[SISTEM AIS] -...
-
Upload
phungtuong -
Category
Documents
-
view
235 -
download
0
Transcript of [SISTEM AIS] -...
USER 1
PERTANDINGAN INOVASI JPS MALAYSIA 2015
2015
KUMPULAN
GELOMBANG EMAS
| JPS NEGERI PERLIS
USER
[SISTEM AIS] SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU
MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 2
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKASURAT
A. RINGKASAN EKSEKUTIF 3
B. PENGENALAN
C. INOVASI
4
5
i. Pernyataan Masalah 5
ii. Tujuan 8
iii. Konsep Sistem
iv. Proses Perlaksanaan
v. Implikasi Kewangan
10
11
19
vi. Impak Inovasi 25
a) Elemen Kreativiti 25
b) Elemen Keberkesanan
c) Elemen Signifikan
26
27
d) Elemen Replicability
e) Elemen Relevan
f) Inovasi/Paten
28
28
29
D. PENUTUP 30
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 3
A. RINGKASAN EKSEKUTIF
Antara punca banjir adalah kemampuan aset Jabatan berfungsi
dengan sebaiknya iaitu dalam mengalirkan air dan menyampaikan
data lapangan. Justeru, satu sistem untuk meningkatkan tahap siaga,
memudahkan kerjasama dan bertindak sepanjang masa dan
keadaan melalui sistem interaktif dan lengkap dikenali sebagai Sistem
Ais dibangunkan. Sistem membolehkan paparan on-line di mana-
mana lokasi secara terus melalui aplikasi mudah alih dan
pengkomputeran sediada. Gabungan 2 sistem iaitu sistem aset yang
fokus kepada aset-aset yang terlibat dalam pengurusan sumber air
dalam menghadapi banjir, krisis sumber air semasa kemarau dan
memenuhi keperluan air domestik dan pengairan dengan aset
dipecahkan kepada did_id dan did_ids dan sistem idra yang
membentuk Sistem Ais (Aset dan Idra Sistem). Indeks Prestasi Pekerja,
WPI juga diperkenalkan. Dalam kata lain bukan sahaja maklumat aset
dan tindakan (termasuk kerja-kerja penyelenggaraan dan
pembangunan asset) di hujung jari dipaparkan. Hasilnya, pengurusan
sumber air yang mapan secara strategik dalam masa, kos dan
kakitangan yang effisien dan optimum mampu mengurangkan
berlakunya banjir dan krisis bekalan air musim kemarau.
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 4
B. PENGENALAN
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merupakan sebuah
jabatan yang bertanggungjawab dalam menguruskan
pembangunan infrastruktur dari segi sumber air iaitu lembangan
sungai, pantai dan saliran mesra alam. Selain itu, JPS juga memikul
tanggungjawab dalam bidang yang lain seperti hidrologi dan banjir.
Bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut di negeri, JPS
Negeri Perlis melaksanakan perancangan dan pembangunan
sistem ramalan banjir dan kemarau, pengurusan data dan
maklumat hidrologi dan penilaian serta pengurusan sumber air
negari antaranya untuk tanaman dan keperluan petani yang lain.
Selain itu, JPS Negeri Perlis juga memainkan peranan dalam
pembangunan perancangan dan pengurusan program tebatan
banjir (antaranya melalui menguruskan dan mengawal selia
perlaksanaan program pengurusan air hujan di kawasan Bandar)
mengikut lembangan sungai. Perlaksanaan pembangunan dan
pengurusan zon pantai untuk mengurangkan hakisan pantai serta
masalah mendapan dimuara sungai turut menjadi tanggungjawab
JPS Negeri Perlis.
Secara rumusannya, 3 bidang teras yang menyokong visi dan
misi JPS tercapai iaitu;
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 5
i. Hidrologi – aset yang menyukat hujan, aras air,
pemeluwapan, kualiti air agar aset hidraulik dapat
menyesuaikan dengan hujan dan gunatanah.
ii. Hidraulik – aset struktur yang dibina atau sediada seperti
sungai, saliran, pintu air, kolam
iii. Sumber air – aset bertujuan menakung dan menyimpan
air hujan seperti kolam, sungai dan empangan.
