata hati mesti dipusatkan kepada perkara yang dihayati. Jika semuanya itu tidakmampu atau terdaya dilakukan, sudah semestinya apa yang diingini tidak akan menjadi.

Agak lama juga kami berada dalam gelap gelita, menunggu kalau ada kejadian ganjil atau petunjuk ghaib yang akan mempertemukankami dengan penunggu rumah batu lama seperti yang didakwa oleh Kak Sun dan para para pekerja Mia. Dalam keadaan sedang berlikiritu, saya terdengar dengkur Andi Kamarool. Dia sudah tidur. Ini membuat saya resah. Saya tidak boleh mengejutkannnya, walau denganapa cara sekalipun

Dalam gelap pekat itu, saya terus memusatkan seluruh pancaindera dan mata batin ke arah yang dihajati. Tetapi, hasilnya, tiadaapa-apa. Rasa putus asa tidak bertandang di sanubari, Saya terus berusaha dengan harapan penjaga rumah akan muncul. Dengansedaya upaya saya arahkan pancaindera dan mata hati hingga saya lupakan diri sendiri, lupakan kewujudan Andi Kamarool di sisi. Tidakada apa yang saya dengar, fikiran dan perasaan saya lerasa kosong, Dunia bagaikan tiada wujud dalam hati dan fikiran saya.

SEMADI

Dalam keasyikkan bersemadi itu, tiba-tiba saja terasa tubuh terangkat dari lantai (simen) anjung rumah batu lama secara perlahan-lahan. Punggung seperti berada di atas telapak tangan manusia. Saya cuba mengawal agar jangan jatuh. Dalam keadaan separuhbinggung dengan apa yang saya alami.

Tubuh saya terus terangkat semakin tinggi. Dihayun ke kanan, ke kiri. Di gerakkan ke belakang. Kemudian tubuh terus dipusing macamgasing tetapi, kaki saya tetap dalam keadaan bersimpuh atau bersila.

Tubuh saya terus dipermainkan. Dicampakkan ke setiap penjuru ruang tamu. Tidak ubah macam bola, digolek di tendang sesuka hati,Semasa tubuh saya diperlakukan demikian, antara sedar dengan tidak saya bersuara.

"Agaknya penunggu rumah ni, mahu mengajar aku ilmu mempertahankan diri yang baru. Ilmu silat yang luar biasa. Kalaulah itutujuannya saya bersedia menerimanya. Ajarlah, saya sanggup."

Memang saya mengharapkan kata-kata yang diluahkan itu akan dapat tindak balas. Susah dan sakit saya rela menanggungnya. Ternyataapa yang saya harapkan tidak menjadi kenyataan.

Tiada jawapan dari makhluk halus (penjaga rumah) yang saya perolehi, Malah tubuh saya terus dihayun, dipusing dan dicampakkan kemana-mana saja, sesuka hati. Akibatnya saya mula pening dan bercelaru, kosong melopong dan melayang-layang. Seperti berada dialam fantasi yang tiada bertepi.

Di antara sedar dengan mimpi, saya melihat cahaya berlegar-legar di luar ruang anjung. Dengan tidak semena-mena cahaya itumengarah kepada saya. Bagaikan masuk ke tubuh badan. Buat beberapa saat, hati dan kepala jadi panas, seperti terbakar rasanya. Bilarasa panas itu hilang, bagaikan ada kuasa yang membawa saya keluar dari anjung rumah. Tubuh saya (masih dalam keadaan bersila)diletakkan atas bumbung rumah batu lama.

Terdengar bisikan telinga, menyuruh saya terjun. Arahan itu saya bantah dengan alasan takut. Bisikan itu datang lagi. Kalau tadi suaralelaki, kali ini suara perempuan merayu lembut dan manja. Bisikan suara perempuan menimbulkan rasa serba salah dan ragu.Apakah-saya harus mematuhi atau menolaknya, di saat mencari keputusan itulah, seperti ada seseorang berdiri di belakang saya.Dengan kaki orang itu menolak saya. Peliknya, tubuh saya tidak jatuh terus ke tanah, sebaliknya macam daun kering dibawa angin.

Semasa melayang-layang itulah saya melihat gunung ganang, lurah dan gaung, sungai dan paya di samping hutan belantara yangmenghijau. Dan akhimya tubuh saya tidak mengalami rasa sakit. Tubuh saya bagaikan berada di atas sekeping permaidani.

Saya cuba bangun dan berusaha untuk naik ke ruang anjung rumah batu lama. Ternyata usaha itu tidak berjaya, setiap kali saya cubamasuk ke ruang tamu untuk naik ke ruang anjung rumah. tubuh saya ditarik ke belakang. Sesudah lima enam kali berusaha dan gagalsaya kembali duduk dan mula memikirkan bagaimanakah cara yang sepatutnya saya lakukan, Bagaimana kalau saya naik ikut tanggakayu yang secara kebetulan tersandar di dinding rumah batu lama.

Semasa saya bangun dan bersedia untuk menuju ke arah tangga kayu. Tubuh saya dipeluk dari belakang. Saya gagal melepaskan diri.Tubuh yang kecil ini terus dipikul dan dicampakkan ke atas rakit buluh di muara sebatang sungai.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

39 of 52 30/12/2010 11:36 AM

Saya lihat air di mana-mana. Empat batang anak sungai bertemu muara. Ramai gadis jelita mandi berkemban dan sebahagian yang lainmembasuh. Ada juga di antara mereka yang berbogel, berenang dan menyelam dengan bebas.

Semuanya berkulit putih dan sebahagian kecil saja yang berkulit sawo matang. Buat beberapa saat saya terpesona dengan kejelitaanpara gadis. Rakit yang saya naiki terus dirempuh gelombang besar dan saya tercampak ke dalam sungai. Dengan sedaya upaya sayaberenang ke tebing dan berusaha naik ke darat.

Entah mengapa, semua yang saya lakukan tetap mengalami kegagalan. Saya bertambah binggung dan mula pasrah pada keadaan, Sayamerelakan apa yang akan berlaku pada diri saya. Sesungguhnya saya rela mati.

Dalam keadaan putus asa itu, ada lelaki tua melintas di depan membawa bungkusan. Dari bibir tebing dia merenung ke arah saya yangterkapai-kapai dalam air. Dia terus berlalu dan hilang. Saya kembali berusaha memanjat tebing sungai dan kali ini saya berhasil.

"Kamu berjaya."

Saya mula tersedar. Saya tidak tahu suara siapakah yang saya dengar sebentar tadi, Sebenarnya saya tidak ke mana-mana. Masih beradadi tempat asal. Masih bersila dan memeluk tubuh.

"Subhana Allah...." terungkap dari bibir.

"Alhamdulillah...." balas Andi kamarool.

Kami saling berpandangan.

Bila sudah bercakap ertinya melanggar pantang larang dan usaha selanjutnya adalah kerja yang sia-sia. Pencarian untuk malam itusudah menemui jalan buntu. Menyedari kegagalan itu, saya terus menyalakan api lilin.

"Kita gagal," bisik saya ke telinga Andi Kamarool.

Dia mengangguk lemah.

RAHSIA

Akhirnya, terbongkar rahsia. Andi Kamarool yang sangkakan tidur, sebenarnya dia tidak tidur. Timbul pertanyaan dalam hati, suaradengkur siapakah yang saya dengar tadi?"

"Aku sangka kamu tidur Tamar. Aku dengar kamu berdengkur."

"Soalnya, kita sama-sama tidak tidur, Andi,"

"Jadi, suara dengkur siapakah yang kita dengar tadi?"

"Susah untuk kita mencari jawapannya Tamar" kata Andi Kamarool. "Walau apapun, kita sama-sama gagal, penunggu rumah batu lamatak mahu jumpa kita atau penunggu tu memang tidak ada?"

"Kita cuba lagi, Andi," saya memberikan harapan dan semangat.

Sungguh mengejutkan, bila Andi Kamarool memberitahu antara sedar dengan tidak (seperti yang saya alami) dia telah didatangi olehseorang gadis cina berambut panjang. Parasnya sangat cantik. Dari cara dia berpakaian menunjukkan dia dari golongan mewah.

Dengan wajah manis, Andi Kamarool menyapa dan memohon berkenalan. Gadis cantik itu dengan penuh sopan menyatakankeberatannya untuk berkenalan dengan Andi Kamarool.

"Awak bukan mahu berkenalan, ada tujuan lain."

"Maksud awak?1'

"Tujuan sebenar awak, mahu bertanya tentang keluarga saya- Tentang orang yang menjaga kawasan rumah ini. Minta maaf. saya sibuk"

"Saya tidak bermaksud begitu, "balas Andi Kamarool"

(bersambung)...

CHAPTER LIST

(JILID 13)SIRI 177 JUMPA DI KUBUR LAMA Dec 29, '10 7:16 PM

by adi for group komunitisbdj

SI gadis jelita termenung sejenak tetapi, sepasang matanya yang lembut terus menatap wajah Andi Kamarool Dan sekilas senyum berlaridi kelopak bibir, tentunya untuk Andi Kamarool yang muka di dakap keresahan.

