sistem operasi OUM assig

25
1.0 Kepelbagaian sistem pengoperasian di pasaran Sistem pengoperasian terdapat pada setiap sistem komputer sama ada kecil atau besar. Ia merupakan satu atur cara komputer yang paling kompleks dan amat penting untuk komputer kerana fungsinya adalah untuk membuat memantauan dan mengawal semua aktiviti pemprosessan dalam komputer. Pada hari ini terdapat pelbagai jenis sistem pengoperasian di pasaran. Kepelbagaian ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor tersebut ialah: 1.1 Kos Antara faktor lain wujudnya kepelbagaian sistem pengoperasian di pasaran adalah kos atau harga. Sistem pengoperasian seperti Microsoft Windows merupakan sistem pengoperasian berbentuk komersial yang mana untuk mendapatkannya, pengguna perlu membayar kos lesen. Sudah tentu ini akan membebankan pengguna. Oleh kerana ini wujud di pasaran sekarang system pengoperasian percuma. Melalui sistem pengoperasian percuma ini, pengguna boleh mendapatkannya pada bila-bila masa sahaja secara online. Antara contoh sistem pengoperasian secara percuma ini ialah LINUX. Disebabkan ia "percuma", Linux kini telah mula mendapat tempat di sebahagian syarikat yang dulunya menggunakan Windows. 1

Transcript of sistem operasi OUM assig

Page 1: sistem operasi OUM assig

1.0 Kepelbagaian sistem pengoperasian di pasaran

Sistem pengoperasian terdapat pada setiap sistem komputer sama ada kecil

atau besar. Ia merupakan satu atur cara komputer yang paling kompleks dan

amat penting untuk komputer kerana fungsinya adalah untuk membuat

memantauan dan mengawal semua aktiviti pemprosessan dalam komputer.

Pada hari ini terdapat pelbagai jenis sistem pengoperasian di pasaran.

Kepelbagaian ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor tersebut

ialah:

1.1 Kos

Antara faktor lain wujudnya kepelbagaian sistem pengoperasian di

pasaran adalah kos atau harga. Sistem pengoperasian seperti Microsoft

Windows merupakan sistem pengoperasian berbentuk komersial yang

mana untuk mendapatkannya, pengguna perlu membayar kos lesen.

Sudah tentu ini akan membebankan pengguna. Oleh kerana ini wujud di

pasaran sekarang system pengoperasian percuma. Melalui sistem

pengoperasian percuma ini, pengguna boleh mendapatkannya pada

bila-bila masa sahaja secara online. Antara contoh sistem

pengoperasian secara percuma ini ialah LINUX. Disebabkan ia

"percuma", Linux kini telah mula mendapat tempat di sebahagian

syarikat yang dulunya menggunakan Windows.

1.2Kepelbagaian Penggunaan

Setiap sistem pengoperasian yang terdapat di pasaran mempunyai

penggunaan yang berbeza. Fungsi sistem pengoperasian secara umum

adalah sama, namun jika diperincikan, setiap daripadanya ada

perbezaan sama ada ketara atau tidak. Perbezaan ini menyebabkan ia

1

Page 2: sistem operasi OUM assig

mempunyai pengguna yang berbeza. Sistem pengendalian yang lazim

digunakan kini ialah Microsoft Windows, Mac OS dan Linux. Microsoft

Windows mempunyai majoriti besar bahagian pasaran dalam pasaran

komputer atas meja dan komputer riba, manakala pelayan web biasanya

menggunakan Linux atau sistem ala UNIX lain. UNIX juga banyak

digunakan di institusi akademik.

