Sistem Pembesar

download Sistem Pembesar

of 63

Transcript of Sistem Pembesar

1.1 Institusi pemerintahan

1.1.2 Sistem pembesar/hulubalang - Konsep, struktur, peranan

Pendahuluan

Dalam hierarki masyarakat dan pemerintahan di Asia, lapisan kedua yang terdiri daripada golongan pembesar begitu penting. Golongan pembesar merupakan tulang belakang sistem politik sesebuah negara kerana golongan ini bertanggungjawab membantu raja atau maharaja. Golongan ini bertanggungjawab secara langsung terhadap raja atau maharaja. Selain itu, golongan pembesar bertanggungjawab terhadap orang bawahannya.

Golongan pembesar turut menjaga kepentingan ekonomi negara khususnya percukaian dan perdagangan. Peranan golongan pembesar dalam aspek ketenteraan tidak dapat dinaflkan kerana sebahagian pembesar terlibat secara langsung dalam peperangan. Di Asia Tenggara dan Asia Timur terdapat banyak istilah yang digunakan bagi mewakili golongan pembesar.

SISTEM PEMBESAR DI BURMA (MYANMAR))

Sebelum kedatangan Barat, raja Burma merupakan pemerintah tertinggi dan baginda dibantu oleh para pembesar. Di Burma, pembesar telah memainkan peranan penting ketika Dinasti Konbaung. Kedudukan pembesar di lapisan kedua dalam susun lapis masyarakat feudal. Pembesar-pembesar ini boleh dipecahkan kepada beberapa peringkat seperti pusat, wilayah, daerah dan kampung.

Antara pembesar di Burma ialah Einshemin atau Raja Muda. Raja Muda mempunyai istana dan pegawai sendiri. Raja Muda memainkan peranan penting dalam hal-ehwal negeri.

Menteri-menteri raja dibahagikan berdasarkan pangkat atau kedudukan mereka. Menteri-menteri yang menduduki lapisan teratas dalam kerajaan pusat ialah 4 orang Wungyi (Menteri). Mereka ialah pembesar yang paling tinggi darjatnya. Empat orang Wungyi yang membentuk Hluttaw atau Majlis Diraja. Tugas Hluttaw untuk melaksanakan titah raja.

Namun, secara praktiknya mereka membuat keputusan dan raja akan memperkenankan. Semua undang-undang raja berdasarkan Hluttaw. Hluttaw juga akan mengendalikan semua urusan pentadbiran dan bertindak sebagai mahkamah yang mengendalikan kes-kes jenayah.

Golongan Wungyi ini akan dibantu oleh Wundauk (Menteri Muda). Mereka ini dianggap sebagai menteri kelas kedua. Tugas mereka sebagai penolong-penolong Wungyi.

Pentadbiran di dalam istana pula, diserahkan kepada Ahmudan (pegawai diraja). Biasanya mereka terdiri daripada 4 hingga 8 orang. Hanya seorang anggota diraja dilantik sebagai Ahmudan. Tugas mereka untuk mengawal terus beberapa ratus orang yang bertugas di istana.

Darjat Ahmudan adalah lebih rendah daripada Wungyi tetapi pengaruh Ahmudan kadangkala lebih besar daripada empat orang Wungyi. Hal ini kerana hubungan Ahmudan yang rapat dengan raja di istana. Mereka bertindak sebagai privy councillor kepada raja.

Di Myanmar, pembesar daerah dikenali sebagai Myowun atau Gabenor. Pengaruh pembesar daerah bergantung kepada hubungannya dengan raja. Myowun bertanggungjawab dalam pentadbiran wilayah. Tugas mereka adalah untuk memungut cukai di antara 10-15% daripada hasil tahunan rakyat. Mereka kemudiannya akan menyerahkan 6080% daripadanya kepada raja dan bakinya akan disimpan.

Manakala Myowun yang berada di sempadan-sempadan diberi peranan penting untuk menerima utusan atau diplomat-diplomat. Mereka akan bertindak sebagai utusan raja. Contohnya Myowun di Pegu, Bhamo, dan Auyat biasanya akan membuat persediaan untuk menerima utusan.

Myowun pula akan dibantu oleh Akunwun. Tugas mereka adalah sebagai pengutip cukai dan mandur. Akunwun pula akan dibantu oleh Sitke. Sitke ni merupakan pegawai polis tentera yang mengawal perkapalan, kastam dan eksais serta kemudahankemudahan pelabuhan.

Golongan pembesar seterusnya dalam hierarki Myanmar ialah Myosa. Myosa merupakan tuan-tuan tanah yang kaya raya daripada keluarga diraja. Mereka memperoleh pendapatan melalui cukai-cukai yang dikumpulkan.

