Sistem Dan Dasar ran British Di Tanah Melayu Sehingga 1957

9
Sistem dan Dasar Pentadbiran British di Tanah Melayu sehingga 1957. Setelah kedatangan British di bumi bertuah ini, pelbagai perubahan dan kerosakan telah dilakukan sehingga mencabul kesejahteraan dan keharmonian Tanah Melayu. Segala keistimewaan yang terdapat di Tanah Melayu telah menarik minat mereka untuk melakukan penaklukan yang hanya memikirkan keuntungan diri sendiri tanpa memikirkan nasib rakyat. Pelbagai cara yang British lakukan untuk berkuasa mentadbir dan memerintah Tanah Melayu. Sistem pentadbiran yang digunakan British di Tanah Melayu suatu ketika dahulu adalah Sistem Residen. Sistem ini diperkenalkan oleh British di Perak selepas Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874. Andrew Clarke merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat yang bertanggungjawab meletakkan negeri- negeri Melayu di bawah cengkaman pengaruh British. Mengikut Sistem Residen, sultan dikehendaki menerima seorang pegawai British yang akan menjadi penasihat dalam urusan pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan adat resam dan agama Islam. Sistem Residen kemudiannya turut dilaksanakan di Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan. Apa yang pasti, pengenalan Sistem Residen telah mengubah sistem politik tradisional negeri-negeri Melayu kepada sistem politik moden. Pada dasarnya, sistem politik tradisional masih dikekalkan tetapi fungsinya diubah mengikut keperluan semasa. Secara tidak langsung, kedudukan raja-raja dan pembesar Melayu

Transcript of Sistem Dan Dasar ran British Di Tanah Melayu Sehingga 1957

Page 1: Sistem Dan Dasar ran British Di Tanah Melayu Sehingga 1957

Sistem dan Dasar Pentadbiran British di Tanah Melayu sehingga 1957.

Setelah kedatangan British di bumi bertuah ini, pelbagai perubahan dan

kerosakan telah dilakukan sehingga mencabul kesejahteraan dan keharmonian Tanah

Melayu. Segala keistimewaan yang terdapat di Tanah Melayu telah menarik minat

mereka untuk melakukan penaklukan yang hanya memikirkan keuntungan diri sendiri

tanpa memikirkan nasib rakyat. Pelbagai cara yang British lakukan untuk berkuasa

mentadbir dan memerintah Tanah Melayu.

Sistem pentadbiran yang digunakan British di Tanah Melayu suatu ketika dahulu

adalah Sistem Residen. Sistem ini diperkenalkan oleh British di Perak selepas

Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874. Andrew Clarke merupakan

Gabenor Negeri-Negeri Selat yang bertanggungjawab meletakkan negeri-negeri Melayu

di bawah cengkaman pengaruh British. Mengikut Sistem Residen, sultan dikehendaki

menerima seorang pegawai British yang akan menjadi penasihat dalam urusan

pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan adat resam dan agama Islam. Sistem

Residen kemudiannya turut dilaksanakan di Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan.

Apa yang pasti, pengenalan Sistem Residen telah mengubah sistem politik

tradisional negeri-negeri Melayu kepada sistem politik moden. Pada dasarnya, sistem

politik tradisional masih dikekalkan tetapi fungsinya diubah mengikut keperluan semasa.

Secara tidak langsung, kedudukan raja-raja dan pembesar Melayu dikekalkan tetapi

bidang kuasa mereka dikurangkan. Pentadbiran peringkat negeri diketuai oleh sultan

yang dibantu oleh residen. Negeri pula dibahagikan kepada beberapa buah daerah

yang diketuai oleh pegawai daerah. Sistem pentadbiran daerah pula dibahagikan

kepada beberapa buah mukim yang diketuai oleh penghulu. Mukim dipecahkan kepada

unit-unit yang lebih kecil iaitu kampung.

Page 2: Sistem Dan Dasar ran British Di Tanah Melayu Sehingga 1957

Keempat-empat faktor di atas dijadikan alasan oleh British untuk menubuhkan

pula Persekutuan 1896. Idea tentang pembentukan Persekutuan 1896 telah

dicadangkan oleh Frank Swettenham. Persekutuan bermaksud satu sistem

pemerintahan yang menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit

politik yang baru di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuan

yang ditandatangani pada 1 Julai 1895, Perak, Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan

disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Ibu Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu (NNMB) terletak di Kuala Lumpur yang juga telaj menjadi pusat pentadbiran

kerajaan Persekutuan.

