Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan...

23
1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya Kuala Lumpur [email protected] Dr Rahilah Omar Program Sejarah dan Pengajian Strategik Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi Selangor Abstrak Kertas kerja ini memberi tumpuan kepada sistem kekeluargaan dan persanakan masyarakat Cham dan masyrakat Bugis di Malaysia. Persoalan bagaimana individu yang hidup dalam kelompok kekeluargaan mengkelasifikasikan keanggotaan setiap ahlinya, dan bagaimana kata nama panggilan dan kata nama rujukan digunakan oleh kedua-dua masyarakat menjadi fokus utama artikel ini. Menerusi kajian lapangan yang di jalankan di dua lokaliti yang berbeza oleh penyelidik, kajian ini cuba untuk meneliti persamaan dan perbezaan pengelompokan anggota keluarga dan terminologi yang digunakan. Kedua-dua kumpulan masyarakat ini mempraktikan bentuk sistem kekeluargaan yang di kenali dengan Hawaiian oriented system’. Sistem ini diperkenalkan oleh Murdock (1949) dikatakan dipraktik oleh sebahagian besar masyarakat di Polynesia. Istilah rujukan dan istilah panggilan yang digunakan dianggap paling mudah kerana tidak terdapat perbezaan yang jelas bagi kedua-dua belah pihak ibu dan ayah Ego. Artikel ini cuba meneliti persamaan dan perbezaan istiah panggilan dan rujukan yang diguna pakai oleh kedua-dua masyarakat, iaitu Cham dan Bugis di Malaysia. Penemuan kajian mendapati komuniti Cham dan Bugis mempraktikkan sistem kekeluargaan bilateral dan istilah panggilan dan rujukan adalah menepati pandangan yang dikemukan oleh Murdock. Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik. Kerapkali tumpuan kepada tiga komuniti utama iaitu; Melayu, Cina dan India menjadi tumpuan dalam perbincangan mengenai pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia. Namun ini tidak menafikan sama sekali kewujudan dan kepentingan peranan yang dimainkan oleh kaum dan suku kaum lain di Malaysia. (Shamsul Amri, 2008). Sebaliknya

Transcript of Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan...

Page 1: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

1

Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis

di Malaysia: Satu Perbandingan

Dr Siti Nor Awang

Jabatan Antropologi dan Sosiologi

Universiti Malaya

Kuala Lumpur

[email protected]

Dr Rahilah Omar

Program Sejarah dan Pengajian Strategik

Universiti Kebangsaan Malaysia

Bangi Selangor

Abstrak

Kertas kerja ini memberi tumpuan kepada sistem kekeluargaan dan persanakan

masyarakat Cham dan masyrakat Bugis di Malaysia. Persoalan bagaimana individu yang

hidup dalam kelompok kekeluargaan mengkelasifikasikan keanggotaan setiap ahlinya,

dan bagaimana kata nama panggilan dan kata nama rujukan digunakan oleh kedua-dua

masyarakat menjadi fokus utama artikel ini. Menerusi kajian lapangan yang di jalankan

di dua lokaliti yang berbeza oleh penyelidik, kajian ini cuba untuk meneliti persamaan

dan perbezaan pengelompokan anggota keluarga dan terminologi yang digunakan.

Kedua-dua kumpulan masyarakat ini mempraktikan bentuk sistem kekeluargaan yang di

kenali dengan ‘Hawaiian oriented system’. Sistem ini diperkenalkan oleh Murdock

(1949) dikatakan dipraktik oleh sebahagian besar masyarakat di Polynesia. Istilah

rujukan dan istilah panggilan yang digunakan dianggap paling mudah kerana tidak

terdapat perbezaan yang jelas bagi kedua-dua belah pihak ibu dan ayah Ego. Artikel ini

cuba meneliti persamaan dan perbezaan istiah panggilan dan rujukan yang diguna pakai

oleh kedua-dua masyarakat, iaitu Cham dan Bugis di Malaysia. Penemuan kajian

mendapati komuniti Cham dan Bugis mempraktikkan sistem kekeluargaan bilateral dan

istilah panggilan dan rujukan adalah menepati pandangan yang dikemukan oleh

Murdock.

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk terdiri daripada pelbagai

kumpulan etnik. Kerapkali tumpuan kepada tiga komuniti utama iaitu; Melayu, Cina dan

India menjadi tumpuan dalam perbincangan mengenai pembentukan masyarakat pluralistik di

Malaysia. Namun ini tidak menafikan sama sekali kewujudan dan kepentingan peranan yang

dimainkan oleh kaum dan suku kaum lain di Malaysia. (Shamsul Amri, 2008). Sebaliknya

Page 2: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

2

kepelbagaian etnik telah membetuk kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia seterusnya

menjadikan negara ini unik di mata dunia.

Kajian berhubung dengan keluarga dan persanakan didapati begitu popular di Eropah dan

Amerika Syarikat pada pertengahan pertama kurun masihi ke dua puluh, dan ianya terus

berkembang sehingga kini. Sepanjang tempoh tersebut telah berlaku pelbagai perubahan dan

focus kajian selari dengan perubahan yang berlaku kepada masyarakat. Kajian berhubung

dengan keluarga turut menarik perhatian negara-negara di rantau Asia khususnya oleh

pengkaji samada dari Amerika mahupun Eropah. Menurut analisis yang dilakukan oleh Quah

(1993) dalam tempoh empat dekad bermula dari 1950 – 1990 terdapat 310 kajian yang

diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Kajian ini dilakukan di lima buah negara Asia seperti;

Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Fokus utama kajian telah

dikelasifikasikan kepada empat tema utama; Populasi, perkahwinan, peranan gender dan

struktur keluarga. Daripada jumlah keseluruhan 310 kajian ini hanya 50 kajian dijalankan di

Malaysia mengikut tema-tema seperti yang dinyatakan. Di bawah tema struktur keluarga

aspek kajian merangkumi; sistem persanakan, hubungan keluarga, polisi keluarga, interaksi

antara ibupada-anak, sosialisasi kanak-kanak, dan isu-isu yang dihadapi oleh keluarga yang

berhijrah.