Maka, dengan gabungkan ketiga-tiga aset ini melalui pengkalan
data, ketahui kemampuan dan status integriti aset dan
kemampuan mengintegrasikan kesemua 3 aset, barulah
Pengurusan Sumber Air dapat dilaksanakan dalam lembangan
sungai. Ini bermakna sistem untuk aset dan sistem untuk tindakan
amat perlu.
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 6
C. INOVASI
I. PERNYATAAN MASALAH
Antara punca kejadian banjir adalah aset Jabatan tidak
berfungsi sebagaimana direkabentuk pada masa dan keadaan
yang sepatutnya. Ditambah dengan kesukaran dan kelewatan
pihak pengurusan dan operator ibu bekalan dalam mendapatkan
maklumat dan status aset (penting bagi menjamin tahap siaga
Jabatan yang tinggi) termasuk tindakan dan kakitangan yang
dipertanggungjawabkan mengakibatkan kesukaran mencapai
pengurusan sumber air yang mampan. Aduan orang kampung dan
asset tidak berfungsi sebaiknya, contohnya kelewatan dalam
pengoperasian pintu air kerana terdapat alat rosak setiap kali
kejadian hujan dalam musim tengkujuh dan kemarau mahupun
bencana boleh menyebabkan kemungkinan berlakunya banjir dan
skim pengairan tidak mendapat air yang mencukupi untuk dua
musim.
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 7
Rajah 1: Peta Kawasan Banjir pada 1-8 November 2010
Sumber: IRBM Sg Perlis 2011
Keperluan memudahkan dan mempercepatkan pihak
pengurusan dan operator ibu bekalan dalam mendapatkan
maklumat dan status aset termasuk tindakan dan kakitangan yang
dipertanggungjawabkan dalam mencapai pengurusan sumber air
yang mampan berdasarkan;
i. Berbanding keluasan negeri atau daerah lain, di Perlis
terdapat struktur yang bernilai lebih 2 bilion iaitu
empangan seluas kira-kira 13km persegi, lencongan
banjir sepanjang kira-kira 30km, kolam takungan banjir
dan pengairan melebihi 20 buah, pantai yang panjang
lebih 10km dan lebih dari 120 buah struktur pintu air. Jika
digabungkan, operasinya kompleks dan unik.
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 8
ii. Bagi pintu air contohnya, dikawal oleh kira-kira 20 ke 30
orang kakitangan. Setiap 1 lokasi perlukan 30-60min
(mengikut bilangan dan saiz pintu) untuk dibuka
sepenuhnya. Jika berlaku hujan, pintu air lambat dibuka
kerana setiap orang jaga 4 ke 5 pintu, maka sukar
beroperasi serentak. Begitu juga kesukaran dalam
mengawal struktur-struktur yang lain.
iii. Iklim Perlis yang unik dan berbeza dari negeri lain. Hujan
setiap kali musim tengkujuh (Sep-Dis) anggaran 200-
300mm. Namun sungai dan saliran pengairan sediada
tidak mampu tampung dan alirkan serentak.
iv. Bagi musim kemarau (Jan-April) anggaran 50-100mm, air
tidak mencukupi untuk semua kawasan pengairan. Perlu
takungan air hujan dibuat sebanyak mungkin pada
kejadian hujan terakhir. Persoalannya bila, lokasi pintu air
di mana dan bagaimana. Namun, jika aset-aset ini
menghadapi masalah, masalah lebih serius akan berlaku.
Maka, perlu sistem asset dan tindakan untuk pengurusan
sumber air secara bersepadu. Jika tidak, boleh akibatkan banjir
dengan kerugian kira-kira RM 100 Juta setahun (RM 5 Juta
kerosakan infrastruktur JPS, RM 20 juta kawasan pengairan, RM
25 Juta kerosakan infrastruktur Jabatan lain, RM 50 juta peniaga
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 9
dan penduduk/penempatan). Di samping itu, contohnya bagi
asset pengairan yang tidak beroperasi dengan baik, dengan
keluasan kawasan pengairan 7000ha dan pendapatan RM 2
ribu/ha, kerugian boleh mencapai RM 20-28 Juta setahun
(setahun ada 2 musim pengiran).