Pembesar paling rendah hierarki di Myanmar ialah Myothugyi atau ketua bandar. Peranan mereka seperti Ketua Kampung, iaitu bertanggungjawab mengawal rakyat. Golongan ini menerima penghormatan dan taat setia daripada orang kampung mereka. Jawatan Myothugyi merupakan jawatan seumur hidup dan diwarisi turun-temurun.

Kesimpulannya, sebelum kedatangan kuasa Barat, pembesar menduduki lapisan kedua selepas raja Burma. Pembesar-pembesar ini dibahagikan mengikut jawatan dan kekayaan mereka. Tanpa mereka sudah tentu raja Burma tidak mampu mewujudkan satu pentadbiran yang licin.

SISTEM PEMBESAR DI SIAM (THAILAND)

Sebelum kedatangan Barat, raja Siam merupakan pemerintah tertinggi dan baginda dibantu oleh para pembesar. Di Siam, pembesar telah memainkan peranan penting ketika Dinasti Chakri. Kedudukan pembesar adalah di lapisan kedua dalam susun lapis masyarakat feudal. Pembesar-pembesar ini boleh dipecahkan kepada beberapa peringkat seperti pusat, wilayah, daerah dan kampung.

Di Siam, golongan pembesar memainkan peranan penting dalam soal pengutipan cukai, pengekalan keamanan, penghakiman dan penghubung antara raja dengan rakyat Siam. G

Di Siam, golongan pembesar memainkan peranan penting dalam soal pengutipan cukai, pengekalan keamanan, penghakiman dan penghubung antara raja dengan rakyat Siam. Golongan pembesar ini diberi gelaran tertentu untuk mencerminkan kedudukan dan darjat mereka.

Pembesar Siam di peringkat paling tinggi ialah golongan chao. Golongan chao ini berasal daripada kalangan anggota diraja. Golongan ini terbahagi kepada tiga peringkat : a) Chao Fa iaitu putera raja memerintah dengan permaisuri b) Phra Ong Chao iaitu putera raja dengan gundik c) Man Chao, anak Chao Fa dengan isterinya yang tidak berkedudukan chao.

Pembesar Thai ini akan bertindak sebagai menteri kanan kepada raja. Mereka akan mengetuai jabatan atau krom. Antaranya ialah : a) Krom Mahattai atan Jabatan Hal Ehwal Pentadbiran b) Krom Kalahon atau Jabatan Pertahanan, c) Krom Khlang atau Jabatan Kewangan dan hubungan luar.

Setiap pembesar yang mengetuai sesebuah jabatan akan menggunakan gelaran yang dianugerahkan oleh raja. Contohnya, Ketua Jabatan Perhutanan memakai gelaran Samuha Phra Kalahon yang turut bertanggungjawab terhadap wilayah Selatan Siam. Ketua Krom Mahattai akan mengawal wilayah-wilayah di bahagian utara Siam.

Selain itu, terdapat para pembesar yang berpangkat rendah terlibat secara langsung dalam pemerintahan negara. Contohnya, jawatan Jatu-sadam yang bertanggungjawab melicinkan pentadbiran khususnya mengenai tanah, kewangan dan hal ehwal di istana.

Di peringkat wilayah pula, para pembesar akan dilantik terus oleh raja dalam kalangan bangsawan yang dikenali sebagai khunnang. Jawatan khunnang ialah jawatan turun-temurun.

Di samping itu, terdapat juga golongan pembesar di Siam yang dikenali sebagai Sangha. Golongan ini sebenarnya ialah golongan sami Buddha. Mereka mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia. Hal ini berkaitan dengan agama masyarakat Siam, iaitu Buddha. Sangha berperanan sebagai pengajar yang akan memberikan panduan hidup beragama kepada rakyat Siam yang beragama Buddha. Selain itu, golongan Sangha menawarkan khidmat sosial kepada rakyat Siam yang memerlukan.

Sistem Pembesar di Vietnam

Vietnam di bawah Maharaja Gia Long merupakan sebuah kerajaan pusat. Segala urusan kerajaan berpusat di Hue. Berbanding dengan kerajaan lain, Vietnam tidak mempunyai golongan bangsawan yang melibatkan diri dalam sistem pemerintahan. Hak-hak keistimewaan mereka dihapuskan oleh Maharaja Gia Long. Mereka terletak di bawah maharaja dan dibayar gaji. Sumber pendapatan mereka bukan daripada sistem pungutan cukai.

Kedudukan dan kuasa pembesar Vietnam terletak pada golongan mandarin yang mengetuai setiap birokrasi dan dipengaruhi oleh sistem pentadbiran China. Pembesar Vietnam dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China.

