Sistem Integumentari

12
SISTEM INTEGUMENTARI Kulit adalah organ yang terbesar sekali pada tubuh manusia. Keluasan permukaannya adalah 1.5 hingga 2 m² pada orang dewasa yang mengandungi kelenjar, rambut dan kuku. Terdapat lapisan lemak subcutaneous di antara kulit dan struktur di bawahnya.

description

1

Transcript of Sistem Integumentari

Page 1: Sistem Integumentari

SISTEM INTEGUMENTARI

Kulit adalah organ yang terbesar sekali pada tubuh manusia.

Keluasan permukaannya adalah 1.5 hingga 2 m² pada orang dewasa yang

mengandungi kelenjar, rambut dan kuku. Terdapat lapisan lemak

subcutaneous di antara kulit dan struktur di bawahnya.

Sistem kulit juga dikenali sebagai sistem integumentari, iaitu salah

satu fungsi tubuh sebagai sistem perkumuhan. Peluh adalah bahan kumuh

yang dihasilkan oleh kulit.

Struktur Mikroskopik Kulit terdiri daripada dua lapisan iaitu

epidermis dan dermis.

Page 2: Sistem Integumentari

1. Epidermis

Epidermis adalah kulit luar. Ketebalan epidermis berbeza mengikut bahagian

tubuh. Tapak kaki merupakan kulit yang paling tebal. Warna kulit manusia pula

ditentukan oleh kandungan melanin dalam pigmen. Tiada salur darah dan saraf

pada epidermis. Bahagian paling dalam dibasahi dengan cecair intertitial yang

dihasilkan daripada dermis di mana oksigen dan nutrient dialirkan keluar sebagai

limfa. Epidermis terbahagi kepada 5 lapisan (strata):

(a) Stratum corneum

Lapisan paling superficial yang terdiri daripada sel squamous yang nipis

dan leper dan sudah mati dan sering diganti dan dikenali sebagai

penghadang kerana berfungsi sebagai penghalang kepada kehilangan air

dan gangguan persekitaran seperti mikro-organisma dan kecederaan

fizikal. Cytoplasma dalam sel akan diganti dengan cecair “repellent”

protein dikenali sebagai keratin. Keratinisasi adalah proses lapisan dalam

epidermis diganti dengan keratin.

(b) Stratum lucidum

Keritinocytes sangat rapat dan jelas, tiada nukleus dan diisi oleh bahan

gel lembut yang dipanggil eleiden yang akan bertukar kepada keratin.

Page 3: Sistem Integumentari

Eleiden kaya dengan gabungan protein lipid yang bertindak sebagai

penahan kepada kehilangan cecair badan. Lapisan ini tidak ada pada kulit

yang nipis tetapi kelihatan pada kulit yang tebal seperti pada tapak kaki

ataupun tapak tangan.

(c) Stratum granulosum

Peringkat proses keratinisasi bermula. Sel disusun pada 2 atau 4 lapisan

dalam dan dipenuhi oleh granul yang dikenali sebagai keratohyalin (bahan

yang diperlukan untuk pembentukan keratin). Sel di lapisan ini akan mula

denegratif dan sama seperti stratum lucidum di mana akan hilang pada

kulit yang nipis.

(d) Stratum spinosum

Juga dikenali sebagai stratum germinative (lapisan yang berkembang)

yang terbentuk daripada 8-10 lapisan dengan sel berbentuk irregular.

Kaya dengan RNA (Ribonucleic acid) untuk sintesis protein yang

diperlukan untuk penghasilan keratin.

(e) Stratum basale

Satu lapisan sel columnar yang melakukan mitosis.

Page 4: Sistem Integumentari

2. Dermis

Rajah 5.2: Lapisan Strata Epidermis

Page 5: Sistem Integumentari

Dermis adalah kulit dalam yang mempunyai ketebalan kira-kira

0.25mm ke 2.5mm. Ketebalan dermis juga berbeza mengikut kawasan

tubuh, ketebalan sangat tinggi di tapak tangan dan kaki, manakala sangat

rendah di kelopak mata, penis dan skrotum. Struktur yang terdapat di

dalam dermis adalah :

(a) Salur darah arteriol dari rangkaian halus dan kapilari

membekalkan darah kepada kelenjar peluh, kelenjar sebaceous,

folikel rambut dan dermis. Epidermis tiada bekalan darah tetapi

mendapat nutrien dan oksigen dari cecair intertitial salur darah di

dalam papillae di dermis.

(b) Salur limfa membentuk rangkaian di dalam dermis 

(c) Somatic reseptor sensori (hujung saraf) sensitif akan deria

sentuhan, suhu, tekanan dan kesakitan. Impuls saraf dihasilkan di

reseptor sensori di dalam dermis akan dibawa ke saraf tunjang oleh

saraf sensori (somatic cutaneous) dan kemudian ke kawasan sensori

di serebrum untuk ditafsirkan.

(d) Kelenjar peluh yang terdiri daripada sel epithelial banyak terdapat

pada tubuh terutama pada tapak tangan, tapak kaki, axila dan celah

peha (groin) dengan badan kelenjar berlingkar dalam subcutaneous

Page 6: Sistem Integumentari

tisu. Sesetengah duktus akan membuka di permukaan kulit (liang-

liang roma) dan ada yang membuka di folikel rambut. Kelenjar yang

membuka ke dalam folikel rambut tidak akan aktif sehingga

seseorang itu menjadi puberty.

