Sistem Maklumat Boleh Digunakan Untuk Mengesan Paras Stok Makanan

download Sistem Maklumat Boleh Digunakan Untuk Mengesan Paras Stok Makanan

of 20

description

paras stok makanan

Transcript of Sistem Maklumat Boleh Digunakan Untuk Mengesan Paras Stok Makanan

PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT

PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT2012

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSANCBMS 4303

PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT

Nama: SHAHRUL ADZHA BIN SALLEHNo Matric : RF161055001No KP : RF161055No Telefon : 019-7516948Alamat Email : [email protected] Pembelajaran : PUSAT PEMBELAJARAN GREENHILL, PERAKSEMESTER SEPTEMBER 2012

BAGAIMANA SISTEM MAKLUMAT BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGESAN PARAS STOK MAKANAN DI RESTORAN THUMBIN HOUSESistem maklumat yang boleh digunakan untuk mengesan paras stok di restoran ini dengan menggunakan sistem dii atas talian yang dibangunkan mengikut tempahan untuk pelanggan sepertil produk Streamyx dan produk jalur lebar atau yang lain yang dapat merentasi di seluruh Malaysia .Sistem dalam talian adalah satu pakej perisian bersepadu yang digunakan dalam operasi-operasi di gudang, dan di tempat lain, untuk memantau kuantiti, lokasi dan status inventori serta penghantaran, penerimaan, secara dalam talian. Sistem-sistem inventori mengendalikan maklumat berkenaan aktiviti yang memastikan penghantaran produkkepada pelanggan.Subsistem yang menjalankan fungsi-fungsi ini termasuk:1. Jualan2. Pembuatan3. Penggudangan4. Pesanan5. dan penerimaanDalam era pembangunan perniagaan kompetitif dan pesat ini, sistem inventori memainkan peranan yang penting dalam membawa kejayaan dan kegagalan dalam suatu perniagaan. Satu sistem pengurusan inventori yang baik dan mesra pengguna dapat membantu restoran ini untuk mengelolakan maklumat inventori mereka dan menyimpan maklumat dengan mudah dan selamat.

Di dalam Sistem Inventori dalam talian, maklumat di bawah dapat direkodkan dan diselenggara secara dalam talian:-1. Pengiraan dan pengawasan bagi barang-barang di dalam inventori2. Pembelian barang-barang3. Penghantaran atau pemprosesan pesanan4. Pengeluaran inventori barang-barang ke satu tempat yang tertentu5. Pengeluaran invois6. Rekod barang-barang yang dikembalikan7. Pelarasan barang-barang di dalam inventori8. Maklumat pelanggan9. Maklumat pembekal10. Mendapatkan laporanPengiraan dan pengawasan bagi barang-barang di dalam inventori

Jenis dan jumlah barang-barang di dalam inventori boleh dilihat dengan mudah. Pengguna dapat mengetahui jenis-jenis barang yang terdapat di dalam inventori di dalam gudang atau sebuah syarikat dan juga kuantitinya. Melalui ini, barang-barang itu dapat dipantau sama ada terdapat mana-mana item yang perlu dibeli atau perlu dihantarkan. Oleh itu, stok barang-barang tidak akan kehabisan kerana setiap barang dapat dipantau dengan mudah dan tepat.Pembelian Item

Proses ini dilakukan apabila bilangan item atau paras stok adalah rendah ataupun sesuatu item diperlukan. Maklumat item-item yang telah dibeli boleh disimpan di dalam sistem dengan maklumat pembekal sekali. Ia adalah bagi memastikan yang orang bertanggungjawab menguruskan inventori dapat mengesan item-item yang dibeli tersebut dan data item tersebut.

Penghantaran / Proses order

Satu order mempunyai jenis item, kuantiti, destinasi dan jenis pengangkutan diperlukan untuk menghantar sesuatu item. Penyelia inventori akan memproses order-order tersebut dan menyediakan barang-barang itu sebelum dihantar. Adalah penting bagi sesebuah gudang atau syarikat untuk mengenal pasti status setiap order yang dibuat oleh pelanggan sama ada sudah dihantar, dalam proses atau dibatalkan.

Pemindahan Item dalam Inventori dan Invois

Modul ini adalah untuk memantau lokasi sesuatu item beserta maklumat lengkapnya. Invois juga akan diisu kepada pelanggan. Maklumat lengkap invois atau laporan invois disimpan di dalam sistem dan boleh dicapai apabila diperlukan.

