Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

19
1.0 Pengenalan Ajaran Islam telah memperuntukkan bahawa peperangan adalah satu jalan yang terpaksa dihadapi demi mempertahankan diri dan maruah daripada pencerobohan mana-mana pihak, mempertahankan akidah dan agama, mempertahankan kemanusiaan dan kedamaian, mempertahankan kesejahteraan umat manusia dan tamadunnya. Peperangan dalam Islam diistilahkan sebagai Perang Jihad ataupun peperangan di jalan Allah SWT dan lebih di kenali sebagai fisabillah yang bermaksud tanda pengabdian seseorang Muslim kepada Allah SWT. 1 Hal ini di tambah dengan Firman Allah SWT dalam Al Quran : “Dan mereka (orang-orang kafir itu) tidak akan berhenti memerangi kalian sehingga kalian murtad (keluar) dari agama kalian seandainya mereka sanggup,” 2 Ahli sejarawan Islam telah menyatakan bahawa istilah Perang Salib sebagai “al-hamlat”, “al-salibiyah” yang membawa maksud serangan pasukan salib. 3 Perang Salib juga di katakan sebagai Peperangan agama . Selain itu, istilah Perang Salib ini di kaitkan dengan perkataan salib itu sendiri. Dalam Bahasa Arab iaitu Salibun yang bererti kayu palang atau silang. 4 Seterusnya Perang Salib ini di kenali sebagai The Crusade. Perkataan ini di ambil daripada peristiwa pasukan tentera Kristian yang telah mengambil bahagian dalam perang merampas semula Al-Aqsa iaitu Baitul Maqdis yang telah dibuka oleh bala tentera Islam di bawah pimpinan Amru bin Al Ass pada zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab. 5 Menurut Jonathan Riley-Smith, Perang Salib adalah perkembangan yang terjadi di Eropah Barat sebelumnya pada Abad Pertengahan, menurunnya pengaruh Kekaisaran Byzantium di timur yang disebabkan oleh gelombang baru serangan Muslim Turki. Perang salib ialah peristiwa perang yang melibatkan antara umat kristian Eropah (Inggeris, Perancis, Jerman dan Byzantium) dengan 1 Haron Din, Islam: Jihad sebagai Survival Insan, Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn.Bhd, 2007, hlm. 72. 2 Kitab Al Quran Al Karrim, Surah Al Baqarah, ayat 217. 3 Sami B. Abdullah, Atlas Perang Salib : Mengungkap Peristiwa Berdarah Abad Pertengahan, Jakarta : Al-Mahira, 2009, hlm. 1. 4 Sejarah Geografi Timur Tengah : Siri Perang Salib, dlm. www.Scribd.com, di akses pada 15 Mei 2015. 5 Shamsudin Wahab, Punca dan Kesan Perang Salib Terhadap Umat Islam, www.scribd.com, di akses pada 15 Mei 2015.

description

KESAN KEPADA PIHAK ISLAM (DARI ASPEK POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL)

Transcript of Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

Page 1: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

1.0 Pengenalan

Ajaran Islam telah memperuntukkan bahawa peperangan adalah satu jalan yang terpaksa dihadapi demi mempertahankan diri dan maruah daripada pencerobohan mana-mana pihak, mempertahankan akidah dan agama, mempertahankan kemanusiaan dan kedamaian, mempertahankan kesejahteraan umat manusia dan tamadunnya. Peperangan dalam Islam diistilahkan sebagai Perang Jihad ataupun peperangan di jalan Allah SWT dan lebih di kenali sebagai fisabillah yang bermaksud tanda pengabdian seseorang Muslim kepada Allah SWT.1 Hal ini di tambah dengan Firman Allah SWT dalam Al Quran :

“Dan mereka (orang-orang kafir itu) tidak akan berhentimemerangi kalian sehingga kalian murtad (keluar) dari agamakalian seandainya mereka sanggup,” 2

Ahli sejarawan Islam telah menyatakan bahawa istilah Perang Salib sebagai “al-hamlat”, “al-salibiyah” yang membawa maksud serangan pasukan salib.3 Perang Salib juga di katakan sebagai Peperangan “agama”. Selain itu, istilah Perang Salib ini di kaitkan dengan perkataan “salib” itu sendiri. Dalam Bahasa Arab iaitu Salibun yang bererti kayu palang atau silang.4 Seterusnya Perang Salib ini di kenali sebagai The Crusade. Perkataan ini di ambil daripada peristiwa pasukan tentera Kristian yang telah mengambil bahagian dalam perang merampas semula Al-Aqsa iaitu Baitul Maqdis yang telah dibuka oleh bala tentera Islam di bawah pimpinan Amru bin Al Ass pada zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab.5

Menurut Jonathan Riley-Smith, Perang Salib adalah perkembangan yang terjadi di Eropah Barat sebelumnya pada Abad Pertengahan, menurunnya 1 Haron Din, Islam: Jihad sebagai Survival Insan, Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn.Bhd, 2007, hlm. 72.

2 Kitab Al Quran Al Karrim, Surah Al Baqarah, ayat 217.

3 Sami B. Abdullah, Atlas Perang Salib : Mengungkap Peristiwa Berdarah Abad Pertengahan, Jakarta : Al-Mahira, 2009, hlm. 1.

4 Sejarah Geografi Timur Tengah : Siri Perang Salib, dlm. www.Scribd.com, di akses pada 15 Mei 2015.

5 Shamsudin Wahab, Punca dan Kesan Perang Salib Terhadap Umat Islam, www.scribd.com, di akses pada 15 Mei 2015.

Page 2: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

pengaruh Kekaisaran Byzantium di timur yang disebabkan oleh gelombang baru serangan Muslim Turki. Perang salib ialah peristiwa perang yang melibatkan antara umat kristian Eropah (Inggeris, Perancis, Jerman dan Byzantium) dengan umat Islam6 iaitu sekitar dua abad lamanya (1096- 1291 M) dengan tujuh siri peperangan, kesemuanya berlaku disebabkan pelbagai faktor dan telah meninggalkan kesan terhadap pihak Islam dan Barat.