Berdasarkan hasil analisis yang dijalankan oleh Quah (1993) menunjukan bahawa kajian

berhubung dengan aspek persanakan adalah salah satu daripada sub-tema di bawah tema

struktur keluarga. Justeru, kajian ini dilakukan untuk merapatkan jurang yang luas khususnya

berhubung dengan sistem panggilan dan rujukan kepada kumpulan persanakan.

Page 3: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

3

Makalah ini memberi tumpuan kepada dua kumpulan etnik minoriti yang ada dan kini

menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia iaitu komuniti Cham, dan komuniti Bugis.

Kedua-dua kumpulan komuniti ini mempunyai sejarah migrasi tersendiri yang membawa

mereka ke Malaysia. Walaupun ke dua-dua komuniti ini dari segi geografinya berasal dari

negara yang tidak sama, namun mereka dikelasifikasi sebagai komuniti yang mengamalkan

sistem kekeluargaan ‘bilateral’. Justeru makalah ini dihasilkan dengan tujuan untuk meneliti

persamaan dan perbezaan yang ada dari sudut terminologi persanakkan di antara kedua-dua

kumpulan komuniti yang dikaji. Persoalan yang akan dikupas berkisar kepada sejauh

manakah sistem panggilan dan rujukan yang digunapakai menepati sistem ‘Hawaiian’ seperti

yang dinyatakan oleh pengkaji terdahulu.

Latar Belakang Masyarakat Cham

Masyarakat Cham merupakan salah satu daripada kumpulan masyarakat yang berasal dari

Kerajaan Champa, sebuah kerajaan awal di Asia Tenggara sekitar abad ke 7 – 15 Masehi.

Masyarakat ini berasal dari rumpun Aoustronesian dan menggunakan bahasa Cham yang

digolongkan di bawah kelompok bahasa Malayo-Polynesian. Selepas keruntuhan kerajaan

Champa pada 1835, kumpulan masyarakat ini didapati bertebaran di sekitar Vietnam selatan

dan Kemboja (Mohamad Zain, 2003; Po Dharma, 1990; Nakula,1989;).

Gelombang perpindahan penduduk Kerajaan Champa ini telah melalui lima tahap seperti yang

dijelaskan oleh Nakula (1989). Gelombang pertama berlaku pada Abad ke 15, diikuti

gelombang ke dua pada Abad ke 17, gelombang ketiga pada Abad 18, gelombang ke empat

pada pertengahan Abad ke 18, dan yang terakhir telah berlaku pada Abad ke 20. Apabila

Regim Khmer Rouge yang di ketuai oleh Pol Pot menguasai pemerintahan Kemboja pada

tahun 1975, masyarakat dunia telah dikejutkan dengan pembunuhan beramai-ramai tanpa peri

Page 4: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

4

kemanusiaan. Kekejaman yang dilakukan oleh regim ini telah menyebabkan antara satu

hingga tiga juta penduduk Kemboja telah mati (Chandeler, 1992, 1999; Kiernan, 1990, 1996;

Po Dharma, 1990; Ysa Osman, 2002).

Gelombang perpindahan beramai-ramai pada Abad ke 20 telah menjadi ‘fenomena politic’

terbesar yang melibatkan banyak negara turut menerima tempiasannya dengan menerima

pelarian yang mencari perlindungan. Pelarian ini telah ditempatkan di kem-kem pelarian di

Thailand sebelum ditempatkan semula di negara-negara yang bersedia menerima mereka.

Antara tahun 1975 hingga 1986 Amerika Syarikat telah menerima dan menempatkan

sejumlah 378,487 pelarian Indochina, di ikuti oleh German 5,156, New Zealan 3,895, China

2,814, Switzeland 2,680, Belgium 2,000, Jepun 1,449, dan United Kingdom 1,242 (Supang,

1988).

Kesengsaraan yang di alami oleh masyarakat di Kemboja telah menyebabkan 1.5 – 3 juta

penduduknya mati disebabkan kebuluran, penyakit, kurang zat makanan, dan dibunuh

(Supang& Reynolds, 1988). Peristiwa ini telah menjadi sejarah hitam yang sukar dilupakan

oleh masyarakat Kemboja dan ramai di antara mereka telah melarikan diri ke negara jiran

seperti, Thailand, Malaysia, Filipina dan beberapa negara Asia Tenggara lain. Menurut

laporkan pada tahun 1976 terdapat 50,000 pelarian Indochina di Malaysia dan angka ini

meningkat kepada 100,000 orang pelarian pada 1979 (Supang & Reynolds, 1998). Antara

ratusan ribu pelarian yang membajiri Malaysia sekitar tahun 1975 sehingga 1990 an,

sebahagian kecil dari mereka merupakan masyarakat Cham yang beragama Islam.

Kedatangan kumpulan pelarian Indochina pertama mendarat di pesisir pantai Semenanjung

Malaysia adalah pada 3 Mei 1975 (Nik Zaharah, 1977). Namun, atas sebab keselamatan

Page 5: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

5

dalam negara, kerajaan Malaysia hanya menerima masyarakat Cham untuk diterima masuk

dan menetap di negara ini. Manakala pelarian dari kumpulan etnik Khmer, Cina dan Vietnam

di beri perlindungan sementara dan kemudiannya di hantar ke negara ke tiga seperti Amerika

Syarikat, Perancis, Australia, German, New Zealand, Swizland, Belgium, Jepun, Argentina,

China dan Unitek Kingdom (Supang, 1988).

Kem pelarian Taman Kemunin, Pengkalan Chepa merupakan penempatan awal masyarakat

Cham setelah diterima masuk ke negara ini. Namun apabila bilangan mereka semakin

bertambah kem pelarian kedua di bina di Cherating, Pahang (Nik Zaharah, 1977). Pelarian ini

di tempatkan selama lebih kurang dua tahun di kem dan kemudian di benarkan memulakan

kehidupan baru mereka di luar kawasan kem.

Kini setelah lebih dari 30 tahun komuniti Cham diterima masuk ke negara ini, bilangan

mereka semakin ramai dan mendiami hampir seluruh Semenanjung Malaysia. Ada di antara

mereka telah diterima sebagai warganegara sementara yang lain bertaraf penduduk tetap.