Pelarasan Item di dalam InventoriPelarasan Item di dalam Inventori dibuat berdasarkan keluar dan masuk item. Dengan itu, kiraan item dapat dilakukan dengan mudah dan mengurangkan kesalahan manusia.

Laporan

Pengguna dapat mencapai laporan-laporan berdasarkan item di dalam inventori apabila diperlukan sebagai contoh laporan ringkasan bulanan, laporan pembelian, laporan item yang dikembalikan dan laporan transaksi stok.

Antaramuka

Antaramuka adalah mesra pengguna dan memerlukan latihan yang minima untuk menggunakan sistem ini.Keselamatan

Maklumat di dalam sistem ini boleh dihadkan dengan setiap pengguna mempunyai idpengguna dan katalaluan masing-masing. Had untuk setiap pengguna mengakses sistem ini boleh disetkan melalui Had Pengguna.

Kebolehcapaian

Pengguna boleh mencapai sistem ini dengan mudah selagi mempunyai sambungan internet dan tidak perlu berada di inventori untuk melakukan pemantauan.SISTEM MAKLUMAT BOLEH DIGUNAKAN DALAM MENYOKONG PEMESANAN DI ATAS TALIAN UNTUK SERVIS PERHANTARAN MAKANANRestoran ini boleh menggunakan sistem maklumat dalam pemesanan seperti di atas talian. Ianya dapat dilakukan secara langsung di dalam restoran maupun secara tidak langsung di lokasi tempat pelanggan berada. Pencatatan pesanan pelanggan secara langsung di lokasi restoran dapat dilakukan dengan menggunakan komputer. Proses pemesanan pula secara tidak langsung di luar lokasi restoran dapat dilakukan dengan memanfaatkan perhubungan telefon yang membolhkan pelanggan untuk menyebutkan pesanan mereka secara manual.Cara memesan makanan dengan menggunakan perhubungan telepon adalah cara yang umum dapat diterapkan untuk menangani pesanan pelanggan yang berada di luar lokasi restoran. Akan tetapi, kadangkala masalah yang sering dihadapi adalah proses pemesanan yang memakan waktu apabila pelanggan harus menyebutkan pesanan satu per satu, kos percakapan menggunakan perhubungan telefon yang semakin meningkat menerusi komunikasi melalui telefon, dan kadang-kala terdapat gangguan signal dalam penyediaan layanan komunikasi atau cara bicara yang kurang difahami. Seiring dengan perkembangan teknologi saat ini, proses pemesanan makanan di luar lokasi restoran tidak hanya dapat dilakukan melalui panggilan telefon saja, juga dapat menggunakan teknologi lain. Beberapa kaedah lain seperti menggunakan teknologi Short Message Service (SMS) dan Wireless Application Protocol (WAP). Melihat kekurangan dari beberapa perkara, maka boleh juda menggunakan cara lain dalam mengatasi permasalahan pemesanan makanan. Dengan memanfaatkan teknologi Java 2nd Micro Edtion (J2ME), maka aplikasi pemesanan makanan dapat dipasang di telefon bimbit pelanggan. Pelanggan dapat membuka aplikasi ini dari telefon bimbit untuk melihat menu makanan serta melakukan pemesanan. Aplikasi ini tidak secara langsung terhubung dengan internet. Semua data makanan akan disimpan pada memory telefon bimbit. Aplikasi akan terhubung dengan internet jika pelanggan ingin memperbarui menu makanan atau ketika melakukan pemesanan makanan.J2ME (Java 2nd Micro Edition) J2ME merupakan sebuah kombinasi yang terbentuk antara sekumpulan interface Java yang sering disebut dengan Java API (Application Interface Protocol) dengan JVM (Java Virtual Machine) yang dicipta khusus untuk ruang yang terbatas. Kombinasi tersebut kemudian digunakan untuk melakukan pembuatan aplikasi-aplikasi yang dapat berjalan diatas mobile device. (Raharjo, 2010:3)

RMS (Record Management System) Salah satu fitur utama dari MIDP adalah RMS (Record Management System) iaitu sebuah API yang memberikan kemampuan untuk meyimpan data di dalam perangkat seluler. Hampir semua perangkat MIDP saat ini hanya mendukung RMS sebagai satu-satunya media penyimpanan data. Oleh karena itu RMS sangat penting difahami untuk mengembangkan aplikasi pada perangkat seluler. (Johanes, 2010:45). Dengan menggunakan RMS, pengguna dapat menyimpan data-data seperti data pesanan, data pelanggan, dll pada perangkat seluler seperti menyimpan data menggunakan basis data konvensional.