"Begini saja, awak ikut saya berjalan-jalan di sini."

"Untuk apa?" Andi Kamarool gugup.

"Melihat keindahan dan kecantikan kawasan ni. Lagipun awak orang baru di sini, Saya kira, jalan bersama tak salah. Macam mana, awaksetuju?"

Andi Kamarool jadi serba salah. Sekejap garu kepala, sekejap garu leher, sekejap lagakan gigi atas dengan bawah sekali. Dia masih raguuntuk membuat keputusan.

"Bagaimana? Kamu ragu-ragu dengan aku?" desak si gadis.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

40 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Ayuh, saya temankan awak," jawab Andi Kamarool penuh semangat.

"Bagus, kita menuju ke sungai," si gadis jelita memulakan langkah. Mereka berjalan beriringan.

Seperti apa yang saya lalui, Andi Kamarool juga turut mengalaminya. Dia melihat air sungai yang melimpah ruah tetapi mengalir tenangmengarah dengan dedaun kering dan kumpulan bunga teratai dari hulu.

"Mari kita mandi," si gadis jelita sambil menanggalkan pakaian. Cuma yang tinggal coli dan seluar dalam. Si gadis jelita teijun ke dalamsungai.

"Mari kita mandi," ajaknya lagi sambil melentangkan badan di permukaan air sungai yang tenang,

"Kenapa menung, jangan tunggu lama-lama. Terjun dan berenang sekarang," desak si gadis jelita, Dan kali ini, Andi Kamarool bersediamemenuhi permintaan itu. Dia segera terfikir, mungkin apa yang sedang dilaluinya ini adalah tipu helah pengawal rumah batu lamauntuk memerangkapnya. Andi Kamarool tergesa-gesa berpatah balik,

"Kenapa kamu berpatah balik? Kamu takut dengan air," jerit si gadis dengan rasa kesal yang amat sangat. Andi Kamaroolmempersetankan suara si gadis itu. Dia cuma senyum dan berpatah balik ke tebing sungai.

Berdiri kaku di situ, melihat si gadis jelita berenang dan menyelam sesuka hati. Tubuh si gadis yang segar jadi sasaran biji mata AndiKamarool,

Payu dara yang keras dan tajam menolak coli yang nipis. Rambut yang panjang bagaikan tebaran jala bila si gadis yang memusingkankepala dengan cepat. Si gadis terus berenang dan menyelam bagaikan puteri duyung. Semua gerak-geri yang dipamerkan seolah-olahberusaha membangkitkan nafsu berahi Andi kamarool. Ternyata Andi Kamarool tidak mudah untuk digoda.

Andi Kamarool terus menanti di pinggir tebing.

"Kenapa kamu tak pergi?" Soal si gadis sebaik saja dia menghampiri tebing. Tangan kiri nya memegang akar yang terjuntai ke dalamsungai, tubuhnya terus digerakkan-gerakkan dalam air sungai yang jernih. Andi kamarool dapat menikmati seluruh kulit tubuhnya yangputih melepak.

Di bahagian tengah belakangnya bertenggek seketul tahi lalat hidup,

"Kamu menanti sesuatu dari aku," tambah si gadis, dia terus berenang ke tengah sungai dengan cara terlentang.

"Lihat sini," jeritnya sambil melambai-lambaikan tangan ke arah Andi Kamarool. Dengan sekelip mata dia terus menyelam ke dasarsungai.

"Ke mana dia?" Hati kecil Andi Kamarool berkata sendirian. Cukup lama si gadis itu menyelam, Hampir kecewa Andi Kamarool dibuatnya.

Tiba-tiba si gadis muncul di permukaan sungai. Berenang dengan tenang ketepian. Dia melompat ke atas tebing. dengan sekelip matacoli dan seluar dalamnya terus kering dengan serta merta.

"Anehnya," bisik batin Andi Kamarool.

Si gadis terus senyum, seolah-olah tahu apa yang bergolak dalam dada anak muda di bibir tebing, Dan mata beningnya terus menatapsekujur tubuh Andi Kamarool.

Si gadis terjun ke dalam sungai kembali. Menyelam untuk beberapa saat dan muncul kembali dengan sebilah keris lama agak pendektetapi, mempunyai lima luk tanpa hulu dan sarung. Semasa ditayangkan kepada Andi Kamarool mata keris lama mengeluarkan cahayakekuning kuningan hanya untuk beberapa saat sahaja.

TEBING

Si gadis melompat atas tebing, sepasang kakinya dari paras lutut hingga ke hujung kaki berada dalam air sungai. Andi Kamarool melihatair sungai. Andi Kamarool melihat air dari hujung rambut jatuh meleleh perlahan di permukaan kulit dada dan belakang sebelum jatuh kebumi.

"Cantik dan antik," si gadis menggerak-gerakkan keris lama berluk lima, dari kanan ke kiri di depan mata Andi Kamarool.

"Berikan saya."

"Buat apa?"

"Untuk kenang-kenangan," jawan Andi Kamarool.

"Mudahnya nak minta harta orang. Permintaan dan ajakan orang tak dilayan."

"Apa permintaannya."

"Buat lupa pula, bukankah tadi aku ajak kamu mandi bersama."

"Oh..!" Mulut Andi Kamarool separuh terlopong.

"Sudahlah."

Secepat kilat si gadis jelita mengangkat kaki dari sungai. Dia terus berdiri. Tubuhnya yang jadi sembilan puluh peratus bogel segeraditutupinya dengan tuala besar. Entah dari mana tuala itu menjelma? Semuanya membuat kepala Andi kamarool pening.

"Kita pulangkan keris ini ke tempatnya, kalau kamu berhajat silalah cari sendiri dalam sungai. Selamat tingggal orang muda "

"Jangan dibuang nanti dulu."

Si gadis buat tidak kisah dengan permintaan Andi Kamarool. Keris lama berluk lima segera dicampakkannya ke dalam sungai. Dia terusberlalu dan Andi Kamarool tersedar.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

41 of 52 30/12/2010 11:36 AM

Kerana sudah ternyata apa yang dilakukan tidak mendatangkan hasil, kami memutuskan untuk pulang saja ke rumah papan. Tetapi,kami mengalami kejutan yang lain pula. Kami tidak dapat tidur, badan terasa panas, gatal dan berpeluh seperti berada dekat denganunggun api,

Apa yang peliknya, menjelang subuh rasa panas, gatal dan peluh di badan hilang serta merta. Dan kami dapat menunaikan sembahyangsubuh dengan sempurna.

Sepuluh minit setelah menunaikan sembahyang subuh. Kami diserang rasa mengantuk yang amat sangat, Bagaimana tidak terdayamembuka kelopak mata dan akhimya kami terlena di hadapan sejadah. Dan terjaga bila terdengar ketukan yang bertalu-talu di pintu.Saya suruh Andi Kamarool bangun dan membuka pintu, sebaik saja daun pintu terbuka, sinar matahari yang terang benderang terusmasuk ke mang rumah papan.

Di muka pintu, tercegat Kak Sun menatang setalam makanan untuk sarapan pagi. Dia senyum penuh rasa ramah.

"Pukul berapa sekarang Kak Sun?" sambil menggosok-gosok mata Andi Kamarool bersuara.

"Dah pukul sembilan."

"Dah tinggi hari baru terjaga," keluh Andi Kamarool.

"Apa macam" Berjaya malam tadi?"

Pertanyaan itu tidak dijawab oleh Andi Kamarool. Dia menyambut talam yang dihulurkan oleh Kak Sun. Saya yang sudah berdiri disisinya menggigit jari.

"Tamar letakkan di sana."

Setalam makanan untuk sarapan pagi segera bertukar tangan. Dari Andi Kamarool ke tangan saya. Talam segera saya letakkan atas lantaitanpa membuka tudung saji yang menutupnya.

"Usaha kami malam tadi gagal kak!" kata saya memberi jawapan, bukannya Andi Kamarool. Saya lihat Andi Kamarool anggukkan kepala.Tidak merasa tersinggung dengan tindakan saya itu.

"Agaknya kamu berdua tidur di sini, bukannya di anjung rumah batu. Sedapnya tidur hingga terpaksa dikejutkan," dalam senyum KakSun cuba menyindir kami.

"Ramalan kak tak tepat, kami balik ke rumah ni pukul tiga pagi. Lepas sembahyang subuh baru kami terlelap," terang saya bersungguh-sungguh. Andi Kamarool terus tersengih.

"Apa yang kau orang berdua rasa?"

"Macam-macam, nanti lain kali kami ceritakan pada kak," Andi Kamarool mencelah. Jawapan itu ternyata tidak menyenangkan hati KakSun.

"Ceritalah sekarang, apa salahnya."