Penubuhan Persekutuan ini merupakan salah satu taktik British untuk menguasai

sistem pentadbiran politik di Tanah Melayu. Tidak dapat dinafikan Sistem Residen telah

membawa kemajuan ekonomi dan sosial di negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan

yang dicapai adalah tidak menyeluruh sama sekali kerana corak pentadbiran yang

berbeza. Diharapkan dengan penubuhan Persekutuan segala masalah ini dapat

diselesaikan. Hakikatnya, semua usaha ini merupakan helah British untuk

mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan mengukuhkan kedudukannya ke atas

negeri-negeri Melayu.

Faktor-faktor Penubuhan

Persekutun 1896

Page 3: Sistem Dan Dasar ran British Di Tanah Melayu Sehingga 1957

KERAJAAN BRITISH

Pesuruhjaya Tinggi British(Gabenor Negeri-Negeri Selat)

Residen Jeneral

Ketua-ketua Jabatan Persekutuan:- Ketua Pesuruhjaya Polis

- Peguam Negara- Ketua Pesuruhjaya Tanah dan Galian

- Ketua Jurutera- Ketua Akauntan

Majlis Mesyuarat Negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan:

- Sultan- Residen

Page 4: Sistem Dan Dasar ran British Di Tanah Melayu Sehingga 1957

DURBAR(Majlis Persidangan Raja-Raja)

Ketua SetiausahaPesuruhjaya Tinggi

4 Orang Residen:- Perak- Selangor- N. Sembilan- Pahang

4 Orang Sultan:

- Perak- Selangor- N. Sembilan- Pahang

Kesemua carta di atas adalah struktur pentadbiran NNMB. NNMB terletak di

bawah residen jeneral yang bertanggungjawab kepada pesuruhjaya tinggi atau gabenor

Negeri-Negeri Selat sebagai wakil British. Sultan dikehendaki menuruti nasihatnya

dalam semua hal ehwal pentadbiran. Senua residen bag setiap negeri dikekalkan dan

menjalankan tugas seperti dahulu tetapi mesti melaksanakan arahan yang dikeluarkan

oleh Residen Jeneral. Sultan di keempat-empat buah negeri diletakkan di bawah

naungan kerajaan British yang dikenali sebagai NNMB. Semua sultan berkuasa di

negeri masing-masing dan memberi bantuan menurut nasihat kerajaan British. Sultan

menjadi ahli DURBAR yang berperanan membincangkan perkara-perkara untuk

kepentingan bersama. Namun tanpa disedari pemusatan kuasa yang berlaku di tangan

residen jeneral telah menyebabkan kuasa raja-raja Melayu semakin berkurangan.

Agenda British diteruskan lagi dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan

(MMP) 1909. MMP telah dibentuk pada 11 Disember 1909 apabila Raja-Raja Melayu

bersetuju menandatangani perjanjian Perlembagaan Majlis Mesyuarat Persekutuan

dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu John Anderson. Penubuhan MMP

menyebabkan kuasa raja-raja Melayu semakin berkurangan lagi malah menurunkan

taraf sultan hingga menjadi ahli biasa sahaja. Dalam MMP, sultan tidak mempunyai hak

Page 5: Sistem Dan Dasar ran British Di Tanah Melayu Sehingga 1957

untuk mempengerusikan mesyuarat atau membatalkan apa-apa usul dalam MMP. MMP

boleh bermesyuarat tanpa kehadiran sultan kerana semua usul yang diluluskan akan

ditandatangani oleh pesuruhjaya tinggi.