Tumpuan utama mereka adalah di negeri Kelantan (Kota Bharu dan Pasir Mas), Terengganu

(Kuala Terengganu dan Dungun), Pahang (Pekan dan Rompin), Johor (Ulu Tiram, Kota

Tinggi dan Muar), Melaka (Tanjung Minyak dan Bukit Rambai), Negeri Sembilan

(Seremban), Selangor (Klang, Banting, Sungai Buluh, Kajang dan Bukit Belacan), Perak

(Ipoh, Parit Buntar dan Kuala Kangsar), Pulau Pinang (Nibong Tebal), Kedah (Alor Star) dan

Perlis (Kangar) (lihat Mohamad Zain, 2003). Dari segi sosio-ekonomi komuniti Cham di

Malaysia terlibat dengan pelbagai bentuk kegiatan ekonomi. Rata-rata mereka melibatkan diri

dengan kegiatan perniagaan pakaian sama ada sebagai pembekal, pemborong atau peruncit.

Selain itu ada yang melibatkan diri dengan kegiatan penternakan ikan sangkar khususnya di

Page 6: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

6

Daerah Pekan, Pahang, menjaja makanan, membina rumah, menjalankan aktiviti pertanian

dan penternakan dan lain-lain.

Latar Belakang Masyarakat Bugis

Kedatangan komuniti Bugis ke Tanah Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak zaman

kesultanan Melayu Melaka. Dipapati pada abad ke-17 sudah terdapat pemukiman orang Bugis

di Semenanjung Tanah Melayu, namun kedatangan mereka dalam jumlah yang besar berlaku

pada kolonial Inggeris khususnya suku akhir abad ke-19. Kedatangan mereka ke Tanah

Melayu berterusan sehinggalah sekarang. Meskipun jumlah populasi mereka tidak dapat

diketahui dengan tepat kerana kekurangan sumber bertulis dan lisan yang begitu ketara,

namun kehadiran mereka dapat dilihat majoritinya di dua buah negeri di Semenanjung Tanah

Melayu iaitu Johor dan Selangor (Rahilah et al., 2009).

Peranan komuniti Bugis di Johor diperingkat awal kedatangan sebagai peneroka hutan dan

pembina petempatan luar bandar adalah antara aspek penting yang membentuk persejarahan

negeri Johor. Sejak dari awal kedatangan komuniti Bugis ke Semenanjung Tanah Melayu,

khususnya ke Johor, mereka telah berjaya menempatkan nama suku mereka dalam sejarah

tempatan, sehingga kewujudan komuniti Bugis di Johor dapat dikatakan lebih menonjol

daripada kumpulan etnik lain.

Kewujudan komuniti Bugis kini dapat dikesan di beberapa petempatan yang masih kekal

hingga sekarang. Mereka tersebar dibeberapa buah kampung dalam mukin-mukim di Johor

seperti Benut, Sungai Karang, Serkat, Ayer Masin, Ayer Baloi, Sungai Pinggan, Jeram Batu,

Sungai Kluang, Minyak Beku, Sungai Punggur, Pengerang, Muar, Gelang Patah dan sekitar

Pekan Nenas. Bahkan ada beberapa buah kampung yang majoriti penduduknya adalah

Page 7: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

7

masyarakat Bugis. Misalnya Kampung Parit Makkuaseng ialah salah sebuah kampung di

mukim Benut, Pontian, 90% penduduknya adalah terdiri daripada masyarakat Bugis.

Kampung Lepau di Pengerang 100% penduduknya terdiri daripada masyarakat Bugis

(Rahilah et al., 2009).

Antara faktor penting kedatangan orang Bugis ke Tanah Melayu disebabkan oleh sifat mereka

yang suka mengembara atau merantau. Orang Bugis sejak berabad-abad terkenal mempunyai

jiwa perantau. Sifat seperti ini tergambar dalam karya agung sastera Bugis iaitu rangkaian

cerita yang dikenal dengan nama La Galigo yang antara lain menggambarkan pengembaraan

tokoh Bugis, Sawerigading, yang mengelilingi lautan dengan menggunkan perahunya.

Peranan orang Bugis dan Makasar dalam perdagangan maritim se-Nusantara penting

menjelang abad ke 16. Bahkan dalam masyarakat Bugis juga ada istilah yang dikenal dengan

ma’sompe’ yang bererti “berlayar” juga membawa makna merantau (Norliah, 1977).

Selain itu, faktor siri bagi komuniti Bugis juga merupakan salah satu faktor pendorong

berlakunya merantau. Siri’ merupakan unsur teras dalam setiap individu Bugis. Tidak ada satu

nilai yang berharga untuk dibela dan dipertahankan di muka bumi ini selain daripada siri’

kerana siri’ adalah jiwa, harga diri dan martabat mereka Oleh itu setiap orang Bugis mesti

mempunyai siri’ dalam dirinya supaya ia dapat meneruskan hidupnya sebagai manusia yang

dipandang baik dan mulia (Andaya, 2004). Kepentingan siri turut dijelaskan oleh Mattulada

(1978) dengan menyatakan ‘Siri’ emmi ri onroang ri lino, ertinya: hanya untuk siri’ itu

sajalah kita hidup di dunia. Ungkapan ini mengandungi erti siri’ yang memberi identiti sosial

dan martabat kepada seseorang yang berketurunan Bugis. Kepentingan siri’ sebagai

pembangkit semangat keberanian kaum lelaki dapat difahami melalui ungkapan yang

diistilahkan dengan siri’ masiri’. Konsep siri’ masiri’ bermaksud keadaan seseorang yang

Page 8: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

8

berasa aib akibat kesalahan sendiri atau nasib yang menimpanya. Selaku ketua keluarga pihak

lelaki bertanggung jawab dalam menentukan masa depan dan nasib keluarganya. Pemulihan

siri’ oleh orang yang merasa aib itu harus dilakukan dengan bekerja keras tanpa mudah

menyerah kalah untuk merubah nasibnya menjadi lebih baik (Andi, 1999).

Hal inilah yang

menjadi salah satu faktor pendorong utama orang Bugis untuk pergi merantau memperbaiki

kehidupannya kerana dengan status ekonomi yang lebih baik seseorang dapat meningkatkan

identiti sosialnya.