1.3 Keselamatan

Keselamatan adalah antara aspek penting yang diambil kira oleh

pengguna apabila membuat keputusan untuk memilih sistem

pengoperasian yang diingini oleh mereka. Sistem pengoperasian

tertutup seperti Microsoft yang menguasai pasaran sebelum ini sudah

mempunyai banyak pesaing lain yang menggunakan sistem

pengoperasian terbuka. Telah terbukti sejak digunakan, Microsoft sering

kali diserang oleh virus, spyware dan kerap juga berlaku pencerobohan

firewall. Oleh kerana sistemnya tertutup, apabila berlaku serangan ia

mengambil masa oleh syarikat tersebut untuk menyelesaikannya. Ini

berbeza dengan sistem terbuka yang mempunyai kod sumber yang

boleh diubahsuai oleh sesiapa saja. Oleh kerana ciri ini, pengguna boleh

mengubahsuai sistem pengoperasian dengan ciri-ciri keselamatan yang

diingini oleh mereka.

1.4 Kestabilan

Selain daripada perkara-perkara di atas, kestabilan sistem

pengoperasian turut menjadi tumpuan pengguna. Pengguna Microsoft

sebelum ini seringkali mengalami kebocoran ingatan sehingga

pengurus-pengurus sistem mencadangkan agar rebooting di buat secara

mingguan. Pengalaman sebegini akan menyebabkan pengguna mencari

2

Page 3: sistem operasi OUM assig

sistem pengoperasian yang lebih stabil berbanding yang sedia ada.

Berbanding dengan sistem pengoperasian tertutup, sistem

pengoperasian terbuka seperti LINUX atau UNIX, jarang kedengaran

berlakunya rebooting dan crash.

1.5 Kepesatan pembangunan kejuruteraan sistem perisian

Perkembangan kemajuan teknologi telah mendorong kos perkakasan

telah turun dengan mendadak secara malar. Contohnya harga per bit

memori berkurang sehingga 50 kali ganda dalam dua dekad lepas.

Begitu juga dengan harga pemproses. Setiap tahun pasti ada

pemproses baru yang diperkenalkan. Ekoran dari ini permintaan

terhadap produk perisian juga semakin meningkat meskipun harga

perisian ini semakin meningkat. Peningkatan harga perisian ini kerana

pembangunan perisian lebih kepada berintensifkan buruh. Namun begitu

peningkatankan harga ini perlu dikawal dengan memastikan proses

kejuruteraan dipatuhi dalam pembangunan sesuatu produk perisian. Ini

adalah kerana ekonomi semua negara membangun bergantung kepada

perisian dan semakin banyak sistem dalam organisasi dikawal oleh

perisian. Oleh itu konsep kejuruteraan perisian telah diperkenalkan

kepada teori-teori, kaedah-kaedah dan peralatan untuk pembangunan

produk perisian secara profesional. Kepelbagaian perisian ini

mempelbagaikan sistem pengoperasian di pasaran.

3

Page 4: sistem operasi OUM assig

2.0 Perbandingan sistem pengoperasian Microsoft Windows XP dan sistem

pengoperasian UNIX atau Linux dari segi struktur fail, pengurusan

ingatan, dan keselamatan.