2.0 Faktor Perang Salib

2.1 Faktor AgamaAgama telah memainkan peranan penting dalam peletusan perang salib. Kehadiran Islam di tanah suci yang merupakan tempat suci Kristian dan tempat di mana Nabi Isa akan dilahirkan semula bagi masyarakat Kristian. Kehadiran Islam telah bermula sejak penaklukan Palestin oleh tentera Islam pada abad ke-7 lagi. Pertapakan Islam di tanah suci telah mengganggu urusan perjalanan jemaah Kristian ke tempat-tempat suci selain mengganggu keselamatan bihara-bihara dan masyarakat Kristian di tanah suci.7 Pada awalnya, menunaikan haji atau umrah yang dilaksanakan oleh masyarakat Kristian merupakan tindakan yang suci terutamanya tempat yang dikunjungi itu merupakan tempat yang suci. Di bawah pemerintahan sebelum orang Turks, masyarakat Kristian bebas untuk melakukan ibadah mereka yang tersendiri di bawah polisi yang melindungi hak mereka sebagai orang Kristian dan rakyat yang menetap di Baitulmaqdis. 8

Selepas pemerintahan jatuh ke tangan orang Turks, polisi yang dijalankan sebelum ini diabaikan. Orang-orang Kristian yang tinggal di Baitulmaqdis menghadapi kesukaran dan gereja-gereja yang ada turut dimusnahkan. Dakwah yang dijalankan oleh “ Peter The Hermit” juga telah mendorong kepada perang salib pertama. Faktor utama peperangan antara dua agama ini adalah faktor kepentinganan agama dan tidak mustahil jika di katakan bahawa faktor agama adalah faktor yang paling dominan pencetus peperangan ini. Islam dan Kristian

6 Mamdukh Budiman, Perang Salib III (The Crusade): Pengaruh dan Pemikiran Terhadap Peradaban Islam, Makalah Program Pascasarjana, Semarang: Institut Agama Islam Negeri Walisongo, 2012, hlm. 3.

7 Muhammad al-Arusiy al-Matwiy, Perang Salib di Alam Islami, Kuala Lumpur : Pustaka Syuhada, 1998, hlm.24.

8 Abdilia Khairol, The Crusade, dlm. WWW.academia.edu/thecrusade, di akses pada 10 Mei 2015.

Page 3: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

masing-masing menyuntik semangat juang dalam diri tentera mereka yang mana telah menyebabkan banyak kehilanganan antara kedua-dua pihak.

“Jerusalem is considered a holyplace by both religions. It is indeed considered the “center of the universe” to the Catholics. They believe conquering Jerusalem makes them righteous. It has been their ideology from the beginning”. 9

Bagi orang Islam Jeruselem adalah tempat yang sangat bermakna kepada Islam. Hal ini kerana Tanah Suci tersebut adalah Kiblat Pertama orang Islam.10 Orang Kristian pula turut mengatakan sedemikian bahasa orang Islam telah merampas Jeruselem yang mana tempat tersebut adalah “holy land”11 bagi orang Kristian. Tanah suci orang Kristian tersebut telah ditawan oleh kekuasaan Turki pada tahun 1071 M. Selepas penguasaan Turki ke atas tanah suci atau Juruselem tersebut, tolenransi terhadap orang Kristian adalah kurang. Orang Kristian telah sering mendapat layanan buruk dari orang Arab, Turki. Hal ini disokong oleh pendapat menurut Prof. Dr. Ahmad Shalaby, iaitu dalam penulisannya bertajuk Masyarakat Islam ada mengatakan bahawa:

“Dan kerana orang Turkmen khususnya kurang mempunyai sifat toleransi sebagai orang-orang Arab, dan merekalah di waktu itu yang berkuasa di Syria, maka mereka paksakan kepada jama’ah-jama’ah haji dari orang-orang Nasrani itu memasuki Baitul-Makdis dengan khusyuk.”12

Hal ini ditambahkan lagi pula dengan peribadi Pope Urban II yang begitu terdorong untuk membela agama Kristian. Kesan dari tindakan beliaulah yang mencetuskan serangan ke atas orang Islam yang mana serangan itu adalah siri serangan pertama yang berlaku antara orang Islam dan Kristian. Pope Urban II, selepas mendengar rayuan dari Paderi Saint Peter ditambah pula dengan permintaan dari Maharaja Alexsius untuk membantu baginda telah menyebabkan beliau menjadi teruja untuk menentang orang Islam tersebut. Beliau telah 9 Gerald Flurry, The Philadelphia Trumpet, Holy War Only History?, Vol. 9, No. 7, Africa: A Continent in Chaos, Philadelphia Church Of God, 1998, hlm. 4.

10 Kiblat merujuk arah seluruh umat Islam untuk menunaikan sembahyang.

11 Tanah Suci bagi melihat kesan sejarah Nabi Isa, iaitu Juruselem merupakan tempat kelahiran bagi Jesus atau dianggap Nabi Isa. Jesus Kristus bersembahyang di tempat sucinya dan membuang dosa di Tanah Suci. Maka bagi orang Kristian, mereka datang ke tanah suci tersebut untuk mengerjakan haji dan menebus dosa dan kerinduan mereka pada Jesus Kristus.

12 Ahmad Shalaby terj. Muchtar Jahja, Masyarakat Islam, Pustaka Nasional, Singapura, 1976, hlm. 277.

Page 4: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

berkotbah dan menyeru orang Kristian memerangi orang Islam dan menegakkan agama Kristian. Malahan beliau juga, pada tahun 1095 M, telah berseru kepada umat Kristiani di Eropah supaya melakukan perang suci. Seruan oleh beliau tersebut berhasil memikat banyak orang-orang Kristian kerana dia menjanjikan sekaligus menjamin, barang siapa yang melibatkan diri dalam perang suci tersebut akan terbebas dari hukuman dosa. Hal ini disokong dengan pernyataan di bawah:

“…Christendom could be united. In 1095, the Pope began to preach Crusade - calling upon the Christians of Europe to defend their brethren against the Moslems - to expel the Moslems from the Byzantine Empire, and if possible even make Jerusalem Christian again. - (Jerusalem had been in Moslem hands for 400+ years).”13

Lantaran itu Pope Urban II telah mengeluarkan ‘Papal Bull’ iaitu fatwa yang mengisytiharkan Peperangan Salib ke atas Turki dan sekaligus mengambil alih penguasaan Tanah Suci Agama Kristian dari penguasaan orang Arab, Turki tersebut. Dalam kata-kata beliau semasa mengistiharkan perang ke atas orang Islam pada 25 November 1095 M. Maka jelaslah, didapati bahawa peribadi Pope Urban II yang bertindak untuk membela agama Kristian tersebut telah membawa kepada serangan orang Kristian itu tadi ke atas orang Islam, lantas tercetuslah Perang Salib tersebut.

2.2 Faktor PolitikPermusuhan antara orang Islam dan Kristian telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi. Pembangunan yang pesat di Eropah Barat pada zaman pertengahan adalah merupakan titik tolak tercetusnya perang salib. Selain itu, disebabkan kemerosotan Empayar Byzantium di Timur. Konsep politik dunia Kristian yang sedang bangkit pada zaman pertengahan telah melonjakkan keinginan mereka melakukan penyatuan kerajaan-kerajaan Kristian di bawah seliaan Pope buat pertama kalinya di mana ia diaplikasikan melalui perang salib. Demi matlamat mereka sanggup lakukan apa sahaja sekali pun melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada umat Islam seperti umat Islam telah melakukan kekejaman terhadap masyarakat Kristian.