Selain faktor dalaman terdapat juga faktor luaran sebagai faktor penarik dari Tanah Melayu

itu sendiri, terutama sejak pertengahan abad ke-19, di mana kegiatan ekonomi mulai giat

dijalankan di Tanah Melayu. Pihak Inggeris telah memberikan peluang yang luas kepada

sesiapa yang ingin membuka tanah. Bahkan pemerintah Johor juga menggalakkan kedatangan

perantau perantau nusantara untuk kemajuan kerajaan Johor (Khoo Kay Kim, 1977).

Pada masa ini komuniti Bugis yang membina penempatan tetap mereka di Negeri Johor

mempunyai latar belakang sosio-ekonomi yang jelas dipengaruhi oleh sejarah kedatangan

mereka. Diperingkat awal kedatangan kegiatan ekonomi tertumpu kepada kegiatan perikanan

kerana mereka ini membina penempatan awal di kawasan pesisir pantai. Perubahan kegiatan

ekonomi berlaku sekitar pertengahan abad ke-19 bila mereka diberi peluang membuka tanah

baru. Kini sebahagian besar komuniti Bugis di Negeri Johor melibatkan diri dengan aktiviti

penaman kelapa dan kelapa sawit.

Jelas sekali faktor kemasukan dan kedatangan ke dua-dua kumpulan komuniti ini ke negara ini

adalah berbeza. Komuniti Cham mendatangi negara ini disebabkan faktor paksaan dan mencari

perlindungan daripada kekejaman Khmer Rouge. Sementara komuniti Bugis memasuki negara ini

lebih awal dan faktornya dipengaruhi oleh budaya dan faktor penarik yang ada di Tanah Melayu

Page 9: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

9

pada masa tersebut. Namun kedua-dua ini berkongsi sistem persanakkan yang sama dan

persamaan ini yang cuba diteliti dalam kajian ini.

Penentuan Keanggotaan Kumpulan Persanakan

Setiap masyarakat mempunyai kaedah tersendiri dalam menentukan keanggotaan setiap

ahlinya sebagai salah seorang daripada anggota kumpulan persanakan atau kinship. Kumpulan

sanak atau kinship boleh jadi besar atau kecil bilanganya bergantung kepada bentuk sistem

kekeluargaan yang di praktikan oleh masyarakat. Bagi masyarakat yang menyusurgalurkan

kelompok keturunan berasaskan unilineal bilangan ahli kumpulan sanak menjadi lebih kecil.

Manakala bagi kumpulan masyarakat yang menyusurgalurkan kelompok keturunan

berasaskan bilateral, memperlihatkan bilangan ahli kumpulan sanaknya lebih ramai. Keadaan

ini berlaku kerana saudara-mara kedua-dua belah pihak ibu dan bapa akan diambil kira

sebagai anggota keluarga (Fox, 1967).

Menurut ensiklopedia Britanica (2010) Kinship is the broad term for all the relationships that

people are born into or create later in life that are considered binding in the eyes of society.

Kinship juga boleh dijelaskan sebagai satu bentuk perhubungan di antara entiti yang

berkongsi genealogical origin, biological, cultural atau historical descent. Kinship turut

dihubungkaitkan dengan perhubungan yang dibentuk samada melalui perhubungan darah atau

melalui perkahwinan. Sementar Fox (1967) melihat kinship sebagai satu bentuk perhubungan

antara manusia yang dikaitkan dengan perkahwinan, kelahiran, dan kematian. Melalui

perkahwinan antara lelaki dan perempuan terbentuk hubungan persemendaan dan melalui

perhubungan ini melahirkan anak-anak atau keturunan yang menghasilkan ikatan yang

berpanjangan. Seterusnya apabila berlaku kematian akan mengakibatkan berlaku kekosongan

Page 10: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

10

dalam kelompok sosial dan pengganti diperlukan. Persoalan penting di sini adalah siapa dan

bagaimana masyarakat menentukan keanggotaan kinship atau kumpulan sanaknya.

Kinship dijelaskan oleh Needham (1971: 3) sebagai ‘the allocation of rights and their

transmission from one generation to the next’. Penjelasan Needham ini menekankan aspek

penentuan ‘right’ atau hak seseorang ahli kumpulan dalam menentukan keanggotaannya,

pewarisan harta, penentuan tempat tinggal, jenis pekerjaan dan sebagainya. Hak atau ‘right’

ini boleh dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya.

Menurut McKinley (1981) kinship boleh dilihat sebagai cara bagaimana masyarakat menentu

dan, mengkelaskan seseorang individu sebagai salah seorang dari anggota kinnya. Penentuan

ini boleh dilakukan sama ada melalui ikatan perkahwinan, kelahiran, atau ‘odering of kin

relation’. Pengkelasan berdasarkan ‘Odering of kin relation’ merujuk kepada mereka yang

mempunyai hubungan secara geneologi akan dikira sebagai ahli dalam kumpulan terbabit.

Sementara bagi Janet Carsten (1995) yang mengkaji tentang kinship masyarakat Melayu di

Langkawi, menjelaskan bahawa maksud kinship itu mencakupi kerangka yang lebih luas,

khususnya bagi masyarakat Melayu. Pengkelasan seseorang individu sebagai salah seorang

anggota kelompok saudara adalah berdasarkan ‘satu darah, satu daging’ atau ‘one blood and

one flesh’. Konsep ‘satu darah, satu daging ini dikaitkan dengan perbuatan memasak,

memberi makan dan tinggal bersama. Individu yang tidak ada perhubungan darah atau

perkahwinan tetapi jika mereka ‘memasak, memberi makan dan tinggal bersama untuk

tempoh masa tertentu boleh membentuk perhubungan ‘kin’. Ini bermaksa ‘kinship’ boleh

dicipta melalui satu bentuk perhubungan yang di ‘reka’ dan diiktiraf.