Di axila kelenjar peluh merembeskan cecair milky tanpa bau.

Sekiranya bercampur dengan mikrob akan memberikan bau yang

kurang menyenangkan. Kelenjar peluh dirangsangkan oleh saraf

simpatetik dan akan meningkatkan suhu badan dan ketakutan.

Fungsi kelenjar peluh adalah regulasi suhu badan.

(e) Rambut dibentuk daripada pertumuhan sel epidermis ke dalam

dermis / tisu subcutaneous yang dikenali folikel rambut. Pada

dasarnya, folikel adalah sel berkelompok yang dipanggil

bulb.Rambut dibentuk daripada gandaan sel bulb yang menolak ke

atas, keluar daripada sumber nutrisi. Sel ini akan mati dan menjadi

keratinized. Bahagian rambut di atas kulit dikenali sebagai shaft dan

bahagian di dalam dipanggil akar. Warna rambut bergantung pada

genetik dan begantung kepada kehadiran bilangan melanin. Rambut

putih adalah penggantian melanin oleh sedikit gelembong udara.

Rajah 5 : Kalenjar peluh

Page 7: Sistem Integumentari

(f) Otot arrector pili adalah ikatan kecil daripada fiber otot licin yang

melekat pada folikel rambut. Kontraksi menyebabkn rambut berdiri

tegak. Otot dirangsang oleh saraf simpatetik fiber yang

bertanggungjawb kepada ketakutan dan kesejukan. Rambut yang

tegak akan memerangkap udara dan bertindak sebagai lapisan

penebat, mekanisma mengalakkan kesuaman terutama apabila

berada dalam keadaan menggigil contoh kontraksi otot skeletal luar

kawal.

Rajah 6 : Rambut

Rajah 7 : Otot arrector pili

Page 8: Sistem Integumentari

(g) Kelenjar sebaceous mengandungi sel epithelial yang merembeskan

bahan minyak iaitu sebum ke dalam folikel rambut. Kelenjar

sebaceous didapati di seluruh tubuh kecuali di tapak tangan dan

tapak kaki serta paling banyak didapati di kulit kepala, muka, aksila

dan celah peha. Terdapat kelenjar sebaceous yang terus membuka

ke permukaan dan tidak melalui folikel rambut seperti bibir, bulu

mata, nipple, labia minora dan kelenjar penis.

Fungsi sebum ialah untuk melembapkan dan memudahkan rambut

dibentuk serta kelihatan berkilat; kalis air yang bertindak sebagai

agen pencegah infeksi bakteria dan fungis; dan mencegah dari

kekeringan dan pecahan pada kulit apabila terdedah pada cahaya

matahari dan kepanasan.

Rajah 8 : Kelenjar sebaceous

Page 9: Sistem Integumentari

(h) Kuku sama seperti epidermis dan rambut terdiri dari sel horny

keratin yang melindungi hujung jari dan hujung kuku kaki. Akar

kuku tertanam di kulit dan dilindungi oleh cuticle dan membentuk

kawasan hemispherical pale yang dipanggil lunula manakala tapak

kuku yang terdedah tumbuh dari zon germinative yang dipanggil

nail bed. Kuku tangan membesar dengan lebih cepat berbanding

dengan kuku kaki pada suhu yang tinggi.

Fungsi Kulit

1. Organ perlindungan yang utama

Rajah 8 : kuku

Page 10: Sistem Integumentari

Melindungi struktur di bawah kulit (yang lembut) dan bertindak seba-

gai mekanisma pertahanan tidak khusus (non-specific defence mecha-

nism) badan dari kemasukan mikro-organisma.

2. Pembentukan vitamin D

Di dalam kulit terdapat 7-dehyrocholestrol iaitu bahan asas lemak.

Apabila terdedah kepada cahaya matahari, asas lemak akan bertukar

kepada cholecalciferol dan diangkut melalui darah ke ginjal dan hepar

lalu ditukarkan menjadi vitamin D.

3. Cutaneous sensation

Reseptor sensori yang terdiri daripada hujung saraf di dalam lapisan

dermis sangat sensitif pada sentuhan, suhu dan kesakitan.

Rangsangan yang mencetuskan impuls saraf sensori dipindahkan ke

cerebral kortex. Contoh kawasan yang sensitif seperti bibir dan hujung

jari.

4. Penyerapan (Absorption)

Penyerapan bahan ubatan transdermal patches seperti terapi hormon

semasa menoupouse, nicotine (bahan untuk berhenti merokok) dan

merkuri (bahan toksik).

5. Perkumuhan (Excretion)

Sebagai minor organ kumuhan minor seperti perkumuhan garam

natrium klorida dalam peluh atau urea apabila terdapat gangguan

pada sistem ginjal bahan aromatik seperti halia dan bahan pedas.

6. Regulasi suhu badan

Page 11: Sistem Integumentari

Suhu badan akan kekal pada suhu persekitaran iaitu pada 36°C.

Apabila kadar metabolik meingkat, suhu badan akan meningkat. Untuk

memastikan suhu adalah tetap, keseimbangan dikekalkan apabila

haba yang dihasilkan di dalam tubuh akan disingkirkan ke

persekitaran.

Rajah 5.3 : Regulasi Suhu Badan

Rajah 5.3 : Regulasi Suhu Badan