SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat...

25
SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E-PEMBELAJARAN MENERUSI WEB DAN SMS LOW MING WEE Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia MAY, 2009

Transcript of SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat...

Page 1: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT

E-PEMBELAJARAN MENERUSI WEB DAN SMS

LOW MING WEE

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

MAY, 2009

Page 2: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS'

JUDUL: SISTEM PEMBERITAHUANPENGEMASKINIAN MAKLUMATE-PEMBELAJARAN MENERUSI WEB DAN SMS.

SESI PENGAJIAN: SEMESTAR II 2008/2009

Saya LOW MING WEE( HURUF BESAR )

mengakumembenarkantesis(PSM/@)*inidis impandiPerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

t -

2.

J.

4.

TE

57 KG KERBAU LENGKOK.KG RAJA O8OOO.SUNGAI PETANT KEDAH.

Tarikh: 07 MEI2009

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuanpengajian sahaja.Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antarainstitusi pengaj ian tinggi.**Sila tandakan (r' )

t] su',lr (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub didalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telahditentukan oleh organisasiibadan di mana penylidikandijalankan)

TERHAD

TIDAK TER}IAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENYELIA)

DR. SUBARIAH BTE IBRAHIMNAMA PENYELIA

Tarikh: 9,o A?s\L Le(r<i

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap:

PSZ l9:16 (Pind. 1/97)

CATATAN: + Potorig yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. sila lam

pihak berkuasa./organisasi berkenaan dengan menyatakan sekah sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

I Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara keqia kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yangtiap_tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya,,.

Tandatangan :

Nama Penulis :

Tarikh :

LOW MINC WEE

o7 ner )M

Page 4: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

"saya akui bahawa saya terah membaca karya ini dan pada pandangan

saya ini adalah memadai dari segi skop dan kuariti untuk tujuan

penganu gerah an ljazah Sarjana M uda Sains (Sai ns Komputer).,,

Tandatangan

Nama Penyelia DR. SUBARIAH BTE IBRAHIM

PN. SITI HAJAR BINTI OTHMAN

Tarikh

Page 5: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

ii

PENGHARGAAN

Saya berasa amat bersyukur kerana saya dapat menyempurnakan Laporan

Projek Sarjana Muda 1 ini dengan jayanya mengikut masa yang ditetapkan. Saya

ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada

penyelia saya iaitu Dr. Subariah Bte Ibrahim dan Puan Siti Hajar binti Othman atas

segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberi sepanjang proses menyiapkan laporan

PSM1 ini. Sumbangan idea serta pendapat beliau banyak membantu saya dalam

melaksanakan projek ini.

Sekalung perhargaan turut dirakamkan kepada Ahli Jawatankuasa Projek

Sarjana Muda Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi dan semua pensyarah

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek

Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang masa ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada keluarga saya terutama ibu saya

dan adik-adik saya yang dikasihi di atas segala sokongan dan dorongan yang

diberikan selama ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat

seperjuangan yang sentiasa member sokongan dan bantuan kepada saya dalam proses

pembangunan projek ini. Sekian.

Page 6: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

iii

ABSTRAK

E-Pembelajaran merupakan sebuah alatan sistem pembelajaran yang

mempermudahkan peroleh bahan pembelajaran dan amat diperlukan oleh pengguna

terutamanya pengguna di Institusi Pengajian Tinggi. Sistem ini berperanan sebagai

satu platform untuk pengguna sistem saling berkongsi maklumat dan bahan-bahan

bacaan. Akan tetapi sistem sekarang mempunyai kelemahan di mana ia tidak

mempunyai kaedah penghantaran maklumat atau makluman terbaru yang efektif.

Bagi mengatasi kelemahan ini Sistem Pemberitahuan Pengemaskinian Maklumat di

E-Pembelajaran Menerusi Web Dan SMS dicadangkan di mana sistem cadangan ini

mempunyai fungsi yang memberi pemberitahuan kepada pengguna melalui SMS.