13 The Crusades, "http://answering-islam.org.uk/Authors/Arlandson/crusades. Di akses pada 10 Mei 2015.

Page 5: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

Pada abad ke-11, kedudukan Pope mulai dianggap penting dan telah menjadi pemimpin bagi semua aliran Kristian sama ada di barat mahupun timur .14 Pope bermatlamat untuk menyatukan semua gereja kerana ketika itu gereja telah berpecah kepada dua iaitu gereja di barat dan gereja di timur yang disebabkan oleh konferensi Rom pada tahun 869 M dan koferensi Constantinople 879 M. Pope berusaha untuk menundukkan gereja Orthodox Timur. Tetapi pertentangan gereja barat dan pemerintahan Byzantium telah menghalangi niat Pope ini. Bantuan yang diminta oleh pemerintah Byzantium kepada Pope merupakan satu peluang keemasan bagi Pope untuk melaksanakan hasratnya dengan melancarkan perang salib. Hal ini di tambah lagi dengan pada ketika itu politik kerajaan Islam telah berpecah-belah. Prof. Madya Fadhlullah Jamil dalam penulisan beliau, Islam Di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan & Pergolakan;

“Ketandusan intelek dan kemunduran dalam sistem pendidikan bukanlah ciri-ciri yang khusus pada bangsa Turki, malah keadaannya adalah sama sahaja bagi seluruh Dunia Islam. Umat Islam sejagat telah mengalami kebekuan pemikiran dan kerohanian...” 15

Perpecahan ini kelihatan selepas pemerintahan Sultan Sallehudin berakhir yang ketika itu di bawah pemerintahan Dinasti Seljuk di Asia kecil. Perpecahan ini memudahkan orang Kristian melancarkan perang ke atas Turki. Keadaan yang kucar-kacir ini mendorong Kristian di Eropah untuk merebut atau menawan satu persatu daerah kekuasaan Islam seperti wilayah Sepanyol di Andalusia, Pulau Sicily yang menjadi titik kelemahan Islam yang utama, Utara Afrika dan sebahagian daripada wilayah Timur Tengah.

2.3 Faktor EkonomiDi Eropah, Perancis telah bertindak melancarkan propaganda perang Salib yang mana negara Perancis sedang menghadapi krisis ekonomi. Hal ini menyebabkan sejumlah besar golongan miskin dan penjenayah menyambut seruan untuk berperang ini dengan baik namun bukan kerana panggilan agama, tetapi karena panggilan ‘perut’ iaitu keadaan mereka yang terdesak. Sebagai bukti, mereka ini

14 Shamsudin Wahab, Punca Dan Kesan Perang Salib Terhadap Umat Islam, Www.scribd.com, di akses pada 10 Mei 2015.

15 Fadhlullah Jamil, Islam Di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan & Pergolakan, Bangi: Thinker’s Library,Percetakan Putrajaya, 2000, hlm. 2.

Page 6: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

telah merampas makanan antara sesama Kristian dalam perjalanan menuju ke Constantinople ketika menyerang Jerusalem.16

Selain itu, ia juga berpunca daripada para pedagang yang besar yang berada di pantai Timur Laut Tengah terutama mereka yang berada di kota Venice dan Genoa yang berhasrat menguasai sejumlah kota-kota dagang bagi meluaskan jaringan perdagangan mereka. Ia juga bertujuan untuk menguasai dan menduduki pelabuhan-pelabuhan timur dan selatan seperti pelabuhan di Syam supaya pelabuhan-pelabuhan ini menjadi pusat perdagangan mereka di Timur dan supaya perdagangan Eropah bersambung dengan jalan laluan perdagangan di timur.17 Hal ini disebabkan pedagang-pedagang Arab berdagang di seluruh Asia terutamanya mempunyai barangan yang penting terhadap masyarakat Eropah. Dengan menguasai pelabuhan-pelabuhan di timur akan memudahkan mereka untuk mendapatkan brangan yang diinginkan oleh mereka. Maka dengan itu mereka sanggup menanggung dana perang salib dengan memberikan bantuan terutamanya dalam pertahanan laut, wang dan senjata bagi menggalakkan peperangan ini.18

3.0 Kesan Perang Salib Terhadap Islam

3.1 Aspek Politik

3.1.1 Kelahiran Tokoh-Tokoh IslamPerang Salib yang merupakan beberapa siri kempen peperangan yang dipengaruhi isu keagamaan dan politik sekitar kurun ke-11 hingga ke-13 Masihi juga telah melahirkan tokoh-tokoh Islam yang berkaliber. Antara pemimpin yang telah diangkat oleh masyarakat dari dahulu sehingga kini kerana telah berjaya membendung dan menghapuskan musuh-musuh umat Islam seperti Baybars, Saladin, Nur al-Din, dan Zanki. Secara ringkasnya, Salah al-Din menakluki Jerusalem pada 1187 TM dan berjaya menyatukan dunia Islam dari Sungai Nil hingga Sungai Tigris. Pada awal 1143 pula, Zanji merampas balik kawasan Edessa seterusnya Nur al-Din iaitu anaknya, menakluki Damancus dan

16 Shamsudin Wahab, Punca Dan Kesan Perang Salib Terhadap Umat Islam, dlm. www.scribd.com, di akses pada 7 Mac 2015.17 Ibid. 18 Ibid.

Page 7: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

menduduki seluruh Syria kecuali Antioch. Baybars pula telah pemerintah kerajaan Mamluk menghapuskan kuasa dan pengaruh tentera Salib di Syria pada tahun 1250 TM.

Di samping itu juga Perang Salib ini juga telah melahirkan tokoh-tokoh Islam yang berkaliber dan hebat seperti Imad al-Din Zanki, Nur al-Din Mahmud, Salahuddin Al-Ayyubi, dan Baybars. Pada tahun 1143 Imad al-Din Zanki telah berjaya menawan semula kawasan kawasan yang dirampas oleh Tentera Salib seperti kawasan Edessa. 19 Manakala anaknya iaitu Nur al-Din Mahmud pula berjaya menguasai kawasan Damancus serta seluruh kawasan Syria kecuali kawasan Antioch. Salahuddin Al-Ayyubi juga menunjukkan kehebatan beliau dengan kejayaan menawan kawasan Jerusalem pada tahun 1187 masihi serta berjaya menyatukan kerajaan-kerajaan Islam yang terletak di Sungai Nil dan Sungai Tigris. Malahan Baybars juga yang merupakan pemerintah Kerajaan Mamluk telah berjaya menghapuskan penguasaan Tentera Salib di Syria pada tahun 1250 masihi.