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 10
II. TUJUAN
Kesukaran dan kelewatan pihak pengurusan dan operator ibu
bekalan dalam mendapatkan maklumat dan status aset terkini
termasuk tindakan dan kakitangan yang dipertanggungjawabkan
dalam mencapai pengurusan sumber air yang mampan.
Kesukaran dan kelewatan ini menyebabkan kemungkinan
berlakunya banjir dan skim pengairan tidak mendapat air yang
mencukupi untuk dua musim.
Untuk membantu menangani masalah ini, satu sistem yang
lebih sistematik dan bersepadu iaitu Sistem Ais telah dibangunkan
dengan menggunakan perisian dan aplikasi sediaada seperti
sistem MySpata, 1Speks dan sistem-sistem yang berkaitan. Fokus
kepada aset-aset yang terlibat dalam pengurusan sumber air
dalam menghadapi banjir, krisis sumber air semasa kemarau dan
memenuhi keperluan air domestik dan pengairan. Aset berkait
langsung dengan Jabatan dipecahkan kepada 2 kumpulan id
aset iaitu did_id (asset tidak alih selain saliran termasuk struktur
seperti stesen hidrologi termasuk aset sumber manusia iaitu
kakitangan) dan did_ids (asset berkaitan saliran seperti pintu air,
outlet struktur, pantai, sungai, saliran bandar dan pengairan, kolam,
empangan dll).
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 11
Objektif utama Sistem Ais untuk mengurangkan kesukaran dan
kelewatan pihak pengurusan dan operator ibu bekalan dalam
mendapatkan maklumat dan status aset terkini termasuk tindakan
dan kakitangan yang dipertanggungjawabkan dalam mencapai
pengurusan sumber air yang mampan dimana sungai, kolam dan
saliran termasuk sistem pengairan dapat menampung dan
mengalirkan air mengikut lembangan sungai serta penggunaan
sumber air yang menyeluruh. Perkara ini boleh membantu dalam
mencapai objektif jabatan di samping imej jabatan juga semakin
bertambah.
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 12
III. PROSES PERLAKSANAAN
A. Sebelum Sistem AIS dibangunkan
Kerajaan telah membina banyak asset yang bernilai berbilion
ringgit. Meskipun telah dibangunkan Sistem MySpata, 1SPEKS dan
beberapa sistem lain oleh kerajaan, masih terdapat beberapa isu aset
seperti;
i. Apa dan berapa aset sediada sesuatu Jabatan terkini –
berapa cepat maklumat tersebut boleh disediakan
ii. Status semasa dan tarikh setiap aset dikemaskini – kualiti
data diyakini dimana sebaiknya on-line,
iii. keperluan dan justifikasi tindakan seperti
penyelenggaraan, naiktaraf mahupun tambahan seiring
keperluan semasa dan pembangunan Negara,
iv. Jabatan atau kakitangan yang dipertanggungjawabkan –
penilaian kepada kualiti kerja kakitangan dan Jabatan,
v. kemampuan aset Kerajaan dalam memberikan
perkhidmatan yang terbaik mengikut KPI Jabatan masing-
masing. Terdapat juga asset-aset ini perlu digunakan
serentak secara integrasi bila-bila masa diperlukan agar
objektif pemasangan aset-aset ini dimaksimumkan – jika
aset tidak dalam keadaan sebaiknya, masalah besar akan
timbul bila bencana datang.