"Saya berjanji esok atau lusa saya cerita pada Kak," saya melahirkan sebuah janji. Kak Sun menarik nafas panjang.

"Kak bukan apa-apa. Mia yang suruh tanya."

"Jawapannya tetap sama kak," tingkah Andi Kamarool.

"Mia cuma nak tahu, bila kamu berdua gagal, apakah kamu nak teruskan juga."

"Malam ni, kami cuba lagi hingga hati kami puas. Sampaikan salam kami untuk Mia kerana mengambil berat tentang diri kami. Beritahudia, sebelum berjaya kami tetap mencuba," tambah saya lagi.

"Baiklah."

Dan Kak Sun pun segera meninggalkan kami.

PERSIAPAN

Kerana tidak mahu mengalami kegagalan, kami segera membuat persiapan rapi, Petua dan ilmu yang ada dalam diri Andi Kamaroolsegera di satukan dengan petua dan ilmu yang saya miliki. Pelbagai jenis bunga dicari dan pelbagai jenis ramuan pula diburu. Demimencari bahan-bahan tersebut, bukit kecil di belakang rumah papan jadi sasaran.

Di saat saya menyusun dan memilih barang-barang perlu didakwa boleh memanggil makhluk halus, Andi Kamarool menghilangkan dirientah ke mana. Kira-kira satu jam kemudian baru muncul kembali dengan wajah yang berseri-seri.

"99 jenis bunga kau dah bungkus Tamar?"

"Sudah."

"Serai wangi, kemenyan putih, pucuk pisang hutan di mana kamu letakkan?"

"Dekat bendul."

"Tulang lembu yang kita pesan dengan tukang kebun dah hantar?" Soal Andi kamarool, sambil matanya merenung kiri dan kanan.

"Ada, aku letak di kaki tangga. Kamu ke mana tiba-tiba hilang."

"Maafkan aku Tamar, tiba-tiba tergerak hatiku nak jumpa Mia. Aku terus cari dia."

"Jumpa di mana?"

"Aku jumpa di kubur lama di bawah pokok buluh kuning. Dia terkejut bila aku datang."

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

42 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Apa yang kamu berdua buat di situ," tanya saya sambil membayangkan yang Andi Kamarool menjelma menjadi harimau jantan dan Miaharimau betina.

"Dia ajak aku pergi ke sebatang anak sungai," kata-kata yang diluahkan oleh Andi Kamarool membuat saya cemas.

Mukanya saya renung,

"Jauh dari sini, Andi?" Tanya saya lagi-

"Aku tak dapat pasti berapa jauh, Anak sungai tu di kaki gunung, kami bercakap saja Tamar."

"Macam sungai.." saya tidak meneruskan kata-kata.

Andi Kamarool yang dapat menangkap maksud kata-kata saya itu, terus tersenyum.

"Bukan macam sungai yang aku dan kamu tengok tu," nada suara Andi Kamarool cukup lemah.

"Kalau serupa, kita terus saja ke situ Andi."

"Serupa atau tidak, malam ni kita teruskan usaha kita Tamar."

"Sudah tentu," balas saya penuh keyakinan,

DATANG

MALAM itu, kami datang lagi ke rumah batu lama. Kali ini kami memilih ruang tamu sebagai tempat pertemuan. Mia merestuinya.Caranya sama seperti apa yang kami lakukan pada malam semalam. Cuma masanya saja dipercepatkan setengah jam lebih awal.

"Kita mulakan," kata saya sambil memegang bahu kanan Andi Kamarool.

"lya," balasnya lemah, ada getaran keresahan bermain di dadanya.

"Dengan izin Allah kita berjaya," kata saya memberi semangat. Andi Kamarool mengangguk. Saya segera memberi arahan kepadanyasupaya bergerak seiringan menuju ke sudut kanan.

Di situ kami duduk, saling membelakangi menghadapi taburan bunga dan dupa yang mengeluarkan asap kemenyan. Bau kemenyanterus menyumbat lubang hidung. Saya memperkemaskan sila dan menegakkan badan. Begitu juga dengan Andi Kamarool. Suasanaterasa amat sepi sekali.

Beberapa orang yang ditemui siang tadi menyatakan, dalam waktu tertentu, (terutama menjelang senja dan subuh) mereka pernahterlihat tongkat bergerak sendiri dan bunyi gelas berlaga sama sendiri yang dituruti dengan suara orang batuk. Mengingati semuanya itu,saya jadi cemas sendirian.

Dengan penuh tenang, kami terus menunggu. Mana tahu mungkin sebentar lagi ada kejadian aneh menjelma. Saya berusaha dengansedaya upaya agar tidak terleka, mengantuk atau terkhayal.

Andainya perkara sedemekian terjadi, pasti kegagalan yang diraih. Saya kira, Andi Kamarool juga berbuat seperti apa yang saya buat,Masa terus berlalu, tidak ada apa-apa yang menjelma di depan mata. Suara lolongan anjing, suara burung hantu, suara kucing jantanmengiau manja memanggil kucing betina. Semuanya tidak kami endahkan.

Saya menahan nafas dan dada terus berdebar. Seekor kucing hitam, entah dari mana datangnya berdiri betul-betul di hujung kepalalutut. Matanya yang bercahaya merenung tajam ke arah saya. Lidahnya menjilat- jilat lantai simen rumah batu lama. Ketakutan dankebimbangan segera berakhir, bila kucing hitam itu berlalu.

Ternyata sepanjang malam itu saya tidak mengalami sebarang kejadian aneh atau ganjil. Saya berjaya mengengkang biji mata hinggapagi. Tetapi, apa yang saya alami tidak sama dengan apa yang dirasakan oleh Andi Kamarool.

"Pengalaman yang sungguh hebat," Andi Kamarool membuka mulut di saat sarapan pagi bermula. Saya berhenti menghirup air kopi,sepasang biji mata saya arahkan ke wajahnya.

"Ceritakan, aku nak dengar," saya mendesak.

"Baik," balasnya lalu berhenti mengunyah makanan.

Andi Kamarool pun menceritakan apa yang dialaminya. Setelah menumpukan seluruh kalbu dan pancaindera untuk berdepan denganpengawal rumah batu lama, dia merasai badannya terhinjut-hinjut seperti berada di atas pelana kuda yang sedang berlari kencang. Dandalam masa yang sama macam ada seseorang yang sengaja memulaskan kepalanya hingga mukanya berada di belakang. Sakitnyabukan kepala, tidak dapat diceritakan atau dibayangkan kepada sesiapapun.

Andi Kamarool meronta dan melawan. Mungkin kerana marah, orang yang tidak dikenali mula bertindak kasar. Andi Kamarool terusdihumban ke tanah lapang, seluruh tubuh terasa sakit dan tulang-temulang bagaikan hancur. Andi Kamarool terjaga dan dia mendapatidirinya berada di tempat asal. Tidak berubah ke mana-mana dan sakit yang dialami hilang serta merta.

"Dahsyat juga," kata saya.

Andi Kamarool mengangguk perlahan sambil meneguh air kopi.

Saya menggigit bibir dan membuat kesimpulan, walaupun belakang kami bertemu tetapi, peristiwa yang kami alami tidak sama. Apakahsemuanya itu sebagai petanda yang kami akan berhadapan dengan masalah yang lebih rumit lagi? Atau itu hanya sebagai ujian untukmenduga sejauh mana kesungguhan kami berdua dalam pencarian untuk bertemu dengan pengawal atau penunggu rumah lama?Macam-macam persoalan yang muncul di benak saya.

Sesungguhnya, sarapan pagi itu terlalu banyak menimbulkan persoalan yang buat kami terpaksa berfikir panjang.

"Lupakan apa yang kamu alami," nasihat Andi Kamarool, bila melihat saya kurang ghairah menjamah hidangan yang tersedia.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

43 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Entah," saya mengeiuh.

Andi Kamarool tersenyum panjang. Entah apa yang difikirkannya. Saya sendiri tidak tahu

KEJUT

Petang itu, di saat saya dan Andi Kamarool berehat di halaman rumah papan. Dia muncul, kedatangannya memang di luar dugaan kamiberdua.

"Main catur?" Matanya menjunam kepada papan catur yang kami buat sendiri.

"Nak menghilangkan rasa jemu," saya menjawab. Sebenarnya di samping main catur kami juga berbincang sama ada mahu meneruskanusaha mencari pengawal rumah batu lama atau membatalkan saja, Dengan kehadiran Mia, perbincangan terpaksa dihentikan.

"Bagaimana? Dah dua malam mencuba, apa hasilnya?"

Mia renung muka saya dan secara tidak langsung pertanyaan itu memang ditujukan untuk saya. Tidak kuasa saya menjawabnya. Tetapi,Andi Kamarool tidak mahu menghampakan hati orang yang disenanginya.

'Tidak berhasil," kata Andi kamarool.

Segaris senyum berlari di kelopak bibir Mia. Anehnya, pandangannya tidak bembah masih merauti saya, tidak kepada Andi Kamarool.