Oleh hal yang demikian melalui kemunculan tokoh-tokoh Islam yang hebat seperti Imad al-Din Zanki, Nur al-Din Mahmud serta Salahuddin Al-Ayyubi telah menunjukkan bahawa orang-orang Islam amat memerlukan pemimpin yang dapat menyatukan semua negara-negara Islam untuk mengatasi serangan daripada Tentera Salib. Antara contoh tokoh yang benar-benar berkaliber adalah Salahuddin Al-Ayyubi.20 Hal ini kerana, beliau juga berjaya merampas kembali kawasan Baitulmaqdis dari tangan pihak Kristian hasil daripada kemenangan beliau di kawasan Hittin. 21 Di samping itu juga, beliau telah berjaya membina sebuah kerajaan Islam yang kuat di Mesir yang dikenali sebagai Kerajaan Ayyubiyah. Oleh hal yang demikian, apabila kematian beliau telah berlaku konflik dalam keluarga Salahuddin Al-Ayyubi serta pihak islam juga menjadi lemah serta merta dan hal ini secara tidak lansung menambahkan masalah lagi melalui kemunculan tentera Monggol yang telah memusnahkan serta menghancurkan

19 Thomas S. Asbridge, The Crusades: The War for the Holy Land, New York: Simon & Schuster, 2010, hlm. 400.

20 Abdul Latip Talib, Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinople, Selangor: PTS Litera Utama, 2010, hlm. 11.

21 Elizabeth Hallam, Chronicles Of The Crusades: Eye-Witness Accounts Of The Wars Between Christianity And Islam, New York: Welcome Rain, 2000, hlm.130.

Page 8: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

kota-kota Islam.22 Hal ini menunjukkan bahawa peranan tokoh-tokoh Islam ini sangat penting dalam membentuk suatu institusi kerajaan Islam yang utuh dan kuat.

3.1.2 Pencetus Kepada Penjajahan Eropah Ke Sebahagian Dunia IslamPerang Salib telah membawa kepada permulaan penjajahan masyarakat Eropah ke dunia Islam. Dalam siri pertama perang ini, kejayaan tentera Salib telah membawa kepada bermulanya penjajahan Eropah ke dunia Islam. Sebagai contoh, menerusi Persidangan Clermont, Pope Urban II telah menyeru kepada masyarakat Eropah agar menyertai Perang Salib dalam menakluk dunia Islam dan mendapatkan kembali Jerusalem daripada kekuasaan umat Islam. Rentetan daripada itu, ramai golongan kesatria dan petani Eropah yang telah menyertai misi peperangan ini. Mereka telah mengharungi lautan serta daratan untuk menuju ke Jerusalem dan berjaya menaklukinya pada bulan Julai 1099. Kejayaan tentera Salib dalam perang ini telah membawa kepada penubuhan Kerajaan Baitul Maqdis dan negeri-negeri Salibiah yang lain.

Antara faktor yang telah menyumbang kepada penjajahan Eropah ke dunia Islam adalah disebabkan oleh faktor dalaman di mana berlakunya perebutan kuasa antara pemimpin-pemimpin Islam. Hal ini menyebabkan tentera Salib dengan mudah dapat menawan Jerusalem. Impaknya, kegagalan mempertahankan negeri-negeri Islam daripada penguasaan pihak Salib menyebabkan banyak negeri naungan Islam seperti Wilayah Edessa, Wilayah Antioch, termasuk Kerajaan Baitul Maqdis dan Tripoli di Palestin berada di bawah negeri-negeri Salibiah.23

Selain itu, rentetan daripada berlakunya Perang Salib telah membawa kepada penjajahan kepada dunia Islam yang lain. Sebagai contoh, di Andalusia, orang Kristian iaitu dari Portugis dan Sepanyol telah mengalahkan orang Islam dengan penuh kekerasan pada tahun 1459. Putera Henry telah membawa orang

22 Karen Armstrong, Perang Suci:Dari Perang Salib Hingga Perang Teluk, Jakarta: Percetakan PT, 1998, hlm. 689.23 Mohd Roslan Mohd Nor & Nor Shakila Mohd Noor, Perang Salib Dan Kejayaan Salahuddin Al-Ayubi

Mengembalikan Islamicjerusalem Kepada Umat Islam (Crusades And Saladin’s Achievement In Liberating Islamicjerusalem To Muslims Ummah), Kuala Lumpur, hlm 66.

Page 9: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

Kristian Portugis untuk melancarkan peperangan Salib secara menyeluruh ke atas orang Islam di seluruh dunia.24

3.1.3 Perpecahan kerajaan islamDi samping itu, perpecahan kerajaan Islam didorong oleh masyarakat

Islam yang sering berperang dan berbalah sesama sendiri. Situasi ini telah ditimbulkan oleh Barat dalam melaga-lagakan kerajaan Islam di Asia Barat dalam misinya melihat masyarakat Islam berpecah belah. Usaha propaganda bagi memburukkan imej Islam25 banyak disumbangkan oleh para orientalis yang terdiri daripada sekumpulan ilmuan yang menumpukan usaha dan penelitian bagi memahami Al- Quran dan ilmu-ilmu teras Islam. Kumpulan ini sedaya upaya mencari kesalahan agama Islam, sebaliknya jika tidak memperolehinya, mereka akan menciptakan kesalahan-kesalahan tersebut.26

Dalam pada itu, perpecahan Islam di Asia Barat bertitik tolak daripada masalah dalaman yang berlaku dalam kerajaan Islam terutamanya semasa tampuk pemerintahan di bawah kekuasaan Dinasti Seljuk Turk. Contohnya, penentangan segi tiga antara Khalifah Fatimiyyah di Mesir, Khalifah Abbasiyah di Baghdad, dan Amir Umaiyyah di Cordoba yang sering berebutkan gelaran khalifah. Justifikasi daripada kegagalan mempertahankan negeri-negeri Islam daripada penguasaan pihak Salib menyebabkan banyak daripada negeri naungan Islam seperti Wilayah Edessa, Wilayah Antioch, termasuk Kerajaan Baitul Maqdis dan Tripoli di Palestin berada di bawah negeri-negeri Salibiah. Demi matlamat, kuasa Eropah sanggup melakukan apa sahaja sekalipun melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada umat Islam.27 Dengan kata lain, barat menggunakan taktik menghalalkan cara dalam misinya menakluki negara-negara di Asia Barat terutamanya di Jurusalem.28 Dengan itu, perbezaan mazhab yang berlaku selepas

24 Mohd Liki Hamid, Pengajian Tamadun Islam (Edisi ke-2), Kuala Lumpur : PTS Professional, 1997, hlm. 306.

25 Paul B. Horton and Chester L. Hunt, Sociology , New York: McGraw-Hill Book Company, 1980 , hlm. 356.

26 Muhammad Razak Idris, Sejarah Perhubungan Islam dan Barat, PEMIKIR, Bil 43, 2006, hlm. 86.

27 Th. Vand Den End & Christian de Jonge, Penilaian dalam Teori Kristen Abad 18-20 dalam Sejarah Perjumpaan Gereja dan Islam, Jakarta: Sekolah Tinggi Teologi Jakarta, 1990, hlm. 148.

