Sistem Lampu
-
Upload
sharizal-sanik -
Category
Documents
-
view
1.324 -
download
18
description
Transcript of Sistem Lampu
Teknologi AutomotifSistem Lampu
FUNGSI :
- Dua fungsi utama mengapa sistem lampu dipasang pada sesebuah kenderaan iaitu :-
1. Agar kenderaan kelihatan di waktu malam
2. Untuk menerangi jalan yang dilaluinya
- Bagi tujuan di atas, terdapat beberapa jenis sistem lampu yang dipasang pada sesebuah
kenderaan iaitu :-
1. Lampu utama – Terdapat dua pancaran yang dikeluarkan oleh lampu utama
Lampu rendah – Bertujuan untuk mengelakkan pemandu kenderaan yang
bertentangan mendapat silau.
Lampu tinggi – Bertujuan untuk membolehkan pemandu melihat jauh ke
hadapan dan menggunakan ianya sebagai isyarat semasa ingin memotong
kenderaan yang lain.
2. Lampu belakang
– Ianya digabungkan dengan lampu berhenti .
3. Lampu plat belakang
– Untuk menerangi bahagian nombor plat belakang.
4. Lampu Isyarat
– Ianya juga berfungsi sebagai lampu kecemasan. Lampu isyarat bertujuan untuk
memberi isyarat kepada pemandu yang lain sebelum membelok ke kiri atau ke kanan
Ianya dalam keadaan berkelip semasa dikendalikan. Selain itu ianya juga sebagai
lampu kecemasan yang berfungsi semasa kenderaan diberhentikan di tepi jalan
dalam keadaan kecemasan atau menunjukkan kenderaan tersebut rosak.
5. Lampu panel meter dan lampu siling kenderaan
– Lampu pada kotak panel meter bertujuan untuk menerangi bahagian kotak panel pada
‘dashboard’ pada waktu lampu utama di onkan. Manakala lampu siling berfungsi untuk
menerangi bahagian dalam kenderaan apabila diperlukan.
- Sistem lampu dibekalkan dengan arus dari bateri atau janakuasa (alternator). Pada
asasnya sistem lampu terdiri daripada suis, fius atau pemutus litar, litar pendawaian
dan mentol lampu.
- Lampu berhenti serta lampu bumbung tidak dikawal oleh suis lampu utama kerana
ianya mempunyai suis tersendiri.
Mohd Sharizal Bin SanikSekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar
Teknologi AutomotifSistem Lampu
JENIS-JENIS LITAR LAMPU
-Terdapat empat jenis litar yang dipasang pada sesebuah kenderaan iaitu :-
1. Litar lampu utama
2. Litar lampu berhenti
3. Litar lampu isyarat / kecemasan
A. LITAR LAMPU UTAMA
- Pada litar lampu utama, ianya terdiri daripada
Lampu rendah
Lampu tinggi
Lampu kecil/senja
Lampu belakang
Mohd Sharizal Bin SanikSekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar
Teknologi AutomotifSistem Lampu
B. LAMPU BERHENTI Dan LAMPU BUMBUNG
- Lampu berhenti berfungsi apabila pedal brek ditekan. Suis lampu berhenti di pasang
pada bahagian belakang pedal brek.
Litar pendawaian lampu berhenti dan lampu bumbung
C. LITAR LAMPU ISYARAT ARAH / KECEMASAN
- Lampu isyarat bertujuan untuk membolehkan pemadu memberi isyarat pada
pemandu lain sebelum membelok sama ada ke kiri atau ke kanan. Ianya juga
digunakan semasa ingin memotong sesebuah kenderaan yang lain.
- Selain itu sistem lampu isyarat juga boleh digunakan sebagai litar lampu kecemasan
yang mana berfungsi semasa pemandu memberhentikan kenderaan di tepi jalan atau
untuk menunjukkan bahawa kenderaan tersebut dalam keadaan rosak.
- Komponen litar pendawaian bagi sistem ini ialah bateri, fius, suis isyarat/arah, unit
pengelip, lampu pandu, pendawaian dan mentol.
Mohd Sharizal Bin SanikSekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar
Lampu penunjuk
Teknologi AutomotifSistem Lampu
Litar lampu isyarat / kecemasan
Mohd Sharizal Bin SanikSekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar
1 Bateri2 Fius3 Unit pengelip lampu isyarat4 Unit pengelip lampu kecemasan5 Suis lampu isyarat6 Suis lampu kecemasan7 Lampu isyarat8 lampu pandu