Sistem yang dibangunkan akan menghantar pemberitahuan tentang maklumat

pengemaskinian melalui SMS kepada pengguna seperti pelajar bagi tujuan

mengingatkannya tentang perkara penting. Selain itu, sistem ini berupaya

melaksanakan proses menhantar makluman kepada pensyarah apabila terdapat pelajar

yang telah membuat temu janji dengannya. Sistem ini akan malaksanakan proses

pemberitahuan kepada pelajar apabila menerima maklum balas daripada pensyarah

tentang temu janji tersebut. Selain itu, pensyarah juga boleh menghantarkan mesej

terkini melalui SMS ke sistem. Sistem akan menghantarkan mesej tersebut kepada

pelajar atau kumpulan pelajar dengan mengikut arahan mesej tersebut. Sistem ini

dibangunkan dengan menggunakan metodologi prototaip, teknik UML (Unified

Modeling Language), bahasa pengaturcaraan ASP.NET dan SQL Server sebagai

pangkalan data. Selain itu, Laman web dinamik yang berkaitan dengan sistem ini

dibina dengan menggunakan perisian Microsoft Visual Studio 2005. Dengan

pembangunan ini diharap akan menjadi sebuah sistem E-Pembelajaran yang lebih

efisyen.

Page 7: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

iv

ABSTRACT

E-learning is an education tool that allows users to get learning modules easily

and it is needed especially for users who study in higher institution. E-learning also

act as a education platform for the users to information and reading materials.

However the current E-learning that UTM provide has no effective method for

sending announcement about the update and latest information. To overcome these

problems, Sistem Pemberitahuan Pengemaskinian Maklumat E-Pembelajaran

Menerusi Web Dan SMS is suggested where it has an alert function to remind users

and also announce the updated information to the users through SMS technology.

Besides that, this system allows students to generate an appointment with a lecturer

by SMS. This system also sends back the result to the student when it gets the reply

from the lecturer. Besides that, lecturers can send an updated message or important

notices through SMS by their cellular phone to system. The system E-Pembelajaran

will process the message and forward to those student or the group of students

according the instructions of the message given. This project development is based on

prototype methodology and using the Unified Modeling Language (UML) method.

This system is developed using ASP.NET and Microsoft SQL Server as a database

for the system. Besides of these, Microsoft Visual Studio 2005 software will be used

to build a dynamic web page for this system. With this development, it is hoped that

the E-learning system will become more advantages and efficiently.