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 13
Susulan dari isu di atas, pengurusan aset masih dilaksanakan umpama
pengurusan sediada, dengan sistem sediakan lebih sebagai tujuan
penyelasan aset kerajaan, inventori, mendapatkan nilai semasa dan
beberapa tujuan lain, dan tidak boleh digabungkan dengan tindakan
di lapangan dalam berhadapan dengan senario banjir dan krisis
kemarau, dan menjustifikasi keperluan kerja-kerja tambahan dan
menaiktaraf aset. Kesannya;
i. status aset tidak dapat diketahui dengan segera, maka
beberapa menyuarat berulang perlu diwujudkan,
ii. siapa yang perlu dirujuk dan tindakan yang perlu diambil
mengikut jadual,
iii. laporan asset disediakan tidak selaras
iv. kakitangan yang dipertanggungjawabkan ada yang sudah
berubah kerana urusan perpindahan kerana sistem tidak terus
dikemaskini,
Dalam kata lain, TANPA menggunakan sistem khusus. Kesannya;
i. Bila berlaku atau menghadapi bencana, tiada atau tidak yakin
mana satu kakitangan atau aset yang boleh diambil tindakan
susulan,
ii. Kajiselidik lokasi, tarikh, masa, operasi dan kemampuan aset
sebelum, semasa dan selepas bencana dan krisis iklim sukar
dibuat,
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 14
iii. Data, maklumat dan sistem dari setiap unit atau bahagian
dalam Jabatan banyak dan mudah diperolehi. Begitu juga dari
Jabatan lain. Namun, tiada sistem untuk gabungkan semua
data, maklumat dan sistem sediada secara bersama untuk
tindakan kerja bersama seperti NBOS.
iv. Tiada dokumen tindakan dan laporan berkaitan asset
didokumenkan untuk dikongsi atau dibuat penambahbaikan
pada masa depan (untuk makluman dokumen atau laporan ini
perlu kerana bentuk dan kadar hujan, keadaan sungai dan
guna tanah dan sop standard mungkin berbeza agar impak
banjir atau kemarau dikurangkan jika perlu ubah SOP),
v. Data analisis dan laporan berpusat tidak diwujudkan. Yang ada
hanya mengikut unit, bahagian atau kakitangan masing-masing
(masalah timbul bila kakitangan tiada di pejabat dan bersara
semasa maklumat diperlukan),
vi. Pembentangan maklumat asset kepada orang ramai dan
tindakan Jabatan lambat dan sukar dan kurang difahami.
Keperluan kepada sistem aset yang lengkap perlu berdasarkan
analisa lanjut juga dibuat, berdasarkan iklim Perlis unik dan berbeza
berbanding iklim negeri lain (sebab itu Pokok Harumanis hanya
berbuah di Perlis), aset bernilai tinggi yang berintegrasi antara satu
sama lain, contohnya bilangan pintu yang banyak (melebihi 120 buah
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 15
pintu), kesan air pasang surut, sehingga ke Bandar Kangar iaitu kira-kira
1/3 Perlis.
B. Selepas sistem MySumberAir dibangunkan
Hasil analisa dan perbincangan bersama kumpulan, dengan
kemampuan, kekurangan dan usia kakitangan berpengalaman yang
kebanyakan melebihi 55 tahun, jika kakitangan terus diperkenalkan
dengan menggunakan sistem asset yang kompleks, isu berkaitan asset
ini lambat ditangani. Rajah berikut menunjukan proses pembangunan
Sistem Ais.
LANGKAH 1
Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan
diselaraskan dengan semua unit/ bahagian. Hanya 2 format
dimukatamadkan iaitu format File Excell:………untuk paparkan
maklumat umum dan File Google Earth:… untuk tunjukan lokasi.
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 16
LANGKAH 2
Dari borang penyelenggaraan asset (sediada) setiap bulan, wujudkan
diari kerja mengikut bulanan (yang dikenali sebagai duty rooster).
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 17
Pentingnya duty rooster ini kerana paparan dapat menyatakan no
sebutharga atau no laporan, kerja-kerja penyelenggaraan dan
pembangunan yang perlu dilakukan berkaitan aset tersebut, perincian
kerja-kerja dipaparkan dalam fail Microsoft Project bagi setiap id asset,
dihyperlinkkan dengan no sebutharga atau no laporan seperti berikut:
Namun, perincian laporan dan sebutharga dalam sistem ESPKV dan
Smartrack sediada.
LANGKAH 3
Pada masa yang sama, bagi wujudkan pengkalan data mudah
dicapai dan diubah di lapangan, pembangunan moke-up dibuat oleh
Vendor (dalam kos kurang RM 20 ribu) HANYA bagi data Unit Hidrologi
bagi menguji kestabilan sistem yang akan dimajukan (kerana
keperluan peruntukan yang banyak. 2 format data di atas dan duty
rooster digabungkan. Kod QR_1 untuk maklumat asas aset dan QW_2
untuk masukan tindakan/ kerja yang perlu dibuat terhadap aset
tersebut diwujudkan. Laman web disediakan untuk mudah kemaskini
dan semak status aset.