PHP Menurut dokumen resmi PHP, PHP merupakan singkatan dari PHP Hypertext Preprocessor. PHP merupakan bahasa berbentuk skrip yang ditempatkan di dalam server dan diproses di server. Secara khusus, PHP dirancang untuk membentuk aplikasi web dinamis. Artinya, PHP dapat membentuk suatu tampilan berdasarkan permintaan terkini. Misalnya, pengguna dapat menampilkan isi suatu database pada halaman web. Pada prinsipnya PHP mempunyai fungsi yang sama dengan skrip-skrip seperti ASP (Active Server Page), Cold Fusion, ataupun Perl. Namun perlu diketahui bahwa PHP sebenarnya dapat dipakai secara command line, artinya skrip PHP dapat dijalankan tanpa melibatkan web server maupun web browser. (Kadir, 2008:2)

UML (Unified Modelling Language) UML (Unified Modelling Language) merupakan keluarga notasi grafis yang didukung oleh meta-model tunggal, yang membantu pendeskripsian dan desain sistem perangkat lunak, khususnya sistem yang dibangun menggunakan pemrograman berorientasi obyek. UML merupakan standar yang relatif terbuka yang dikontrol oleh OMG (Object Management Group), sebuah konsursium terbuka yang terdiri dari banyak perusahaan. OMG dibentuk untuk membuat standar-standar yang mendukung interoperabilitas, khususnya interoperabilitas sistem berorientasi obyek. OMG mungkin lebih dikenal dengan standar-standar CORBA (Common Object Request Broker Architecture). (Fowler, 2004)

Terdapat dua buah aplikasi yang boleh digunakan iaitu mobile application untuk pelanggan restoran, dan web application untuk pihak restoran. Pada web application, terdapat tiga fungsi utama iaitu fungsi pemeliharaan data-data master, pemeliharaan data-data transaksi, dan menampilkan laporan. Web application dapat terhubung dengan web server melalui jaringan internet. Mobile application dapat terhubung dengan web server melalui jaringan internet (GPRS, EDGE, 3G, HSDPA, maupun EVDO). Aplikasi tidak serta merta terpasang pada telefon bimbit pelanggan, pelanggan harus terlebih dahulu melakukan proses memuat turun (download) aplikasi pada link atau pautan yang telah ditentukan sebelumnya. Daftar menu makanan tidak ditampilkan pada saat aplikasi dijalankan untuk pertama kalinya, pelanggan harus memilih refresh menu makanan terlebih dahulu. Setelah aplikasi menjalankan proses refresh, datamenu makanan yang didapatkan dari web server akan disimpan pada local resource atau pada pemprograman java dikenal dengan istilah RecordStore.

DIAGRAM

Nama Use CaseDeskripsi

Register CustomerProses ini digunakan untuk menyimpan data pelanggan baru. Pelanggan baru, yang ingin memesan makanan harus terlebih dahulu melakukan proses registrasi terlebih dahulu.

View Order HistoryProses ini digunakan untuk menampilkan riwayat pesanan yang dilakukan oleh pelanggan. Untuk membuka riwayat pesanan, pelanggan harus terlebih dahulu melakukan login.

View Detail Order HistoryProses ini digunakan untuk menampilkan rincian dari riwayat pesanan.

Confirm OrderProses ini digunakan untuk menyetujui pesanan, dan daftar pesanan akan dikirimkan ke web server melalui jaringan internet. Sebelum mengirimkan data kepada web server, pelanggan diminta untuk melakukan proses login terlebih dahulu.

Login ApplicationProses yang dijalankan ketika pelanggan melakukan pemesanan online, melihat riwayat pesanan, dan mengubah informasi kontak.

Change ContactProses ini digunakan untuk mengubah informasi kontak pelanggan seperti data alamat, kota, dan no telepon.