Page 8: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

v

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Matlamat 5

1.4 Objektif 5

1.5 Skop 6

Page 9: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

vi

1.6 Justifikasi Projek 7

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 8

2.2 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 9

2.3 Kajian Terhadap Teknologi Bagi Pembangunan Sistem 14

2.3.1 Active Server Pages (ASP.NET) 15

2.3.2 Microsoft Visual Studio 2005 16

2.3.3 Microsoft Internet Information Services (IIS) 17

2.3.4 Microsoft SQL Server 2005 17

2.4 Perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas ( SMS ) 18

2.4.1 Kebaikan SMS 20

2.4.2 Kekangan SMS 21

2.4.3 Bagaimana SMS Berfungsi 22

2.4.4 Aplikasi SMS 23

2.5 Kesimpulan 25

BAB 3 METODOLOGI PROJEK

3.1 Pengenalan 25

3.2 Metodologi Pembangunan Sistem 27

3.2.1 Fasa Perancangan 29

3.2.2 Fasa Analisis Sistem 29

Page 10: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

vii

3.2.3 Fasa Rekabentuk Awalan Projek 30

3.2.4 Fasa Implimentasi Sistem 30

3.3 Bahasa Permodelan

Unified Modeling Language (UML) 31

3.4 Justifikasi Penggunaan Metodologi 32

3.5 Analisis Kerperluan Sistem 32

3.5.1 Analisis Perkakasan 33

3.5.2 Analisis Perisian 33

3.6 Kesimpulan 35

BAB 4 ANALISIS DAN PERLAKSANAAN REKABENTUK

4.1 Pengenalan 36

4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 36

4.3 Permodelan Kes Guna 38

4.3.1 Takrifan Aktor-Aktor Sistem 38

4.4 Rajah Jujukan Aktiviti 45

4.5 Rajah Kelas 45

4.6 Rekabentuk Antaramuka Pengguna 47

4.6.1 Rekabentuk Navigasi 48

4.7 Rekabentuk Pangkalan Data 49

4.8 Spesifikasi Input Dan Output 49

4.9 Kesimpulan 52

Page 11: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

viii

BAB 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN SISTEM

5.1 Pendahuluan 53

5.2 Persekitaran Pembangunan 53

5.3 Implementasi Dalam Sistem 54

5.3.1 Fungsi Log Masuk Pengguna Sistem 55

5.3.2 Fungsi Pengendalian Penyambungan

Pangkalan Data 56

5.3.3 Fungsi Penyambungan Dan Pemutusan

Sambungan Pangkalan Data 57

5.3.4 Fungsi Pertanyaan Data Daripada Pangkalan Data 58

5.3.5 Fungsi Pengendalian Pengguna Sistem 59

5.3.5.1 Fungsi Pendaftaran Pengguna Baru 59

5.3.5.2 Fungsi Pengemaskinian Pengguna Sistem 62

5.3.6 Fungsi Muat Naik Dokumen 64

5.3.7 Fungsi Carian Pengguna Sistem 67

5.3.8 Fungsi Membuat Temu Janji Dengan SMS 73

5.3.9 Fungsi Hantar Notis Ke E-Pembelajaran Melalui

SMS 75

5.4 Pengujian 82

5.5 Pengujian Kotak Hitam 82

5.5.1 Contoh Kes Ujian 82

5.5.2 Pengujian Terhadap Capaian Pangkalan Data 84

5.6 Pengujian Sistem 85

5.7 Ringkasan 86

Page 12: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

ix

BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 Pendahuluan 87

6.2 Pencapaian Projek 87

6.3 Kelemahan Sistem 88

6.4 Cadangan Peningkatan 89

6.5 Kesimpulan 89

RUJUKAN 91

LAMPIRAN A-E 92

Page 13: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

x

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kekerapan Menggunakan Aplikasi E-learning Dalam Sehari 10

2.2 Masalah Kaedah Penyebaran Maklumat Dalam Sistem Sedia Ada. 11

2.3 Kaedah Interaksi Dalam Menyampaikan Maklumat Penting Dan

Terkini Tentang Pembelajaran 12

2.4 Pendapatan Terhadap Cara Makluman Sistem E-learning 12

2.5 Persetujuan Pengguna Membangunkan Sistem Peringatan

Pemberitahuan Terhadap Maklumat Terkini Menerusi SMS 14

2.6 Seni Bina Rangkaian GSM Dengan SMSC 23

3.1 Model Metodologi Prototaip 28

4.1 Rekabentuk Senibina Sistem 37

4.2 Rajah Kes Guna Bagi Aktor Pentadbir Sistem 39

4.3 Rajah Kes Guna Bagi Aktor Pensyarah 41

4.4 Rajah Kes Guna Bagi Aktor Pelajar 43

4.5 Rajah Jujukan Bagi Proses Log Masuk 96

4.6 Rajah Jujukan Bagi Proses Daftar Akaun Pensyarah Dan Pelajar 97

4.7 Rajah Jujukan Bagi Proses Hantar Makluman (SMS) 98

4.8 Rajah Jujukan Bagi Proses Hapus Maklumat Pengguna Sistem 99

4.9 Rajah Jujukan Bagi Proses Kemaskini Maklumat 100

4.10 Rajah Jujukan Bagi Proses Buat Carian 101

4.11 Rajah Jujukan Bagi Proses Terima SMS 102

Page 14: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

xi

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.12 Rajah Jujukan Bagi Proses Hantar SMS Ke Sistem 103