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 19
LANGKAH 4
Berdasarkan senarai kerja dan duty rooster, masukan maklumat dalam
file Excell: Idra_calculation untuk membuat penilaian tindakan dan
kualiti kerja kakitangan terlibat. Indeks Prestasi Kerja, WPI
diperkenalkan. Hasil pengiraan boleh digunakan dalam Laporan
Penilaian Prestasi Tahuan, LNPT.
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 20
LANGKAH 5
Setiap kali mesyuarat/ perbincangan berkait aset dan tindakan dalam
pengurusan sumber air, HANYA sediakan maklumat berikut;
Aset Status Tindakan Kualiti
Kerja
Catatan
Nama id QR_1 QR_2 Ok/Tidak
Nota: Jika QR code rosak, type no did_id atau did_ids yang berkenaan
Rajah 1: Langkah-langkah pembangunan Sistem Ais
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 21
Nota:
• Static QR Codes
– The actual destination website URL/content is placed directly into the QR code and can’t be
modified.
• Dynamic QR Codes
– A short URL/content is placed into the QR code which then transparently re-directs the user to
the intended destination website URL, with the short URL redirection destination URL able to be
changed after the QR code has been created.
Rajah 2: Langkah-langkah penggunaan kod QR
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 22
Secara umumnya, keistimewaan Sistem Ais adalah kerana;
i. Umpama sistem dashboard – cepat mengetahui semua
aset oleh pengurusan tertinggi untuk tindakan atur cepat
dengan telefon pintar
ii. Sistem yang lengkap dari gabungan sistem sediada
dengan baru, sistem asset yang perlu digunakan pada
masa itu (maksudnya mestilah on-line dan integrasi)
dengan sistem tindakan, idra system untuk menguruskan
sumber air. Gabungan kedua-dua system wujudkan SISTEM
AIS (Aset Idra Sistem)
iii. Sistem yang memaparkan jawapan kepada persoalan
asset yang sering ditanya semasa operasi dan bencana
iv. Paparan yang interaktif, mudah paham dan bukan setakat
kakitangan tetapi jabatan lain. Dalam kata lain, wujudnya
paparan yang mewujudkan komunikasi dan penyampaian
berkesan.
v. Tidak perlu scanners khas yang mahal dan disambung
dengan komputer. Hanya scan barcodes atau QR codes
guna aplikasi mudahalih.
vi. Ringkas dan mampumilik
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 23
Dengan Sistem Ais, contohnya SOP pintu air lebih mudah
terutamanya semasa hujan, lebih-lebih lagi di waktu tengah malam
atau awal pagi. Sistem yang lebih efektif dan pada masa yang sama
sangat relevan untuk digunakan pada masa kini kerana semua
maklumat, sejarah dan status termasuk pelaporan aset termasuk
kakitangan asset yang dipertanggungjawabkan dapat dijejaki dan
dipantau di hujung jari menggunakan pengkalan data on-line.
Sistem ini merupakan gabungan in-house dan out-source.
Pengumpulan dan pembangunan templet bagi Sistem Aset
manakalan diari kerja dan pengiraan kualiti kerja bagi Sistem Idra oleh
kakitangan di pejabat dan di lapangan. Semua data, maklumat
dianalisis dan dipaparkan dengan perisian Microsoft Excell. Aplikasi
google earth dan templet mudah bagi tujuan data masukan dan
paparan lokasi dibangunkan secara out-source kerana melibat
pembangunan program.
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 24
IV. IMPLIKASI KEWANGAN
Penjimatan kewangan bersandarkan kepada pengurangan masa
yang diperlukan dalam menyediakan laporan, mendapatkan status
aset dan tindakan kakitangan dalam masa yang singkat, iaitu
dianggarkan penjimatan 1 hari bekerja. Dengan andaian kos masa 1
orang kakitangan bersamaan RM 50 sehari, dengan 50 orang yang
gunakan sistem ini maka penjimatan RM 2500 sebulan. Ini bermakna
setahun RM 30,000.00.