2.1Struktur fail

2.1.1 Persamaan

Microsoft Windows XP dan LINUX mempunyai struktur fail yang

hampir sama iaitu bagaimana cara fail dan direktori disusun dan

disimpan di dalam cakera keras. Kedua-dua sistem pengoperasian

ini menggunakan struktur fail pokok dan hiraiki. Direktori boleh

mengandungi berapa banyak fail dan juga boleh mengandungi

direktori lain

2.1.2 Perbezaan

Dalam struktur fail UNIX, direktori di susun secara hiraiki seperti

pokok yang terbalik. Direktori yang paling atas dikenali sebagai

akar yang ditulis sebagai (\). Ia mengandungi banyak direktori yang

mana setiap satunya mengandungi sub direktori yang mana

mengandungi lebih banyak direktori

4

Page 5: sistem operasi OUM assig

Diagram di atas menunjukkan bahagian organisasi fail moon,iaitu

pelayan fail Jabatan. Berdasarkan diagram ini terdapat empat

direktori di bawah akar. Direktori data mempunyai beberapa

subdirektori termasuk moon dan everest. Direktori moon pula

mempunyai dua subdirektori iaitu array 1 dan array 2. Manakala

array 2 pula mengandungi 2 subdirektori, aa dan bb. Direktori aa

pula mengandungi sub direktori, satu untuk setiap pengguna yang

mempunyai akaun dalam Jabatan. Pengguna mempunyai kuasa

penuh bagaimana mereka hendak menyususn atur direktori dan

subdirektori

Pathname merupakan tatatanda yang digunakan untuk merujuk

kepada fail atau direktori tertentu serta memberitahu laluan yang

perlu dilalui. Terdapat dua jenis pathnames iaitu absolute dan

relative. Pathname absolute biasanya bermula di direktori akar

yang mengandungi slash (/). Sebagai contoh pathname untuk file

tutorial.doc adalah /data/moon/array2/aa/tbw/courses/G130

/tutorial.doc. Slash yang pertama menunjukkan permulaan direktori

dan slash yang berikutnya merupakan pembahagi. Relative

pathname pula merujuk kepada fail arau direktori yang relative

dengan direktori semasa yang digunakan. Bermula dengan lokasi

semasa, kita dapat mengesan naik turun hiraiki direktori.

Struktur fail Windows berbeza dengan LINUX dalam dua perkara.

Pertama , Windows menggunakan back slash (\) sebagai pemisah

antara direktori. Yang kedua ialah peranti storan bagi Microsoft

Windows seperti cakera keras, cakera liut, CDROM dan peranti Zip

yang mengandungi memandu surat awalan. Peranti floppy

biasanya A: , cakera keras C: . Sebagai contoh fail tutorial.doc

dalam diagaram terletak di C: laluannya seharusnya C:\data\

moon\array2\aa\tbw\courses\G130\tutorial.doc

5

Page 6: sistem operasi OUM assig

2.2 Pengurusan ingatan

Pengurusan ingatan merupakan cara menguruskan ingatan sesuatu

komputer. Dengan kata lain, ia termasuklah menyediakan laluan untuk

mengagihkan bahagian-bahagian ingatan untuk program serta

mengokosongkannya untuk diguna semula. Ingatan sesebuah

komputer terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu ingatan nyata

dan ingatan maya. Ingatan nyata menggunakan Random Acses

Memory (RAM) sebagai mediumnya.

2.2.1 Ingatan nyata(RAM)

Persamaan

Sebagai salah satu komponen penting dalam perkakasan

computer, kedua-dua sistem pengoperasian ini menggunakan

RAM dalam menguruskan ingatan dalam pengoperasian

mereka. Namun begitu, kedua-dua sistem pengoperasian ini

juga menggunakan ingatan maya sebagai tambahan kepada

ingatan nyata.

Perbezaan

Dari segi saiz ingatan yang diperlukan, Windows memerlukan

sekurang-kurang RAM bersaiz 128 MB untuk beroperasi.

Berbeza dengan LINUX, seperti yang dinyatakan dalam

LINUX.com, saiz minimum untuk mengoperasikan LINUX ialah

32 MB.

6

Page 7: sistem operasi OUM assig

2.2.2 Ingatan maya

Persamaan

Pengurusan ingatan maya bagi kedua-dua sistem

pengoperasian ini menggunakan kaedah halaman (paging ) dan

segmen. Oleh kerana alamat yang digunakan oleh program-

program pengguna komputer bukanlah alamat ingatan nyata,

maka ia boleh menggunakan ingatan yang melebihi ingatan

nyata yang sedia ada. Dengan ini, saiz program yang

digunakan boleh melebihi saiz RAM yang ada.

Perbezaan

.

Windows XP menggunakan skim pengurusan berasaskan

halaman (paging) yang bersaiz 4 KB. Dalam pengurusan

meletakkan ingatan ini, dua langkah dibuat. Pertama

menyimpan sebahagian daripada proses ruang alamat dan

langkah kedua membuat peruntukkan dengan menentukan

ruang dalam 2000 halaman fail (fail paging). Alamat maya

diterjemahkan menggunakan struktur sebahagian data.