4.13 Rajah Jujukan Bagi Proses Muat Turun Bahan Pembelajaran 104

4.14 Rajah Jujukan Bagi Proses Buat Temujanji 105

4.15 Rajah Jujukan Bagi Proses Hantar SMS Ke Sistem 106

4.16 Antaramuka Menu Utama 107

4.17 Antaramuka Utama Pentadbir Sistem 108

4.18 Antaramuka Utama Pensyarah 109

4.19 Antaramuka Utama Pelajar 110

4.20 Antaramuka Pendaftaran Pengguna Sistem 111

4.21 Antaramuka Penghantaran Makluman SMS (Pensyarah) 112

4.22 Antaramuka Penghantaran Makluman SMS (Pelajar) 113

4.23 Antaramuka Telefon Bimbit (1) 114

4.24 Antaramuka Telefon Bimbit (2) 114

4.25 Gambarajah Kelas Bagi Pentadbir Sistem 46

4.26 Gambarajah Kelas Bagi Pensyarah 46

4.27 Gambarajah Kelas Bagi Pelajar 47

4.28 Gambarajah Rekabentuk Navigasi Pengguna Sistem 48

5.1 Keratan Aturcara Log Masuk Bagi Pengguna Sistem 55

5.2 Keratan Aturcara Penyambungan Dan Pemutusan Pangkalan Data 57

5.3 Keratan Aturcara Bagi Fungsi Pertanyaan Daripada Pangkalan Data 58

5.4 Antaramuka Pengguna Bagi Fungsi Pendaftaran Pengguna Baru 60

5.5 Keratan Aturcara Bagi Fungsi Button2_Click 61

Page 15: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

xii

5.6 Antaramuka Pengguna Bagi Fungsi Mengemaskini Profil Pengguna 62

5.7 Keratan Aturcara Bagi Fungsi Mengemaskini Profil Pengguna 63

5.8 Antaramuka Pengguna Bagi Fungsi Muat Naik Dokumen 65

5.9 Keratan Aturcara Bagi Fungsi Muat Naik Dokumen 66

5.10 Antaramuka Pengguna Bagi Fungsi Carian Pengguna Sistem 67

5.11 Keratan Aturcara Bagi Fungsi Carian Pengguna Sistem 68

5.12 Antaramuka Pelajar Bagi Fungsi Membuat Temu Janji SMS 73

5.13 Keratan Aturcara Bagi Membuat Temu Janji SMS 74

5.14 Keratan Aturcara Bagi Fungsi Hantar Notis ke E-Pembelajajaran

Melalui SMS 76

Page 16: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Senarai Keperluan Minima Perkakasan 33

4.1 Senarai Atribut Bagi Jadual Pentadbir Sistem 116

4.2 Senarai Atribut Bagi Jadual Terima SMS 117

4.3 Senarai Atribut Bagi Jadual Pensyarah 117

4.4 Senarai Atribut Bagi Jadual Pelajar 118

4.5 Senarai Atribut Bagi Jadual Temu Janji 119

4.6 Senarai Atribut Bagi Jadual Muat Naik 120

4.7 Senarai Atribut Bagi Jadual Subjek 120

4.8 Spesifikasi Input dan Output Bagi Modul-Modul Sistem 50

5.1 Kes Ujian Fungsi Memasukkan Data 83

5.2 Kes Ujian Keselamatan Dan Kepercayaan Sistem 85

Page 17: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Carta Gantt Projek 1 92

B Rajah Jujukan Aktiviti 95

C Rekabentuk Pangkalan Data 115

D Borang Soal-Selidik 122

E Manual Pengguna 125

Page 18: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

xv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN PENERANGAN

ASP Active Server Pages

API Application Program Interface

BSS Base Station System

CRL Common Language Runtime

GPRS General Packet Radio Service

GSM Global Standard Mobiles

HTML Hyper Text Markup Language

MAP Mobile Application Port

UML Unified Modeling Language

SMS Short Message Services

SMSC Short Message Service Center

WAP Wireless Application Protocol

XML Extensible Markup Language

MS Mobile Subscriber

MSC Mobile Switching Center

TDS Tabular Data Stream

ODBC Open Database Connectivity

MAP Mobile Application Port

Page 19: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

1

BAB 1

PENGENALAN PROJEK

1.1 Pengenalan

Sistem pembelajaran elektronik atau e-pembelajaran adalah cara baru dalam

proses pembelajaran dan pengajaran. E-learning merupakan dasar dan konsekuensi

logik dari perkembangan teknologi informasi dan komunikasi. E-learning tidak hanya

meliputi pembelajaran jarak jauh secara maya malahan melibatkan ‘Web Portal’.