Jika sistem ini dikembangkan di Jabatan atau organisasi lain,
kemungkinan boleh jimatkan berjuta ringgit kos masa bekerja.
Dibandingkan kos pembangunan HANYA RM 100 ribu untuk
pembangunan system, tidak termasuk kemasukan data dan tindakan.
Jika sistem tiada, kerugian banjir lebih teruk lagi.
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 25
V. IMPAK INOVASI
a) Elemen Kreativiti
Masalah timbul akibat kelewatan mendapat maklumat
awal tentang asset dan kakitangan yang terlibat semasa operasi
pintu air dan ramalan SOP pintu empangan. Idea inovasi timbul
bila Unit Empangan dilengkapi dengan sistem masukan data alat
empangan semasa. Selain dari itu dapati sistem juga boleh
digabungkan dengan sistem MySumberAir, I-Diari dan e-Hadir.
Dengn beberapa gabungan dan penambahbaikan, idea inovasi
ini dapat membolehkan pemantauan asset secara terus dari
pelbagai lokasi dan data semasa termasuk kakitangan yang
terlibat tanpa membuka banyak aplikasi.
Sebenarnya, perumpamaan kepentingan Sistem Ais
umpamanya jantung. Dengan andaikan jantung adalah asset,
jika tersumbat dan tidak betul dijaga, satu badan bermasalah.
Begitu juga dengan asset Jabatan, jika mana-mana asset tidak
diketahui status dan kemampuannya dan siapa yang
dipertanggungjawabkan, bila hujan turun, asset tidak boleh
berfungsi contohnya pintu air tidak boleh dibuka dengan patuh
SOP, meningkatkan masalah dan kerugian akibat banjir berjuta
ringgit yang sering berlaku di Negeri Perlis, terutamanya
lembangan Sungai Arau berbanding tahun 2010.
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 26
Rajah 5: Bandar Di Raja Arau banjir pada tahun 2010
b) Elemen Keberkesanan
Sistem AIS ini mampu untuk meningkatkan produktiviti dari
segi pengurusan dan pengoperasian aset kerana Sistem Aset
mempunyai ciri-ciri yang sangat relevan untuk digunakan pada
masa kini. Sistem ini mampu untuk mengintegrasikan semua aset
dari semua unit dalam Jabatan mahupun Jabatan lain (konsep
NBOS) meskipun wujud sistem data sediaada dengan
menggunakan perisian dan aplikasi sediaada. Hasilnya keputusan
dan analisis membantu memudahkan perancangan.
Melalui penggunaan AIS Sistem juga, masa mendapatkan
maklumat aset, membuat perancangan, analisis, keputusan dan
tindakan yang diambil melalui penggunaan sistem ini menjadi
lebih mudah dan cepat dan tepat. Ianya adalah asas penting
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 27
dalam mengendalikan tindakan sebelum, semasa dan selepas
bencana. Kejayaan sistem adalah bagaimana semua aset dan
kakitangan berkerjasama memainkan peranan dalam kumpulan
pada masa dan lokasi yang ditetapkan seiring matlamat Jabatan
untuk peningkatan dan kerberkesanan kerja.
c) Elemen Signifikan
Kepelbagaian amalan dan analisis dapat dibuat lebih awal
agar SOP dan penggunaan asset dapat dilakukan dalam tempoh
masa yang lebih singkat berbanding dengan sistem sediaada
dan tepat. Dengan rutin harian kakitangan yang sentiasa
berurusan dengan asset yang memerlukan data-data dan status
semasa asset dan kakitangan dikemaskini, penting untuk
pengurusan aset bersepadu, sistem Ais menjadikan kerja lebih
mudah kerana sistem AIS adalah satu sistem yang lebih
bersepadu dan sistematik.
Penjimatan kos dari segi kos masa dan bilangan kakitangan
untuk kemaskini status maklumat, penyediaan laporan status dan
analisis bulanan, pemantauan asset-aset di lapangan melalui
aplikasi sediada di mana-mana lokasi dan keperluan segera,
namun perlukan kos lantikan Perunding yang minima kerana
sistem dibangunkan secara bersama (kos penyediaan konsep
dan pembangunan awalan dijimatkan).