Dengan adanya sistem maklumat syarikat-syarikat kecil dan syarikat-syarikat besar boleh menggunakan sistem tersebut dan menjalankan perniagaan secara elektronik agar perniagaan mereka menjadi lebih cekap dan mampu berdaya saing dengan syarikat antarabangsa. Dengan adanya sistem maklumat boleh membantu perniagaan memperluaskan produknya. Dengan menggunakan sistem ini amat ia dapat memudahkan proses penyimpanan data iaitu segala data yang berkaitan dengan perniagaan. Dengan sistem ini ia mempercepatkan proses pengumpulan data. Dengan cara ini amat mudah mencari dan memperolehi data-data yang diperlukan. Masa untuk mencari data juga menjadi lebih singkat dan ini menyebabkan kerja penyimpanan dan penggunaan data lebih efisen dan lebih teratur.Kini teknologi dunia semakin meningkat, hanya menggunakan hujung jari sahaja, apa yang dikehendaki mudah didapati, tidak ketinggalan juga sistem maklumat yang mengumpulkan pelbagai maklumat tentang organisasi. Antara maklumat yang disimpan contohnya data peribadi pekerja, jadual gaji pekerja. Segala permohonan hanya dibuat melalui sistem. Kesalahan dalam membuat dan menyimpan maklumat dapat diminimumkan. Proses menjadikan maklumat mentah kepada maklumat yang boleh digunakan menjadi lebih mudah. Ia akan memercepatkan urusan kerja. Seterusnya dapat meningkatkan prestasi syarikat tersebut. Pekerja dapat melakukan kerja dengan lebih efisyen dan teratur.PERANCANGAN STRATEGIK, PERANCANGAN TAKTIKAL DAN PERANCANGAN OPERASIRancangan yang merupakan satu garis panduan kepada sebarang tindakan yang perlu dilaksanakan. Ianya merupakan hala tuju umum organisasi. Ia dibentuk dengan mengambil kira keupayaan organisasi, persekitaran dimana organisasi beroperasi dan juga matlamat organisasi. Rancangan taktikal pula dibentuk oleh pengurus pertengahan. Ia Melibatkan jangka waktu sederhana dan pengagihan sumber pada jabatan atau cawangan. Rancangan taktikal perlu mendokong rancangan strategik yang telah ditetapkan. Rancangan operasi-Rancangan yang lebih sempit dan khusus untuk satu-satu unit kerja atau individu. Ianya menggariskan dengan lebih khusus peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh pihak-pihak yang berkaitan.Lazimnya dibentuk oleh pengurus bawahan seperti penyelia.

FUNGSI DAN TANGGUNG JAWAB

Thumbin House Restaurant perlu menyusun fungsi dan tanggungjawab bagi melincinkan lagi pengurusan perkhidmatan pengusaha.

Pengurus Besar

Pengurus Besar (pemilik) merancang dan menyediakan kertas projek , menyusun pentadbiran organisasi, menjadi pemimpin dan mengawalselia atau membuat pemantauan perjalanan organisasi dan akhir sekali membuat pentaksiran serta penilaian ke atas syarikat.

Pengurus Pentadbiran & Kewangan Pengurus Pentadbiran & Kewangan bertanggung jawab dalam segala aspek pengurusan dan pentadbiran perniagaan agar berjalan lancar mengikut jadual yang dirancang. Ia juga merancang peruntukan perbelanjaan perniagaan dan memastikan pekerja pekerja membuat kerja mengikut standard (SOP ) untuk mempastikan mutu bahan memuaskan. Di samping itu kebajikan pekerja agar mengujudkan persekitaran yang sihat dan meningkatkan prestasi kerja dikalangan pekerja. Pengurus Kewangan bertanggung jawab dalam segala aspek kewangan seperti melibatkan pembelian bekalan dan kawalan stok operasi, menyediakan bajet dan keperluan kewangan dan kenal pasti sumber kewangan serta mengawal kewangan perniagaan menganalisa dan melaporkan prestasi kewangan.

Pengurus Pemasaran.

Pengurus Pemasaran ini hendaklah mempastikan setiap pelanggan berpuas hati, bertanggung jawab dan berusaha mencari pelanggan untuk menjalankan perniagaan secara rangkainiaga.

Pengurus Pengeluaran

Pengurus pengeluaran akan mengawal bahan pengeluaran suapaya mencapai mutu yang dikehehndaki saperti yang telah ditetapkan.Merancang dan membuat penyelidikan tentang bahan yang disediakan supaya tahan untuk dihantar kepada pelanggan. Mempastikan alat-alat dan mesin sentiasa baik supaya tidak mennganggu pengeluaran.

Pekerja Am

Pekerja Am hendaklah menjalankan tugas tugas sebagaimana yang telah ditentukan membasuh, menyediakan bahan-bahan untuk memasak, mencuci, membungkus mengikut peraturan dan permintaan pelanggan , ia juga bertanggung jawab mempastikan kebersihan dan keselamatan premis. Menerima arahan dari Pengurus pengeluaran dari semasa ke semasa.