Maharaja bertindak sebagai ketua kerajaan dan dibantu oleh 6 Kementerian (Quan) iaitu: a) Hal-ehwal awam b) Kerja raya c) Kewangan d) Upacara e) Kehakiman f) Peperangan

Quan Awam mempunyai taraf yang paling tinggi. Golongan Mandarin mengetuai Quan-Quan ini dan bertindak sebagai pembesar. Mereka mempunyai kedudukan istimewa dalam sistem pentadbiran kerajaan. Terdapat sebuah Majlis Tertinggi (Noi-Cac). Pengerusinya ialah Maharaja yang dibantu oleh 6 orang menteri kanan. Majlis ini bertanggungjawab menyelesaikan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat Quan.

Pembesar di peringkat daerah menjalankan tugas seperti: a) Mengutip cukai b) Mengambil dan melatih anggota tentera c) Menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat d) Menguruskan hal kehakiman. Pembesar di peringkat kampung merupakan pembesar paling bawah.

Kesimpulannya, dalam masyarakat tradisional Vietnam peranan para pembesar begitu penting dalam institusi pemerintahan beraja. Para pembesar akan menjadi nadi penggerak terhadap semua dasar kerajaan. Sebahagian besar golongan bangsawan terdiri daripada kaum kerabat maharaja. Oleh yang demikian, mereka akan berkhidmat dengan penuh taat setia demi menjaga kepentingan dinasti mereka. Para pembesar menyandang jawatan-jawatan penting. Lazimnya mereka bertanggungjawab dalam bidang ekonomi,

Sistem pembesar di China

Di China semasa zaman pemerintahan Manchu, pembesarnya terdiri daripada pembesar peringkat pusat dan wilayah. Kebanyakan pembesar China terdiri daripada golongan intelektual atau pegawai sarjana ningrat. Pelantikan golongan ini berdasarkan kelulusan mereka dalam Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam.

Golongan pembesar ini ialah pegawai birokrat. Terdapat juga pembesar yang berasal daripada keturunan bangsawan atau tentera. Pembesar wilayah yang bukan golongan sarjana dilantik oleh Maharaja. Mereka ini adalah daripada kalangan bangsawan dan pemimpin tentera yang berjasa kepada Maharaja.

Di Negara China, semasa Zaman Manchu, terdapat pembesar di peringkat pusat. Pembesar-pembesar ini dipilih oleh Maharaja daripada golongan yang telah lulus sistem peperiksaan awam dan dianugerahkan ijazah tertinggi. Sistem peperiksaan awam telah diperkenalkan sejak Dinasti Han dan mempunyai empat tahap, iaitu i. peperiksaan bandar ii. peperiksaan jajahan iii. peperiksaan wilayah iv. peperiksaan istana yang dijalankan di hadapan Maharaja sendiri.

Peperiksaan ini bertujuan untuk memilih sarjana atau pegawai terpelajar yang benarbenar layak untuk memegang jawatan tertentu dalam kerajaan. Mereka akan ditempatkan di kementerian penting yang bertanggungjawab dalam penggubalan dasar negara. Golongan ini akan menganggotai Imperial Secretariat dan Imperial Cancellory.

Dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan pusat akan dilaksanakan di peringkat wilayah. Hal ini akan dipertanggungjawabkan kepada pembesar bawahan di Jabatan Hal Ehwal Negara. Pembesar ini akan menjalankan tugas berdasarkan fungsi jabatanjabatan tertentu yang dibentuk di bawahnya.

Jabatan-jabatan ini adalah seperti : i. Jabatan Kakitangan ii. Jabatan Upacara iii. Jabatan Tentera iv. Jabatan Kehakiman v. Jabatan Kerja Awam Terdapat juga pembesar yang berpengalaman di Jabatan Penapisan. Mereka berperanan sebagai pengintip bagi pihak Maharaja.

Pembesar-pembesar di peringkat wilayah dibantu oleh pembesar tempatan yang dikenali sebagai gentri. Golongan ini tidak memegang apa-apa jawatan dalam perkhidmatan kerajaan walaupun mereka adalah daripada golongan sarjana. Mereka lebih giat dalam perniagaan keluarga sebagai tuan-tuan tanah.

Walau bagaimanapun, mereka tetap berkhidmat secara sukarela kepada pembesar kerajaan. Mereka selalunya bertindak sebagai orang perantaraan antara pembesar kerajaan dengan rakyat jelata di kawasan mereka sendiri. Golongan pembesar gentri ini mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat berbanding dengan pembesar kerajaan yang lain.

Terdapat juga pembesar yang bukan daripada golongan sarjana. Mereka ini merupakan pembesar wilayah yang mempunyai pengaruh di peringkat wilayah kerana mempunyai angkatan tentera mereka sendiri. Mereka bertanggungjawab ke atas wilayah mereka dan juga bersedia untuk memberikan bantuan ketenteraan kepada pemerintah pusat pada bila-bila masa.