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 28
d) Elemen Replicability
Berdasarkan konsep Jambatan Tektikal dan Markas Medan,
semasa pembentangan samada di Bilik Gerakan Banjir atau di
Dewan Orang Ramai, keperluan kepada sistem yang bersepadu
dan ringkas yang digunakan membantu mempercepatkan
maklumat semasa disalurkan dan memudahkan rakyat,
antaranya apa tindakan yang sedang kerajaan ambil dan
gambaran situasi semasa di lapangan.
Sistem ini juga menggunakan perisian yang mudah dipelajari
agar memudahkan kajian ilmiah dijalankan. Ianya tidak terhad
kepada individu yang pakar sahaja untuk menggunapakai sistem
ini.
Sistem AIS juga merupakan sebuah sistem yang mesra
pelanggan dan mudah disebarluas kerana ianya praktikal dan
mudah untuk digunakan dengan pelbagai tujuan dan analisis
teknikal.
e) Elemen relevan
Berdasarkan kepada elemen keberkesanan dan signifikan
sistem AIS, seiring Dasar Sumber Air Negara dan Dasar Jaminan
Makanan Negara, sistem ini memang memberikan faedah yang
besar terutamanya kepada rakyat Perlis. Sistem ini juga dapat
disebarluaskan di JPS Negeri dan JPS Daerah bagi penyampaian
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 29
maklumat secara terus kepada agensi berkaitan terutamanya
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Selain daripada itu, sistem ini dapat diintegrasikan dengan
system aplikasi on-line dan capaian sistem yang lain seperti
MySumberAir seiiring Pelan Tindakan Sumber Maklumat Jabatan.
Secara tidak langsung menyokong kewujudan dan mengukuhkan
hubungan antara bahagian atau unit asset di JPS Negeri dan
Bahagian.
Aduan berkurangan dan hasil produktiviti pertanian dan
peniagaan bertambah. Jika sistem ini tidak dibangunkan masalah
yang sering dihadapi semasa banjir dan kemarau berlaku
berpunca dari isu asset akan sentiasa berulang.
f) Inovasi / Paten
Sistem Ais adalah sistem yang melengkapkan komponen Sistem
Mysumberair iaitu MyAset dan MyISOP yang telah dipaten pada
20 Ogos 2015 dengan No. Pendaftaran PI 2015702752. Ini kerana
dalam komponen MyAset dan MyISOP lebih kepada lokasi, SOP
dan nama sesuatu aset. Maka, Sistem Ais dibangunkan lebih fokus
kepada status aset dan tindakan yang merangkumi memaparkan
iventori, status, pengurusan, penyelenggaraan dan
penambahbaikan aset yang perlu termasuk kakitangan yang
SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI
USER 30
terlibat agar semua aset Jabatan dalam keadaan siapsiaga yang
tinggi.
VI. PENUTUP
Sistem AIS dilihat merupakan keperluan pada masa depan
kerana sistem ini merupakan platform paparan lengkap yang
dinantikan untuk diintegrasikan dengan data dan sistem sediada
dengan beberapa pengubahsuaian agar mudahkan kerjasama dan
bertindak. Sistem pemantauan dan tindakan yang berpotensi besar
untuk digunakan dengan lebih meluas dalam pengurusan sumber air
dan pengurusan bencana air dan juga ianya berada di landasan
yang tepat dan memenuhi KPI. Seiiring konsep berada dalam kelas
tersendiri, dengan penggunaan Sistem AIS, impak inovasi
membuktikan secara tidak langsung dapat membantu dalam usaha
mengurangkan banjir dengan penggunaan sistem yang lebih
sistematik dan berkesan pada kos, masa dan tenaga manusia yang
optimum dan relevan. Selain itu melalui penggunaan sistem ini, status
struktur, alat atau aset jabatan dapat dipantau secara berkala
dengan dapat mengetahui inventori, status, perancangan kerja dan
tindakan yang diperlukan. Secara tidak langsung, mewujudkan
fenomena semua kakitangan bekerjasama membantu menyalurkan
maklumat secara terus ke unit masing-masing secara mudah dan
cepat.