Proses Pengagihan Kuasa

Tahap Tokoh

Pengagihan kuasa pusat 1909 - John Anderson

Pengagihan kuasa pusat 1920-an - George Maxwell

- Lawrence Guillemard

Pengagihan kuasa pusat 1930-an - Cecil Clementi Smith

- Samuel Wilson

Pada tahun 1909, proses pengagihan kuasa telah bermula. Pengagihan kuasa

(desentralisasi) merupakan proses pemulangan kuasa pentadbiran, perundangan dan

kewangan secara berperingkat-peringkat daripada kerajaan pusat kepada kerajaan

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dasar pengagihan kuasa telah dilaksanakan oleh

Lawrence Guillemard iaitu pesuruhjaya tinggi. Proses pengagihan kuasa dilaksanakan

dalam dua peringkat iaitu pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an. Pengagihan kuasa

yang telah dijalankan secara berperingkat telah berjaya mengembalikan kuasa sultan

dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan-sultan dapat membincangkan kepentingan-

kepentingan mereka dalam DURBAR. Namun, proses pengagihan ini terhenti pada

tahun 1941 apabila Jepun menyerang dan menawan Tanah Melayu. Selepas kejatuhan

Jepun sehingga medeka pada tahun 1957, pejuang-pejuang Melayu telah bangkit untuk

keluar dari kepompong penjajahan untuk mentadbir dan memerintah tanah air dengan

sendiri tanpa campur tangan dari pihak luar.

Dasar yang digunakan British di Tanah Melayu pula adalah dasar pecah dan

perintah. Rakyat ketika itu berada di bawah belenggu mereka hampir dua ratus tahun.

British melaksanakan dasar ini dengan memecahkan rakyat di Tanah Melayu kepada

bangsa Melayu, Cina dan India. British menggunakan kuasa mengasingkan orang Cina

di rumah kongsi dan Bandar. Orang India pula diletakkan di estet-estet, manakala orang

Melayu dikekalkan di kampung. British juga telah memastikan orang Cina menjadi

Page 6: Sistem Dan Dasar ran British Di Tanah Melayu Sehingga 1957

pelombong dan peniaga di Bandar. Orang India dikerah menoreh getah dan orang

Melayu dibiarkan kekal sebagai petani dan nelayan di kampung.

Dalam bidang pendidikan juga wujud dasar perpecahan di mana British telah

membina Sekolah Melayu yang bertujuan mengekalkan orang Melayu sebagai petani

dan nelayan. Selain itu, tujuan sebenar British membina Sekolah Melayu supaya orang

Melayu meninggalkan sekolah pondok dan sekolah agama untuk bersekolah di Sekolah

Melayu yang lebih selesa. British juga membina Sekolah Inggeris bertujuan melatih

anak Melayu dari keturunan pembesar dan bangsawan menjadi pentadbir kerajaan

British di Tanah Melayu. Tujuan utama disebalik pembinaan Sekolah Inggeris lebih

kepada matlamat jangka panjang mereka untuk melahirkan anak Melayu berpendidikan

Inggeris yang akan mewarisi pemikiran mereka. 

Kesempatan melalui kesetiaan kepada negara asal juga dimanfaatkan oleh

British untuk melebarkan jurang pengasingan kaum. Justeru British membiarkan

pengusaha lombong membina Sekolah Cina dengan bersumberkan guru, buku dan

sukatannya yang berpaksikan dari negara China. Selain itu, majikan estet dibenarkan

membina Sekolah Tamil dengan bersumberkan guru, buku dan sukatannya

berpaksikan dari negara asal mereka India. Pengasingan ini menyebabkan wujud

perasaan tidak menghiraukan kaum lain. Kesannya, British mudah memerintah kerana

tidak wujud perpaduan kaum dan penentangan terhadap British secara bersama.

Kesimpulannya, segala sistem dan dasar yang dianjurkan oleh British sangat

halus dengan mengambil peluang sedia ada tanpa mengubah secara keseluruhan

dalam waktu yang singkat. Cara ini telah menyebabkan rakyat terpedaya dengan hanya

melihat kesan jangka pendek dan mementingkan material yang jelas tersurat tanpa

memikirkan apa yang tersirat di sebaliknya. Namun, segala perancangan British dapat

ditumpaskan dengan peredaran zaman dan keadaan semasa yang memaksa rakyat

untuk berdikari dan bebas dari cengkaman penjajah. Di samping itu, kelahiran tokoh-

tokoh cerdik pandai yang memimpin rakyat juga membantu berlakunya perubahan. Kita

harus mengambil iktibar dan berwaspada dengan pemikiran dan perancangan luar demi

memastikan keharmonian negara terjamin.