"Mahu diteruskan?"

Mia ajukan pertanyaan, dia tidak puas hati, kerana pertanyaan tadi tidak saya jawab,

"Iya, tetap diteruskan," balas saya.

"Di tempat yang sama Tamar?"

'Tidak."

"Habis di mana pula Tamar," Mia menjengilkan biji mata,

Saya dan Andi Kamarool berpandangan. Mia menanti penuh debar, wajahnya membayangkan keresahan. Saya masih buntu, tidak tahuapakah jawapan yang harus saya tuturkan kepada Mia. Dan wajah Andi Kamarool membayangkan rasa serba salah. Seolah-olah adasesuatu yang tidak kena dengan tindak-tanduk saya ketika itu.

Sebenamya, apa yang saya buat memang di luar pengetahuan Andi Kamarool. Tidak ada perbincangan atau permuafakatan sebelumnya.Semuanya berlaku secara spontan. Apa yang saya ucapkan kepada Mia, adalah kemahuan hati saya sendiri. Tidak hairanlah, kalau AndiKamarool nampak serba salah.

"Mahu ke mana kita Tamar?"

Kata-kata yang terpancut dari kelopak bibir Andi Kamarool meletakkan saya dalam keadaan serba tidak kena. Bagi mengatasinya sayahanya bersandiwara dan diharapkan Andi Kamarool dapat memahaminya,

"Kau dah lupa dengan keputusan yang kita buat Andi?"

"Aku dah lupa Tamar."

Temyata Andi kamarool dapat memahami situasi yang terjadi. Dia segera mengikuti irama yang saya mainkan. Kami pun berbalassenyum.

"Bukankah sudah aku cakapkan yang aku mahu bersendirian, aku mahu bermalam di depan pintu masuk ruang tamu. Kau tidur seorangdiri di rumah papan, kamu cepat sangat lupa pada janji Andi."

Andi Kamarool makin cemas dan gawat. Dia menggigit bibir, mungkin dia berfikir, kenapa saya bertindak demikian.

"Satu cara yang baik, bila kau orang berdua, penunggu rumah takut nak jumpa," Mia terus ketawa, dia bagaikan meyindir kami. Tetapi,saya tetap memperlihatkan wajah yang serius.

"Tamar bersungguh-sungguh Mia, dia bukan berjenaka," bisik Andi Kamarool telinga Mia. Dan ketawa Mia berhenti dengan serta-merta.Wajahnya mula menampakkan kesungguhan.

Dengan niat mencipta suasana aman, Andi Kamarool menceritakan pengalaman yang dilaluinya, Mia mendengar penuh khusyuk, sesekalikelihatan dia menggigit bibir dan menelan air liur. Barangkali, dia juga turut merasa kecewa dengan kegagalan demi kegagalan yangkami raih.

"Memang aku mengharapkan sangat-sangat yang kau orang berdua dapat berjumpa dengan apa yang aku cari, Selama ini hanyamendengar ceritanya saja, ada dua tiga kali aku melihat bebayang manusia yang tidak tentu rupanya. Macam-macam cerita ganjil terjadidi sini aku dengar," Mia meluahkan apa yang tersembunyi dalam hatinya selama ini.

"Jadi, kami sudah buat keputusan nak tangguh depan tangga Tamar."

"Iya, Mia."

'Teruskan Tamar," Mia memberi semangat. Dan dia mengubah topik perbualan ke arah lain. Mia banyak bercerita tentang tumbuh-tumbuhan yang ada di kawasan tanah ladangnya.

Dan petang itu juga, dia membawa saya dan Andi Kamarool meninjau ke kawasan ladang getah, kebun pala, cengkih. Seperti hari-harisebelumnya, bila berjalan bersama Mia, saya pasti merasakan ada sepasang mata yang mengawasi gerak langkah saya dengan AndiKamarool.

Bau hamis harimau mula terhidu, seiring dengan itu, terdengar seperti dedaun gerah kering dipijak sesuatu. Malah ada dedaun itu yangpecah. Makhluk yang memijaknya tidak dapat di lihat. Bila hati kecil saya memaki hamun benda yang tidak kelihatan, saya menerima

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

44 of 52 30/12/2010 11:36 AM

padah yang tidak diduga. Belakang saya terasa seperti dicakar-cakar. Tetapi, baju saya tidak pula koyak.

"Maafkan saya," cetus batin saya.

Dengan serta merta, badan saya tidak dicakar lagi. Namun begitu bunyi telapak kaki makhluk ghaib terus mengiringi langkah saya.

Melihat dari gaya langkah, ayunan tangan Mia dan Andi Kamarool yang rancak itu, teryata mereka tidak diganggu makhluk ganjil. Sudahhampir separuh kawasan ladang yang luas itu dikelilingi, mereka berdua (Mia dan Andi Kamarool) tidak memperlihatkan rasa cemas ataubimbang. Masih rancak berbual dan ada ketikanya ketawa mesra.

Di saat matahari berubah warna menjadi kekuning-kuningan serta bergerak perlahan ke arah balik bukit nan menjulang. Kawasan ladangyang luas itu segera ditinggalkan, kami berjalan perlahan menuju ke halaman rumah batu lama. Di situ, Mia bagaikan tidak mahuberpisah, dia masih bercerita tentang rumah papan, tentang tanah ladang peninggalan orang tuanya.

(bersambung)...

CHAPTER LIST

(JILID13) SIRI 178 DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA Dec 29, '10 7:24PM

by adi for group komunitisbdj

Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan Mia dan Andi Kamarool mahu berhenti berbual. Malah perbualan mereka semakin rancak danseronok. Seolah-olah saya bagaikan tiada di sisi mereka. Bila remang-remang senja mula menutup kawasan sekitar, hati terus berdebar.

"Dah senja Andi."

Saya terpaksa menggunakan taktik ini untuk menyedarkan mereka, Bagaikan diarah oleh sesuatu, serentak mereka memandang ke arahsaya. Sinar mata Andi Kamarool nampak aman tetap, sinar mata Mia bagaikan memancar kemarahan. Mungkinkah tindakan saya itumenganggu keseronokannya berjalan seiringan dengan Andi Kamarool?

Apa yang saya bimbangkan, ketika Andi Kamarool asyik mendengar cerita Mia di remang senja, tiba-tiba Mia bertukar menjadi harimaubetina dan Andi Kamarool pula menjadi harimau jantan lalu menyerang saya. Dari segi logiknya tidak mungkin berlaku tetapi, bilamengingati datuk nenek dari keturunan manusia harimau, bukan mustahil perkara begitu terjadi.

"Kita balik Andi, tak lama lagi maghrib tiba," tambah saya.

"Iya, Tamar. Kalau begitu kami minta diri dulu Mia," Andi kamarool tatap muka Mia. Saya memperlihatkan wajah kesian padanya (Mia),

"Silakan, saya tak menghalang, cuma cerita tentang ladang dan harta peninggalan orang tua saya belum habis," kata Mia.

"Kita sambung lain kali Mia," celah saya.

"Ok," sahutnya riang.

Mia pun melangkah menuju ke pintu rumah batu lama. Saya dan Andi Kamarool. Tidak sampai sepuluh langkah, kami melangkah. Miamemanggil Andi Kamarool. Serentak kami menoleh ke arahnya yang berdiri di depan pintu.

"Ada apa Mia," tanya Andi Kamarool dalam remang senja yang kian memberat itu. Saya terus resah dan berdoa agar Mia tidak menahankami dari pulang ke rumah papan.

"Malam nanti, Kak Sun hantar makanan untuk kamu berdua."

Belumpun sempat Andi Kamarool atau saya memberikan jawapan. Mia terus menyelinap masuk ke rumah batu. Kami salingberpandangan, tanpa memberikan sebarang komentar. Langkah pulang kami teruskan.

Sementara mahu sampai ke kaki tangga rumah papan, macam-macam saya fikirkan. Walaupun begitu, saya rasa aman kerana bauharimau tidak lagi saya hidu. Semoga tidak ada perkara buruk akan berlaku, bila sampai di rumah papan, itu harapan yang berbungadalam hati saya.

Mia ternyata gadis yang tidak mungkir janji. Sebaik saja kami selesai menyempurnakan sembahyang isyak, terdengar ketukanbertalu-talu di pintu.

"Kamu pergi buka pintu Tamar."

Saya meluru ke pintu dan membukanya. Kak Sun tersenyum, lampu suluh di tangan segera dimatikan. Belum pun sempat sayamengemukakan pertanyaan, Mia muncul di belakang Kak Sun membawa setalam hidangan. Talam itu diserahkan kepada Kak Sun. Tanpaberkata walaupun sepatah, Mia ke rumah batu lama, Sudah tentu perbuatan Mia menimbulkan pelbagai keraguan dalam diri saya.

"Ambil ni."