Pembesar di China memainkan peranan penting dalam sistem feudal. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai kuasa terhad berdasarkan bidang kuasa masing-masing dan tertakluk di bawah kuasa dan arahan Maharaja Manchu. Di China, mobiliti kelas membolehkan kelas bawahan meningkatkan taraf mereka kepada kelas pegawai sarjana melalui pencapaian mereka dalam sistem peperiksaan perkhidmatan awam.

Sistem pembesar di Jepun

Masyarakat Tokugawa di Jepun ialah masyarakat feudal. Terdapat pembahagian kelas yang ketat. Dalam sistem sosial Bakufu, terdapat golongan bangsawan, golongan Daimyo, dan Hatamoto. Rakyatnya terbahagi kepada empat kelas. Di Jepun, Shogun telah merampas kuasa Maharaja dan bertindak sebagai pemerintah. Maharaja Jepun merupakan maharaja boneka yang tinggal di Kyoto dan berada di bawah kawalan yang ketat.

Golongan pembesar yang paling berpengaruh di Jepun ialah golongan Daimyo atau tuan-tuan tanah feudal. Terdapat tiga kategori Daimyo, iaitu : i. Daimyo Fudai ii. Daimyo Shimpan iii. Daimyo Tozama.

Daimyo Fudai ialah warisan leyasu. Mereka mempunyai tanah seluas hampir 50 000 koku. Golongan ini ditempatkan di kawasan strategik di sepanjang Jalan Tokaido. Jalan ini merupakan salur nadi perhubungan di Jepun. Peranan mereka adalah untuk mengawasi segala tindak-tanduk Daimyo Tozama. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang serangan daripada Daimyo Tozama.

Daimyo Shimpan atau "rumahrumah bersaudara" adalah sama keturunannya dengan Tokugawa. Golongan ini ditempatkan di wilayah-wilayah strategik supaya menjadi barisan pertahanan utama bagi Tokugawa.

Golongan Daimyo Tozama atau dikenali sebagai "tuan-tuan tanah di luar" ialah golongan daimyo yang bersifat neutral atau bermusuhan dengan leyasu. Golongan ini ditewaskan oleh Shogun Tokugawa. Mereka diberikan wilayah-wilayah yang jauh atau kurang strategik.

Daimyo Tozama dikehendaki menyumbang tenaga manusia, bahan-bahan, dan wang untuk pelbagai kerja awam dan pembinaan istana bagi Shogun Tokugawa. Selain itu, mereka juga diperintah untuk memusnahkan semua kapal perang mereka yang beratnya melebihi 50 tan. Semua tindakan ini bertujuan untuk melemahkan kekuasaan ekonomi Dairnyo Tozama.

Shogun Tokugawa mewajibkan semua pembesarnya menjalankan Sistem Sanhin Kotai atau Sistem Kehadiran Bergilir. Sistem ini mewajibkan semua Daimyo bergilir-gilir tinggal di Edo selama enam bulan setiap tahun. Apabila Daimyo pulang ke tanahnya sendiri, isteri dan anak-anak mereka dikehendaki tinggal di Edo sebagai penjamin. Tindakan ini satu cara untuk memastikan bahawa Daimyo tidak memberontak.

Semasa berada di Edo, Daimyo dikehendaki melakukan pelbagai upacara dan tugas pentadbiran untuk Shogun Tokugawa. Mereka juga dilarang melawat tanah lain tanpa kebenaran Shogun apabila mereka berada di tanah mereka sendiri. Dari semasa ke semasa, mereka juga dikehendaki memberikan sumbangan kepada Shogun untuk membesarkan kota Edo atau menjaga makam Ieyasu di Nikko. Golongan Daimyo sangat benci dengan sistem ini kerana mereka terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih. Dengan adanya sistem ini, mereka terpaksa mengendalikan dua tempat kediaman, satu di Edo dan satu lagi di tanah mereka sendiri.

Pembesar Jepun memainkan peranan penting dalam sistem feudal. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai kuasa terhad berdasarkan bidang kuasa masing-masing dan tertakluk di bawah kuasa dan arahan Shogun. Mobiliti kelas di Jepun agak ketat berbanding dengan China. Tidak ada sesiapa yang boleh naik ke lapisan yang lebih tinggi. Ramai pembesar pada zaman Tokugawa berasa tertekan dan tidak berpuas hati. Golongan Daimyo telah bekerjasama dengan kelas saudagar untuk menjatuhkan Shogun Tokugawa pada pertengahan abad ke-I9.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

STPM 20017.Huraikan peranan golongan pembesar dalam sistem sosial zaman Tokugawa dan zaman Manchu pada abad ke- 19.

STPM 20097.Bincangkan peranan pembesar di Thailand dan Vietnam sebelum peluasan pengaruh Barat.

STPM 20107.Huraikan sistem pembesar di Myanmar dan di Thailand sebelum kedatangan kuasa Barat.