Page 11: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

11

Justeru penentuan keanggotaan seseorang individu boleh ditentukan melalui tiga cara yang

menjadi amalan masyarakat. Pertama, ditentukan melalui hubungan geneologi, kedua melalui

hubungan perkahwinan dan yang ketiga ditentukan oleh masyarakat berdasarkan kriteria

tersendiri yang mungkin berbeza di antara satu masyarakat berbanding dengan masyarakat

yang lain. Artikel ini akan membincangkan bagaimana komuniti Cham dan masyarakat Bugis

di Malaysia megkelasifikasikan kumpulan persanakkan mereka, dan mengapa kedua-dua

kumpulan ini dikelompokkan di bawah satu sistem pengkelasifikasian yang dikenali sebagai

‘Hawaiian system’.

Kelompok Keturunan

Komuniti Cham dan Bugis memperlihatkan amalan penyusurgaluran sistem kekeluargaan

mereka berasaskan bilateral seperti yang dinyatakan oleh Lafont (1993) dan Millar (1983).

Menerusi sistem bilateral kelompok keturunan akan diambil kira menerusi kedua-dua belah

pihak ibu dan bapa secara serentak. Sama seperti yang dijelaskan oleh Sorensen (1993)

tentang bilateral dalam kajian bertajuk ‘Asian Families: Domestic Group Formation’.

Menurut beliau masyarakat yang mempraktikan sistem kekeluargaan berasaskan bilateral

akan menentukan keanggotaan masing-masing menerusi kedua-dua belah pihak ibu dan bapa.

Tambah Sorensen (1993) ‘kindreds’ akan ditentukan oleh EGO kerana ia bersifat ‘Ego-

centred’ dan ‘overlapping’. Ego berhak memasuk dan mengeluarkan keanggotaan mana-mana

individu sebagai ahli kumpulan sanaknya. Ini berlaku disebabkan jumlah atau bilangan

mereka yang termasuk sebagai kumpulan sanak adalah terlalu ramai.

Penjelasan ini juga selari dengan apa yang dijelaskan oleh Koller (1974 :43), beliau

menyatakan bahawa bilateral adalah ‘a system that equally recognizes links with both male

and female relatives’. Disebabkan bilangan ahli yang dikelaskan sebagai kumpulan sanak

Page 12: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

12

terlalu ramai maka EGO akan terpaksa membuat pilihan. Pilihan ini penting khususnya ketika

ingin melangsungkan majlis-majlis penting seperti majlis perkahwinan, dan kenduri-kendara

memaksa EGO menentukan siapakah anggota sanak yang ingin dijemput. Oleh itu dalam

membuat pertimbangan ini samada suka atau tidak EGO terpaksa membuat pilihan kerana

EGO tidak akan mungkin menjemput kesemuanya. Justeru dalam pemilihan ini pelbagai

faktor menjadi pertimbagan antaranya; keakraban perhubungan, kekerapan berkomunikasi,

jarak tempat tinggal antara mereka, dan kecenderungan EGO sendiri.

Menurut Koller (1974) adalah menjadi amalan kebanyakan masyarakat mengkelasifikasikan

individu yang mempunyai hubungan persaudaraan atau kindred melalui tiga kaedah utama.

Pertama, individu yang mempunyai perhubungan secara consangueineal di mana setiap

individu yang berkongsi darah, genetik, dan biologi akan tergolong sebagai anggota kinship

yang sama. Kedua, keanggotaan kinship seseorang juga telah diperluaskan oleh masyarakat

dengan mengkelaskan mereka yang mempunyai perhubungan affinal. Bentuk perhubungan

affinal ini melibatkan social dan legal ties yang mana ia melibatkan perkahwinan. Ke tiga

melibatkan adoption, dan common membership dalam klan, tribe dan totem. Dengan kata lain

perhubungan yang terbentuk secara affines ini berlaku apabila adanya persetujuan anggotanya

berhubung keahlian seseorang yang tidak ada hubungan consanguineal, dan pastinya ia

berbeza mengikut masyarakat.

Seterusnya Koller (1974) menambah bahawa keanggotaan kumpulan persanakan seseorang

individu juga tidak dapat lari dari dua bentuk perhubungan yang dikelaskan sebagai

‘hubungan yang rapat’ dan ‘hubungan yang jauh’. Penentuan rapat atau jauh perhubungan

seseorang sebagai anggota sanak bergantung kepada kedudukan individu samada sebagai

kelompok primary, secondary atau tertiary (Koller, 1974:40). Bagi individu yang tergolong

Page 13: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

13

dalam kelompok primary ia di kelaskan sebagai mempunyai perhubungan yang rapat.

Sementara kelompok secondary berkemungkinan dikelaskan sebagai mempunyai hubungan

yang rapat dan kurang rapat bergantung kepada kelompok masing-masing. Sementara bagi

kelompok tertiary biasanya bentuk perhubungan yang terhasil adalah kurang rapat kerana

mereka terdiri daripada saudara jauh. Bentuk-bentuk perhubungan ini juga boleh dilihat

melalui terminologi persanakan yang digunakan oleh masyarakat.

Terminologi Persanakan

Masyarakat manusia telah mengklasifikasikan individu dalam kumpulan sanak secara

berbeza-beza. Ini termasuk kumpulan yang mempunyai perhubungan darah atau

consanguineal kin dan kumpulan yang mempunyai perhubungan yang terbentuk melalui

perkahwinan atau affinal kin. Menurut Ember. M, dan Ember C.R., (2010) menjelaskan

bahawa para ahli antropologi telah bersetuju untuk mengatasi masalah kumpulan sanak yang

terlalu ramai dan berbeza kategorinya maka terminologi persanakan boleh digunakan untuk

mengatasi masalah ini.

Umumnya terdapat enam bentuk sistem terminologi persanakan yang digunakan untuk

membezakan antara satu masyarakat berbading dengan masyarakat yang lain. Antaranya;

sistem Inuit atau juga dikenali sebagai Eskimo, Omaha, Crow, Iroquois, Sudanese dan

Hawaiian. Kesemua sistem-sistem ini mengkelaskan kumpulan sanak secara berbeza-beza

dan didasari kepada prinsip tertentu yang menjadi amalan masyarakat tersebut (Ember dan

Ember, 2010).