Saya segera mengambil talam dari tangan Kak Sun. Lalu diletakkan di ruang tengah. Kak Sun masuk ke rumah. Duduk bersila dekattiang seri. Andi Kamarool yang sudah selesai membaca doa, segera memusingkan badannya membelakangi kiblat.

"Bersusah payah si Mia," Andi Kamarool merungut kecil.

"Dia ambil berat tentang diri kau orang berdua."

"Begini sebenarnya Kak Sun, saya dan Tamar tak sempat nak beritahu Mia supaya jangan hantar makanan. Dia cepat sangat masuk kerumahnya senja tadi," biji mata Andi Kamarool terpaku ke arah biji mata Kak Sun.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

45 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Kenapa pula? Orang nak beri rezeki engkau orang tolak."

"Malam ni, kami tak mahu makan," tutur Andi Kamarool dengan wajah yang gusar. Dia tahu kata-kata itu akan menyinggung perasaanKak Sun dan Mia, Tetapi, apakan daya dia terpaksa berterus-terang.

NAMPAK

Buat beberapa saat, kak Sun nampak seperti tergamam. Kelopak matanya tidak berkedip merenung wajah saya dan Andi Kamarool. Adaseribu kesangsian bermain di parasnya.

"Kamu berdua masih ragu-ragu dengan kejujuran Mia dan aku?"

Saya gelengkan kepala.

"Bukan begitu," Andi Kamarool segera memintas cakap Kak Sun, "untuk berjaga malam, saya tak mahu makan makanan yang berat.Tamar pula tidak mahu menelan sebiji nasi. Minum air sejuk bila difikirkan perlu," lanjut Andi Kamarool. Dan saya harap penjelasan danalasan yang diberikan itu dapat diterima oleh Kak Sun, Bila disampaikan kepada Mia, dia juga menerimanya.

"Semuanya ni sebagai usaha kami berdua untuk membuat hubungan batin dengan pengawal atau penjaga rumah batu, sepanjangmalam terpaksa berlapar dahaga, seluruh pancaindera dan hati berpusat kepadanya. Kami mesti menghening cipta, begitulah mengikutistilah sekarang," itu hujah saya untuk menguatkan bagi alasan Andi Kamarool,

"Diharapkan apa yang kami buat ni, dengan izin Allah penunggu rumah batu lama akan muncul didepan mata kami," Andi Kamarool pulamenambah. Saya lihat Kak Sun menarik nafas dalam-dalam.

"Tolong beritahu Mia tentang hal ni Kak Sun, kami terpaksa menolak pemberiannya buat malam ni, kerana tujuannya tersebut." ujarsaya. Kak Sun masih macam tadi, menarik nafas dengan tenang.

"Sekarang kak dah faham, bila Mia tahu tujuan sebenar kamu berdua tidak mahu makan makanan yang dihantar, dia juga tidak berkecilhati," jawapan yang amat mengembirakan dari Kak Sun untuk kami.

"Biar kak bawa balik hidangan ni."

"Silakan," lemah benar suara Andi Kamarool.

Dan kak Sun pun membawa hidangan dalam talam tembaga ke rumah batu lama.

Sebaik saja Kak Sun berangkat," Andi Kamarool melakukannya Tamar?"

"lya,"

"Bila?"

"Bila kamu masuk ke bilik tidur masa itulah aku mahu menghening cipta," tutur saya lemah. Dan Andi Kamarool tidak mengemukakanapa-apa pertanyaan. Anehnya, dia masih belum bersedia untuk melangkah ke bilik tidur. Andi Kamarool bagaikan keberatan mahumeninggalkan saya sendirian. Dan saya pula mengharapkan dia segera beredar. Makin cepat dia pergi. Makin cepat pula sayamenjalankan tugas-tugas yang sudah dirancang.

"Kamu tidak memerlukan pertolongan aku, Tamar?"

'Tak perlu."

Andi Kamarool menggigit bibir, Dia nampak resah sekali.

"Lagi sepuluh minit pukul 12.30," kata saya dengan harapan Andi Kamarool segera mengerti dan segera pergi. Ah! Kenapa kamu tidakpergi Andi Kamarool? Kenapa? Batin saya terus menjerit.

"Semua barang-barang yang kamu perlukan, sudah aku taruh dalam beg kertas. Aku letak dekat tiang seri, pandai-pandailah kamumenjalankan tugas."

'Terima kasih Andi."

Andi Kamarool segera bangun. Dia melangkah satu, dua, tiga, empat, lima dan tiba-tiba dia berpatah balik mendekati saya. Tindakannyakurang saya senangi, melambatkan urusan yang sudah disusun. Kalau tidak kena caranya, semua akan menemui kegagalan. Sayamenahan marah dengan menggosok pangkal dagu berulang-kali.

"Cuma satu saja yang nak aku ingatkan pada kamu, Tamar."

"Apa dia, Andi?" Tanya saya penuh debar.

"Pastikan, tidak ada seorangpun yang nampak kamu ke situ, jangan sampai Mia tersedar atau terjaga dari tidurnya, semasa kamumenghening cipta di depan pintu masuk ke bahagian ruang tamu. Kosongkan fikiran kamu dari dunia nyata. Mata hati dan batin kamuharus menjurus kepada perkara yang dihajati, kalau ada gangguan kamu mesti mempersetankannya."

"Apa lagi yang mahu kamu cakapkan pada aku Andi?"

"Lain tak ada apa-apa Tamar."

Andi Kamarool memulakan kembali langkah yang terhenti. Tetapi, hanya untuk beberapa langkah saja. Dia berhenti kembali lalu menolehke arah saya. Lagi sekali hati saya berdebar.

Dibandingkan dengan usia dan pengalaman, ternyata Andi Kamarool lebih dari saya. Kerana itu saya harus akur dengan nasihat danpandangannya.

"Gerak hatiku seolah-olah memberi tahu kejayaan berada di pihak kamu. Tetapi, kalau kamu alpa atau terlalai sedikit, kamu kecundangTamar," kata Andi Kamarool dan dia terus menghilang, masuk ke kamar tidur.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

46 of 52 30/12/2010 11:36 AM

KEPALA

Dialog terakhir yang diucapkan oleh Andi Kamarool menimbulkan seribu persoalan dalam kepala. Perasaan jadi tidak lama, resah gelisahtidak ketentuan. Saya lihat jam loceng yang terlekap di dinding rumah papan. Lagi sepuluh minit pukul dua belas setengah, debar dadasaya semakin kencang, entah mengapa, tiba-tiba saja dahi saya berpeluh.

Sepatutnya, keresahan semacam itu tidak wajar berlaku dalam diri seseorang yang mahu menghening cipta. Perasaan dan fikirannyaharus damai dan tenteram. Tidak berkecamuk seperti apa yang sedang saya alami ini.

Saya cuba menenangkan perasaan dengan melakukan senaman ringan yang banyak tertumpu kepada gerak urat saraf. Sambil bersenamitu, saya berusaha melapangkan fikiran, usaha itu tidak menghampakan. Debar dada beransur kurang dan rasa yakin pada diri, mulamengembang sedikit demi sedikit. Dan akhimya, saya dapat mengawal diri, peluh tidak lagi terasa menguasai dahi dan tubuh. Semuanyaterasa nyaman sekali. Badan segar dan bertenaga.

Bila kekuatan fizik dan batin sudah ada, saya segera bangun dan berjalan ke arah tiang seri untuk mengambil beg kertas, Bila saja begkertas disentuh, saya terus menguap dan terasa amat mengantuk sekali.

Satu-satunya cara untuk menghilangkan rasa mengantuk itu, saya terpaksa melakukan senaman kembali, semakin kuat, berusaha untukmenghilangkan rasa mengantuk. Semakin kuat pula rasa mahu tidur menguasai diri, Badan terasa amat letih sekali, bagaikan sudahmendaki lima enam buah bukit.

Saya tetap berusaha, berjuang habis-habisan, menghalau rasa mengantuk. Apa yang saya perolehi, semua sendi-sendi anggota sepertimahu relai dan saya bagaikan kehabisan tenaga. Tidak terdaya mahu berdiri, badan segera disandarkan ke dinding, perlahan-lahan sayarebahkan badan dan terus duduk di tantai, Kelopak mata tidak terbuka lagi. Apa yang terpamir ialah beranika cahaya dalam pelbagaiwarna.

Ada cahaya yang membulat dengan warna kemerah-merahan, ada cahaya dalam bentuk panjang berjalur dengan warna biru, kuning danhijau. Bila warna itu hilang, saya mula melihat kemunculan sinis, saya segera melambaikan tangan minta tolong, orang tuamenghulurkan tongkatnya. bila jejari tangan mencecah hujung tongkatnya. Saya terkapai-kapai, macam orang buta kehilangan tongkat.Cukup terseksa rasanya.