28 Mohd Roslan Mohd Noor & Nor Shakila Mohd Nor. Perang Salib dan Kejayaan salahuddin Al-AyubiMengembalikan Islamic Jurusalem Kepada Umat Islam. Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 7(1),

2012, hlm. 65.

Page 10: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

Perang Salib menyebabkan kekuasaan Islam semakin lemah memudahkan tentera Kristian menakluki satu persatu wilayah di Asia Barat. Pengenalan sistem feudal selepas kejatuhan Islam dan penguasaan Jurusalem memperlihatkan bagaimana penguasaan orang Eropah dalam pentadbiran. Kedudukan gereja pula bertambah kuat apabila harta yang diserahkan oleh golongan bangsawan telah menjadikan gereja lebih berpengaruh dan kaya dan fenomena ini telah membuka jalan kepada pembebasan golongan hamba di ladang dengan menyertai tentera Salib.

3.1.4 Kejatuhan Empayar Islam

Di samping itu, kesan daripada Perang Salib yang berlaku terhadap umat Islam di paparkan melalui kejatuhan empayar islam yang menandakan berakhirnya pemerintahan Islam di asia Barat yang berlaku pada abad ke-17 sehingga abad ke-19 masihi. Era ini merupakan satu tempoh di mana tamadun Islam berada pada tahap terendah dalam hukum putaran ketamadunan. Hal ini rentetan daripada dalam tempoh tersebut, dunia Islam secara keseluruhannya jatuh di bawah penguasaan Barat. Misalnya, Perancis yang telah berjaya menguasai Utara, Barat dan kawasan sekitar Khatulistiwa di Afrika, Lebanon dan Syria.29

Kejatuhan empayar Islam telah menimbulkan rekasi dalam kalangan masyarakat di Asia Barat. Situasi ini dapat ditinjau melalui elemen penolakan dan penentangan bersifat anti-Barat yang dilakukan oleh mereka. Dalam menentang Barat, masyarakat Islam telah menolak sebarang bentuk kerjasama dengan pihak pentadbiran penjajah, syarikat-syarikat, sekolah-sekolah, dan institusi-institusi sosial, politik, dan ekonomi yang ditaja oleh penjajah.30 Jadi, Islam membatalkan niatnya untuk melakukan kerjasama dengan orang Eropah kerana bagi mereka, sebarang bentuk kerjasama dengan barat dilihat sebagai suatu pengkhianatan dan permusushan terhadap orang Islam itu sendiri. Keruntuhan empayar Islam menyebabkan tentera Salib menguasai tanah air mereka. Namun, jika dilihat dari sudut pandangan yang positif, Islam melihat penjajahan Barat di Asia Barat boleh dimanfaatkan oleh tamadun Islam dalam merangka kemajuan dan mengembalikan kekuatan Islam. Dengan ini, perang salib dilihat dapat

29 Ezad Azraad Jamsari, et.al., Sejarah Kerajaan Islam di Andalus Menurut Buku Sejarah UmatIslam Karya Hamka, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011, hlm. 170.

30 Muhammad Razak Idris, Sejarah Perhubungan Islam dan Barat, PEMIKIR, Bil 43, 2006, hlm. 87.

Page 11: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

membantu mereka mendukung usaha mempersiapkan generasi baru Muslim dengan kepakaran dan orientasi kebudayaan Barat samaada dalam bidang keilmuan, pentadbiran, dan ketenteraan.31 Maka, Islam dapat melahirkan satu generasi Muslim yang berwatak moden, terpelajar dan berbudaya barat.

3.2 Aspek Sosial

3.2.1 Berlakunya Proses Asimilasi Dengan Masyarakat Tempatan

Perang Salib yang berlaku antara dua agama iaitu Islam dan Kristian telah membawa kepada berlakunya proses asimilasi antara masyarakat Eropah dengan orang Islam. Kejayaan tentera Salib seperti dalam siri pertama Perang Salib telah membawa kepada pembukaan penempatan dan koloni-koloni mereka ke kawasan orang Islam. Orang-orang Eropah yang menetap di kawasan Islam telah menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk melalui proses perkahwinan dengan masyarakat Islam. Hasilnya, wujudlah sekumpulan masyarakat kacukan yang dikenali sebagai “poulains”. Walau bagaimanapun, kedatangan orang Eropah hasil daripada Perang Salib tidaklah memberi kesan yang mendalam terhadap sosial masyarakat Islam. Hanya segelintir masyarakat Eropah seperti orang-orang Latin sahaja yang lebih tertarik dengan cara kehidupan masyarakat Islam seperti aspek pakaian, makanan dan perumahan. Proses asimilasi juga tidak berlaku secara meluas dan hanya sesetengah masyarakat Eropah sahaja yang berkahwin dengan masyarakat Islam. Oleh itu, dapatlah dilihat bahawa Perang Salib yang berlaku di antara orang Islam dan Kristian telah memberi kesan terhadap proses asimilasi masyarakat Eropah terhadap masyarakat tempatan kerana berlakunya pertembungan budaya kedua-dua masyarakat ini.32

3.2.2 Perpaduan Dan Penyatuan Umat Islam

Perang Salib telah tercetus adalah merupakan titik tolak dari pembangunan pesat yang berlaku di Eropah Barat semasa Zaman Pertengahan diiringi dengan kemerosotan Empayar Byzantine di Timur.33 Oleh hal yang demikian, terdapatnya 31 Ibid.

32 John France, Western Warfare in the Age of the Crusades, 1000-1300, United Kingdom: Psychology Press, 2002, hlm. 126.

33 Steven Richman, A History of the Crusades: The Kingdom of Acre and The Later Crusades, United Kingdom:Cambridge University Press, 1951, hlm. 481.