Dalam sistem Inuit seperti yang diamalkan oleh masyarakat Eskimo, Ember dan ember (2010)

menyatakan bahawa kumpulan sanak khususnya sepupu kepada Ego samada di sebelah bapa

Page 14: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

14

atau ibu dirujuk dengan terminologi yang sama tanpa mengira jantina. Sistem Omaha

memperlihatkan kelompok sanak di ke dua-dua belah pihak ibu dan bapa dibezakan dengan

terminologi yang berlainan. Penekanan diberikan kepada kelompok sanak atau kin sebelah

bapa kerana masyarakat yang menggunakan sistem ini adalah masyarakat nasab bapa.

Sementara sistem Crow pula menggunakan prinsip yang bertentangan dengan sistem Omaha.

Kumpulan sanak sebelah ibu lebih dipentingkan dan perbezaan terminologi mengikut generasi

jelas ketara dalam sistem ini. Manakala sistem Iroquois sedikit berbeza dari sistem Omaha

dan Crow di mana sepupu silang (anak kepada bapa atau ibu saudara) dirujuk dengan

terminologi yang sama, hanya jantina sahaja yang membezakan mereka.

Sementara sistem Sudanese memperlihatkan pengkelasan terminologi yang lebih komplek

berbanding dengan sistem-sistem lain. Terminologi yang digunakan untuk merujuk ahli sanak

dipengaruhi oleh faktor politik yang komplek, stratifikasi kelas, dan jenis pekerjaan.

Kumpulan sanak dari sebelah pihak ibu dan bapa dirujuk dengan terminologi yang berbeza.

Sistem yang terakhir adalah sistem Hawaiian, sistem ini di lihat sebagai sistem yang paling

mudah dan penggunaannya begitu meluas di kalangan masyarakat di kawasan Malayo-

Polynesia. Dalam sistem ini semua anggota sanak dirujuk dengan terminologi yang sama

hanya jantina yang membezakan mereka. Sementara bagi sepupu turut dirujuk dengan

terminologi yang sama dengan terminologi yang digunakan untuk merujuk adik dan abang

kepada EGO.

Komuniti Cham dan Bugis tergolong di kalangan kumpulan yang mendiami di kawasan

Malayo-Polynesia, dan jelas menunjukkan mereka mempraktikkan sistem Hawaiian dalam

sistem persanakan. Sila rujuk Rajah 1 – 4 untuk melihat secara lebih jelas tentang sistem

panggilan atau sistem terminologi yang menjadi amalan komuniti Cham dan Bugis. Komuniti

Page 15: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

15

Cham memperlihatkan perbezaan penggunaan terminologi yang sistematis dan lebih khusus

berbading dengan komuniti Bugis. Rajah 1 menunjukan terdapat empat generasi berbeza

bermula daripada generasi Ego, generasi ibubapa Ego, generasi datuk dan nenek Ego dan

akhir sekali generasi moyang Ego. Bagi generasi Ego terminologi yang digunakan adalah

berbeza antara satu sama lain. Kata nama rujukan ini mempunyai sedikit persamaan dengan

istilah yang digunakan oleh masyarakat Melayu di Malaysia1. Kata nama panggilan ini adalah

sama seperti yang diamalkan oleh komuniti Cham di Kemboja. Dari segi jantina tidak ada

perbezaan nama rujukan yang diberikan. Adik beradik lelaki dan perempuan dirujuk dengan

terminologi yang sama, dan terminologi yang digunakan dapat membezakan kedudukan

mereka dalam keluarga. Saudara yang pertama akan dirujuk sebagai Cik Long, diikuti saudara

kedua dengan terminologi Cik Ngah, seterusnya diikuti oleh Cik Wan, Cik De, Cik Tam, dan

Cik Teh. Sekirannya bilangan adik-beradik lebih daripada enam orang, maka saudara yang ke

enam dan seterusnya mereka akan dirujuk sebagai Su. Sekiranya seseorang ingin mengetahui

jantina adik-beradik Ego maka penggunaan nama individu yang ditambah pada akhir

terminologi kata nama rujukan akan dapat menetukan jantina mereka.

1 Persamaan dari segi panggailan ini dipengaruhi oleh faktor bahasa, bahasa Cham dan bahawa Melayu adalah

berasal dari satu rumpun bahasa yang sama iaitu Malayo-Polynesia.

Page 16: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

16

Rajah 1: Itilah Rujukan (term of reference) Komuniti Cham

Jika dibandingkan dengan sistem yang diamalkan oleh komuniti Bugis, didapati terminologi

yang digunakan adalah lebih ringkas (sila rujuk Rajah 2). Terminologi yang digunakan oleh

komuniti Bugis hanya membezakan antara adik-beradik dengan terminologi kaka atau daeng

kepada saudara yang lebih tua daripada EGO dan terminologi adi’ digunakan untuk merujuk

kepada saudara yang lebih muda ari EGO. Tidak ada terminologi yang khusus untuk

membezakan saudara yang lebih tua dari EGO atau dengan ertikata yang lain tidak ada istilah

khusus untuk merujuk kedudukan dari segi bilangan di antara adik beradik.

Cik

Long

Cik

Ngah

Cik

Teh

Su EGO

Cik De

Mak Yah/Pa

=

Cik

Tam

Cik

Wan

Su Su Wak

Ngah

Wak

Long

=

=

Mei Aoung

Aoung Tok Mei Tok

Page 17: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

17

Rajah 2: Istilah Rujukan (term of reference) Komuniti Bugis

Seterusnya jika diteliti kata nama rujukan yang digunakan oleh generasi ibubapa kepada Ego

juga boleh dilihat mempamerkan bentuk yang sama. Komuniti Bugis merujuk ibu atau bapa

suadara tidak kira lelaki atau perempuan sebagai amure, tanpa mengambil kira status yang tua

dan yang muda dalam keluarga.