Dalam keadaan yang serba kritikal itu, saya segera memanggil Andi Kamarool. Sungguh kecewa, saya kehilangan suara. Dan pada masaitu, ada sesuatu yang menghentak pangkal leher. Saya kira, benda yang menghentak saya itu ialah buntut senapang. Siapa yangmenghentaknya? Sukar untuk diteka. Kata orang berpantang maut sebelum ajal, saya berusaha untuk bangun. Semuanya tidak menjadi,saya terus rebah dan tidak tahu apa berlaku selanjutnya.

Bila kelopak mata terbuka, saya sudah berada di depan pintu masuk ke ruang tamu dalam keadaan duduk bersila. Kedua belah tanganberada di atas kedua belah tempurung lutut. Beg kertas berada di hujung lutut sebelah kiri, semua barang di dalamnya berserakkan dianak tangga. Lebih mengejutkan lagi, tempat bara atau dupa sudah tersedia, Baranya merah menyala, menanti taburan serbukkemenyan.

Dari arah belakang terdengar suara orang bercakap dalam pelbagai bahasa dan loghat. Saya tidak dapat menangkap perkara yangmereka perkatakan. Saya kira jumlahnya, lebih daripada sepuluh orang. Bila ditoleh ke belakang suara itu hilang. Suara itu beralih kehalaman rumah, anak mata saya tertumpu ke arah tersebut.

Saya dapati para pekerja Mia mula sibuk membawa pisau penyabit, cangkul, pencebak, parang. Mereka mahu turun ke ladang untukmemulakan pekerjaan.

"Dah pagi rupanya," kata hati saya.

Melihat suasana sekitar, saya kira sudah pukul enam. Tanpa mahu mengambil kira keadaan sekeliling. Pintu ruang tamu saya ketukberulang kali. Malangnya, tidak ada siapa yang membukanya.

Saya mengambil keputusan nekad, daun pintu saya tolak. Bila pintu terbuka, ada dua orang gadis mempamirkan senyum seolah-olahmenyambut kedatangan saya.

"Datuk."

Gadis bermata bulat berambut panjang, menyuruh saya duduk di sofa. Manakala seorang lagi segera mendekati piano, Jari jemarinyamenekan mata piano dan bergenia irama tagu yang tidak pernah saya dengari selama ini.

"Menari," pelawa gadis bermata bulat.

Saya gelengkan kepala. Bunyi piano terus bergema, memekakkan anak telinga.

"Aku belum bersembahyang subuh,' pekik batin saya.

KELUAR

Tanpa mahu membuang masa, saya meluru keluar. Kedua orang gadis jelita menghalang di muka pintu. Apa yang saya fikirkan waktu ituialah waktu subuh sudah tiba. Kedua gadis itu rempuh dengan kasar. Mereka menjerit. Tidak saya pedulikan, langkah dipercepatkanmenuju ke rumah papan lalu mengambil wuduk.

Ketika itu, suara para pekerja menjadi riuh rendah. Sesekaii terdengar suara anak buahnya. Semuanya tidak saya endahkan. Solatditeruskan.

Selesai soiat subuh saya berdiri di muka pintu rumah papan dengan niat mahu melihat telatah para pekerja Mia. Harapan saya tidakmenjadi kenyataan. Apa yang saya alami ialah suasana sepi tetapi hari makin cerah. Tiada seorang pun pekeija yang berjalan di halaman.Barangkali mereka sudah ke ladang, fikir saya.

Kerana tidak mahu Andi Kamarool terlepas solat subuh, saya segera masuk ke biliknya. Kakinya saya tarikdua tiga kali. Andi Kamaroolterjaga dari tidur.

"Kenapa tamar?"

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

47 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Bangun sembahyang subuh."

"Subuh? Dah pukul berapa sekarang?"

"Dah cerah, dah pukul enam," ulang Andi ragu-ragu. Di terus duduk.

Sungguh mengejutkan bila dia memukul bahu saya berkali-kali sambil ketawa kecil.

"Kamu rnengigau Tamar, cuba tengok jam di dinding, pukul berapa sekarang?" Jari telunjuknya menghala ke arah jam yang tersangkut dipapan rumah lama.

"Ha! Baru pukul 2.55 pagi," kata saya.

Andi kamarool terus ketawa.

Ketika itu juga saya teringat dua orang gadis di ruang tamu rumah lama. Tanpa mahu mengucapkan apa-apa pun pada Andi kamaroolturun ke halaman rumah papan.

Dengan menahan nafas saya memulakan langkah dengan berlari ke rumah batu lama, saya tidak mengalami rasa bimbang dan takut.Dengan kekuatan seorang lelaki daun pintu ruang tamu saya tolak dan terus meluru ke tengah ruang tamu.

Dua wanita cantik sudah tiada di situ. Lampu ruang tamu masih menyala, penutup piano sudah tiada di situ. Lampu ruang tamu masihmenyala, penutup piano masih terbuka. Terkaku saya dengan penuh kebinggungan. Ke mana dua perempuan cantik itu menghilang."

"Apa yang kau cari di sini, Tamar."

Tidak saya duga Andi Kamarool mengekori saya. Pertanyaannya sukar untuk saya jawab. Pada hakikatnya, ingin saya nyatakankedatangan saya untuk mencari perempuan cantik. Tetapi mulut saya tidak terucap, saya takut diketawakan oleh Andi Kamarool.

"Balik Tamar, kau gagal."

Tidak saya jawab kata-kata itu. Muka Andi Kamarool saya tatap.

"Sekarang baru pukul dua, ada baiknya kita sambung tidur."

Saya buat tidak kisah dengan apa yang diluahkan kawan karib saya itu. Fikiran saya masih berputar tentang perempuan cantik. Apakahmereka yang membawa saya ke pintu rumah batu lama? Mereka juga agaknya yang menyediakan tempat bara dan mengeluarkanbarang-barang dari dalam beg kertas saya.

"Mari."

Andi Kamarool menarik tangan mengajak saya keluar dari ruang tamu. tiada bantahan, saya hanya mengikut bagaikan kerbau dicucukhidung. Bila berada di halaman rumah batu, fikiran saya tidak lagi diselaputi dengan bayang dua orang wanita cantik.

"Tamar renung mataku."

Kerana saya tidak memperlihatkan sebarang reaksi terhadap kata-kata yang diluahkan menyebabkan Andi Kamarool cemas sedikit. Tetapianak matanya tetap terpanah ke wajah saya. Dia menarik nafas untuk kali kedua, terus dihembuskan ke muka saya.

"Eh, Tamar cuba kamu tengok keadaan sekeliling kamu."

(bersambung)...

CHAPTER LIST

(JILID 13) SIRI 179 KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH

source: siriceritabercakapdenganjin.blogspot.com

Selesai saja kata-kata itu diucapkan, bahu kanan saya ditumbuk dengan kuat sekali. Dan saya seperti tersintak. Bahagian bahu yangditumbuk segera saya raba dan picit untuk menghilangkan rasa sengal-sengal.

'Tamar"

"Iya Andi."

"Kau tak dikuasai oleh apa-apa sekarang. Cuba lihat keadaan sekeliling kamu."

Permintaan Andi Kamarool tidak saya hampakan. Dengan sepasang mata keadaan sekitar segera saya sorot dengan tenang. Saya dapatisuasana sekitar cukup sepi, Di padang yang luas, saya lihat dan kabus nipis. terdengar kokok ayam sayup-sayup, Gegendang telingadapat menangkap suara Andi Kamarool yang perlahan membaca beberapa potong ayat dari Al-Quran.

"Sekarang lebih kurang pukul dua pagi Tamar."

"Iya," kata saya perlahan.

"Untuk apa, kamu datang ke rumah batu lama?"

"Tadi, sebelum aku mengejutkan kamu, aku berjumpa dengan dua orang perempuan cantik, aku kira mereka berdua masih gadis lagi."saya sudah tidak terdaya menyimpan rahsia. Andi Kamarool tidak terkejut dengan penjelasan itu.

"Salah seorang darinya mungkin Mia?" Andi Kamarool masih lagi menatap wajah saya tetapi, renungan kali ini lebih tajam. Denganpantas saya mengelengkan kepala.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

48 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Jadi, kau tak kenal langsung dengan mereka."

"Iya, aku tak kenal langsung, Andi,"

Buat beberapa ketika, Andi Kamarool termenung panjang, macam ada sesuatu yang diflkirkannya. Dan dalam keadaan yang damai itu,terasa diri ini seperti dipermainkan oleh keadaan.

"Kita keliling rumah batu ni, Tamar."

Cadangan yang membuat bulu tengkuk saya tegak berdiri. Hati terasa cemas semacam.

"Buat apa Andi?"

"Jangan banyak fikir, jangan banyak tanya lagi. Ikut saja cakap aku."

Tangan saya segera ditarik oleh Andi Kamarool. Tidak ada pilihan lain, kecuali mengikut saja kemahuannya. Dalam suasana dinihari yangdingin itu, kami pun memulakan langkah untuk mengelilingi rumah batu lama dari arah kiri dan kanan. Ketika melintasi bahagian dapur,terdengar suara perempuan dan lelaki mengerang dan mengeluh seperti menahan rasa sakit yang amat sangat.