Perancangan strategic, perancangan taktikal dan perancangan operasi yang boleh dilakukan oleh Restoran Thumbin House seperti ini:-PERANCANGAN STRATEGIKPERANCANGAN TAKTIKALPERANCANGAN OPERASI

1.Pelaksanaan peranan oleh pengurus atasan

1.1 Pengurus pertengahan membincang dan merancang program dan aktiviti 1.1.1 Pengurus bawahan merancang pelaksanaan sukatan Rancangan Pekerjaan bagi setiap tugas dan rancangan harian pekerja.

1.2 Pengurus Pertengahan menentukan sasaran

1.2.1.Mengenalpasti pencapaianpekerja bagi menetapkansasaran pencapaian kerja

1.2.2 .menyediakan maklumatyang lengkap tentang pencapaian pekerja secara individu.

1.2.3. Prestasi pekerja ditentukan.

1.2.4. Sasaran individu pekerja dipamerkan untuk memotivasikan pekerja.

2. Mengenalpasti masalah pekerja2.1 Membimbing pekerja mengikut analisis tahap pencapaian.Kenal pasti sama ada pekerja memerlukan pengayaan, pengukuhan atau pemulihan.2.1.1Pekerja cemerlangdiberikan pengukuhan dan bimbingan secara berterusan.

2.1.2 Mewujudkan sesi latihan yang menyeronokkan dan efktif supaya pekerja dapat menaruh minat terhadap mata pekerjaan dilakukan.

2.1.3 Mendapatkan soalan dari pelbagai sumber (internet, organisasi lain) untuk latihan.

2.2. Motivasi

2.2.1 Dorongan kepada pekerja dalam latihan teknologi seperti penggunaan komputer.

2.2.2 Pujian kepada pekerja yang cemerlang dalam pekerjaan.

2.2.3 Memberi insentif kapada pekerja yang cemerlang.

3.mewujudkan tempat kerja yang efektif dan kondusif3.1 ruang kerja di restoran3.1.1 memanfaatkan sudut restoran

3.1.2 Melatih pekerja melakukan tugas dalam masa yang ditetapkan.

4. meningkatkan jumlah penetapan minimum4.1mengenalpasti kumpulan-kumpulan pekerja kurang cemerlang4.1.1 Latih, pengukuhan dan pengayaan.