Page 12: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

kesan kepada pihak Islam iaitu Perang Salib tersebut menyebabkan perpaduan dan penyatuan umat islam. Pada peringkat awal peperangan itu tercetus, dunia islam sememangnya telah wujud dengan kemunculan beberapa kerajaan kecil islam. Oleh hal yang demikian, pada mulanya berlakunya Perang Salib, negara-negara Islam tidak bersatu antara satu sama lain termasuklah Syrian dan juga Asia Kecil. Dalam pada masa yang sama, terdapat beberapa kerajaan kecil yang dikuasai dan diperintah oleh Atabeg. Ianya telah berlaku ketika era pemerintahan Kerajaan Abbasiyah di Baghdad yang mengalami zaman kemerosotan dan kejatuhan kerajaan tersebut.34.

Kerajaan Abbasiyah yang dikuasai oleh Turki Seljuk sememangnya tidak mampu untuk menentang tentera Salib.35 Namun begitu, setelah bermulanya tahap kedua peperangan Salib, kerajaan-kerajaan Islam telah bersedia untuk bersatu di bawah pemimpin-pemimpin yang berkaliber. Antara pemimpin yang berjaya membendung serta menghapuskan musuh-musuh mereka ialah Zanki, Nur al-Din, Baybars serta Saladin. Pemimpin tersebut juga bertindak untuk menentang dan merampas balik kawasan-kawasan yang diduduki oleh tentera Kristian. Hal ini, secara tidak lansung dalam masa yang sama telah menimbulkan semangat perpaduan serta penyatuan dalam kalangan umat Islam pada waktu itu. Seterusnya, pihak Kristian melalui Tentera Salib mereka telah mengambil kesempatan sewaktu kerajaan Islam mengalami kemerosotan untuk menyerang dan menawan kerajaan Islam sehingga berjaya menawan kawasan Baitulmaqdis.36

Akhir abad ke-11 masihi Kerajaan Fatimiyyah, juga mengalami kemerosotan di Mesir seperti yang dialami oleh Kerajaan Abbasiyah.37 Setelah pihak Tentera Salib berjaya menawan kawasan-kawasan tanah jajahan kerajaan Islam, pihak mereka telah mendirikan wilayah-wilayah kecil di sekitar kawasan Syria sehingga ke kawasan utara Iraq untuk mengantikan pemerintahan kerajaan Islam.38 Kejayaan pihak Kristian menguasai kawasan-kawasan jajahan Islam, adalah disebabkan berlakunya perpecahan antara kerajaan-kerajaan Islam

34 Christopher Tyerman, God's War: A New History of the Crusades, London: Penguin UK, 2007, hlm.78.35

36 Mahayudin Haji Yahaya, Ensiklopedia Sejarah Islam: Volume 1, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1986, hlm. 1230.

37 Karen Armstrong, Holy War: The Crusades and Their Impact on Today's World, New York: Anchor Books, 2001 hlm. 122.38

Page 13: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

seperti Mesir, Iraq dan Syria. Pada abad yang berikutnya masyarakat Islam amatlah lemah akibat daripada perpecahan yang berlaku diantara negara-negara Islam. Pada masa yang sama Kerajaan Mamluk dengan kekuatan ketenteraan mereka telah berjaya mengalahkan pihak Tentera Salib. Perkara ini menunjukkan bahawa masyarakat Islam cepat sedar dan bersatu kembali untuk menentang pihak Tentera Salib ini. Malahan, perpaduan dan penyatuan dalam kalangan umat islam juga melalui kewujudan Kerajaan Mamluk di Mesir yang telah berjaya menyelamatkan umat-umat Islam daripada ancaman tentera Monggol.39

3.2.3 Penyebaran Ilmu Pengetahuan Islam

Dalam pada itu, Perang Salib yang berlanjutan telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap islam yang merangkumi penyebaran ilmu pengetahuan orang islam. Hal ini tercetus apabila masyarakat Eropah yang mencedok ilmu-ilmu yang dihasilkan oleh umat Islam di Asia Barat . Keadaan ini dijelaskan dengan tindakan masyarakat Eropah yang telah meniru dan membawa hasil penyelidikan dan penemuannya di negara Islam ke barat.40 Misalnya, penemuan masyarakat Eropah dalam bidang sains, falsafah dan juga hasil kekayaan harta daripada dunia islam telah dicedok oleh Barat dalam membangunkan ketamadunannya di Barat. Hal ini rentetan daripada perang Salib yang telah meletus hampir 200 tahun menyebabkan kebudayaan dan ilmu islam, perubatan, sains ,matematik dan senibina Islam telah dibawa ke Eropah dan telah dilakukan transformasi. Contohnya, dalam bidang perubatan, karya-karya Ibnu Sina telah diterjemah daripada bahasa arab ke bahasa Latin sama juga seperti seni bina hospital Lez Quinze Vingt yang dibina di paris telah mengambil contoh atau meniru seni bina hospital Sultan Nur Al-Bin di Damsyik. Antara bandar-bandar yang menjadi pusat tumpuan dunia Eropah dalam hal-hal keilmuan, pendidikan, perubatan, kesusasteraan dan sebagainya di Asia Barat termasuklah Madinah, Baghdad, Cordova, Iskandariah. Dalam konteks keilmuan, Islam amat menggalakkan umatnya menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin sepanjang hayatnya; sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud “Dari Rasulullah saw bersabda “tuntutlah ilmu sejak dari dalam buaian sehingga ke

39 Sami Bin Abdullah Al-Maghluts, Atlas Perang Salib, Selangor: Publishing House, 2015, hlm. 210.

40 Michael M. Hart, 100 Orang paling Berpengaruh di Dunia Sepanjang Sejarah, Jakarta: Hikmah (PT Mizan Publika), 2009, hlm. 83.

Page 14: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

liang lahad”. Daripada kenyataan ini jelas menunjukkan bagaimana agama Islam itu sendiri menyeru umatnya menuntut ilmu. Dampak yang dapat dilihat pada abad ke-7 sehingga ke-12 Masihi di mana Islam merupakan Zaman Keemasan tamadun Islam membuktikan bahawa Islam berkembang pesat dalam bidang keilmuan.41

Sehubungan dengan itu, perkembangan pesat keilmuan Islam telah mendorong Eropah untuk mengambil dan meniru hasil-hasil mahupun karya-karya ilmuwan Islam untuk kepentingan ketamadunannya di Barat. Secara amnya, faktor yang paling berpengaruh yang mendorong kegemilangan ilmu-ilmu Islam ialah kegiatan penterjemahan yang sungguh pesat.42 Situasi ini didorong oleh generasi baru muslim yang berpengetahuan daripada kalangan pemikir dan saintis yang banyak menyumbangkan ilmu-ilmu yang baru kesan daripada usaha penterjemahan besar-besaran pada abad-abad sebelumnya. Era ini digambarkan sebagai satu tahap penguasaan yang paling tinggi para ilmuwan Islam dalam bidang falsafah dan sains. Sejarah dengan jelas mencatatkan bagaimana sumbangan gedung ilmu dan pusat pengetahuan di Cordova, Palermo, Nishapur, Kaherah, Baghdad, Damaskus dan Bukhara yang muncul dan berkembang mendasari era kegemilangan tersebut. Di sini, ilmu-ilmu Islam yang berkembang pesat dibawa ke Barat bagi memperbanyakkan koleksi ilmu di Barat agar memudahkan pembacaan para pelajar terutamanya dalam bidang perubatan.