Setiap proses mempunyai panduan halaman (page directory)

yang mengandungi kemasukkan panduan 1024 halaman yang

bersaiz 4 bytes. Setiap halaman panduan pula merujuk kepada

jadual muka surat (page table) yang mengandungi 1024 page

table entries (PTEs) bersaiz 4 bytes. Setiap PTE pula merujuk

kepada 4KB rangka halaman (page frame) dalam ingatan nyata.

Dalam LINUX, pengurusan ingatan meliputi penggunaan

ingatan, kawasan pertukaran, bahagian-bahagian kernel dan

7

Page 8: sistem operasi OUM assig

untuk cache penimbal (buffer cache). Inti merupakan komponen

pusat untuk kebanyakan sistem pengoperasian mengatur

penggunaan ingatan/memori, peranti masukan dan keluaran,

proses-proses, penggunaan fail pada sistem fail dan lain-lain

dalam sains komputer. Inti mempunyai capaian penuh dalam

ingatan sistem dan menyediakan cara-cara untuk

membenarkan pengguna dan program untuk mencapai memori

ini dengan selamat. Langkah pertama untuk mengurus ingatan

ialah pengalamatan maya, biasanya diarkibkan dengan

penghalamanan dan/atau pembahagian. Pengalamatan maya

membenarkan inti untuk memberikan alamat fizikal yang muncul

sebagai alamat yang lain iaitu alamat maya, ini membenarkan

setiap program bertindak seakan hanya ada satu program

(sebahagian daripada inti) yang berjalan, dan ini mengelakkan

gunaan daripada bertembung antara satu sama lain.

.

2.3Keselamatan

2.3.1 Persamaan

Pihak Microsoft menyatakan bahawa pihaknya mempunyai

sistem keselamatan yang terbaik untuk sistem pengoperasian

mereka. Ini kerana melalui kaedah Kitar Hayat Pembangunan

Keselamatan yang dikendalikan oleh pekerja mereka atau

mereka yang diberi lesen, pendekatan menyeluruh untuk aspek

keselamatan akan dibuat.

Sebagai sumber terbuka, sistem keselamatan LINUX boleh

dicapai oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dalam

pengatucaraan. Oleh itu, sistem keselamatan LINUX adalah

8

Page 9: sistem operasi OUM assig

lebih selamat memandangkan setiap masalah dapat

diselesaikan dengan cepat.

2.3.2 Perbezaan

Untuk sumber tertutup seperti Windows, laporan isu

keselamatan dihasilkan selepas berlakunya pencorobohan pada

sistem mereka. Di Windows, ‘secrecy’ digunakan untuk

meminimakan serangan tetapi malangnya kesan ini

mendedahkan bilangan pengguna yang ramai untuk diserang

jika masalah ini tidak diatasi. Sejarah Windows selama dua

puluh tahun menunjukkan perkara mengenai pencerobohan

perisian ini tidak dapat dirahsiakan daripada pengguna. Dari

segi binaan keselamatan, Windows hanya menapis paket

inbound dan peraturannya mestilah mudah dan terlalu mudah

untuk digunakan oleh pentadbir yang berpengalaman. Sesiapa

yang mengambil berat dan berpengetahuan mengenai

keselamatan akan membeli firewall yang lain.

Aplikasi LINUX menggalakan penemuan berkaitan isu-isu

keselamatan melalui penilaian setara walaupun isu-isu remeh

tidak mungkin dieksploitasi penyerang. Jika terdapat banyak

laporan mengenai isu keselamatan, komuniti Sumber Terbuka

akan bertindak dan kebanyakkan isu keselamatan tersebut

akan diselesaikan dan diperbaiki sebelum diserang lagi. Dari

segi binaan keselamatan, LINUX mempunyai perbezaan

dengan Windows. Salah satu yang jelas berbeza ialah dari segi

binaan dalamnya. Firewall Linux berfungsi seperti yang terdapat

pada firewall yang mahal. Peranti keselamatan LINUX ditambah

untuk membenarkan penapisan baru yang lebih kebolehan

sebagai peningkatan keperluan.