Kaka/

daeng Kaka/

daeng

Adi’

Adi’

EGO

ina tetta

=

Adi’ Kaka/

daeng

amaure amaure amaure amaure

=

=

Neneq

Neneq

Neneq

Neneq

Page 18: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

18

Ini berbeza bagi komuniti Cham kerana kata nama rujukan abang dan kakak kepada ibu dan

bapa kepada EGO adalah berbeza. Misalnya ibu atau bapa saudara yang lebih tua daripada ibu

dan bapa EGO dirujuk sebagai Wak dan adik kepada ibu dan bapa Ego dirujuk dengan

menggunakan terminologi Su. Kedua-dua terminologi ini digunakan tanpa mengira jantina,

hanya penambahan nama individu terbabit akan dapat menentukan samaada ianya lelaki atau

perempuan. Namun dari segi kedudukan mereka sebagai yang lebih tua dan yang lebih muda

masih boleh dibezakan. Namun keadaan ini tidak berlaku dalam terminologi yang digunakan

oleh komuniti Bugis, sekali lagi menunjukan terminologi yang digunakan adalah ringkas.

Kakak atau abang dan adik kepada ibu dan bapa EGO di rujuk sebagai amaure tanpa mengira

jantina.

Seterusnya jika diteliti kepada generasi yang lebih atas daripada ibu bapa EGO juga

memperlihatkan pola yang sama. Didapati komuniti Bugis menggunakan terminologi nenek

tanpa mengambil kira jantina kepada semua individu yang berada pada generasi datuk dan

nenek dan yang lebih atas daripadanya. Namun keadaan ini tidak berlaku kepada dalam

sistem terminologi komuniti Cham. Terminologi Mei digunakan untuk merujuk nenek dan

Aoung untuk merujuk kepada datuk. Seterusnya terminologi Mei Tok digunakan unutk

merujuk kepada moyang perempuan dan Aoung Tok digunakan untuk merujuk kepada

moyang lelaki.

Seterusnya istilah panggilan yang boleh dianalisa berdasarkan generasi Ego ke atas dan juga

ke bawah (lihat Rajah 3). Komuniti Cham memperlihatkan perbezaan yang jelas dari segi

istilah rujukan, misalnya ibu dipanggil sebagai mday dan bapa sebagai aupok. Nenek dan

datok dipanggil sebagai cidon dan citaa, cidon tuet dan cita tuet adalah panggilan bagi

generasi ketiga sebelum EGO. Ini diikuti oleh cidon luet dan citaa luet untuk generasi ke

Page 19: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

19

empat sebelum EGO dan akhir sekali cidon lie dan cita lie untuk generasi ke lima sebelum

EGO.

Rajah 3: Ego dan Istilah Panggilan (Term of Address) Komuniti Cham

Persamaan yang jelas di antara kata nama panggilan bagi kedua-dua komuniti ini adalah pada

generasi EGO. Bagi komuniti Cham istilah boung adalah kata nama panggilan kepada kakak

atau abang yang lebih tua daripada EGO, sementara pheoun adalah kata nama panggilan

kepada adik lelaki dan perempuan EGO. Persamaan ini boleh dilihat pada komuniti Bugis

(lihat Rajah 4). Kata nama panggilan kaka’ atau daeng digunakan untuk saudara lelaki atau

perempuan yang lebih tua daripada EGO. Manakala adik’ adalah kata nama panggilan kepada

saudara lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada EGO.

Bagi generasi yang lebih muda atau di bawah EGO masyarakat Cham menggunakan kata

nama rujukan yang berbeza bermula dari generasi -1 sehingga generasi -4 (lihat Rajah 3).

EGO

Mday/Aupok

Cidon/Citaa

Kon

Cau

Cicit

Piut

Cidon Tuet /Citaa Tuet

Cidon Luet/Citaa Luet

Cidon Lie/Citaa Lie

GENERASI

+ 5 + 4 + 3 + 2 + 1

0 - 1 - 2 - 3 - 4

Pheoun Boung

Page 20: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

20

Rajah 4: Ego dan IStilah Panggilan (Term of Address) Komuniti Bugis

Rajah 4 juga memberi gambaran tentang kata nama panggilan untuk generasi pertama

sehingga generasi ke lima selepas EGO. Ena adalah panggilan kepada ibu dan tetta adalah

panggilan untuk bapa. Sementara kata nama panggilan kepada datuk dan nenek bermula

daripada generasi ke dua dan seterusnya menggunkan istilah yang sama iaitu nenek bagi lelaki

atau perempuan. Bagi generasi yang lebih muda atau di bawah EGO komuniti Bugis

menggunakan panggilan anaq kepada generasi -1 atau generasi anak, tetapi bagi generasi

selepas anak bermula dari generasi -2 hingga generasi -4 istilah epo digunakan (lihat Rajah 3).

Kesimpulan

Komuniti Cham dan Bugis yang berbeza budaya dan berbeza faktor kedatangan mereka ke

Malaysia memperlihatkan persamaan dari segi sistem kekeluargaan dan persanakan yang

EGO

Ena /Tetta

Neneq/ Neneq

Neneq

Anaq

Eppo

Neneq /Neneq

Neneq/ Neneq

Neneq/ Neneq

GENERASI

+ 5 + 4 + 3 + 2 + 1

0

- 1

- 2

- 3

- 4

Younger sibling Adi’

Elder sibling Kaka/daeng

Eppo

Eppo

Page 21: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

21

diamalkan. Kedua-duanya menyusur-galurkan keturunan mereka berdasarkan sistem yang

dikenali dengan bilateral yang memperlihatkan kumpulan sanak dari kedua-dua pihak ibu dan

ayah adalah sama penting. Justeru kedua-dua kumpulan masyarakat ini memenuhi kriteria

sistem kinship yang dikenali sebagai ‘Hawaiian system’ yang dilihat sebagai sistem yang

paling ringkas dan tidak komplek berbanding sistem-sistem kinship yang lain. Namun jika

diperhalusi secara terperinci sistem persanakan kedua-dua komuniti ini masih terdapat

perbezaannya. Misalnya pengkelasan secara lebih khusus dapat dilihat bagi komuniti Cham

berbanding komuniti Bugis menerusi sistem rujukan untuk membezakan di antara anggota

sanak yang tua dan yang muda. Perbezaan kedudukan di antara ‘tua-muda’ memberi

gambaran bahawa hiraki dan tanggungjawab adalah penting, dan ia boleh dilihat pada

generasi di bawah Ego, generasi Ego dan generasi di atas Ego. Peranan yang dimainkan oleh

ahli sanak yang lebih tua seperti tunjuk ajar, sokongan, teguran dan didikan diberi penekanan.