Kelebihan portal pendidikan ini ialah ia mempunyai bank-bank ujian, pelan

pengajaran, bilik darjah maya, bahan-bahan pengajaran untuk guru, ujian untuk

pelajar, dan direktori laman-laman web yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran

serta maklumat-maklumat yang berguna seperti maklumat-maklumat sekolah,

kalender tahunan, aktiviti pendidikan dan sebagainya.

Selain itu, E-learning juga mempermudahkan segala interaksi antara pelajar

dengan sebarang sumber ilmu, hubungan di antara pelajar dengan pensyarah atau

pihak fakulti mahupun pelajar dengan pelajar dapat dibina. Dengan sistem E-learning,

pelajar dapat saling berkongsi maklumat dan bahan-bahan pembelajaran. Dengan

keadaan sedemikian, pelajar dapat lebih memantapkan penguasaan mata pelajaran.

Page 20: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

2

Walaubagaimanapun, kaedah penghantaran informasi atau maklumat penting

dan mesej kecemasan digunakan bagi sistem tersebut adalah kurang efektif. Kaedah

yang digunakan sekarang adalah penghantaran melalui e-mel atau pemberitahuan

melalui sudut notis di laman web E-Pembelajaran. Sistem E-Pembelajaran disediakan

untuk penggunanya di setiap masa pembelajaran. Akan tetapi, kebanyakan pelajar

hanya menggunakan sistem tersebut untuk keperluan mereka atau jika hanya pada

waktu yang diperlukan sahaja. Jadi ini menyebabkan kebiasaan pelajar tidak dapat

menerima informasi atau maklumat penting mahupun kecemasan seperti perubahan

kelas, perubahan tarikh peperiksaan ataupun pembatalan kelas yang disampaikan

pada bila-bila masa oleh pensyarah.

Selain itu, pihak fakulti kini kebiasaannya menyampaikan maklumat penting

seperti taklimat, seminar dan pertandingan dengan kaedah konvensional seperti

penampalan notis di papan kenyataan. Papan kenyataan biasanya dipenuhi dengan

agenda-agenda lain dan notis yang ditampal tidak menarik perhatian pelajar-pelajar..

Seperti yang disebutkan tadi, kebanyakan pelajar cuma menggunakan sistem tersebut

untuk keperluan mereka sahaja. Oleh itu, sekiranya pelajar itu sendiri terlupa atau

gagal mendapatkan mesej mengenai informasi penting atau maklumat kecemasan,

maka pihak fakulti sendiri tidak mempunyai satu kaedah yang khusus dalam

mengelakkan keadaan ini berlaku. Maka disinilah perlunya kepada pembangunan

sebuah sistem yang dapat menghantar pemberitahuan kepada pelajar memaklumkan

tentang sebarang penambahan maklumat di sistem E-Pembelajaran.

Sistem ini berasaskan web dan merupakan satu portal web yang akan memberi

banyak informasi berkaitan dengan pembelajaran. Di samping itu, sistem ini

menggunakan teknologi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) sebagai media komunikasi

untuk memberi peringatan kepada pelajar berkaitan dengan informasi penting atau

pengemaskinian yang disampaikan oleh pihak pensyarah.

Page 21: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

3

Teknologi SMS digunapakai dalam sistem ini adalah kerana dilihat

kebanyakan masyarakat di Malaysia ketika ini kebanyakannya menggunakan telefon

bimbit. Jadi SMS merupakan satu medium komunikasi yang bercirikan murah dan

pantas, menyebabkan ia dipilih untuk teknologinya diadaptasi dalam sistem ini.