9

Page 10: sistem operasi OUM assig

3.0 Cadangan sistem pengoperasian untuk organisasi berdasarkan ciri-ciri

sistem pengoperasian terbuka.

Berdasarkan perbincangan sebelum ini, saya akan mencadangkan kepada

syarikat untuk memilih system pengoperasian terbuka. Pemilihan ini adalah

berdasarkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh sistem pengoperasian

terbuka seperti LINUX. Antara ciri-ciri yang meyakinan pemilihan saya ini

adalah seperti berikut:

3.1 Perisian sumber terbuka dan percuma

Matlamat utama sesebuah organisasi ialah untuk mendapat

keuntungan yang besar. Untuk mendapat untung yang besar, kos yang

perlu ditanggung seharusnya seminima yang mungkin. Sistem

pengoperasian terbuka tidak memerlukan sesebuah organisasi

membeli lesen berbanding system pengoperasian tertutup. Syarikat

Microsoft telah menghentikan sokongan terhadap Microsoft Windows

NT Server 4.0 mulai 31 Disember 2004. Setelah sekian lama menjadi

sistem operasi pilihan bagi menjalankan pelbagai keperluan sesebuah

organisasi, Microsoft mengambil keputusan untuk menumpukan

kepada sistem operasi mereka yang terkini. Bagi sesebuah syarikat

dan organisasi, pertukaran ke Windows Server

2003 adalah satu keputusan yang melibatkan perbelanjaan yang besar

Selain keperluan untuk membeli perkakas terkini dan sesuai dengan

sistem operasi yang dipilih, keperluan membeli lesen Windows Server

2003 perlu juga dipertimbang. Perisian Microsoft turut mengenakan

lesen untuk capaian kepada perisiannya berdasarkan jumlah

pengguna. Semakin ramai pengguna semakin tinggilah jumlah

perlesenan yang perlu dibayar. Walaupun system pengoperasian

terbuka hanya percuma daripada segi perlesenan dan penjimatan

penggunaan perkakas, kepakaran dan keperluan penyelesaian -

10

Page 11: sistem operasi OUM assig

penyelesaian sumber terbuka masih melibatkan kos. Sama ada untuk

melatih kakitangan yang sedia ada dengan pengetahuan Linux dan

sumber terbuka atau melantik jururunding luar dan pihak lain

memasang dan menyediakanya, kosnya masih dalam lingkungan

yang jauh lebih murah.

3.2 Keselamatan

Aspek keselamatan sistem pengoperasian terbuka lebih baik

berbanding sistem pengoperasian tertutup. Sistem penoperasian

LINUX sudah berada di pasaran sejak awal 90-an. Sejak itu agak

jarang kedengaran tentang ancaman-ancaman virus, spyware dan

adware terhadapa sistem pengoperasian ini. Disebabkan ialah adalah

sumber terbuka, sebarang kejadian serangan dapat diatasi dengan

cepat oleh pengguna-penguna lain atau penyelenggara. Oleh itu jika

terdapat sebarang masalah, organisasi tidak perlu menunggu untuk

diselaesaikan oleh syarikat pengeluar.

.

3.3 Kebebasan memilih

Kebebasan memilih merupakan salah satu kelebihan yang dipunyai

oleh sistem pengoperasian terbuka seperti LINUX. Dengannya,

organisasi boleh mengawal setiap aspek dalam sistem operasinya..

Hanya dengan memuat turun semua kod sumber yang membolehkan

pengaturcara membina sistem operasinya sendiri. Dengan ini,

organisasi dapat menghasilkan system operasi untuk organisasi

mereka mengikut acuan mereka sendiri.