Para sejarawan telah sepakat bahawa terdapat beberapa faktor yang mendorong pengaliran ilmu-ilmu pengetahuan Islam ke Eropah iaitu hubungan diplomatik, aktiviti penterjemahan, pembukaan Pulau Sicily, pembukaan Pulau Andalus (Sepanyol) dan Perang Salib. Selain daripada penyebaran ilmu pengetahuan orang Islam, Perang Salib mendatangkan kesan kepada hubungan kerajaan-kerajaan Islam di Asia Barat. Hal ini demikian kerana Perang Salib telah menyebabkan perpecahan Islam di Asia Barat. Situasi ini dapat dilihat apabila orang Islam mula membina dan membentuk imarah mereka mengikut kepercayaan dan fahaman mereka masing-masing. Keadaan ini disebabkan oleh kesibukan para pemerintah negeri Islam terhadap masalah peribadi, perpecahan dalaman seperti perebutan kuasa di antara mereka, serta minat pihak berkuasa dalam mengukuhkan negeri masing-masing selain meluaskan pengaruh

41 Muhammad Razak Idris, Sejarah Perhubungan Islam dan Barat, PEMIKIR, Bil 43, 2006, hlm. 84.

42 Ibid.

Page 15: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

kekuasaannya terhadap negara jiran merupakan beberapa faktor yang mendorong kepada terbentuknya imarah-imarah yang berbeza kerajaan Islam masing-masing. Perbezaan fahaman menyebabkan tiada kesepakatan atau kebersatuan dalam kerajaan-kerajaan Islam menentang pihak Kristian.

3.2.4 Mengembalikan semula maruah Islam

Salah satu kesan yang timbul kepada Islam ekoran berlakunya perang salib ialah maruah Islam kembali meningkat selepas kejayaan Salahuddin Al-Ayubi mengembalkan Jerusalem kepada umat Islam.43 Penaklukan tentera Kristian pada siri peperangan salib pertama yang bermula pada 1059 dan berakhir pada 1099 M telah membawa kepada kemenangan tentera kristian dan berjaya menakluki Jerusalem. Perang Salib merupakan satu peristiwa yang telah mencatatkan bahawa golongan Kristian telah berjaya menawan Islamicjerusalem (Baitul Maqdis) dari pemerintahan umat Islam. Dalam hal in, maruah umat Islam khususnya telah tercabar dengan pengambilan Jerusalem oleh tentera kristian dari tangan mereka. Kekalahan tentera Islam dalam siri peperangan yang pertama ini telah membakar semangat tentera Islam untuk menawan semula Baitul Maqdis yang merupakan tempat suci atau holy land bagi umat Islam yang dikatakan sebagai tempat kelahiran agama terawal dunia iaitu agama Islam, Kristian dan Yahudi. Oleh yang demikian, kebangkitan dan kejayaan Salahuddin al-Ayyubi telah berjaya dan membebaskan Islamic jerusalem dari pihak Tentera Salib pada tahun 1187.44 Hal ini telah menjadi bukti keagungan dan kegigihan Salahuddin al-Ayyubi di dalam tenteranya yang bertindak sebagi panglima dalam memimpin pasukannya tenteranya demi mengembalikan semual maruah umat islam dan kota suci umat Islam yang telah dirampas oleh pihak tentera salib dari tangan mereka. Dengan kemenangan tentera Islam dalam siri peperangan yang kedua ini, Jerusalem telah berjaya ditakluk semula oleh tentera Islam daripada tangan tentera salib. 45 Oleh itu, kegigihan dan keberanian Salahuddinyang telah mewarisi panji-panji jihad sebelum eranya yang telah dikibarkan oleh Syarafuddaulah Maudud dan Imaduddin Zanki dengan menyatukan perjuangan umat Islam di Mesir, Syam, al-Jazirah, Hijjaz serta Yaman telah membawa kepada kemenangan tentera umat Islam dala usaha menawan semula Jerusalem dari

43 Mohd Roslan, Op. Cit., hlm. 62.

44 Ibid.

45 Ibid.

Page 16: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

tentera salib. Hal yang lebih membanggakan umat Islam ialah beliau seorang yang mendukung perjuangan fi sabilillah untuk membebaskan Tanah Suci Baitul Maqdis.46 Dengan itu, kekalahan pasukan Salib yang akhirnya terpaksa menyerah diri dan mengaku kalah kepada pasukan tentera Islam setelah barisan pertahan mereka hancur telah berjaya mengembalikan semula maruah umat Islam yang sebelum ini pernah jatuh sebaik sahaja tentera salib menguasai Jerusalem dari tangan mereka.Bukan itu sahaja, Raja Guy de Lusignan sendiri telah berjaya ditawan oleh Salahuddin, selain daripada panglima Baron berkat kegigihan dan keberaniannya dalam mempertahankan jihad di jalan Allah.47

3.2.5 Kehilangan Nyawa Umat IslamPerang Salib merupakan perang yang melibatkan agama Islam dan Kristian di mana Baitul Maqdis menjadi rebutan. Perang yang berlangsung kira-kira 200 tahun ini telah memberi kesan kepada orang Islam. Antaranya ialah berlakunya penurunan jumlah orang Islam sama ada yang terlibat atau tidak dalam tersebut. Menurut Sami bin Abdullah al-Maghluts di dalam bukunya yang bertajuk Atlas Perang Salib, beliau mengemukakan pendapat daripada al-Maqrizi bahawa ramai tentera Islam yang telah mati syahid akibat daripada menyertai misi pembebasan Islamicjerusalem daripada penjajahan tentera Salib yang diketuai oleh Salahuddin al-Ayubi.48

Selain itu, dapat dilihat bahawa ramai nyawa umat Islam telah terkorban akibat daripada berlakunya Perang Salib. Sebagai contoh, seramai 70,000 orang umat Islam telah terkorban akibat disembelih oleh tentera Salib. Pembunuhan ini telah berlaku semasa tentera Salib mengepung Jerusalem selama tujuh hari yang bermula dari 15 Julai 1099. Seterusnya, tokoh-tokoh pejuang Islam juga ramai yang telah terkorban akibat daripada Perang Salib. Misalnya, Maudud bin Tuntakin telah terkorban semasa beliau memperjuangkan negara-negara Islam yang telah ditawan oleh tentera Salib. Maudud yang merupakan seorang penguasa Mosul telah membentuk satu pasukan ketenteraan untuk menawan semula al-Quds. Walau bagaimanapun, pihak Kristian telah menyedari hal ini dan seterusnya mengupah seorang anggota Hasyasyiyun untuk membunuh Maudud 46 Ibid., hlm. 69.