Berpandukan pada suara tersebut, saya dapat mengagak usia mereka sekitar tujuh puluhan lebih. Dan secara spontan, saya teringatkanbilik misteri yang terdapat di bahagian ruang dapur rumah batu lama itu. Mungkinkah suara itu suara datuk dan nenek Mia? fikir sayadalam hati.

JUMPA

"Hai, dah jumpa dengan pengawal rumah batu?"

Serentak saya dan Andi Kamarool menoleh ke kanan. Kak Sun tercegat di bucu rumah batu dengan rambut mengerbang. Sepasangmatanya nampak kemerah-merahan. Merenung tajam ke arah saya. Andi Kamarool dan saya tergamam, tidak tahu dari arah mana KakSun datang.

Barangkali dia baru keluar dari ruang makan, saya membuat kesimpulan. Tetapi saya lihat pintu dapur bertutup rapat, Andi Kamaroolyang sudah dapat mengawal tergamamnya, begitu tenang menghadapi situasi yang saya kira agak gawat itu.

"Kak Sun bermalam di rumah batu?" Andi Kamarool mengemukakan pertanyaan. Kak Sun mengangguk.

"Sebilik dengan Mia?" tambah Andi Kamarool lagi.

"Tidak, dia di bilik atas, aku di bilik bawah," sambil bercakap mata Kak Sun merenung ke tingkat atas, Dan secara tidak sengaja, sayadan Andi Kamarool mendonggakkan kepala ke tingkat atas. Dari cahaya lampu bilik yang agak samar-samar itu, kelihatan bebayangmanusia menyisir rambut.

"Itu, kalau tak silap saya, Mia" terkeluar ungkapan itu dari kelopak bibir saya. Andi Kamarool tidak memberikan sebarang komentartetapi, dia mengigit bibir.

"Memang benar, kata kamu Mia," sahut Kak Sun.

Aneh sungguh, sudah dinihari masih mahu menghias diri, kemana dia mahu pergi. Fikir saya dalam hati sambil mengerutkan kening.

"Mia belum tidur lagi, sekarang dah pukul dua lebih," Andi Kamarool segera melibatkan diri.

"Dia memang begitu, ada malam-malam tertentu dia terpaksa bangun pukul dua atau empat pagi. Masa itulah dia menghias diri danmemakai wangi-wangian dan aku selalu dipanggil tidur di rumah batu ni untuk menemaninya," penjelasan Kak Sun itu memaksa sayadan Andi Kamarool saling bertukar pandangan.

"Dia nak ke mana Kak Sun, berpakaian cantik waktu tengah malam. Mesti ada sesuatu yang tak kena pada dirinya Kak Sun," sayamemberikan komentar ikhlas. Tetapi, Andi Kamarool tidak gemar dan komentar yang saya luahkan itu, Perkara itu dapat saya kesan darikenyit matanya.

'Tamar!" Sergah Kak Sun secara tiba-tiba.

"Kenapa perkara itu yang kamu tanyakan? Itu urusan dirinya, Dia nak bangun malam dia nak menghias diri. Itu urusan dia, kamu sudahketerlaluan Tamar," Duga Kak Sun boleh marah dengan tiba-tiba. Nada suaranya cukup tinggi, wajahnya nampak garang.

"Maafkan saya kak."

"Hisss........," katanya separuh hati. Saya menarik nafas kesal sedangkan Andi Kamarool tunduk merenung bumi. Dingin diniharimenghimpit diri.

"Kak mengawasi kami," suara Andi Kamarool lembut sekali. Saya lahu nada suara itu sengaja dilembutkan dengan harapan apikemarahan Kak Sun akan menurun. Dia nampak tenang dan selesa.

"Kak memang tak berhajat nak mengawasi kamu berdua Andi."

"Jadi untuk apa kak berada di sini?"

"Begini Andi. aku cuma nak menemani Mia ke..........."Kak Sun tidak meneruskan kata-kata. Dia donggakkan muka ke tingkat atas, Miamasih menghias diri. Angin yang bertiup lembut menambahkan lagi rasa sejuk. Kokok ayam sekali-sekala tetap kedengaran disampingnya "ke pangkal pokok buluh kuning," syukur Kak Mia tidak lagi menyimpan rasa marah terhadap saya.

"Di situ kubur datuk neneknya," celah Andi.

"Kenapa? kamu takut."

Andi Kamarool terdiam, saya mengigit bibir.

"Sejuk, embun dah jatuh atas kepala," Kak Sun seperti merunggut, kemudian dia memeluk tubuhnya dengan erat untuk menghilangkan

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

49 of 52 30/12/2010 11:36 AM

rasa dingin.

CAHAYA

Malam yang sudah beransur tua, membuat saya resah dan mula menggigil kedinginan. Kak Sun masih merenung ke arah bilik Mia yangmasih diterangi cahaya lampu. Dia bagaikan tidak ambil peduli dengan suara burung hantu, lolongan anjing liar dan desiran angin yangmerempuh dedaun sekitar kawasan rumah. Bagi saya, suasana sedemikian amat menyeramkan.

"Bagi kak, apa yang dibuat oleh Mia adalah biasa. Setiap sepuluh, lima belas, dua puluh dan dua puluh lima haribulan Islam, dia mestipergi ke kubur di perdu buluh kuning, pukul tiga atau empat pagi, bila masuk waktu subuh baru dia balik," tambah Kak Sun lagi.

Penjelasan Kak Sun itu memang di luar dugaan. Saya mengalami kejutan yang amat hebat. Dua tiga kali, pangkal hidung saya rosak.Dua tiga kali air liur ditelan, rasa resah tidak juga berkurangan.

Andi Kamarool merenung suasana dinihari yang agak kelam, ada kabus nipis menguasai sekitar. Barangkali dia juga menghadapikeresahan seperti saya. Memang tidak pernah terfikir dalam benak saya (mungkin juga Andi Kamarool) yang selama ini Mia melakukankerja-kerja aneh dan pelik. Memanglah, dia gadis yang diselubungi dengan seribu satu misteri.

Untuk sekian kalinya, saya merenung Andi Kamarool. Dia masih resah, memicit-micit kedua belah tangannya. Meraba-raba batanglehernya beberapa kali. Apa yang dilakukan oleh Andi Kamarool kelihatan seperti serba tidak kena. Dingin dinihari kian hebat menghimpittubuh, kabus nipis kelihatan di mana-mana.

Ketika pandangan diluahkan ke kaki langit, saya lihat bintang timur mula bangkit. Bayu yang berhembus lembut membawa suara solakananjing liar. Nyanyian burung hantu terus bersahut-sahutan, cukup rancak dan gempita sekali. Bau hamis harimau mula menusuk lubanghidung. Kak Sun yang berdiri (di antara saya dan Andi Kamarool) cuba mengelak agar bahunya, tidak bersentuhan dengan tubuh sayadan Andi Kamarool. Kami bertiga (saya, Kak Sun dan Andi Kamarool) berdiri sebaris tetapi, merenung ke arah yang tidak berlainam

Kak Sun merenung ke arah rumpun buluh kuning. Andi Kamarool ke arah bucu dapur rumah batu lama. Dan pandangan atau renungansaya lebih berkecamuk lagi, sekejap merenung ke arah jendela bilik Mia di tingkat atas. Sebenamya, saya mahu melihat perkembanganMia, apakah sudah menyisir rambut dia akan membuka baju tidur untuk digantikan dengan baju yang baru. Tumpuan saya terganggu,macam ada sesuatu yang berlari di bumi.

"Ah! Binatang sial ni " itu yang terungkap di kelopak bibir saya.

Dengan biji mata yang terbeliak, saya melihat kemunculan beberapa ekor kucing hitam dengan sinar mata yang garang. Cemas jugarasanya, bila kumputan kucing itu mengiau sambil memperlihatkan siungnya yang tajam dan panjang. Kemunculan kumpulan kucinghitam itu ternyata tidak menarik perhatian Kak Sun dan Andi Kamarool.

Nampaknya kumpulan kucing hitam itu lebih senang mengelilingi saya, tidak mahu mendekati Kak Sun atau Andi Kamarool.

"Kucing hitam Kak Sun," kata saya sambil merenung wajahnya. Kak Sun tersenyum sambil mengaru pangkal telinga kiri. Setiap kalikepalanya bergerak, rambutnya juga ikut bergerak.

"Itu kucing peliharaan, jangan diapa-apakan dia, Tamar."

"lyalah, Kak" sahut saya separuh kesal sambil merenung ke arah Andi Kamarool, dia kelihatan bersahaja. Tidak kisah dengan kemunculankumpulan kucing hitam itu, semuanya ini membuat saya tidak senang hati.