Selain itu, penggunaan SMS juga mudah diguna dan difahami oleh kebanyakan

pengguna telefon bimbit. Semua jenis telefon bimbit mampu menggunapakai

perkhidmatan SMS untuk menerima atau menghantar mesej. Oleh itu, penggunaan

teknologi SMS bagi sistem ini merupakan pemilihan yang sesuai bagi melaksanakan

Sistem Peringatan Pemberitahuan Maklumat Penting atau Pengemaskinian E-

Pembelajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sistem E-Pembelajaran UTM yang digunakan sekarang adalah amat penting

untuk pengguna UTM. Segala interaksi antara pelajar dengan sumber maklumat

pembelajaran, pelajar dengan pensyarah atau pihak fakulti mahupun pelajar dengan

pelajar dapat diperolehi dengan penggunaan sistem tersebut. Kewujudan sistem E-

Pembelajaran memberi banyak kebaikan kepada pengguna UTM.

Walaubagaimanapun, kaedah penghantaran maklumat penting dan terkini

yang dilaksanakan menerusi sistem adalah agak kurang efektif. Kaedah yang

digunakan sekarang adalah penghantaran melalui e-mel atau pemberitahuan melalui

sudut notis di laman web E-Pembelajaran. Kemungkinan e-mel yang dihantar

dimasukkan pada mel sampah dan kebanyakan pelayan e-mel akan memadamkan e-

mel tersebut dalam tempoh masa tertentu. Bukan itu sahaja, e-mel akan ditendang

balik jika peti mesej penerima penuh dengan e-mel.

Page 22: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

4

Selain itu, penghantaran informasi penting atau maklumat terkini melalui

sudut notis di laman web tersebut juga adalah diantara kaedah penyampaian mesejnya.

Untuk mendapatkan maklumat tersebut, pelajar perlu mencapai laman web E-

Pembelajaran setiap masa. Akan tetapi, untuk menggunakan sistem, pelajar

memerlukan talian ke internet. Kebanyakan pelajar-pelajar UTM mempunyai

komputer sendiri, namun dengan kekurangan bekalan internet yang mencukupi di

kampus UTM menimbulkan masalah terhadap pelajar untuk melayar ke sistem E-

Pembelajaran setiap masa dan ini telah mengakibatkan maklumat penting dan terkini

seperti pembatalan kelas, perubahan tarikh peperiksaan atau perubahan kelas dan

lain-lain yang disampaikan oleh pensyarah tidak dapat disampaikan dalam masa yang

sepatutnya.

Di samping itu, kaedah penghantaran informasi yang digunakan sekarang juga

membawa masalah kepada pensyarah. Ini disebabkan kerana ramai pensyarah di

UTM terlibat dengan taklimat, mesyuarat, dan kursus di luar kawasan kampus.

Keadaan ini agak menyusahkan pensyarah yang hendak menyampaikan maklumat

terkini seperti pembatalan atau penangguhan kelas menggunakan e-mel kepada semua

pelajar ataupun bagi tujuan memuat naik notis kecemasan.

Masalah lain, kebanyakan pelajar tidak tahu atau kurang mengambil berat

tentang perkara atau maklumat penting seperti taklimat, seminar dan pertandingan

yang disampaikan oleh pihak fakulti yang dipamerkan di laman web E-Pembelajaran.

Oleh itu, sekiranya pelajar tidak diberitahu ataupun terlupa, maka pihak fakulti

sendiri tidak mempunyai satu kaedah khusus dalam mengelakkan kegagalan sebegini

dari berlaku. Maka disinilah perlunya kepada satu pembangunan sistem yang

berupaya untuk memberi makluman kepada pelajar melalui SMS berhubung status

penerimaan maklumat kepada pelajar. Sistem ini juga turut menyediakan alternatif

lain iaitu melalui laman web E-Pembelajaran.

Page 23: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

5

1.3 Matlamat

Matlamat utama projek ini adalah untuk membangunkan Sistem

Pemberitahuan Pengemaskinian Maklumat E-Pembelajaran yang berasaskan web

yang dinamik dan makluman menerusi SMS bagi tujuan untuk peringatan dan

pemberitahuan kepada pelajar UTM mengenai maklumat penting dan terkini yang

disampaikan oleh pihak pensyarah atau pihak fakulti menerusi pemberitahuan SMS.