11

Page 12: sistem operasi OUM assig

3.4Perisian

Sistem pengoperasian terbuka mempunyai begitu banyak perisian

yang boleh melaksanakan sebarang tugas yang terperinci. Sebagai

contoh, kita boleh dapatkan sehingga ribuan perisian ‘text editor’

dengan klik di Freshmeat. Di LINUX, pengguna yang selalu

menggunakannya dan pengaturcara menyumbangkan aplikasi mereka

setiap masa. Kadangkala ia merupakan satu pengubahsuaian yang

ringkas atau tambahan ciri-ciri terhadap perisian sedia ada dan

kadangkala ia merupakan satu aplikasi yang baru.Sebagai tambahan,

perisian LINUX datang dengan ciri-ciri tambahan dan penggunaan

yang lebih baik berbanding Microsoft Windows.Yang paling utama

perisiannya adalah percuma dan organisasi mempunyai pilihan untuk

membuat pengubahsuaian kod sumber dan menambah lebih banyak

ciri-ciri yang diingini jika mereka memahami bahasa

pengaturcaraannya.

3.5 Pengkongsian Fail Dan Pencetak (SAMBA)

Dalam sistem pengkomputeran sesebuah organisasi, antara yang

menjadi keperluan ialah mewujudkan suasana perkongsian

perkakas seperti pencetak dan fail-fail di

dalam rangkaian tempatan (LAN). Fail-fail boleh dikongsikan dengan

komputer yang lain tanpa perlu ia dipindahkan melalui disket atau CD

yang pastinya mengambil masa dan saiz meida yang terhad

menjadikan proses ini lebih sukar. Perkakas seperti pencetak boleh

dipasang kepada hanya sebuah komputer dan ia dikongsi dengan

berapa komputer hanya dalam rangkaian. Linux melalui perisian

SAMBA mampu menggantikan Windows NT bagi maksud keperluan di

atas. SAMBA boleh dijadikan computer pelayan (server) untuk

simpanan fail antara pengguna dan kumpulan,

12

Page 13: sistem operasi OUM assig

menjadi komputer pusat untuk pencetak, Ia boleh menyokong pelbagai

sistem operasi terutama Windows 95/98/NT malah Windows XP,

Windows 2000 dan Windows 2003. Beberapa ujian bebas yang

dijalankan, SAMBA dalam beberapa aspek adalah

lebih baik daripada segi kemampuannya dalam melayani perkongsian

fail berbanding dengan Windows NT dan ianya turut setanding dengan

Windows 2000 dan Windows 2003. SAMBA versi terkini mampu

bersaing dengan Windows 2000 dan Windows 2003 daripada segi

perkhidmatan perkongsian fail, kawalan pengguna dan keselamatan

dalam domain.

13

Page 14: sistem operasi OUM assig

4.0 Perubahan Ke atas Komponen Warna Melalui Editor Registry

Model warna RGB adalah berasaskan teori bahawa semua warna yang dapat

dilihat boleh dihasilkan menggunakan tiga warna asas iaitu merah (red), hijau

(green) dan biru (blue). Warna-warna ini dikenali sebagai warna asas kerana

apabila digabungkan ia akan menghasilkan warna putih. Apabila dua atau

tiga warna asas ini digabungkan dalam jumlah yang berbeza, warna lain akan

terhasil. Sebagai contoh, gabungan warna merah dan hijau menghasilkan

kuning. Warna yang dihasilkan melalui gabungan warna-warna ini akan

menghasilkan pelbagai warna lain bergantung pada jumlah warna yang

digunakan.

Dalam bidang pengkomputeran, model warna RGB ini sangat penting dalam

rekabentuk grafik kerana ia digunakan dalam monitor computer. Skrin pada

monitor computer menggunakan bahan tambah warna-warna untuk

memaparkan imej dan teks. Oleh itu untuk menghasilkan laman web atau

apa-apa yang melibatkan skrin, model RGB digunakan memandangkan

hasilnya dapat dilihat di skrin computer.