Memang saya tidak tahu, dari mana kumpulan kucing hitam itu muncul, Jumlahnya lebih dari tujuh ekor. Ukuran atau bentuk lubuhnyalebih besar dari kucing Siam, hampir menyamai anak harimau yang baru belajar main ekor ibunya, Kesemua kucing hitam ganjil itu terusmengelilingi saya dan ada ketikanya mengeselkan tubuh ke kaki, bulu roma terus meremang dan seluruh sendi terasa lemah.

Saya terus angkat kepala merenung ke arah bilik tidur Mia di tingkat atas. Lampu biliknya sudah padam, langsir sudah dijatuhkan. Danbau wangi mcnguasai sekitar kawasan kami berdiri. Saya terdengar bunyi daun pintu dapur dibuka dan ditutup. Bila direnung ke situtidak nampakpun ketibat manusia.

ANGKAT

Ke mana dia menghilang? Barangkali Mia sudah merebahkan tubuh di katil. Begitu saya membuat kesimpulan dan membayangkanbentuk tubuh Mia yang montok terkapar di katil tanpa pakaian. Saya menelan air liur dan rasa ghairah yang tidak bertepi terus mengusaiotak.

"Mia sudah menanti aku di situ."

Saya tersedar dari lamunan. Biji mata saya mengikuti arah yang ditunjukoleh Kak Sun dengan jari telunjuknya, iaitu perdu buluh kuning.Kami lihat ada beberapa batang lilin sedang memancarkan cahaya, menerangi sebahagian daripada kawasan di bawah rumpun buluhkuning, termasuk kuburan batu.

Di bahagian kepala kubur terdapat sebatang lilin besar yang diletakkan di atas batu besar dua pemeluk manusia dewasa. Tidak tahu,siapa yang menyediakan dan menyalakan api lilin tersebut.

Angin dinihari yang lembut turut menggugurkan dedaun buluh yang kering, terdampar atas kubur batu. Ternampak kelibat manusia yangbergerak dari bahagian kepala. Perbuatan itu diulangi sebanyak tujuh kali berturut-turut.

Manusia yang melakukan perbuatan itu menyalutkan seluruh tubuhnya dengan kain hitam. Setelah selesai berjalan tujuh kaki(dari kakike kepala kubur) manusia yang berpakaian serba hitam berdiri tegak (di bahagian tengah kubur) menghadapi kubur misteri yangditimbuni dengan bebatu sungai.

"Barangkali itu kelibat tubuh Mia, Andi," saya memberanikan diri bersuara.

"Aku juga fikir begitu."

"Perempuan apa dia ni, berani keluar malam ke kubur lama," komentar saya, lalu menatap wajah Kak Sun di sisi. Memang terdapatperubahan di wajahnya. Dia nampak bengis semacam.

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

50 of 52 30/12/2010 11:36 AM

"Barangkali ada sesuatu yang dicarinya. Boleh jadi dia menjalankan amanat datuk dan neneknya," Andi kamarool melahirkan pendapat.

"Itu urusan dia," sahut Kak Sun dengan nada suara yang suara yang cukup keras."Bukan urusan kamu. Aku nak beritahu kamu berdua,engkau orang tak berhak bertanya begitu, kau bukan kaum kerabatnya, kau orang tetamu dia, faham," sambung Kak Sun. Dia berangsungguh.

"Maafkan kami Kak, serentak kami bersuara.

Buat beberapa saat, Kak Sun terus membisu. Rasa marahnya masih belum hilang. Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan,menanti penuh sabar apa pula yang bakal Kak Sun luahkan. Pahit atau manis terpaksa kami terima.

"Aku juga nak beritahu kamu berdua," nada suaranya mula menurun, tidak sekeras tadi. Riak mukanya beransur cerah.

"Nak beritahu apa Kak?" Saya yang ingin segera tahu terus menyoal. Dan Kak Sun tidak terkejut dengan tindakan saya itu. Tetapi AndiKamarool kurang setuju dengan cara itu, Mungkin pada hematnya, tindakan saya itu agak keterlaluan.

"Batalkan saja segala rancangan yang kau orang buat."

"Kenapa pula?" Bentak Andi Kamarool.

"Pengawal rumah batu lama tu, tak ingin nak jumpa dengan kau orang berdua. Dia dah beritahu kak, kalau kau orang teruskan memangsia-sia. Tldak ada hasilnya,"

Mendengar kata-kata itu darah saya tersirap Rasa marah dan geram terhadap Kak Sun memuncak, Barangkali, Kak Sun mempunyaimaksud tertentu. Kalau tidak masakan dia bercakap begitu. Fikir saya.

"Apa hak Kak menahan kami. Mia sendiri menyuruh kami berusaha mencari pengawal rumah batu, sama ada secara batin atau lahiriah.Dalam hal ni, orang yang berhak menahan kami ialah Mia, dia tuan rumah, dan pemilik tanah, bukannya Kak Sun," saya ledakkankemarahan.

Rasa hormat terhadap Kak Sun mula luntur dan pudar di hati saya. Andi Kamarool menepuk bahu kanan saya dengan lembut. Diamenyuruh saya bersabar dan tenang. Tetapi, apa yang pasti, Kak Sun tidak kejut atau panik dengan sikap yang saya perlihatkan itu. Dianampak bersahaja malah melemparkan senyum sinis ke arah saya.

"Kamu marahkan kak, Tamar."

Saya terus membisu dan cuba menurunkan lahap kemarahan saya ke tahap normal. Kalau tadi bahu kanan ditepuk lembut tetapi, kali ini,Andi Kamarool mengurut belakang saya.

"Jangan hilang pertimbangan Tamar," bisik Andi Kamarool.

MELAMPAU

"Kamu sudah keterlaluan Tamar, kau sudah melampau," pekik Kak Sun sekuat hati, bergema membelah kedinginan dan kesepiandinihari. Saya tergamam dan Andi Kamarool tersintak.

"Kamu biadab, Tamar," kemarahan Kak Sun berulang kembali.

Dan pada ketika itu, saya terasa pangkal leher seperti dipegang oleh sepasang tangan yang kasar dan berbulu tebal. Saya cuba menepistetapi gagal. Pergelangan tangan disambar dan dipulas dan saya terus ditolak hingga jatuh tersungkur. Begitu juga dengan AndiKamarool.

"Siapa yang menjatuhkan kita Tamar?"

"Makhluk ghaib Andi,"sahut saya sambil merenung ke arah Kak Sun yang melihat saja kejadian tanpa mahu memberi pertolongan.

"Kak Sun celaka " kutuk saya dalam hati. Belumpun sempat bangun, mulut saya ditampar dengan kuat.

"Tamar, lihat tu."

Saya segera melihat ke arah yang ditunjuk oleh Andi Kamarooi dengan jari telunjuknya. Apa yang kami lihat sungguh mencemaskan.

Tersergam di depan lembaga hitam yang tidak tentu rupa bentuknya, Tingginya bagaikan mencecah awan dan kakinya tidak pulamenyentuh bumi. Bahagian kaki yang tidak terbuai-buai menyerupai kaki katak puru. Bila saya berusaha mendongakkan muka untukmelihat wajah lembaga yang muncul seperti bayang-bayang itu, leher saya dipulas dari belakang dan sepasang tangan lebar yangberbulu menutup sepasang mata saya. Pandangan saya jadi gelap gelita.

Tidak memadai dengan itu, tubuh saya di humban ke bucu dapur rumah batu. Dan saya terpaksa merangkak untuk mendapatkan AndiKamarool yang masih tersungkur tidak berapa jauh dari Kak Sun. Dan lembaga yang menakutkan itu terus ghaib entah ke mana.

'Tak apalah Tamar, tak apalah Andi, aku tak boleh lama di sini. Selamat tinggal, lagi pun orang yang kau cari sudah datang. Selamattinggal, Mia sudah lama menanti,"

Dalam keadaan terpinga-pinga terdengar suara Kak Sun. Kerana keadaan kami masih dalam pening-pening lalat, kami tidak begitumengambil berat tentang kata-kata itu. Dengan sisa tenaga yang ada, akhimya saya dan Andi Kamarool berjaya berdiri dengan harapandapat berdialog dengan Kak Sun tentang peristiwa yang baru berlaku.

Harapan saya dan Andi Kamarool tidak menjadi kenyataan. Kak Sun sudah pun beredar menuju ke arah Mia yang berada di bawahrumpun buluh kuning. Kami ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga dan terkapai-kapai.

"Kak Sun mempermainkan-mainkan kita, Tamar," keluh Andi Kamarool dengan rasa kecewa. Saya mengigit lidah kehampaan, tidakdiduga sama sekali yang Kak Sun sanggup berbuat demtkian. Apakah maksud sebenar dari tindak-tanduknya itu? Betulkah diamempunyai hubungan batin yang kental dengan penunggu rumah batu lama? Persoalan yang timbul secara mendadak itu sukar untukdijawab.

(bersambung)...

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

51 of 52 30/12/2010 11:36 AM

CHAPTER LIST

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 13 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=13

52 of 52 30/12/2010 11:36 AM