Sementara ahli sanak yang lebih muda mendapat tunjuk ajar sokongan dan panduan dari yang

lebih tua untuk kelangsungan kehidupan berkeluarga. Apa yang pasti kedua-duanya saling

mendokongi antara satu sama lain. Hasil kajian juga mendapati wujud keseragaman istilah

panggilan dan rujukan kedua-dua komuniti ini di kedua-dua belah pihak sama ada ibu atau

bapa. Di samping kesamarataan antara jantina berlaku pada kedua-dua komuniti dan dapat

dilihat menerusi generasi sebelum EGO dan Generasi Selepas EGO. Istilah persanakan yang

digunakan tidak memperlihatkan perbezaan yang jelas di kalangan ahli mengikut jantina.

Penentuan jantina seseorang akan hanya dapat dikenalpasti dengan bertanya mengenai jantina

mereka. Istilah persanakan yang digunakan oleh kedua-dua kumpulan komuniti ini yang

dikelaskan dalam ‘Hawaiian System’ seperti yang dinyatakan oleh Murdock adalah benar dan

menjadi amalam kedua-dua komuniti ini.

Page 22: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

22

Bibliografi

Andi Zainal Abidin, 1999, Capita Selecta: Kebudayaan Sulawesi Selatan, Ujung Pandang:

Hasanuddin University Press.

Ballard, R., 1990, Migration and Kinship: the differential effect of Marriage Rules on the

Process of Punjabi Miration to Britain, in Clarke, C., Pearch, C., and Vertovek, S., (eds),

South Asians Overseas: Contexts and Communities, Cambridge University Press, pp. 219-

249.

Chandler, D. P., 1992, A History of Cambodia, Westview Press, Boulder, CO.

Chandler, D. P., 1999, Brother number one: A political biography of Pol Pot, Westview

Press, Boulder, CO.

Ember R. Carol and Ember M., 2010, Cultural Anthropology (13th ed.), Boston: Prentice

Hall.

Encyclopædia Britannica , 2010, Retrieved July 27, 2010, from Encyclopædia Britannica

Online: http://www.britannica.com/EBchecked/topic/1475952/American-Kinship

Leonard Y. Andaya, 1975, The Kingdom of Johor (1641-1728): Economic and political

developments, Kuala Lumpur.

Leonard Andaya, 2004, Warisan Arung Palakka Sejarah Sulawesi Selatan Abad ke-17

(terjemahan) Nurhady Sirimorok, Makasar, Ininnawa.

Khoo Kay Kim, 1977, “Satu Pandangan Menyeluruh: Johor di antara dua Perang Dunia”,

Sarina.

Kiernan, Ben, 1990, The Genocide in Cambodia 1975-1979, Bulletin of Concerned Asian

Scholars, Vol. 22, No. 2, pp. 35-40.

Kiernan, Ben, 1996, The Pol Pot Regime: Race, Power and Genocide in Cambodia Under the

Khmer Rouge, 1975-1979, Silkworm, Chiang Mai.

Koller, M., 1974, Families: A Multigenerational Approach, London : McGraw-Hill.

Mattulada, 1975, Latoa: Satu Lukisan Analitis Terhadap Antropologi Politik Orang Bugis,

Gadjah Mada Universiti Press.

McKinley, R., 2001, The Philosophy of Kinship: A Reply to Schneider’s Critique of the

Study of Kinship,in R.Feinberg dan M.Ottenheiner (eds), The Cultural Analysis of Kinship:

The Legacy of David M. Schneider, Urbana: University of Illinois Press:pp131-167.

Millar Sussan, B., 1983, On Interpreting Gender in Bugis Society, American Ethnologist, Vol.

10. No 3. Pp 477-493.

Mohamad Zain Bin Musa and Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, 2003, Masyarakat

Cam Sepanjang Zaman, Ikatan Ahli-ahli Arkeologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Page 23: Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham · PDF file1 Sistem Kekeluargaan dan Persanakan Masyarakat Cham dan Masyarakat Bugis di Malaysia: Satu Perbandingan Dr Siti Nor Awang

23

Mohamad Zain Bin Musa, 2004, Manuskrip Cam sebagai Sumber Sejarah Bangsa Cam:

Kajian terhadap Manuskrip CM39(36), Seminar Kajian Campa on 16 Jun 2004 di Universiti

Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Murdock, G.P., 1949, Social Structure, Macmillan Co, New York.

Nakula, Abdullah Mohamed, 1989, Keturunan Melayu di Kemboja dan Vietnam:

Hubungannya dengan Semenanjung dengan Tumpuan Khas kepada Negeri Kelantan, dalam

Nik Mohamed bin Nik Mohd Salleh (ed.), Warisan Kelantan VIII, Perbadanan Muzium

Negeri Kelantan.

Needhan, R., 1971, Rethingking Kinship and Marriage, London: Tavistock Publication.

Supang Chantavanich, 1988, Indochinese Refugees in France: Solidarity and Its Limits, dalam

Supang, C. and Reynolds, E.B., (eds.), Indochinese Refugees: Asylum and Resettlement,

Asian Studies Monographs, University of Chulalongkorn, No.039.

Nik Zaharah Nik Din, 1977, The Cambodian Refugees in Kelantan, BA Thesis, Department of

Southeast Asian Studies University of Malaya, Kuala Lumpur.

Po Dharma, 1990, ‘Hubungan Champa dengan Tanah Semenanjung dan Kepulauan Melayu’,

Journal Bahasa, Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia,

Bangi, No.8, pp 3-17.

Quah, S.R., 1993, Asian Sociologists at Work, London: Current Sociology.

Rahilah Omar (et.all), Sejarah Kedatangan Masyarakat Bugis ke Tanah Melayu: Kajian Kes

di Johor, JEBAT, No:36, pp 41-61.

Taylor Philip, 2007, Cham Muslims of the Mekong Delta : Place and Mobility in the

Cosmopolitan Periphery, Singapire: Asian studies Association of Australia in assiciation with

Nus Press and NIAS Press

Ysa Osman, 2002, Oukoubah: Justice for the Cham Muslims Under the Democratic

Kampuchea Regime, Documentation Series No. 2, Documentation Centre of Cambodia,

Phnom Phen.