Dalam model RGB yang berbeza ruang warnanya ada dua biasa digubakan

iaitu sRBG dan Adobe RGB. Ruang sRGB sesuai digunakan untuk mereka

cipta laman web dab Adobe RGB pula mempunyai pilihan warna yang

banyak pula sesuai digunakan bila membuat rekaan untuk cetakan. Ia juga

sesuai digunakan untuk mengambil gambar menggunakan kamera digital

memandangkan kamera digital selalunya menggunakan ruang Adobe RGB.

Registry atau Pendaftar pula merupakan pusat susunan pangkalan data yang

digunakan oleh Windows 9x keatas untuk menyimpan maklumat yang

digunakan untuk mengkonfigurasi satu atau lebih penggunaan aplikasi.

Kegunaan utama windows registry adalah seperti satu tempat tinggal untuk

14

Page 15: sistem operasi OUM assig

menyimpan kebanyakan maklumat dan konfigurasi untuk perisian program-

program, alat-alat perkakasan, kesukaan pengguna, konfigurasi-konfigurasi

sistem pengendalian. Dalam soalan ini, perubahan ke atas komponen warna

boleh dilakukan dengan mengubah nilai-nilai yang terdapat pada registry

dengan menggunakan registry editor.

4.1 Paparan Skrin Sebelum Perubahan Dilakukan

Berikut adalah paparan skrin bagi ruang kerja aplikasi sebelum nilai-

nilai warnanya ditukarkan daripada 128 128 128 (Kelabu) kepada 255

00 00 (Merah).

15

Page 16: sistem operasi OUM assig

4.2 Paparan Skrin Selepas Perubahan Dilakukan

Berikut adalah paparan skrin bagi ruang kerja aplikasi selepas nilai-

nilai warnanya ditukarkan daripada 128 128 128 (Kelabu) kepada 255

00 00 (Merah).

.

16

Page 17: sistem operasi OUM assig

SCHOOL OF LIFELONG LEARNING

CBOS2203

OPERATING SYSTEM

TUGASAN

PPT PETALING JAYA

JANUARI 2009

ISI KANDUNGAN Muka Surat

Soalan 1

17

Page 18: sistem operasi OUM assig

1.0 Kepelbagaian sistem pengoperasian di pasaran

1.1 Kos

1.2 Kepelbagaian penggunaan

1.3 Keselamatan

1.4 Kestabilan

1.5 Kepesatan pembangunan kejuruteraan sistem perisian

2.0 Perbandingan Windows XP dan LINUX

2.1 Struktur fail

2.1.1 Persamaan

2.1.2 Perbezaan

2.2 Pengurusan ingatan

2.2.1 Ingatan nyata

2.2.2 Ingatan Maya

2.3 Keselamatan

2.3.1 Persamaan

2.3.2 Perbezaan

3.0 Pemilihan sistem pengoperasian untuk organisasi

3.1 Perisian sumber terbuka dan percuma

3.2 Keselamatan

3.3 Kebebasan memilih

3.4 Perisian

3.5 Perkongsian fail dan pencetak

4.0 Perubahan Ke atas Komponen Warna Melalui Editor Registry

4.1 Paparan skrin sebelum perubahan dilakukan

4.2 Paparan skrin selepas perubahan dilakukan

Soalan 2

Rujukan

18

Page 19: sistem operasi OUM assig

Rujukan

http://www.linuxjournal.com/xstatic/community/whatislinux

www.foogazi.com/2006/12/19/5- advantages -of-using- linux -over-windows/

<http://www.samba.org/>

http://graphicdesign.about.com/od/colorbasics/a/rgb.htm

support.microsoft.com/kb/314865

linux.com/base/ldp/howto/HP-HOWTO/sizing.html

Version Limit in 32-bit Windows Limit in 64-bit Windows

Windows XP 4 GB 128 GB

19