47 Ibid.

48 Mohd Roslan, Op. Cit., hlm. 70.

Page 17: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

sekembalinya ke Damaskus. Keadaan ini dapat dilihat bahawa Perang Salib telah membawa kesan yang besar terhadap Islam kerana ramai umat Islam dan tokoh-tokoh pejuang yang terkorban.49

3.3 Aspek Ekonomi

3.3.1 Meningkatkan Aktiviti Perdagangan Islam

Peristiwa perang Salib yang berlaku selama 1095 sehingga 1291 telah membawa kesan ekonomi terhadap Islam. Seperti yang diketahui, umumnya faktor berlakunya perang salib selain agama dan politik adalah lebih menjurus kepada kepentingan ekonomi semata-mata. Tujuan utama tentera Kristian adalah untuk menguasai laluan perdagangan timur dan barat yang mempunyai kedudukan yang strategik dengan adanya laut Mediterranean. Hal ini akan dapat dilakukan dengan cara menguasai pelabuhan-pelabuhan utama seperti pelabuhan Syam. Oleh yang demikian, peristiwa perang salib yang berlaku ternyata telah memberi kepentingan kepada dua-dua pihak iaitu barat dan Islam. Melihat kepada ekonomi Islam, peperangan yang berlaku antara dua pihak ini telah membawa kepada perkembangan perdagangan umat Islam. Perdagangan umat Islam semakin berkembang dan giat dijalankan. Sebaik sahaja tentera salib menjejakkan kaki mereka ke atas kebanyakkan pelabuhan-pelabuhan Islam di Syria, peluang mereka terbuka dengan luasnya untuk menjalankan aktiviti perdagangan. 50 Dalam masa yang sama jug, penyebaran ilmu Islam seperti teknik penggunaan kompas dan kegiatan pembinaan kapal turut berkembang sewaktu aktiviti perdagangan dijalankan.51 Oleh yang demikian, pelabuhan-pelabuhan Islam yang terdapat di Syria semakin berkembang ekoran jalinan perdagangan antara negara Islam dengan negara-negara Barat seperti pedagang dari Venice. Pelabuhan-pelabuhan di Syria ini menjadi tempat pertemuan

49 Ibid., hlm 67.

50 Mohd Liki Hamid, Op., Cit., hlm. 306.

51 Ibid.

Page 18: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

pedagang-pedagan dan hal ini sekaligus dapat meningkatkan perkembangan sektor ekonomi masyarakat Islam.

4.0 Analisis Soalan

Secara analisisnya, peristiwa perang Salib yang berlaku sebanyak 7 siri peperangan telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap kedua-dua pihak iaitu kepada pihak Islam dan pihak Barat baik dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Antaranya dapat dilihat dengan jelas dalam aspek politik Islam apabila peperangan tersebut berjaya melahirkan tokoh-tokoh Islam. Walau bagaimanapun, perang salib ini juga telah memberikan kesan negatif terhadap politik Islam apabila berlakunya perpecahan kerajaan dan kejatuhan empayar-empayar Islam yang selama ini dikagumi dan menjadi contoh kepada kerajaan lain khususnya di Asia Barat. Siri peperangan salib pertama telah bermula pada 1095-1099 M yang berpihak kepada tentera Salib dengan jumlah anggota tentera ramai telah memihak kepada tentera Kristian dengan berjaya menawan Asia Kecil, bandar Antioch dan bandar Jerusalem. Ekoran kemenangan tentera Kristian tersebut telah menyebabkan tanah suci iaitu Baitul Maqdis dan menyebabkan kejatuhan maruah umat Islam. Kemenangan tentera Kristian ini telah memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap umat Islam. Namun demikian, siri perang Salib yang kedua yang berlaku pada 1147 sehingga tahun 1148 M telah berjaya mengembalikan semula maruah Islam dan mengembalikan semula tanah suci umat Islam selepas kejayaan Salahuddin Al-Ayubi mengembalikan Jerusalem kepada umat Islam. Selain itu, kesan sosial yang dapat dilihat akibat daripada peperangan ini dapat dilihat dengan jelas apabila berlakunya proses asimilasi dengan masyarakat tempatan. Dalam masa yang sama , kesan penting yang berlaku ekoran peperangan ini ialah telah membawa

Page 19: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam

kepada penyebaran ilmu pengetahuan Islam ke Eropah. Di samping itu, siri peperangan yang berlaku selama hampir kurang 7 siri membawa kepada perpaduan umat Islam dalam usaha mengembalikan semula kota suci mereka. Namun demikian, peperangan ini telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa umat Islam yang turut serta menyertai peperangan demi mempertahankan maruah agama Islam. Peperangan ini juga memberikan kesan terhadap ekonomi umat Islam apabila hubungan dan aktiviti perdagangan umat Islam semakin berkembang pesat. Ekoran daripada itu, secara keseluruhannya, peperangan salib yang berlaku ini ternyata telah meninggalkan impak yang positif juga negatif sepertimana yang dapat dilihat dalam perbincangan esei ini.

5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, peperangan salib yang berlaku ini telah menimbulkan pelbagai kesan terhadap kedua-dua pihak baik dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Dapat dilihat bahawa perang Salib telah memberi kesan yang lebih besar terhadap aspek politik umat Islam seperti banyak negeri-negeri Islam telah jatuh di tangan tentera Salib. Pada awalnya, perang Salib yang pertama telah membawa kemenangan kepada tentera Salib. Walaubagaimanapun, orang Islam telah berjaya menawan kembali negeri-negeri yang telah ditawan dibawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubi. Dari aspek sosial pula, suatu yang amat memberi kesan yang mendalam kepada umat Islam apabila ramai umat Islam yang terkorban semasa berlakunya Perang Salib ini. Selain itu, berlakunya penyebaran ilmu orang Islam secara meluas kepada orang Kristian seperti dalam bidang perubatan dan astronomi. Secara ringkasnya, Perang Salib yang berlaku di antara orang Islam dan Kristian telah memberikan kesan yang mendalam terhadap dunia Islam pada hari ini. Perang Salib ini lebih membawa keuntungan kepada orang Kristian kerana melalui peperangan ini ianya merupakan perintis kepada penjajahan kuasa Eropah ke dunia Islam terutamanya di Asia Barat.

Page 20: Siri Perang Salib Kesan Kepada Pihak Islam