4.1.2 memilih bahan yang bersesuaian dan kaedah yang lebih efektif

4.1.3 galakkan pekerja cemerlang membantu pekerja kurang cemerlang

PERANCANGAN STRATEGIK1.Pelaksanaan peranan oleh pengurus atasanPengurus atasan bertangjawab dalam membuat perancangan jangka panjang. Pengurus akan merancang dan menyediakan kertas projek , menyusun pentadbiran organisasi, menjadi pemimpin dan mengawalselia atau membuat pemantauan perjalanan organisasi dan akhir sekali membuat pentaksiran serta penilaian ke atas syarikat.2.Mengenalpasti masalah pekerjaPengurus atasan bertanggungjawab dalam mengenal pasti pekerja-pekerja yang bermasalah juga pekerja yang cemerlang. Pengurus boleh menggunakan pelbagai kaedah bagi menangani pekerja yang bermasalah seperti memberikan motivasi, latihan bagi peningkatan produktiviti pekerja yang bermasalah itu. 3.Mewujudkan tempat kerja yang efektif dan kondusifPengurus atasan perlu menyediakan tempat kerja yang sesuai dan selamat bagi keselesaan dan keselamatan para pekerja. Pengurus ini juga bertanggungjawab dalam memberikan latihan kepada para pekerja seperti penggunaan komputer, layanan pelanggan dengan betul dan sebagainya. Peralatan, mesin atau kemudahan lain juga perlu disediakan oleh pengurus ini. 4. Meningkatkan jumlah penetapan minimumPengurus atasan juga bertanggungjawab dalam menetapkan piawaian bagi para pekerja untuk suatu markah yang relevan yang dikehendaki para pekerja melepasi markah itu seperti penilaian prestasi pekerja. Dengan menggunakan kaedah ini, para pekerja boleh dinilai dan dapat mengetahui kekuatan serta kelemahan kerja dilakukan oleh pekerja. Kaedah ini juga membolehkan perkerja memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi kerja masing-masing.PERANCANGAN TAKTIKAL1.Pengurus pertengahan membincang dan merancang program dan aktivitiPengurus pertengahan akan membincang dan merancang program dan aktiviti bersama pihak atasan bagi merangka program serta aktiviti yang sesuai seperti apa yang perlu dimasukkan dalam program tersebut, siapa yang perlu mengendalikan, bagaimanana program tersebut dijalankan dan sebagainya.2.Membimbing pekerja mengikut analisis tahap pencapaian.Setelah sistem penilaian prestasi dilakukan dan mengetahui tahap pencapaian pekerja, seterusnya pengurus pertengahan akan mengenal pasti sama ada pekerja tersebut memerlukan pengayaan, pengukuhan atau pemulihan.3.Menentukan sasaranSetelah perbincangan bersama pihak atasan dalam sasaran yang diperlukan bagi seseorang pekerja, pihak pengurus pertengahan bertanggungjawab dalam menerangkan sasaran itu kepada para pekerja bagi kefahaman para pekerja serta keperluan prestasi yang diinginkan oleh organisasi ini. 4.MotivasiPengurus bertanggung jawab dalam memberi motivasi kepada para pekerja terhadap masalah yang dihadapi, dalam penugasan atau luar penugasan. Pengurus ini juga bertanggungjawab memberi motivasi untuk menaikkan semangat serta produktiviti bagi peningkatan kerja yang dilakukan pekerja. Selain iti motivasi dapat memberikan kurangnya tekanan yang dihadapi oleh pekerja itu.5.Ruang Kerja Di RestoranPengurus pertengahan perlu mencipta ruang kerja yang selesa, selamat dan sihat bagi para pekerja. Dengan tercipta ruang kerja yang selesa dan sihat, pekerja akan lebih bersemangat untuk melakukan tugas yang diberi juga memberi keyakinan kepada pelanggan untuk datang apabila melihat persekitaran yang selesa dan sihat kepada pelanggan. 6.Mengenalpasti kumpulan-kumpulan pekerja kurang cemerlang.Pengurus ini bertanggungjawab dalam mengenal pasti kumpulan pekerja yang kurang cemerlang serta membincangkan bersama dengan pengurus atasan bagaimana menangani kumpulan berkenaan bagi meningkatkan produktiviti kerja mereka. Sebagai contoh, pekerja yang tidak cekap dalam pengendalian komputer, pihak pengusan boleh menyediakan latihan dalam pengendalian komputer tersebut.

PERANCANGAN OPERASI

1.Rancangan tugas harian pekerja.Kebiasaannya pengurus bawahan adalah yang paling hampir dengan pekerja-pekerja. Pengurus bawahan akan mengawal serta menyelia tugas yang dilakukan harian oleh pekerja. Selain itu juga pungurus bawahan akan membuat rancangan tugasan harian para pekerja-pekerja.2.Sasaran pencapaian kerja.

Dalam sasaran pencapaian kerja, pengurus bertanggungjawab dalam menetapkansasaran pencapaian kerja kepada pekerja, menyediakan maklumatyang lengkap tentang pencapaian pekerja secara individu, menentukan prestasi pekerja dan mempamerkan Sasaran individu pekerja untuk memotivasikan pekerja3.MotivasiPengurus bawahan bertindak sebagai pendorong kepada pekerja dalam latihan teknologi seperti penggunaan komputer, Selain itu juga pengurus ini akan memberikan pujian kepada pekerja dalam pekerjaan yang dilakukan serta memberitahu pihak atasan tentang pekerja yang cemerlang untuk menerima insentif.4.RuangTempat kerja

Pengurus bertangjawab dalam memanfaatkan sudut restoran iaitu susun atur peralatan dengan betul, kebersihan tempat kerja, ruangan kerja yang selesa dan sebagainya. Selain itu juga, pengurus bawahan akan melatih pekerja untuk melakukan tugas dalam masa yang ditetapkan. Pengurus juga akan memastikan pekerja-pekerja diberikan latihan seperti latihan penggunaan komputer, cara berkomunikasi dengan pelanggan dan sebagainya.

5.Pekerja yang kurang cemerlangPengurus bawahan akan mengenalpasti kumpulan pekerja yang kurang cemerlang dan berbincang kepada pengurus pertengahan samaada pekerja tersebut perlu diberikan latihann, pengukuhan atau pengayaan untuk peningkatan prestasi pekerja itu. Pengurus boleh memilih bahan yang sesuai juga kaedah yang efektif untuk pelaksanaan itu. Selain itu juga, pengurus boleh menggalakkan pekerja yang cemerlang untuk membantu pekerja yang kurang cemerlang.

18