1.4 Objektif

Dalam pembangunan sistem ini, beberapa objektif telah digariskan untuk

dicapai, antaranya ialah:

i. Mengkaji terhadap permasalahan dalam kaedah penghantaran

pemberitahuan atau makluman terkini bagi system yang sedia ada.

ii. Merekabentuk senibina sistem yang menggabungkan teknologi SMS dan

membangunkan prototaip system berasaskan kepada rekabentuk senibina

sistem tersebut.

iii. Menghasilkan sebuah sistem yang efektif dan berkesan serta berupaya

melaksanakan penghantaran penberitahuan kepada pelajar mengenai

sebarang pengemaskinian maklumat terkini yang dilakukan oleh

pensyarah atau pihak fakulti melalui teknologi SMS.

Page 24: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

6

1.5 Skop projek

Berikut merupakan skop bagi sistem yang akan khusus dibangunkan:

i. Sistem ini difokuskan untuk digunakan di Fakulti Sains Komputer Dan

Sistem Maklumat UTM sahaja.

ii. Pengguna bagi sistem ini adalah terdiri daripada pentadbir sistem,

pensyarah dan pelajar sahaja.

iii. Sistem ini tidak membangunkan semua modul yang ada pada E-

Pembelajaran sistem UTM. Ia cuma akan memfokuskan kepada modul

yang berkaitan dengan sistem pemberitahuan maklumat sahaja.

iv. Pelajar perlu mempunyai telefon bimbit dan nombor telefon yang

disahkan.

v. Panjang SMS dihadkan kepada maksimum 160 aksara sahaja.

vi. Sistem ini menggunakan teknologi SMS bagi tujuan pemberitahuan

kepada pengguna (pensyarah/pelajar) tentang maklumat penting dan

terkini.

vii. Sistem ini boleh diimplementasikan di mana-mana kawasan yang

mempunyai capaian tanpa wayar telefon bimbit.

viii. Sistem berupaya menerima maklumat penting dan dipamer di notis laman

web melalui SMS daripada pensyarah.

Page 25: SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E ... · Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan

7

1.6 Justifikasi Projek

Tujuan projek ini dihasilkan adalah untuk membangunkan Sistem

Pemberitahuan Pengemaskinian Maklumat E-Pembelajaran yang berasaskan web

yang dinamik dan makluman menerusi SMS untuk menggantikan kaedah

penghantaran maklumat sistem yang sedia ada. Penggantian kaedah penghantaran ini

adalah penting untuk membantu pelajar menerima maklumat-maklumat

pengemaskinian. Ini bukan sahaja boleh menjimatkan masa bagi pelajar dengan

kaedah penghantaran sistem baru ini, mahupun juga membawa kemudahan kepada

pensyarah untuk menyampaikan maklumat penting melalui sistem ini.

Oleh yang demikian, sistem yang dibangunkan ini dijangkakan dapat

menyampaikan makluman dan peringatan lebih cekap lagi berbanding dengan kaedah

penghantaran makluman yang sedia ada. Tambahan pula, sistem penghantaran

makluman melalui teknologi SMS ini juga mudah digunakan dan memastikan

penerima dapat menerima makluman terkini kerana setiap pemberitahuan atau

makluman pengemaskinian akan disampaikan kepada penerima hanya dalam

mengambil masa beberapa saat sahaja dan kebolehpercayaan sistem yang tinggi.

Kesimpulannya, Sistem Pemberitahuan Pengemaskinian Maklumat E-

Pembelajaran Menerusi Web dan SMS yang dibangunkan dijangka dapat melicinkan

proses kaedah penghantaran makluman terkini bagi E-Pembelajaran. Selain itu,

sistem ini dapat menjaga kebajikan pelajar fakulti dan pensyarah dapat

menyampaikan maklumat lebih efisyen serta berkesan. Dengan itu, sistem bukan

sahaja dapat menghantar makluman antara pengguna sistem, ia juga merapatkan

hubungan antara pengguna sistem ini.